Saturday, January 8, 2022

ROBERT J. GIUFFRA, JR. DAN SCOTT MILLER MENJADI PENGERUSI BERSAMA BAGI SULLIVAN & CROMWELL LLP




NEW YORK, 7 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Sullivan & Cromwell LLP hari ini mengumumkan bahawa Robert J. Giuffra, Jr. dan Scott Miller telah menjadi Pengerusi Bersama bagi firma itu, berkuat kuasa 1 Januari, 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220103005204/en/

Encik Giuffra dan Encik Miller telah berkhidmat sebagai Naib Pengerusi bagi firma itu sejak Januari 2021. Mereka menggantikan Joseph C. Shenker, Pengerusi firma itu sejak 2010, yang akan terus berkhidmat dalam Jawatankuasa Pengurusan firma itu sebagai Pengerusi Kanan selain meneruskan dengan praktik amalan klien beliau yang aktif.

“Sejak zaman pengasas kami, Sullivan & Cromwell mempunyai satu komitmen yang tidak berbelah bagi kepada pelanggan kami, kakitangan kami dan komuniti kami,” kata Encik Shenker. “Bob dan Scott merupakan contoh tipikal bagi kualiti ini, sejak lama dahulu membuktikan diri mereka sebagai kaunselor yang dipercayai di mana kekuatan pelengkap mereka dalam litigasi dan undang-undang korporat mencerminkan skop kerja yang luas yang kami lakukan untuk pelanggan kami di seluruh dunia.”

“Amalan antarabangsa firma kami dan keupayaan untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan bersepadu melalui rangkaian 13 pejabat kami merentasi empat benua adalah penting kepada kejayaan kami,” kata Encik Miller. “Lebih separuh daripada pelanggan firma kami beribu pejabat di luar Amerika Syarikat, dan Bob dan saya masing-masing telah meluangkan masa dalam kerjaya kami mengendalikan perkara berkaitan rentas sempadan pelanggan kami yang sangat rumit. Ketika dunia menjadi lebih bersepadu dan isu-isu yang dihadapi pelanggan menjadi semakin rumit, kami menjangkakan amalan global kami akan menjadi pemacu bagi kejayaan berterusan firma kami.”

“Saya sangat berbesar hati untuk bekerja dengan Scott dan rakan-rakan kami untuk membina di atas budaya kukuh firma kami bagi kecemerlangan, inovasi dan komitmen kepada pelanggan kami dan antara satu sama lain,” kata Encik Giuffra. “Selama 143 tahun, model kami telah terbukti dan berkesan: untuk merekrut dan melatih peguam terbaik untuk bekerja bersama-sama dalam membantu pelanggan kami menyelesaikan cabaran mereka yang paling kritikal dan mencapai peluang nilai mereka yang paling tinggi.”

Encik Giuffra, seorang litigator terkemuka di negara itu, menyertai S&C pada 1989 selepas berkhidmat sebagai pembantu kehakiman kepada Hakim Besar William Rehnquist dari Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan Hakim Ralph Winter dari Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat untuk Litar Kedua. Berpangkalan di New York, beliau telah menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Sullivan & Cromwell sejak 2007. Seorang felo di American College of Trial Lawyers dan International Academy of Trial Lawyers, beliau telah berjaya mewakili pelanggan firma itu dalam perbicaraan yang melibatkan berbilion dolar, litigasi dan siasatan kerajaan. Beliau telah memainkan satu peranan penting dalam mengemudikan beberapa  krisis korporat terbesar dalam tempoh 20 tahun yang lalu, termasuk kebankrapan Enron, penipuan perakaunan di Computer Associates dan HealthSouth Corporation, krisis kewangan, dan krisis pelepasan diesel Volkswagen di mana beliau telah berkhidmat sebagai peguam penasihat penyelaras kebangsaan bagi pembuat kereta itu. Pelanggan beliau sekarang termasuk Allianz, Goldman Sachs, Stellantis, UBS dan Volkswagen. Beliau telah mewakili lembaga dan pengarah korporat, ketua pegawai eksekutif, pegawai kanan awam, keluarga terkemuka, firma guaman dan pasukan sukan profesional.

