Thursday, August 2, 2018

NEURALSTEM MENGUMUMKAN PEMULAAN UJIAN KLINIKAL FASA 2 UNTUK NSI-566 DALAM STROK ISKEMIK

GERMANTOWN, Md., 2 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang berfokus terhadap membangunkan terapi sistem saraf berdasarkan teknologi sel stem hari ini mengumumkan pemulaan ujian klinikal Fasa 2 untuk menilai NSI-566, sel stem terkemuka syarikat tersebut sebagai rawatan yang berpotensi untuk strok iskemik.

Neuralstem telah mengumumkan keputusan positif untuk kajian strok Fasa 1 dalam abstrak ISSCR (Persatuan Kajian Sel Stem Antarabangsa) 2018 pada 23 Jun 2018.

“Kajian Fasa 2 adalah dikawal, rawak dan setara dua pihak yang berdasarkan keputusan kajian keselamatan Fasa 1 label terbuka yang memberangsangkan.  Kajian ini bertujuan untuk menguji lagi keselamatan dan keberkesanan NSI-566 dalam membalikkan kelumpuhan pesakit strok yang mempunyai lumpuh separuh badan,” kata Dr. Karl Johe, Ketua Pegawai Saintifik Neuralstem.

Ujian ini akan dilakukan di Bayi Brain Hospital di Beijing, China, bermula pada 1 Ogos 2018.  Yang menguruskan ujian ialah James Li, Ph.D., Naib Presiden Eksekutif Operasi Asia Suzhou Neuralstem Ltd, subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Neuralstem, Inc., yang bertempat di Suzhou, China.  Dr. Li telah dilantik sebagai Pengurus dan Agen Berdaftar Suzhou Neuralstem.

Neuralstem akan memperuntukkan US$3 juta kepada ujian ini.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11303

PENGASAS BERSAMA ETHER CAPITAL, MICHAEL CONN MENYERTAI AXEL SEBAGAI KETUA PEGAWAI STRATEGI

Bekas CEO dan Pengasas Bersama Ether Capital membawa rekod yang penuh kejayaan dalam hal kewangan, blockchain dan mata wang kripto

LAS VEGAS, 31 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- AXEL, syarikat teknologi pemenang anugerah dalam memberikan pengguna dengan pemilikan sebenar dan perlindungan terhadap data dan kandungan digital mereka, suka citanya mengumumkan pelantikan Michael Conn bagi jawatan Ketua Pegawai Strategi (CSO), bermula serta merta. Michael akan membantu mengetuai usaha untuk pelancaran akan datang AXEL Token dan pembangunan platform blockchain miliknya sendiri.

“Kami teruja bahawa Michael akan menyertai pasukan kami yang semakin berkembang di AXEL. Pengalaman dan pengetahuan beliau setelah bertahun-tahun dalam industri kewangan, serta kepakaran beliau dalam blockchain dan mata wang kripto sangat berharga kerana kini kami melancarkan usaha blockchain kami sendiri,” kata Ben Ow, Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) AXEL. “Kami menganggap diri kami sebagai peneraju dalam dunia privasi dan keselamatan dengan app perkongsian fail kami dinikmati oleh berjuta pengguna di serata dunia. Langkah kami seterusnya ialah menghadapi dunia penjualan kandungan dengan AXEL Token dan AXEL Marketplace kami, serta Michael akan memainkan peranan besar dalam usaha ini, berdasarkan lata belakang dan pengetahuan beliau dalam sektor ini. Kami tidak sabar untuk bekerja bersama beliau.”

Michael Conn telah menjadi pelopor ruang blockchain dan kripto selama bertahun-tahun. Selepas memainkan peranan sebagai eksekutif senior untuk berbilang institusi kewangan, termasuk AllianceBernstein dan Kumpulan TCW, Michael mengasaskan Quail Creek Partners dan juga sebagai pengasas bersama serta berkhidmat sebagai CEO Ether Capital. Ether Capital merupakan syarikat dagangan awam berfokuskan Ethereum pertama dan menjana $45 juta dolar A.S. menerusi penempatan peribadi. Sebagai Ketua Pegawai Strategi AXEL, beliau akan bertanggungjawab dalam memajukan minat dalam blockchain institusi dan komuniti kripto serta memantau Token Generation Event (TGE) akan datang, juga perkembangan masa hadapan AXEL Token.

“Saya berasa gembira untuk menyertai pasukan AXEL kerana mereka melancarkan perniagaan yang menarik ini,” Kata Encik Conn. “Anda tidak akan selalu mendapat peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman sebegini dan saya tidak sabar untuk bermula dan bekerja bersama pasukan hebat ini serta untuk menyumbangkan sesuatu bagi menguatkan cengkaman AXEL dalam pasaran.”

