Wednesday, September 18, 2024

MIDOCEAN ENERGY EIG AKAN MENGAMBIL ALIH KEPENTINGAN TAMBAHAN SEBANYAK 15% DALAM PERU LNG DARIPADA HUNT OIL COMPANY

Pelabur Strategik MidOcean, Aramco, akan Menyediakan Pembiayaan untuk Pelaburan

WASHINGTON, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean” atau “Syarikat”), syarikat gas asli cecair (LNG) yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, dan Hunt Oil Company (“Hunt”) pada hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat telah memeterai perjanjian muktamad yang mana MidOcean akan mengambil alih 15% tambahan kepentingan dalam Peru LNG (“PLNG”) daripada Hunt.

Berikutan penyempurnaan transaksi itu, kepentingan MidOcean dalam PLNG akan meningkat daripada 20% kepada 35%. Aramco memainkan peranan penting dalam transaksi tersebut, termasuk melaksanakan usaha wajar teknikal dan komersial utama serta melibatkan diri dengan pihak berkepentingan utama untuk kelulusan transaksi. Transaksi itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Aramco, yang akan meningkatkan kepentingan syarikat tersebut dalam MidOcean kepada 49%. Pelaburan Aramco dalam MidOcean yang selanjutnya memperkukuh kedudukan MidOcean dan Aramco dalam pasaran LNG global dan akan memberikan kedua-dua belah pihak pendedahan seterusnya kepada satu-satunya projek eksport LNG di Amerika Selatan. Pegangan tidak langsung Aramco dalam PLNG akan menjadi 17.2%. Selain EIG dan Aramco, Mitsubishi Corporation juga melabur dalam MidOcean, antara pelabur mewah lain.

Kepentingan Hunt dalam PLNG akan berkurangan daripada 50% kepada 35%, manakala Hunt akan kekal sebagai pengendali PLNG berikutan transaksi tersebut. Hunt terus memiliki 25.2% kepentingan dalam projek huluan Camisea di Peru. Hunt telah melabur di Peru sejak tahun 2000 dan komited untuk meneruskan sejarah pelaburan yang panjang syarikat itu di Peru dan kecemerlangan operasi dalam projek PLNG.

PLNG memiliki dan mengendalikan satu-satunya kemudahan eksport LNG di Amerika Selatan, yang terletak di Pampa Melchorita, 170 kilometer di selatan Lima, Peru. Aset PLNG terdiri daripada loji pencecairan gas asli dengan kapasiti pemprosesan 4.45 mmtpa, talian paip sepanjang 408 kilometer dengan kapasiti 1,290 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya, dua tangki storan bersaiz 130,000 m3, terminal marin 1.4 kilometer dan kemudahan pemuatan trak dengan kapasiti sehingga 19.2 mmcf/d yang dimiliki sepenuhnya. PLNG dikendalikan oleh Hunt dan merupakan satu daripada dua kemudahan pengeluaran LNG di Amerika Latin.

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean, berkata: “Kami berbesar hati untuk meningkatkan kepentingan kami dalam PLNG, aset strategik yang sejajar dengan visi MidOcean dalam usaha mewujudkan portfolio LNG global, terpelbagai dan berdaya tahan. Kepercayaan kami kepada asas jangka panjang pasaran LNG dan kekuatan kedudukan unik PLNG sebagai satu-satunya kemudahan eksport LNG di Amerika Selatan terus teguh. Kami berharap dapat mengukuhkan perkongsian kami dengan Hunt Oil dan usahasama PLNG yang lain serta terus menyokong impak positif projek tersebut terhadap pasaran tenaga Peru.”

Mark Gunnin, Ketua Pegawai Eksekutif Hunt, berkata: “Kami memberikan tumpuan kepada meletakkan projek PLNG untuk masa depan dan peluang membawa masuk MidOcean sebagai rakan kongsi adalah tindakan strategik yang sesuai untuk merealisasikannya.”

Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada MidOcean dalam transaksi tersebut dan Latham & Watkins bertindak sebagai penasihat undang-undang. Bracewell LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Hunt.

Maklumat Tentang EIG
EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $24.9 bilion di bawah pengurusan pada 30 Jun 2024. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 42 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $48.6 bilion kepada sektor tenaga melalui 413 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C., dengan pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy
MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.

Maklumat Tentang Hunt Oil Company
Ditubuhkan pada tahun 1934, Hunt ialah satu daripada syarikat minyak dan gas bebas milik persendirian terbesar di Amerika Syarikat. Berpangkalan di Dallas, Texas, kawasan operasi utama syarikat terletak di Peru, Amerika Syarikat dan Wilayah Kurdistan Iraq, serta projek penerokaan di Tunisia dan Maghribi. Hunt ialah syarikat penerokaan antarabangsa yang aktif dan telah menggerudi di semua benua selain Antartika.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18506

AVNET AKAN MEMBANTU PENGGUNAAN METER DIGITAL SOUTH EAST WATER SECARA BESAR-BESARAN

Bagi membantu pelancaran penggunaan besar-besaran South East Water ini, Avnet telah menyediakan makmal ujian meter air di kemudahan Bayswater di Melbourne untuk pengujian pengesahan.

MELBOURNE, Australia, 17 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Avnet (Nasdaq: AVT), syarikat penyelesaian teknologi global yang terkemuka, telah dianugerahkan kontrak untuk membekalkan meter air ultrasonik pintar SCL61H-100 Huizhong kepada program Meter Digital South East Water.

South East Water sedang melaksanakan pelancaran meter pintar terbesar di Australia. Penggunaan meter air pintar Huizhong adalah sejajar dengan matlamat utiliti air untuk mengurangkan pembaziran air dengan ketara, isu kritikal kerana air ini tidak menyumbang kepada hasil—air hilang disebabkan kebocoran dan pecah dalam sistem pengagihan—mewakili kos pengendalian yang besar untuk utiliti air serta isu alam sekitar.

South East Water telah mempelopori penyepaduan penderia ke dalam meter pintar. Melalui penyepaduan penderia getaran proprietari, yang dibangunkan dan dipatenkan oleh South East Water, meter pintar ini akan memudahkan pengesanan kebocoran rangkaian dengan tepat. Memandangkan data diserap ke dalam platform IoT Lentic South East Water, kekuatan getaran dibahagikan kepada segitiga sekali gus menentukan lokasi sebenar kebocoran dalam rangkaian, jenis kebocoran dan masalah itu berpotensi menjadi lebih besar apabila paip pecah. Ini membantu South East Water mengurangkan air yang tidak menyumbang kepada hasil, mengurangkan kos pengendalian dan akhirnya memberikan penjimatan kos kepada pengguna.

