Tuesday, December 24, 2019

BELIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-20 KEPULANGAN MACAU KE CHINA DENGAN PAEANS TERHADAP IKATAN MACAU-ZHUHAI

ZHUHAI, China, 23 Dis., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

20 Disember menandakan ulang tahun ke-20 kepulangan Macau kepada China, dan satu acara persembahan kilat atau flash mob yang bertemakan “Zhuhai dan Macau yang sedang Meningkat, Mengejar Impian di Wilayah Greater Bay” telah diadakan di tempat-tempat seperti Pelabuhan Hengqin di Zhuhai, sebuah bandar raya di Wilayah Guangdong yang berjiran di tanah besar. Menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhuhai, lebih daripada 700 orang muda dari Macau dan Zhuhai telah mengambil bahagian dan meraikan kepulangan Macau dan pembangunan bersepadu mereka dengan nyanyian dan tarian jalanan.

Zhuhai, yang terletak bersempadanan dengan Macau, kini telah menjadi pintu masuk dan pendahulu untuk kerjasama di antara tanah besar itu dan Macau. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Macau telah secara aktif diintegrasikan ke dalam pembangunan keseluruhan China dan menggalakkan pembangunan ekonomi sederhana yang dipelbagaikan, yang mana, Kawasan Baharu Hengqin bagi Zhuhai, dipisahkan oleh sebatang sungai dari Macau dengan jarak paling dekat 187 meter, yang kini dianggap sebagai sebuah platform dan penyokong yang penting.

Pada Februari tahun ini, kerajaan China telah mengeluarkan Pelan Rangka Pembangunan untuk Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, yang bertujuan untuk memperdalamkan secara berterusan kerjasama yang saling menguntungkan dan menggalakkan pembangunan ekonomi serantau yang diselaraskan. Lei Wun Kong, seorang peguam dari Macau telah menyaksikan kerjasama yang mendalam itu di antara ketiga-tiga tempat ini. Pada Julai 2016, firma guaman Lei, telah mewujudkan sebuah firma guaman bersama di Kawasan Baharu Hengqin dengan kerjasama firma-firma guaman dari tanah besar dan Hong Kong. Sejak itu, beliau telah mula berulang-alik antara Zhuhai dan Macau.

Apa yang memungkinkan Lei bekerja merentasi dua bandar raya itu adalah penyambungan infrastruktur dan pelepasan kastam yang mudah dan efisien. “Ia hanya mengambil masa setengah jam dari firma saya di Macau untuk ke pejabat saya di Hengqin.” Yang lebih penting, Guangdong, Hong Kong dan Macau terus memperkukuhkan kerjasama mereka dalam bidang pelaburan, perdagangan, perkhidmatan kewangan, pendidikan sains dan teknologi, dan perkhidmatan sosial, dengan menyediakan firma guaman bersama dengan lebih banyak kerjasama di dalam perkhidmatan undang-undang.

Hari ini, perjalanan di antara dua bandar raya itu untuk bekerja dan menetap telah menjadi satu pilihan bagi ramai orang di Macau. Sebagai satu pembawa penting bagi kerjasama itu dengan Macau, Innovalley HQ telah mengeramkan 375 projek besar atau kecil sejak tahun 2015, dengan 199 dari Macau, dan 23 memperolehi pembiayaan modal teroka, yang berjumlah 433 juta yuan.

Pada tahun 2018, Neildo Choi, seorang usahawan muda dari Macau, bersama-sama dengan pasukan beliau, telah memulakan perniagaan di Innovalley dan melancarkan Discover Macau, sebuah platform pelancongan dalam talian, kini menawarkan 1700 produk berkaitan pelancongan, yang mengambil 90% daripada semua produk pelancongan di Macau. 62% daripada pengguna mereka yang berdaftar berasal dari kluster bandar raya di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau. “Hengqin menyediakan pelbagai struktur HR, ruang fizikal dan sokongan perindustrian kepada perniagaan Macau,” kata Choi.

Semakin ramai penduduk Macau memilih untuk tinggal atau bekerja di Hengqin, Zhuhai telah merangka beberapa dasar yang memudahkan. Bermula dari 1 Julai tahun ini, sebagai contoh, penduduk Macau yang tinggal di Zhuhai secara kekal layak untuk mendapatkan insurans perubatan asas tempatan, yang memudahkan pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan kehidupan mereka. “Sekarang adalah lebih mudah bagi saya untuk berjumpa doktor, dengan lebih banyak hospital untuk dipilih dari dua bandar raya apabila jatuh sakit,” kata Wu Liqing, seorang penduduk Macau yang memperoleh Kad Insurans Kesihatan Zhuhai pada awal Julai.

