Monday, April 10, 2017

PUTRA BUSINESS SCHOOL NETWORKING DAY 6.0

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Putra Business School (PBS) telah menganjurkan Networking Day 6.0 pada 8 April 2017, di Putra Business School, UPM, Serdang, Selangor. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar PBS (PSA) dan ia adalah sebahagian kerja kursus program MBA. Program ini diadakan dengan kerjasama Payoneer bertemakan "e-dagang: Menjana Pendapatan dari Sumber Antarabangsa". (perniagaan perkhidmatan kewangan yang menyediakan pemindahan wang dalam talian dan dagang perkhidmatan pembayaran secara dalam talian.)

Prof. Dr. Zulkornain Yusop, selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBS telah menyampaikan kata-kata aluan beliau, bersama-sama dengan Encik Joachim Sebastian, Duta dari Payoneer yang merupakan Keynote Speaker.

Objektif program ini adalah untuk menyediakan satu platform bagi mewujudkan hubungan yang saling menguntungkan antara pelajar, syarikat-syarikat, usahawan dan pakar-pakar industri melalui sesi interaktif dan dialog eksklusif. Program ini diadakan pada setiap trimester dengan sokongan daripada PBS.

Program ini juga turut dikendalikan oleh pakar industri dari pelbagai latar belakang yang ingin berkongsi kepakaran berharga, pengalaman dan pengetahuan mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan aktiviti e-dagang dan akan berakhir dengan sesi dialog dengan para peserta. 

No comments:

Post a Comment