Aik Hoon, Presiden Serantau, Asia Selatan, Korea dan Avnet United mengatakan bahawa perkongsian ini merangkumi komitmen kami terhadap kelestarian dengan sempurna.

“Melalui kerjasama dengan South East Water dan Huizhong, kami bukan sahaja memajukan teknologi rintisan tetapi juga membuat langkah bermakna bagi mengurangkan pembaziran air dan meningkatkan pengurusan sumber. Ini sememangnya amat menggembirakan apabila dapat melihat usaha kami menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan untuk komuniti yang mendapat khidmat daripada kami,” kata Aik Hoon.

Pengurus Besar Utiliti Digital, South East Water, Mark Elvins berkata, berikutan proses tender yang ketat, organisasi amat teruja dapat merealisasikan penjimatan kos dan manfaat kelestarian yang akan disumbangkan oleh meter air digital untuk pelanggan, komuniti dan alam sekitar.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Avnet. Sambil kita melihat masa depan, kita perlu membina daya tahan ke dalam rangkaian air Australia untuk terus memberikan respons terhadap cabaran kekurangan air, perubahan iklim dan bilangan penduduk yang semakin bertambah,” kata Elvins.

Bagi membantu pelancaran penggunaan besar-besaran South East Water ini, Avnet telah menubuhkan makmal ujian meter air di kemudahan Bayswater di Melbourne untuk pengujian pengesahan yang menyeluruh. Meter canggih ini akan menawarkan pengguna data hampir masa nyata mengenai penggunaan air untuk pengurusan dan pemuliharaan yang lebih baik.

Pemberitahuan kebocoran pelanggan South East Water menjimatkan kira-kira 683 juta liter dan pelanggan sebanyak $2.9 juta (semasa tahun 2023–24) melalui pengenalpastian potensi kebocoran di hartanah pelanggan dalam hampir masa nyata. Program pemantauan kebocoran rangkaian, menggunakan data daripada meter digital, membolehkan lebih 140 juta liter air minuman dijimatkan melalui pengenalpastian dan pembaikan awal kebocoran air dalam rangkaian South East Water.

Selama bertahun-tahun, Avnet telah memainkan peranan penting dalam menyediakan South East Water dengan meter air pintar dan penyelesaian canggih untuk percubaan telemetri jarak jauh, serta menangani cabaran teknikal yang berkaitan dengan penyepaduan teknologi baharu.

Bantuan menyeluruh Avnet meliputi setiap langkah kitaran hayat produk, daripada reka bentuk kepada penghantaran, dengan kepakaran teknikal dan rantaian bekalan yang mendalam. Kerjasama dengan South East Water ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan Avnet bagi sektor meter air pintar. Ini sejajar dengan strategi Internet Benda (IoT) syarikat yang lebih luas, memajukan usaha bagi mewujudkan dunia yang saling berhubung dan mampan sepenuhnya.

Maklumat Tentang Avnet

Sebagai pengedar dan penyedia penyelesaian teknologi global yang terkemuka, Avnet telah memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang sepanjang abad. Kami membantu pelanggan pada setiap peringkat kitaran hayat produk, daripada idea kepada reka bentuk dan daripada prototaip kepada pengeluaran. Kedudukan unik kami di tengah-tengah rantaian nilai teknologi membolehkan kami mempercepat peringkat reka bentuk dan bekalan pembangunan produk supaya pelanggan dapat merealisasikan hasil dengan lebih cepat. Dekad demi dekad, Avnet membantu pelanggan dan pembekal di seluruh dunia merealisasikan potensi transformatif teknologi. Ketahui lebih lanjut tentang Avnet di https://www.avnet.com/wps/portal/apac/.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18508

Saturday, September 14, 2024

SYARIKAT PEMULA OLEH BEKAS PEKERJA GOOGLE YANG MEMFOKUSKAN PENERBIT DAN BERPANGKALAN DI SINGAPURA, CRACKLE TECHNOLOGIES MENGUMPULKAN USD1.7 JUTA UNTUK MEREVOLUSIKAN TEKNOLOGI IKLAN DENGAN PENYELESAIAN DIKUASAKAN AI





SINGAPURA, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Crackle Technologies telah mengumpulkan di pusingan peringkat prapembiayaan sebanyak $1.7M untuk membina produk berasaskan AI bagi membantu penerbit memaksimumkan pendapatan teknologi iklan mereka. Pusingan itu diketuai oleh We Founder Circle & AC Ventures. Pelabur lain yang turut serta termasuk pengasas Impetus Technologies, Sunicon Ventures, Global DeVC dan Misfits Capital. Yang penting, pengasas penerbit terkemuka seperti Ludo King, Dainik Jagran, Amar Ujala dan lain-lain telah memberikan kepercayaan mereka kepada pasukan Crackle dengan menyertai sebagai pelabur. Crackle sedang berkembang di seluruh Asia Tenggara dengan menumpukan kepada Vietnam dan Indonesia.

Pembiayaan ini sebahagian besarnya akan digunakan dalam produk & teknologi dan untuk menskalakan operasi secara global bagi menyokong penerbit merentas permainan, aplikasi, berita dan OTT (dengan menangani masalah utama termasuk kadar isian dan eCPM yang rendah). Teknologi proprietari Crackle menggunakan analisis data maju dan pemodelan ramalan untuk mengoptimumkan hasil iklan penerbit, mengautomasikan aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pengguna yang luar biasa.

Crackle diasaskan oleh tiga bekas eksekutif Google, Harsh Mittal, Shashank Dudeja dan Jaivir Singh Nagi, yang mempunyai pengalaman gabungan selama 18 tahun dalam industri pengewangan penerbit. Dalam pengalaman profesional mereka, mereka telah menguruskan berbilion dolar dalam hasil teknologi iklan dan telah membantu berbilang penerbit meningkatkan pengewangan iklan mereka sebanyak 10x ganda dengan memperkenalkan beberapa inovasi yang mengutamakan industri. Misi Crackle adalah untuk membolehkan penerbit memaksimumkan potensi pendapatan mereka dan membina perniagaan yang mampan.

Mengulas tentang pelaburan itu, Vikash Jaiswal, pencipta Ludo King yang sangat popular dengan muat turun 1Bn+, menyatakan, “Pengalaman pasukan pengasas dan cerapan mendalam dalam pengewangan iklan permainan meletakkan Crackle di barisan hadapan dalam inovasi teknologi iklan. Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka.”

