Thursday, June 8, 2023

FALCON 40B: MODEL AI TERKEMUKA DUNIA MENGANUGERAHKAN LATIHAN KUASA PENGIRAAN KEPADA KES PENGGUNAAN PALING KREATIF DALAM PERMINTAAN CADANGAN

 

Permintaan Tinggi daripada Saintis, Penyelidik dan Usahawan PKS



ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 8 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Falcon 40B, model AI sumber terbuka bertaraf tertinggi di dunia pada papan pendahulu Hugging Face untuk model bahasa besar (LLM) sedang menerima respons yang luar biasa terhadap Permintaan Cadangan daripada saintis, penyelidik dan usahawan PKS yang berminat untuk menggunakan model ini dalam kes penggunaan inovatif.

Respons itu menyusuli pengumuman berturut-turut daripada pencipta model AI, Institut Inovasi Teknologi (TII) Abu Dhabi, yang menawarkan akses kepada latihan kuasa pengiraan kepada idea projek yang paling luar biasa sebagai satu bentuk pelaburan.

Kuasa pengiraan membolehkan pembangun menangani kes penggunaan yang lebih kompleks dan banyak sumber dengan peningkatan kecekapan, produktiviti dan prestasi. Dengan kebolehan untuk bereksperimen dengan keupayaan Falcon 40B, LLM sumber terbuka terbaik di peringkat global, pembangun boleh menerokai bidang yang belum diterokai, memacu inovasi dan mengembangkan kemungkinan penyelesaian AI - dengan pantas.

Penyerahan cadangan dialu-alukan dari seluruh dunia, serta merentasi semua industri dan sektor untuk menemukan konsep penggunaan terbaik. Contoh industri termasuklah bioteknologi, kejuruteraan, penyelesaian perusahaan, khidmat pelanggan, kewangan dan penjagaan kesihatan. Dalam penjagaan kesihatan, contohnya, penggunaan LLM dapat membantu doktor dalam menganalisis kesusasteraan perubatan, rekod pesakit dan penemuan penyelidikan untuk memberikan cadangan berasaskan bukti. Perkara ini dapat membolehkan pengamal perubatan membuat keputusan termaklum dan menambah baik penjagaan pesakit berdasarkan pengetahuan dan pandangan terkini.

"Kami sangat menggalakkan saintis, penyelidik dan usahawan bercita-cita tinggi yang mempunyai idea berani untuk menyerahkan cadangan mereka untuk penggunaan Falcon 40B", kata H.E. Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung entiti induk TII, Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC). "Kami teruja untuk melabur dalam cadangan yang paling berkesan dengan kuasa pengiraan melalui VentureOne, cabang pengkomersialan ATRC, dan untuk berpotensi bekerjasama dengan pembangun yang paling bakal mendatangkan kejayaan".

 “Setiap cadangan yang dikemukakan kepada kami tertakluk pada penilaian yang menyeluruh dan teliti oleh Unit Rentas Pusat AI (AICCU) TII yang berdedikasi”, kata Dr. Ebtesam Almazrouei, Pemangku Ketua Penyelidik di AICCU. “Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 40 orang saintis AI yang luar biasa bersedia untuk meneliti setiap cadangan dan mencari pembangun yang mempunyai intelek dan kepintaran yang luar biasa. Matlamat utama kami adalah untuk memacu sempadan kemajuan AI dengan memanfaatkan potensi penuh AI untuk mendatangkan penambahbaikan masyarakat yang mendalam".

Pengguna yang berminat harus menyerahkan cadangan yang menggariskan objektif, metodologi dan jangkaan hasil penyelidikan mereka, serta potensi kesan projek mereka. Cadangan harus menyerlahkan cara Falcon 40B akan digunakan dan domain khusus yang disasarkan oleh Falcon 40B. Selain itu, pemohon hendaklah menyertakan garis masa dan anggaran belanjawan pengiraan, serta apa-apa kepakaran yang berkaitan atau kerja terdahulu yang menyokong cadangan mereka.

Jika anda berminat untuk menyertai Permintaan Cadangan ini, kami menjemput anda untuk melayari FalconLLM.TII.ae.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari www.tii.ae

Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
jennifer.dewan@tii.ae.
 
Sumber: Institut Inovasi Teknologi

No comments:

Post a Comment