Wednesday, January 14, 2026

1X Memperkenalkan Anjakan Paradigma dalam AI Humanoid: NEO Kini Mula Belajar Secara Kendiri


PALO ALTO, Calif., 14 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 1X dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran 1X World Model baharu, satu kemas kini AI terobosan untuk NEO, menandakan lonjakan besar dalam bidang robotik humanoid. NEO kini memperkenalkan 1X World Model baharu yang mampu menukar sebarang permintaan kepada keupayaan AI secara serta‑merta melalui model video yang berasaskan fizik dunia sebenar. Ini menandakan langkah besar pertama ke arah masa depan di mana robot mampu mengajar diri mereka sendiri untuk melakukan segala yang boleh dilakukan oleh manusia.

Kemas kini ini membolehkan NEO memanfaatkan data video berskala internet yang diperhalusi dengan data robot untuk melaksanakan tugas AI, termasuk melibatkan objek dan persekitaran yang belum pernah ditemui. Pendekatan ini memadukan kecerdasan digital dengan realiti fizikal, membolehkan NEO memanfaatkan pengetahuan luas manusia yang dirakam dalam bentuk video.

“Selepas bertahun‑tahun membangunkan World Model dan menjadikan reka bentuk NEO sedekat mungkin dengan manusia, NEO kini mampu belajar daripada video berskala internet dan mengaplikasikan pengetahuan itu secara langsung ke dunia fizikal. Dengan keupayaan untuk menukar sebarang arahan kepada tindakan baharu — walaupun tanpa contoh terdahulu — ini menandakan titik permulaan keupayaan NEO untuk mengajar dirinya menguasai hampir apa sahaja yang boleh anda bayangkan.” 

Bernt Børnich, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, 1X

1X World Model Menukar Sebarang Arahan kepada Tindakan Autonomi
Dengan kemas kini ini, pengguna hanya perlu memberikan NEO arahan suara atau teks ringkas dan NEO menggunakan apa yang sedang dilihatnya untuk menjana visualisasi tindakan masa hadapan. Model dinamik songsang terbina dalam kemudian menterjemahkan visualisasi tersebut kepada pergerakan yang tepat bagi membolehkan NEO melaksanakan permintaan tersebut.

“Dengan 1X World Model, anda boleh menukar sebarang arahan kepada tindakan robot yang sepenuhnya autonomi — termasuk tugasan dan objek yang tidak pernah ditemui oleh NEO sebelum ini.”

– Daniel Ho, Penyelidik AI, 1X

Demonstrasi dalam video terkini 1X mempamerkan keupayaan NEO untuk membuat generalisasi yang melangkaui data latihan. Bagi arahan ringkas seperti menyediakan bekal makan tengah hari, NEO mampu memvisualisasi dan melaksanakannya dengan lancar, walaupun berdepan objek yang tidak dikenali. Lebih mengagumkan lagi, NEO mampu mengendalikan tugasan yang benar‑benar baharu, seperti mengoperasikan tempat duduk tandas, membuka pintu gelangsar, menggosok baju, menyikat rambut manusia dan banyak lagi — semuanya tanpa sebarang contoh terdahulu dalam set datanya. Hal ini menyerlahkan pemindahan pengetahuan luas manusia melalui World Model.

Momentum Menuju Robot yang Mampu Belajar Sendiri
Jika sebelum ini model AI tradisional untuk robot humanoid bergantung pada data yang dikumpul oleh pengendali manusia, 1X World Model membolehkan NEO mengumpul datanya sendiri dan menguasai keupayaan baharu secara autonomi. Perubahan paradigma ini membuka peluang kepada robot untuk belajar sendiri pelbagai perkara — sekali gus mempercepatkan usaha ke arah humanoid serba guna yang mampu belajar secara berterusan daripada pengalaman.

Keupayaan AI Humanoid Berkembang Seiring dengan Model Video
Selama ini peningkatan keupayaan AI untuk humanoid sering dibatasi dengan kelajuan pengumpulan data robot oleh pengendali manusia. Namun, 1X World Model bukan sahaja memperbaiki dirinya melalui data yang dikumpul sendiri oleh NEO, malah turut mendapat manfaat daripada kemajuan model video memandangkan teras world model itu sendiri berasaskan model video.

Prestasi Mantap dalam Persekitaran Dinamik dan Tidak Dapat Dijangka
Sejak dahulu, model tradisional sering terbatas oleh perubahan pencahayaan, keadaan bersepah atau suasana huru‑hara yang lazim berlaku di rumah. 1X World Model menerapkan kefahaman seakan manusia untuk menavigasi kepelbagaian melampau, sambil mengekalkan ketenangan ketika berdepan perubahan persekitaran yang pantas. NEO kini berupaya menjana dan melaksanakan tindakan merentasi pelbagai senario — suatu pencapaian pertama seumpamanya dalam bidang humanoid.

