Friday, June 16, 2023

SSD KIOXIA MENDAPAT KELULUSAN KESERASIAN DENGAN BAS HOS ADAPTEC, PENYESUAI SMARTRAID DARIPADA MICROCHIP




Table

SSD KIOXIA Diuji untuk Keserasian dan Saling Kendali dengan Penyesuai Bas Hos Adaptec® dan SmartRAID Microchip (Foto: Business Wire)



TOKYO, 16 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini, Kioxia Corporation, peneraju dunia dalam penyelesaian memori, mengumumkan bahawa SSD PCIe® 4.0 NVMe™ dan SAS keluaran syarikat tersebut telah berjaya diuji untuk keserasian dan saling kendali dengan Siri Adaptec® HBA 1200, penyesuai bas hos (HBA) Siri SmartHBA 2200 dan penyesuai RAID Siri SmartRAID 3200 Microchip Technology Inc. (“Microchip”).

Sebagai satu daripada portfolio SSD yang paling luas dalam industri, pemacu KIOXIA tersedia untuk PC pelanggan, serta pusat data, pelayan dan sistem storan hiperskala dan perusahaan. SSD Siri PCIe 4.0 NVMe CD6, CD8 dan CM6 KIOXIA dan SSD SAS 24G Siri PM6 dan PM7 KIOXIA kesemuanya berjaya melengkapkan ujian keserasian yang dilakukan oleh Microchip.

Penyesuai Storan Pintar Microchip membawa prestasi, keupayaan, pengurusan dan saling kendali peneraju pasaran. Penyesuai tersebut menyediakan fleksibiliti reka bentuk dengan keupayaan mengendalikan peranti storan NVMe, SAS dan SATA dalam sambungan tunggal dan menawarkan pelbagai jenis penyelesaian Tri-mode HBA, termasuk varian 32-port.

Kejayaan keseluruhan infrastruktur pusat data generasi akan datang bergantung pada kerjasama ekosistem dan usaha saling kendali untuk memastikan produk dan teknologi semasa dan akan datang berfungsi bersama dengan lancar. Sebagai peneraju SSD perusahaan dan pusat data, Kioxia komited untuk memacu industri ke hadapan dengan penyelesaian memori berinovatif yang memperkasa gelombang aplikasi dan perkhidmatan seterusnya.

Pautan Berkaitan:
Barisan SSD Perusahaan, SSD Pusat Data dan SSD Pelanggan Kioxia
https://www.kioxia.com/en-jp/business/ssd.html

*Nama Microchip dan Adaptec ialah tanda dagangan Microchip Technology Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
*NVMe ialah tanda berdaftar atau tidak berdaftar NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
*PCIe ialah tanda dagangan berdaftar PCI-SIG.
*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain mungkin merupakan tanda dagangan syarikat pihak ketiga.

Maklumat Tentang Kioxia

Kioxia ialah peneraju dunia dalam penyelesaian memori, khusus untuk pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada bulan April 2017, pendahulunya Toshiba Memory, telah dipisahkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk menaikkan teknologi dunia melalui “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mencipta pilihan untuk pelanggan dan nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori kilat 3D Kioxia yang berinovatif, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan storan dalam aplikasi berketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, PC, SSD, automotif dan pusat data.

*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah betul pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa notis diberikan terlebih dahulu.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53419931/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Pejabat Jualan Global
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
 
Sumber: Kioxia Corporation

No comments:

Post a Comment