KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- SMBC Malaysia melantik Tetsuya Kainaka sebagai presiden/ketua pegawai eksekutifnya berkuat kuasa 23 Jan, 2019.
Sebelum pelantikan itu, Kainaka bertugas sebagai pengurus Jabatan Perniagaan Pelanggan Global SMBC di ibu pejabat bank berkenaan di Tokyo, dengan mengurus perniagaan pelanggan multinasional bukan Jepun di Jepun, kata SMBC dalam kenyataan hari ini.
Kainaka juga pernah berkhidmat masing-masing selama tiga tahun di Amerika Utara dan Selatan, mengurus jabatan perbankan korporat di New York sebelum berpindah ke Brazil bagi menyelia perancangan dan penggalakkan perniagaan serta perniagaan perbendaharaan di Banco Sumitomo Mitsui Brasileiro S.A., Sao Paulo Brazil (anak syarikat 100 peratus SMBC di Brazil).
-- BERNAMA
Tuesday, February 26, 2019
Dtect Colon+, penyaringan genetik terbaru kanser kolorektal
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) dan subsidiarinya, syarikat perkhidmatan patologi Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd (Clinipath) hari ini mengumumkan ujian penyaringan genetik terbaru mengkaji gen utama yang berkaitan dengan kanser kolorektal (CRC), Dtect Colon +.
MGRC dalam satu kenyataan hari ini berkata penyaringan genetik dapat mengenal pasti kecenderungan genetik kepada CRC.
“Saringan Dtect Colon+ akan dapat mengenalpasti keperluan pengawasan patalogi yang biasa bagi membendung penyakit lebih awal, semasa ia masih mudah untuk dirawat. Keputusan positif mungkin juga berguna dalam menggalakkan perubahan gaya hidup yang positif bagi membanteras risiko penularan CRC,” menurutnya.
CRC adalah salah satu kanser yang paling biasa yang mempengaruhi kedua-dua lelaki dan wanita dewasa di Malaysia.
Menurut kenyataan itu pada 2018 Kementerian Kesihatan menerbitkan kajian MyScan berkaitan insiden-insiden kanser dan kadar survival.
“Menerusi kajian itu CRC didapati paling tinggi di kalangan kaum Cina, diikuti dengan Melayu dan India. Kadar insiden dodapati meningkat selaras denganpeningkatan umur, terutama umur 55 tahun keatas. Kadar kematian bagi lelaki adalah 1.42 kali lebih tinggi daripada wanita. Lebih penting lagi kajian itu mendapati bahawa pengesanan awal serta rawatan dan CRC (pada tahap 1) membawa kepada kadar survival relatif 5 tahun sebanyak 79.3 peratus. "
Malangnya, peringkat awal CRC sering tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit, yang menjadikan penyakit itu sukar dikesan lebih awal.
Gejala-gejala umum mungkin termasuk tabiat usus yang berubah, darah dalam najis, sakit perut, penurunan berat badan, anemia dan halangan usus.

Friday, February 22, 2019
LAPORAN WWF DEDAHKAN BETAPA PARAH KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP PLANET
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Aktiviti manusia mengasak sistem semula jadi planet yang menyokong kehidupan di bumi hingga ke tepian, demikian Living Planet Report WWF 2018 mendedahkan.
Ia juga memaparkan gambaran menyedihkan daripada impak aktiviti manusia terhadap hidupan liar, hutan, lautan, sungai dan iklim, oleh itu ia mendesak komuniti global agar memikirkan kembali secara bersama dan menilai semula cara kita menghargai, melindungi dan memulihkan alam semula jadi.
“Kita mengeluarkan dari ‘akaun simpanan’ sumber asli kita dengan begitu rakus, hingga tinggal sedikit saja untuk diwariskan kepada kehidupan generasi akan datang.
“Penghapusan ikan di laut, iklim yang berubah, hutan kita yang hambar semua itu adalah simptom,” kata Pengarah Konservasi WWF-Malaysia Dr Henry Chan dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Chan, laporan terbaru menunjukkan kemorosotan populasi global ikan, burung, mammalia, amfibia, reptilia, secara purata sebanyak 60 peratus antara 1970 dan 2014, di mana ancaman utama terhadap spesies yang dikenal pasti dalam laporan itu berkait langsung dengan aktiviti manusia, termasuk kehilangan habitat dan kerosakan serta eksploitasi hidupan liar secara berlebihan.