Ketahui Lebih Lanjut tentang 1X World Model
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog kami atau saksikan video demonstrasi di sini.

Harga dan Ketersediaan
NEO kini tersedia di kedai dalam talian 1X [1x.tech/order] serta ditawarkan dalam tiga warna berbeza: Tan, Kelabu dan Coklat Gelap. Pelanggan yang berminat untuk memiliki salah satu NEO terawal boleh membeli Akses Awal pada harga USD20,000, yang merangkumi penghantaran prioriti pada tahun 2026. Selain itu, model langganan pada kadar USD499 sebulan akan ditawarkan.

Perihal 1X
1X ialah syarikat AI dan robotik terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat, khusus dalam pembangunan NEO–robot rumah generasi baharu. Misi 1X adalah untuk membentuk masa depan yang makmur melalui pembangunan humanoid yang selamat dan pintar.

Hubungan Media:
Kendall Pennington
Ketua Komunikasi, 1X
E-mel: press@1x.tech

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fe3770cd-6f5f-4bbc-a0ff-31e6d46e04ec 

SUMBER: 1X Technologies

Tuesday, January 13, 2026

Franklin Sports Menandatangani Perkongsian Jangka Panjang dengan Pemain Pickleball No. 1 Dunia, Anna Leigh Waters

Bintang sensasi pickleball berusia 18 tahun ini - yang kini menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara perseorangan wanita, beregu wanita, dan beregu campuran - menyertai Franklin Sports.”

 
STOUGHTON, Mass., 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Franklin Sports, sebuah jenama terkemuka dalam industri barangan sukan, dengan bangganya mengumumkan pemeteraian perjanjian jangka panjang dengan pemain pickleball nombor satu dunia, Anna Leigh Waters Seiring dengan pencapaian Waters yang terus menguasai kedudukan teratas dalam Pro Pickleball Association (PPA) dan Major League Pickleball (MLP), perkongsian strategik ini meningkatkan kehadiran Franklin Sports dalam landskap pickleball peringkat global.

“Kami amat teruja untuk mengalu-alukan pemain pickleball nombor satu dunia yang tidak dapat dipertikaikan ke dalam keluarga Franklin Sports,” kata Adam Franklin , Presiden Franklin Sports. ‘Bakat luar biasa Anna Leigh, semangat kompetitifnya, dan kecintaannya terhadap sukan ini sangat selaras dengan misi kami untuk menyokong atlet di setiap peringkat di samping terus mengembangkan sukan ini di peringkat global.’

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Waters telah memilih untuk bertanding menggunakan versi terbaharu teknologi Carbon Fiber Paddle C45° Franklin yang memenangi anugerah. Anyaman karbon C45° berbilang termoform ini telah diiktiraf sebagai teknologi terunggul dalam litar profesional. Beliau juga akan bekerjasama rapat dengan Franklin Sports untuk mereka bentuk bersama rangkaian produk khas yang merangkumi paddle pickleball, beg pickleball, dan aksesori pickleball.

"Saya amat berbesar hati untuk memulakan fasa baharu dalam kerjaya saya bersama Franklin Sports,” kata Waters. “Dalam mencari rakan strategik yang sesuai untuk masa depan permainan saya, prestasi merupakan keutamaan, dan saya sangat kagum dengan komitmen Franklin terhadap inovasi paddle. Selain aspek teknologi, saya merasakan keserasian dengan pasukan ini dalam masa yang singkat dan berasa seperti sebahagian daripada keluarga. Saya meletakkan kepercayaan penuh terhadap perkongsian ini dan amat teruja untuk bekerjasama merealisasikan visi bersama kami bagi pengembangan di peringkat antarabangsa."

Waters dan Franklin Sports juga akan membawa bola pickleball profesional baharu bertaraf dunia ke pasaran untuk melengkapkan rangkaian produk bola X-40 Franklin sedia ada, yang merupakan bola nombor satu dalam sukan pickleball.

Hubungan ini akan merangkumi maklum balas daripada atlet, ujian produk, dan inovasi yang bertujuan meningkatkan prestasi pemain di setiap peringkat. Selain itu, perkongsian ini akan memperluaskan jejak global Franklin dan memajukan permainan melalui lawatan antarabangsa serta strategi pemasaran yang inovatif.

