Data, transformasi digital dan pengedaran yang menjimatkan kos ialah kunci untuk merapatkan jurang perlindungan Malaysia dan menjadikan insurans lebih berpatutan, mudah diakses dan difahami
Dorongan paling kuat untuk berkongsi data ialah perkhidmatan lebih diperibadikan dan proses tuntutan dipertingkat
KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebahagian besar pengguna (92%) yang ditinjau dalam tinjauan Malaysia 2023 Capco, bahawa pemegang polisi insurans akan memberikan pertimbangan untuk berkongsi data peribadi tambahan dengan syarikat insurans bagi mendapatkan pelbagai manfaat. Perkara ini dan dapatan lain menunjukkan peluang yang jelas memanfaatkan data dan analisis untuk memacu inovasi menurut keperluan pelanggan – dan membantu merapatkan jurang perlindungan Malaysia dalam kalangan mereka yang kurang diinsuranskan dan tidak diinsuranskan.
Tinjauan Capco juga mendedahkan sentimen positif pelanggan terhadap insurans yang lebih diperibadikan. Apabila diperhatikan merentasi pelbagai jenis polisi insurans, daripada perlindungan pendapatan kepada insurans kereta, sekurang-kurangnya tujuh daripada 10 pemegang polisi mengatakan bahawa mereka 'sangat mahu' atau 'lebih suka' produk yang lebih diperibadikan.
Hampir tiga perempat daripada 1,000 pemegang polisi yang ditinjau Capco, (72%) memilih untuk membeli insurans melalui wakil, menegaskan kepentingan bagi kebanyakan syarikat insurans yang sudah bertapak untuk membina pengalaman lancar saluran omni yang mengekalkan sentuhan peribadi. Apabila mereka membeli produk insurans, pemegang polisi Malaysia mengatakan bahawa faktor keputusan utama mereka ialah premium yang berpatutan (46%), diikuti dengan keupayaan tawaran insurans memenuhi keperluan pelanggan (38%) dan berbaloi dengan harga (37%). Apabila memilih penyedia perkhidmatan insurans, kelajuan perkhidmatan menjadi keutamaan (51%), diikuti dengan reputasi syarikat insurans (43%).
Lance Levy, Ketua Pegawai Eksekutif Capco, berkata: “Dalam beberapa tahun akan datang, syarikat insurans dan penyedia perkhidmatan takaful Malaysia yang sudah bertapak, disertai oleh pengendali insurans dan takaful digital (DITO) baharu, akan mencari kelebihan daya saing dengan memberikan tumpuan untuk menjadi lebih responsif kepada keperluan pelanggan. Keutamaan lain ialah merapatkan jurang perlindungan yang terus mendedahkan terlalu ramai individu dan keluarga Malaysia kepada risiko. Syarikat insurans Malaysia boleh memanfaatkan kesediaan pelanggan masing-masing untuk berkongsi data dengan menawarkan mereka perkhidmatan berinovatif dan disesuaikan. Cabaran utama ialah menguasai cara data ini boleh digunakan dengan pantas bagi menambah baik dan memperibadikan produk yang lebih sejajar mengikut gaya hidup, keutamaan dan belanjawan pelanggan.”
Darren Pigg, Rakan Niaga dan Ketua Insurans APAC di Capco, berkata: “Syarikat insurans mesti mengatasi kekangan legasi untuk mencipta dan mengekalkan pandangan 360 darjah pelanggan masing-masing merentasi pengalaman pengguna saluran omni, disokong oleh proses automatik dan berintegrasi. Syarikat insurans memerlukan seni bina data terbaik seumpamanya dan tadbir urus data yang bertambah baik bagi memelihara kepercayaan pelanggan sambil memanfaatkan alatan analisis dan AI yang berkembang pesat, termasuk yang sama seperti ChatGPT. Syarikat insurans yang mencapai matlamat ini akan berupaya memenuhi keperluan pemegang polisi dengan lebih baik melalui produk berinovatif berteraskan pelanggan yang diedarkan dengan lebih menjimatkan kos merentasi berbilang saluran.”
