Thursday, April 4, 2019

DELEGASI MUDA MENGELUARKAN "INISIATIF CHANGSHA" PADA FORUM BELIA ANTARABANGSA KE-3 MENGENAI KREATIVITI DAN WARISAN DI SEPANJANG JALAN SUTERA

CHANGSHA, China, 4 April, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Forum Belia Antarabangsa ke-3 mengenai Kreativiti dan Warisan di sepanjang Jalan Sutera telah dilancarkan di Changsha, ibukota bagi wilayah tengah China, Hunan, pada 31 Mac. Selain 27 perwakilan berkedudukan tinggi dari 13 bandar raya anggota bagi Rangkaian Bandar Raya Kreatif UNESCO, acara itu turut disertai oleh 124 perwakilan muda dari 85 buah negara Belt and Road.
 
Forum itu bertujuan untuk mengukuhkan pertukaran dan kerjasama di kalangan bandar raya kesenian media dan bakat-bakat muda yang kreatif dari negara-negara Belt and Road. Selain majlis pembukaan dan pertunjukan kesenian media Changsha yang Asal, ia juga termasuk Festival filem Caribbean, acara rangkaian belia China-asing, Program Residensi Kesenian Media Pengalaman Changsha dan satu lawatan yang bermakna ke Changsha.
 
Forum tahun ini memberi tumpuan kepada kesenian media, idea-idea yang kreatif, persepaduan dan perlindungan bagi warisan budaya. Dokumen itu, yang diberi nama Inisiatif Changsha, dan dikeluarkan secara bersama oleh peserta muda pada 3 April, berpusat pada lima bahagian, iaitu kreativiti, inovasi, pertukaran, pembinaan keupayaan dan belia. Mereka bersetuju bahawa sebagai satu sumber yang signifikan bagi inovasi dan kreativiti, golongan muda itu boleh mendapat manfaat daripada dan menyumbang kepada pertukaran dan pembelajaran bersama. Belia yang berkebolehan dan mahir, dari sudut perspektif mereka, adalah sebuah generasi baharu yang mengejar impian, yang akan menjadikan dunia ini sebagai sebuah tempat yang lebih baik.
 
Sebuah bandar raya bersejarah dengan memiliki sejarah lebih daripada tiga millennia, Changsha mewakili sebuah hab yang sangat penting di bahagian tengah Sungai Yangtze. Di samping itu, ia adalah merupakan bandar raya China yang pertama yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai "Pusat Kesenian Media" dunia.
 
Forum itu akan menawarkan satu platform bagi peserta muda untuk meningkatkan pertukaran budaya dan membawa ke hadapan semangat Jalan Sutera bagi kerjasama selanjutnya, kata penganjur acara itu. Semasa berusaha untuk menggalakkan persahabatan yang berpanjangan dengan negara-negara Belt and Road, mereka akan menjalin kerjasama untuk membina sebuah komuniti dengan satu masa hadapan yang dikongsi untuk manusia sejagat.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Forum Belia Antarabangsa ke-3 mengenai Kreativiti dan Warisan di sepanjang Jalan Sutera
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=333257
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=333269
 
--BERNAMA

AGROBANK TANDATANGAN PERJANJIAN BERSAMA BAHARU DENGAN KESATUAN AGROBANK


KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Agrobank telah menandatangani Perjanjian Bersama baharu dengan empat (4) Kesatuan Agrobank sebagai sebahagian daripada inisiatif Bank untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif di antara kakitangan dan pengurusan Agrobank.
 
Perjanjian Bersama baharu ini membuktikan bahawa terdapat persefahaman dan kerjasama antara Pengurusan Bank bersama 4 buah Kesatuan Dalaman Agrobank iaitu; Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad Sabah (KEBPMBS) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad Sabah (KPPBPMBS) yang telah ditandatangani pada 2 April 2019 serta Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Berhad (KEBPMB) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Berhad (KPPBPMB) yang ditandatangani pada 3 April 2019.
 