Di Malaysia, penyu laut menghadapi ancaman terhadap survivalnya, badak Sumatra semakin pupus, dan spesies seperti harimau Malaya, rusa sambar dan gaur dalam bahaya.
Laporan itu juga melihat kepada pentingnya pollinator (haiwan pengangkut dan pencantum debunga) dan bagaimana iklim yang berubah, amalan pertanian intensif, spesies penawan, dan kemunculan penyakit telah menjejas hasil, diversiti dan kesihatan mereka.
“Di kawasan tropika, kebergantungan kita pada pollinator adalah sebanyak 98 peratus bagi pengeluaran buah-buahan, oleh itu, Malaysia wajar bimbang.
“Sebagai sebuah negara, kita perlu mengamalkan pengeluaran dan konsumsi komoditi secara bertanggungjawab,” katanya.
Chan juga menyarankan keperluan pensijilan wajib bagi pengeluaran minyak sawit di Malaysia diperluaskan kepada pengeluaran makanan laut, ikan, dan udang bagi menghalang kehidupan marin dari terus merosot.

TOURISM MALAYSIA FOKUS POTENSI PELANCONGAN BAHARU DI INDONESIA
TASIKMALAYA (JAWA BARAT), 20 Feb (Bernama) -- Tourism Malaysia di Indonesia yang mencapai sasaran 3.4 juta pelancong negara itu ke Malaysia pada 2018, kini memfokuskan peluang-peluang baharu di kabupaten atau daerah-daerah baharu di Indonesia.
Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia, Roslan Othman berkata kerjasama bersama pemerintah wilayah dan daerah dilihat akan merancakkan lagi industri pelancongan demi kepentingan dan manfaat bersama.
"Kabupaten Tasikmalaya misalnya, masih ramai pelancong Malaysia yang tidak mengetahui kawasan ini yang turut menawarkan aktiviti pelancongan yang menarik untuk rakyat Malaysia.
"Selain itu, kerjasama ini juga membuka peluang kepada ejen-ejen pelancongan kita untuk menarik pelancong dari sini ke Malaysia yang kami sasarkan melebih 3.4 juta untuk tahun 2019," katanya kepada Bernama pada Majlis ‘Malaysia-Indonesia: Tourism Gathering Tasikmalaya/Cirebon’ di sini yang disertai lebih 30 ejen pelancongan dari Malaysia dan ejen pelancongan Tasikmalaya.
Wakil Walikota Tasikmalaya, Dr H. Muhammad Yusuf berkata Tasikmalaya yang terletak kira-kira 75km dari Bandung, ternyata masih belum popular dalam kalangan pelancong luar, termasuk dari Malaysia.
"Sedangkan banyak produk kraftangan, lukisan, batik, yang dijual dan dibeli pelancong luar di Bandung adalah berasal dari Tasikmalaya.
"Pelancong juga hanya melewati (melalui) Tasikmalaya untuk ke Yogyakarta. Justeru, perancangan kami kini bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini," katanya.
Kota Tasikmalaya yang mempunyai hampir 1 juta penduduk itu terkenal dengan kraftangannya yang menarik seperti payung Geulis yang menjadi ikon Jawa Barat, barangan kulit, batik serta keindahan alam semula jadi seperti tasik Situ Gede dan Gunung Galunggung.
"Kota Tasikmalaya ini tidak jauh dari Bandung tapi perjalanan dengan kenderaan ke sini mengambil masa melebihi tiga jam atas faktor jalan rayanya yang berliku dan mendaki kawasan tanah tinggi.
"Perancangan kami adalah untuk menaik taraf jalan raya dari Bandung ke Tasikmalaya mulai tahun ini, selain menaik taraf lapangan terbang di Tasikmalaya menjelang tahun 2022, bagi membolehkan penerbangan antarabangsa diadakan ke sini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ATS Global Travel & Charter Sdn Bhd Azizie Othman, syarikat yang menguruskan pakej dan tiket pesawat umrah ke Tanah Suci, berkata mereka berjaya menguruskan lebih 10,000 jemaah Indonesia sepanjang tahun lepas.
