Wednesday, June 6, 2018

VISTAJET MELANCARKAN PROGRAM PELANCONGAN PERIBADI KANAK-KANAK YANG PALING MENYELURUH



Pengembaraan di atas Langit: hiburan interaktif, aktiviti pendidikan dan pesta yang disesuaikan di atas langit untuk mencipta pelayaran impian pengembara muda
 
  • Pesta di atas langit dengan perancang pesta terkemuka dunia
  • Krew kabin terlatih kanak-kanak yang pertama dalam penerbangan peribadi
  • Pakar mengetuai pendekatan berdasarkan pemahaman dan pemerhatian yang dipacu data

LONDON, 6 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan tunggal, hari ini mengumumkan pelancaran Pengembaraan di atas Langit, program pelancongan paling menyeluruh yang direka bentuk khusus untuk kanak-kanak.

Dengan satu dalam empat penerbangan VistaJet pada 2017 mempunyai kanak-kanak atas penerbangan*, menawarkan aktiviti yang didedikasikan untuk pengembara muda terbukti menjadi semakin penting.

Dicipta untuk penumpang berumur satu hingaa 16 tahun, Pengembaraan di atas Langit** akan menukarkan kabin VistaJet menjadi bilik permainan dan tempat pesta. Kanak-kanak akan terlibat secara aktif dengan buku-buku penceritaan berilustrasi, beg galas pengembara diperibadikan dan hamper aktiviti keluarga serta dilayan oleh pramugari terlatih kanak-kanak, menawarkan mereka menu khas dan hos pengembaraan interaktif.

Pesta di atas Langit

Dibarisan hadapan Pengembaraan di atas Langit merupakan satu siri pesta bertema, yang dicipta dengan kerjasama perancang acara terkemuka dunia, Sharky dan George. Setiap aktiviti dihoskan atas penerbangan oleh pasukan pakar, untuk menjadikan masa penerbang muda di udara, masa yang tidak akan dapat dilupakan.

Alice di atas Langit membawa kanak-kanak ke dalam lubang arnab dan dunia ajaib dimana budak lelaki dan perempuan boleh menghoskan Pesta Teh Mad Hatter mereka sendiri, bermain kroket flamingori dan permainan Contrariwise.

Misi Rahsia melatih rekrut sebagai agen perkhidmatan rahsia untuk membongkarkan operasi jenayah antarabangsa. Dipimpin oleh Ketua Perisik dalam pesawat, agen baharu akan menerima latihan yang diinspirasikan oleh Kingsman dalam seni menulis dan menyahsulit kod, mengambil cap jari, teknik tempat jenayah dan pemesejan rahsia.

Untuk kaki wayang muda, Filem di atas Langit akan memasukkan krew filem yang dilengkapi dengan kamera, peralatan mengedit dan skrin hijau untuk menghasilkan filem mereka sendiri, daripada menulis skrip dan pemilihan pelakon sehingga ke penyolekkan, lakonan, penggambaran dan kesan khas. Kanak-kanak boleh melakonkan blokbuster kegemaran mereka atau menghidupkan idea baharu.

Pek Pengembaraan

VistaJet telah menghasilkan satu siri pek aktiviti. Beg Galas Pengembara, yang diperibadikan berdasarkan umur individu kanak-kanak dan destinasi penerbangan mereka, adalah direka bentuk untuk digunakan di atas penerbangan dan hari-hari seterusnya. Untuk keseluruhan keluarga, Hamper Aktiviti diperibadikan akan disediakan, yang penuh dengan aktiviti untuk dicipta bersama-sama.

Untuk menghiburkan penumpang muda mereka, VistaJet juga telah menghasilkan satu siri buku pelekat berilustrasi enam tangan yang kanak-kanak boleh ikuti pengembaraan watak utama Miloh dan Scarlet.

Ruang Makan Peribadi

Tukang masak ruang makan peribadi VistaJet telah menghasilkan menu baharu untuk menarik minat kanak-kanak dari seluruh dunia dan semua hidangan menyediakan keperluan kesihatan yang ibubapa mereka harapkan.

