SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) -- Kempen #HearMe HearMe dan 'Teddy Bear Hospital Program', antara tarikan utama Malaysia Islamic Children's Fair (MICF) yang berlangsung tiga hari sehingga Ahad ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini.
Pengerusi MICF Dayang Lily Maznah Abang Muas berkata pameran itu merupakan platform yang menyediakan pelbagai aktiviti, produk dan perkhidmatan berkaitan pendidikan berteraskan Islam kepada kanak-kanak.
"Seperti kempen #HearMe HearMe, ia bertujuan menggalakkan kanak-kanak mengemukakan pendapat atau pandangan seterusnya golongan dewasa boleh memberi maklum balas kepada isu berkenaan.
"Pendekatan ini akan membantu kanak-kanak tersebut membina keyakinan diri untuk bercakap, berkongsi idea dan aspirasi mereka dengan ibu bapa ataupun golongan yang lebih dewasa," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak yang mengunjungi MICF juga boleh menyertai aktiviti pengalaman melalui pembelajaran menerusi 'Teddy Bear Hospital Program' di bawah seliaan Islamic Medical Association of Malaysia Children and Teens Super Team (IMACAT).
Dayang Lily Maznah yang juga Pengarah Urusan Zurriyat Ventures Sdn Bhd berkata program itu membolehkan kanak-kanak membawa patung masing-masing untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas.
"Aktiviti ini antara yang menyeronokkan kerana teddy bear itu akan dianggap sebagai pesakit manakala kanak-kanak itu pula sebagai ibu bapa.
"Menerusi aktiviti ini kita akan turut mendedahkan kanak-kanak itu berkaitan kesihatan mata dan gigi serta tentang kepentingan zat di dalam makanan," katanya.
Pameran yang memasuki tahun ketiga penganjurannya itu turut menyediakan pelbagai pertandingan bagi memupuk semangat kekeluargaan seperti 'Family Treasure Hunt' dan 'Family Coloring Contest'.
-- BERNAMA
Monday, November 30, 2015
Tuesday, November 24, 2015
PAMERAN HI-TECH CHINA (CHTF): SATU PESTA MENGENAI INOVASI TEKNOLOGI
SHENZHEN, China, 23 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China (CHTF) 2015 menawarkan
inovasi untuk sepanjang minggu kepada pempamer dan pengunjung, terutamanya
peminat teknologi, dari 16 hingga 21 November, 2015 di Bandar Raya Shenzhen di
Wilayah Guangdong, China. Pameran itu adalah satu pesta mengenai trend dan
konsep berkaitan teknologi.
Monday, November 23, 2015
CP KELCO MENGUMUMKAN HASRAT UNTUK MEMBINA KILANG BIOGAM BAHARU DI AMERIKA UTARA
ATLANTA, 23 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CP Kelco, pengeluar global yang terkemuka bagi penyelesaian hidrokoloid, hari ini mengumumkan hasratnya untuk membina kilang pembuatan moden baharu di Amerika Utara untuk gam gellan dan gam xanthan khusus.
"Memandangkan peningkatan yang berterusan dalam permintaan global untuk gam gellan dan gam xanthan khusus di semua pasaran serantau, pelaburan dalam kemudahan pengeluaran baharu menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pembekal yang mampan dan inovasi utama produk-produk berprestasi tinggi ini dalam jangka masa panjang," kata Don Rubright, Presiden CP Kelco.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8497
"Memandangkan peningkatan yang berterusan dalam permintaan global untuk gam gellan dan gam xanthan khusus di semua pasaran serantau, pelaburan dalam kemudahan pengeluaran baharu menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pembekal yang mampan dan inovasi utama produk-produk berprestasi tinggi ini dalam jangka masa panjang," kata Don Rubright, Presiden CP Kelco.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8497
Saturday, November 21, 2015
NTT COMMUNICATIONS BERADA PADA KEDUDUKAN SEBAGAI SEBUAH "PEMIMPIN" DALAM LAPORAN GARTNER 2015: "MAGIC QUADRANT BAGI HOS TERURUS YANG DIBOLEHKAN OLEH AWAN, ASIA/ PASIFIK"
TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), sebuah
pemimpin data, awan dan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT),
hari ini mengumumkan bahawa ia telah diletakkan dalam kuadran Pemimpin untuk
Laporan*1 "Magic Quadrant bagi Hos Terurus Yang Dibolehkan oleh
Awan, Asia/ Pasifik" (Magic Quadrant), yang diterbitkan oleh Gartner
Inc. pada November 2015, yang didasarkan kepada keupayaannya untuk melaksana
dan menyempurnakan visi.
CITI DINAMAKAN BANK DIGITAL TERBAIK DI ASIA OLEH MAJALAH GLOBAL FINANCE
HONG KONG, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Citi telah diiktiraf sebagai Bank Digital Terbaik Asia
bagi tahun 2015 oleh majalah Global Finance, dengan memenangi kategori Korporat
Terbaik/ Bank Digital Institusi dan Bank Digital Pengguna Terbaik di rantau
ini.
Pertandingan tahunan itu menilai aplikasi perbankan dalam
talian dan mudah alih. Pemenang dipilih berdasarkan kepada kekuatan strategi
untuk menarik dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam talian, kejayaan
dalam mendapatkan pelanggan untuk menggunakan penawaran web, pertumbuhan kepada
pangkalan pelanggan dalam talian, kepelbagaian produk yang ditawarkan, bukti
faedah ketara yang diperolehi daripada inisiatif Internet dan reka bentuk dan
fungsi laman web.
Thursday, November 19, 2015
PERISIAN BARU UNISYS MENINGKATKAN PERANAN CLEARPATH FORWARD SEBAGAI HUB UNTUK PANGKALAN DATA TENTUAN-PERISIAN MODEN
BLUE BELL, Pa., 18 Nov, 2015 /Medianet
International-AsiaNet/--
Integrasi dengan Docker, VMware dan Microsoft SQL antara
kemajuan utama dalam perisian untuk sistem komputer utama
Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari
ini mengumumkan perkembangan perisian baru, termasuk integrasi dengan penyimpan
Docker, pengurusan VMware dan pangkalan data Microsoft SQL, yang memajukan
sistem komputer utamanya, ClearPath ForwardTM. Keupayaan baru direka untuk
mengembangkan sistem ClearPath Forward untuk menjadi platform lebih terbuka,
didorong-perisian yang berkhidmat sebagai hab dalam pusat data tentuan-perisian
hibrid.
Friday, November 13, 2015
TRIPWIRE PERKENAL PERLINDUNGAN ANCAMAN TITIK JUALAN
PORTLAND, Ore., 13 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tripwire, Inc.,
penyedia utama global dalam penyelesaian ancaman, keselamatan dan
pematuhan, hari ini mengumumkan mengenai penawaran Tripwire POS Threat
Protection (Perlindungan Ancaman POS Tripwire), satu set yang
berkeupayaan untuk mengesan dan mencegah ancaman, yang dibangunkan
khusus untuk melindungi daripada serangan siber yang menyasarkan peranti
titik jualan (POS).
Banyak data kad kredit pengguna dicuri menggunakan serangan siber canggih ke atas peralatan POS. Peranti Perlindungan Ancaman POS Tripwire menyediakan 35 dasar baharu dan 55 ujian baharu yang dibangunkan khusus untuk mengesan ancaman keselamatan POS khusus, termasuk kelemahan biasa dan penetapan konfigurasi yang boleh dieksploitasi, yang kerap digunakan oleh penyerang siber untuk mengakses peranti POS dan data kad kredit pengguna. Dasar baharu ini mengesan dan memaklumkan pasukan keselamatan teknologi maklumat (IT) apabila peranti POS, pelayan dan infrastruktur rangkaian kad pembayaran mengalami perubahan khusus yang mendedahkan mereka terhadap kemungkinan dikompromi.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8470
Banyak data kad kredit pengguna dicuri menggunakan serangan siber canggih ke atas peralatan POS. Peranti Perlindungan Ancaman POS Tripwire menyediakan 35 dasar baharu dan 55 ujian baharu yang dibangunkan khusus untuk mengesan ancaman keselamatan POS khusus, termasuk kelemahan biasa dan penetapan konfigurasi yang boleh dieksploitasi, yang kerap digunakan oleh penyerang siber untuk mengakses peranti POS dan data kad kredit pengguna. Dasar baharu ini mengesan dan memaklumkan pasukan keselamatan teknologi maklumat (IT) apabila peranti POS, pelayan dan infrastruktur rangkaian kad pembayaran mengalami perubahan khusus yang mendedahkan mereka terhadap kemungkinan dikompromi.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8470
Subscribe to:
Posts (Atom)