Wednesday, April 5, 2017

TACONIC BIOSCIENCES LANCARKAN EXPRESSMODEL™, SUATU PERKHIDMATAN PENJANAAN MODEL DIPERCEPATKAN YANG BAHARU

HUDSON, N.Y., April 4 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, iaitu peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan berkaitan, telah melancarkan ExpressMODEL™, suatu perkhidmatan penjanaan model yang inovatif dan diperkemas yang mengurangkan rangka masa bagi penjanaan pertama dan kohort eksperimen sehingga empat bulan.

Kaedah penjanaan model baharu ini mengurangkan masa yang diperlukan untuk membuat kohort roden eksperimen dengan ketara, lalu membolehkan pengujian penemuan ubat-ubatan kritikal untuk dijalankan dengan lebih singkat, serta menjimatkan masa dan kos.

ExpressMODEL™ memanfaatkan kepakaran Taconic yang meluas dalam persenyawaan in vitro (IVF) dan mengoptimumkan prosedur dengan menggunakan chimaera untuk mengembangkan tikus pengasas dengan cepat. Cara ini meningkatkan bilangan tikus yang membawa alel yang disasarkan dalam generasi pertama daripada 3-4 ekor sehingga sekurang-kurangnya 20-30 ekor. Dengan menyediakan koloni haiwan heterozigus generasi pertama yang agak besar, ExpressMODEL™ membolehkan penyelidik untuk melangkau sekurang-kurangnya satu pusingan pengembangan koloni dan menjimatkan masa 3-4 bulan dalam rangka masa projek secara keseluruhannya. Penghapusan pembiakan semula jadi dalam langkah pengaliran titisan germa memberikan rangka masa yang boleh dijangka dan perancangan eksperimen yang lebih baik.

Tidak seperti kaedah lain yang digunakan untuk mengurangkan rangka masa, ExpressMODEL™ tidak mempercepatkan prosedur pengubahsuaian genom yang penting. Pendekatan Taconic yang baharu ini mengekalkan penggunaan kawalan yang ketat semasa proses pengubahsuaian genom, dan oleh itu, meminimumkan risiko penjanaan model tikus yang membawa alel transgenik yang salah atau mutasi tambahan yang tidak diingini.

“Dalam bidang penemuaan ubat-ubatan, adalah sukar untuk menemui inovasi yang menjimatkan masa di samping meningkatkan kualiti, kerana salah satu faedah itu perlu dicapai dengan mengorbankan faedah yang satu lagi. ExpressMODEL™ membawakan nilai yang tinggi kepada pelanggan kami kerana ia boleh menjimatkan masa sehingga empat bulan, di samping memberikan lebih rangka masa yang boleh dijangka serta kualiti yang tinggi dan konsisten,” ulas John Couse, PhD, Pengarah Portfolio untuk Taconic Scientific Services.

“Kerja penjanaan model kami belum selesai selepas kami mempunyai seekor tikus pengasas atau sepasang tikus pembiakan. Dengan ExpressMODEL™, kami memberikan kohort yang sedia dikaji kepada pelanggan kami supaya mereka boleh memulakan kerja mereka dengan serta-merta,” kata Couse.

Taconic ialah pembekal perkhidmatan penjanaan model roden yang berlesen penuh dan mempunyai pengalaman rekaan model sebanyak dua puluh tahun dalam menyediakan perkhidmatan pentakaktifan gen, pengubahsuaian atau penggantian gen, ekspresi transgen, RNAi, dan pengeditan gen melalui teknologi CRISPR/Cas9 untuk memastikan bahawa alatan yang betul telah digunakan sepenuhnya bagi setiap projek pelanggan khusus. Memuji kepakaran bagi keupayaan unik Taconic dalam penyediaan pengalihan yang lancar daripada rekaan model sehingga pengurusan pembiakan dan koloni, sehingga syarikat ini dapat menawarkan penyelesaian yang lengkap kepada pelanggan. Perkhidmatan saintifik ini termasuk pemerolehan atau penjanaan, pengimportan, pelesenan, pembiakan, pengujian, penyediaan dan pengedaran model yang tereka bentuk secara genetik kepada mana-mana lokasi di seluruh dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjanaan model tersuai Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, atau +45 70 23 04 05 di Eropah, atau menghantar e-mel ke info@taconic.com

Mengenai Taconic Biosciences, Inc. 
Taconic Biosciences merupakan peneraju global yang berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan roden tereka bentuk secara genetik. Taconic, yang diasaskan pada tahun 1952, membantu syarikat dan institusi bioteknologi memeroleh, menjanakan secara tersuai, membiak, memprasyaratkan, menguji dan mengedarkan model penyelidikan yang berharga di serata dunia. Sebagai pakar untuk model tikus tereka bentuk secara genetik, model tikus penyelidikan kejituan, dan perkhidmatan rekaan model dan pembiakan tersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

SUMBER : Taconic Biosciences

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment