Thursday, May 11, 2023

ORGANISASI BUKAN UNTUNG AUSTRALIA MENDAPATKAN BANTUAN BOOMI BAGI MENYOKONG PESERTA KURANG UPAYA DENGAN LEBIH MENYELURUH

 



  • Organisasi bukan-untung Australia memanfaatkan integrasi dan pengurusan data induk Syarikat Boomi untuk memusatkan data secara selamat bagi mengoptimumkan dan menyesuaikan bantuan untuk lebih daripada 4,000 peserta kurang upaya
  • The Disability Trust telah menyertai lebih kurang 20,000 organisasi di seluruh dunia untuk memilih platform integrasi yang merupakan peneraju kategori Boomi dan turut memenangi Anugerah Gold Globee® sebagai perkhidmatan (iPaaS) bagi menjana hasil perniagaan yang lebih baik
SYDNEY & CHESTERBROOK, Pa., 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju automasi dan ketersambungan pintar telah mengumumkan bahawa The Disability Trust (“The Trust”) telah memilih Platform Boomi untuk memahami keperluan unik pesertanya serta mengoptimumkan jagaan keseluruhan.

"The Trust" ialah organisasi bukan untung (NFP) dengan 1,800 pekerja dan kakitangan jagaan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu lebih daripada 4,000 orang kurang upaya untuk menjalani kehidupan yang mereka idamkan. Antara perkhidmatan yang tersedia merangkumi latihan kemahiran hidup, bantuan hidup berdikari dan penginapan, peluang sosial dan jaringan, sukan dan rekreasi serta bantuan mencari pekerjaan. Untuk menyesuaikan perkhidmatan jagaan mereka dengan lebih baik, kakitangan dan para penjaga di "The Trust" memerlukan pandangan maklumat pengendalian, pekerja dan peserta yang selamat dan tunggal. Hasil daripada penghijrahan teknologi premis yang direka khas dan terasing ke awan, The Trust telah menggunakan Boomi Platform untuk menyingkirkan silo perniagaan, mengintegrasikan sistem kritikal perniagaan dan memusatkan data daripada penggunaan platform tersebut.

“Kriteria utama lembaga kami adalah untuk menyerahkan data kepada para penjaga bagi memastikan mereka boleh memberikan bantuan yang terbaik,” kata Ian Treweek, Ketua ICT di The Disability Trust. “Kami mahu para penjaga kami menerima semua maklumat yang mereka perlukan di setempat agar mereka boleh membuat keputusan ideal untuk jagaan dan memenuhi keperluan untuk setiap peserta dengan lebih baik. Kami juga ingin memastikan eksekutif dan pengurus kami memiliki data masa nyata bagi rantau dan pasukan mereka dengan sekadar "klik pada butang."

"Walaupun kami memiliki maklumat tersebut selama ini, maklumat itu telah bertaburan di berbilang sistem dengan pelbagai format. Selepas kami bertukar kepada awan, Boomi telah menyediakan cara yang ringkas untuk menyepadukan aplikasi kami agar pekerja boleh mendapatkan pandangan maklumat terkini dan tepat secara jelas, membolehkan mereka untuk menyediakan bantuan tersuai kepada setiap peserta."

The Trust telah menggunakan platform integrasi Boomi sebagai perkhidmatan (iPaaS) untuk menyambungkan sistem, termasuk sistem pengurusan jagaan (CMS), Direktori Aktif Microsoft, pengurusan risiko kewangan, sumber manusia dan jualan serta lingkungan alat reka khas dan khusus untuk industri yang lebih luas. Platform ini juga telah memperkenalkan Hab Data Induk (MDH) Boomi yang akan memindahkan maklumat pekerja dan peserta ke gudang data yang selamat.

Sebaik sahaja projek tamat, pekerja sokongan akan memperoleh pemahaman yang lebih menyeluruh terhadap para peserta semasa semua pertemuan mereka, termasuk keupayaan untuk mencatatkan butiran yang mereka perlukan dan akan menjadi tersedia untuk semua pasukan. Hal ini akan membantu mempertingkatkan inisiatif seperti strategi pendayaan digital The Trust yang membolehkan orang kurang upaya untuk mengakses aktiviti-aktiviti seperti pemanduan simulasi sebelum memandu kereta sebenar, diberikan keupayaan untuk membuat panggilan video bagi tujuan peribadi atau profesional dan turut serta dalam latihan realiti maya (VR) serta permainan video.

Keputusan ini juga telah mendatangkan impak yang besar terhadap keupayaan The Trust untuk menunaikan kewajipan di bawah Skema Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) yang telah menjadi matlamat peralihannya pada lima tahun lepas dan memperkemas syarat laporan yang sedang berjalan.

