ZURICH, Switzerland, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Isocol Holdings AG telah memohon untuk disenaraikan di bursa Euronext Paris (Marché Libre).
Penyenaraian
yang dicadangkan membentuk sebahagian daripada strategi pertumbuhan
global syarikat dan akan membantu memenuhi permintaan kukuh di pasaran
Eropah bagi produk utama syarikat iaitu Isocol™ Rubbing Alcohol
Antiseptic (Antiseptik Alkohol Gosok).
Selama
lebih daripada 30 tahun, Isocol™ telah menjadi produk yang perlu
dimiliki oleh setiap isi rumah Australia, dengan pelbagai aplikasi dari
pencucian am kepada rawatan kulit. Produk-produk Isocol™ dijual menerusi
lebih daripada 1,500 pasar raya terkemuka di Australia, termasuk
Woolworths, Coles dan IGA, dan juga 4,000 farmasi runcit yang merangkumi
rantaian kebangsaan Priceline, Terry White dan Amcal.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9172
No comments:
Post a Comment