Wednesday, November 9, 2016

KUGIRAN AMATUR YANG MEWAKILI LAPAN NEGARA/WILAYAH KEBANYAKANNYA DI ASIA BERSAING UNTUK KEDUDUKAN NO.1

HAMAMATSU,  Jepun, 8 Nov., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Keputusan Pertandingan Kugiran Asian Beat 2016 Diumumkan, Sebuah Kugiran "Gift" Yang Mewakili Korea Selatan Memenangi Hadiah Utama -

Pada 5 November, Yamaha Corporation menganjurkan Pertandingan Akhir Asian Beat 2016 di Tokyo Big Sight untuk menentukan kugiran amatur yang terbaik dari lapan buah negara dan wilayah, kebanyakannya di Asia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9484

FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO KE-29 "ANUGERAH SEMANGAT ASIA OLEH PUSAT ASIA YAYASAN JEPUN" DIMENANGI OLEH "LIPSTICK UNDER MY BURKHA" ARAHAN ALANKRITA SHRIVASTAVA DARI INDIA

TOKYO, 7 Nov (Bernama) -- 


Semasa satu majlis penutupan pada Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-29 (TIFF) pada 3 November, "Lipstick Under My Burkha," yang diarah oleh Alankrita Shrivastava dari India, telah memenangi "Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun." Anugerah itu diberikan kepada seseorang pengarah berbakat di dalam seksyen Masa Depan Asia TIFF, yang dipilih oleh tiga anggota juri kerana peluangnya untuk berjaya di peringkat antarabangsa yang menjangkau di luar sempadan budaya dan nasional. Ketika menerima anugerah beliau dari Hiroyasu Ando, ​​Presiden Yayasan Jepun, pengarah muda India itu melahirkan rasa terima kasih kepada kedua-dua TIFF dan pengeluar filem beliau, dan berkata, "Saya benar-benar percaya bahawa semangat Asia itu adalah semangat keamanan dunia merentasi kesemua negara. Dan saya benar-benar merasakan bahawa kaum wanita di Asia, khususnya, perlu berganding bersama-sama untuk membina sebuah Asia yang lebih aman dan dunia yang aman."

(Foto 1: Pengarah Alankrita Shrivastava, pemenang bagi "Anugerah Semangat Asia oleh Pusat Asia Yayasan Jepun" (C) 2016 TIFF
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI1fl_728RF2O9.JPG)

(Foto 2: Dari kiri: Hiroyasu Ando, Presiden Yayasan Jepun, Pengarah Alankrita Shrivastava dan Penerbit Plabita Borthakur (C) 2016 TIFF
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI2fl_wVz037VO.JPG)

(Foto 3: Kesemua pemenang pada TIFF ke-29 (C) 2016 TIFF
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI3fl_GF8xwK8v.JPG)

(Foto 4: Sidang Akhbar "Asian Three-Fold Mirror 2016: Reflections" (pengarah dan pelakon) (C) 2016 TIFF
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI4fl_0a4E77up.jpg)

(Foto 5: CROSSCUT ASIA #03: Simposium Indonesia Berwarna-warni (C) 2016 TIFF http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M102849/201611076008/_prw_OI5fl_VG9O8gHZ.JPG)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9480

Tuesday, November 8, 2016

“MERCK MORE THAN A MOTHER” TANGANI CABARAN DAN PENYELESAIAN KETIDAKSUBURAN DI AFRIKA DENGAN KERJASAMA IFFS

NEW DELHI, India, 7 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Merck (http://www.MerckGroup.com), sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, menerusi program "Merck More than a Mother" (www.MerckMoreThanaMother.com) dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Kesuburan (IFFS) telah menubuhkan sebuah panel bagi menangani cabaran dan penyelesaian masalah ketidaksuburan di Afrika semasa Kongres Sedunia IFFS yang berlangsung di New Delhi, India. Para menteri, ahli parlimen dan pakar kesuburan global menekankan kekurangan akses kepada penjagaan kesuburan yang terkawal dan kesedaran mengenai pengurusan ketidaksuburan serta stigma wanita tidak subur sebagai cabaran utama.

Panel tersebut menyokong penambahbaikan akses kepada penjagaan kesuburan yang terkawal dengan membangunkan undang-undang ART; memperkasa wanita tidak subur melalui pendidikan dan maklumat; melatih pakar embrio dan menghapuskan stigma ketidaksuburan bagi mewujudkan anjakan budaya dan perubahan pemikiran.

Monday, November 7, 2016

Tesco Ambil 59 Sekolah Sebagai Anak Angkat

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Tesco Stores (Malaysia) dan Yayasan PINTAR memberi komitmen untuk mengambil 59 sekolah yang kurang mempunyai kemudahan sebagai anak angkat.

