Wednesday, November 13, 2019

INTEROP TECHNOLOGIES MEMENANGI ANUGERAH KOMUNIKASI LANJUTAN UTAMA BAGI RCS

BERLIN dan FORT MYERS, Florida, 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Interop Technologies™ hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah memenangi Anugerah Komunikasi Lanjutan Utama 2019 bagi teknologi Perkhidmatan Komunikasi Kaya (RCS) di Voice and Advanced Communications Summit Informa yang diadakan di Berlin pada minggu lepas.

Interop telah dicalonkan oleh panel pakar penganalisis industri yang adil atas keupayaannya untuk menghasilkan penyelesaian RCS inovatif yang meningkatkan pengalaman pengguna akhir.

Penyelesaian RCS akhir ke akhir Interop yang diiktiraf oleh GSMA membolehkan operator mudah alih mengembangkan pemesejan legasi dan kekal berdaya saing dalam pasaran mereka dengan menyampaikan pengalaman pelanggan yang cemerlang melalui keterlibatan diperibadikan di samping merebut peluang pendapatan baharu dan mengurangkan kos sokongan pelanggan.

“Kami teruja kerana dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan inovasi teknologi RCS untuk operator mudah alih telah diiktiraf dengan penerimaan Anugerah Komunikasi Lanjutan Utama Informa,” kata John Dwyer, presiden dan CEO Interop Technologies. “RCS mempengaruhi industri wayarles global dan operator perlu bekerjasama pantas dengan pakar pemesejan yang berkualiti dan fleksibel semasa mereka bersedia untuk pelancaran. Anugerah ini menunjukkan bahawa kami merupakan rakan kongsi dan juga meraikan kewujudan kami selama 20 tahun dalam pemesejan pembawa, 12 tahun dalam teknologi pemesejan RCS dan komitmen berterusan kami untuk kekal menjadi pilihan operator pada masa hadapan.”

Sejarah panjang Interop Technologies dalam pembangunan teknologi pemesejan teras untuk operator mudah alih telah menyediakan asas kukuh bagi syarikat untuk menjadi peneraju dalam teknologi RCS. Di samping memiliki dan memegang akreditasi GSMA Universal Profile (UP) yang pertama dan paling lama bagi penyelesaian RCS, pembangunan dan dedikasi Interop yang berterusan dalam pemesejan mudah alih telah menjadikan syarikat itu salah satu pembekal penyelesaian RCS paling diiktiraf di dunia. Selepas standard UP 1.0 dan 2.0 dikeluarkan, Interop menjadi rakan kongsi ujian dan akreditasi penyelesaian rangkaian yang mendapat permintaan tertinggi bagi pengeluar peranti terbesar industri dan pelanggan/pembangun Sistem Operasi.

RCS yang merupakan peningkatan pemesejan SMS tradisional yang dinanti-nantikan telah dilancarkan oleh 81 operator di seluruh dunia dan GSMA meramalkan tambahan 27 lagi operator sebelum suku pertama tahun 2020.

Interop Technologies akan menyertai pameran di Kongres Mudah Alih Dunia 2020 di Barcelona pada 24 – 27 Februari. Ketahui lebih lanjut di www.interoptechnologies.com/events.

Perihal Interop Technologies
Interop Technologies merupakan pembekal utama rangkaian komunikasi maya dan penyelesaian terurus berdasarkan awan bagi pemesejan mudah alih, suara dan ketersambungan. Interop Technologies yang diasaskan pada tahun 2002 bertekad untuk membekalkan perkhidmatan dan penyelesaian kepada operator rangkaian mudah alih, membantu mereka mengurangkan kerumitan pengedaran dan mengurus teknologi komunikasi generasi akan datang. Melalui penyelesaian RCS akhir ke akhir yang diiktiraf oleh GSMA, Interop komited untuk menyampaikan teknologi bertaraf Telco yang diselaraskan dan mempunyai tahap kefleksibelan pengedaran dan pengurusan kitar hayat tertinggi yang tersedia bagi ekosistem RCS global.