Jaivir, Pengasas Bersama, Crackle, melahirkan penghargaan kepada pelabur atas kepercayaan dan sokongan mereka, tambahnya, “pembiayaan ini akan memainkan peranan penting dalam memajukan misi kami untuk memaksimumkan hasil penerbit dan memacu ekosistem yang berkembang pesat dengan kandungan yang pelbagai untuk memastikan Internet relevan dan berguna untuk semua.”

Berkenaan pengembangan di Asia Tenggara, Harsh, Pengasas Bersama, Crackle menambah, “Keadaan teknologi yang berkembang pesat di Asia Tenggara kini sudah matang untuk inovasi. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan pembangun permainan dan aplikasi bagi memacu pertumbuhan mereka dengan penyelesaian teknologi iklan kami.”

Sejak pelancarannya pada 2023, Crackle telah mendapat daya tarikan ketara yang menjana pulangan ketara untuk penerbit yang terjejas oleh pengewangan yang lebih rendah dan penguasaan platform teknologi utama.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18501

BUSINESSNEXT MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DALAM GARTNER® SALES FORCE AUTOMATION MAGIC QUADRANT™ 2024 SELAMA 11 TAHUN BERTURUT-TURUT

Laporan itu menyerlahkan fokus mantap syarikat itu dalam perkhidmatan kewangan dan insurans di rantau APAC, EMEA dan Amerika Utara

NEW DELHI, India, 13 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 BUSINESSNEXT yang merupakan penyedia universal penyelesaian perusahaan boleh gubah bagi bank dan perkhidmatan kewangan telah dinobatkan sebagai Pemain Nic dalam laporan Gartner Magic Quadrant 2024 untuk Sales Force Automation Platforms. Platform syarikat itu telah dinilai untuk menentukan tahap komprehensif rangkaian penyelesaian perusahaannya, dengan fokus utama pada keupayaan automasi jualan.

Kedudukan ini telah meletakkan BUSINESSNEXT sebaris dengan 13 vendor utama pada peringkat antarabangsa dalam platform automasi pasukan jualan yang membuktikan pendekatan berfokuskan industri dan penyelesaian canggih syarikat itu bagi menghasilkan penyelesaian termaju. Keupayaan Automasi Pasukan Jualan itu termasuklah jualan berpandu, analisis ramalan dan strategi yang dipacu AI. Dengan kehadiran yang kukuh dalam perkhidmatan kewangan dan insurans di APAC, EMEA dan Amerika Utara, BUSINESSNEXT terus menambah baik platformnya dengan model, visualisasi dan ciri-ciri mudah alih yang dikuasakan GenAI untuk meningkatkan kecekapan operasi.

Kuadran tersebut menyerlahkan kekuatan BUSINESSNEXT dalam pengurusan bakal pelanggan berasaskan pembelajaran mesin, model pemarkahan ramalan serta strategi AI yang boleh disesuaikan. BUSINESSNEXT bercadang untuk memperkenalkan pembantu jurujual pintar dan meningkatkan aliran kerja dikuasakan AI serta pengesahan KYC, yang akan menguatkan lagi sokongan terhadap perniagaan global dalam transformasi digital.

Sushil Tyagi, Pengarah Eksekutif BUSINESSNEXT berkata, "Pengiktirafan daripada Gartner ini menyerlahkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan boleh dikembangkan yang memperkasakan pasukan jualan untuk melangkaui matlamat mereka sekali gus memenuhi komitmen pengalaman pelanggan dengan amat baik."

BUSINESSNEXT akan terus memajukan automasi jualan dengan tumpuan yang teguh dalam pembangunan penyelesaian AI khusus natif untuk industri seperti perbankan, insurans, runcitan dan penjagaan kesihatan. Peningkatan akan datang meliputi pelancaran studio WORKNEXT iaitu sebuah platform tanpa kod yang menawarkan alat dikuasakan GenAI untuk ringkasan bakal pelanggan dan reka bentuk aliran kerja serta produktiviti yang lebih baik.

Mengenai BUSINESSNEXT

BUSINESSNEXT merupakan penyedia universal bagi penyelesaian perusahaan boleh gubah yang menumpukan pada bank dan perkhidmatan kewangan di seluruh dunia. Diiktiraf sebagai peneraju dalam The Financial Services CRM Wave oleh Forrester, BUSINESSNEXT memanfaatkan teknologi, inovasi dan pengalaman untuk menghasilkan pengalaman hebat, unik dan insani dalam menghadapi dunia perniagaan yang mencabar. Platform BUSINESSNEXT, antaranya CRMNEXT, CUSTOMERNEXT, DATANEXT & WORKNEXT merupakan platform AI dan platform natif awan yang dipacu bahasa mesin yang dicipta khusus untuk mendayakan transformasi digital. Ia terdiri daripada portfolio penyelesaian modular hiper SaaS diperkaya yang responsif, boleh dipasang dan dioperasikan dengan mudah dan mempunyai tahap keupayaan tinggi untuk berintegrasi dengan ekosistem IT. Pada masa ini, BUSINESSNEXT menyediakan perkhidmatannya kepada lebih 1 juta pengguna di 65,000 cawangan dan pusat panggilan serta menguruskan 1 bilion pelanggan akhir di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut lawati:
https://www.businessnext.com/ 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18495

PAMERAN ANTARABANGSA CHINA UNTUK PELABURAN & PERDAGANGAN KE-24 BERAKHIR DENGAN HASIL YANG MEMBERANGSANGKAN -- PELABURAN MENGHUBUNGKAN DUNIA DAN MEMBUKA PELUANG UNTUK MASA DEPAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK




XIAMEN, China, 13 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--


Dari 8 hingga 11 September, Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan & Perdagangan ("CIFIT") ke-24, yang ditaja oleh Kementerian Perdagangan dan dianjurkan bersama oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, Kerajaan Rakyat Perbandaran Xiamen dan Agensi Penggalakan Pelaburan di Kementerian Perdagangan, yang diadakan dengan jayanya di Xiamen di Wilayah Fujian, telah dihadiri oleh hampir 80,000 orang tetamu dari 120 buah negara dan wilayah serta 18 organisasi antarabangsa. Sebanyak 688 perjanjian kerjasama telah ditandatangani, dengan jumlah pelaburan yang dirancang sebanyak 488.92 bilion yuan.