Pada usia hanya 18 tahun, yang bakal mencecah 19 bulan ini, Anna Leigh Waters sudahpun menjadi pemain paling berjaya dalam sejarah PPA dengan 181 pingat emas dan 39 gelaran ‘triple crown’ sepanjang kerjayanya. Dia mula meminati permainan ini pada 2017 apabila datuknya memperkenalkan dia kepada pickleball. Pada awalnya, dia bergandingan dengan ibunya, Leigh Waters, yang masih menjadi jurulatih dan pengurusnya, Anna Leigh membantu memperkenalkan gaya permainan baharu agresif, yang menarik sokongan peminat yang setia. Cintanya yang mendalam terhadap permainan ini menyamai dedikasinya terhadap para peminat, seterusnya memberi inspirasi kepada generasi baharu pemain pickleball di seluruh dunia.

Franklin Sports mula memasuki pasaran pickleball pada 2017 dengan pengenalan Bola X-40, iaitu Bola Rasmi USA Pickleball, APP Tour, dan Kejohanan Terbuka Pickleball AS. Kini, Franklin menawarkan portfolio penuh produk premium termasuk paddle, beg, jaring, aksesori, dan banyak lagi. Waters menyertai senarai atlet pickleball PPA, APP, dan lawatan antarabangsa tajaan Franklin, yang semakin mengagumkan dan berkembang. Franklin Sports terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju global dalam pickleball profesional. Untuk maklumat lanjut mengenai Franklin Sports dan pickleball, sila lawati www.franklinsports.com/pickleball.

Bahan fotografi dan video yang menampilkan Waters boleh didapati di DI SINI. Kredit foto dan video: Franklin Sports.

Maklumat Tentang Franklin Sports

Ditubuhkan oleh Irving Franklin pada 1946, Franklin Sports ialah jenama barangan sukan yang berpangkalan di Stoughton, Massachusetts, yang mengeluarkan dan menjual lebih 10,000 produk merangkumi pelbagai kategori. Franklin Sports berbangga dengan kerjasamanya bersama Major League Baseball, Major League Soccer, National Basketball Association, National Football League, National Hockey League, Major League Volleyball, USA Pickleball, Women’s National Basketball Association, National Women’s Soccer League, Hasbro dan banyak lagi. Franklin merupakan perniagaan milik keluarga merentasi beberapa generasi dengan sejarah yang kaya dan reputasi yang dipercayai sebagai jenama barangan sukan berkualiti – dari sukan rekreasi sehingga ke tahap profesional. Di Franklin Sports, pasukan ini percaya bahawa sukan menjadikan kehidupan lebih baik. Untuk maklumat lanjut mengenai Franklin Sports, sila lawati www.franklinsports.com atau ikuti Franklin di Instagram @franklinsports@franklinsportseqp, dan @franklinpickleballFacebook, dan X @franklinsports.

Maklumat Tentang Anna Leigh Waters

Anna Leigh Waters ialah juara dunia pickleball dan fenomena unggul dalam sukan ini. Kini menduduki ranking nombor satu dunia dalam perseorangan wanita, beregu wanita, dan beregu campuran, beliau telah mencorakkan semula permainan dengan gaya bermainnya yang agresif, pantas, dan dominasi luar biasa dalam litar profesional. Beliau telah meraih 181 pingat emas dan 39 gelaran ‘triple crown’ yang bersejarah, memenangi kebanyakan acara yang disertainya dalam Major League Pickleball (MLP) dan PPA Tour, di mana beliau dianggap sebagai atlet paling dominan dalam sukan ini. Jumlah pingat dan ‘triple crown’ beliau merupakan yang tertinggi bagi mana-mana pemain pickleball profesional. Waters mencipta sejarah pada usia hanya 12 tahun apabila beliau menjadi pemain profesional dan juara pickleball termuda dalam sejarah. Beliau menemui pickleball pada 2017 apabila keluarganya berpindah sementara dari Florida semasa Taufan Irma dan datuknya memperkenalkan mereka kepada permainan ini di Pennsylvania. Pada awalnya, beliau bergandingan dengan ibunya, Leigh Waters, yang masih menjadi jurulatih dan pengurusnya, Anna Leigh membantu memperkenalkan gaya permainan baharu agresif, yang menarik sokongan peminat yang setia.

Dilahirkan di Florida, Waters menyeimbangkan kerjaya profesionalnya dengan kehidupan sebagai remaja, mudah ketawa dan berinteraksi dengan peminat sambil menunjukkan tekad yang tinggi di atas gelanggang. Di luar gelanggang, beliau gemar fesyen, memasak, melancong, bermain permainan video, dan membeli-belah.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Media:
(Bagi pihak Franklin Sports)
Jillian Tedeschi, Regan Communications
(617) 833-0507, jtedeschi@regancomm.com

(Bagi pihak Anna Leigh Waters)
Rachel Gunia, Digital & Savvy
(815) 488-8595, rachel@digitalandsavvy.com

Sumber: Franklin Sports

--BERNAMA

Bitget Memperluas Kerjasama dengan Ondo dengan Penyenaraian 98 Saham dan ETF Baharu AS

VICTORIA, Seychelles, 12 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar dunia, mengumumkan penyenaraian 98 saham dan Dana Dagangan Bursa (ETF) baharu Amerika Syarikat, sekali gus memperluas akses kepada pasaran tradisional sambil memperkukuh persekitaran dagangan pelbagai asetnya. Diperkasakan melalui kerjasama dengan Ondo, peluasan ini memperkenalkan pendedahan yang lebih luas merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, komoditi serta struktur ETF taktikal, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang kepada pengguna untuk menyertai kitaran pasaran global daripada satu platform bersepadu. 

