Thursday, November 7, 2024

35 USAHAWAN WANITA ASEAN DAN JEPUN MEMBINCANGKAN TENTANG KETAHANAN EKONOMI, INOVASI DAN KEMAMPANAN DI VIENTIANE




VIENTIANE, Laos, 7 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Tiga puluh lima (35) usahawan wanita muda dari 10 Negara Anggota ASEAN dan Jepun berkumpul di Laos untuk membincangkan cabaran dan peluang berkaitan inovasi dan kemampanan dalam perusahaan mereka. Perbincangan Meja Bulat Usahawanita Muda ASEAN dan Jepun yang diadakan pada 5-6 November di Crowne Plaza Hotel dianjurkan oleh Pusat ASEAN-Jepun dengan kerjasama  Pertubuhan Belia ASEAN dengan sokongan daripada Jawatankuasa Penyelaras ASEAN berkenaan PKS, ASEAN ACCESSMajlis Penasihat Perniagaan Asia Timur dan Persatuan Usahawanita Laos.

Perbincangan di Meja Bulat tersebut menjadi platform utama untuk menangani halangan utama yang dihadapi oleh usahawanita muda dalam landskap perniagaan yang pantas berkembang hari ini, terutama dalam mencapai inovasi dan kemampanan dalam usaha mereka. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti penyelesaian praktikal untuk meningkatkan daya tahan dan daya saing perusahaan yang diketuai oleh wanita, membuka jalan untuk memperkasakan ekonomi dan kerjasama yang lebih besar antara ASEAN dan Jepun.

Perbincangan tersebut tertumpu pada dua tema utama: Meningkatkan Keterhubungan dan Meningkatkan Daya Tahan. Bagi keterhubungan, peserta meneroka cara-cara untuk meningkatkan inklusi kewangan, menggalakkan pelaburan yang bijak gender, dan membina kemahiran digital serta celik kewangan untuk memastikan penyertaan yang selamat dalam ekonomi digital. Di bawah daya tahan, mereka menangani isu menutup jurang gender dalam pemilikan PKS dan menggalakkan amalan kemampanan yang memperkasakan wanita untuk memimpin perniagaan yang bertanggungjawab secara sosial dan alam sekitar.

Para peserta juga menyertai lawatan tapak ke dua perusahaan terkemuka yang dimiliki oleh wanita di Laos: Enterprise & Development Consultants Co., Ltd. (EDC) dan Leuxay Construction Co., Ltd. Lawatan ini menawarkan pandangan berharga tentang strategi operasi dan amalan terbaik perniagaan wanita yang berjaya di Laos, memudahkan pertukaran pengetahuan dan membuka peluang kerjasama pada masa akan datang.

Acara tersebut mengetengahkan cabaran untuk mendapatkan geran dan pinjaman bagi usahawan wanita disebabkan oleh peraturan pentadbiran, persaingan dengan syarikat yang lebih besar, dan kekurangan fleksibiliti dalam penyelesaian pembiayaan. Mereka juga mengetengahkan cabaran dalam mewujudkan kebersihan siber asas, mengenal pasti penyelesaian digital yang sesuai dengan keperluan mereka dan memastikan pekerja mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap evolusi teknologi yang pesat, serta keupayaan untuk melindungi pelanggan mereka. Para peserta juga menyeru kepada lebih banyak rangkaian usahawan wanita yang berdaya tahan untuk saling menyokong sebagai strategi utama untuk menutup jurang gender ke arah pemilikan perniagaan wanita.

Dapatan penuh daripada perbincangan tersebut akan dilancarkan dalam sebuah laporan di Sidang Kemuncak Usahawanita Muda ASEAN-Jepun yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 13 Februari 2025.

Pusat ASEAN-Jepun ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1981 yang didedikasikan untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertukaran orang kepada orang antara ASEAN dan Jepun.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18697

No comments:

Post a Comment