Sebelum ulang tahun ke-20 pulangan Macau ke China, Kawasan Baharu Hengqin juga telah meraikan ulang tahun mereka yang ke-10. Sejak penubuhannya, Hengqin telah membangunkan enam industri tonggak dengan kerjasama Macau, termasuk inovasi teknologi, kewangan, perubatan dan kesihatan, pelancongan kebudayaan dan pameran, perdagangan dan logistik, dan perkhidmatan profesional untuk membantu mengembangkan pembangunan perindustrian Macau.

Kerjasama Macau-Zhuhai yang semakin mendalam juga akan membantu syarikat-syarikat antarabangsa untuk memasuki pasaran China yang sangat besar, yang sebenarnya paling menarik minat mereka, kata Yang Chuan, pengarah bagi Jawatankuasa Pentadbiran bagi Kawasan Baharu Hengqin. Hengqin menawarkan satu lokasi yang unik di Kawasan Greater Bay, yang menghubungkan kedua-dua Hong Kong dan Macau, dengan itu menyediakan akses yang mudah kepada pertukaran antarabangsa untuk perusahaan asing.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12941

Monday, December 23, 2019

DATO' SERI IVAN TEH TERIMA PENGIKTIRAFAN PAUL HARRIS FELLOW DARIPADA KELAB ROTARY



KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh telah menerima pengiktirafan Anugerah Paul Harris Fellow yang unggul, penghormatan paling tinggi oleh Kelab Rotary itu, pada Jamuan Malam Gala Ulang Tahun Pelantikan ke-92 Kelab Rotary Kuala Lumpur DiRaja baru-baru ini. Diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Teh telah menerima anugerah itu daripada Presiden yang akan bersara Datuk Nelson Kwok Teng Toong. 

Diasaskan pada tahun 1957, anugerah itu memperakui individu yang telah membuat sumbangan yang signifikan dan menyokong usaha-usaha dermawan seperti mengimunkan kanak-kanak daripada penyakit polio dan menyediakan air bersih ke kawasan miskin di seluruh dunia. 

Turut hadir pada malam itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, yang juga menerima pengiktirafan anugerah paling tinggi Paul Harris Fellow. 

Ramai tokoh yang terkenal sepanjang sejarah adalah merupakan penerima lampau Paul Harris Fellowship, termasuk Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter, Presiden Russia Boris Yeltsin, angkasawan Amerika Syarikt James Lovell, Setiausaha Agung PBB Javier Perez de Cuellar, dan Jonas Salk, pencipta vaksin polio. 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh berkata, “Saya berasa rendah diri dan berbesar hati untuk menerima pengiktirafan yang luar biasa ini bersama-sama dengan dermawan-dermawan berhati mulia yang lain yang telah banyak menyumbang kepada sebab-sebab yang teladan ini. Saya mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi terhadap Yayasan Rotary kerana mereka telah berusaha keras untuk membasmi penyakit, membekalkan air bersih, dan menyokong program-program pendidikan di seluruh dunia, di antara banyak inisiatif lain. Saya gembira kerana dapat memainkan peranan yang kecil tetapi diharap mempunyai penuh bermakna dalam melaksanakan peranan kami sebagai warga dunia, dan akan terus melakukannya dalam apa jua cara yang saya boleh.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12891

IELTS DILANTIK SEMULA SEBAGAI UJIAN BAHASA YANG DIPERCAYAI OLEH KERAJAAN UK UNTUK VISA

CAMBRIDGE, UK, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Minggu ini, UK Visas and Immigration (UKVI) mengumumkan IELTS, ujian bahasa yang paling dipercayai dunia, akan terus diterima untuk visa UK yang memerlukan pemohon mendemonstrasikan bahasa Inggeris mereka.

Susulan proses tender, IELTS telah dilantik semula sebagai pembekal ujian rasmi untuk visa yang diperlukan sebagai sebahagian daripada permohonan imigrasi UK.

Christine Nuttall, Pengarah Urusan IELTS di Cambridge Assessment English mengalu-alukan pengumuman ini.

“Kami memiliki rekod prestasi yang terbukti bagi menyampaikan IELTS untuk UKVI dengan proses keselamatan utama dunia,” kata Ms Nuttall.