Tinjauan Capco meninjau sampel wakil pemegang polisi Malaysia yang berumur antara 18 dan 65 tahun untuk merekodkan sikap pengguna terhadap insurans dan syarikat insurans, termasuk saluran pembelian pilihan, pemacu keputusan, pandangan mereka tentang proses tuntutan dan aplikasi insurans, serta keinginan mereka untuk memperibadikan dan berkongsi data peribadi. Laporan berkaitan mengesyorkan laluan ke arah masa depan untuk syarikat insurans yang ingin memanfaatkan peluang yang mengalir daripada sikap positif terhadap perkongsian data rekod tinjauan kami, termasuk pengalaman pelanggan yang berbeza, produk yang lebih disesuaikan dan jualan silang yang dipertingkat. Dapatan penting lain dalam laporan termasuk:
Lebih separuh daripada responden berkata bahawa mereka akan terdorong untuk berkongsi data peribadi tambahan dengan mendapat perkhidmatan yang lebih diperibadikan (56%) dan mempertingkat proses tuntutan (52%).
• Dorongan lain termasuk menambah baik proses pengesahan (50%) dan ditawarkan premium yang lebih murah (43%).
Responden bersedia untuk berkongsi data dengan syarikat insurans lebih suka berbuat demikian melalui ujian kecergasan atau kesihatan (51%), jam tangan pintar atau peranti boleh pakai wayarles (41%) dan peranti pintar di rumah (40%).
• Tidak ramai responden cenderung untuk berkongsi data melalui kotak hitam di dalam kenderaan mereka (24%), atau berkongsi data media sosial (21%).
Aplikasi insurans digunakan untuk pelbagai tugasan, daripada pemantauan dasar (89% pengguna aplikasi) kepada mengakses saranan untuk menambah baik gaya hidup (67%).
• Kegunaan popular lain termasuk mengemas kini maklumat peribadi (86%) dan mempelajari tentang produk baharu (78%).
Apabila membuat tuntutan insurans, responden paling cenderung untuk berbuat demikian secara peribadi (49%), dalam talian (37%) atau melalui telefon (34%).
• Aplikasi ialah saluran tuntutan yang kurang popular (26%) dan mel pos ialah pilihan yang paling tidak disukai (11%).
Antara responden yang telah membuat tuntutan, sebahagian besar (91%) berpuas hati dengan proses tersebut dan 36% mengatakan bahawa mereka ‘sangat berpuas hati’.
• Pihak menuntut yang 'kurang berpuas hati' (9%) terutamanya mengenal pasti pembayaran lewat, respons syarikat insurans lambat dan terlalu banyak kertas kerja sebagai punca kepada masalah utama itu.
Tinjauan insurans Malaysia 2023 Capco boleh dimuat turun di sini. Beberapa laporan pasaran negara lain juga tersedia dan lebih banyak lagi akan diterbitkan dalam beberapa minggu yang akan datang. Tinjauan insurans global terkini Capco telah dikendalikan pada bulan Februari dan Mac 2023, serta berjaya mengumpulkan maklum balas daripada 13,750 pemegang polisi berumur 18 hingga 65 tahun di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand, Hong Kong, Kawasan Teluk Besar (Greater Bay Area - dahulu di bawah pentadbiran Hong Kong), United Kingdom, Switzerland, Jerman, Belgium , Poland, Itali, Amerika Syarikat, Kanada dan Brazil.
