Sunday, August 18, 2024

HARI BELIA SELAT KE-12 DIADAKAN DI FUZHOU DI WILAYAH FUJIAN

 

Hari Belia Selat ke-12 telah diadakan di Fuzhou di Wilayah Fujian.

FUZHOU, China, 16 Ogos, 2024 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 15 Ogos, Hari Belia Selat ke-12, yang ditaja bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Majlis Negeri, Persekutuan Belia Seluruh China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, telah diadakan di Fuzhou di Wilayah Fujian, dan dihadiri oleh kira-kira 1,100 orang muda dari kedua-dua belah Selat Taiwan.

Sebagai acara utama bagi Hari Belia Selat ke-12, Hari Belia itu memberi tumpuan kepada bidang-bidang penting dan topik hangat bagi pembangunan bersepadu merentasi Selat Taiwan, dengan menyelam jauh ke dalam kisah-kisah peribadi dan kajian kes yang jelas, mempamerkan pencapaian di dalam membina Zon Demonstrasi untuk Pembangunan Bersepadu Merentasi Selat Taiwan, menggambarkan perjalanan yang indah bagi anak-anak muda untuk bertemu dan belajar di antara satu sama lain dan bergerak mara ke hadapan berganding tangan, dan mencipta sebuah karnival bagi mereka menyelami hati masing-masing.

Selaras dengan matlamat untuk "bandar raya mesra dan belia yang mempunyai masa depan yang cerah", Fuzhou, tuan rumah bagi acara itu, telah mengambil inisiatif untuk mengumumkan rancangan bagi menubuhkan sebuah "Bandar raya Berorientasikan Pembangunan Belia Selat" dan langkah-langkah yang berkaitan, yang menonjolkan bidang-bidang utama seperti pelancongan pendidikan, amalan sosial, dan pembinaan luar bandar, untuk dapat menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh bagi belia Taiwan yang akan datang ke Fuzhou untuk pertukaran dan pembangunan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18412

No comments:

Post a Comment