“Banyak organisasi dalam sektor kami telah menggunakan jalan penyelesaian ad hoc, iaitu membiarkan para pekerja mereka untuk memasukkan data ke dalam berbilang sistem secara manual. Cara ini hanya akan mendatangkan banyak kerja semula yang tidak lestari. Memandangkan ketujuh-tujuh aplikasi teras perlu dijalinkan, penggunaan platform Boomi untuk menyambungkan data dengan serta-merta telah menjimatkan banyak jam untuk entri data, malah mengelakkan penduaan menerusi semak silang automatik." kata Treweek. “Para pekerja boleh menggunakan masa yang berjaya dijimatkan ini untuk melakukan kerja yang paling mustahak: memberikan jagaan.”

Sebelum platform Boomi, The Trust bergantung kepada legasi dan integrasi titik ke titik yang memerlukan pengekodan dan pengurusan ekstensif. Dalam keadaan tertentu, mereka terpaksa mengalami risiko data yang tidak konsisten dan ralat yang timbul kerana memasukkan data secara manual apabila mereka tidak mampu melakukan integrasi.

The Trust telah memilih Boomi sebagai salah satu tender kompetitif yang melibatkan enam organisasi lain. Selepas pelbagai siri ujian yang dijalankan, Boomi akhirnya dipilih kerana ia menawarkan pulangan pelaburan yang terbaik dan tidak memerlukan kiraan kepala tambahan untuk mengendalikan kerumitan teknikal dan pengekodan. Semua faktor ini merupakan faktor kritikal untuk Organisasi NFP seperti The Trust yang boleh menguntukkan semula setiap wang yang dijimatkan untuk menambah nilai dalam bantuan yang ditawarkan kepada pesertanya.

The Trust juga merancang untuk memanfaatkan API Boomi dan kebolehan Pengurusan API untuk mewujudkan proses seragam bagi suai tugas pekerja. Matlamatnya adalah untuk mencipta proses lancar untuk menyimpan maklumat secara tepat dan menyingkirkan kemasukan data yang mengambil masa berjam-jam lamanya merentas pelbagai pasukan apabila pekerja baharu menyertai organisasi tersebut.

“Data bukan sahaja mengoptimumkan pembuatan keputusan, tetapi juga menyimpan jawapan untuk soalan yang mungkin tidak diketahui oleh organisasi. Tanpa pandangan terpusat terhadap aset ini, syarikat-syarikat terpaksa menggunakan jalan penyelesaian yang akan melambatkan penghantaran perkhidmatan dan mendatangkan risiko kos melampau tinggi yang khususnya menjejaskan Organisasi NFP," kata Nathan Gower, Pengarah Boomi di Australia dan New Zealand. “Dengan adanya Boomi untuk menghubungkan data, manusia dan peranti, pasukan pengurusan telah mendapat gambaran jelas terhadap keperluan dan operasi peserta. Hal ini membolehkan mereka untuk memberikan tumpuan kepada peranan sokongan mereka dengan yakin bahawa maklumat yang mereka miliki adalah sah dan terkini.”

Selaku perintis iPaaS natif awan, Boomi meraikan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi, komuniti yang semakin berkembang denganlebih daripada 100,000 ahli; dan salah satu tatasusunan penyepadu sistem global terbesar (GSIs) dalam ruang iPaaS. Syarikat amat berbangga dengan rangkaian rakan niaga di seluruh dunia yang terdiri daripada Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan penskala hiper yang terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon,  Google dan Microsoft, antara lainnya.

Syarikat itu dimasukkan dalam senarai Deloitte Technology Fast 500™ dan Inc. 5000 sebagai salah sebuah syarikat teknologi paling pesat berkembang dan berinovatif di Amerika. Baru-baru ini, Boomi juga telah dicalonkan dalam senarai Nucleus Research bagi “Syarikat Hebat untuk Diperhatikan pada Tahun 2023.” Boomi juga telah memenangi dua Anugerah Stevie®, untuk Syarikat Terbaik dan Inovasi Produk; Anugerah Gold Globee® pada peringkat antarabangsa dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (Paas); Anugerah Merit untuk Teknologi dalam kategori Perkhidmatan Awan; dan Anugerah Stratus sebagai Peneraju Global dalam Pengkomputeran Awan 2022.