Untuk memudahkan pelbagai negara meluaskan keterbukaan dan berkongsi peluang di platform CIFIT, beberapa aktiviti penting telah dilaksanakan, seperti Persidangan Pembangunan Berkualiti Tinggi Belt and Road ke-7, Persidangan Tahunan ke-3 bagi Perikatan Global bagi Zon Ekonomi Khas, Pertukaran & Rangkaian Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Wilayah China-Negeri-negeri Amerika Syarikat, dan Pertukaran & Rangkaian Ekonomi Digital BRICS.

CIFIT ini mempunyai beberapa sorotan baharu di dalam pameran itu: ia mewujudkan kawasan "Pembangunan Global", serta kawasan "Pelaburan dan Kerjasama Luar China", agar dapat  mempamerkan pencapaian pelaburan dan pembinaan China di luar negara. Tambahan pula,  kawasan "Maritim Laluan Sutera" dan 10,000 meter persegi "Pameran BRICS mengenai Revolusi Perindustrian Baharu" menyuntik momentum baharu ke dalam pelaburan dan kerjasama antarabangsa.

Beberapa laporan yang berwibawa mengenai pelaburan asing telah dikeluarkan, termasuk Laporan Pelaburan Dunia 2024 (Edisi Bahasa Cina), Buletin Statistik mengenai FDI di China 2024, Panduan Pelaburan Asing bagi Republik Rakyat China 2024, Laporan mengenai Perkembangan Perusahaan Luar Negara China 2024 , Laporan Pelaburan Dua Hala China 2024, dsb., yang akan membantu peserta memahami landskap pelaburan global dan dinamik pasaran serta membuat keputusan yang tepat.
 
Sumber: Jabatan Persidangan bagi Jawatankuasa Penganjur CIFIT ke-24 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18498

Wednesday, September 11, 2024

QUANTEXA DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU DALAM PENYELESAIAN PENIPUAN PERUSAHAAN DAN PEMBAYARAN DALAM CHARTIS RISKTECH QUADRANT® UNTUK PENYELESAIAN PENIPUAN PERUSAHAAN 2024

Chartis juga mengiktiraf kemampuan AI Platform Perisikan Keputusan Quantexa untuk aplikasi khusus dalam pengesanan penipuan cukai dan kes penggunaan kerajaan

LONDON, 10 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 Quantexa, peneraju global dalam penyelesaian Perisikan Keputusan (DI) untuk sektor awam dan swasta, mengumumkan hari ini bahawa syarikat telah diiktiraf sebagai Peneraju Kategori dalam RiskTech Quadrant® untuk Penyelesaian Penipuan Perusahaan dalam laporan Kemas Kini Pasaran dan Landskap Vendor 2024, Penyelesaian Penipuan Perusahaan dan Pembayaran Chartis Research. Kedudukan sebagai peneraju mencerminkan prestasi kukuh Quantexa merentas pelbagai kriteria utama, terutamanya dalam teknik pengesanan penipuan yang canggih dan platform teguh untuk analisis penipuan.

Laporan Kemas Kini Pasaran dan Landskap Vendor tahunan Chartis mencatatkan beberapa tema utama dalam pasaran untuk penyelesaian anti penipuan. Ini termasuk peranan AI generatif yang semakin meningkat dalam automasi dan pengemudian bersama penyelesaian penipuan. Laporan ini menerangkan cara para vendor menggunakan teknologi termaju untuk menangani keperluan pelanggan mereka yang berubah-ubah dalam landskap penipuan. Kemasukan Quantexa sebagai Peneraju Kategori mengiktiraf pendekatan platform yang inovatif dan komprehensif syarikat ini, yang menyepadukan aliran kerja dengan analisis graf pengetahuan dan menangani evolusi berterusan cabaran dalam risiko identiti dan penipuan aplikasi.

Quantexa juga telah diiktiraf sebagai salah satu vendor terbaik dalam laporan penarafan dan penyelidikan sulung Chartis RiskTechAI 50 2024. Laporan Chartis RiskTechAI 50 menyenaraikan penyelesaian AI global dalam teknologi risiko dan telah mengiktiraf keupayaan Quantexa untuk menggunakan AI untuk aplikasi khusus dalam pengesanan penipuan cukai dan kes penggunaan kerajaan. Dalam laporan ini, teknologi Quantexa telah diperakui dalam dua kategori: Keupayaan penipuan cukai lanjutan dan 'AI untuk aplikasi kerajaan.'

Pengiktirafan ini menggariskan kepakaran peneraju industri Quantexa dalam memanfaatkan AI untuk aplikasi khusus bagi pengesanan penipuan cukai dan kes penggunaan kerajaan.

Pengiktirafan ini tiba pada masa yang penting untuk Quantexa, oleh kerana syarikat terus melancarkan teknologi Q Assist, menyokong pelanggan untuk berjaya dalam penggunaan AI. Suite teknologi ini membolehkan pelanggan Quantexa untuk mengoperasikan AI generatif untuk keuntungan transformasi tanpa pelaburan yang besar dalam infrastruktur, perkakas dan sumber mahir tambahan.

Lihat video penuh 

Ivan Heard, Ketua Global Penyelesaian Penipuan di Quantexa, berkata:“Mendapat penarafan dalam kalangan pembuat perubahan kategori lain oleh Chartis memberi inspirasi kepada kami untuk terus cemerlang dalam teknik pengesanan penipuan terdorong AI yang maju. Pengiktirafan buat kami sebagai penyelesaian terbaik dalam kelas mengesahkan bahawa kami menyediakan untuk pelanggan kami beberapa keupayaan terhebat dalam jenis penipuan yang muncul seperti APP dan pengesanan keldai. Matlamat kami adalah untuk sentiasa menangani cabaran berevolusi yang dihadapi oleh pelanggan kami dalam dunia penipuan yang berubah-ubah dengan membangunkan teknik pengesanan penipuan terbaik yang mengatasi pendekatan tradisional dan memastikan kemajuan terkini dalam AI untuk klien memahami pelanggan mereka dengan lebih baik."

Maryam Akram, Ketua Penyelidikan di Chartis, menambah:“Penggunaan AI dan pembelajaran mesin Quantexa secara inovatif untuk mengumpul, menyediakan, memproses dan menganalisis data, serta mengautomasikan proses perniagaan merentas bidang seperti penyelesaian entiti dan perisikan perniagaan, telah menambat kedudukan dan anugerah syarikat dalam penarafan RiskTechAI. Platform syarikat membolehkan dan menyepadukan pelbagai teknik AI dan pembelajaran mesin, diselia dan tidak diselia, untuk menyampaikan keupayaan yang maju.

