Tuesday, March 19, 2019

TINJAUAN BERKATA: PEMIMPIN-PEMIMPIN PROJEK MEMERLUKAN PMTQ YANG LEBIH

Nadi bagi Profesion PMI 2019 mengenalpasti jurang  dan beberapa penyelesaian  untuk ROI pengurusan projek yang lemah
 
PHILADELPHIA, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI) hari ini melancarkan laporan Nadi bagi Profesion® mereka yang mendedahkan bahawa banyak organisasi membazirkan hampir 12 peratus daripada pelaburan mereka di dalam perbelanjaan projek pada tahun lepas disebabkan oleh prestasi buruk — jumlah yang hampir tidak berubah sejak lima tahun yang lalu. Sebagai satu penyelesaian, PMI menyeru kepada pemimpin-pemimpin projek di seluruh dunia untuk menilai dan meningkatkan Darjah Teknologi Pengurusan Projek atau PMTQ mereka. PMI telah membangunkan rukun-rukun PMTQ dengan melakarkan pada pandangan dari syarikat-syarikat inovator yang meletakkan keutamaan yang tinggi dalam pengambilalihan dan pengetahuan kemahiran digital yang digabung dengan satu komitmen kepada satu budaya pengurusan projek yang mantap.

PMTQ menambahkan satu lapisan bagi pengurusan projek kepada konsep darjah teknologi  (TQ), yang ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang untuk menyesuai, mengurus dan mengintegrasikan kemajuan kandungan di dalam teknologi bagi sesuatu projek atau organisasi.

“Dalam bidang kerja pada masa depan, pasukan-pasukan projek akan lebih bergantung kepada teknologi sama ada sebagai pemboleh atau kadangkala sebagai seorang ahli pasukan,” kata Murat Bicak, Naib Presiden Kanan, Strategi bagi PMI. “Dengan memiliki sebuah PMTQ yang mantap, dan fasih secara teknologi, akan menjadi penting bagi sesiapa yang bertanggungjawab dalam membuat strategi menjadi satu realiti.”

Data dari Nadi bagi Profesion 2019, tinjauan global tahunan PMI bagi profesional pengurusan projek, digunakan untuk mengenal pasti Inovator PMTQ – organisasi yang mengutamakan pembangunan kemahiran digital bagi pengurusan projek – berbanding Laggards.

KOMPONEN-KOMPONEN UTAMA BAGI PMTQ
  • Sentiasa ingin tahu: Pengurus-pengurus projek dengan PMTQ yang tinggi sentiasa mencari apa yang seterusnya dan mencuba pendekatan penghantaran, idea, perspektif dan teknologi bagi penyampaian projek yang baharu. Data Nadimendedahkan bahawa Inovator PMTQ menunjukkan satu keupayaan yang mantap untuk mengalihkan cara mereka dalam menghasilkan kerja. Sebenarnya, 60 peratus daripada organisasi menunjukkan penggunaan amalan pengurusan projek hibrid, berbanding dengan 29 peratus bagi PMTQ Laggards.
  • Kepimpinan terangkum: Mereka yang mempunyai PMTQ yang tinggi bukan sahaja menguruskan manusia, tetapi juga teknologi secara berkesan — serta orang yang menguruskan teknologi. Angka 78 peratus yang mengagumkan bagi Inovator PMTQ mengutamakan membangunkan kemahiran perniagaan pengurusan projek, termasuk pengurusan manusia, berbanding hanya 5 peratus bagi PMTQ Laggards, menurut data Nadi.
  • Kumpulan bakat bukti masa hadapan: Inovator PMTQ merekrut dan mengekalkan bakat projek dengan kemahiran yang diperlukan untuk tenaga kerja digital. Mereka mengenal pasti pekerja yang boleh mengikuti trend dan menyesuaikan kebolehan mereka dengan sewajarnya. Menurut data Nadi, 82 peratus daripada Inovator PMTQ (berbanding 9 peratus bagi PMTQ Laggards) mengutamakan membangunkan kemahiran teknikal pengurusan projek dan 81 peratus menyediakan latihan pengurus projek yang berterusan (berbanding 34 peratus bagi PMTQ Laggards).
Mendapatkan dan mengekalkan PMTQ yang unggul memerlukan sokongan daripada semua peringkat bagi sesebuah organisasi. Walaupun pemimpin perniagaan sering menyuarakan keinginan untuk mendapatkan lebih banyak pekerja yang mempunyai pengetahuan untuk  memaksimumkan teknologi, masih ada pemutus mengenai bagaimana mereka bersedia untuk mencapainya. Malahan, Accenture mendapati bahawa walaupun 60 peratus daripada pemimpin perniagaan telah meningkatkan pelaburan Al mereka pada tahun 2017, hanya 3 peratus mengatakan mereka akan melabur dengan ketara di dalam program latihan dan kemahiran semula sehingga tahun 2020. Pemimpin-pemimpin iorganisasi mesti mengiktiraf pentingnya dalam membina kefasihan digital di seluruh organisasi mereka, agar pengurus-pengurus projek dapat menyampaikan tugas yang dipohon daripada mereka.