Sumber Tambahan
Maklumat Tentang Boomi
Matlamat Boomi adalah untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segala-galanya, di mana-mana sahaja. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi mencari pelanggan daripada pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing.  Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53396147/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Hubungan

Media:
Jasmine Ee
Ketua Hubungan Media & Juruanalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com

Sumber: Boomi 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17099

GRADIANT MEMAJUKAN KELESTARIAN DALAM PERLOMBONGAN MELALUI PERKONGSIAN DENGAN SLB, RIO TINTO DAN SEBUAH SYARIKAT PERLOMBONGAN GLOBAL AUSTRALIA


BOSTON, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant, penyedia dan pemaju penyelesaian global untuk rawatan air dan air buangan lanjutan, telah mengumumkan perkongsian dengan SLB (sebelum ini dikenali sebagai Schlumberger), Rio Tinto dan sebuah syarikat perlombongan global Australia yang bertujuan menambah baik produktiviti dan kelestarian dalam industri perlombongan dengan memberikan tumpuan kepada mengurangkan jejak karbon dan air. Projek-projek tersebut dijalankan di Amerika Syarikat dan Australia Barat untuk pemulihan sumber mineral kritikal dan air proses industri.

Kerjasama Gradiant dengan SLB dan syarikat perlombongan global Australia tersebut menyasarkan pemulihan logam berharga seperti litium, nikel dan kobalt, yang merupakan logam penting dalam menghasilkan bateri untuk kereta elektrik, telefon pintar dan komputer. Perlombongan bahan ini sangat rumit dan berintensif air. Tambahan pula, dengan peningkatan permintaan pasaran dan peraturan alam sekitar, perniagaan mesti mengenal pasti teknologi keberkesanan kos dan mampan. Teknologi Gradiant membolehkan tadbir urus air yang mampan, cekap dan menjimatkan melalui penyelesaian tersuai secara menyeluruh.

Usaha Gradiant dengan SLB mengintegrasikan teknologi Gradiant untuk memekatkan larutan litium dengan pengekstrakan litium langsung (DLE) SLB dan proses teknologi pengeluaran—membolehkan pengurangan masa ke pasaran dan jejak alam sekitar untuk pengekstrakan litium. Larutan tersebut mempertingkatkan impak proses pengekstrakan litium mampan dengan membolehkan tahap kepekatan litium yang tinggi dalam sekelip mata daripada menggunakan kaedah konvensional sambil mengurangkan pelepasan karbon, penggunaan tenaga dan kos modal berbanding kaedah berasaskan haba.

Untuk Rio Tinto, Gradiant akan menyediakan kemudahan baharu di Australia Barat bagi menggantikan kemudahan lama dengan menggunakan teknologi membran RO Infinity proprietari syarikat dan SmartOps Digital AI ke dalam operasi perlombongan sedia ada. Gradiant telah memperkenalkan dua teknologi bebas kimia ke dalam operasi bagi meminimumkan penggunaan bahan kimia dan pembuangan sisa.

Akhir sekali, teknologi RO Infinity dan SmartOps Gradiant akan memekatkan air buangan kompleks daripada pengeluaran nikel dan kobalt di kemudahan baharu di Australia Barat untuk sebuah syarikat perlombongan global, mencapai penjimatan kos sehingga 75% dengan jejak karbon dan air yang lebih rendah berbanding teknologi konvensional.

“Perlombongan ialah satu sektor perindustrian rumit yang unik dengan cabaran lokasi terpencil, jumlah sisa buangan yang besar, kualiti air yang sentiasa turun naik dan hasil akhir bernilai tinggi yang memerlukan kecekapan reka bentuk dan operasi tak terhenti,” kata Prakash Govindan, Ketua Pegawai Operasi Gradiant. “Peluang sebenar untuk teknologi air dalam industri perlombongan ialah pemulihan sumber dalam air buangan digandingkan dengan pembelajaran mesin AI. Kami teruja untuk bekerjasama memasuki era baharu pemulihan sumber mampan dengan para pengendali perlombongan utama di dunia. Ini berjaya dilaksanakan melalui pemahaman Gradiant yang mendalam tentang ilmu kimia rumit yang mendasari proses pengeluaran, yang kemudiannya beroperasi dengan teknologi digital pembelajaran mesin.”

Gradiant mereka bentuk, membina dan mengendalikan penyelesaian air dan digital yang lengkap, serta menyeluruh, merintis teknologi maju merentasi industri penting dunia. Teknologi ini mengurangkan penggunaan air tawar, memulih guna sumber berharga dan membaharui semula air kepada keadaan air tawar.