Interop Technologies memiliki ibu pejabat di Fort Myers, Florida, dengan pejabat di Irving, Texas, dan ibu pejabat rantau EMEA di Dublin, Ireland.

Orang Hubungan Media
Lisa Murray, APR, CPRC
Pengurus Kanan, Komunikasi Pemasaran Bersepadu
Tel: +1 (239) 425-9079
Telefon Bimbit: +1 (239) 357-3442
media@interoptechnologies.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/31bc58ec-75a9-4b00-9372-135ca637bdc6 

SUMBER : Interop Technologies

Reza Jamali antara penerima anugerah di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-32

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Pengarah filem ‘Old Men Never Die’, Reza Jamali telah memenangi ‘Anugerah Spirit of Asia’ oleh Japan Foundation Asia Center pada Majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-32 baru-baru ini.
Reza, pengarah dari Iran, merangkul anugerah itu yang diberikan kepada pengarah harapan dalam segmen ‘TIFF Asian Future’, kerana potensi kejayaan global merentas sempadan budaya dan negara, menurut satu kenyataan di sini.
Selain itu, ‘Anugerah The Best Asian Future Film’ dimenangi filem ‘Summer Knight’ arahan You Xing; ‘Anugerah Lakon Layar Terbaik’ dirangkul Shin Adachi bagi filem ‘A Beloved Wife’; dan Wang Rui dipilih menerima ‘Anugerah ‘Sumbangan Artistik Terbaik’ menerusi ‘Chaogtu with Sarula’.
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Navid Mohammadzadeh menerusi ‘Just 6.5’ manakala Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dirangkul Nadia Tereszkiewicz melalui ‘Only the Animals’.
Menurut kenyataan itu, kerjasama Japan Foundation Asia Center dan TIFF kini memasuki tahun keenam, bertujuan untuk memantapkan kefahaman bersama dalam Asia dengan memaparkan filem-filem Asia di Jepun dan membawa bakat Asia kepada dunia menerusi TIFF.
Tiga pengarah wanita terkemuka Asia, Antoinette Jadaone, Mattie Do dan Sigrid Andrea P. Bernardo yang semua hasil kerja mereka ditayangkan di CROSSCUT ASIA #06 telah mengambil bahagian dalam bual bicara ‘The Discreet Charm of Girl's Horror Talk’ yang membincangkan filem-filem seram di Asia Tenggara.
TIFF ke-32 telah berlangsung bermula 28 Okt hingga 5 Nov. Maklumat lanjut boleh didapati di https://2019.tiff-jp.net/en.
-- BERNAMA

CEYLON GRAPHITE MENGUMUMKAN LESEN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR UNTUK PROJEK K1 SARCON DEVELOPMENT

CEYLON GRAPHITE MENGUMUMKAN LESEN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR UNTUK PROJEK K1 SARCON DEVELOPMENT

GA-ASI AKAN MENJALANKAN SIRI DEMONSTRASI KEUPAYAAN DI EROPAH

Bekerjasama dengan HAF untuk Mempamerkan Pemantauan Maritim dan Integrasi Ruang Udara bagi RPA

SAN DIEGO & LARISSA AIR BASE, Greece, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- General Atomics Aeronautical Systems, Inc. (GA-ASI), sebuah pemimpin dunia di dalam  Pesawat Terbang Kawalan Jauh (RPA), hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Hellenic Air Force (HAF) di Greece untuk mengadakan satu siri penerbangan demonstrasi bagi negara-negara Eropah pada Disember. Penerbangan akan berpusat di tapak HAF di Larissa dan menggunakan sebuah RPA GA-ASI MQ-9 Guardian untuk mempamerkan keupayaan pemantauan maritim, serta sebuah sistem Kesan dan Elak (DAA) yang dibangunkan oleh GA-ASI yang membolehkan RPA untuk terbang dengan selamat dalam ruang udara awam di sisi pesawat yang dikendalikan juruterbang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005503/en/

“Kami menghargai sokongan HAF dalam membantu mempamerkan keupayaan pemantauan maritim dan integrasi ruang udara awam bagi pesawat-pesawat tanpa juruterbang kami di Eropah,” kata Linden Blue, Ketua Pegawai Eksekutif, GA-ASI. “Permintaan bagi pemantauan udara yang berpatutan dan ketahanan lama di laut yang mengelilingi Eropah semakin meningkat.”

