TOKYO, 1 Jun, 2016 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- Telefon pintar menghubungkan Wanita Tua di Pulau yang Terpencil di Okinawa dengan cucu-cucu beliau di Osaka -
SoftBank Corp. mengeluarkan satu filem web pada 25 Mei untuk menyampaikan kecemerlangan telefon pintar kepada pengguna.
Video URL: https://youtu.be/yY12m7tjghI
Satu
kisah yang mengharukan di dalam filem itu menampilkan seorang wanita
tua yang tinggal di Pulau Tarama, sebuah pulau yang terpencil di Wilayah
Okinawa, di mana kadar penembusan telefon pintar adalah rendah.
Beliau
sangat merindui cucu-cucunya yang tinggal di Osaka, yang terletak jauh
dari Tarama, kerana beliau dapat berjumpa dengan mereka hanya sekali
dalam masa satu tahun. SoftBank menghasilkan peranti komunikasi pada
asas percubaan yang membantu beliau mempunyai pengalaman maya
menggunakan telefon pintar untuk melihat bagaimana cucu-cucu beliau
sedang membesar. Dengan bantuan anak lelakinya dan isterinya, wanita itu
boleh dengan kerap melihat cucu-cucunya pada masa sekarang, dengan
menggunakan peranti ini walaupun mereka berada jauh dari satu sama lain.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9029
No comments:
Post a Comment