Saturday, April 18, 2020

KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG: PEMBANGUNAN PINTAR MEMPERCEPATKAN PENYAMBUNGAN SEMULA PENGELUARAN

CHONGQING, China, 17 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang menduduki tempat pertama di antara kesemua 14 kawasan baharu serantau dalam penilaian pihak ketiga berhubung Pangkalan Demonstrasi China untuk Keusahawanan dan Inovasi pada tahun 2019. Pada masa ini, Kawasan Baharu Liangjiang sedang giat melaksanakan pelan tindakan yang dipacu oleh inovasi strategik yang didorong oleh data besar dan kecerdasan. Perusahaan yang menjalankan transformasi pintar telah melindungi nilai terhadap impak daripada pandemik COVID-19 dan sesetengah juga telah mencapai pembangunan pulih dengan cepat.

Terletak di Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, Lianchuang Electronics Co., Ltd., yang kebanyakannya menyediakan produk paparan sentuhan bersepadu bagi perusahaan seperti BOE, Tianma, dan Vivo, telah menyaksikan lonjakan dalam pesanan baru-baru ini. Apa yang membuat industri elektronik “melonjak naik menentang trend itu”? Satu daripada faktor penting ialah pembangunan di dalam industri mewah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kawasan Baharu Liangjiang telah memberi tumpuan kepada peningkatan bagi keseluruhan rantaian industri elektronik (Cip, panel LCD, terminal pintar, komponen teras dan Internet Benda) ke arah industri intelektual. Perusahaan yang memberi tumpuan kepada inovasi dan transformasi mencapai kelenturan yang lebih tinggi terhadap risiko pasaran.

Sebagai pembangunan kebangsaan dan pembukaan kawasan baharu yang pertama di kawasan pedalaman China, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah menyaksikan ulang tahun kesepuluh penubuhan mereka pada tahun 2020. Sekarang ia merebut dengan tangan terbuka peluang-peluang yang muncul daripada inisiatif Zon Perintis Pembangunan Inovasi Ekonomi Digital Kebangsaan dan Generasi Baharu Kebangsaan bagi Zon Perintis Pembangunan Inovasi Kecerdasan Buatan. Dengan meningkatkan integrasi bagi industri kelas atasan, berkualiti tinggi dan berteknologi tinggi dan komponen “pengkomputeran awan”, ia telah menjadi tonggak di dalam pengembangan bagi wilayah barat di dalam era baharu, sebuah pemacu di dalam inisiatif Belt and Road serta sebuah model di dalam memajukan pembangunan lestari di Kawasan Ekonomi Sungai Yangtze.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13311

Friday, April 17, 2020

KUMPULAN TRICOR MELENGKAPKAN PENGAMBILALIHAN BAGI OPERASI MALAYSIA BAGI AXCELASIA INC., SEBUAH SYARIKAT TERSENARAI SGX

HONG KONG, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Tricor (Tricor), pakar pengembangan perniagaan terkemuka di Asia dan penyedia terkemuka bagi perkhidmatan profesional, telah melengkapkan perjanjian jual beli untuk memperolehi operasi Malaysia bagi Axcelasia Inc. (“Urus Niaga” itu), sebuah syarikat perkhidmatan profesional bersepadu yang menyediakan penyelesaian Tadbir Urus, Risiko & Pematuhan (GRC), perkhidmatan korporat, perniagaan dan cukai.

Axcelasia Inc., (“Axcelasia”) sebuah syarikat tersenarai SGX, mempunyai kakitangan terdiri daripada lebih 100 kalangan profesional dan lebih 1,000 portfolio pelanggan yang terdiri daripada syarikat tersenarai awam, syarikat persendirian, entiti berkaitan kerajaan dan perbadanan multinasional. Syarikat itu diketuai oleh eksekutif industri berpengalaman, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Encik Ranjit SinghPengerusi Bukan Eksekutif Dr. Veerinderjeet Singh, dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Dato Peter Tang.

Bagi Tricor, Urus Niaga ini melambangkan pelancaran bagi perniagaan Tadbir Urus, Risiko & Pematuhan serantau yang baharu yang memberi tumpuan kepada membantu pelanggan menguruskan tanggungjawab kawal selia dan pematuhan mereka yang semakin kompleks ketika beroperasi di negara-negara baru muncul dan matang di rantau Asia Pasifik. Pelaburan ini oleh Tricor adalah langkah pertama ke arah membangunkan satu suite bersepadu bagi penyelesaian GRC yang menyampaikan nilai yang dipertingkatkan dengan menyokong kepakaran penasihat mendalam dengan teknologi yang berpusatkan pelanggan. Selain itu, perkhidmatan korporat dan perkhidmatan sokongan perniagaan Axcelasia akan bergabung ke dalam Tricor Malaysia, untuk menjadikan Tricor satu daripada penyedia terbesar di Malaysia bagi perkhidmatan korporat kepada perbadanan antarabangsa dan perbadanan di Malaysia.