Pakar Kanak-Kanak Atas Penerbangan

Disebabkan banyak keluarga mengembara dengan pengasuh kanak-kanak, VistaJet telah mengambil langkah awal untuk melatih semua Pramugari Kabinnya di institusi pendidikan awal kanak-kanak dan pengasuhan anak yang berprestij, Kolej Norland. Program latihan yang berdedikasi ini meliputi perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak, memahami dinamik keluarga dan mengenal pasti masa keperluan untuk keluarga ketika mengembara.

VistaJet ialah syarikat penerbangan peribadi yang pertama yang mengambil langkah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik untuk setiap penumpang.

* Diidentifikasikan sebagai kanak-kanak lahir selepas 1 Jun 2001.
** Perkhidmatan tambahan kanak-kanak adalah didedikasikan kepada ahli Program VistaJet. Harga atas permohonan. Perkhidmatan tersedia di beberapa lokasi global dan dalam banyak bahasa.

www.vistajet.com/children
 
Maklumat : 

Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com
 
Perihal VistaJet

VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses pada keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana sahaja. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.
Lebih banyak maklumat dan berita VistaJet di vistajet.com

Perihal Sharky dan George

Sharky & George ialah syarikat acara kanak-kanak yang bertapak di London yang mengkhusus dalam keseronokan untuk semua lapisan umur, melalui permainan yang hebat, aktiviti kreatif dan pengalaman berimaginasi. Pasukan ini terdiri daripada bintang-bintang rock inspirasi dan bertenaga yang benar-benar 'faham' kanak-kanak dan bangga untuk membuat orang lain gembira.
Daripada berpesta secara tetap di No.10 Downing Street sehingga ke menghiburkan 850 kanak-kanak di taman Istana Buckingham, Sharky & George telah bekerja dalam pelbagai acara. Mencipta pesta peribadi di Qatar, Switzerland, New York dan merentasi Eropah, Sharky & George telah bekerja dalam pelbagai budaya dan belajar cara terbaik untuk menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia.
 
Perihal Kolej Norland

Norland ditubuhkan pada 1892 oleh Emily Ward yang mengenal pasti keperluan untuk penjagaan dan pendidikan tahun-tahun awal diformalkan. Ditubuhkan dengan moto Kasih Sayang Tak Akan Gagal, kolej ini mempunyai pendekatan berpusatkan kanak-kanak untuk melatih pelajar sepenuh masa dan dalam perundingan. Siswazah yang dilatih di Koleh Norland diambil bekerja di seluruh dunia sebagai Pengasuh Kanak-Kanak dan Jururawat Bersalin Norland melalui agensi pekerjaan dalaman mereka, Agensi Norland.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e76a68e0-2260-42dd-80f7-2041a5b18614

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4de3602e-0da9-4e9d-8a9e-785c55f0a236

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f4ac2060-f0d6-450c-9ef8-635995954e4b

SUMBER: VistaJet Ltd
 
--BERNAMA

Monday, June 4, 2018

​TOSHIBA MELANCARKAN PERANTI PERANTARA ANTARA MUKA UNTUK APLIKASI INFOTAINMEN AUTOMOTIF

Julat baru terdiri daripada empat peranti untuk aplikasi HDMI, kamera dan paparan

TOKYO, 4 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") mengumumkan satu rangkaian baru bagi peranti perantara antara muka video yang bertujuan untuk aplikasi Infotainmen Dalam Kenderaan (IVI) automotif moden.