Aset baharu ini merangkumi strategi Perbendaharaan jangka pendek seperti SGOV, syarikat terkemuka Amerika Syarikat merentasi sektor teknologi, tenaga, pembuatan, penjagaan kesihatan, kewangan dan pengguna, serta nama pertumbuhan antarabangsa termasuk BILI (Bilibili), PDD (Pinduoduo) dan GRAB (Grab). Instrumen berkaitan komoditi seperti Emas (GLD), Minyak Mentah (USO), Pelombong Tembaga (COPX) dan Logam Nadir Bumi (REMX) menambah pendedahan kepada sumber yang membentuk rantaian bekalan global. Penjejak indeks seperti VTI dan ETF berleveraj atau songsang seperti TQQQ dan SQQQ memperkenalkan alat yang fleksibel untuk dagangan berarah dan pengurusan risiko.

Pelaksanaan ini mencerminkan peningkatan minat terhadap persekitaran dagangan bersepadu, di mana aset digital dan instrumen tradisional beroperasi secara selari. Pengguna memperoleh akses kepada struktur pasaran yang lazimnya dikaitkan dengan firma broker arus perdana, namun dalam satu ekosistem yang direka untuk pelaksanaan lebih pantas, pergerakan modal yang dipermudah serta reka bentuk strategi yang lebih menyeluruh.

“Pelabur kewangan era baharu mahukan akses yang lebih mudah kepada kripto, di samping kebolehcapaian kepada perkhidmatan kewangan tradisional seperti saham, emas, indeks dan komoditi,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget.. “Pada tahun akan datang, kami akan berusaha untuk meningkatkan fleksibiliti ini merentas pelbagai aset global, sekali gus merapatkan jurang antara dagangan dan pengurusan kekayaan,” tambah beliau.

Selain penyenaraian terkini, Bitget menawarkan lebih daripada 200 token saham, membolehkan pengguna berdagang syarikat global terkemuka seperti Apple, Tesla, Nvidia dan Alphabet menggunakan penyelesaian USDT. Struktur ini menyediakan akses kepada pendedahan bergaya ekuiti tanpa memerlukan akaun broker tradisional, sambil mengekalkan aliran kerja dagangan yang biasa bagi peserta berteraskan digital. Inisiatif ini turut diperkukuh dengan lebih dua juta token on-chain merentasi Ethereum, BASE, BNB Chain, Solana dan ekosistem lain, yang membangunkan platform ini secara holistik untuk pengurusan kekayaan serta pertumbuhan.

Peluasan ini membawa visi UEX Bitget selangkah lebih ke hadapan ke arah sebuah platform di mana aset digital dan instrumen tradisional beroperasi dalam satu sistem bersepadu. Token saham bertoken berada di teras pendekatan ini, merapatkan akses kepada ekuiti dunia sebenar dengan kelajuan, kecairan dan kebolehgunaan platform berteras kripto. Dengan lebih banyak saham dan ETF Amerika Syarikat kini tersedia bersama token on-chain, derivatif dan kelas aset lain, UEX Bitget menetapkan penanda aras bagi fasa seterusnya dagangan global.

Untuk memulakan perjalanan dagangan saham anda, sila lawati di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada 2018, Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, yang berkhidmat kepada lebih 120 juta pengguna dengan akses kepada berjuta-juta token kripto, saham bertoken, ETF dan aset dunia sebenar yang lain, sambil menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereumharga XRP serta harga mata wang kripto lain, semuanya dalam satu platform tunggal. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui alat dagangan yang dikuasakan oleh AI, kesalingoperasian antara token di rangkaian Bitcoin, Ethereum, Solana dan BNB Chain serta akses yang lebih luas kepada aset dunia sebenar. Dalam dunia terdesentralisasi, Bitget Wallet ialah aplikasi kewangan harian yang dibina untuk menjadikan kripto mudah, selamat dan sebahagian daripada kewangan harian. Berkhidmat kepada lebih 80 juta pengguna, ia menghubungkan teknologi blockchain dengan kewangan dunia sebenar, menawarkan platform serba lengkap untuk deposit dan pengeluaran, berdagang, menjana pendapatan serta membuat pembayaran dengan lancar.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan yang paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com 