Encik Lennard YongKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tricor, berkata: “Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan operasi Axcelasia ke dalam Kumpulan Tricor. Pada masa yang genting ini ketika syarikat-syarikat menghadapi cabaran perniagaan dan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelum ini yang tercetus oleh pandemik COVID-19, perkhidmatan unggul Axcelasia terutamanya di dalam pengurusan risiko perusahaan adalah lebih kritikal  bagi pelanggan kami. Axcelasia adalah penyedia utama bagi GRC, audit dalaman dan perkhidmatan perundingan yang berkaitan yang akan meningkatkan platform Kumpulan Tricor ketika kami berusaha untuk membina sebuah asas perkhidmatan yang lebih luas bagi pelanggan kami untuk membantu mereka mengemudi kejutan permintaan dan penawaran yang disebabkan oleh pandemik tersebut. Walaupun menghadapi cabaran semasa di tengah-tengah perintah kawalan pergerakan di Malaysia, kami gembira kerana syarikat-syarikat kami dapat bekerja menghadapi cabaran semasa untuk menyampaikan keperluan penutupan itu. Pengambilalihan ini, menandakan yang ke-8 sejak Tricor diambil alih oleh Permira, menempatkan Tricor pada satu kedudukan yang lebih baik untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada perniagaan pada lanskap yang cepat berubah dan berkembang ini. Pendekatan Axcelasia yang dinamik dan berpusatkan pelanggan akan terutamanya sangat berharga kepada Tricor ketika kami terus memperdalamkan kehadiran kami dan memperluaskan portfolio kami bagi perkhidmatan korporat dan penyelesaian perniagaan kepada pelanggan yang berkembang merentasi Asia Pasifik.”

Encik Ranjit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Axcelasia, berkata: “Sekarang lebih dari sebelumnya, perniagaan memerlukan perkhidmatan bersepadu dengan standard paling tinggi untuk membangunkan daya tahan dan berkembang maju terhadap  halangan COVID-19. Bekerjasama dengan Tricor membolehkan kami untuk membawa perkhidmatan kami – terutamanya penyelesaian GRC – kepada sebuah pangkalan pelanggan yang lebih besar dan juga menawarkan pelanggan kami di Malaysia dan ASEAN dengan akses kepada rangkaian perkhidmatan Tricor yang luas. Sinergi semula jadi bagi perkhidmatan dan kakitangan kami akan membantu menjadikan peralihan ini lancar – dan bersama-sama pasukan kami akan membantu lebih banyak syarikat mengemudi perjalanan pengembangan perniagaan mereka di Asia Pasifik dan seterusnya.”

Encik Yeap Kok Leong Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan bagi Tricor Malaysia & Labuan, berkata: “Sinergi yang dihasilkan dengan penambahan kepakaran Axcelasia kepada perniagaan Tricor di Malaysia akan memberi kami kuasa untuk menyampaikan penyelesaian korporat bersepadu yang mantap bagi pelanggan kami merentasi Perundingan, Tadbir Urus dan Percukaian. Kami tidak sabar-sabar untuk menjalin kerjasama dengan Axcelasia.”

– Akhir –

Maklumat mengenai Kumpulan Tricor

Kumpulan Tricor (Tricor) adalah pakar pengembangan perniagaan terkemuka di Asia, dengan pengetahuan global dan kepakaran tempatan di dalam perniagaan, korporat, pelabur, sumber manusia & senarai gaji, dan perkhidmatan amanah & hutang korporat. Tricor menyediakan asas untuk, dan menjadi pemangkin setiap peringkat bagi pertumbuhan perniagaan pelanggan, daripada penggabungan sehingga kepada IPO. Tricor telah berkembang pesat melalui pertumbuhan dan pengembangan organik serta perkongsian, penggabungan dan pengambilalihan. Kumpulan itu pada hari ini mempunyai lebih daripada 50,000 pelanggan di seluruh dunia (termasuk 20,000 pelanggan di Tanah Besar China), kekuatan kakitangan lebih dari 2,600 orang dan satu rangkaian pejabat di 47 bandar raya di 21 buah negara / wilayah. Portfolio pelanggan kami termasuk lebih daripada 1,500 syarikat yang tersenarai di Hong Kong SAR dan Tanah Besar China, ~500 syarikat yang tersenarai di Singapura dan Malaysia, dan lebih daripada 40% syarikat Fortune Global 500, serta sebahagian besar syarikat multinasional dan persendirian yang beroperasi merentasi pasaran antarabangsa. Pada Mac 2017, Permira Funds menjadi pemegang saham majoriti bagi Kumpulan Tricor, bersama-sama dengan pengurusan.
 