Perjanjian Bersama Kesatuan di Sabah telah ditandatangani oleh Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (P/CEO) Agrobank, Encik Mohamed Parrish Ersalle Abdul Hameed, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Encik Tamring Kuba, Pengarah Wilayah Sabah dan Encik Firdaus Hamdan, Ketua Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Kakitangan bersama wakil daripada setiap Kesatuan Agrobank.
 
Bagi Perjanjian Bersama Kesatuan di Semenanjung Malaysia, ianya telah ditandatangani oleh Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, PCEO Agrobank, Encik Mohamed Parrish Ersalle  Abdul Hameed, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Encik Zahid Ahmad Zawawi, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Firdaus Hamdan, Ketua Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Kakitangan bersama wakil daripada setiap Kesatuan Agrobank.
 
Perjanjian Bersama baharu ini adalah terma dan syarat perkhidmatan (TACOS) yang diperbaharui setiap tiga (3) tahun. Perjanjian Bersama baharu ini yang ditandatangani adalah untuk tempoh dari Januari 2019 - Disember 2021. 

Syed Alwi Mohamed Sultan, P/CEO Agrobank berkata, perjanjian ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Agrobank untuk melaksanakan amalan sumber manusia yang berhemah khususnya dalam usaha mengekalkan kakitangan (talent retention) di Agrobank. 
 
“Pengekalan bakat (talent retention) adalah antara fokus utama Agrobank kerana ia merupakan elemen yang penting dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan perkhidmatan dalam sesebuah organisasi. Menerusi Perjanjian Bersama ini yang mengambil kira tentang budaya kerja, pengiktirafan, ganjaran, pampasan dan penilaian prestasi kakitangan, ia akan membantu menjaga kebajikan dan menghargai bakat-bakat di Agrobank,” kata Syed Alwi.
 
Tambah beliau lagi, kewujudan Kesatuan Agrobank adalah sebagai rakan dalam perniagaan” dan kesinambungan Perjanjian Bersama tidak hanya tertumpu kepada pelarasan gaji atau kenaikan tahunan semata-mata, tetapi haruslah berupaya untuk meningkatkan keuntungan, prestasi dan imej Agrobank sebagai Bank yang cemerlang. Agrobank percaya inisiatif ini, ianya adalah inisiatif meletakkan Agrobank sebagai majikan pilihan di Malaysia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12029

CROWNBIO DAN HUBRECHT ORGANOID TECHNOLOGY MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK, TERMASUK LESEN EKSKLUSIF UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN UBAT PRAKLINIKAL BERDASARKAN ORGANOID ONKOLOGI

Kerjasama menggabungkan teknologi organoid yang cemerlang dengan koleksi PDX terbesar di dunia untuk mencipta platform penyelidikan translasi terbitan pesakit yang unik
 
SAN DIEGO, 1 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat global yang menyediakan platform translasi untuk memajukan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme hari ini mengumumkan bahawa syarikat induk tersebut, JSR Corporation, telah menjalin kerjasama strategik dengan Hubrecht Organoid Technology (HUB).

Perjanjian itu memberikan CrownBio, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh JSR Corporation, lesen eksklusif untuk menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pengesahan ubat onkologi praklinikal menggunakan Teknologi Organoid HUB, termasuk akses kepada bank bio organoid tumor yang sangat dicirikan HUB. CrownBio dan HUB juga bakal melancarkan program penyelidikan & pembangunan kerjasama untuk memacu pembangunan lanjutan Teknologi Organoid, sementara CrownBio akan menubuhkan pusat operasi baharu di Utrecht, Netherlands.

Organoid terbitan sel stem dewasa HUB, yang dibangunkan oleh Prof. Hans Clevers di Institut Hubrecht, Utrecht dijana menggunakan kaedah kultur proprietari terpiawai. Organoid mencipta semula tumor dalam pesakit dan dicirikan secara terperinci oleh patologi, genomik dan sensitiviti kepada ubat yang diketahui dan dalam percubaan.

