Wednesday, October 2, 2024

TANAH SUCI BAGI KONFUSIANISME SELATAN MENANDAKAN ULANG TAHUN KE-2575 KELAHIRAN CONFUCIUS DENGAN RITUAL KONTEMPORARI

 

Upacara peringatan Confucius itu telah diadakan di Dataran Budaya Confucius di Bandar raya Quzhou di timur Wilayah Zhejiang, China pada 28 September. 

QUZHOU, China, 30 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

28 September menandakan ulang tahun ke-2575 kelahiran ahli falsafah Cina yang dihormati, Confucius. Upacara penuh adat itu, yang bertujuan untuk menghormati orang bijak dan menghormati ritual serta mempromosikan pemujaan Confucius di seluruh negara untuk mencapai keharmonian sejagat, telah berlangsung di bandar raya Quzhou, di timur China, yang terletak di Wilayah Zhejiang.

"Tahun ini, upacara pemujaan Confucius itu, buat pertama kalinya, bergerak melangkaui batasan tokong nenek moyang itu dan telah berlangsung di Dataran Kebudayaan Confucius yang terletak di hadapan tokong itu," kata Sheng Xiongsheng, pengarah bagi Pusat Perkembangan Konfusianisme Selatan Quzhou. "Dengan berbuat demikian, ia telah membuka penyertaan kepada wakil dari pelbagai sektor masyarakat di ruang awam bandar raya itu, sekali gus membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian di dalam menghormati dan memuja Confucius."

Selain menyatakan rasa hormat dan kekaguman terhadap Confucius dan budaya tradisional melalui ritual, upacara pada tahun ini juga melancarkan satu inisiatif dalam talian untuk pemujaan Confucius, yang telah menarik penyertaan meluas daripada individu dari seluruh dunia dan dari semua lapisan masyarakat, menurut Sheng.

Quzhou, dengan sejarahnya yang panjang dan warisan kebudayaan yang kaya, terkenal sebagai pintu masuk sebelah tenggara dan tanah suci bagi Konfusianisme selatan disebabkan oleh statusnya sebagai tempat nenek moyang dan kampung halaman sekunder bagi Confucius dan keturunannya.

Pada tahun 1129 Masihi, Kong Duanyou, keturunan langsung ke-48 bagi Confucius, telah mengiringi Maharaja Gaozong dari Dinasti Song dalam penghijrahan beliau ke wilayah Zhejiang, di mana mereka kemudian menerima kebenaran diraja untuk mewujudkan sebuah tokong keluarga di Quzhou.

Sepanjang lebih 800 tahun sejak itu, keturunan Confucius secara aktif mempromosikan penyatuan budaya Confucian ke dalam struktur kebudayaan wilayah itu di tebing selatan Sungai Yangtze, yang telah mencetuskan kebangkitan Konfusianisme selatan yang terkenal itu. Usaha mereka telah memberi sumbangan besar kepada penyebaran dan perkembangan Konfusianisme di selatan China.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18549

No comments:

Post a Comment