Program tiga tahun itu bagi memperkasa kehidupan pelajar melalui penyediaan pendidikan berkualiti, kesedaran tentang kesihatan dan pemakanan serta aktiviti kehidupan lebih hijau.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Paul Ritchie berkata Tesco Malaysia memperuntukkan RM1.5 juta bagi tahun pertama program itu untuk membantu 54,000 kanak-kanak di sembilan negeri Semenanjung Malaysia.....



SILVER SPRING NETWORKS MEMPERLUASKAN KERJASAMA DENGAN SINGAPORE POWER UNTUK MENEMPATKAN PLATFORM IOT BAGI UTILITI PINTAR TAMBAHAN DAN APLIKASI NEGARA PINTAR

Silver Spring akan Mewujudkan Ibu Pejabat Serantau di Singapura ketika Penerimaan Teknologi IoT berkembang ke Seluruh Pasaran Asia Pasifik

SAN JOSE, Calif. & SINGAPURA, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Silver Spring Networks, Inc. (NYSE: SSNI) hari ini mengumumkan perjanjiannya dengan Singapore Power untuk memperluaskan penggunaan Singapore Power dan aplikasi platform rangkaian jaring tanpa wayar mereka yang sedia ada di seluruh Singapura. Singapore Power, yang menyediakan bekalan elektrik kepada 1.4 juta rumah dan perniagaan di pulau itu, merancang untuk memanfaatkan penggunaan AMI mereka untuk menghubungkan tambahan 200,000 pelanggan elektrik kediaman. Platform IPv6 pelbagai aplikasi oleh Silver Spring akan diperluaskan untuk membantu Singapore Power meningkatkan kecekapan operasi mereka, memberi lebih banyak perkhidmatan pemeteran lebih maju kepada pelanggan dan bagi Singapore Power membangunkan sebuah platform data digital dan Internet untuk Segala-galanya (IoT). Usaha sama itu akan menyokong matlamat ‘Negara Pintar' Singapura dengan memanfaatkan IoT untuk meningkatkan kecekapan, keselamatan, pembangunan ekonomi dan kualiti hidup bagi rakyatnya.

Silver Spring juga telah mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Singapore Power ke atas pelbagai produk dan aktiviti pembangunan pasaran, dengan hasrat untuk mendedahkan kreativiti inovasi IoT bagi institusi komersil dan akademik Singapura. Dalam menyokong kerjasama mereka dengan Singapore Power — dan untuk membantu memanfaatkan ke atas peluang-peluang IoT di rantau itu — Silver Spring bercadang menubuhkan ibu pejabatnya bagi  Asia Pasifik di Singapura.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9471

Friday, November 4, 2016

SOROTAN BAGI ACARA BUAL BICARA DENGAN DUA PENGARAH IKONIK, MAMORU HOSODA DAN SHUNJI IWAI, DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA TOKYO

TOKYO, 2 Nov., 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) telah menayangkan lebih 200 filem, dengan menonjolkan hasil usaha dua pengarah ikonik, Mamoru HOSODA dan Shunji IWAI, serta menghoskan satu barisan menarik acara bual bicara yang menampilkan mereka dalam perbincangan dengan tetamu-tetamu khas dari 25 Oktober hingga 3 November, 2016, di Roppongi Hills dan lokasi lain di Tokyo.

Fokus Animasi pada tahun ini menghalakan perhatian kepada Mamoru HOSODA, seorang pengarah berdaya cipta yang cemerlang di mana hasil karyanya "Summer Wars" (2009) dan "Wolf Children" (2012) telah mencapai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa, dan karya agung beliau yang terkini, "The Boy and the Beast" (2015), menjadi filem terlaris atau box-office Jepun yang mencatat kutipan tertinggi pada 2015. TIFF menayangkan 10 daripada hasil karya Hosoda daripada kerjaya beliau selama 20 tahun.



Thursday, November 3, 2016

SIZMEK MENGUMUMKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN YAHOO! JAPAN UNTUK PASARAN JEPUN

Yahoo! JAPAN akan menjadi pengedar eksklusif dan pengendali platform Sizmek di Jepun
 
AUSTIN, Texas, 3 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Sizmek iaitu platform pengurusan iklan terbuka bagi pengalaman iklan pelbagai skrin, hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Yahoo! JAPAN. Melalui kerjasama ini, Yahoo! JAPAN akan menjadi pengedar eksklusif dan pengendali platform dan produk Sizmek di Jepun. Di samping itu, platform pengurusan iklan Sizmek akan mengendalikan iklan pelanggan kepada Yahoo! Inventori digital terkemuka JAPAN bagi agensi dan pengiklan.