Sistem-atas-Cip (SoC) dari telefon pintar dan tablet semakin banyak telah digunakan di dalam aplikasi automotif ketika sistem IVI menjadi semakin canggih, yang memerlukan lebih banyak fungsi dan prestasi yang lebih baik. Bagaimanapun, disebabkan oleh standard penyambungan yang berbeza pada peranti seperti paparan, SoC yang sedia ada sering mengalami kekurangan antara muka yang diperlukan untuk rangkaian automotif.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11175

BRIC INVEST MENAWARKAN AIMEDIS - AIM ICO: MEMANFAATKAN BLOCKCHAIN DAN AI UNTUK SEBUAH PELABURAN EKESIHATAN YANG KUKUH

Dengan ICO, Aimedis berhasrat untuk membiayai pelancaran global bagi blockchain dan platform eKesihatan mereka yang berasaskan AI, dengan menawarkan kepada pelabur satu peluang yang unik untuk menerokai cara baharu pesakit berinteraksi dengan doktor.
 
AMSTERDAM & PRAGUE, 4 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pembekal eKesihatan dari Belanda Aimedis, pencipta bagi sebuah blockchain dan platform yang berasaskan kepada AI yang membolehkan pesakit dan institusi untuk secara selamat menyimpan dan berkongsi maklumat kesihatan, seperti diagnosis, x-ray, penyaringan darah dan sebagainya, serta ia membolehkan mereka untuk melakukan perundingan secara video, atau untuk mendapatkan preskripsi bagi ubat-ubatan secara dalam talian, kini menawarkan AIM, mata wang kripto yang akan digunakan bagi semua jenis perkhidmatan di dalam platform mereka, kepada orang ramai.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180601005370/en/
 
Dengan menawarkan 300 juta token dengan sebuah nilai nominal sebanyak 0,12 dolar Amerika bagi setiap token, syarikat yang diterajui oleh doktor itu berusaha untuk mengumpulkan 36 juta USD bagi membiayai pembangunan selanjutnya terhadap platform itu dan pengeluaran pasaran antarabangsa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Michael J. Kaldasch: "Susulan daripada kejayaan pelancaran pasaran itu di Jerman, pada masa ini kami sedang berbincang dengan beberapa institusi kesihatan di seluruh dunia, terutamanya di dalam negara-negara timur jauh yang sedang pesat mengembangkan kesihatan. AIM-ICO itu akan menyediakan dana yang kami perlukan untuk membiayai pembangunan selanjutnya terhadap platform itu dan fungsi mereka yang dirancang bagi suku seterusnya dan serta untuk mewujudkan pasukan-pasukan antarabangsa."
 
Portal penanda aras yang utama bagi ICO, www.icobench.com, mentakrifkan Tawaran Pasaran Permulaan dengan 4.6 dari 5 mata maksimum, sekali gus menjadikan AIM-ICO pada masa ini sebagai satu daripada ICO eKesihatan yang paling bernilai di portal tersebut. Di atas dua hujah yang membawa kepada penarafan TINGGI ini: Pertama, bahawa sistem itu sudah dihidupkan dan digunakan oleh perbadanan hospital yang lebih besar di Jerman, dan yang kedua, di sebalik Aimedis ICO itu adalah sebuah Lembaga Penasihat yang terdiri daripada “selebriti” kesihatan yang terkenal di peringkat antarabangsa yang menyumbang kepada kejayaan platform itu.
 
Berhubung paymentweek.com, pengarang Steven Anderson secara positif meneliti semula AIM ICO dan membuat kesimpulan bahawa AIM mungkin juga mencatatkan sambutan yang sangat menggalakkan berikutan "begitu ramai pelabur kini mengejar 'bitcoin yang seterusnya'.
 
Sehingga 26 Jun, AIM boleh dibeli dari firma pelaburan Czech BRIC INVEST dengan sebuah bonus prajualan sebanyak 30% DI SAMPING sebuah premium alu-aluan sebanyak 5%. Ketua Pegawai Operasi Miroslav Soukup menyatakan: "Dengan premium alu-aluan kami sebanyak 5% kami adalah satu-satunya tempat di mana anda akan mendapatkan 11,25 AIM bagi setiap USD yang dilaburkan!"
 