Layari: www.tricorglobal.com

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200416005767/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
HONG KONG SAR (PEJABAT KUMPULAN)
Sunshine Farzan
Tricor Services Limited
Ketua bagi Pemasaran & Komunikasi Kumpulan
Tel: +852 2980 1261
E-mel: Sunshine.Farzan@hk.tricorglobal.com

Sumber : Kumpulan Tricor

Thursday, April 16, 2020

FUSIONEX MEMPERLUASKAN KERJASAMA DENGAN GERGASI TENAGA ANTARABANGSA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PLATFORM AI DAN ANALISIS PELANGGAN

SINGAPURA, 15 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pakar teknologi data terkemuka yang memenangi pelbagai anugerah, Fusionex telah dianugerahkan dengan satu inisiatif untuk memacukan penglibatan pelanggan bagi sebuah konglomerat tenaga yang terkenal di peringkat antarabangsa melalui penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan Analisis Pelanggan, dalam satu perjanjian berbilang tahun yang dilanjutkan.

Sebagai sebuah syarikat penapisan dan pemasaran minyak utama dengan mempunyai rekod yang mantap selama 30 tahun, klien itu mempunyai lebih daripada 20,000 orang pekerja dan lebih daripada 1,000 stesen minyak merentasi rantau itu dan menawarkan gasolin, diesel dan minyak tanah untuk menjanakan industri dan mendorong pertumbuhan ekonomi.

Keterlibatan yang meluas ini akan menyaksikan Fusionex melakukan lebih banyak pemodenan, memanfaatkan platform Fusionex yang dipacu oleh AI agar ia dapat menyampaikan produk dan kandungan perkhidmatan dengan lebih tepat, lebih khusus, bernilai dan disasarkan kepada pelanggan-pelanggan klien itu. Penambahan ini akan membolehkan klien itu untuk memperolehi satu pandangan dan pemahaman yang holistik mengenai trend dan tingkah laku pengguna mereka melalui corak penggunaan, profil demografi, dan tingkah laku pembelian mereka, di antara parameter lain.

Di samping itu, Fusionex akan memberikan klien itu dengan analisis pelanggan yang serba canggih untuk mereka memahami pelanggan mereka dengan lebih baik. Penyelesaian yang dipacukan oleh pemahaman ini akan membantu klien itu menguruskan rekod pelanggan dengan lebih baik dan membahagikan pelanggan mengikut produk dan perkhidmatan yang mereka gunakan dengan paling kerap. Dalam satu simulasi berhubung penglibatan dan pengurusan pelanggan klien itu, Fusionex disasar untuk membantu klien itu meningkatkan kecekapan penglibatan pelanggan sebanyak 17%.

“Kami bangga dan merasa terhormat untuk memperluaskan perhubungan kami dengan klien itu dan berharap dapat terus menyediakan kepada mereka dengan teknologi digital terkini agar mereka tidak hanya dapat terus untuk memenuhi, tetapi mengatasi permintaan yang semakin meningkat daripada pangkalan pengguna mereka yang sentiasa berkembang. Kami berharap dapat menyokong dan meningkatkan perniagaan runcit klien itu serta menangani dan menyelesaikan sebarang cabaran baharu yang mungkin timbul dalam tempoh yang mencabar ini dengan memanfaatkan penyelesaian kami yang canggih itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13303

PHOENIX SOFTWARE INTERNATIONAL, INC., MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN UMUM V1R0 JES3PLUS™

PHOENIX SOFTWARE INTERNATIONAL, INC., MENGUMUMKAN KETERSEDIAAN UMUM V1R0 JES3PLUS™

LANJUTAN TEMPOH PENUTUPAN PREMIS LHDNM SEHINGGA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) TAMAT


KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Merujuk kepada Perutusan Khas yang telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada 10 April 2020 berkaitan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke 28 April 2020, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan turut melanjutkan penutupan premis LHDNM di seluruh negara sehingga tempoh PKP tamat.

