Saturday, October 17, 2020

Guinness World Records™ perakui Pocky sebagai jenama biskut bersalut coklat paling laris





KUALA LUMPUR, 15 Okt — Pocky, konfeksi berasaskan coklat yang begitu popular, telah diperakui sebagai jenama biskut bersalut coklat paling laris di dunia oleh GUINNESS WORLD RECORDS.

Disukai ramai pelanggan sejak dilancarkan pada tahun 1966, Pocky adalah antara produk yang paling lama dijual oleh Ezaki Glico (Glico).

Sehubungan itu, Glico telah meraikan hari Pocky pada 11 November sebagai sebahagian daripada kempen global tahunan di bawah mesej jenama global ‘Berkongsi kebahagiaan!’ Pocky untuk mendorong aktiviti jenama di seluruh dunia. 

Sebagai sebahagian daripada tahun kelima kempen hari Pocky Global, Glico telah melancarkan ‘Say Pocky! Cheer Street View’ – kempen global yang bertujuan mengembalikan senyuman ke bandar dan pekan yang telah kehilangan daya tenaga disebabkan kesan COVID-19.

Acara ini bermula serentak pada 11 Oktober merentasi 11 buah negara termasuk Malaysia, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada, China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Thailand.

Glico juga akan melancarkan satu pakej Pocky edisi khas yang terdapat logo pemegang rekod GUINNESS WORLD RECORDS, menurut satu kenyataan.

Sejak 2016, Glico telah memperkukuh usaha pengurusan jenama Pocky di seluruh dunia dengan menerapkan taktik pemasaran berasaskan kepada pemahaman pengguna yang lebih baik dalam pelbagai pasaran seluruh dunia dan meningkatkan ketepatan pengiklanan mereka.

Maklumat lanjut di https://pocky-day2020.glico.com/

— BERNAMA 

No comments:

Post a Comment