Maklumat lanjut mengenai AIM dan Aimedis: https://www.bric-holding.com/aimedis-ico-EN.html
 
Beli token AIM sekarang: https://www.bric-holding.com/contact_us_en.html
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180601005370/en/
 
Hubungi
BRIC HOLDING SE
Miroslav Soukup
+491739179905
invest@bric-holding.com
https://www.bric-holding.com
 
Sumber : BRIC HOLDING
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Friday, June 1, 2018

ROKA DAN IRONMAN MEMPERLUASKAN HUBUNGAN DENGAN PERKONGSIAN GLOBAL

ROKA dinamakan sebagai Pakaian Basah Global Rasmi dan Rakan Renang bagi IRONMAN


TAMPA, Fla. & AUSTIN, Texas, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- IRONMAN, sebuah syarikat milik Wanda Sports Holdings, hari ini mengumumkan satu perkongsian global pelbagai tahun yang memperluaskan perhubungan mereka dengan ROKA, sebuah jenama prestasi pelbagai sukan yang berpusat di Austin. Perkongsian baharu ini menjadikan ROKA sebagai Pakaian Basah Global Rasmi dan Rakan Renang bagi IRONMAN® dan Kejohanan Dunia IRONMAN dan acara Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3®.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180531006432/en/ 

Perkongsian di antara IRONMAN dan ROKA itu akan melanjutkan lagi sebuah perhubungan yang bermula pada tahun 2014. Selain suatu kehadiran fizikal yang berkembang pada acara-acara IRONMAN di seluruh dunia, ROKA dan IRONMAN sedang bekerjasama bagi produk renang Kejuaraan Dunia IRONMAN pada Oktober ini sebagai memperingati Ulang Tahun ke-40 IRONMAN. Di samping itu, ROKA kini akan menjual produk-produk renang berjenama bersama secara dalam talian melalui www.ironmanstore.com dan roka.com, dan akan terus memberikan Anugerah Perenang Terpantas ROKA untuk mengucapkan tahniah kepada atlet kumpulan umur paling pantas semasa setiap acara.

"Kami sangat teruja untuk mengembangkan perkongsian kami dengan IRONMAN," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama ROKA Rob Canales. "IRONMAN adalah yang terbaik di dunia di dalam memberikan pengalaman perlumbaan daya ketahanan yang muktamad, dan ROKA adalah yang terbaik di dunia di dalam menyokong atlet berkenaan dengan produk-produk teknikal yang memenuhi tuntutan pada hari ini. Kami sangat teruja untuk menjalin kerjasama dengan IRONMAN bagi produk dan perkhidmatan baharu dan untuk membawa secara serta merta produk kami yang sedia ada kepada lebih ramai atlet di seluruh dunia."

Dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini, ROKA telah mereka bentuk pakaian basah berprestasi tinggi, gogel, kacamata, swimskin atau pakaian yang lebih kecil dan nipis berbanding pakaian renang dan pakaian perlumbaan yang paling canggih di dunia, yang telah dipakai untuk pelbagai gelaran dunia dan lebih 50 kemenangan IRONMAN dan IRONMAN 70.3 oleh atlet triatlon terbaik dunia, termasuk Javier Gómez Noya, Lucy Charles, Tim Reed, Melissa Hauschildt, Luke McKenzie, Meredith Kessler, Linsey Corbin, Jesse Thomas dan banyak lagi. Dengan perkongsian baharu ini, atlet IRONMAN akan dapat mencuba teknologi terbaharu ROKA sebelum mereka membeli pada setiap acara IRONMAN di IRONMAN Village dan mempunyai akses eksklusif kepada produk-produk baharu semasa menjelang perlumbaan mereka.

"Saya mula mencuba pakaian basah Maverick dan swimskin Viper ROKA pada tahun 2014 dan telah menggunakan kedua-duanya sejak itu, namun produk itu kadang-kala sukar untuk diperolehi di luar Amerika Syarikat," kata Javier Gómez Noya, Juara Dunia IRONMAN 70.3 sebanyak dua kali yang membahagikan masa untuk menetap di Sepanyol dan New Zealand. "Dengan perkongsian yang diperluaskan ini, atlet IRONMAN dari seluruh dunia kini boleh mendapatkan teknologi canggih itu yang telah menjadi senjata rahsia saya sejak empat tahun yang lalu."