"Tahun lepas kami menguruskan sebanyak 28,000 jemaah umrah, 10,000 adalah dari Indonesia. Ramai pelanggan kami adalah dari Jakarta, Pekan Baru, Padang, Medan, Surabaya dan Bandung," katanya.
Beliau berkata terdapat 1,000 pesantren atau pondok agama di Tasikmalaya dan syarikat mereka melihat potensi besar untuk menguruskan jemaah umrah dari Tasikmalaya ke Tanah Suci.
"Indonesia berpenduduk melebihi 260 juta orang, ramai kalangan mereka mahu dan berminat menggunakan perkhidmatan ejen-ejen di Malaysia untuk ke Tanah Suci atas faktor perkhidmatan yang lebih baik, selain kekangan tertentu di sini seperti jumlah pesawat yang tidak mencukupi dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Datuk Sahariman Hamdan berkata program Tourism Gathering itu akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam industri pelancongan.
"Menerusi program ini kami dapat mendekatkan lagi ejen-ejen pelancongan setempat dengan ejen-ejen di Malaysia, jadi mereka yang mahu berurusan tidak perlu lagi menggunakan pihak ketiga, terus berurusan dengan ejen yang menguruskan pakej-pakej pelancongan secara terus," katanya.

Thursday, February 21, 2019
VISTAJET BEKERJASAMA DENGAN SCUDERIA FERRARI MISSION WINNOW UNTUK KEJUARAAN DUNIA FORMULA SATU 2019
Menyokong pasukan dengan penyelesaian penerbangan global yang paling cekap
LONDON, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan tunggal, mengumumkan kerjasamanya dengan pasukan Scuderia Ferrari Mission Winnow sebagai Penyedia Rasmi pesawat penerbangan peribadi.
Dengan jadual yang ketat dalam kalendar perlumbaan dan kebiasaannya hanya selang beberapa hari daripada perlumbaan Grands Prix, VistaJet akan menyokong pasukan dengan mengoptimumkan masa perjalanan dan pemindahan mereka sepanjang musim Formula Satu 2019. Dalam industri yang berasaskan kelajuan dan kecekapan, pasukan Scuderia Ferrari Mission Winnow akan dapat memanfaatkan lebih lagi masa berehat dari trek untuk tiba dalam keadaan optimum.
Telah berlumba secara kompetitif dengan Ferrari untuk tempoh lama dan sebagai pemandu rasmi dalam Kejuaraan Ketahanan Dunia FIA, WEC, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, Thomas Flohr tahu keperluan perlumbaan dan fokus intensif yang diperlukan untuk beraksi di bawah tekanan sedemikian. Dengan Ferrari 488 GTE, Thomas telah memenangi tempat ke-dua di 24h of Le Mans 2018, bersama-sama rakan pemandunya, Giancarlo Fisichella dan Francesco Castellacci.
Mengumumkan kerjasama ini, Thomas Flohr berkata: “Saya sangat berbangga untuk menyokong pasukan perlumbaan paling ikonik dan berjaya di dunia. Inovasi, teknologi dan fokus pada kecekapan adalah nilai yang kami kongsi. VistaJet akan menyediakan perjalanan yang lancar untuk Scuderia Ferrari Mission Winnow, untuk memastikan fokus mereka adalah pada perkara yang penting – persaingan atas trek.”
VistaJet memberi penekanan paling penting pada kecemerlangan perkhidmatan dan operasi. Dengan lebih daripada 70 pesawat yang dimiliki, VistaJet telah menyelesaikan lebih daripada 146,000 penerbangan secara global, menerbangkan 360,000 penumpang ke lebih daripada 1,900 lapangan terbang di seluruh dunia dengan selamat.
Thomas Flohr menambah: “Musim baharu telah bermula, satu pasukan baharu akan melakukan perlumbaan dan kita akan berada di sana untuk bersorak untuk Sebastian Vettel, Charles Leclerc dan semua yang ada dalam Scuderia Ferrari Mission Winnow.”
www.vistajet.com/ferrari
Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com
Perihal VistaJet
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global yang pertama dan satu-satunya. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.
VistaJet merupakan sebahagian daripada Vista Global Holding – peneraju dunia dalam penyelesaian penerbangan perniagaan, yang mengintegrasikan portfolio unik syarikat-syarikat yang menawarkan penyelesaian aset rendah dalam meliputi semua aspek utama penerbangan perniagaan.