“Pengumuman ini merupakan bukti nilai berterusan dan dipercayai yang diletakkan pada IELTS oleh kerajaan United Kingdom dan pengambil ujian di seluruh dunia.”

“Kami teruja IELTS dapat terus menyediakan get laluan untuk orang yang ingin memenuhi aspirasi mereka di UK,” kata beliau.

Pelantikan semula ini menyerlahkan peranan yang dimainkan IELTS dalam ujian bahasa untuk imigrasi.

IELTS merupakan satu-satunya ujian dipercayai untuk tujuan penghijrahan oleh kesemua empat kerajaan UK, Australia, Kanada dan New Zealand.

IELTS untuk UKVI dan IELTS Life Skills boleh diambil di lebih 110 pusat merentasi rangkaian global IELTS.

Senarai semak visa Kerajaan UK menyediakan lebih banyak maklumat tentang ujian yang diluluskan dan keperluan.

IELTS telah menjadi ujian bahasa Inggeris utama dunia untuk lebih daripada 30 tahun dan dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge Assessment English.

Perihal IELTS

International English Language Testing System (IELTS) merupakan ujian kemahiran bahasa Inggeris yang paling popular di dunia. Lebih 10,000 organisasi mempercayai IELTS sebagai penunjuk yang selamat dan boleh diharap bagi kemahiran bahasa Inggeris untuk pendidikan, imigrasi dan akreditasi profesional. IELTS dimiliki bersama oleh British Council, IDP: IELTS Australia dan Cambridge Assessment English.

British Council merupakan organisasi antarabangsa UK untuk pendidikan dan perhubungan budaya, diwakili di lebih 100 negara dan komited untuk membina kepercayaan melalui pertukaran pengetahuan.

IDP: IELTS Australia ialah subsidiari IDP Education, menawarkan penempatan pelajar di Australia, Ireland, US, Kanada, New Zealand dan UK. IDP: IELTS Australia mengurus pusat ujian IELTS di lebih 60 negara.

Cambridge Assessment English merupakan penyedia ujian utama dunia untuk pelajar bahasa Inggeris, yang diambil oleh lebih 5 juta orang di 140 negara setiap tahun.

IELTS.org

Orang hubungan media

Stacie Bowers, British Council - stacie.bowers@britishcouncil.org

Gracie Daniel, IDP – gracie.daniel@idp.com

Steve McKenna, Cambridge Assessment English – mckenna.s@cambridgeenglish.org

SUMBER: IELTS

--BERNAMA

​PRATONTON FESTIVAL KRAF JOHOR 2019



JOHOR BAHRU, 20 Dis (Bernama) -- Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hari ini mengadakan Pratonton Festival Kraf Johor 2019 bersama Yang Berusaha Encik Ibrahim bin Ismail, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

PENGANJURAN - Festival Kraf Johor 2019 berlangsung dari 20 hingga 31 Disember 2019, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall. Festival ini diadakan bertujuan untuk mempromosi serta mewujudkan kesedaran di samping memberi maklumat terkini kepada pengunjung mengenai industri kraf tempatan, yang menampilkan kepelbagaian produk kraf berasaskan lima bidang kraf utama iaitu tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf.

KONSEP FESTIVAL KRAF JOHOR 2019 - Berkonsepkan Kraf Cenderamata Untuk Semua, Festival ini disertai seramai 264 usahawan kraf dari seluruh Malaysia dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik diinspirasikan menerusi aktiviti seperti Jualan Produk Kraf, Pameran dan Jualan Produk Baru, Demonstrasi dan Pameran dari Institut Kraf Negara, Sajian Negaraku, Pameran dan Pendidikan Kraf Warisan, Persembahan Kesenian, Aktiviti Galakan Pengunjung dan Aktiviti Pertandingan.

AKTIVITI SEMPENA FESTIVAL KRAF JOHOR 2019 – Aktiviti sempena Festival Kraf Johor 2019 adalah seperti berikut :

i.  Jualan Produk Kraf
ii. Pameran dan Jualan Produk Kraf - Produk Baru, Hadiah dan Cenderamata (VM 2020), Projek Kraf Komuniti Ku dan Projek Semarak Kraf
iii. Perkampungan Seni Kraf Perak, Negeri Kelantan
iv. Padanan Perniagaan
v. Pendidikan Kraf Warisan - Alat Muzik Gambus dan Kuda Kepang
vi. Pertandingan - Ukiran Kayu, Mewarna Batik, Gasing Ligat Tradisional FKJ, Mewarna, Dekorasi Buah Nanas, Fesyen Kraf Cilik, FKJ Idol 2019 dan Foto Viral
vi. Pameran Korporat Institut Kraf Negara
vii. Persembahan Kesenian - Pocket Show @ Buskers, Angklung, Kompang Formasi dan Tarian Irama Malaysia
viii. Sajian Negaraku
ix. Khidmat Iring