Konfigurasi demonstrasi adalah didasarkan kepada sistem MQ-9 yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat, yang menyokong peranan pemantauan maritim mereka.

Sistem DAA itu terdiri daripada sebuah radar udara ke udara dan pemproses yang disepadukan dengan Sistem Amaran Trafik dan Pengelakan Pelanggaran (TCAS II) dan Penyiaran Pemantauan Tanggungan Automatik (ADS-B). Sistem DAA dari GA-ASI itu beroperasi di Amerika Syarikat. Radar pengelakan pelanggaran bagi sistem itu menyediakan satu ciri keselamatan penting untuk mengintegrasikan pesawat tanpa juruterbang ke dalam ruang udara awam.

Sistem MQ-9 itu akan juga menunjukkan sebuah radar pencarian permukaan maritim berbilang mod dengan mod Radar Apertur Sintetik Songsang (ISAR), sebuah penerima Sistem Pengenalan Automatik (AIS), dan sensor Video Gerakan Penuh/Berdefinisi Tinggi yang dilengkapi dengan kamera optik dan inframerah. Suite sensor ini membolehkan pengesanan tepat masa dan pengenalan kapal permukaan pada jarak lebih beribu-ribu batu nautika persegi.

Sistem radar pencarian permukaan Raytheon SeaVue yang dipaparkan menyediakan pengesanan automatik bagi sasaran maritim dan korelasi bagi pemancar AIS dengan pengesanan radar.

GA-ASI juga bekerjasama dengan SES, sebuah pengendali komunikasi satelit (SATCOM) terkemuka dan penyedia perkhidmatan terurus, dengan lebih 70 satelit di Orbit Geopegun (GEO) dan Orbit Bumi Pertengahan (MEO). SES akan menyediakan kesambungan satelit GEO yang membolehkan MQ-9 untuk beroperasi secara selamat dengan pautan data berkapasiti tinggi, yang membolehkan penghantaran tepat masa bagi data sensor dari pesawat, dan memperluaskan julat operasi efektif mereka jauh melebihi pautan data “garis tampak.”

“Dengan armada satelit global kami, SES telah menyokong keperluan kritikal bagi GA-ASI dan pelanggan-pelanggan kerajaan mereka yang telah mengendalikan pesawat-pesawat ini selama hampir dua dekad,” kata Nicole Robinson, Naib Presiden Kanan, Kerajaan Global di SES Networks. “Kami berbangga untuk menyokong usaha demonstrasi ini bagi Hellenic Air Force sebagai sebahagian daripada hubungan kami yang lama dengan General Atomics.”

Imej-imej beresolusi tinggi bagi MQ-9 Guardian tersedia kepada outlet media yang berkelayakan dari senarai hubungan media GA-ASI dan HAF.

Maklumat mengenai GA-ASI

General Atomics Aeronautical Systems, Inc. (GA-ASI), sebuah ahli gabungan bagi General Atomics, adalah sebuah pereka dan pengeluar utama bagi sistem, radar, dan elektro-optik dan sistem misi yang berkaitan bagi Pesawat Terbang Kawalan Jauh (RPA) yang terbukti dan boleh diharapkan, termasuk siri Predator® RPA dan Radar Berbilang mod Lynx®. Dengan 6 juta jam penerbangan, GA-ASI menyediakan pesawat tahan lama dan mampu melaksanakan misi dengan sensor bersepadu dan sistem pautan data yang diperlukan untuk memberikan penerbangan yang berterusan yang membolehkan kesedaran keadaan dan serangan pantas. Syarikat itu juga menghasilkan pelbagai stesen kawalan darat dan perisian kawalan sensor/analisis imej, menawarkan latihan juruterbang dan perkhidmatan sokongan, dan membangunkan antena meta-bahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ga-asi.com.