Sungguhpun begitu, bagi memudahkan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini, LHDNM akan terus menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

I.   Pusat Khidmat Panggilan atau Hasil Care Line (HCL) dengan waktu  operasi dari Ahad hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara);

II.  Urusan duti setem di semua kaunter Pejabat Setem Cawangan (PSC) LHDNM kecuali PSC Teluk Intan yang akan ditutup mulai 14 April 2020. Jadual operasi PSC adalah seperti berikut:

http://mrem.bernama.com/mrembm/nteprimages/LHDN%20[best].jpg

Untuk makluman, tarikh akhir dan tambahan masa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) telah dilanjutkan dan Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2020 telah dikemaskini. Pembayar cukai boleh membuat semakan terperinci melalui pautan pantas seperti berikut:
 

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan isu-isu percukaian dan perkara-perkara berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a)  HASiL Live Chat;
b)  Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
c)   Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

·    Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM
·    Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan Soalan Lazim (FAQ) seperti di bawah:

Versi Bahasa Malaysia: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_1.pdf

Versi Bahasa Inggeris: http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_2.pdf 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 13 April 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Wednesday, April 15, 2020

SWIDCH: MENGAPA KAD TANPA NOMBOR TIDAK CUKUP UNTUK MENANGANI PENIPUAN PEMBAYARAN

Sebuah syarikat permulaan keselamatan siber di United Kingdom, swIDch, telah mengumumkan satu teknologi alternatif untuk mengatasi batasan bagi kad-kad tanpa nombor dengan menggunakan teknologi PAN (nombor akaun utama) Maya Dinamik mereka, dengan itu mewujudkan sebuah persekitaran keselamatan baharu di dalam proses pembayaran. Teknologi yang dipatenkan ini adalah sebuah penyelesaian keselamatan CNP lengkap yang dipacu oleh API yang menggantikan statik dengan PAN dinamik serta menghapuskan titik akses bagi penggodam. (Grafik: Business Wire)
LONDON, 14 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah syarikat permulaan keselamatan siber di United Kingdom, swIDch, telah mengumumkan satu teknologi alternatif untuk mengatasi batasan bagi kad-kad tanpa nombor dengan menggunakan PAN (nombor akaun utama) dinamik, dengan itu mewujudkan sebuah persekitaran keselamatan baharu di dalam proses pembayaran.

Menghapuskan nombor pada kad-kad pembayaran meningkatkan keselamatan jika pelanggan hilang kad mereka. Walau bagaimanapun, penggodam boleh mengeksploitasi kelemahan melalui pembayaran dalam talian.

Kad tanpa nombor nampaknya merupakan satu trend baharu di dalam kewangan yang digabungkan dengan pertumbuhan perkhidmatan e-dompet yang cukup besar. Kad kredit Apple, GrabPay di Asia dan beberapa Fintech Eropah merancang untuk melancarkan produk itu dengan faedah yang sama. Tujuan bagi kad tanpa nombor itu adalah untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Ia mengurangkan risiko bagi kehilangan maklumat peribadi apabila kad itu jatuh ke tangan orang lain. Walau bagaimanapun, apabila ia menggunakan pembayaran dalam talian, bukti kelayakan pelanggan masih berisiko untuk menjadi sasaran bagi penipuan CNP (Kad Tidak Hadir). Ini adalah kerana maklumat kad bagi pelanggan itu adalah statik.

Untuk pembayaran dalam talian, pelanggan sering kali diminta untuk memasukkan maklumat kad mereka. Bagi mereka yang mempunyai kad tanpa nombor, mereka boleh melihat nombor kad mereka di dalam App pengeluar. Dalam prosedur ini, PAN statik boleh didedahkan kepada penggodam dan pemegang kad menjadi mangsa bagi penipuan CNP. Akibat lain daripada penggunaan PAN statik adalah serangan BIN (Nombor Pengenalan Bank) yang membiarkan penjenayah siber mengetahui nombor BIN dan secara sistematik berpotensi menjanakan nombor kad yang sah.

Untuk mengelakkan penipuan CNP, penyedia e-dompet menggunakan teknologi tokenisasi untuk menggantikan data sensitif bagi pembayaran mudah alih. Walau bagaimanapun, hanya 35% daripada pedagang dalam talian telah mengintegrasikan teknologi ini, manakala selebihnya terdedah kepada penipuan CNP.

Walaupun sebahagian bank menggunakan kad maya yang boleh guna sebagai satu penyelesaian, kos untuk mengekalkan perkhidmatan ini adalah sangat mahal. Bagaimana jika pelanggan boleh menjanakan kad maya dinamik tanpa sambungan internet bagi setiap urus niaga dalam talian yang mengurangkan kos untuk bank?

swIDch telah memperkenalkan teknologi PAN Maya Dinamik untuk perniagaan yang menawarkan satu penyelesaian kad tanpa nombor. Teknologi yang dipatenkan ini adalah sebuah penyelesaian keselamatan CNP yang lengkap yang dipacu oleh API yang menggantikan statik dengan PAN dinamik serta menghapuskan titik akses bagi penggodam.

swIDch juga membangunkan sebuah ‘Kad paparan digital’ yang dibolehkan secara biometrik yang menunjukkan sebuah nombor kad dinamik untuk pengesahan. Kad itu tidak mempunyai bateri dan sebaliknya menggunakan sistem penuaian tenaga untuk menarik kuasa dari peranti NFC. Syarikat itu merancang untuk melancarkan kad digital baharu itu pada Jun 2020 dengan kerjasama pengeluar-pengeluar kad

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52201949/en

Hubungi
swIDch Ltd.
Su Hyun Luquet
+44-7951-409-765
info@swidch.com

Sumber : swIDch Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Tuesday, April 14, 2020

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN FUSIONEX IVAN TEH DILANTIK KE LEMBAGA BAGI PENGAJIAN DI UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA



KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh telah dilantik sebagai ahli Lembaga bagi Pengajian untuk program Sarjana Muda dalam Kesihatan Digital di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU). Dengan pelantikan itu, Teh akan menyalurkan pengetahuan pakar dan pengalaman beliau untuk memajukan lagi pertumbuhan dan perkembangan program itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200412005009/en/

“Saya amat berbesar hati untuk dilantik sebagai ahli Lembaga bagi Pengajian untuk program Sarjana Muda dalam Kesihatan Digital di IMU. Ruang digital bagi industri penjagaan kesihatan itu kini penuh dengan cabaran & potensi yang besar ketika pemahaman penting perlu ditemui melalui penggunaan teknologi secara berkesan, untuk meningkatkan penjagaan kesihatan secara keseluruhan serta bagi menyelamatkan tidak terkira banyaknya nyawa yang menghadapi risiko. IMU adalah sebuah institusi cemerlang dengan sebuah pasukan yang hebat dan penuh bersemangat. Saya komited dan tidak sabar untuk bekerja dengan IMU, untuk menyumbang dalam apa jua cara atau bentuk yang mungkin untuk membantu meningkatkan program itu,” kata Teh.

Program ijazah Sarjana Muda Kesihatan Digital itu mempersiapkan pelajar untuk industri teknologi penjagaan kesihatan, di mana mereka akan membentuk masa depan bagi penjagaan kesihatan melalui teknologi berinovatif. Melalui aplikasi Analisis Data Besar, Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin pengetahuan yang akan diperolehi oleh pelajar-pelajar menerusi program ini, pelajar-pelajar ini akan dapat merekabentuk dan membangunkan penyelesaian penjagaan kesihatan yang lebih baik seperti platform digital, bantuan keputusan klinikal dan sistem maklumat hospital, sekadar menyebutkan beberapa nama sahaja.

Selain pelantikan ini, Fusionex dan IMU sudah menjalin kerjasama ke atas satu inisiatif yang menyaksikan penerapan Analisis Data Besar dan Kecerdasan Buatan (AI) ke dalam program sains perubatan dan kesihatan IMU. Matlamat bagi inisiatif ini adalah untuk melengkapkan penyedia penjagaan kesihatan masa hadapan dengan set kemahiran, teknik, pemahaman dan pengetahuan yang tepat untuk memikul pelbagai peranan di dalam penjagaan kesihatan setelah tamat pengajian.

“Penjagaan kesihatan sedang berkembang pada satu kadar yang pesat, dan orang lebih menyedari betapa pentingnya industri itu, terutama ekoran daripada penularan pandemik Covid-19. Masa depan bagi penjagaan kesihatan telah terganggu dengan begitu banyak tanda tanya dan ketidakpastian. Kita perlu menyokong industri penjagaan kesihatan sebaik yang kita dapat, kerana cabaran yang dihadapi adalah  jauh lebih besar daripada apa yang boleh dipikul oleh satu pihak. Kaedah tradisional tidak lagi dapat menampung kepantasan dan percambahan yang dihadapi oleh industri itu. Dengan menggunakan teknologi serba canggih seperti AI, Pembelajaran Mesin, Data Besar dan Internet Benda, penyedia penjagaan kesihatan tidak lagi hanya dapat menawarkan penjagaan yang unggul, tetapi juga menyediakan langkah-langkah diagnosis dan rawatan yang lebih tepat berdasarkan kepada pemahaman, analisis trend dan pandangan jauh. Ini akhirnya membawa kepada satu perkara: menyelamatkan lebih banyak nyawa,” kata Teh.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga merupakan sebuah syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima anugerah MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13289