KELAINAN AKTIVITI FESTIVAL KRAF JOHOR KALI INI

i.    Perkampungan Seni Kraf Perak Kelantan - Perkampungan Seni Kraf Perak, Negeri Kelantan menghimpunkan seramai 13 usahawan kraf terdiri daripada tukang–tukang kraf yang menghasilkan produk hiasan dan aksesori dari seni pertukangan perak (silverware). Di perkampungan ini, pengunjung berpeluang melihat lebih dekat penghasilan seni kraf perak seperti Filligre, Jewellery dan Wares. Para pengemar kraf perak turut berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan mengilat semula produk kraf perak.

ii.   Produk Baru, Hadiah dan Cenderamata VM2020 - Mengetengahkan pameran dan jualan pelbagai produk kraf rekaan baru dan unik khusus untuk sambutan VM2020.Pameran produk berkonsepkan VM2020 juga turut diketengahkan bagi menarik lagi minat pengunjung dengan penampilan rekaan baru dan unik.

iii.  Pertandingan Ukiran Kayu - Pertandingan membuat Panel Ukiran Kayu anjuran bersama Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR) akan berlangsung selama 3 hari. Pertandingan ini terbuka kepada usahawan kraf dan pelajar IPTA/IPTS.
 
PERAGAAN FESYEN - Pada majlis ini juga, tetamu dipertontonkan dengan persembahan peragaan fesyen sebanyak 36 koleksi rekaan daripada 9 usahawan kraf yang menyertai Festival Kraf Johor 2019 iaitu Jafiqa Couture, Batras Design, Bilion Trading, Noor Arfa Batik, Nolie & Ezryhelmy, TMF Batik, Unique Touch, Pusat Tenun Pahang Felda Chini dan Yayasan Warisan Johor.

HARAPAN KRAFTANGAN MALAYSIA - Penganjuran Festival Kraf Johor 2019 diharap terus mendapat sokongan masyarakat di Negeri Johor dan pelancong dari Singapura khususnya serta seluruh rakyat Malaysia amnya dan semoga sasaran kedatangan pengunjung seramai 135,000 orang dapat dicapai. Adalah menjadi harapan agar Festival Kraf Johor 2019 menjadi destinasi kunjungan utama bagi pelancong domestik dan antarabangsa serta dimanfaatkan oleh masyarakat setempat sempena musim cuti sekolah.

SUMBER: Kraftangan Malaysia 

Friday, December 20, 2019

HAWK SECURITY LIMITED MULA MENJUAL PEMACU SSD LUARAN DILINDUNGI PERKAKASAN DENGAN PENYULITAN GRED TENTERA AES 256 XTS


HONG KONG, 10 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hawk Security Limited mula menjual pemacu SSD luaran dilindungi perkakasan dengan penyulitan gred tentera AES 256 XTS.

Pemacu ini dikenali sebagai Hawk S-Drive. Peranti padat ini dilengkapi USB 3.1 Gen 1 moden, bekas aluminium (84 * 40 * 10 mm) dengan berat sebanyak 42 gram sahaja, dan memori dalaman (daripada 128 GB sehinggalah 2 TB).

Untuk lebih daripada dua tahun, “Hawk Security” telah membangunkan perisian dan perkakasan untuk melindungi privasi pelanggannya dengan berkesan, yang kemudiannya disepadukan ke dalam Hawk S-Drive. Hasilnya, terdapat sistem Hawk Encrypt yang telah dibangunkan – sebuah sistem penyulitan perkakasan pada dasar pengawal cip yang disepadukan dalam papan peranti. Cip ini membolehkan anda menyulitkan data yang mematuhi standard gred tentera AES 256bit XTS, manakala kelajuan tulis/baca sehingga 450 Mb/s.

Peranti juga dilengkapi papan kekunci khas yang diperbuat daripada plastik keras, agar anda boleh mengawal akses kepada data pada peranti dengan mudah. Panjang kod PIN adalah daripada 4 hingga 16 digit. Ini merupakan semua sistem perlindungan asas yang diperlukan: penyekatan automatik (jika tidak aktif untuk lebih daripada 3 jam), auto padam maklumat selepas 10 percubaan pengesahan yang gagal.