Mengenai Gradiant

Gradiant ialah syarikat air yang berlainan, ia mengatur tindanan teknologi yang penuh dengan penyelesaian kreatif bertujuan membantu industri utama dunia mencapai operasi mampan melalui penggunaan air secara bertanggungjawab. Syarikat tersebut menawarkan reka bentuk, binaan dan operasi penyelesaian air dan digital secara menyeluruh merentas industri, termasuk mikroelektronik, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal serta tenaga boleh baharu. Penyelesaian berinovatif Gradiant mengurangkan penggunaan air dan penghasilan air buangan, memulih guna sumber berharga dan membaharui semula air buangan kepada air tawar. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 900 pekerja di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di gradiant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Hubungan Korporat:
Felix Wang
Naib Presiden Pemasaran, Gradiant
fwang@gradiant.com
 
Sumber: Gradiant

STARR INSURANCE MELEBARKAN SAYAP DI MALAYSIA

 NEW YORK, 11 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Starr Insurance Companies telah mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telah melebarkan sayap di Malaysia melalui penubuhan Cawangan Labuan (“Starr Labuan”) Starr International Insurance (Singapore) Pte. Ltd., sebuah syarikat insurans am yang diatur di bawah undang-undang Singapura. Starr Labuan telah mendapatkan lesen daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan untuk insurans am dan insurans semula Labuan. Urusan perniagaan baharu dan pembaharuan yang sebelum ini disediakan oleh Starr Underwriting Agents (Labuan) Limited akan dialihkan kepada Starr Labuan.


Penubuhan Starr Labuan menunjukkan komitmen Starr kepada rantau Asia Pasifik yang lebih luas dan memberi Starr platform untuk meluaskan skop penawaran produk insurans (semula) mereka untuk pemegang polisi dan syarikat penyerahan di Malaysia.

“Malaysia adalah salah satu ekonomi yang paling pantas berkembang dalam rantau ini,” kata Philip Finley, Presiden, Pengurus Rantau Asia Pasifik untuk Starr. “Lesen baharu ini menyediakan Starr dengan kemudahan baharu yang penting untuk memenuhi keperluan insurans dan insurans semula syarikat di seluruh Malaysia.”

Rawi Letchumanan akan menyelia Starr Labuan sebagai Pengurus tempatan.

Perihal Starr Insurance Companies

Starr Insurance Companies (atau Starr) ialah nama pemasaran bagi syarikat insurans dan bantuan perjalanan yang beroperasi dan anak syarikat Starr International Company, Inc. dan bagi syarikat pelaburan C. V. Starr & Co., Inc. dan anak syarikat mereka. Starr ialah organisasi insurans dan pelaburan yang terkemuka dengan kehadiran di enam benua, melalui operasi syarikat insurans mereka, Starr menyediakan produk insurans hartanah, kasualti, dan kemalangan dan kesihatan serta pelbagai perlindungan istimewa termasuk insurans penerbangan, marin, tenaga dan kasualti tambahan. Setiap anak syarikat Starr yang bertempat di A.S., Bermuda, China, Hong Kong, Malta, Singapura, Switzerland dan U.K. mempunyai penarafan A.M. Best bertaraf “A” (Cemerlang). Sindikat Lloyd Starr mempunyai penarafan Standard & Poor bertaraf “A+” (Kuat).

Lawati kami di www.starrcompanies.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Maklumat Perhubungan

Charlie Armstrong
Naib Presiden, Pemasaran
charlie.armstrong@starrcompanies.com, 646.758.8308
 
Sumber: Starr Insurance Companies

--BERNAMA

Tuesday, May 9, 2023

EGGDROP MEMACU PEMASARAN GLOBAL DENGAN MENGADAKAN KERJASAMA KANDUNGAN PELBAGAI HIBURAN DARI KOREA




"Kerjasama kandungan pelbagai hiburan dari Korea EGGDROP memacu Keutamaan jenama dan kesedaran global F&B"
EGGDROP Menyokong Penerbitan Musim Susulan Drama Korea yang Berjaya Di Dunia


SEOUL, Korea Selatan, 9 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EGGDROP, jenama sandwic telur premium Golden Hind (Ketua Pegawai Eksekutif, Young-woo Noh), baru-baru ini telah mengumumkan sokongan untuk penerbitan drama pada separuh kedua tahun ini dan bekerjasama dengan saluran YouTube yang terkenal di dunia bertujuan mengukuhkan keutamaan jenama dan mempercepat pemasaran global.