“Perjanjian ini merupakan saat penting dalam pertumbuhan dan evolusi syarikat kami,” kata Dr. Jean-Pierre Wery, CEO CrownBio. “Kerjasama ini menempatkan CrownBio di barisan hadapan penyelidikan praklinikal global dengan mencipta platform translasi tanpa bandingan bagi memacu pembangunan dan pengesahan ubat.”

Meneruskan kepimpinan global dalam Xenograf Terbitan Pesakit (PDX), CrownBio akan menawarkan perkhidmatan farmakologi dan translasi komprehensif berdasarkan Teknologi Organoid HUB, menetapkan platform unik yang menggabungkan saringan in vitro Organoid Terbitan Pesakit (PDO) dan organoid terbitan PDX (PDXO), yang dipadankan dengan model in vivo hiliran.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12018

Wednesday, April 3, 2019

ULAB SYSTEMS BUKA PEJABAT DI SHANGHAI, CHINA UNTUK MENYOKONG PENGEMBANGAN GLOBAL

REDWOOD CITY, Calif., 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- uLab Systems, pencipta bagi perisian perancangan pendakap gigi perintis, telah membuka sebuah pejabat di Shanghai, China. Pejabat baharu itu akan mempercepatkan pembangunan produk, menyokong perkongsian di Asia, dan memudahkan pengembangan global bagi uLab di negara-negara Asia.

uLab Systems beribu pejabat di tengah-tengah Lembah Silikon, CA yang dikenali sebagai tempat kelahiran bagi banyak teknologi yang berinovatif. Sebagai lokasi kedua, uLab telah memilih sebuah taman perindustrian di Shanghai, China kerana infrastruktur yang kukuh dan ketersediaan bakat-bakat bertaraf kelas pertama.

Charlie Wen, Presiden bagi uLab Systems, menyatakan, “Kami sangat teruja dengan pengembangan terbaharu kami ke China. Pejabat ini akan membantu kami menyokong rakan-rakan baharu kami di pasaran Asia. Di samping itu, kemudahan baharu itu akan membolehkan kami untuk memperluaskan pasukan perisian kami di sebuah lokasi yang lebih berpusat di China untuk membantu dengan mempercepatkan pembangunan produk.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12025

Tuesday, April 2, 2019

Fusionex taja RM50,000 bagi 'program khidmat masyarakat perubatan 3H' Kelab Rotari KL

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pembekal teknologi data, Fusionex telah menyumbang RM50,000 kepada Kempen Kesedaran Kesihatan 3H, anjuran Kelab Rotari Kuala Lumpur (RCKL) DiRaja.

Menurut Fusion dalam satu kenyataan di sini, kempen yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang '3H' atau ‘tiga yang tinggi’, iaitu tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan gula darah tinggi.

“Kementerian amat berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh Kelab Rotari ini, kerana ia sejajar dengan Pelan Strategik Kementerian untuk Penyakit Tidak Berjangkit, bagi meningkatkan kerjasama dengan sektor swasta dan NGO untuk meningkatkan kesihatan rakyat,” kata Dr Dzulkefly dalam kenyataan itu.

Majlis pelancaran kempen itu di Kompleks Perpustakaan Lembah Pantai turut dihadiri pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Datuk Seri Ivan Teh yang menyampaikan cek sumbangan semasa acara tersebut.

Fusionex adalah rakan utama bagi program itu yang bertujuan mendidik orang ramai melalui sebuah van Khidmat Masyarakat Perubatan Bergerak yang dikendalikan oleh kalangan profesional perubatan. Van itu akan melawat sekolah, kolej, pusat beli-belah dan pusat komuniti di seluruh negara bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai.

Acara itu telah menyaksikan hampir 400 orang awam menjalani pemeriksaan kesihatan percuma termasuk ujian Indeks Jisim Tubuh, tekanan darah, gula darah dan jumlah kolesterol. Ujian kesihatan itu dijalankan oleh jururawat sukarela dan program itu dijangka berjalan selama dua tahun.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://www.fusionex-international.com.