"Landskap penipuan sedang berubah, apabila kerumitan meningkat secara eksponen, terdapat keperluan mendesak untuk pemahaman yang mendalam tentang risiko - dan pendekatan Quantexa yang sangat unik dan inovatif terhadap pengurusan penipuan mencerminkan perubahan ini," kata Nick Vitchev, Pengarah Penyelidikan di Chartis. "Quantexa mampu menggabungkan pelbagai isyarat penipuan dan risiko serta mengenal pasti kaitan yang sukar dikesan, menyediakan cara yang menarik untuk mengurus penyiasatan penipuan berskala besar, serta beberapa metodologi penipuan teras hari ini (seperti penipuan APP dan pengesanan keldai)."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keupayaan penipuan cukai dan AI untuk kerajaan, lawat sini.

Tentang Quantexa
Quantexa ialah syarikat perisian AI, data dan analisis global yang merintis Perisikan Keputusan bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan operasi yang boleh dipercayai dengan data dalam konteks. Dengan menggunakan kemajuan terbaharu dalam AI, platform Perisikan Keputusan Quantexa membantu organisasi mendedahkan risiko tersembunyi dan peluang baharu dengan menyatukan data dalam silo dan mengubahnya menjadi sumber yang paling dipercayai dan boleh digunakan semula. Ia menyelesaikan cabaran utama merentasi pengurusan data, perisikan pelanggan, KYC, jenayah kewangan, risiko, penipuan dan keselamatan, sepanjang kitaran hayat pelanggan.

Platform Perisikan Keputusan Quantexa meningkatkan prestasi operasi dengan peningkatan ketepatan sehingga lebih daripada 90% dan resolusi model analisis sebanyak 60 kali lebih pantas berbanding dengan kaedah tradisional. Kajian Forrester TEI yang ditempah secara bebas mengenai Platform Perisikan Keputusan Quantexa mendapati bahawa pelanggan memperoleh ROI 228% selama tiga tahun. Ditubuhkan pada tahun 2016, Quantexa kini mempunyai lebih daripada 750 pekerja dan beribu-ribu pengguna platform yang bekerja dengan berbilion-bilion transaksi dan titik data di seluruh dunia. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18481

FESTIVAL SELANGOR @BATU LAUT 2024 RUNGKAI RAHSIA SERUMPUN ETNIK SELANGOR

TANJUNG SEPAT, Selangor, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor, bersama Kelab Iltizam Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Festival Selangor @Batu Laut 2024 pada 6 September hingga 8 September 2024 bertempat di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor. Festival Selangor yang julung-julung kali diadakan ini memperlihatkan keunikan budaya dan kepelbagaian kaum yang terdapat di negeri Selangor seperti budaya masyarakat Jawa, Bugis, Mendailing, Banjar, Melayu, Orang Asli, Cina, India dan sebagainya.

Antara pengisian utama festival ini adalah Pertandingan Keroncong Antarabangsa Malaysia, Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor, pelbagai aktiviti Mencungkil Bakat, Himpunan dan Pertandingan Silat, Sukan Rakyat, Fun Run/Fun Ride, Batu Laut Culture Warrior, Demonstrasi/Pertandingan Makanan Tradisi, Simulasi Perkahwinan Etnik Negeri Selangor, Pasar Saloma, Jualan Ehsan Rahmah, Jualan Agro Madani, Pertandingan Sukan Layar, Perkhemahan Pengakap dan Glamping Budaya dan Pameran/Demonstrasi Interaktif Agensi Persekutuan, Negeri, Swasta dan Persatuan Kebudayaan.

Festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan muzik seperti Keroncong dan Gordang Sembilan, Pertandingan Busana Tradisional, Pertandingan Memasak Masakan Tradisi, Demonstrasi Pembuatan Wau Kapal, Simulasi Perkahwinan Tradisi Etnik Jawa, Bugis, Banjar, Mendailing dan Orang Asli Mah Meri.

Festival ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan, negeri, agensi swasta, dan persatuan seni budaya dari seluruh Negeri Selangor. Antara agensi persekutuan dan negeri yang telah terlibat seperti Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Majlis Perbandaran Kuala Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Jabatan Penyiaran Negeri Selangor (RTM), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hospital Banting, Jabatan Kesihatan Kuala Langat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, SPD Events Asia, RangkaiaN Hotel Sri Malaysia dan Kaydan Ahmad Resources. 

EBC FINANCIAL GROUP MEMBUAT PENAMPILAN PERTAMANYA DI PENTAS LALIGA DENGAN PERKONGSIAN FC BARCELONA

Meluaskan Kehadiran Global Merentasi Pasaran Utama dan Menempa Sempadan Baharu dalam Sukan dan Kewangan
 
SINGAPURA, 10 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC), peneraju global dalam pembrokeran kewangan terus mengukuhkan perkongsian strategik 3.5 tahun dengan FC Barcelona, ​​salah satu kelab berbilang sukan paling ikonik di dunia. Kerjasama ini, yang bermula pada April 2024, bukan sahaja telah meningkatkan kehadiran global EBC tetapi juga menandakan babak yang signifikan dalam penyepaduan kewangan dan sukan.

Kehadiran EBC Financial Group di pentas LaLiga adalah bukti kekuatan perkongsian ini. Sebagai rakan kongsi rasmi FC Barcelona merentasi APAC, LATAM, Timur Tengah dan Afrika, EBC telah ditampilkan secara ketara semasa perlawanan LaLiga baru-baru ini di Greater China, menjangkau jutaan peminat bola sepak di negara itu. Pendedahan ini bukan sahaja mempertingkatkan keterlihatan jenama EBC tetapi turut mengukuhkan nilai dan matlamat yang dikongsi antara kedua-dua organisasi tersebut.

Landskap Perkongsian Sukan yang Berkembang
Sinergi antara institusi kewangan dan pasukan sukan bukanlah baharu tetapi telah berkembang secara dramatik sejak beberapa tahun ini. Apa yang dahulunya merupakan model penajaan yang mudah kini telah berubah menjadi perkongsian dinamik, di mana kedua-dua pihak bekerjasama dalam penjenamaan, pengembangan pasaran dan keterlibatan komuniti. Untuk institusi kewangan seperti EBC Financial Group, bola sepak menawarkan platform yang tiada tandingan untuk berhubung dengan khalayak global yang pelbagai, memanfaatkan semangat dan kesetiaan yang diilhamkan oleh sukan.