Pada bulan Mac, EGGDROP menandatangani kontrak sokongan penerbitan untuk drama "The Uncanny Counter Season 2” yang akan datang (dijadualkan akan disiarkan di tvN pada bulan Julai 2023, penerbitan Studio Dragon, Betty & Creators). Berdasarkan siri webtoon asal, drama tersebut telah memperoleh populariti yang amat besar dalam kalangan penonton global di Netflix. Musim pertama drama tersebut ditayangkan di OCN, stesen TV Korea yang pakar dalam filem dan mencatatkan penilaian tertinggi yang pernah diperoleh (11%, Nielsen Korea) untuk drama pada bulan Januari 2021.

EGGDROP juga akan menerbitkan kandungan kerjasama dengan penggiat YouTube terkenal "Korean Englishman". Melalui kerjasama ini, syarikat menyasar untuk meningkatkan lagi populariti jenama tersendiri dalam kalangan pengguna Korea sebagai jenama "sihat dan sedap". Tambahan pula, EGGDROP menyasar untuk meluaskan jangkauan dalam kalangan pengguna MZ global yang mempunyai daya tarikan kuat untuk sandwic ala Korea yang sedap.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, EGGDROP telah berjaya mengembangkan perniagaan dan jangkauan dengan pembukaan 'Kedai Global Pertama (Global 1st Store)' di Bangkok, Thailand dan kedai Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada bulan Disember 2022. Syarikat tersebut juga telah bekerja keras mengekalkan kawalan kualiti yang ketat dan membangunkan menu baharu.

"Sejak pembukaan semula, bilangan peminat asing EGGDROP yang mengunjungi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Hongdae dan kedai Dongdaemun kami telah meningkat dengan ketara," kata Young-woo Noh, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Hind. "Jika terdapat kandungan global yang boleh sama menang dengan jenama kami yang sihat dan sedap, kami akan bekerjasama secara aktif dengan kandungan tersebut bagi membolehkan lebih ramai individu dapat merasai EGGDROP.”

Gambaran Keseluruhan EGGDROP

Telur Menjadi Lebih Baik dengan EGGDROP.
EGGDROP ialah jenama sandwic telur premium yang diinspirasikan oleh telur sebagai “makanan lengkap”, yang memasak hidangan sihat di sekeliling telur hancur diperbuat dengan telur gred A+ dan bahan segar.

Gambaran Keseluruhan Golden Hind

Golden Hind ialah syarikat muda dan berinovatif, serta menyokong “Perniagaan Makanan” sebagai syarikat francais restoran yang ditubuhkan pada tahun 2017 di Seoul, Republik Korea. Pada masa ini, EGGDROP merupakan perniagaan yang terkemuka dan sedang menerajui pelbagai jenama lain.

Pertanyaan Mengenai Francais EGGDROP: https://eggdrop.co.kr/en/franchise/inquiry.php

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53391590/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
  
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17090

Monday, May 8, 2023

PENDAFTARAN UNTUK EDISI FOKUS GMAT™ AKAN DIBUKA PADA BULAN OGOS 2023

Bahan persediaan percuma tersedia dua bulan lebih awal bertujuan mendorong calon agar mencapai kejayaan dalam perjalanan pengajian sekolah perniagaan mereka



RESTON, Va., 8 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah (Graduate Management Admission Council™  –  GMAC), persatuan global yang mewakili sekolah perniagaan terkemuka, pada hari ini mengumumkan bahawa pendaftaran untuk Edisi Fokus GMAT™, versi terkini peperiksaan Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah (Graduate Management Admission Test™  –  GMAT™), akan dibuka untuk pengujian pada 29 Ogos 2023, suku keempat tahun ini . Selain itu, bahan persediaan Fokus GMAT rasmi akan tersedia di mba.com pada 6 Jun 2023, bersama perancang pengajian percuma hanya untuk enam minggu bagi membantu peserta ujian mematuhi jadual, memaklumkan tentang aktiviti persediaan dan menjejaki kemajuan, serta Kit Permulaan Rasmi Fokus GMAT percuma yang diberikan dengan pensampel 70 soalan sebenar GMAT dan dua peperiksaan latihan penuh bagi membantu calon menetapkan garis dasar prestasi.

Pada awal tahun ini, GMAC memperkenalkan Edisi Fokus GMAT selepas usaha penyelidikan meluas yang melibatkan ratusan profesional sekolah dan pengujian konsep secara mendalam dengan ribuan pelajar di seluruh dunia dilaksanakan. GMAT, peperiksaan kemasukan sekolah perniagaan yang paling meluas digunakan dalam tempoh tujuh dekad yang lalu, direka bentuk semula dengan pengalaman mengambil ujian yang bertambah baik dan ciri baharu yang fleksibel untuk menyokong calon pendidikan perniagaan siswazah dengan lebih baik. Sekolah akan menerima manfaat daripada perubahan ini sebagai elemen yang lebih baik dalam proses kemasukan holistik masing-masing.