Apabila pemimpin perniagaan mengambil perhatian dan menyokong pengurus-pengurus projek dalam usaha PMTQ mereka, data Nadi bagi Profesion kami menunjukkan organisasi Inovator PMTQ mengambil peranan utama di dalam hasil projek. Projek-projek mereka lebih cenderung untuk memenuhi matlamat asal mereka dan disampaikan tepat pada masanya dan dalam anggarannya, dan pada masa yang sama mengurangkan skop rayapan dan kegagalan secara mutlak.

Ini bukan sahaja bermaksud Inovator PMTQ menjimatkan wang dan meningkatkan kadar kepuasan pihak berkepentingan, tetapi apabila projek gagal, bahagian bajet yang hilang adalah kurang daripada PMTQ Laggards (8.5 peratus berbanding 16.3 peratus).

Baca maklumat lanjut mengenai PMTQ dalam Tinjauan Nadi bagi Profesion terbaharu, Masa Depan Kerja: Memimpin Jalan Dengan PMTQ, di www.PMI.org/Pulse.

Maklumat mengenai Tinjauan Nadi bagi Profesion® PMI

Tinjauan Nadi bagi Profesion telah dijalankan secara dalam talian pada November hingga Disember 2018. Laporan itu menonjolkan maklumat balas dan pandangan daripada 3,133 profesional pengurusan projek, 441 pengarah Pejabat Pengurusan Projek (PMO), dan 368 pemimpin eksekutif dari pelbagai industri, termasuk teknologi maklumat, perkhidmatan kewangan, pembuatan, kerajaan, tenaga, penjagaan kesihatan, pembinaan, dan telekom di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI)

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mencipta masyarakat global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.org,www.projectmanagement.comwww.facebook.com/PMInstitute dan di Twitter @PMInstitute.

i Usaha Semula Revolusi itu, Accenture (2018)

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190318005462/en/

Hubungi

Mary Ortega
Pakar Perhubungan Awam
Project Management Institute
14 Campus Blvd.
Newtown Square, PA 19073
Telefon: +1 610 356 4600 X7030
E-mel: mary.ortega@pmi.org
Laman web: www.pmi.org

Sumber : Project Management Institute

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

GBS MENYEDIAKAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN YANG DIPERKEMASKAN DI VIETNAM UNTUK PERNIAGAAN ASING

HO CHI MINH, Vietnam, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- GBS,sebuah firma guaman perniagaan, kini menjadikannya lebih mudah untuk memulakan sebuah perniagaan di Vietnam dengan memperkemaskan perkhidmatan pendaftaran perniagaan.

Perkhidmatan itu kini boleh diperolehi di laman web https://gbs.com.vn. Perkhidmatan itu menyokong perniagaan asing untuk memohon pelbagai pendaftaran perniagaan dan pendaftaran percukaian. Pakej termasuk: Memeriksa ketersediaan nama syarikat; Sijil Pendaftaran Pelaburan (IRC); Sijil Pendaftaran Perusahaan (ERC); Cap Syarikat dan Sijil Pendaftaran Cap dan Kod Cukai Syarikat; Membuka Akaun Bank. Ini bermakna bahawa perniagaan asing tidak lagi perlu untuk menghubungi pelbagai agensi bagi tujuan mendaftar.