Predator dan Lynx adalah tanda perniagaan berdaftar bagi General Atomics Aeronautical Systems, Inc.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005503/en/

Hubungi

Robert Walker
General Atomics Aeronautical Systems, Inc.
+1 (858) 524-8101
ASI-MediaRelations@ga-asi.com

Sumber : General Atomics Aeronautical Systems, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12786

Monday, November 11, 2019

8 NEGARA 5 SENI WARISAN DUNIA KONGSI PENTAS DI KUALA LUMPUR FESTIVAL SENI HIDUP 2019

“ALERT”: Festival Seni Hidup @ Living Arts Cultural 2019 yang akan berlangsung selama tiga (3) hari akan menghimpunkan seramai 135 peserta daripada sepuluh (10) penyertaan dalam negara dan tujuh (7) penyertaan antarabangsa iaitu Thailand, Filipina, Australia, Kanada, Sri Lanka, dan masing – masing dua (2) penyertaan daripada Turki serta dua (2) penyertaan daripada Indonesia.

KUALA LUMPUR, Nov 11 (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) akan menganjurkan Festival Seni Hidup @ Living Arts Cultural Festival yang akan diadakan pada 15, 16 & 17 November 2019, bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Penganjuran Festival Seni Hidup @ Living Arts Cultural Festival 2019, bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan keunikan warisan seni budaya. Secara tidak langsung, menyemarak serta menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang berterusan. Festival yang dianjurkan buat tahun ke-2 ini mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, ianya meliputi seni persembahan teater, tari dan muzik sebagai warisan tidak ketara yang telah diangkat oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan, dan memerlukan perhatian dan kurang ditonjolkan kepada masyarakat.
                                     
Budaya turun – temurun dan berusia beratus tahun ini tidak terkecuali berdepan risiko pupus daripada tamadun masa hadapan. Sehubungan dengan itu, sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab memelihara, mengembang dan membangunkan kebudayaan dan kesenian, pelbagai program yang bermutu dalam kelas tersendiri dianjurkan bagi terus menyemarakan warisan seni budaya negara, dan dalam masa yang sama mengetengahkan kesenian tradisional negara luar.

Program yang berlangsung selama tiga (3) hari ini menghimpunkan seramai 135 peserta daripada 10 penyertaan dalam negara dan tujuh (7) penyertaan antarabangsa iaitu Thailand, Filipina, Indonesia, Kanada, Sri Lanka, Australia dan Turki. Sebanyak lima (5) kesenian yang telah diiktiraf oleh UNESCO akan dipersembahkan kepada khalayak iaitu Dondang Sayang oleh kumpulan Kenangan Mawar Biru (Malaysia), Khon oleh Absolutely Thai Kansadaeng Watthanatham Co., Ltd (Thailand), Darangen oleh Sarimanok Theatre Company (Filipina), Turkish Art of Marbling ‘Ebru’ oleh Garip Ay dan Whirling Dervish oleh Sercan Celik (Turki). Manakala tiga (3) lagi telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan iaitu Main Puteri oleh Kelab Kebudayaan dan Kesenian Kampung Pulau Tebu Kelantan, Dabus oleh Kumpulan Tradisional Dabus Kampung Tanjung Bidara Perak dan Gendang Melayu Sarawak oleh Kumpulan Mukun Kamek. Program ini turut menampilkan masyarakat orang asli iaitu persembahan seruling hidung ‘Pensol’ oleh Bah Raman A/L Bah Tuin (Malaysia), Didgeridoo – Bilma Ga Yidaki oleh Malawurr (Australia), dan Fancy Shawl oleh Odawa Wiingushk (Kanada). Lain – lain kesenian ialah Anak Umbang oleh Che Wan Noorsaidi Che Wan AB Rahman atau lebih dikenali sebagai Mok Zah, Opera Boneka Teochew oleh Teochew Puppet Opera House, Terinai oleh ASWARA, dan Tarian Puspanjali oleh Kumpulan Prasasti Budaya, dan Tarian Ruai oleh Komunitas Seni Indonesia Eksotika Nusantara (Indonesia).
  