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0bcfef62-f553-43c4-aed5-1b2afe9eb7f5

SUMBER: Bitget Limited​

PENAFIAN: BERNAMA MREM 
tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA

Monday, January 12, 2026

AACSB Membuka Sesi Komen Awam mengenai 2026 Global Standards for Business Education

 

TAMPA, Fla., 12 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- AACSB International hari ini mengeluarkan draf pendedahan bagi Global Standards for Business Education yang diperkenalkan buat julung kalinya diperkenalkan serta 2026 Accounting Accreditation Standards dan mengundang maklum balas daripada sekolah perniagaan, fakulti, pelajar, majikan, persatuan pendidikan tinggi serta pihak berkepentingan lain di seluruh dunia.

Global Standards for Business Education yang baharu, iaitu semakan semula terhadap Piawaian Akreditasi AACSB yang sangat dihormati, dirumus untuk diguna pakai oleh semua sekolah perniagaan, bukan hanya mereka yang memiliki akreditasi AACSB. Piawaian ini menyediakan rangka kerja yang diiktiraf secara global yang boleh digunakan oleh mana-mana sekolah untuk membimbing pembangunan strategik, mengukuhkan prestasi dan menunjukkan impak kepada pelajar, majikan serta pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan tinggi.

Kenyataan ini dikeluarkan ketika AACSB meraikan ulang tahun ke-110, mencerminkan evolusi organisasi dalam usaha memajukan kualiti dan impak dalam pendidikan perniagaan di seluruh dunia.

“Pendidikan perniagaan kini dituntut untuk melaksanakan peranan yang lebih luas berbanding sebelum ini – menyediakan pelajar agar mampu menghadapi ekonomi yang dinamik, menjana pengetahuan yang menjadi asas kepada amalan serta membantu menangani cabaran masyarakat,” kata Lily Bi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AACSB International. “Draf pendedahan ini merupakan jemputan kepada komuniti global untuk membantu membentuk rangka kerja piawaian yang moden, praktikal, dan berasaskan nilai yang menyokong kecemerlangan merentasi pelbagai misi dan konteks. “Kami menggalakkan pihak berkepentingan untuk meneliti draf ini dan berkongsi maklum balas supaya piawaian akhir mencerminkan apa yang diperlukan oleh pendidikan perniagaan dan perakaunan pada masa kini serta hala tuju yang perlu dicapai pada masa hadapan.”

Cadangan Piawaian AACSB dikemukakan pada saat pendidikan perniagaan sedang berdepan dengan tahap penelitian yang semakin ketat serta jangkaan yang semakin tinggi, merangkumi keperluan terhadap bukti yang lebih jelas mengenai hasil pembelajaran serta hubungan yang lebih kukuh antara kurikulum, penyelidikan dan impak terhadap masyarakat. “Pengenalan Global Standards for Business Education mengukuhkan peranan AACSB sebagai penetap piawaian di peringkat global dan memperkukuh ekosistem pendidikan perniagaan secara menyeluruh,” kata Stephanie Bryant, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Akreditasi AACSB International, sambil menyatakan bahawa bagi sekolah, draf tersebut menyediakan “rangka kerja yang jelas dan boleh disesuaikan untuk menunjukkan kualiti” serta untuk “mempercepatkan peningkatan berterusan.” Global Standards for Business Education yang baharu bersama 2026 Accounting Standards direka untuk membantu sekolah menavigasi keperluan pelajar yang semakin berubah, gangguan tenaga kerja, serta perubahan teknologi yang pesat, di samping mengekalkan penanda aras global yang konsisten bagi kualiti dan peningkatan berterusan.

Kandungan dalam draf pendedahan

Draf Piawaian menekankan kualiti berasaskan misi serta berfokuskan hasil merentasi tiga bidang teras:
  • Pengurusan Strategik yang menyelaraskan strategi, tadbir urus dan sumber untuk menyokong kualiti jangka panjang serta penambahbaikan berterusan.
  • Kejayaan Pelajar yang memperkukuh jangkaan terhadap kurikulum, jaminan pembelajaran, serta kecekapan digital.
  • Laluan Impak yang memajukan pengaruh ilmiah, penglibatan akademik serta keterlibatan profesional.

Piawaian ini bertujuan untuk menyokong pelbagai model institusi serta konteks serantau, sambil mengekalkan bahasa global yang seragam bagi memastikan kualiti dalam pendidikan perniagaan.