Inisiatif-inisiatif diumumkan selepas banyak pelabur asing mengadu mengenai prosedur untuk pendaftaran perniagaan di Vietnam sedang diperbaiki, tetapi cabaran masih tetap ada.

Menyelaraskan pendaftaran perniagaan akan memberi manfaat kepada pelabur asing yang perlu memulakan perniagaan mereka di Vietnam atau menambahkan satu pendaftaran kepada perniagaan mereka yang sedia ada.

Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan untuk perniagaan dan pendaftaran syarikat menyokong perniagaan untuk mendaftar tanpa perlu menghubungi agensi secara berasingan memandangkan GBS menghubungkan dengan agensi-agensi bagi pihak pelanggan mereka.

GBS menyediakan semua maklumat yang berkaitan dengan jelas dalam satu sentuhan. Borang permohonan untuk IRC; piagam bagi syarikat; garis kasar bagi kajian kemungkinan untuk penubuhan syarikat akan dirangka dan dikemukakan kepada agensi-agensi oleh GBS selepas disahkan oleh perniagaan. Sekiranya terdapat keperluan, GBS akan membuat tindakan susulan untuk mengesahkan status aplikasi itu dan mengumpul IRC bagi pihak perniagaan.

“Vietnam terus menjadi sebuah destinasi pelaburan yang menarik untuk banyak perniagaan. Aliran pelaburan langsung asing ke Vietnam meningkat kepada satu rekod baharu pada tahun 2018. Kami dengan senang hati menyokong banyak perusahaan milik asing dari seluruh dunia untuk mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan bagi mengembangkan operasi perniagaan mereka di negara ini,” kata Cik Sophie Dao, Rakan di GBS.

Jenis entiti undang-undang yang paling disukai untuk diwujudkan di Vietnam adalah sebuah syarikat liabiliti terhad (LLC) dan sebuah syarikat stok bersama (JSC), perniagaan juga boleh membuka sebuah pejabat perwakilan di Vietnam atau sebuah cawangan jika mereka sudah mempunyai perniagaan di negara lain.

Bagi mendapatkan nasihat mengenai cara untuk memulakan perniagaan pelaburan asing anda di Vietnam, anda boleh menghubungi Cik Sophie Dao secara terus di: info@gbs.com.vn, talian khidmat pelanggan: +84903189033 atau layari laman web syarikat itu di: https://gbs.com.vn

Maklumat mengenai GBS:

Ditubuhkan pada tahun 2002, GBS telah menjadi satu daripada firma guaman perniagaan yang paling berprestij di Vietnam dengan satu rangkaian di rantau Asia dan Eropah. GBS menyokong perniagaan untuk mendapatkan maklumat dan bagi membantu mewujud dan mengendalikan perniagaan; mengkomersialkan idea; memperbaiki dan mengembangkan sebuah perniagaan; mematuhi dan menjangkau ke pasaran baharu.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190318005436/en/

Hubungi

Cik Sophie Dao
sophie@gbs.com.vn
Telefon mudah alih: +84903189033

Sumber : GBS

Monday, March 18, 2019

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGADAKAN BUFET PENCUCI MULUT BERTEMAKAN CINDERELLA - "DUNIA BUFET PENCUCI MULUT KACA"

TOKYO, 14 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo  (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan mengadakan satu acara istimewa bertajuk “Dunia Bufet Pencuci Mulut Kaca” yang berdasarkan kepada “Cinderella”, sebuah kisah dongeng popular yang ditulis oleh penulis Perancis Charles Perrault. Acara ini akan diadakan di Restoran All Day Dining “Jurin” yang terletak di tingkat dua Hotel kami dari 1 April (Isnin) hingga 30 Jun (Ahad), 2019. Bahan pencuci mulut yang disediakan khas termasuk mousse vanila dalam bentuk imej Cinderella, kek span yang dicorakkan seperti kereta kuda dan lain-lain untuk sejumlah 30 makanan pencuci mulut yang berbeza berdasarkan kepada watak-watak dan motif yang muncul dalam Cinderella akan dihidangkan sebagai hiasan tengah bagi bufet ini. Selain itu, Hotel kami akan menyediakan satu tapak khas di Hotel kami yang berasaskan kepada konsep “Anak Dara Terpesona Yang Telah Menjadi Seorang Puteri” untuk tetamu mengambil gambar-gambar peringatan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190313005356/en/