Keputusan untuk melantik Encik Conn muncul selepas carian meluas oleh prinsipal AXEL untuk mencari calon ideal bagi jawatan ini. Beliau tiba dengan perakuan yang tinggi serta reputasi yang sungguh baik kerana kejayaan memberangsangkan yang beliau kecapi dalam jawatan yang dipegang sebelumnya.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11288

Cushman & Wakefield umum harga IPO pada US$17 sesaham

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Cushman & Wakefield plc (Cushman & Wakefield) mengumumkan penetapan harga tawaran awam permulaan (IPO) bagi 45 juta saham biasanya pada US$17 (RM69.19) sesaham yang ditawarkan kepada orang ramai. (US$1 = RM 4.07)

Saham-saham tersebut akan disenaraikan di Bursa Saham New York mulai 2 Ogos ini.

Cushman & Wakefield akan menggunakan hasil bersih daripada saham biasa yang ditawarkan itu untuk mengurangkan hutang terkumpul, khususnya bagi membayar balik pinjaman lien kedua, menjelaskan jumlah tertunggak bagi kewajipan pembayaran tertunda yang berkaitan dengan pemerolehannya ke atas Cassidy Turley serta mana-mana hasil bersih yang ada untuk tujuan korporat am.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata ia telah memberikan penaja jaminan dengan opsyen 30 hari untuk membeli tambahan sehingga 6.75 juta saham biasa pada harga tawaran awam setelah ditolak diskaun dan komisen penaja jaminan.

Morgan Stanley, J.P. Morgan, Goldman Sachs & Co. LLC dan UBS Investment Bank bertindak sebagai pengurus penaja jaminan utama bersama dan wakil-wakil bagi penaja jaminan untuk penawaran tersebut, katanya.

Cushman & Wakefield adalah antara firma perkhidmatan hartanah terbesar dengan 48,000 pekerja di kira-kira 400 pejabat di 70 negara.

Firma itu memperoleh hasil sebanyak US$6.9 bilion merentasi perkhidmatan teras iaitu hartanah, kemudahan dan pengurusan projek, pajakan, pasaran modal, penilaian dan perkhidmatan lain pada 2017.

--BERNAMA

WATTS MINERS MEMBAWA PELANTAR PERLOMBONGAN KRIPTO YANG PALING BERKUASA KE PASARAN

NEW YORK, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Watts Miners (www.wminers.com) hari ini mengumumkan bahawa ia semakin muncul sebagai nama besar yang seterusnya di dalam pasaran global yang berkembang pesat bagi perlombongan mata wang kripto. Syarikat itu baru-baru ini melancarkan tiga pelombong kripto yang dilengkapi dengan kuasa kadar hash yang belum pernah berlaku sebelum ini di dalam industri itu. Dibangunkan dengan menggunakan teknologi cip ASIC yang canggih, setiap pelombong ini boleh digunakan untuk melombong Bitcoin, Litecoin, Ethereum, Monero, dan Dash. Pelombong yang mudah untuk digunakan itu telah menjadi terkenal kerana keupayaan mereka untuk memberikan pulangan pelaburan yang sepenuhnya dalam masa satu bulan.

Walaupun perlombongan mata wang kripto kini menjadi perkara biasa di kalangan ramai peminat kripto, perolehan yang begitu pantas dan keuntungan yang terjamin dari perlombongan tidak pernah menjadi satu proses yang mudah. Lebih-lebih lagi, potensi untuk membuat keuntungan bagi pelombong boleh terjejas dengan ketara disebabkan oleh perbelanjaan permulaan yang tinggi, kos elektrik, dan kesukaran perlombongan. Watts Miners telah menangani batasan-batasan ini dengan mewujudkan pelombong pelbagai algoritma dengan kuasa kadar hash tinggi yang luar biasa dengan ditambah oleh penggunaan kuasa yang rendah.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan istilah kadar hash, ia adalah ukuran bagi prestasi sesuatu pelombong. Kadar hash yang lebih tinggi membawa maksud terdapat lebih banyak kuasa pemprosesan yang tersedia untuk menjalankan dan menyelesaikan algoritma hashing yang berbeza yang berkaitan dengan menghasilkan mata wang kripto baharu sebagai ganjaran bagi membolehkan urus niaga untuk berlaku pada rangkaian itu.

"Matlamat kami bukan sahaja untuk mewujudkan pelombong terbaik yang mudah untuk digunakan, tetapi juga bagi memastikan pelanggan kami memperolehi kadar pulangan pelaburan yang terbaik," kata Ketua Pegawai Kewangan Watts Miners, Nancy Lopez. "Hari ini, kami berbangga untuk mengumumkan bahawa pelantar perlombongan kami tidak ada tandingannya di dalam industri apabila dikaitkan dengan kuasa, kecekapan, dan keuntungan."