Ketahui Lebih Lanjut

AACSB akan menganjurkan webinar pada 12 Januari 2026 untuk memberikan gambaran keseluruhan mengenai cadangan perubahan utama terhadap piawaian akreditasi perniagaan dan perakaunan AACSB seperti yang digariskan dalam Draf Pendedahan. Daftar di sini

Cara untuk mengambil bahagian

AACSB menggalakkan pihak berkepentingan untuk meneliti draf pendedahan bagi Global Standards for Business Education yang julung kali diperkenalkan serta 2026 Accounting Accreditation Standards, dan menghantar komen melalui tinjauan sehingga 7 Februari 2026. Maklum balas yang diterima akan memaklumkan semakan serta pemuktamadan Piawaian 2026.

Perihal AACSB

Ditubuhkan pada tahun 1916, AACSB International (AACSB) menghubungkan pendidik, pelajar dan perniagaan untuk melahirkan generasi pemimpin hebat yang seterusnya. Dengan lebih daripada 2,000 organisasi ahli dan lebih 1,000 sekolah perniagaan berakreditasi di seluruh dunia, AACSB merupakan rangkaian pendidikan perniagaan terbesar di dunia. Melalui piawaian global, akreditasi dan kepimpinan pemikiran, AACSB memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi serta mempertingkatkan impak dalam pendidikan perniagaan.

aacsb.edu
mediarelations@aacsb.edu 

SUMBER: AACSB International

ISU BERKAITAN PENGLIBATAN PROGRAM “GLAMPING WITH PRIDE”

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil maklum berhubung penganjuran program “Glamping With Pride” oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan komuniti lelaki gay, biseksual dan lelaki lain yang melakukan hubungan sejenis di Malaysia. Program tersebut dilaporkan memberi tumpuan kepada aspek kesihatan dan sokongan komuniti, khususnya berkaitan isu HIV.

IKIM berpandangan bahawa isu ini perlu ditangani dengan pendekatan berasaskan ilmu, kefahaman dan hikmah, selaras dengan prinsip Islam yang menyeru kepada kasih sayang, bimbingan dan pemulihan. Islam menolak sebarang bentuk perlakuan yang bercanggah dengan fitrah manusia dan hukum syarak, namun dalam masa yang sama menekankan pendekatan dakwah yang berhikmah serta pendidikan yang membina kesedaran moral. Dalam hal ini, IKIM menegaskan bahawa sebarang usaha yang menormalisasikan gaya hidup yang bertentangan dengan ajaran Islam tidak wajar disokong. Walau bagaimanapun setiap isu sosial hendaklah ditangani dengan kebijaksanaan dan empati, mengambil kira dimensi kesihatan awam, kesejahteraan mental serta tanggungjawab sosial yang berpaksikan nilai-nilai Islam.

Dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, IKIM menghormati hak asasi individu seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, namun setiap hak perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab moral dan nilai-nilai Islam yang menjadi tunjang kepada keharmonian masyarakat dan pembentukan akhlak bangsa.

IKIM berpandangan bahawa penyelesaian jangka panjang terhadap isu ini perlu berasaskan pendidikan nilai, pengukuhan institusi keluarga serta kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak media dan masyarakat. Sehubungan itu, IKIM bersedia untuk menjadi rakan strategik dalam pelaksanaan program pendidikan, wacana dan penyelidikan yang memperkukuh kefahaman Islam dalam konteks kemanusiaan, kesihatan dan kesejahteraan sosial, selaras dengan prinsip rahmah, hikmah dan maqasid syariah.

Prof. Madya Dato' Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

10 Januari 2026 | 20 Rajab 1447H

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Hajah Nik Hasnah binti Ismail
Ketua Unit Komunikasi Korporat 
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Tel:03-6204 6329
Faks:03-6201 4189
Email : nikhasnah@ikim.gov.my 

--BERNAMA

Friday, January 9, 2026

Bitget TradFi Mencatat Volum Dagangan Harian Melebihi AS$2 Bilion Didorong Lonjakan Dagangan Emas

 

VICTORIA, Seychelles, 9 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, telah mencatatkan lebih daripada USD2 bilion dalam volum dagangan harian di Bitget TradFi, menandakan pencapaian penting sejak pelancaran awam platform tersebut pada 5 Januari. Prestasi ini mencerminkan peningkatan ketara dalam permintaan untuk akses kepada pasaran tradisional di platform tersebut sebagai lindung nilai terhadap volatiliti baru-baru ini. Dengan ini, pasangan seperti Gold (XAUUSD), Dow Jones Industrial Average (US30), indeks Nasdaq 100 (NAS100), Silver (XAGUSD) dan Euro FX (EURUSD) merupakan antara yang paling banyak didagangkan dalam tempoh 72 jam.

Lonjakan aktiviti dagangan mencerminkan keperluan pasaran yang kukuh terhadap Bitget TradFi, yang membolehkan pedagang kripto menyertai pasaran global melalui antara muka dagangan yang lancar. Pertumbuhan ini menunjukkan model UEX Bitget sedang berkembang menjadi gerbang dagangan masa nyata untuk berdagang lebih 2 juta token onchain, saham ditokenisasi, indeks, forex, komoditi dan logam berharga seperti emas.