Restoran All Day Dining “Jurin” kami sebelum ini telah menganjurkan bufet pencuci mulut berdasarkan kisah dongeng “Alice in Wonderland”, “Beauty and the Beast” dan lain-lain, dan menyajikan pelbagai pencuci mulut yang menggambarkan watak-watak dan motif yang sangat fotogenik dan sesuai untuk siaran di Instagram dan media sosial yang lain. Acara yang akan datang itu adalah berdasarkan adegan yang menggambarkan Cinderella dari “Glamorous Dance Ball” yang diadakan di Istana, termasuk puteri yang memakai sebuah mahkota, selipar kaca yang diletakkan di atas platform, dan adegan lain yang digambarkan dalam pencuci mulut kami yang akan mencetuskan peluang untuk merakam foto yang sangat indah.

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel
Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), yang terletak di Shinjuku di tengah-tengah ibu kota Tokyo, adalah satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami menawarkan lebih daripada 20 buah restoran dan bar, dan kami menjadi hos kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi kami kerana kemudahan kami yang mengalu-alukan, layanan mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka mengalami budaya Jepun, termasuk pengalaman perkahwinan dengan memakai kimonoupacara minum teh dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan dan perkhidmatan kami, sila layari laman webYouTubeFacebook atau Instagram kami.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190313005356/en/

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

Sunday, March 17, 2019

[SIARAN BERGAMBAR] BARISAN PETUGAS JAWATANKUASA MEDIA PERSIDANGAN KEMUNCAK DUNIA MENGENAI SENI DAN BUDAYA KE-8



KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Media semasa Persidangan Kemuncak Dunia Mengenai Seni dan Budaya Kali ke-8 melibatkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11956

Friday, March 15, 2019

SIRI PEMBUKAH LASER 3D BAHARU TERBAIK UNTUK PENGUKURAN SEBARIS DAN TUGAS PEMERIKSAAN

Siri Z-Trak Teledyne DALSA adalah ditentukur kilang dan ditawarkan dalam ukuran ketinggian daripada 10 hingga 1000 mm

MONTREAL, 15 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies dan peneraju global dalam teknologi visi mesin telah membuat penambahan ke portfolio kamera 1D dan 2D mereka dengan memperkenalkan siri pembukah laser 3D baharu yang jitu untuk pengimejan industri dan automasi kilang.

Pembukah laser 3D siri Z-TrakTM LP1 memberikan pengukuran tinggi yang jitu dan persis serta unit padat yang direka ergonomik, dengan pengesan puncak FIR berkuasa. Pembukah siri Z-Trak LP1 ditentukur kilang dan disertakan perisian Sapera Processing 8 Runtime, atau Sherlock 8 3D Teledyne DALSA untuk persediaan dan penggunaan yang mudah. Di samping itu, siri LP1 menampilkan antara muka GigE Vision®, menyokong standard GenICam® dan mudah digunakan sebagai antara muka dengan perisian lambak lain. Z-Trak menyokong Kuasa Melalui Ethernet (PoE) dan menampilkan input/output kegunaan umum dan pilihan pemasangan fleksibel.

Pembukah laser Z-Trak adalah ideal untuk metrologi sebaris, pengukuran isi padu, pemeriksaan dan pengenalpastian bahagian, serta aplikasi pemilih tong untuk semikonduktor, elektronik, automasi kilang dan logistik.

“Siri Z-Trak menampilkan banyak ciri dan menjimatkan kos, dengan asas teknologi yang berkuasa,” komen Ghislain Beaupré, Naib Presiden dan GM Teledyne DALSA, Montreal. “Asas yang berkuasa ini amat penting bukan sahaja untuk mendapatkan hasil yang terunggul, malah untuk menyediakan platform bagi inovasi akan datang berdasarkan keupayaan sensor dan perisian kami yang canggih.”