Hawk S-Drive kini tersedia untuk jualan runcit bermula dari $179 untuk 128 GB , syarikat menyediakan penghantaran percuma antarabangsa ke seluruh dunia, dan waranti peranti ialah 1 tahun.

Hawk Security menawarkan terma yang saling bermanfaat bagi kerjasama untuk pengedar di seluruh dunia, untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi wakil syarikat.

Orang hubungan:
Sergey Semeykin
PR dan Pasukan Jualan
semeykin@hawksecurity.net 
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0159c95c-3be5-47f0-9dc0-3859f53b124c 

Foto juga tersedia di Newscom, www.newscom.com, dan melalui AP PhotoExpress. 
 
Video yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ad1f8003-fac5-4aee-9611-0fd70eb08b0c 


SUMBER: Hawk Security Limited


--BERNAMA 
 

EPIQ MENGUMUMKAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT BAHARU

Carlos Gonzalez Menyertai Pasukan Kepimpinan Epiq 

NEW YORK, 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Epiq, peneraju utama dalam industri perkhidmatan perundangan, mengumumkan hari ini bahawa Carlos Gonzalez telah menyertai ketua pegawai maklumat, yang akan melapor secara terus kepada David Dobson, CEO. Carlos merupakan pemimpin berpengalaman yang membawa 20 tahun pengalaman global, teknologi dalam membina operasi IT boleh skala dan berprestasi tinggi untuk syarikat-syarikat besar termasuklah IBM, American Home Mortgage, dan Allscripts. Beliau memiliki pengalaman yang ketara merentasi infrastruktur, rangkaian, keselamatan dan pengurusan operasi pusat data yang menggunakan berbilang teknologi dengan rekod prestasi meningkatkan kebolehpercayaan dan membentuk kejayaan perusahaan.

“Carlos ialah pemimpin teknologi bertaraf dunia dengan rekod prestasi bagi kejayaan yang hebat.  Strategi kami untuk terus melabur dalam teknologi, orang, dan proses untuk memacu lebih banyak nilai kepada klien kita akan dipercepat dengan penyertaan beliau dalam pasukan kami,” kata David Dobson, ketua pegawai eksekutif Epiq.

“Fokus Epiq untuk menyampaikan penyelesaian teknologi baka terbaik kepada pangkalan klien hebat menarik minat saya menyertai pasukan dan organisasi hebat ini,” kata Gonzalez.  “Saya yakin kita boleh mengembangkan lagi kejayaan teknologi lalu kita sementara menginovasi untuk masa hadapan. Ini membolehkan kita untuk terus meningkatkan penyelesaian dan perkhidmatan yang kita sampaikan kepada klien kita bagi membantu mereka mentransformasikan operasi perniagaan mereka.”

Baru-baru ini, Gonzalez berkhidmat sebagai naib presiden dan ketua pegawai maklumat di Hospital Mount Sinai South Nassau, salah sebuah hospital terbesar di Long Island dan diiktiraf oleh US News & World Report’s 2019-2020 sebagai Hospital Rantau Terbaik. Latar belakang beliau mengurus sistem dan operasi berskala besar telah membantu beberapa operasi berkembang dan mencapai kemajuan dalam teknologi, termasuklah projek untuk meningkatkan kestabilan dan meningkatkan prestasi sementara mengurangkan risiko.

Tentang Epiq
Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan perundangan melakukan tugasan berskala besar dan semakin rumit bagi peguam korporat, firma guaman dan profesional perniagaan dengan kecekapan, kejelasan dan keyakinan. Pelanggan mengharapkan Epiq untuk melancarkan pentadbiran operasi perniagaan, saman secara berkumpulan dan tort berkumpulan, laporan mahkamah, ePenemuan, kawal selia, pematuhan, penstrukturan semula dan hal-hal kebangkrapan. Pakar bidang dan teknologi Epiq menghasilkan kecekapan melalui kepakaran dan memberikan keyakinan kepada pelanggan berprestasi tinggi di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.epiqglobal.com.

Maklumat Hubungan Akhbar
Shanna Schultz
Epiq
+1 713 933 2922
shanna.schultz@epiqglobal.com 
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/279014ca-1e2e-4765-b2b9-28f003ab72fe 


SUMBER: Epiq Systems Inc

--BERNAMA