Selain persembahan kesenian,  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama erat Universiti Sains Malaysia (USM) dan Galeri Petronas akan melaksanakan beberapa program keilmuan dan bengkel sepanjang festival ini berlangsung. Penganjuran siri bengkel dan forum seni tradisional ini bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan keunikan warisan seni budaya terus kepada khalayak secara lebih dekat.  Antara pengisian program yang telah dirancang adalah pelaksanaan Seminar Kearifan Tempatan “Healing Performance” dan Demonstrasi Yiḏaki (Didgeridoo)  pada 16 November 2019, Bengkel Asas Tari Terinai bersama ASWARA, Bengkel Turkish Art of Marbling ‘Ebru’ dan Forum Seni bersama Galeri PETRONAS.

Selain Pusat Pelancongan Malaysia, JKKN turut berkolaborasi dengan Central Market dan Publika dalam penyemarakan seni budaya pada 15 dan 16 November 2019.

Pengunjung juga berpeluang melihat pameran, demonstrasi dan jualan makanan warisan seperti kuih bahulu, rempeyek dan banyak lagi, serta berpeluang merasai sendiri keseronokan permainan tradisional di tengah – tengah kota yang bawah khas oleh Jabatan Warisan Negara, Pusat Pelancongan Malaysia dan Yayasan Hasanah.

Bagi pencinta seni lukis, Balai Seni Negara turut mengadakan pameran lukisan The Soul II by Amy Hashim yang mempamerkan koleksi catan minyak yang memfokuskan subjek flora, fauna dan pemandangan. Pengunjung bukan sahaja berpeluang melihat hasil lukisan pelukis tanah air, tetapi akan dapat melihat demonstrasi seni lukis Turkish Arts of Marbling ‘Ebru’ yang telah diiktiraf UNESCO pada tahun 2014.

“Diharap program ini dapat menarik perhatian generasi muda untuk bersama-sama dalam usaha memajukan lagi aspirasi bagi menjadikan seni ini dapat diakses semua orang serta terus dikekal dan disemarakkan dalam meneruskan kelangsungan seni budaya dekad ini”. Kata Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Hajah Norliza Rofli dalam satu kenyataan pada hari ini.

Sebagai makluman, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah sebuah agensi yang menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia dan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Sila klik sini untuk LAMPIRAN

SUMBER : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

Saturday, November 9, 2019

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL MENCIT PENYAKIT ALZHEIMER

Model Yang Telah Terbukti Tersedia Secara Eksklusif Dari Taconic Biosciences
 
RENSSELAER, N.Y., 6 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengembangkan portfolio kemerosotan neuro yang kukuhnya dengan melancarkan model penyakit Alzheimer baharu, model mencit ARTE10. 


Tersedia secara eksklusif dari Taconic, ARTE10 ialah model mencit transgen yang mempamerkan gen APP dan PS1 manusia mutan.  Gabungan ini ditunjukkan dalam plak amiloid permulaan awal, dengan defisit kognitif hiliran yang biasanya dikaitkan dengan penyakit Alzheimer.  Plak yang dibentuk dalam model ARTE10 amat sesuai untuk pengimejan PET, menjadikan ARTE10 bernilai untuk penyelidikan translasi.

Taconic menawarkan model ini dan model penyakit Alzheimer lain di bawah lesen penggunaan ringkas tanpa yuran lesen, memudahkannya tersedia untuk penggunaan komersial dengan mudah, termasuklah penyelidikan kontrak.  Lebih banyak model Alzheimer tersedia di bawah terma terhad untuk penggunaan akademik sahaja atau memerlukan yuran lesen banyak untuk penggunaan komersial.  Model ARTE10 tersedia serta-merta dalam kuantiti kajian yang tipikal.