Ciri Utama
  • Algoritma pengesan Puncak FIR yang aktif memberikan kejituan tertinggi dan operasi stabil
  • Mendayakan pengimejan objek dengan kepantulan permukaan berbeza
  • Kejituan tinggi dengan laser merah dan biru
  • Lintasan optik yang dioptimumkan memastikan hasil konsisten untuk seluruh julat pengukuran
  • Pelbagai jenis model:  julat pengukuran daripada 10 mm hingga 1000 mm
  • Terdapat dalam kelas laser 2M dan 3R untuk pelbagai keadaan operasi
  • Perumah IP67 padat untuk persekitaran operasi yang lasak
  • Z-Trak disertakan Sapera™ LT, Sapera Processing Group 1 RTL, dan Sherlock™ 8.0 3D yang terbukti

Pembukah laser Z-Trak baharu ini akan ditunjukkan di demonstrasi langsung pada pertunjukan berikut:
  • Vision China Shanghai
  • Automation World Korea
  • Automate 2019
  • Control 2019 Germany

Untuk maklumat lanjut tentang pembukah laser Z-Trak atau spesifikasi utama setiap model, lawati laman web Teledyne DALSA di sini www.teledynedalsa.com/z-trak. Untuk mendapatkan imej yang boleh dimuat turun, sila lawati kit media dalam talian.

Teledyne DALSA ialah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging dan peneraju dunia dalam rekaan, pengilangan dan penyediaan komponen pengimejan digital untuk pasaran visi mesin. Sensor imej, kamera, kamera pintar, penangkap bingkai, perisian dan penyelesaian visi Teledyne DALSA digunakan dalam ribuan sistem pemeriksaan automatik di seluruh dunia dalam pelbagai industri termasuk semikonduktor, sel suria, paparan panel rata, barangan elektronik, automotif, perubatan, pembungkusan dan pengilangan umum. Untuk maklumat lanjut, lawati www.teledynedalsa.com/mv.

Teledyne Imaging adalah kumpulan syarikat-syarikat termaju yang bernaung di bawah Teledyne.. Teledyne Imaging membentuk kumpulan pakar merentasi spektrum dengan pengalaman selama beberapa dekad tanpa bandingan. Setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik dalam bidangnya. Secara berkumpulan, syarikat-syarikat ini menggabungkan dan menggunakan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan berkaitan yang paling meluas dan mendalam di dunia. Daripada aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial serta penyelesaian MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang paling sukar. Alat, teknologi dan penyelesaian visi mereka dibina untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.

Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.


Hubungan Media:
Geralyn Miller
Pengurus Kanan, Hubungan Media Global & Pembangunan Kandungan
519-886-6000 samb. 2187
geralyn.miller@teledyne.com

Hubungan Jualan: 
Sales.americas@teledynedalsa.com
Sales.europe@teledynedalsa.com
Sales.asia@teledynedalsa.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1618b20f-e100-41c0-bde2-6ee9de092a2d

 Sumber: Teledyne DALSA

--BERNAMA

Muzium Seni Jepun lancar program 'Let´s Talk Art!'

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Muzium Seni Modern Nasional di Tokyo, akan memperkenalkan satu program baharu yang akan membolehkan pengunjung asing lebih menghayati hasil karya seni Jepun abad ke-20.

Program dalam bahasa Inggeris, ‘Let’s Talk Art!’ yang akan dilancarkan pada 22 Mac ini, memberi peluang kepada pengunjung luar menikmati hasil seni melalui perbualan dengan fasilitator

Dalam satu kenyataan di sini, muzium itu menjelaskan peserta berpeluang meneroka tiga karya seni yang dipamerkan dalam ‘Koleksi MOMAT’ dalam masa sejam di samping membincangkan budaya dan seni Jepun, serta negara-negara yang mengambil bahagian dalam pameran, berdasarkan apa yang digambarkan dalam karya.

Pihak muzium tidak akan memaklumkan terlebih dahulu tiga karya yang akan dibincangkan pada setiap sesi bagi memastikan peserta teruja untuk mengetahui karya terpilih mengikut tema yang diberikan pada hari program berkenaan, katanya.