Encik Miller, seorang kaunselor korporat utama, menyertai S&C pada 1986 selepas berkhidmat sebagai seorang pembantu kehakiman kepada Hakim William A. Norris dari Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat untuk Litar Kesembilan. Beliau secara rutin mengendalikan M&A bernilai berbilion dolar, pasaran modal dan urus niaga strategik yang lain, siasatan dalaman dan kerajaan serta krisis korporat yang lain. Kini berpangkalan di New York, beliau telah menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Firma itu sejak 2014 dan menyelaraskan amalan korporat kami di Amerika Syarikat dan Eropah. Beliau telah mengusahakan M&A dan urus niaga sekuriti di lebih 20 buah negara, termasuk penswastaan ​​pertama di Itali dan LBO yang pertama di Jerman. Beliau mewakili Fiat Chrysler dalam penggabungan mereka bernilai $60 bilion dengan Peugeot, yang mengubah industri auto global melalui pewujudan Stellantis. Sebelum itu, beliau mewakili Fiat berhubung penyelamatan Chrysler pada 2009, Ferrari dalam IPO mereka pada 2015, dan Alcan dalam penentangan terhadap tawaran pengambilalihan dalam keadaan yang tidak mesra daripada Alcoa dan dalam pemerolehan bernilai $46 bilion oleh Rio Tinto. Beliau telah mewakili DISH Network selama dua dekad dan baru-baru ini dalam satu siri urus niaga yang membantunya membentuk dan membiayai rangkaian komunikasi tanpa wayar mereka di seluruh negara. Beliau juga baru-baru ini berada di barisan hadapan bagi pasaran SPAC, mewakili antara lain Kumpulan Ermenegildo Zegna dalam penggabungan mereka dengan SPAC yang ditaja oleh Investindustrial di mana Zegna menjadi sebuah syarikat tersenarai di NYSE, dengan satu permodalan pasaran awal melebihi $3 bilion.

Encik Giuffra ialah seorang lulusan Universiti Princeton dan Sekolah Undang-undang Yale. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Penasihat bagi Jawatankuasa Perbankan Senat Amerika Syarikat dan sebagai Presiden bagi Majlis Peguam Persekutuan. Beliau ialah ahli bagi Suruhanjaya Tetap New York mengenai Akses kepada Keadilan dan Jawatankuasa Tetap mengenai Peraturan Amalan dan Prosedur bagi Mahkamah Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengerusi bagi Yayasan Swiss Amerika.

Encik Miller ialah seorang lulusan dari Universiti Negeri Arizona dan Sekolah Undang-undang Columbia. Beliau merupakan rakan pengurusan bagi pejabat Sullivan & Cromwell di Palo Alto dan telah menjadi residen di pejabat firma itu di London dan Los Angeles. Beliau adalah pemegang amanah bagi Majlis Amerika Syarikat untuk Perniagaan Antarabangsa.

Maklumat mengenai Sullivan & Cromwell LLP

Sullivan & Cromwell LLP adalah sebuah firma guaman global yang memberi nasihat mengenai litigasi penting, penyiasatan korporat dan kawal selia yang kompleks, M&A domestik dan rentas sempadan yang utama, kewangan, korporat dan urus niaga penstrukturan semula, urusan cukai dan perancangan harta pusaka. Ditubuhkan pada 1879, Sullivan & Cromwell mempunyai kira-kira 900 orang peguam yang ditempatkan di pejabat di New York, Washington, Los Angeles, Palo Alto, London, Frankfurt, Paris, Brussels, Hong Kong, Beijing, Tokyo, Melbourne dan Sydney. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15445


Friday, January 7, 2022

TETRATE DAN AGENSI PERSEKUTUAN NIST MENJADI TUAN RUMAH BERSAMA PERSIDANGAN ZTA DAN DEVSECOPS 2022 DIMULAKAN DENGAN LATIHAN ISTIO DAN ENVOY

Pakar-pakar daripada organisasi keselamatan dan teknologi terkemuka berkumpul untuk persidangan Seni Bina Amanah Sifar tahunan ketiga dan DevSecOps untuk Aplikasi Natif Awan

SAN FRANCISCO, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tetrate, syarikat terkemuka yang menyediakan sebuah platform ketersambungan aplikasi amanah sifar, mengumumkan persidangan tahunan ketiga mereka mengenai Seni Bina Amanah Sifar (ZTA) dan DevSecOps bagi Aplikasi Natif Awan dengan kerjasama Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) Amerika Syarikat, organisasi persekutuan yang bertanggungjawab untuk mewujudkan piawaian keselamatan. Persidangan berbilang awan NIST–Tetrate itu adalah satu acara utama untuk CISO, arkitek platform dan kepimpinan teknologi daripada organisasi persekutuan dan korporat.

Persidangan maya itu akan berlangsung pada 27 Januari dari 8:00 pagi – 5:00 petang EST dan akan didahului dengan satu latihan selama 2.5 jam pada 26 Januari, dengan mempamerkan pelaksanaan Seni Bina Amanah Sifar pada satu penggunaan Platform Satu sebenar. Persidangan tahun ini akan memberi tumpuan kepada DevSecOps dan ZTA sebagai pendekatan asas untuk membangunkan, menggunakan dan mengendalikan aplikasi natif awan dengan jaminan tinggi. Penceramah yang diketengahkan termasuk: André Mendes, Ketua Pegawai Maklumat Jabatan Perdagangan; Kelsey Hightower, Jurutera Utama Google Cloud; Ronald Ross, Felo NIST; dan Zack Butcher, Jurutera Pengasas Tetrate. Persidangan itu telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dari segi kehadiran sepanjang tiga tahun yang lalu. Penceramah lampau termasuk Nicolas Chalain, Ketua Pegawai Perisian yang pertama di Tentera Udara Amerika Syarikat, dan Zulfikar Ramzan, Ketua Pegawai Teknologi di RSA Security.

“Insiden keselamatan siber adalah satu daripada isu terbesar yang dihadapi oleh organisasi pada hari ini, terutamanya ketika dunia bergerak ke arah aplikasi natif awan,” kata David Ferraiolo dari NIST. “Membangunkan, menggunakan dan mengendalikan aplikasi yang membolehkan amanah sifar untuk mencapai keselamatan, kebolehpercayaan dan daya ketahanan adalah sangat penting bagi organisasi untuk berasa selamat.”

“Sejak tiga tahun yang lalu, persidangan NIST–Tetrate telah menampilkan dialog dan bengkel daripada pakar-pakar jaringan perkhidmatan dan keselamatan siber yang paling dihormati di dunia,” kata Varun Talwar, pengasas bersama Tetrate. “Pertumbuhan dalam populariti bagi persidangan itu adalah bukti kepada kepentingan ZTA dan DevSecOps dalam sebuah persekitaran berbilang awan. Tahun ini, sekali lagi, kami sangat teruja untuk berkumpul dan menawarkan pandangan dan perspektif yang berharga kepada komuniti global kami daripada peramal terkemuka.”

Aplikasi natif awan selalunya terdiri daripada perkhidmatan mikro yang digerakkan merentasi satu gabungan awan awam, awan persendirian dan di premis, yang juga dikenali sebagai infrastruktur heterogen. Ini telah mewujudkan cabaran yang berkaitan dengan ketersambungan, keselamatan dan kebolehpercayaan untuk menyampaikan aplikasi jaminan tinggi, yang membawa kepada populariti bagi DevSecOps dan ZTA. Jaringan perkhidmatan memainkan satu peranan penting dalam menggabungkan reka bentuk  amanah sifar dan prinsip DevSecOps dengan menambahkan keselamatan dan kebolehpercayaan untuk menyambungkan perkhidmatan mikro merentasi infrastruktur tanpa sebarang kod tambahan.

Persidangan itu akan menampilkan pembentangan oleh pakar-pakar domain, pengamal dan pemimpin pemikiran dalam pengerahan DevSecOps dan Seni Bina Amanah Sifar (ZTA), serta demonstrasi bagi kes penggunaan bukti konsep dalam persekitaran berbilang awan. Pembentangan akan membincangkan perkara berikut:
  • Prinsip dan pendekatan panduan ZTA untuk aliran kerja, reka bentuk sistem dan operasi melalui saluran DevSecOps, rangka kerja pengesahan dan kebenaran, dan pemantauan berterusan;
  • Panduan terkini NIST mengenai DevSecOps dan amalan kejuruteraan keselamatan;
  • Peranan automasi dalam keselamatan operasi;
  • Faedah pendekatan yang ditetapkan, seperti pencegahan hanyutan konfigurasi dan autoriti berterusan untuk beroperasi.
Sebagai tambahan kepada satu barisan penceramah terkenal, latihan pada 26 Januari akan membantu menyampaikan satu pengalaman pendidikan di mana peserta akan mempelajari kemahiran baharu dan meliputi penggunaan sebuah platform amanah sifar dengan penggunaan Istio, Kubernetes dan peranti lain untuk melaksanakan komponen keselamatan berikut:
  • kebenaran keselamatan dalam aplikasi dan peringkat pengguna,
  • penyulitan dalam transit,
  • kawalan identiti dan akses yang dipertingkatkan, dan
  • kebolehcerapan waktu jalan.
 
Tetrate juga menyediakan pas percuma, atas permintaan, kepada permohonan profesional keselamatan yang memerlukan bayaran $35 itu dikecualikan.

Sertai acara maya itu: Halaman pendaftaran
  • Sertai dan ikuti perbualan itu dengan tanda pagar #ZTACon2022 #DevSecOps
  • Twitter: @tetrateio
  • LinkedIn: Tetrate
  • YouTube: Tetrate
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Persidangan ZTA dan DevSecOps 2022, satu pengalaman maya sepenuhnya yang berlangsung minggu ini, sila layari: https://www.tetrate.io/zta-devsecops-conference-2022.

Maklumat mengenai Kerjasama Tetrate–NIST

Tetrate dan NIST telah bekerjasama sepanjang tiga tahun yang lalu merentasi pelbagai penghantaran. Dengan menggunakan pengalaman NIST dengan keselamatan siber dan kepakaran Tetrate mengenai jaringan perkhidmatan selamat, mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan piawaian keselamatan Amerika Syarikat untuk sebuah seni bina yang diedarkan:
Maklumat mengenai Tetrate

Dimulakan oleh pengasas Istio untuk membayangkan semula rangkaian aplikasi, Tetrate adalah sebuah syarikat jaringan perkhidmatan perusahaan yang menguruskan kerumitan bagi infrastruktur aplikasi awan hibrid moden. Pelanggan mendapat kebolehcerapan yang konsisten, terbina dalam, keselamatan waktu jalan dan pengurusan trafik di mana-mana persekitaran. Produk utama mereka, Tetrate Service Bridge, menyediakan sebuah platform penyambungan aplikasi pinggir ke beban kerja untuk memberikan kesinambungan, ketangkasan, dan keselamatan perniagaan bagi perusahaan dalam perjalanan daripada monolit tradisional kepada awan. Tetrate kekal menjadi sebuah penyumbang utama kepada projek sumber terbuka Istio dan Envoy Proxy. Dapatkan maklumat lanjut di www.tetrate.io.

Maklumat mengenai NIST

Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) telah diasaskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1901 dan kini merupakan sebahagian daripada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. NIST ialah satu daripada makmal sains fizikal tertua di negara itu. Daripada grid kuasa elektrik pintar dan rekod kesihatan elektronik kepada jam atom, nanobahan termaju dan cip komputer, tidak terkira banyaknya produk dan perkhidmatan hari ini bergantung dalam sesuatu cara pada teknologi, pengukuran dan piawaian yang disediakan oleh NIST. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15440

Thursday, January 6, 2022

AJC AKAN MENGANJURKAN "WEBINAR PELANCONGAN BIMP-EAGA - PANDANGAN DAN ARAH ALIRAN PASARAN JEPUN SELEPAS COVID-19-" PADA 12 JANUARI, 2022

TOKYO, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan menganjurkan satu webinar bagi pihak berkepentingan dalam pelancongan di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina atau BIMP-EAGA pada Rabu, 12 Januari, 2022. Webinar itu diadakan untuk menawarkan maklumat terkini mengenai pasaran pelancongan Jepun dan memperkenalkan cara bagaimana untuk mempromosikan tarikan pelancongan BIMP-EAGA ke Jepun.


