Monday, October 19, 2015

18TH MANUFACTURING WORLD OSAKA BERAKHIR DENGAN KEJAYAAN PALING BESAR!

OSAKA, Jepun, 15 Okt (Bernama) — Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur
pameran terbesar di Jepun, mengumumkan bahawa 18th Manufacturing World Osaka yang diadakan dari 7 Oktober hingga 9 Oktober 2015 di INTEX Osaka, pameran perdagangan terbesar di Jepun Barat bagi industri pembuatan, berakhir dengan kejayaan paling besar dengan 1,063 pempamer dan 42,216 orang pelawat dari seluruh dunia.



Friday, October 16, 2015

KUASAI POTENSI DIRI, ATASI TRAUMA & KETAKUTAN

SHAH ALAM, 15 Okt (Bernama) -- Pelancaran ‘Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes’ bakal membuka lembaran baru kepada kebanyakan usahawan dan bakal usahawan menambah nilai dalam kehidupan dan perniagaan mereka.
 
Menerusi klinik usahawan ini,  peserta akan mempelajari rangkuman formula pantas bagaimana seseorang mampu memulakan, membina dan memperluaskan perniagaan.



Tuesday, October 13, 2015

GADIS 15 TAHUN DARI NEW MEXICO LAYAK KE ACARA AKHIR UNTUK MEMENANGI SATU JUTA DOLAR BAGI APLIKASI PERMAINAN

Aplikasi Permainan Popular Memasuki Peringkat 4, dengan 6 orang Pemain Layak untuk Bermain, Termasuk 4 orang Gadis

DALLAS, Oct 2 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Permainan Million, iaitu aplikasi permainan eSports pertama yang dibangunkan oleh AIGC Games dan boleh didapati di App Store & Android Play Store secara percuma, baru sahaja mengumumkan bahawa 6 daripada 10 pemain mudah alih sudah layak untuk bermain di acara penstriman langsung Peringkat 4 untuk memenangi satu juta dolar. Turut termasuk dalam kalangan pesaing yang layak ialah gadis berusia 15 tahun dari Albuquerque, NM, seorang gadis dari Kanada, serta dua gadis lain. 

Thursday, October 8, 2015

CDN LIGHTING BANTU PUSAT KEBUDAYAAN BELIA ANTARABANGSA NANJING MERAIH ANUGERAH REKA BENTUK AL

HUIZHOU, China, 8 Okt (Bernama) -- Sebagai sebuah penyedia penyelesaian pencahayaan yang terkemuka di China, CDN Lighting amat gembira untuk mengumumkan bahawa Pusat Kebudayaan Belia Antarabangsa Nanjing yang dibina untuk Sukan Olimpik Belia 2014 di Nanjing, yang menggunakan produk lampu syarikat itu, baru-baru ini dinamakan sebagai pemenang bagi Anugerah Reka Bentuk Seni Bina & Lampu AL 2015. Anugerah Reka Bentuk AL  yang dianjurkan oleh American Architectural Lighting Magazine bertujuan untuk memberi penghormatan kepada projek-projek reka bentuk yang cemerlang dan berinovatif dalam bidang pencahayaan seni bina. Ini adalah kali pertama sebuah projek reka bentuk seni bina pencahayaan China memenangi anugerah ini, selain ia juga merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah jenama CDN.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8370

Wednesday, October 7, 2015

HARRIS CAPROCK COMMUNICATIONS MENYEDIAKAN JALUR LEBAR DI-ATAS PERMINTAAN UNTUK HAMPIR 100 TAPAK MINYAK DAN GAS

Maklumat Penting:
- Penyelesaian membolehkan komunikasi berkualiti tinggi, selamat dengan jalur lebar lanjutan

- Penghantaran ke hampir 100 tapak di seluruh dunia

- Menyokong aplikasi kritikal termasuk penglogan data, penggerudian, penstriman video dan teleperubatan

HOUSTON, 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Harris CapRock Communications telah mengalihkan 36 pengguna minyak dan gas ke penyelesaian Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT), menyediakan perkhidmatan jalur lebar di atas permintaan kepada hampir 100 laman web di seluruh dunia.



JEPUN AKAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN SIBER GLOBAL DI OKINAWA

TOKYO, 6 Okt., 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Berikutan peningkatan baru-baru ini dalam insiden kecurian siber, pengintipan siber dan juga peras ugut siber secara besar-besaran, tiada sesiapa merasa terkejut apabila satu lagi skandal penggodaman mengisi ruang tajuk-tajuk utama. Persoalan kami sekarang hanyalah, "Bilakah skandal  besar berikutnya akan berlaku?" dan "Adakah mana-mana data saya terlibat?"

Namun cerita yang lebih besar adalah ledakan pertumbuhan yang berkaitan peranti yang bersambungan dengan Internet. Kesemua komputer dan kesemua telefon bimbit di seluruh pelusuk dunia yang digabungkan kini membentuk satu kelompok minoriti peranti "berwayar", dan trend itu masih menampakkan peningkatan.



FDA MELULUSKAN OPTUNE DALAM GABUNGAN DENGAN TEMOZOLOMIDE UNTUK RAWATAN GLIOBLASTOMA YANG BARU DIDIAGNOSIS

Optune adalah terapi yang dilulus FDA pertama dalam masa lebih satu dekad untuk menunjukkan sambungan statistik yang signifikan untuk survival di kalangan pesakit glioblastoma yang baru didiagnosis

Ujian EF-14 mencapai lanjutan statistik yang signifikan bagi kedua-dua survival perkembangan bebas dan kelangsungan hidup keseluruhan glioblastoma yang baru didiagnosis dengan peningkatan 50% dalam bilangan pesakit hidup dua tahun selepas memulakan rawatan apabila dirawat dengan TTFields dalam kombinasi dengan temozolomide berbanding temozolomide sahaja
 
ST. HELIER, Jersey, 6 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Novocure (NASDAQ: NVCR) hari ini mengumumkan bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah meluluskan Optune dalam kombinasi dengan temozolomide untuk rawatan pesakit dewasa yang baru didiagnosis dengan glioblastoma (GBM). Optune ialah peranti mudah alih bukan invasif yang menyampaikan keamatan rendah, frekuensi pertengahan, lapangan medan elektrik - dirujuk sebagai Lapangan Merawat Tumor (TTFields) - yang menghalang pereplikaan kanser sel sel dan menyebabkan kematian sel kanser.