Dalam tempoh hanya enam tahun dari permulaannya yang serba kekurangan di sebuah garaj di Austin, ROKA telah berkembang untuk menjadi pakaian renang dan pakaian basah pilihan bagi tidak terkira banyaknya atlet triatlon dan beratus pasukan pelbagai sukan di seluruh dunia, dan swimskin Viper mereka telah diyakini oleh lebih ramai atlet pada Kejohanan Dunia IRONMAN berbanding dengan jenama lain selama bertahun-tahun lamanya.

"ROKA merangkumi semangat inovasi dan kepintaran yang selaras dengan keperluan atlet kami," kata Matthieu Van Veen, Ketua Pegawai Cukai bagi IRONMAN. "Kami tidak sabar-sabar untuk mengembangkan perkongsian ini bagi mencakupi kesemua acara kami di seluruh dunia dan membawa produk pakaian renang ROKA kepada atlet-atlet kami di seluruh pelusuk dunia."

Pada tahun 2018, ROKA akan mempunyai suatu kehadiran merentasi keseluruhan Siri IRONMAN® dan IRONMAN 70.3®, termasuk 40 perlumbaan di Amerika Utara, 32 di Eropah, dan 13 di Oceania, serta Kejohanan Dunia IRONMAN dan Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3. Setiap perlumbaan IRONMAN terdiri daripada acara renang sejauh 2.4 batu, acara berbasikal sejauh 112 batu dan larian sejauh 26.2 batu manakala acara siri perlumbaan IRONMAN 70.3 terdiri daripada acara renang sejauh 1.2 batu, berbasikal sejauh 56 batu dan larian sejauh 13.1 batu.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama dan siri acara global IRONMAN, sila layari www.ironman.com.

Maklumat lanjut mengenai ROKA boleh diperolehi di roka.com.

Maklumat mengenai ROKA

ROKA bermula di sebuah garaj di Austin, Texas dengan permulaan yang serba kekurangan dan tumpuan alur laser. Misi ROKA adalah untuk mendedahkan potensi manusia. Untuk melengkapkan, memberi kuasa, mencetuskan inspirasi dan merangsangkan. ROKA memberi khidmat kepada mereka yang berusaha untuk mendefinisikan semula standard itu, untuk berusaha mencapai tahap yang maksimum –  apa-apa sahaja dan di mana sahaja yang mungkin.

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2013, atlet-atlet ROKA telah memenangi lebih daripada satu dozen kejuaraan dunia dan telah memainkan peranan penting di dalam mereka bentuk dan pembangunan satu koleksi produk yang dipatenkan dan telah memenangi anugerah yang tidak pernah berlaku dahulu. Pada tahun 2016, ROKA dengan bangganya menghantar 18 orang atlet ke Sukan Olimpik Rio, dengan membawa pulang pingat Emas dan Gangsa. Di PyeongChang, ROKA meneruskan tradisi itu, dengan membawa pulang pingat Emas dan Gangsa Sukan Olimpik di dalam kacamata Prestasi Lanjutan mereka. Tahun 2018 telah menyaksikan atlet elit di seluruh dunia dalam acara larian, berbasikal, triatlon, luncur laju, bola tampar pantai, dan acara daya ketahanan di luar jalan raya dengan menaruh keyakinan terhadap kacamata ROKA untuk persembahan mereka yang paling penting pada peringkat terbesar.

Produk ROKA boleh didapati di seluruh dunia di www.roka.com dan melalui peruncit terpilih. Layari kami secara dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan kacamata berprestasi premium kami yang semakin berkembang. Ikuti ROKA di media sosial di Facebook, Twitter, dan Instagram.