Lebih banyak maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com
Foto untuk pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ef37c35a-51ac-4025-8abb-ac08d1c86063
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/815f7f6c-aed4-439b-8f92-8e1437a12028
Sumber: VistaJet Ltd
--BERNAMA

DOUBLEVERIFY MEMPEROLEH SYARIKAT TEKNOLOGI VIDEO DIGITAL, ZENTRICK
Menyelesaikan 30% pecahan dalam penghantaran iklan video
NEW YORK dan GHENT, Belgium, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify, peneraju penyedia bebas perisian dan analisis ukuran pasaran, hari ini mengumumkan yang ia telah memperoleh Zentrick, syarikat teknologi video digital yang menyediakan penyelesaian perisian tengah untuk memacu perlaksanaan dan prestasi lancar pengiklanan video dalam talian untuk jenama, platform dan penerbitan terbesar di dunia. Pasukan kejuruteraan Zentrick akan terus beroperasi dari pejabat di Ghent, Belgium. Transaksi tersebut telah diselesaikan sebagai tawaran semua tunai, semua saham pada Jumaat, 15 Februari 2019.
Perbelanjaan pengiklanan video melonjak naik ke $28 Bilion pada 2018. Walau bagaimanapun, ekosistem yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dalam penghantaran iklan video telah menjadi terlalu berpecah. Hari ini, lebih daripada 30% iklan video yang telah dijual tidak dapat dihantar oleh penerbit disebabkan oleh pelbagai bentuk ‘pecahan’ teknikal dalam rantaian penghantaran iklan – isu yang sangat genting dalam kawasan utama aplikasi mudah alih dan TV bersambung. Pecahan terhasil daripada ketidakserasian berbilang standard main balik dan tundaan kependaman dalam muatan iklan video.
Zentrick Perkemaskan Penghantaran Iklan Video dan Meningkatkan Prestasi
Perisian tengah Zentrick mengurangkan pecahan video sehingga lebih daripada 50%, dengan memendekkan masa muatan dan menyingkirkan berbilang bentuk kependaman yang boleh menghalang iklan video daripada dihantar. Penghantaran iklan yang lebih banyak memaksimumkan prestasi untuk pengiklan dan menjana keuntungan untuk penerbit. Perisian Zentrick membolehkan lagi penerbit untuk mengesan dan menyelesaikan isu di sebalik pecahan semasa ia berlaku.
Perisian Tengah Zentrick Memberi Manfaat kepada Keseluruhan Ekosistem Pengiklanan Video
Untuk platform dan penerbit media, perisian tengah Zentrick menyingkirkan overhed teknikal dan kependaman berkaitan dengan menyokong berbilang integrasi pihak ketiga (sebagai contoh, penyedia ukuran, pembahagian dan penonton). Penyedia perkhidmatan pihak ketiga akan menerima manfaat daripada pengaktifan platform lancar dan akses saksama ke data main balik video yang diperlukan untuk mendayakan perkhidmatan mereka.
“Misi DV ialah untuk mendayakan standard baharu prestasi pemasaran, memberikan pengiklan penjelasan dan keyakinan dalam pelaburan digital mereka,” kata Wayne Gattinella, CEO DoubleVerify. “Menyingkirkan pecahan iklan mempunyai kesan terus pada prestasi pengiklanan dalam talian yang akan bergema merentasi ekosistem.”
“Seluruh pasukan Zentrick teruja untuk bergabung tenaga dengan DoubleVerify – organisasi global yang berkembang pesat dengan penawaran pengesahan terbaik dalam kelasnya,” kata Pieter Mees, Pengasas Bersama Zentrick. “Mengintegrasikan teknologi video digital dan kepakaran Zentrick dengan platform industri meluas DV akan memacu usaha kami untuk meringkaskan dan memperkemaskan prestasi pengiklanan.”
“Pada 2018, Zentrick memacu penghantaran lebih daripada 150 bilion iklan video,” kata Frederik Neus, Pengasas Bersama Zentrick. “Melalui integrasi dengan DoubleVerify, kami akan menskalakan penyelesaian kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengiklan dan penerbit, dalam masa yang sama memacu impak yang lebih positif ke seluruh ekosistem.”
