HUIZHOU, China, 8 Okt (Bernama) --
Sebagai sebuah penyedia penyelesaian pencahayaan yang terkemuka di
China, CDN Lighting amat gembira untuk mengumumkan bahawa Pusat
Kebudayaan Belia Antarabangsa Nanjing yang dibina untuk Sukan Olimpik Belia 2014 di Nanjing, yang menggunakan produk lampu syarikat itu, baru-baru ini dinamakan sebagai pemenang bagi Anugerah Reka Bentuk Seni Bina & Lampu AL 2015.
Anugerah Reka Bentuk AL yang dianjurkan oleh American Architectural
Lighting Magazine bertujuan untuk memberi penghormatan kepada
projek-projek reka bentuk yang cemerlang dan berinovatif dalam bidang
pencahayaan seni bina. Ini adalah kali pertama sebuah projek reka bentuk
seni bina pencahayaan China memenangi anugerah ini, selain ia juga
merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah jenama CDN.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8370
No comments:
Post a Comment