Wednesday, September 11, 2024

FESTIVAL SELANGOR @BATU LAUT 2024 RUNGKAI RAHSIA SERUMPUN ETNIK SELANGOR

TANJUNG SEPAT, Selangor, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor, bersama Kelab Iltizam Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Festival Selangor @Batu Laut 2024 pada 6 September hingga 8 September 2024 bertempat di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor. Festival Selangor yang julung-julung kali diadakan ini memperlihatkan keunikan budaya dan kepelbagaian kaum yang terdapat di negeri Selangor seperti budaya masyarakat Jawa, Bugis, Mendailing, Banjar, Melayu, Orang Asli, Cina, India dan sebagainya.

Antara pengisian utama festival ini adalah Pertandingan Keroncong Antarabangsa Malaysia, Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor, pelbagai aktiviti Mencungkil Bakat, Himpunan dan Pertandingan Silat, Sukan Rakyat, Fun Run/Fun Ride, Batu Laut Culture Warrior, Demonstrasi/Pertandingan Makanan Tradisi, Simulasi Perkahwinan Etnik Negeri Selangor, Pasar Saloma, Jualan Ehsan Rahmah, Jualan Agro Madani, Pertandingan Sukan Layar, Perkhemahan Pengakap dan Glamping Budaya dan Pameran/Demonstrasi Interaktif Agensi Persekutuan, Negeri, Swasta dan Persatuan Kebudayaan.

Festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan muzik seperti Keroncong dan Gordang Sembilan, Pertandingan Busana Tradisional, Pertandingan Memasak Masakan Tradisi, Demonstrasi Pembuatan Wau Kapal, Simulasi Perkahwinan Tradisi Etnik Jawa, Bugis, Banjar, Mendailing dan Orang Asli Mah Meri.

Festival ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan, negeri, agensi swasta, dan persatuan seni budaya dari seluruh Negeri Selangor. Antara agensi persekutuan dan negeri yang telah terlibat seperti Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Jabatan Penyiaran Negeri Selangor (RTM), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hospital Banting, Jabatan Kesihatan Kuala Langat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, SPD Events Asia, RangkaiaN Hotel Sri Malaysia dan Kaydan Ahmad Resources. 

No comments:

Post a Comment