Saturday, June 1, 2024

MITSUI CHEMICALS SINGAPORE R&D CENTRE: SUMBANGAN DERMA FILEM KACA POSICA™ KUKKIRI™ KEPADA RUMAH PENJAGAAN JAMIYAH (JAMIYAH NURSING HOME)

Menambah baik tahap pandangan pesakit yang memerlukan penjagaan kejururawatan jangka panjang

SINGAPURA, 31 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals Asia Pacific (MCAP) – Sumbangan derma filem kaca yang berinovatif, posica™ kukkiri™, oleh Mitsui Chemicals Singapore R&D Centre (MS-R&D) kepada Rumah Penjagaan Jamiyah (Jamiyah Nursing Home), telah menyempurnakan pemasangannya pada 7 November 2023. Filem itu dipasang di Bilik Aktiviti dalam premis Rumah Penjagaan Jamiyah (Darul Syifaa), tempat penghuni dan pesakit kebiasaannya berkumpul untuk aktiviti sosial mereka.

Dengan pemasangan posica™ kukkiri™ di Bilik Aktiviti, pesakit akan dapat menikmati Kualiti Pandangan yang lebih baik di luar rumah penjagaan dengan menambah baik penepuan warna secara dramatik dan mengurangkan silau yang tidak menyenangkan.

Penggunaan dalam tetapan penjagaan kesihatan

Dalam kajian berskala kecil di ruang pejabat Jepun terpilih, apabila filem itu digunakan pada tingkap, dapat diperhatikan yang pekerja memberikan tumpuan lebih baik kepada kerja. Sifat peningkatan pandangan filem itu juga akan memberikan manfaat kepada industri yang berbeza.

Memahami keperluan penjagaan kejururawatan jangka panjang, menyediakan pandangan lebih baik kepada pemandangan sekeliling akan memberikan pesakit pengalaman kediaman yang lebih dihargai. Ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan mental keseluruhan pesakit dan kakitangan kejururawatan, malah ini juga akan membantu dalam penyampaian penjagaan dan pemulihan kesihatan.

“Jururawat kami berkongsi bahawa Bilik Aktiviti berasa lebih sejuk dan ini sekaligus meningkatkan mood penghuni,” ujar Jururawat Am Hafizah Binte Abdul Ghani. “Tempat itu menjadi kurang silau dan kami menyukai penambahbaikan dari segi estetik.”

Lebih banyak ujian sedang dalam peringkat perbincangan antara MS-R&D dan Rumah Penjagaan Jamiyah untuk penerimagunaan selanjutnya di bilik lain bertujuan meningkatkan penyampaian penjagaan dan pengalaman di premis.

Maklumat Tentang Mitsui Chemicals Group di Singapura

Singapura ialah pangkalan kepada lima ahli gabungan untuk Mitsui Chemicals Group. Selain MCAP, Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik Mitsui Chemicals Inc., empat entiti lain - Mitsui Elastomers Singapore Pte Ltd, Prime Evolue Singapore Pte Ltd, SDC Technologies Asia Pacific Pte Ltd dan MS-R&D.

Sebagai Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik, MCAP berusaha memacu pertumbuhan perniagaan, menyediakan perkhidmatan fungsian yang teguh kepada ahli gabungan atau perniagaan serantau, dan menyampaikan nilai murni kepada pelanggan dengan memanfaatkan kekuatan semua ahli gabungan dalam Mitsui Chemicals Group.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18201

No comments:

Post a Comment