Maklumat mengenai IRONMAN

Sebagai sebuah syarikat Wanda Sports Holdings, IRONMAN mengendalikan satu portfolio acara-acara global yang termasuk Siri Triatlon IRONMAN®, Siri Triatlon IRONMAN® 70.3®, Siri Triatlon 5150™, Siri Marathon Rock n 'Roll®, Iron Girl®, IRONKIDS®, perlumbaan Siri Triatlon Dunia Kesatuan Triatlon Antarabangsa, acara-acara berbasikal di jalan raya termasuk Siri UCI Velothon®, perlumbaan basikal bukit termasuk Absa Cape Epic®, maraton utama termasuk Maraton Singapura Standard Chartered, dan perlumbaan pelbagai sukan yang lain. Acara-acara IRONMAN, bersama-sama dengan semua acara Wanda Sports Holdings yang lain, memberikan kepada lebih satu juta peserta pada setiap tahun dengan faedah sukan daya ketahanan melalui penawaran luas syarikat itu. Siri acara IRONMAN® yang ikonik adalah platform penyertaan sukan yang terbesar di dunia. Sejak penubuhan jenama IRONMAN® pada tahun 1978, atlet-atlet telah membuktikan bahawa ANYTHING IS POSSIBLE® (APA-APAPUN BOLEH DILAKUKAN) dengan menyeberangi garisan penamat di perlumbaan daya ketahanan yang paling mencabar di dunia. Bermula sebagai satu perlumbaan tunggal, IRONMAN telah berkembang untuk menjadi suatu sensasi global dengan lebih 200 acara merentasi 50 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ironman.com.

Maklumat mengenai Wanda Sports Holdings

Wanda Sports Holdings adalah sebuah entiti perniagaan sukan yang terkemuka di dunia, yang diasaskan untuk meraih peluang-peluang di dalam industri sukan global dan untuk menyumbang kepada landskap sukan antarabangsa yang maju – dalam tiga bidang utama: 1) Sukan Berpenonton (perniagaan media dan pemasaran), 2) Sukan Berpenyertaan (perniagaan gaya hidup aktif), 3) Perkhidmatan (perniagaan digital, pengeluaran dan perkhidmatan). Wanda Sports Holding menggabungkan syarikat pemasaran sukan antarabangsa Infront Sports & Media, jenama daya ketahanan ikonik IRONMAN, dan Wanda Sports China. Ibu pejabat mereka adalah di Guangzhou, China.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180531006432/en/

Hubungi

ROKA
Hubungan Pengarang
Diane Thibert
Naib Presiden Komunikasi & Perhubungan Awam
(310) 804-2400 / diane@roka.com
atau
IRONMAN
Dan Berglund
Pengarah bagi Komunikasi
Press@ironman.com

Sumber : ROKA

SMARTCASH MENGUMUMKAN KEJAYAAN INISIATIF YANG DILULUSKAN KOMUNITI DAN DIBIAYAI OLEH PERBENDAHARAAN PROJEK SMARTHIVE

Pencapaian baru oleh ahli komuniti proaktif mempamerkan keberkesanan rekaan berpusatkan komuniti yang mengagumkan


NEW YORK, 1 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire -- SmartCash, aset kripto yang dicipta melalui teknologi blockchain dengan fokus terhadap urus tadbir komuniti, kerjasama dan perkembangan hari ini menyediakan ikhtisar inisiatif komunitinya yang telah dilengkapkan. Setiap projek disokong oleh Perbendaharaan Projek SmartHive yang dibiayai oleh sebahagian daripada ganjaran blok dan kemudian disalurkan melalui pemegang SmartCash yang menyertai SmartVoting.