“Kami mahu menggalakkan orang ramai dengan set kelayakan yang luas, mempunyai latar belakang siswazah dan pengalaman peribadi untuk memahami kekayaan pilihan mereka dan sanggup mengambil perubahan ke hadapan dalam perjalanan pengajian sekolah perniagaan mereka,” kata Joy Jones, Ketua Pegawai Eksekutif GMAC. “Ini ialah kepercayaan kami bahawa Edisi Fokus GMAT akan membolehkan calon mengoptimumkan persediaan mereka untuk pendidikan perniagaan siswazah sambil membantu sekolah menarik minat kumpulan global pemohon yang berkelayakan dan pelbagai.”

“Ini ialah evolusi ujian yang penting,” kata Bruce DelMonico, Penolong Dekan untuk Kemasukan di Sekolah Pengurusan Yale dan ahli lembaga GMAC. “Dari segi perkaitan dan kebergunaan ujian, ini sudah pasti menjadi langkah positif yang akan memanfaatkan pihak sekolah perniagaan dan calon.”

Lebih cekap, lebih fleksibel dan lebih berwawasan, dalam pengalaman pengujian serba baharu

Edisi Fokus GMAT akan menampilkan tiga bahagian dengan 45 minit bagi setiap bahagian: Penaakulan Kuantitatif, yang mengkaji kemahiran menyelesaikan masalah; Penaakulan Lisan, yang menilai penaakulan kritikal dan pemahaman bacaan tetapi tidak lagi menggabungkan pembetulan ayat; dan bahagian Cerapan Data yang baharu dibangunkan, yang mengukur kemahiran kecelikan data calon dan keupayaan menganalisis dan mentafsir data, serta mengguna pakai data tersebut kepada senario perniagaan dunia sebenar. Bersama perubahan ini dan penghapusan Penilaian Penulisan Beranalisis (AWA), pengujian menjadi hampir sejam lebih singkat berbanding versi semasa GMAT dan oleh yang demikian, aktiviti ini memerlukan kandungan yang kurang untuk disediakan. Selain ciri baharu yang membolehkan peserta ujian menandakan seberapa banyak soalan yang mereka mahu, menyemak soalan dalam baki masa bahagian dan menukar sehingga tiga jawapan bagi setiap bahagian dan untuk melengkapkan tiga bahagian dalam apa-apa susunan, Laporan Markah Rasmi yang dipertingkat kini menawarkan cerapan prestasi terperinci yang membantu mereka menilai kekuatan dan mengenal pasti kawasan fokus tanpa kos tambahan.

“Saya berpendapat reka bentuk semula peperiksaan GMAT ialah bukti komitmen GMAC untuk penambahbaikan berterusan. Perubahan kepada peperiksaan menekankan kepentingan yang semakin meningkat bagi kecekapan tertentu dan masa depan kerja – sebagai contoh dengan penambahan Cerapan Data,” kata Arnold Longboy, Pengarah Eksekutif, Pengambilan & Kemasukan di Sekolah Perniagaan London (London Business School).

Skala markah dan konkordans baharu untuk membantu menilai daya saing calon

Jumlah Markah Edisi Fokus GMAT, antara 205 hingga 805, adalah berdasarkan prestasi peserta ujian bagi ketiga-tiga bahagian peperiksaan, dengan setiap bahagian, antara 60 hingga 90, diwajarkan dengan sama rata. Perubahan ini telah dibuat untuk memastikan bahawa peserta ujian dan sekolah boleh membezakan dengan mudah daripada markah Edisi Fokus GMAT daripada markah Peperiksaan GMAT yang tersedia pada masa ini, iaitu antara 200 hingga 800. Untuk memahami daya saing relatif peserta ujian, seseorang boleh menggunakan jadual konkordans yang tersedia di mba.com yang memautkan taburan markah antara dua versi peperiksaan mengikut persentil. Dengan skala markah baharu Edisi Fokus GMAT, kedudukan persentil seharusnya mendapat perhatian utama daripada peserta ujian dan sekolah apabila berusaha untuk memahami keputusan itu.