-- BERNAMA

LARIAN SETERUSNYA BAGI MARATON AQUALINE CHIBA 2020 AKAN DIADAKAN PADA MUSIM LURUH 2020

LARIAN SETERUSNYA BAGI MARATON AQUALINE CHIBA 2020 AKAN DIADAKAN PADA MUSIM LURUH 2020

Monday, April 1, 2019

HAINAN: MEMBINA ZON PERDAGANGAN BEBAS (PELABUHAN) UNTUK MENYEDIAKAN PELUANG-PELUANG BAHARU BAGI KERJASAMA ANTARABANGSA DALAM PELANCONGAN PULAU

HAIKOU, China, 1 April, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

“Pembinaan zon perdagangan bebas perintis dan pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri China di Hainan telah menyediakan banyak peluang baharu untuk kerjasama antarabangsa dalam pelancongan pulau.” Pada 28 Mac, pada Forum Kerjasama Ekonomi Pulau-pulau bagi Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2019, pendapat Timbalan Gabenor bagi Wilayah Hainan Shen Danyang telah dipersetujui dengan sebulat suara oleh tetamu dari negara-negara yang terlibat.

Terdapat puluhan ribu pulau, dan berdozen negara-negara dan rantau pulau di seluruh dunia, oleh itu resort-resort pulau sentiasa menghadapi persaingan homogen. Bagaimana untuk mengadakan kerjasama antarabangsa di antara destinasi pelancongan pulau dan merealisasikan pembangunan lestari bagi pelancongan pulau adalah satu daripada tumpuan bagi Persidangan itu.

Pada tahun 2018, Hainan mempunyai 74 laluan antarabangsa, dan 9 laluan penghantaran kontena antarabangsa, dan 59 buah negara mendapat akses tanpa visa ke China. Jumlah pelancong meningkat sebanyak 11.8%. Hainan juga berhasrat untuk menjadi sebuah pusat penggunaan pelancongan antarabangsa, yang merupakan manfaat yang dibawa oleh pembinaan zon perdagangan bebas Hainan (pelabuhan) oleh China.

Shen Danyang berkata ia akan menyediakan suatu ruang pembangunan yang lebih besar untuk pelancongan pulau melalui perkongsian pengalaman, mengukuhkan perancangan pembangunan pelancongan dan perhubungan dasar, dan membina sebuah komuniti bagi perkongsian masa hadapan dengan ciri-ciri yang didasarkan kepada kerjasama erat di bawah globalisasi.

Keerthi TENNAKOON, Gabenor, Wilayah Selatan, Sri Lanka, bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan beliau itu. Beliau berkata Sri Lanka dan Hainan mempunyai banyak ciri-ciri yang sama, termasuk meningkatkan kualiti pelancongan dan menerokai lagi potensi pelancongan, dan telah menjalin banyak bidang kerjasama.

“Beberapa isu tidak dapat diselesaikan oleh sebuah negara atau rantau, oleh itu satu mekanisme kerjasama mesti diwujudkan.” WON Hee-Ryong, Gabenor, Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju, ROK, berkata Jeju sedang mengumpul dan menganalisis data secara sistematik dan memperkenalkan platform data besar untuk menggalakkan rakyat mereka menyertai blok rantai itu. Beliau juga berharap untuk memperkenalkan kaedah pengangkutan dan perjalanan yang bersih dan pintar secepat mungkin. “Kami berharap untuk melaksanakan teknologi yang terlibat melalui kerjasama antarabangsa,” kata beliau.

Selain sumber semula jadi, aset kebudayaan manusia juga merupakan satu bahagian yang penting bagi pelancongan. Hiria OTTINO, Presiden, Persatuan Persahabatan China-Pasifik, berkata, “Hainan telah menunjukkan kepada kita bahawa ia boleh melindungi budaya dan sumber semula jadi secara serentak, yang merupakan hala tuju masa hadapan bagi pelancongan lestari.”
 
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=332950
 
--BERNAMA