Membina Masa Hadapan

Cadangan kepada komuniti SmartCash merangkumi idea yang hampir sama banyak dengan peserta, dengan setiap satu mendapat perhatian dalam proses undian untuk pembiayaan SmartHive. 22 projek yang telah dibiayai dan diselesaikan dengan jayanya termasuklah:
  • Penajaan acara inovasi dan teknologi terbesar di Mexico di mana puluhan ribu orang berkumpul dan dapat menonton pembentangan tentang SmartCash
  • Program selama sebulan yang menyediakan 2,500 hidangan pada setiap hari Ahad kepada orang yang kelaparan di Venezuela dan mengajar mereka tentang kemandirian menerusi SmartCash
  • Pengenalan SmartCash di salah sebuah sekolah perniagaan terkemuka di Perancis menerusi persidangan SmartEvent yang disesuaikan untuk pelajar universiti
  • Penciptaan, pembiayaan dan pelaksanaan program bola sepak untuk kanak-kanak dan belia rentan di Brazil
  • Pengenalan SmartCash kepada pelajar dan guru di lima buah universiti di Ghana
  • Penghasilan Video Pendidikan Blockchain Aktuari yang menampilkan potensi dan ganjaran teknologi blockchain dalam kewangan
  • Peluasan Jerayawara SmartCash di Ghana kepada saudagar yang mencari cara untuk menukarkan mata wang kripto kepada barang dan perkhidmatan di Afrika
  • Penajaan ahli MMA Mexico
  • Penyenaraian SmartCash pada MasterNodes.Online untuk meningkatkan keterlihatan dalam kalangan penggemar mata wang kripto  
  • Pembangunan kursus bertaraf universiti yang menampilkan SmartCash
  • Melatih belia Cameroon untuk menjadi bijak wang menerusi penggunaan SmartCash dalam kegiatan perusahaan
  • Mempromosikan SmartCash pada acara blockchain kripto di Kampus Smart Services di Belanda
Mengembangkan Ekosistem SmartCash

Pengeraman dan pengembangan komuniti SmartCash merupakan teras setiap cadangan. Peserta memaparkan keterujaan dan bersedia untuk menaikkan jenama SmartCash dan pendekatannya yang berfokus terhadap memupuk usahawan, menyelesaikan masalah dan merintis laluan universal ke arah dunia yang lebih baik. Pembiayaan telah pun diperuntukkan untuk 35 lagi cadangan yang dipacu komuniti dan akan meningkatkan lagi keterlihatan dan penerimaan SmartCash di seluruh dunia.

“Rekaan yang berpusatkan komuniti membolehkan kami mengeksploitasi pelbagai bakat, menikmati manfaat besar dalam keberkesanan dan memberi peluang kepada semua orang untuk mendatangkan impak yang signifikan melalui idea unik mereka,” kata jurucakap komuniti SmartCash. “Semakin ramai orang dari seluruh dunia menyertai komuniti kami yang semakin berkembang. Kami berasa teruja untuk melihat cara baharu yang diperkenalkan dan mampu meningkatkan capaian dan keterlihatan kami.”

Kebolehcapaian untuk Semua

Komuniti SmartCash mengalu-alukan semua orang yang ingin menyertai dan melontarkan idea mereka. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses menghantar cadangan, lawati laman web SmartCash dan pilih salah satu daripada pelbagai pilihan yang tersedia untuk melibatkan diri.

Perihal SmartCash

SmartCash (Crypto: SMART) ialah mata wang kripto berdasarkan blockchain yang berbeza daripada yang lain, dengan tadbir urus komuniti, mempunyai Perbendaharaan Projek SmartHive yang dibiaya sendiri dan akses pelombongan ke PC standard. Dengan penekanan terhadap penglibatan komuniti dan penerimaan saudagar, SmartCash bertujuan untuk mencipta mata wang kripto paling aktif dan cepat berkembang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SmartCash, lawati: https://smartcash.cc/

Flipbook Interaktif

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SmartCash melalui flipbook interaktif, lawati http://smartcash.blockchainnewssource.com/flipbook/

Berhubung dengan Komuniti SmartCash

Perbualan Discord di https://discord.gg/BDUh8jr
Perbualan Telegram di http://bit.do/smartcash
Media sosial Twitter di https://twitter.com/scashofficial
Media sosial Facebook di https://www.facebook.com/scashofficial
Media sosial YouTube di https://www.youtube.com/channel/UCzwZxu6BtWcRiQXdPqNeB5Q/featured