“Mencit ARTE10 ialah model yang unik.  Model ini membentuk plak amiloid seawal umur 3 bulan yang boleh mempercepat garis masa penemuan ubat dengan cepat. Dalam kebanyakan model mencit Alzheimer, plak tidak terbentuk sehingga umur 9-12 bulan, yang boleh memanjangkan permulaan kajian kritikal,” kongsi Dr. Michael Seiler, naib presiden produk komersial Taconic. “Menawarkan model utama melalui lesen penggunaan ringkas, dengan tanpa perjanjian untuk ditandatangani, tiada yuran lesen dan tiada lesen harta intelektual yang diperlukan menggariskan komitmen Taconic untuk memperkasa penyelidikan penemuan ubat.”

Penyakit Alzheimer merupakan bahagian utama bagi fokus untuk penyelidikan disebabkan impak yang amat besar pada masyarakat.  Menurut Persatuan Alzheimer, 1 daripada 3 warga tua dengan Alzheimer atau bentuk demensia lain (www.alz.org).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang model ARTE10 dan portfolio neurosains lengkap Taconic Biosciences, sila hubungi syarikat di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah atau e-mel info@taconic.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12766

Thursday, November 7, 2019

INDOSAT OOREDOO DAN SYNCHRONOSS BEKERJASAMA UNTUK KETERLIBATAN PELANGGAN YANG DISATUKAN DAN EKOSISTEM EKONOMI DIGITAL BAHARU

Indosat Ooredoo akan melancarkan Platform Pengalaman Digital Synchronoss untuk menyokong model perkhidmatan ekosistem digital baharunya untuk pelanggan pengguna dan perusahaan

BRIDGEWATER, N.J., 6 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa Indosat Ooredoo (IDX:ISAT), pembekal perkhidmatan telekom utama di Indonesia, telah memilih Platform Pengalaman Synchronoss (DXP) untuk menyampaikan pengalaman pengguna disatukan, saling dihubungkan untuk pelanggan merentasi semua saluran keterlibatan. Platform Synchronoss juga akan menyokong projek “ekosistem ekonomi digital masa hadapan” Indosat Ooredoo sebuah inisiatif seluruh negara untuk menggalakkan kerjasama dan membangunkan idea, produk dan cara penggunaan baharu yang melibatkan teknologi IoT untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

DXP Synchronoss membenarkan pengendali, pembekal perkhidmatan dan syarikat lain untuk mereka bentuk dan melancarkan pengalaman pengguna interaktif, disatukan merentasi aplikasi mudah alih, pusat panggilan, interaksi tempat jualan di dalam kedai dan dalam talian. Indosat akan menggunakan platform Synchronoss merentasi semua unit perniagaannya, untuk kedua-dua pelanggan pengguna dan perusahaan, untuk meningkatkan ketangkasan operasi dan menyokong perkhidmatan dan ciri digital baharu, serta tawaran rakan kongsi pihak ketiga.

“Pasaran perkhidmatan telekom di Indonesia amat berdaya saing. Untuk organisasi dengan saiz, skala dan capaian seperti kami, kami mesti menjangkaui ketersambungan asas untuk mengejar pertumbuhan berterusan dan kejayaan jangka masa panjang,” kata Arief Musta’in, Pengarah & Ketua Inovasi & Pejabat Kawal Selia di Indosat Ooredoo Indonesia. “Kami sedang mentransformasikan operasi perniagaan kami dan mengejar pendekatan baharu yang perkhidmatan digital termasuklah perkhidmatan yang akan dicipta melalui inisiatif ekosistem ekonomi digital masa hadapan kami. Platform Synchronoss merupakan bahagian penting bagi proses ini. Dengan memiliki model perkhidmatan baharu, platform teknologi mudah dan intuitif dengan proses tangkas, kami akan dapat melancarkan perkhidmatan baharu dengan lebih cepat, melakukan penggunaan pengalaman baharu dan kami akan dapat mendekat pelanggan kami sementara kami berinteraksi dengan mereka lebih berkesan merentasi berbilang saluran mengikut pilihan dan keadaan mereka.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12764