NoorLine berfungsi seperti talian penting untuk kesusahan atau kesihatan mental, cuma NoorLine menggunakan pemesejan terus untuk menghubungkan sukarelawan kepada individu dalam kesusahan bukannya talian telefon. Cara ini boleh menghapuskan sekatan rantau. Selepas melayari laman web NoorLine dan membuat akaun, pengguna boleh melayari dan memilih pendengar daripada senarai pendengar Muslim, selepas memilih pendengar, mereka boleh menggunakan ciri pemesejan untuk mula berkomunikasi dengan mereka. Individu juga boleh memilih untuk menjadi pendengar dengan melengkapkan sesi latihan dalam talian 10 minit yang percuma.
Pengasas Faisal Khan mengasaskan NoorLine selepas rakan yang beliau kenali dari luar negara pernah menyebut beberapa kali tentang menginginkan seseorang untuk berbual dan tiada talian penting tersedia dan talian penting di Eropah dan Amerika Utara tidak dapat diakses rakan beliau. “Ciri terbaik perkhidmatan ini adalah oleh sebab pendengar kita boleh menerima mesej langsung daripada akaun peribadi mereka pada laman web NoorLine, mereka boleh memberikan sokongan emosi yang peka budaya kepada Muslimin dan bukan Muslim yang berada di seluruh dunia.” Kata pengasas Faisal Khan, yang juga merupakan pengasas laman web kesihatan mental profesional www.therapyline.org.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12323
No comments:
Post a Comment