Dinyatakan di bawah adalah beberapa daripada ciri-ciri yang paling menarik bagi perlombongan mata wang kripto baharu dari Watts Miners.
  • Kuasa hash yang luar biasa sehingga 1000 TH/s untuk Bitcoin, 200 GH/s untuk Litecoin, 28 GH/s untuk Ethereum, 6.8 TH/s untuk Dash, dan 1200 KH/s untuk Monero
  • Penggunaan kuasa yang rendah 800W±10%, 1200W±10%, dan (1200W±10%) x4 untuk ketiga-tiga produk itu
  • Suhu Kendalian antara 10°C hingga 45°C
  • Kurang daripada 45 dB bunyi bising
  • Sistem penyejukan air tidak berbunyi Watts Miners yang asli
  • Ketahanan dengan lebih daripada 70,000 jam bagi prestasi berterusan
  • Penyelesaian yang disesuaikan untuk ladang perlombongan yang besar
  • Keupayaan untuk dipasang di kawasan kediaman
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Watts Miners dan rangkaian produk mereka yang termaju, sila layari https://wminers.com.

Maklumat mengenai Watts Miners: Watts Miners adalah sebuah pelombong mata wang kripto yang berkualiti tinggi yang menyampaikan kuasa hash yang sangat tinggi tanpa menggunakan kuasa yang banyak. Pasukan mereka terdiri daripada beberapa profesional peringkat tinggi dari organisasi ternama seperti Samsung, Microsoft, IBM, dan banyak lagi. Beribu pejabat di New York, syarikat itu pada masa ini mempunyai kemudahan perkilangan di Amerika Syarikat, Jerman, China dan Rusia.

Hubungan Syarikat
Watts Miners
1740 Broadway Tingkat 14
New York, NY 10019
www.wminers.com
Tel: 929-220-9148
Tel: 929-220-1825
info@wminers.com

Hubungan Perhubungan Korporat
CryptoCurrencyWire
1324 Lexington Ave.
New York, NY 10128
www.CryptoCurrencyWire.com
Tel: 212-418-1217
Editor@CryptoCurrencyWire.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20180801005874/en/

Hubungi
Watts Miners Inc.
Nancy Lopez
929-220-9148
929-220-1825
nancy@wminers.com

Sumber : Watts Miners

Wednesday, August 1, 2018

Pelajar Malaysia dipelawa sertai anugerah kreatif Gatsby di Tokyo

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Mandom Corporation, pengeluar dan pengedar produk penjagaan rambut, kulit, minyak wangi dan deodoran dari Jepun, mempelawa pelajar kreatif termasuk dari Malaysia untuk mengemukakan penyertaan bagi Anugerah Kreatif Gatsby Ke-13.

Finalis bagi anugerah itu akan menyertai pertandingan akhir di Shibuya Tokyo, pada Mac 2019.

Acara itu akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi di peringkat antarabangsa, melalui medium kreativiti mereka.

Dalam satu kenyataan, Mandom Corporation berkata syarikat mempelawa pelajar dari Kemboja, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mongolia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand untuk mengemukakan penyertaan mereka.

Anugerah itu, yang menonjolkan keseronokan dalam dandanan dan kreativiti peribadi dalam kalangan generasi muda, akan membolehkan pelajar di kawasan sasaran untuk turut serta dengan mudah, dengan menggunakan YouTube, Twitter, dan Instagram.

Menurut kenyataan itu, terdapat lima kategori penyertaan dengan kategori kemasukan dan tempoh penyertaan bagi CM dan kesenian diterima mulai 1 Ogos hingga 14 Okt manakala tarian, muzik dan foto, penyertaan diterima mulai 15 Okt hingga 2 Dis.

Kelayakan penyertaan ialah pelajar yang berdaftar di sekolah menengah, sekolah vokasional, kolej komuniti, kolej atau universiti serta merupakan warganegara dan menetap dalam kawasan sasaran.

Anugerah Kreatif Gatsby bermula apabila GATSBY, jenama kosmetik lelaki yang memperluaskan bahagian pasaran mereka di Asia, mahu menyokong dan menggalakkan golongan muda.

Anugerah itu, yang merupakan antara yang terbesar seumpamanya di Asia, bertujuan untuk memperluaskan kesedaran mengenai karya kreatif yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diapati di laman web rasmi https://award.gatsby.jp/sg.

--BERNAMA

KERAJAAN JEPUN, JAWATANKUASA EKSPO DUNIA JEPUN 2025 MENINGKATKAN AKTIVITI PEMBIDAAN UNTUK MENGANJURKAN EKSPO DUNIA 2025

KERAJAAN JEPUN, JAWATANKUASA EKSPO DUNIA JEPUN 2025 MENINGKATKAN AKTIVITI PEMBIDAAN UNTUK MENGANJURKAN EKSPO DUNIA 2025

TOSHIBA MEMBANGUNKAN MOSFET KUASA N-SALURAN 40V DENGAN PENINGKATAN PRESTASI TERMA

- Pembungkusan baharu menyediakan penyejukan dwimuka untuk pelesapan haba yang lebih baik.

TOKYO, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Ogos, Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") akan memulakan pengeluaran besar-besaran dan penghantaran bagi "TPWR7904PB" dan "TPW1R104PB", MOSFET kuasa N-saluran 40V untuk aplikasi automotif. Ia ditempatkan di dalam pakej DSOP Advance (WF) yang memberikan penyejukan dwimuka, rintangan yang rendah, dan bersaiz kecil.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11292