Hubungan SmartCash
SmartCash
https://smartcash.cc
hello@smartcash.cc

Hubungan Blockchain Relations 
Blockchain Relations
http://www.blockchainrelations.io
614-465-6025
press@blockchainrelations.io

SUMBER : SmartCash

BUNGA PEONY YANG MEKAR MENGGALAKKAN LAGI EKONOMI GANSU LINXIA

LINXIA, China, 29 Mei, 2018/Xinhua-AsiaNet/--
 
Seperti kata-kata dalam sebuah puisi, ketika bunga-bunga biasa telah layu pada April, bunga peony di kawasan pergunungan baru sahaja mula mekar. Pada Mei, pelbagai peony rockii sedang mekar di Wilayah Autonomi Linxia Hui di Wilayah Gansu. Selepas berusaha selama dua tahun, jelajah peony di Wilayah Autonomi Gansu Linxia Hui telah mula terbentuk. Mei ini adalah "bulan peony" yang pertama untuk Linxia. Peony rockii yang berwarna-warni tumbuh di sepanjang Jalan Binhe di Linxia, untuk ​​membentuk satu sisiran peony sepanjang sehingga 60 batu. Statistik awal dari Biro Pelancongan Linxia menunjukkan bahawa dari 1 Mei hingga 24 Mei, Linxia telah menerima kira-kira 2 juta pelawat. Berjalan kaki di sekeliling taman, seseorang dapat menikmati pesona di dalam puisi kuno yang berbunyi seperti "Rumah Huang Si Niang penuh dengan bunga-bungaan yang disusun padat".
 
Peony mempunyai bermacam sifat. Akar dan kulitnya boleh digunakan sebagai ubat. Peony rockii juga merupakan sejenis tanaman minyak berkayu yang baik yang boleh ditapis. Di samping itu, pistil dan stamen, kelopak, dan tunas daun peony boleh digunakan untuk membuat teh.
 
Perkampungan Wangping adalah satu-satunya kampung miskin berbukit di Linxia. Kampung itu kini telah menanam lebih daripada 170 mu peony dan dikenali sebagai "perkampungan peony yang pertama di Hezhou". Kira-kira 172 daripada 252 isi rumah di kampung itu terdiri daripada keluarga miskin pada tahun 2013, tetapi bilangan itu dapat dikurangkan kepada enam pada akhir tahun 2017. Sekarang kampung itu telah menubuhkan sebuah koperasi perladangan minyak peony. Menurut perkiraan penduduk kampung, menanam gandum menghasilkan wang yang sedikit, tetapi menanam anak benih peony, dengan satu kitaran tunggal selama 5 tahun, dapat menjimatkan tenaga pekerja dan boleh menghasilkan lebih 100,000 yuan bagi setiap mu kepada petani.
 
He Shenghong, yang juga dikenali sebagai "Raja Peony" bagi Linxia, ​​adalah pelopor bagi industri peony di Perkampungan Wangping. Beliau bukan sahaja mengedarkan tanah untuk penananam anak benih, tetapi juga mengembangkan produk teh peony. Teh stamen peony dijual mengikut sukatan gram, yang boleh dijual pada hampir 10,000 yuan bagi setiap 500 gram. Pembasmian kemiskinan di barat laut itu adalah seperti peony rockii, yang mana akan mekar pada satu hari walaupun ia lambat berkembang, kata He.
 
Sumber: Biro Pelancongan Linxia
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=313135
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=313136
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11172

EEC MENGEMBANGKAN BARISAN SUMBER KUASA DENGAN SIRI 6300 DAN 6500 YANG KAYA DENGAN PELBAGAI CIRI

EEC MENGEMBANGKAN BARISAN SUMBER KUASA DENGAN SIRI 6300 DAN 6500 YANG KAYA DENGAN PELBAGAI CIRI