Thursday, October 8, 2020

OKEX MENAMBAHKAN PAPAN PEMUKA ETHER MASA NYATA TERHADAP PLATFORM DATA TERBITAN KRIPTO SKEW

VALLETTA, Malta, 8 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx, bursa lani dan terbitan kriptowang utama dunia sedang meningkatkan perkongsiannya dengan skew, melalui penambahan papan muka kedua pada platform yang pengguna boleh melihat data perdagangan Ether daripada OKEx, termasuk volum dagangan hadapan, pertukaran berterusan dan pilihan ETH. OKEx merupakan bursa pertama yang melancarkan papan pemuka analisis masa nyata untuk terbitan Bitcoin dan Ether pada skew, lantas menyerlahkan komitmennya terhadap ketelusan bursa.

Apabila pasaran terbitan kripto semakin popular, maka keperluan untuk data yang diyakini bagi pedagang juga meningkat. Skew mencipta namanya sendiri sebagai lembaga yang diyakini dalam pengkhususannya, dengan menyediakan data kripto peneraju bersama tumpuan pada dagangan terbitan dan disebut oleh media kewangan bertaraf dunia seperti Bloomberg.

Pada bulan Mei, OKEx menjadi bursa Bitcoin pertama yang menyediakan ketelusan sedemikian dalam data dagangan terbitan Bitcoin miliknya dengan mengumumkan papan pemuka BTC pada masa nyata dengan skew. Kerjasama dengan skew telah diperkukuhkan dengan carta lanjutan untuk pedagang seperti kepentingan terbuka beragregat dagangan hadapan BTC dan harga pertukaran berterusan lwn. lani BTC. Kini, OKEx menyediakan tahap analisis dan ketelusan secara mendalam yang sama pada pasaran terbitan Ether miliknya.

“Kami berbesar hati mengumumkan kerjasama kami dengan skew, yang merupakan sumber data dagangan terbitan kripto yang paling diyakini dan kami terus berkongsi nilai yang sama berkenaan dengan menggalakkan ketelusan industri,” komen Lennix Lai, ketua pasaran kewangan OKEx.

“Bagi papan pemuka Bitcoin kami dan perangkuman carta analisis yang lebih rumit, kami akan membantu pedagang canggih memahami cara mentafsir maklumat pada pasaran Ether dengan menerbitkan panduan menyeluruh yang menjadikan carta itu berguna dan bukan menakutkan mereka serta membantu mereka pada waktu mereka membuat keputusan dagangan.” 

Selain panduan untuk pedagang terbitan Ether, Lennix Lai dan Naib Presiden pasaran kewangan OKEx, Quentin Issele, akan menganjurkan sembang santai bersama-sama dengan pengasas bersama dan CEO skew, Emmanuel Goh pada 8 Okt.

Perihal OKEx

Bursa lani dan terbitan kriptowang utama dunia, OKEx menawarkan pasaran paling pelbagai, tempat pedagang kripto, pelombong, dan pelabur berinstitusi kripto global berkumpul untuk mengurus aset kripto, meningkatkan peluang pelaburan, dan melindung daripada risiko. Kami menyediakan dagangan lani dan terbitan — termasuklah dagangan hadapan, pertukaran berterusan, dan pilihan — bagi kriptowang utama, menawarkan pelabur kefleksibelan pelabur dalam merumuskan strategi untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko.

OKEx, media@okex.com

SUMBER: OKEx

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment