Wednesday, January 11, 2017

Mesyuarat Deloitte CSG Berjaya Dianjurkan, Tumpu Usaha Pelaburan China Ke ASEAN

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Kumpulan Perkhidmatan China (CSG) Deloitte bagi rantau Asia Tenggara (Deloitte CSG) berjaya menganjurkan Mesyuarat Pemimpin Kali Keempatnya pada 9-10 Jan, 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, Deloitte CSG berkata mesyuarat kali ini menumpukan usaha bagi mempertingkat kerjasama serta kemudahan pelaburan China di rantau ASEAN.

"Ia turut membincangkan bagaimana Deloitte boleh berperanan secara proaktif untuk menarik pelabur China ke negara-negara Asia Tenggara dan bagaimana mereka dapat berkongsi garis panduan pelaburan strategik dan perniagaan untuk usahawan tempatan," katanya.

Menurut Deloitte CSG, mesyuarat kali ini turut melibatkan profesional Deloitte yang berpengalaman luas serta berkemahiran dwibahasa untuk berkongsi panduan serta membantu syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelaburan rentas sempadan dan perniagaan dengan China.

Hasil kaji selidik Deloitte baru-baru ini menunjukkan Asia Tenggara merupakan destinasi pelaburan paling popular kepada syarikat-syarikat China berikutan kelebihan geografi selain kaya sumber aslinya.

Sementara itu, pemimpin CSG Deloitte Asia Tenggara, Dr Ernest Kan menyifatkan Malaysia menyediakan peluang pelaburan yang tepat di Asia Tenggara untuk kalangan pelabur China, berikutan hubungan lamanya dengan China dari sudut ekonomi dan sosial.

"Negara itu juga bersedia memainkan peranan pentingnya dalam inisiatif 'Satu Jalur, Satu Laluan' yang dilancarkan China," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, January 10, 2017

LFB S.A. HARI INI MENGUMUMKAN PENERIMAAN OLEH PENTADBIRAN MAKANAN DAN UBAT-UBATAN AMERIKA SYARIKAT BERHUBUNG PERMOHONAN LESEN BIOLOGIK YANG DIKEMUKAKAN BAGI PENGGUMPALAN FAKTOR VIIA REKOMBINAN, (EPTACOG BETA DIAKTIFKAN)

LES ULIS, Perancis, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- LFB S.A., mengumumkan bahawa Permohonan Lesen Biologik (BLA) mereka, yang memohon kelulusan pemasaran bagi Penggumpalan Faktor VIIa (Rekombinan) sebagai satu rawatan bagi pesakit hemofilia kongenital A atau B di kalangan remaja dan pesakit hemofilia kongenital A atau B dengan perencat di kalangan orang dewasa, telah diterima untuk semakan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA). BLA itu mengandungi data daripada kajian utama Fasa 3 di dalam program PERSEPT (Program bagi Penilaian Keberkesanan Tujuh Faktor Rekombinan oleh Bakal Ujian Klinikal) global, yang direka untuk menilai mengenai keselamatan dan keberkesanan bagi Penggumpalan Faktor VIIa (Rekombinan).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9658

Saturday, January 7, 2017

EXXONMOBIL SUMBANG RM150,000 BANTU KELUARGA TERJEJAS BANJIR DI TERENGGANU


     
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- ExxonMobil Exploration and Production
Malaysia Inc telah menyumbang RM150,000 kepada Mercy Malaysia untuk membantu keluarga yang terjejas banjir di pusat-pusat pemindahan di Kuala Berang, Dungun
dan Besut.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil,
Sukiman Mohamed berkata ini antara lain, membolehkan kit kebersihan diri
diagihkan kepada keluarga yang terjejas.

"Kami berharap sumbangan kami dapat membantu Mercy dalam misi
kemanusiaannya," kata beliau.  

Menurut kenyataan syarikat itu, setiap kit dapat menampung keluarga terdiri
daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak dan mengandungi barang-barang seperti
peralatan mandian, selimut dan pakaian dalam.

-- BERNAMA

Friday, January 6, 2017

PEMENANG HADIAH DIPILIH UNTUK CABARAN WASHOKU SEDUNIA 2016, PERTANDINGAN MASAKAN JEPUN UNTUK CHEF ANTARABANGSA




TOKYO, 5 Jan (Bernama-AsiaNet) -- 
 
-  Chef Masakan Jepun Luar Negara No. 1 Cheong Cherng Long dari Malaysia -
 
Pada 15 Disember, pusingan akhir Cabaran Washoku Sedunia 2016, satu pertandingan  masakan Jepun untuk chef-chef antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, telah diadakan di Tokyo dan Cheong Cherng Long (berumur 31 tahun) dari Malaysia telah memenangi mahkota No. 1 chef masakan Jepun luar negara (Hadiah Emas). Hadiah Perak dimenangi oleh Shaun Presland (berumur 45 tahun) dari Australia dan Hadiah Gangsa diraih oleh Songkran Comnew (berumur 35) dari Thailand.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9649

​NAVIGATORS MELANTIK PASUKAN KEPIMPINAN ASIA

Fokus Utama pada Hong Kong dan Asia Utara.

LONDON, 5 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Navigators Group, Inc. (NASDAQ:NAVG), iaitu sebuah syarikat insurans dan insurans semula khusus global, telah mengumumkan pelantikan pasukan kepimpinan di Asia pada hari ini. Jon Doherty telah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Asia; Sang Kyoun (S.K.) Kim sebagai Ketua Pegawai Penaja Jaminan dan Paul D’Souza sebagai Ketua Pegawai Operasi/Ketua Pegawai Kewangan bagi rantau itu.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d55d4ebc-4950-423d-a220-461a06ffcf69

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c24cab64-950e-4ce5-a27f-b8ea744e526f

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/87f92591-425a-4ce3-9f76-4d356c29f1fc

Pasukan ini akan bertapak di Hong Kong dan sedang menunggu penyempurnaan sebarang permohonan yang diperlukan. Ahli-ahli baharu ini membentuk penyertaan sedia ada Navigators dalam Lloyd’s China, di mana syarikat telah beroperasi sejak tahun 2010 di bawah kepimpinan Junci Wu. Fokus utama mereka adalah pada produk marin, nahas dan produk khusus lain Navigators melalui agen dan broker serta rakan kongsi strategi merentasi Asia Utara.  

TCL LANCAR PRODUK PERDANA BAHARU TV QUHD PADA CES 2017 – SIRI X (X2 DAN X3) MEMPUNYAI CIRI-CIRI TEKNOLOGI PAPARAN QUANTUM DOT, DOLBY VISION DAN REKA BENTUK TANPA SISI "SANGAT NIPIS"

Kualiti Gambar dan Sistem Audio yang Menakjubkan untuk Menyampaikan Pengalaman Imersif Paling Tinggi

LAS VEGAS, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TCL, The Creative Life, telah mengadakan satu sidang akhbar global bertemakan "Ini adalah TV PINTAR" dengan penekanan kepada mendefinisikan semula apa itu TV pintar pada 4 Januari 2017 semasa CES 2017 untuk melancarkan produk perdana mereka dengan teknologi pintar, reka bentuk pintar dan kualiti gambar premium di dalam siri X mereka -- X2 dengan sebuah panel rata & X3 dengan sebuah panel melengkung, kedua-duanya memaparkan teknologi paparan Quantum Dot (QD), teknologi julat dinamik tinggi (HDR) Dolby Vision, MEMC, sistem bunyi Harman Kardon dan sebuah reka bentuk ultra nipis dan tanpa sisi.

X2 dan X3 memiliki kualiti gambar yang menakjubkan dengan adanya teknologi paparan QD yang berevolusi, Dolby Vision dan teknologi MEMC. Paparan QD itu menggunakan satu kompaun bukan organik sebagai bahan pemancar cahaya yang bukan sahaja stabil dan bebas daripada masalah seperti kas warna dan ketidakseimbangan kualiti gambar, tetapi yang paling penting ia boleh mengatasi OLED untuk menyampaikan satu gamut warna yang luas yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu 110% NTSC. Dengan memanfaatkan inovasi HDR yang memberi kuasa kepada pawagam Dolby yang paling maju di seluruh dunia, Dolby Vision mengubah pengalaman TV di rumah dengan memberikan kecerahan dan kontras yang lebih besar, serta palet pelbagai warna yang lengkap. Dolby Vision adalah aliran kerja HDR pilihan bagi studio-studio utama dan golongan profesional kreatif yang semakin meningkat, agar pengguna akan mempunyai akses kepada lebih daripada apa yang mereka mahu tonton di HDR, yang termasuk sebuah portfolio filem dan kandungan episod yang teguh. Selain itu, MEMC terbina dalam, yang menggunakan sistem imejan dinamik, akan membayar pampasan bagi gerakan paparan yang kabur dan mengurangkan jejak pergerakan kepada tahap minimum.

MONSTER® MENGEMBANGKAN JANGKAUAN SALURAN GLOBAL DENGAN KERJASAMA ANTARABANGSA BAHARU DENGAN BRIGHTSTAR CORP.

• CES® 2017 Brightstar Bergabung dengan Monster untuk Membawa Prestasi Produk Audio Berprestasi Tinggi Mereka kepada Peruncit, MVNO, Operator Rangkaian Mudah Alih, Pelanggan Dalam Talian dan Perusahaan Merentasi 55 buah Negara di Enam Benua

• Selain itu, Monster Akan Mereka Bentuk dan Membina Fon Kepala dan Fon Telinga Eksklusif yang Baharu untuk Saluran/ Pelanggan Brightstar

LAS VEGAS, 5 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Monster®, pemimpin dunia di dalam fon kepala premium dan berprestasi tinggi dan pembesar suara Bluetooth, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Brightstar Corp., syarikat perkhidmatan mudah alih yang terkemuka di dunia, yang akan mewujudkan Brightstar sebagai pembekal barisan produk audio dan aksesori mudah alih Monster di seluruh dunia. Kerjasama di antara kedua-dua pemimpin industri utama itu akan mewujudkan satu rangkaian baharu yang berkuasa di seluruh dunia untuk membawa produk kuasa dan audio berprestasi paling tinggi kepada pengguna akhir di 55 buah negara di enam benua.

Monster adalah syarikat yang menciptakan Beats asal oleh barisan pembesar suara dan fon kepala Dr. Dre yang telah merevolusikan audio mudah alih. Monster dan Brightstar sedang menggabungkan kekuatan mereka untuk membawa pengalaman audio yang lebih besar dengan penciptaan audio terkini Monster kepada lebih banyak peruncit dan pengguna di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9648