FC Barcelona, ​​dengan sejarah yang kaya dan pangkalan peminat globalnya, mewakili lebih daripada sekadar sebuah kelab bola sepak—ia merangkumi satu set nilai yang bergema di seluruh dunia. Nilai ini sejajar dengan prinsip EBC yang menjadikan perkongsian ini sesuai secara semulajadi. Dengan memanfaatkan jangkauan global FC Barcelona, ​​EBC meletakkan dirinya secara strategik untuk mengukuhkan kehadiran pasarannya di Asia Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika.

Sinergi Antara Kewangan dan Bola Sepak: Kepentingan Strategik Perkongsian EBC-Barça
Perkongsian antara EBC Financial Group dan FC Barcelona mempamerkan cara kewangan dan sukan boleh bersatu untuk mewujudkan kerjasama yang bermakna. Kedua-dua institusi berkongsi komitmen terhadap kecemerlangan, disiplin dan inovasi yang menjadi asas kepada perkongsian yang melangkaui penajaan tradisional.

Bagi EBC, kerjasama ini merupakan langkah strategik yang mempertingkatkan kehadiran jenamanya dan membuka peluang baharu dalam pasaran global utama. Melalui kerjasama dengan kelab yang terkenal seperti FC Barcelona, ​​EBC berhubung dengan penonton yang ramai dan terlibat, memberikan peluang untuk mempromosikan kecelikan kewangan dan memperkenalkan produk kewangan yang disesuaikan kepada peminat bola sepak di seluruh dunia. Perkongsian ini juga membolehkan EBC menjangkau khalayak yang lebih muda, lebih pelbagai, menyelaraskan perkhidmatannya dengan minat dan keperluan mereka.

FC Barcelona, ​​sebaliknya, memperoleh rakan kongsi dengan pengetahuan kewangan yang mendalam dan komitmen terhadap kecemerlangan. Perkongsian ini menyokong strategi pengembangan global kelab, memastikan ia kekal di barisan hadapan bola sepak di dalam dan di luar padang. Bersama-sama, EBC dan FC Barcelona menetapkan standard baharu tentang cara institusi kewangan dan pasukan sukan boleh bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama.

Memetakan 42 Bulan Yang Akan Datang: Prospek Masa Depan dan Wawasan Jangka Panjang
Melihat ke hadapan, perkongsian antara EBC dan FC Barcelona bersedia untuk berkembang lebih kukuh. Sepanjang 3.5 tahun yang akan datang, kedua-dua organisasi akan terus meneroka peluang baharu untuk bekerjasama, berinovasi dan meluaskan jangkauan mereka. EBC komited untuk mengekalkan kehadirannya di LaLiga dan seterusnya, menggunakan platformnya untuk mempromosikan celik kewangan, menyokong inisiatif komuniti dan memacu pengiktirafan jenama.

Perkongsian ini mencerminkan komitmen bersama terhadap kecemerlangan dan inovasi, meletakkan kedua-dua EBC dan FC Barcelona untuk mencapai kejayaan yang berterusan. Sambil mereka terus menyelaraskan matlamat mereka dan memanfaatkan kekuatan masing-masing, kerjasama itu akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan kedua-dua sektor kewangan dan sukan.

Perihal EBC Financial Group
Ditubuhkan di daerah kewangan yang dihormati di London, EBC Financial Group (EBC) terkenal dengan rangkaian perkhidmatan komprehensifnya yang merangkumi pembrokeran kewangan, pengurusan aset dan penyelesaian pelaburan yang komprehensif. Dengan pejabat yang terletak secara strategik di pusat kewangan terkemuka, seperti London, Sydney, Hong Kong, Tokyo, Singapura, Kepulauan Cayman, Bangkok, Limassol dan banyak lagi, EBC memenuhi keperluan pelbagai pelanggan runcit, profesional dan pelabur institusi di seluruh dunia.

Diiktiraf melalui pelbagai anugerah, EBC berbangga dengan pematuhan tahap tertinggi standard etika dan peraturan antarabangsa. EBC Financial Group (UK) Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Tatalaku Kewangan UK (FCA), EBC Financial Group (Australia) Pty Ltd dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) dan EBC Financial Group (Cayman) Limited dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Kewangan Kepulauan Cayman (CIMA).

Teras Kumpulan EBC adalah profesional berpengetahuan dengan lebih 30 tahun pengalaman yang mendalam dalam institusi kewangan utama yang pernah mengharungi kitaran ekonomi penting dengan cekap iaitu daripada Plaza Accord hingga krisis franc Swiss 2015. EBC memperjuangkan budaya yang mementingkan integriti, rasa hormat dan keselamatan aset pelanggan, memastikan setiap penglibatan pelabur dilayan dengan kesungguhan yang sewajarnya.

EBC ialah Rakan Kongsi Pertukaran Asing Rasmi FC Barcelona, menawarkan perkhidmatan khusus di rantau seperti Asia, LATAM, Timur Tengah, Afrika dan Oceania. EBC juga merupakan rakan kongsi United to Beat Malaria, sebuah kempen Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bertujuan untuk meningkatkan hasil kesihatan global. Bermula Februari 2024, EBC menyokong siri penglibatan awam 'What Economists Really Do' oleh Jabatan Ekonomi Universiti Oxford yang menjelaskan bidang ekonomi dan penggunaannya terhadap cabaran masyarakat utama untuk meningkatkan pemahaman dan dialog awam.

https://www.ebc.com/

Perihal FC Barcelona
FC Barcelona dianggap sebagai kelab berbilang sukan terbesar di dunia dan pada tahun 2024, ia meraikan ulang tahunnya yang ke-125. Ia diasaskan pada tahun 1899 dan dimiliki oleh ahlinya. Kelab ini berakar umbi di bandar dan negaranya, Catalonia, dan ia mempunyai pandangan global, dengan pejabat rasmi di tiga bandar berbeza: Barcelona, ​​Hong Kong (bertanggungjawab untuk kerja APAC) dan New York (bertanggungjawab untuk kerja Amerika).

Barça berusaha untuk mengubah dunia melalui kecemerlangan sukan, sesuatu yang membawanya melangkaui bidang permainan dan ke dalam bidang yang berbeza seperti pengetahuan dan inovasi melalui Hab Inovasi Barça (BIHUB); Web3, NFT dan inisiatif metaverse oleh Barça Vision; kandungan hiburan dan penstriman langsung daripada Barça One; komitmen sosial melalui Yayasan FC Barcelona; dan bimbingan melalui La Masia. Pertumbuhan Barça dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah meletakkannya sebagai salah satu institusi yang paling disukai di dunia dan salah satu yang paling diikuti di rangkaian sosial. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18478

Tuesday, September 10, 2024

PAMERAN ANTARABANGSA CHINA UNTUK PELABURAN & PERDAGANGAN KE-24 DIBUKA DI XIAMEN, DI WILAYAH FUJIAN




XIAMEN, China, 9 Sept., 2024 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 8 September, Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan & Perdagangan ("CIFIT") ke-24, yang ditaja oleh Kementerian Perdagangan dan dianjurkan bersama oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, Kerajaan Rakyat Perbandaran Xiamen dan Agensi Penggalakan Pelaburan di Kementerian Perdagangan, telah dibuka di Xiamen di Wilayah Fujian, dengan disertai oleh 119 buah negara dan wilayah serta 18 organisasi antarabangsa, di mana kira-kira 80% daripadanya berada dalam usaha bersama di Inisiatif Belt and Road.
 
Dengan bertemakan "Pelaburan Menghubungkan Dunia," CIFIT tahun ini mempunyai sejumlah kawasan pameran seluas 120,000 meter persegi. Sorotan baharu ialah kawasan "Melabur di China" dan kawasan "Pelaburan dan Kerjasama ke Luar China", yang mempamerkan pencapaian pelaburan asing di China dan begitu juga sebaliknya. 
 
Perlu diingat bahawa acara itu telah menubuhkan sebuah Pavilion Inovasi dan Pembangunan Perindustrian seluas 47,000 meter persegi, yang memberi tumpuan kepada bidang seperti kerjasama BRICS, inovasi rantaian bekalan, daya produktif berkualiti baharu, dan hijau serta rendah karbon. Lima bidang itu (iaitu, Pameran BRICS mengenai Revolusi Perindustrian Baharu, Ekonomi Digital, Inovasi Rantaian Bekalan China, Tenaga Baharu dan Inovasi Hijau, dan Ekspo Teknologi Antarabangsa China (Xiamen) 2024 untuk Keselamatan Awam dan Perkhidmatan Guaman) disediakan untuk menunjukkan pelaburan serantau dan pencapaian kerjasama, teknologi dan produk baharu di dalam inovasi dan pembangunan perindustrian, serta trend di dalam industri baru muncul strategik dan industri berorientasikan masa depan.
 
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan hubungan diplomatik di antara China dan Hungary, dan Hungary adalah tetamu kehormat pada CIFIT ini.
 
Sebagai barometer dan mata angin bagi pelaburan masuk dan keluar China, CIFIT, yang diasaskan pada 1997, telah berjaya diadakan sebanyak 23 sesi. Lebih daripada 30,000 projek telah ditandatangani, sejumlah besar tandatangan projek yang dibiayai oleh pihak asing telah dilaksanakan di China, dan pelbagai perusahaan China telah menembusi pasaran global.
 
Sumber: Jabatan Persidangan bagi Jawatankuasa Penganjur CIFIT ke-24 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18473

Monday, September 9, 2024

CNE DIRECT, INC. (MENJALANKAN PERNIAGAAN SEBAGAI "ILLUMYNT") MENGUMUMKAN PAUL KNIGHT KEMBALI SEMULA SEBAGAI CEO

BOSTON, 9 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CNE Direct, Inc. (menjalankan perniagaan sebagai “illumynt”) berbesar hati untuk mengumumkan Paul Knight kembali semula sebagai CEO syarikat perdagangan, perkhidmatan dan penyelesaian ITAD global. Kini dalam tahun ke-23 perniagaannya, perubahan ini dilakukan sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula illumynt untuk memulakan fasa inisiatif pertumbuhan strategiknya yang seterusnya. Knight mengasaskan bersama perniagaan ini pada tahun 2002 dan merupakan CEO syarikat untuk sebahagian besar sejarahnya sambil berkhidmat secara berterusan sebagai Pengerusi sejak penubuhannya. Knight kembali sebagai tunjang syarikat ke arah pengembangan global yang lebih lanjut, penawaran perkhidmatan baharu dan memberikan tumpuan kepada penyampaian hasil utama pasaran untuk pelanggan dan rakan kongsinya.
 
“Saya teruja untuk kembali semula sebagai CEO dan tidak sabar lagi untuk bekerja dengan pasukan bertaraf dunia kami dan mendapatkan peluang untuk meluangkan lebih masa dengan pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia untuk melaksanakan pelan pertumbuhan strategik baharu kami,” kata Knight.

Selain Knight kembali semula, syarikat juga mengumumkan tindakan yang berikut hari ini:

• Pengambilan Naib Presiden Kejuruteraan baharu, Gavin Wilson. Dahulunya Reconext. Gavin mempunyai 20 tahun pengalaman membangunkan pengujian, pembaikan dan penyelesaian pemulihan nilai yang canggih untuk pelanggan secara global.
• Joe Conway telah dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Penyelesaian. Joe telah memberikan kepimpinan yang kuat dalam menganalisis, menentukan harga dan melakukan suai tugas program global yang besar untuk illumynt, menguruskan pasukan rentas fungsi untuk memberikan hasil yang disasarkan.
• Penandatangan penglibatan strategi dengan firma penasihat ITAD, Circular Integrity, yang dipimpin oleh Pengasas & CEO Todd Zegers, mantan Naib Presiden Global ITAD dan Reverse Logistics untuk Ingram Micro. Circular Integrity akan bekerja rapat dengan pasukan pengurusan kanan CNE untuk mempercepatkan pertumbuhan dan kepelbagaian.
• Mengembangkan jejak global kami, illumynt dalam proses untuk membuka tiga kemudahan baharu di Franklin, MA, AS, Cork, Ireland dan Thailand.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://www.illumynt.com atau ikuti kami di LinkedIn pada https://www.linkedin.com/company/illumynt.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18469

Saturday, September 7, 2024

JMGO BERSEDIA UNTUK MENJAGUHI UNJURAN LASER DENGAN MALC™ 2.0 TRIPLE LASER OPTICS DI IFA 2024

Menetapkan piawaian baharu untuk industri projektor dengan kecerahan, kontras dan reproduksi warna epik—dicapai serentak

BERLIN, 5 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- JMGO, perintis dalam teknologi optik, akan mempamerkan MALC™ (Kawalan Laser Penyesuai Mikrostruktur) 2.0 Triple Laser Optics yang dibangunkan secara dalaman di IFA 2024 di Berlin. Inovasi ini ditetapkan untuk mentakrifkan semula unjuran laser dengan mengatasi cabaran berterusan industri untuk mencapai kecerahan, kontras dan kesan warna tinggi secara serentak.