“Apabila membandingkan markah Edisi Fokus GMAT dengan versi semasa Peperiksaan GMAT, kami menggalakkan peserta ujian dan sekolah membuat perbandingan kedudukan persentil daripada membandingkan jumlah markah,” tegas Manish Dharia, pengarah pembangunan produk di GMAC. “Ini kerana skala Jumlah Markah dan taburan skala markah telah berubah, membandingkan jumlah markah atau markah bahagian daripada versi semasa peperiksaan dengan Edisi Fokus GMAT adalah tidak sesuai, tidak tepat, atau bukan suatu perbandingan prestasi yang bermakna. Markah 600 dan 605 mungkin kelihatan serupa, tetapi kedua-duanya mewakili tahap prestasi yang amat berbeza dalam kemahiran yang berlainan.”

Usaha tambahan bagi memudahkan peralihan yang lancar dan penerimagunaan yang pantas

Apabila Edisi Fokus GMAT dilancarkan untuk baki tahun 2023, versi semasa peperiksaan GMAT akan terus tersedia kepada calon sehingga awal tahun depan bagi memudahkan persediaan dan penggunaan mereka yang sedang berjalan untuk sekolah perniagaan. Di samping itu, bagi tujuan tersebut, yuran Edisi Fokus GMAT akan kekal sama seperti peperiksaan GMAT semasa.

“Perlu diingatkan, semua markah peperiksaan GMAT – sama ada daripada GMAT semasa atau Edisi Fokus GMAT – masih sah digunakan selama 5 tahun,” kata Ashish Bhardwaj, naib presiden kanan dan ketua pembangunan pasaran di GMAC. “Dengan pengumuman awal edisi baharu ini, kami menggalakkan calon untuk meneruskan pendaftaran dan mengambil peperiksaan GMAT dengan cara yang terbaik bagi mereka dalam usaha meneruskan pendidikan pengurusan siswazah.”

Maklumat Tentang GMAC

Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah (GMAC) ialah persatuan yang berteraskan misi sekolah perniagaan siswazah terkemuka di seluruh dunia. GMAC menyediakan penyelidikan, persidangan industri, alat merekrut dan penilaian bertaraf dunia untuk industri pendidikan pengurusan siswazah serta sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu membimbing calon melalui perjalanan pendidikan tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Ujian Kemasukan Pengurusan Siswazah (Graduate Management Admission Test™ – GMAT™) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling banyak digunakan.

Lebih daripada 12 juta bakal pelajar dalam setahun mempercayai laman web GMAC, termasuk mba.com, untuk mengetahui tentang MBA dan program sarjana perniagaan, berhubung dengan sekolah di seluruh dunia, membuat persediaan dan mendaftar untuk peperiksaan, serta mendapatkan nasihat supaya berjaya memohon program MBA dan sarjana perniagaan. BusinessBecause dan GMAC Tours ialah anak syarikat GMAC, organisasi global dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti kami, sila kunjungi www.gmac.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi
Hubungan Media:

Teresa Hsu
Pengurus Kanan, Perhubungan Media
No. Telefon Bimbit: 202-390-4180
thsu@gmac.com
 
Sumber: Majlis Kemasukan Pengurusan Siswazah (GMAC™)

Tuesday, May 2, 2023

PERTUBUHAN PRODUKTIVITI ASIA (APO) MEMAJUKAN STRATEGI PRODUKTIVITI VIETNAM BAGI MENGEKALKAN MOMENTUM PERTUMBUHAN

Setiausaha Agung, Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), Dr. Indra Pradana Singawinata (Kiri) bersama Perdana Menteri Pham Minh Chinh. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kerajaan Vietnam menegaskan semula pergantungan negara tersebut pada agenda dan strategi produktiviti yang diperbaharui bagi mengembang dan mengekalkan asas trajektori pertumbuhan ekonominya. Semasa sesi perbincangan dan pertukaran pendapat dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), Dr. Indra Pradana Singawinata di Hanoi pada 26 April 2023, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh menggariskan keperluan mendesak bagi meningkatkan prestasi produktiviti buruh dalam merealisasikan aspirasi Vietnam untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2045.

Perdana Menteri Pham menggariskan empat bidang menyeluruh untuk meletakkan pertumbuhan produktiviti buruh negara kembali pada landasan prestasi yang diharapkan. Meningkatkan kualiti institusi, menaik taraf pembangunan modal insan, memajukan kapasiti tadbir urus dan memperhalus pengurusan sumber akan menjadi asas kepada strategi dan pergerakan produktiviti Vietnam yang dijalankan seiring dengan usaha menaikkan keupayaan inovasi. Beberapa projek rintis negara akan dilancarkan dalam industri terpilih yang berupaya menambah baik produktiviti buruh dengan ketara melalui kerjasama sektor swasta dan pihak berkepentingan lain. Sambil menghargai sokongan yang lama dan berterusan daripada Pertubuhan Produktiviti Asia (APO), kerjasama yang lebih mendalam dan bantuan yang diperluas turut ditegaskan oleh Perdana Menteri sebagai strategi utama.