Perihal DoubleVerify
DoubleVerify ialah peneraju penyedia bebas untuk perisian, data dan analisis ukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan keberkesanan media digital untuk jenama dan platform media terbesar dunia. DV menyediakan ketelusan dan kebertanggungjawapan media untuk memberikan kualiti impresi tahap tertinggi demi prestasi pengiklanan maksimum. Sejak 2008, DV telah membantu ratusan syarikat Fortune 500 memperoleh yang terbanyak daripada perbelanjaan media mereka dengan memberikan penyelesaian terbaik merentasi ekosistem digital, yang membantu membina industri lebih baik. Ketahui lebih lanjut di www.doubleverify.com.
Hubungan Media
Chris Harihar daripada Crenshaw Communications, bagi pihak DoubleVerify
chris@crenshawcomm.com
212.367.9748
Sumber: DoubleVerify

TOSHIBA MEMBAWA MIKROPENGAWAL BERASASKAN TERAS ARM® CORTEX®-M KE PAPAN MCU THUNDERSOFT
TOKYO, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini telah mula membekalkan mikropengawal "TMPM3HQFDFG" untuk digunakan di dalam papan serbaguna MCU yang dikeluarkan oleh Thundersoft, sebuah penyedia teknologi platform dari China yang mereka bentuk, mengeluar dan membangunkan litar dan platform untuk peranti, termasuk peranti pintar.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190220005353/en/
TMPM3HQFDFG adalah sebuah mikropengawal berasaskan teras Arm® Cortex®-M di dalam “kumpulan M3H” dalam keluarga TXZ™ yang dibangunkan untuk peralatan pengguna dan perindustrian.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kaedah untuk pemprototaipan sistem pantas telah berkembang maju dengan menggabungkan papan mikropengawal dengan papan fungsi yang tersedia secara komersil. Papan serbaguna MCU Thundersoft yang menggabungkan mikropengawal keluarga TXZ™ adalah serasi dengan OS Arm Mbed™. Pelanggan boleh memulakan pembangunan sebaik sahaja selepas pengenalan papan MCU, dengan menggunakan sebuah pengumpul dalam talian dan persekitaran pembangunan lain yang disediakan secara percuma oleh Arm.
Papan itu juga dilengkapi dengan penyambung yang serasi dengan Arduino dan penyambung SeeedGrove, kedua-duanya digunakan secara meluas di dalam industri itu, dan ia membolehkan pembangunan sistem pantas — pemprototaipan — dengan pelbagai pengadang (papan fungsi) yang tersedia secara komersil dan sensor.
Papan serbaguna MCU Thundersoft akan tersedia di laman web Taobao di China dan di laman web korporat Thundersoft di kawasan lain bermula dari bulan ini.
Toshiba akan menyokong berbagai-bagai pelanggan dalam mempercepatkan masa ke pasaran bagi produk dan mengembangkan perniagaan semikonduktor mereka dengan mencerminkan keperluan pelanggan kepada pembangunan produk mereka.
Ciri-ciri utama bagi papan serbaguna MCU Thundersoft

- Menggabungkan piawaian global, mikropengawal berasaskan teras Arm Cortex-M TMPM3HQFDFG yang dilengkapi dengan pelbagai litar persisian untuk meningkatkan kelenturan.
- Menyokong aplikasi yang pelbagai dengan penyambung yang serasi dengan Arduino yang terbina dalam dan penyambung SeeedGrove
- Sokongan Mbed yang membolehkan penggunaan persekitaran pembangunan Arm.
Untuk butiran mengenai TMPM3HQFDFG, sila layari laman web berikut. https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/microcomputer/detail.TMPM3HQFDFG.html
Untuk butiran mengenai papan MCU Thundersoft, sila layari laman web berikut. https://www.thundersoft.com/index.php/iot/kit/m3hq/3-126
Untuk butiran mengenai Mbed, sila layari laman web Arm Ltd di ruangan Mbed yang berikut. https://www.mbed.com/

| * | Arm, Cortex dan Mbed adalah tanda perniagaan berdaftar atau tanda perniagaan milik Arm Limited (atau anak syarikat mereka) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain. | |
| * | Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing. | |
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan dan Pemasaran IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2876
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.
Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190220005353/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Subscribe to:
Posts (Atom)