Teknologi laser terkenal kerana memberikan kecerahan dan warna yang tiada tandingan ke atas sistem berasaskan lampu dan LED. Walau bagaimanapun, pertukaran antara kecerahan, kontras dan warna telah menjadi halangan yang signifikan bagi kedua-dua projektor laser dan laser hibrid/LED. Lazimnya, peningkatan kecerahan mengurangkan kontras dan melebihkan tepu warna, manakala mengutamakan warna selalunya menghasilkan kecerahan yang lebih rendah yang menjejaskan keseluruhan pengalaman tontonan.

MALC™ 2.0 Triple Laser Optics JMGO memecahkan halangan ini yang membolehkan projektor Siri N1S memberikan sehingga 3,500 ANSI lumen kecerahan sambil mengekalkan nisbah kontras FOFO 1,600:1 yang mengagumkan dan meliputi 110% BT.2020 dengan ketepatan warna Δ<1. Ini bermakna penonton boleh menikmati imejan seperti hidup dengan kecerahan yang cemerlang, kontras yang mendalam dan penghasilan semula warna yang tepat—tanpa sebarang penjejasan dalam kualiti gambar. 

SHOHEI OHTANI MENJADI DUTA JENAMA BEATS BAHARU




CULVER CITY, Calif., 6 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Beats by Dr. Dre (Beats) mengumumkan hari ini bahawa ia telah melantik bintang Liga Utama Besbol dan Dodger Los Angeles, Shohei Ohtani sebagai duta jenama rasmi. Dengan janji temu, Ohtani ditetapkan untuk muncul dalam kempen pemasaran Beats yang menonjolkan barisan produk dinamik jenama ini.

“Sebagai duta Beats, saya benar-benar berasa bangga untuk bekerja dengan atlet yang luar biasa seperti Lebron James dan Lionel Messi,” kata Shohei Ohtani. “Saya rasa teruja dengan peluang baharu yang akan diperoleh daripada perkongsian ini.”

Mengenai Beats

Beats by Dr. Dre (Beats) ialah jenama audio terkemuka yang diasaskan pada tahun 2006 oleh Dr. Dre dan Jimmy Iovine. Melalui keluarga fon kepala, fon telinga dan pembesar suara pengguna premiumnya, Beats telah memperkenalkan kemungkinan hiburan bunyi premium kepada generasi baharu sepenuhnya. Jenama ini terus berjaya membantu membawa tenaga, emosi dan keterujaan main balik dalam studio rakaman kembali kepada pengalaman mendengar untuk pencinta muzik di seluruh dunia. Beats telah diperoleh oleh Apple Inc. pada bulan Julai 2014.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54117087/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18464

Tuesday, September 3, 2024

KERAJANG KELULI TAHAN KARAT BERKELEBARAN BESAR NIPPON KINZOKU (KEMASAN BS/WS)




TOKYO, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NIPPON KINZOKU CO., LTD. (TOKYO: 5491) (Ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo) menghasilkan kerajang keluli tahan karat menggunakan teknologi proprietari kami untuk pasaran automotif, bateri, semikonduktor dan lain-lain. Kerajang keluli tahan karat kami menampilkan ciri ketepatan tinggi, lebar yang besar serta berat unit yang besar yang menyumbang kepada penambahbaikan produktiviti pelanggan, hasil yang lebih baik dan pengurangan proses. Di samping itu, kami menawarkan dua jenis kemasan, "BS: Permukaan Cerah" dan "WS: Permukaan Putih," untuk memenuhi keperluan reka bentuk permukaan serta fungsi.

Kerajang Keluli Tahan Karat Berkelebaran Besar NIPPON KINZOKU
 
Gred keluli:Semua gred keluli (SUS304, SUS301, SUS430, dll.)
Kemasan:Kemasan pegas, kemasan TA (Penyepuhlindapan Tegangan), Kemasan BA (Penyepuhlindapan Cerah)
Ciri-ciri:1. Lebar Besar: Maks. 600mm
 2. Ketepatan Tinggi: Min. variasi membujur ketebalan ±1μm
 3. Permukaan: Permukaan Cerah (BS), Permukaan Putih (WS)
 4. Berat unit: Maks. 0.5kg/mm
 5. Min. ketebalan: 0.02mm

Penggunaan

Salah satu ciri kerajang keluli tahan karat kami adalah kami menghasilkan kerajang berkelebaran besar.
Penggunaan termasuk elemen pemanasan permukaan yang digunakan dalam kereta, plat tetulang FPC serta topeng logam yang digunakan dalam peranti elektronik dan digunakan sebagai bahan komposit dengan filem dll. disertakan. Khususnya, terdapat beberapa pengeluar bahan yang menghasilkan bahan dengan ketebalan kurang daripada 30 μm dan lebar hampir 600 mm, menyumbang kepada penambahbaikan hasil pemprosesan dan produktiviti.

Tekstur permukaan

Kami memenuhi pelbagai keperluan dari segi tekstur permukaan bergantung pada penggunaan.
Dalam penggunaan suis “tact”, terdapat kebimbangan tentang keretakan disebabkan oleh ketidakteraturan permukaan yang kecil semasa penggunaan berulang. Dalam kes sedemikian, kami mengesyorkan permukaan Terang (kemasan BS) dengan permukaan licin yang menyumbang kepada ketahanan yang lebih baik.
Untuk bahagian luar bateri dan penyambung boleh dicas semula, sebaliknya, kami mengesyorkan permukaan Putih yang lebih kasar (kemasan WS) yang menyumbang kepada lekatan yang lebih baik dengan pelekat (bahagian luar bateri boleh dicas semula) dan keterlihatan ukiran laser pada permukaan produk (penyambung).

Perihal Kumpulan NIPPON KINZOKU

Produk kami telah digunakan dalam pelbagai bidang daripada bidang ketepatan sehinggalah industri pembinaan. https://www.nipponkinzoku.co.jp/en/

Klik di sini untuk teks penuh.
https://www.nipponkinzoku.co.jp/assets/images/2024/08/NIPPON-KINZOKUs-Stainless-Steel-Wide-Width-Foil-BSWS-Finish.pdf

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54114420/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18446