Kestabilan sosioekonomi, kualiti modal insan dan sikap terhadap kerja ialah antara asas yang boleh dimanfaatkan oleh Vietnam dalam menyasarkan kemakmuran yang lebih besar, kata Dr. Indra sebagai respons kepada permintaan Perdana Menteri Pham untuk khidmat nasihat mengenai jalan penyelesaian yang boleh dilaksanakan terhadap cabaran sedia ada. Setiausaha Agung tersebut menekankan keperluan melihat ke dalam susunan institusi pergerakan produktiviti kerana ini merupakan bahan utama ekonomi yang amat produktif. Institusi bersama-sama menghalusi pelarasan dengan mengutamakan agenda produktiviti dan pengukuhan kapasiti institusi penggalak produktiviti utama secara berterusan boleh membantu menterjemahkan strategi kepada hasil yang nyata, tambah Setiausaha Agung.

PERTUBUHAN PRODUKTIVITI ASIA (APO) MEMAJUKAN STRATEGI PRODUKTIVITI VIETNAM BAGI MENGEKALKAN MOMENTUM PERTUMBUHAN

PENGGERAK KEAMANAN BUDDHA RAKYAT JEPUN MENGGESA PEMIMPIN G7 UNTUK BERGERAK KE ARAH "TIDAK MENGGUNAKANNYA TERLEBIH DAHULU" BAGI SENJATA NUKLEAR DI SIDANG KEMUNCAK HIROSHIMA

TOKYO, 2 Mei, 2023/Kyodo JBN-AsiaNet/--
 
Pada 27 April, 2023, ahli falsafah Buddha dan penggerak keamanan Daisaku Ikeda, presiden bagi Soka Gakkai International (SGI), telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggesa pemimpin negara-negara G7 yang akan bermesyuarat di Hiroshima dari 19-21 Mei untuk mengambil langkah-langkah berani ke arah menyelesaikan konflik di Ukraine dan menjamin keselamatan manusia sejagat dengan mengetuai di dalam perbincangan mengenai ikrar Tidak Menggunakannya Dahulu bagi senjata nuklear.

Ikeda, seorang penyokong kuat bagi pemansuhan senjata nuklear sejak 1960-an, melihat Sidang Kemuncak G7 di Hiroshima sebagai satu peluang untuk membina aktivisme yang tidak berbelah bagi untuk hibakusha -- mangsa yang terselamat dalam pengeboman nuklear Hiroshima dan Nagasaki -- dan keazaman mereka bahawa kesan tragedi daripada senjata nuklear itu tidak akan dialami lagi.

Beliau menyatakan: "Ketika pemimpin G7 melihat semula akibat sebenar bagi sebuah letupan senjata nuklear dan pengajaran pahit bagi era nuklear itu, Saya menggesa agar mereka memulakan perbincangan yang bersungguh-sungguh untuk membuat ikrar Tidak Menggunakannya Terlebih Dahulu supaya pengiktirafan bersama mereka tentang sifat senjata nuklear yang tidak boleh diterima boleh mencapai ekspresi di dalam dasar-dasar yang diubah."

Beliau memberi amaran bahawa dengan larangan terhadap penggunaan senjata nuklear semakin terhakis di kalangan negara yang memiliki senjata nuklear, dan rangka kerja untuk mengurus dan mengurangkan senjata nuklear yang hampir musnah, tidak ada keperluan yang lebih besar daripada sekarang untuk mewujudkan dasar-dasar Tidak Menggunakannya Terlebih Dahulu.

Mengenai Ukraine, Ikeda menggesa Sidang Kemuncak Hiroshima itu supaya menyediakan satu "preskripsi untuk harapan" dengan berusaha bagi menghentikan segera serangan ke atas infrastruktur awam dan membangunkan rancangan konkrit untuk rundingan yang akan membawa kepada pemberhentian permusuhan.

Beliau menegaskan bahawa wakil-wakil masyarakat madani, seperti doktor dan pendidik yang melindungi kehidupan dan masa depan rakyat, harus turut serta di dalam rundingan sedemikian sebagai pemerhati.


PENGGERAK KEAMANAN BUDDHA RAKYAT JEPUN MENGGESA PEMIMPIN G7 UNTUK BERGERAK KE ARAH "TIDAK MENGGUNAKANNYA TERLEBIH DAHULU" BAGI SENJATA NUKLEAR DI SIDANG KEMUNCAK HIROSHIMA