Menurut muzium itu, fasilitator akan menyediakan maklumat asas mengenai sejarah lokasi dan lain-lainnya yang didapati pada karya seni itu selain maklumat pelancong.

Muzium seni nasional pertama Jepun itu yang terletak berhampiran Imperial Palace, berhasrat untuk menawarkan tarikan baharu negara matahari terbit itu melalui program berkenaan termasuk tempat untuk komunikasi, yang membawa kepada saling menghormati terhadap pelbagai budaya dan nilai.

Koleksi MOMAT merupakan pameran tunggal karya seni Jepun yang membolehkan pengunjung menyelami sejarah seni Jepun modern lebih 100 tahun, melibatkan kira-kira 200 daripada 13,000 hasil karya yang dipamerkan.

Selain program berkenaan, terdapat paparan maklumat yang menjelaskan karya seni yang dipamerkan dan panduan audio dalam bahasa Inggeris (berbayar) manakala aplikasi bantuan secara percuma dalam bahasa Inggeris, Cina dan Korea juga disediakan.

Pendaftaran awal perlu (sehingga enam orang) bagi pengunjung luar berumur 11 tahun ke atas dan bayaran untuk dewasa ialah 1,500 yen. Diskaun diberikan kepada pelajar dan warga emas. (100 yen = RM3.66)

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari http://www.momat.go.jp/english/

-- BERNAMA

MARY KAY MENDEDAHKAN PENYELIDIKAN TERKINI PADA KONGRES DERMATOLOGI DUNIA KE-20

Syarikat Kosmetik Global akan Menyertai Pakar-pakar Penjagaan Kulit Terkemuka Dunia pada Acara Singapura

DALLAS, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebuah daripada inovator penjagaan kulit terkemuka dunia di dalam industri jualan langsung dan kosmetik, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka selama beberapa dekad kepada penyelidikan sains kulit sebagai sebuah penaja bagi Kongres Dermatologi Dunia ke-20. Acara itu, yang diadakan pada 13-14 Mac di Singapura, menyatukan penyelidik, ahli akademik dan saintis dari komuniti dermatologi di seluruh dunia untuk bertukar maklumat tentang kemajuan teknologi dan pencapaian saintifik baharu.

Tema bagi Dermatologi Dunia 2019 itu adalah “Menjelajahi Pendekatan Baharu di dalam Dermatologi.” Dengan merapatkan jurang di antara pakar-pakar dari seluruh pelusuk dunia, acara itu menyediakan analisis mutakhir, penjelajahan dan rawatan bagi keadaan yang dikenal pasti dengan kulit, rambut dan kuku. Persidangan itu memberi tumpuan kepada kesihatan kulit, penyakit kulit, manifestasi alahan, dermatologi klinikal dan dermatologi kosmetik.

David Gan, Saintis Kanan Utama di Mary Kay Inc., akan membentangkan beberapa pandangan baharu di dalam menilai dan memahami kemerahan muka. Berdasarkan kepada usaha ini, para saintis Mary Kay telah mengenal pasti ekstrak botani yang dapat mengurangkan pengeluaran protein dan enzim proinflamatori pada kulit dan menghasilkan satu formulasi kosmetik yang mengandungi ekstrak ini untuk menangani masalah kemerahan muka secara berkesan. Selepas empat minggu penggunaannya, formula kosmetik itu telah mengurangkan kemerahan muka secara keseluruhan dan suhu kulit pada subjek yang mengalami kerengsaan kulit yang berterusan.

“Sebagai seorang ahli biologi kulit, saya amat berbesar hati untuk berkongsi penyelidikan kulit Mary Kay yang berinovatif ini yang berkaitan dengan kemerahan muka dengan komuniti saintifik yang lebih luas,” kata Gan. ”Di Mary Kay, tidak ada yang lebih bermanfaat daripada menangani isu-isu kulit yang memberi impak kepada wanita dan mencipta produk yang berinovatif yang memberikan manfaat pada kulit yang dicari oleh pengguna. Hasil penyelidikan yang berterusan ini akan membantu kami membuat produk-produk Mary Kay® lebih baik kerana kami mempertimbangkan kebimbangan dan pengalaman pengguna kami.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11946