BIMP-EAGA itu telah dilancarkan pada 1994 untuk memacukan pembangunan di kawasan terpencil dan kurang membangun di empat negara Asia Tenggara yang mengambil bahagian. Negara-negara ini secara geografi adalah jauh dari ibu-ibu negara, namun secara strategik berdekatan di antara satu sama lain. Negeri dan wilayah ini merangkumi lebih 60% daripada keluasan tanah bagi negara-negara BIMP-EAGA itu; namun mereka membentuk kurang daripada 20% daripada jumlah penduduk mereka dan 18% daripada tenaga buruh.

Lima tonggak strategik bagi WAWASAN BIMP-EAGA 2025 ialah Kesalinghubungan, Bakul Makanan, Alam Sekitar, dan Sosiobudaya & Pendidikan, dan Pelancongan. AJC mengadakan satu siri simposium yang memberi tumpuan kepada empat tonggak di samping Pelancongan dari November hingga Disember 2021. Dengan webinar pelancongan ini, ia meliputi kesemua tonggak strategik bagi WAWASAN itu.

Webinar pelancongan yang akan datang itu akan memperkenalkan kemas kini menarik dan arah aliran bagi pasaran Jepun seperti sentimen pengguna bagi pelancong Jepun dan memberi tumpuan kepada ekopelancongan, satu daripada kekuatan bagi rantau itu. Ia akan juga menyediakan maklumat mengenai pemasaran digital bagi promosi pelancongan.

Webinar Pelancongan BIMP-EAGA
-Pandangan dan arah aliran pasaran Jepun selepas COVID-19-

Tarikh/Masa:

Rabu, 12 Januari 2022, 3:00 Petang – 5:00 Petang (waktu Jepun)

Tempat:

Zoom

Program:

Kata Alu-aluan

• Dr. Kunihiko Chris Hirabayashi, Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-Jepun
• Encik Shu Kawano, Pengarah, Bahagian Asia Tenggara Kedua, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jepun
• Cik Salinah Md. Salleh, Pemangku Pengarah bagi Jabatan Pelancongan, Brunei Darussalam/Pengerusi bagi Kluster Pembangunan Pelancongan Bersama BIMP-EAGA
 
Pembentangan

1. Bagaimana pelancong Jepun melihat negara-negara BIMP?
– Arah aliran membaca melalui tinjauan kesedaran perjalanan ASEAN1 –
Penceramah: Cik Haruna Chinzei, Pengurus Akaun, Marketing Voice Ltd.

2. Bab baharu bagi ekopelancongan selepas COVID-19
– Kes-kes di Jepun dan seterusnya –
Penceramah: Encik Masaru Takayama, Pengerusi, Asian Ecotourism Network
 
3. Bagaimana untuk menarik pelancong Jepun melalui pemasaran digital yang berkesan
Penceramah: Encik Kei Shibata, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Venture Republic – TRAVEL jp & Trip101

Penganjur:

Pusat ASEAN-Jepun

Organisasi sokongan:

Pusat Pemudahan BIMP-EAGA

Bahasa:

Bahasa Inggeris

Pendaftaran:

Percuma
Sila mendaftar daripada pautan di bawah untuk turut serta:
https://bit.ly/3rLorpu
(Klik pada "Bahasa Inggeris" di sudut kanan atas pada laman web itu)
 
 
1 Tinjauan kesedaran perjalanan ASEAN telah dijalankan oleh AJC pada Januari 2021 untuk orang Jepun yang berumur antara 20-60-an. Laporan untuk ASEAN (keseluruhan) dan setiap Negara Anggota ASEAN boleh didapati di laman web AJC di bahagian bawah pada URL berikut: https://www.asean.or.jp/en/tourism-info/20210617/.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220105006054/en/

Hubungi

Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun (AJC)
Tomoko Miyauchi (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun  

Tuesday, December 28, 2021

TDCX MENYEDIAKAN BANTUAN KEPADA PEKERJA YANG TERJEJAS OLEH TAUFAN ODETTE DI FILIPINA DAN BANJIR DI MALAYSIA

Untuk memadankan sumbangan pekerja bagi usaha bantuan kemasyarakatan di kawasan yang terjejas


SINGAPURA, 28 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekoran daripada taufan di Filipina dan banjir di Malaysia, TDCX Inc. (TDCX), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital, telah memulakan usaha bantuan untuk membantu pekerja dan komuniti yang terjejas.

TDCX telah memulakan sebuah tabung yang akan membantu pekerja mereka membina semula rumah dan kehidupan mereka. Syarikat itu juga menyediakan kepada kakitangan mereka dengan bekalan termasuk barangan runcit, unit penapisan air dan pengecas kuasa solar untuk membantu mengatasi cabaran segera mereka.

Encik Lim Chee Gay, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan, TDCX, berkata, “Bencana alam itu telah menyebabkan banyak keluarga hilang tempat tinggal dan barang keperluan. Kesan daripada taufan dan banjir menjadi bertambah buruk memandangkan ia begitu hampir dengan musim perayaan. Rasa simpati kami ditujukan kepada semua pihak yang terjejas.

“Kami secara aktif menghubungi pekerja kami yang tinggal di kawasan terjejas. Kami sedar bahawa ramai daripada mereka telah kehilangan tempat tinggal dan keutamaan kami adalah untuk memberikan bantuan pantas dan segera ketika kami menangani impak daripada bencana itu ke atas mereka. Kami bersedia untuk memperdalamkan usaha bantuan kami untuk menyokong pekerja kami dalam detik yang sukar ini,” kata Encik Lim.

Pekerja yang tidak dapat bekerja dari rumah disebabkan oleh bekalan elektrik terputus sebaliknya boleh bekerja di pejabat. Jika perlu, pekerja boleh mengambil cuti untuk menguruskan hal ehwal peribadi mereka, seperti untuk memulihkan rumah mereka.

Mereka yang memerlukan dana tambahan untuk mengatasi masa sukar ini juga boleh bekerjasama dengan syarikat untuk mendapatkan sokongan kewangan. Mereka di Filipina boleh meminta wang pendahuluan daripada gaji mereka manakala pekerja di Malaysia boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada TDCX.

Langkah pengumpulan dana untuk meningkatkan usaha bantuan komuniti

Untuk membantu komuniti secara lebih meluas, TDCX telah menganjurkan satu usaha untuk mengumpul dana di kalangan pekerja mereka. Sumbangan itu akan dipadankan dolar untuk setiap dolar oleh TDCX.

Encik Lim berkata, “Ketika kami membantu pekerja kami yang terjejas untuk pulih semula, kami juga mengambil kira kesan buruk daripada bencana ini terhadap masyarakat. Untuk meneruskan usaha kami, kami sedang mengerahkan 14,000 tenaga kerja kami di seluruh dunia untuk memberi dengan murah hati bagi membantu semua yang terjejas bangkit semula secepat mungkin”.

Maklumat mengenai TDCX Inc.

TDCX adalah sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat teknologi berinovatif dan syarikat perdana yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian CX saluran pelbagai arah, perkhidmatan jualan dan pemasaran digital dan perkhidmatan pemantauan dan penyederhanaan kandungan. Syarikat itu mempunyai satu rekod perkhidmatan bagi kejayaan dengan pelanggan di dalam pelancongan dan perhotelan, pengiklanan digital dan media, barang pengguna yang bergerak pantas, teknologi, perkhidmatan kewangan, fintech, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, permainan, e-dagang dan pendidikan. TDCX mempunyai sebuah kehadiran antarabangsa dengan pejabat di Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, China, Jepun, Sepanyol, India, Colombia dan Romania, dan melayani pelanggan mereka di peringkat global dalam lebih 20 bahasa. TDCX telah memenangi lebih 310 anugerah. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.tdcx.com
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211220005982/en/ 


Hubungi

Untuk pertanyaan:
Eunice Seow, +65 8432 8388, eunice.seow@tdcx.com 

Sumber : TDCX

Friday, December 24, 2021

HARIAN SICHUAN: MENGIKUTI PENYAIR KE PANDA GERGASI

Pemuisi-pemuisi yang mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa Chengdu ke-5 berada di Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Chengdu. (Foto: Business Wire) 

SICHUAN, China, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Baru-baru ini, beberapa pemuisi yang mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa Chengdu ke-5 datang ke Pangkalan Penyelidikan Pembiakan Panda Chengdu untuk melakukan lawatan. 


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211222005592/en/ 

Dengan diketuai oleh kakitangan pangkalan penyelidikan, pemuisi-pemuisi yang menyertai minggu puisi tersebut mengambil gambar sepanjang jalan untuk mengetahui nama, usia dan keperibadian setiap panda. Pemuisi-pemuisi itu merasa sangat menarik bahawa panda yang berbeza mempunyai tabiat dan keperibadian hidup yang berbeza, walaupun panda-panda itu tergolong dalam spesies yang sama.

Wang Erdong ialah seorang kakitangan di sebuah syarikat e-dagang besar, dia telah menulis serangkai puisi dengan "Kurier" sebagai watak utama. Dengan memperhatikan profesion baru ini yang muncul dalam masyarakat industri moden, dia telah menyatakan pemikirannya mengenai perkara-perkara baru yang dibawa oleh penghasilan industri moden.

Ini julung kali Wang Erdong mengambil bahagian dalam Minggu Puisi Antarabangsa, juga julung kalinya mengunjungi pangkalan penyelidikan panda. "Dahulunya gambaran panda bagi saya iaitu berbentuk bulat dan disukai ramai. Namun, setelah mengunjungi panda dengan diri saya sendiri hari ini, saya telah mengetahui tentang pertumbuhan mereka. Sebenarnya, saya berpendapat bahawa panda harus menyesuaikan diri mereka sendiri ke persekitaran luaran secara beransur-ansur setelah melawannya, mereka juga menghadapi pelbagai masalah seperti penyakit dan persaingan ketika mereka hidup di persekitaran dari lahir hingga dewasa lagi menjadi tua."

Sejak memasuki pangkalan penyelidikan panda, pemuisi Li Ge dari Columbia telah memegang telefonnya untuk mengambil gambar dan video. "Panda sangat comel dan kelihatannya seperti bukan hidupan yang nyata."

Bahasa ibunda Li Ge ialah bahasa Sepanyol. Selepas datang ke China pada tahun 2006, dia mula belajar bahasa Cina dan cuba menulis dalam bahasa Cina. "Saya bekerja terutamanya dalam industri seni filem, bagaimana cuba mencari hubungan dan keseimbangan antara seni filem dan sastera puitis dan antara bahasa Cina dan bahasa ibunda saya, itulah apa yang saya hendak buat." Li Ge memberitahu wartawan.

Berjalan-jalan di pangkalan penyelidikan panda, hutan buluh itu subur dan hijau. Pemuisi-pemuisi yang menyertai minggu puisi itu juga merasakan keindahan ekologi Chengdu. Ini juga merupakan aspek kehidupan di Chengdu, menunjukkan keindahan dan kepuitisan unik tempatan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: 
https://www.businesswire.com/news/home/52555135/en

Orang Perhubungan:

Zhang Peng
Tel: 008628-86968621
Email: scrbw@scol.com.cn

Sumber: : Sichuan Daily

Teks   bahasa   sumber   asal   pengumuman   ini   adalah   versi   rasmi   yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Thursday, December 23, 2021

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BIJAK WAKAF BERSAMA PPZ-MAIWP




Table

Kerjasama PPZ-MAIWP bersama Pusat Wakaf MAIWP memperkasakan kutipan zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan.


KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) --  Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pusat Wakaf MAIWP melancarkan Kempen Bijak Wakaf Bersama PPZ-MAIWP bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ibadah wakaf di samping menunaikan zakat di PPZ-MAIWP hari ini.

Para pembayar zakat kini berpeluang untuk membuat ibadah wakaf secara tunai melalui kaunter-kaunter PPZ-MAIWP pada Disember 2021 ini.
 
Kerjasama strategik ini adalah bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran Wakaf Tunai di 10 cawangan kaunter PPZ-MAIWP, Kaunter Zakat Bergerak dan Door to Door bagi membantu meningkatkan kutipan wakaf yang dibuat oleh Pusat Wakaf MAIWP.
 
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, inisiatif ini juga merupakan langkah PPZ-MAIWP untuk menyemarakkan ibadah wakaf ini sebagai amalan tambahan bagi melengkapi atau menyempurnakan ibadah wajib.
 
“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Pusat Wakaf MAIWP (PWMSB) kerana sudi berganding bahu bersama PPZ-MAIWP untuk bersama-sama kita bergerak dengan lebih mampan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai asnaf dan mereka yang memerlukan seterusnya menzahirkan transformasi ekonomi umat Islam melalui ibadah zakat dan wakaf.
 
Saya juga menyeru kepada semua khususnya para pembayar PPZ-MAIWP untuk mengambil dan merebut peluang ini bagi melaksanakan kedua ibadah zakat dan wakaf di PPZ-MAIWP agar lebih banyak manfaat diperoleh demi merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta membela asnaf secara keseluruhannya”katanya.
 
Pelancaran kempen di rasmikan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Turut hadir ialah Pengerusi Pusat Wakaf MAIWP, Datuk Dr. Mohd Ghazali Md Noor dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. 


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

Wednesday, December 22, 2021

PELANCARAN IDENTITI PENJENAMAAN BARU ARTHUR D. LITTLE SEMPENA ULANGTAHUN KE-135

PARIS, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arthur D. Little (ADL) menyambut ulang tahunnya yang ke-135 berserta penswastaan perkongsian syarikat yang ke-10 tahun, dengan melancarkan identiti penjenamaan baru.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20211215005444/en/
 
Penjenamaan baru ADL memperkasakan ‘The Difference’ atau 'Perbezaan', di mana ADL  bekerjasama dengan klien dan menonjolkan keunikannya dalam industri konsultansi. Logo baru 'D' yang dipertingkatkan, mengemukakan ‘The Difference’ dalam intipati jenamanya, melambangkan suatu peluang terbuka menuju ke arah masa depan. 

Pembaharuan jenama ini menegaskan sejarah ADL yang terus berusaha melangkaui sempadan inovasi, mengaitkan pakar, teknologi dan strategi bagi menyelesaikan isu yang mencabar. Jenama ini juga mencerminkan semangat perusahaan kukuh ADL yang terbukti dengan perkembangan syarikat sebanyak dua kali ganda dan juga pembukaan lebih dari 20 pejabat dalam jangka masa enam tahun yang lalu.
 
ADL terbeza di pasaran melalui promosi dan usahanya dalam model konsultansi terbuka atau lebih dikenali sebagai ‘Open Consulting’, dengan menggunakan rangkaian pakar dari seluruh dunia. Usaha ini memastikan hanya mereka yang terbaik mengendalikan cabaran spesifik setiap klien. Model ini berkait rapat dengan perbezaan utama ADL iaitu komitmen untuk bekerja “side-by-side”, dengan klien sebagai sepasukan untuk menyelesaikan isu dengan khusus dan tepat.
 
Ignacio García Alves, Pengerusi Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Arthur D. Little, mengulas:"Infrastruktur generasi akan datang, teknologi baru, pendigitalan, penumpuan dan kelestarian sedang mengubah dunia dan perniagaan klien kami. Kami bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan perubahan ini - dan menjangkakan masa depan. Kami adalah firma konsultansi ambidekstrus - kreatif dan pragmatik, yang berusaha untuk menghadapi cabaran hari ini and masa hadapan. Inilah ‘The Difference’ yang kami usahakan untuk para klien kami.
 
"Saya berbangga dengan kejayaan perjalanan syarikat kami, dan berterima kasih kepada setiap rakan sekerja yang berdedikasi, istimewa serta berbakat dalam usaha menjadikannya satu kenyataan. Saya berharap semua akan merasa bangga dan teruja dengan penjenamaan baru ini, yang mencerminkan konsultansi yang lebih spesifik dan terbuka. 

Mengenai Arthur D. Little

Arthur D. Little telah menerajui inovasi sejak tahun 1886. Kami adalah pemimpin yang memahami strategi penghubung, inovasi dan transformasi dalam industri yang menekankan teknologi dan penumpuan. Kami membantu klien melalui perubahan ekosistem perniagaan bagi menerokai peluang perkembangan baru. Kami membolehkan klien untuk membina keupayaan inovasi dan transformasi organisasi mereka.
 
Konsultan  kami mempunyai pengalaman praktikal yang kukuh dalam industri serta gabungan pengetahuan terbaik mengenai trend dan dinamik utama. ADL berada dalam kebanyakan pusat perniagaan penting di seluruh dunia. Kami berbangga dengan khidmat yang diberikan kepada kebanyakan syarikat Fortune 1000, serta firma terkemuka dan organisasi sektor awam.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.adlittle.com atau www.adl.com.   

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15407