Sejak pelancarannya, Gold (XAUUSD) telah muncul sebagai pasangan dagangan paling aktif di Bitget TradFi, menduduki tempat pertama berdasarkan volum dagangan. Trend ini menegaskan peranan emas sebagai instrumen berkecairan tinggi serta aset taktikal yang digunakan untuk mengambil peluang daripada turun naik harga jangka pendek.

“Tajuk utama telah mencetuskan peralihan sentimen kepada mod “risk-off”, mendorong aliran pelaburan beralih ke aset selamat seperti emas dan perak. Harga minyak kekal hampir USD60 setong, sekali gus mengehadkan tekanan inflasi jangka pendek, meskipun pasaran mengambil kira potensi kejutan bekalan dan keadaan kewangan yang lebih ketat,” kata Ryan Lee, Ketua Penganalisis di Bitget Research.

“Kedudukan On-chain kekal menyokong; baki di bursa terus menurun, aliran ETF semakin stabil dan bertambah baik dan kecairan stablecoin yang kekal tinggi mencadangkan pengumpulan dan asas berpotensi untuk lantunan semula dalam jangka masa lebih panjang berbanding penyerahan menyeluruh,” tambah beliau.

Bitget TradFi telah direka bentuk sebagai persekitaran dagangan berasaskan peristiwa, yang menawarkan akses jangka pendek kepada instrumen kewangan global. Kini, dengan volum TradFi sebanyak USD2 bilion yang direkodkan secara harian, Bitget sedang merendahkan halangan yang lazim dikaitkan dengan pasaran tradisional. Pencapaian ini sejajar dengan visi UEX Bitget yang lebih menyeluruh untuk sebuah platform bersatu, di mana pengguna dapat bergerak dengan lancar antara pasaran sambil memperoleh akses kepada aset global di seluruh dunia.

“Perubahan asas dalam pengurusan kekayaan sedang berlaku pada masa ini,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Orang ramai beralih daripada platform dengan yuran dan kos broker yang tinggi kepada platform seperti Bitget yang membolehkan mereka mengakses aset global di bawah satu bumbung. Aset TradFi ditokenisasi seperti emas, forex dan saham kini didagangkan dengan salah satu yuran terendah di dunia di Bitget.”

Untuk memulakan perjalanan TradFi anda, layari sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada 2018, Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, yang berkhidmat kepada lebih 120 juta pengguna dengan akses kepada berjuta-juta token kripto, saham bertoken, ETF dan aset dunia sebenar yang lain, sambil menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereumharga XRP serta harga mata wang kripto lain, semuanya dalam satu platform tunggal. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui alat dagangan yang dikuasakan oleh AI, kesalingoperasian antara token di rangkaian Bitcoin, Ethereum, Solana dan BNB Chain serta akses yang lebih luas kepada aset dunia sebenar. Dalam dunia terdesentralisasi, Bitget Wallet ialah aplikasi kewangan harian yang dibina untuk menjadikan kripto mudah, selamat dan sebahagian daripada kewangan harian. Berkhidmat kepada lebih 80 juta pengguna, ia menghubungkan teknologi blockchain dengan kewangan dunia sebenar, menawarkan platform serba lengkap untuk deposit dan pengeluaran, berdagang, menjana pendapatan serta membuat pembayaran dengan lancar.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan yang paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1b0a7494-ee7e-43c4-ad19-cf91d3952eba 

SUMBER: Bitget Limited​

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

Pelancaran Era Baharu: STARLUX Menerima A350-1000 Pertama Taiwan, Memperkasa Pengembangan Penerbangan Jarak Jauh

 



Pesawat utama baharu menyertai armada serba Airbus syarikat penerbangan mewah apabila Pengerusi STARLUX menerbangkannya dalam penerbangan penyerahan, sekali gus menyokong pertumbuhan masa depan di Amerika Utara dan Eropah
 
TAIPEI, Taiwan & LOS ANGELES & TOULOUSE, Perancis, 8 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menandakan pencapaian rentas benua utama, syarikat penerbangan mewah yang berpangkalan di Taiwan STARLUX Airlines hari ini menerima pesawat badan lebar Airbus A350-1000, sekali gus menjadi syarikat penerbangan Taiwan pertama yang mengendalikan jenis pesawat ini. Pesawat dengan pendaftaran B-58551 ini, telah diserahkan secara rasmi di ibu pejabat Toulouse Airbus dan telah diterbangkan tanpa henti ke Taipei oleh Pengerusi STARLUX, K.W. Chang. Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan awal pagi ini, pesawat ini telah disambut dengan upcara semburan air.

“Penyerahan A350-1000 pertama kami menandakan permulaan era baharu dalam keupayaan penerbangan jarak jauh STARLUX,” kata CEO STARLUX, Glenn Chai. “Dengan jarak yang lebih jauh berbanding A350-900, pesawat ini mampu mencapai Pantai Timur A.S. Sambil menawarkan kecekapan bahan api yang luar biasa dan keselesaan penumpang yang unggul, sekali gus membolehkan kami memperluaskan perkhidmatan istimewa kami dari Taipei ke lebih banyak destinasi merentas Amerika Utara dan Eropah.”

Presiden Airbus Asia-Pasifik, Anand Stanley, berkata: “STARLUX telah membina visi penerbangan jarak jauh yang menakjubkan dengan armada serba Airbus dan A350-1000 selaku Peneraju Jarak Jauh kini mengangkat strategi tersebut ke tahap baharu menerusi jarak penerbangan, kecekapan serta keselesaan kabin yang luar biasa. Airbus berasa bangga untuk meraikan pencapaian penyerahan A350-1000 pertama STARLUX ini selaras dengan pengembangan rangkaian rentas benua syarikat penerbangan dan memperkenalkan standard baharu bagi perjalanan premium dari Taiwan ke seluruh dunia.”

A350-1000 memperkenalkan identiti baharu untuk STARLUX. Sambil mengekalkan estetik syarikat penerbangan yang elegan, reka bentuk pesawat baharu ini mengambil inspirasi daripada penggunaan meluas bahan komposit yang canggih—lebih daripada 50 peratus rangka pesawat dibina daripada komposit yang diperkuat gentian karbon. Tulisan “1000” yang tebal sepanjang badan pesawat ini menandakan status pesawat sebagai anggota keluarga A350 terbesar dan pesawat utama untuk penerbangan jarak jauh STARLUX yang baharu.

Dikonfigurasikan dengan empat kelas kabin—Kelas Pertama, Kelas Perniagaan, Ekonomi Premium dan Ekonomi—A350-1000 STARLUX menawarkan 350 tempat duduk yang direka bentuk untuk keselesaan jarak jauh. Dengan jarak penerbangan sehingga 9,700 batu (15,600 kilometer), pesawat ini akan memainkan peranan penting dalam pengembangan syarikat penerbangan ke dalam pasaran Amerika Utara dan Eropah. Dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent XWB, A350-1000 menawarkan 25 peratus penambahbaikan dalam kecekapan bahan api dan pelepasan karbon berbanding pesawat generasi sebelumnya, serta juga memberikan salah satu daripada kabin paling senyap dan paling luas dalam kelasnya.

Dengan ketibaan A350-1000 pertamanya, STARLUX memasuki fasa seterusnya dalam pengembangan penerbangan jarak jauhnya. Syarikat penerbangan ini merancang untuk melancarkan laluan Eropah pertamanya dalam separuh tahun kedua 2026, dengan penyerahan pesawat tambahan yang membolehkan perkhidmatan akan datang ke Pantai Timur A.S.

 Mengenai STARLUX Airlines

 Diasaskan dengan falsafah bahawa kemewahan seharusnya dimiliki oleh semua orang, bukan sahaja golongan elit, STARLUX yang berpangkalan di Taiwan ini ialah syarikat penerbangan antarabangsa eksklusif yang memberikan perkhidmatan ke sejumlah 31 destinasi dari Taiwan ke AS, Jepun, Macau, Vietnam, Thailand, Filipina, Malaysia dan Singapura. Penumpang STARLUX yang membuat perjalanan antara Amerika Utara dan Asia dapat menikmati pemindahan yang mudah di Taipei dengan lima destinasi AS: Los Angeles, San Francisco, Seattle, Ontario, California dan Phoenix. Diiktiraf secara global kerana kecemerlangannya, STARLUX telah dianugerahkan status Syarikat Penerbangan 5 Bintang Skytrak, mendapat Anugerah Syarikat Penerbangan Global Lima Bintang APEX dan menerima Penarafan Keselamatan PLUS 7 Bintang daripada AirlineRatings. STARLUX mengutamakan keselamatan dan menawarkan perkhidmatan yang tiada tandingan dengan matlamat membuat penerbangan yang benar-benar mewah dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Untuk maklumat lanjut, lawati www.starlux-airlines.com.

 NOTA UNTUK EDITOR: Nama syarikat ditulis dalam semua huruf besar: STARLUX Airlines. Terima kasih kerana mengekalkan gaya penulisan ini.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260106228308/en

Hubungi

 Hubungan Media:
 Mary Placido, SKC, Inc.
 (415) 218-3627
 mary@skc-pr.com
 
Sumber: STARLUX Airlines

--BERNAMA