Maklumat Tentang Capco
Capco, anak syarikat Wipro, ialah syarikat teknologi global dan perundingan pengurusan dengan kepakaran dalam memacu transformasi digital industri perkhidmatan kewangan. Capco beroperasi di persimpangan antara perniagaan dan teknologi dengan menggabungkan pemikiran berinovatif bersama pengetahuan industri yang tiada tandingannya bertujuan mempercepat inisiatif digital untuk perbankan dan pembayaran, pasaran modal, pengurusan kekayaan dan aset, insurans dan sektor tenaga. Kepintaran termaju Capco direalisasikan melalui budaya Jadilah Diri Anda Sendiri Di Tempat Kerja (Be Yourself At Work) yang memenangi anugerah dan pelbagai bakat. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.capco.com atau ikuti kami dalam LinkedIn, Instagram, Facebook dan YouTube.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17548
Friday, October 13, 2023
FORUM PERINGKAT TINGGI ASEAN: PENGENDALIAN ORANG KURANG UPAYA DILAKSANAKAN SECARA MENYELURUH
MAKASSAR, Indonesia, 12 Oktober 2023/Agensi Berita Antara-AsiaNet/--
| Perlindungan dan pemenuhan bagi hak-hak orang kurang upaya di ASEAN dilaksanakan secara menyeluruh termasuk aspek berkaitan pendidikan, kesihatan, penyediaan peluang pekerjaan dan perlindungan sosial. Rawatan yang menyeluruh ini diperlukan supaya orang kurang upaya boleh berdikari dan pada masa yang sama meningkatkan maruah mereka. Ini adalah di antara isu utama yang muncul di dalam Forum Peringkat Tinggi ASEAN mengenai Pembangunan Inklusif dan Perkongsian Orang Kurang Upaya selepas tahun 2025. Acara peringkat antarabangsa ini yang berlangsung di Makassar pada 10-12 Oktober 2023, telah dihadiri oleh 13 orang wakil negara dari ASEAN, pemerhati, dan wakil dari negara-negara lain. Peserta di dalam forum ini terdiri daripada Menteri dan Pegawai Kanan ASEAN yang bertanggungjawab ke atas kebajikan sosial dan pembangunan di dalam badan-badan sektor yang berkaitan, entiti dan rakan gabungan ASEAN. AHLF 2023 adalah satu daripada satu siri Sidang Kemuncak ASEAN di bawah jawatan pengerusi Indonesia. Beberapa penceramah muncul pada hari pertama AHLF yang memberi tumpuan kepada mengenal pasti cabaran di ASEAN untuk memperkukuhkan pembangunan inklusif kurang upaya. Pelbagai isu dan pengajaran yang diperoleh daripada kesan pandemik terhadap kehidupan orang kurang upaya turut dibincangkan. Dalam ucapan perasmian beliau, Menteri Hal Ehwal Sosial Tri Rismaharini berkata kecacatan bukan sahaja menjadi satu isu di ASEAN, tetapi juga merupakan satu isu global kerana jumlah orang kurang upaya agak ramai. Di ASEAN, terdapat kira-kira 62 juta orang kurang upaya. Manakala, di Indonesia pula mereka berjumlah sekitar 22.9 juta orang. Di atas sebab ini, AHLF telah menjemput peserta dari Amerika Syarikat, England dan Australia untuk melihat bagaimana negara-negara ASEAN telah berusaha untuk menangani ketidakupayaan dengan baik sambil berbincang dan bertukar pengalaman. “Kami berharap melalui AHLF ini, penanganan terhadap orang kurang upaya di ASEAN dapat menjadi lebih baik lagi di masa hadapan,” kata Menteri Hal Ehwal Sosial di hadapan media selepas sesi pembukaan di Makassar, pada Selasa (10/10). Hadir pada mesyuarat itu, Pengerusi bagi Suruhanjaya VIII Dewan Rakyat, Ashabul Kahfi berkata pihaknya amat menghargai langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Hal Ehwal Sosial di dalam penganjuran AHLF. Dalam Undang-undang Nombor 8 Tahun 2016 mengenai Orang Kurang Upaya, kerajaan digalakkan untuk bekerjasama dengan banyak pihak untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang kurang upaya. Perkhidmatan ini amat penting agar orang kurang upaya boleh berdikari dan pada masa yang sama meningkatkan nilai dan martabat orang kurang upaya. "Kementerian Hal Ehwal Sosial, setakat ini, telah memberi perhatian kepada hak-hak orang kurang upaya. "Daripada belanjawan sekitar IDR 80 trilion, sebahagian daripadanya telah digunakan untuk memperkasakan orang kurang upaya," kata beliau. Memenuhi hak orang kurang upaya adalah satu usaha untuk merealisasikan reka bentuk pembangunan insan Indonesia di mana tidak ada pihak yang ketinggalan, termasuk mereka yang kurang upaya. Kenyataan ini telah disampaikan oleh Timbalan bagi Penyelarasan Peningkatan Kebajikan Sosial, Kementerian Penyelarasan bagi Pembangunan Manusia dan Budaya, Prof. Nunung Nuryartono. Menurut beliau, Kementerian Hal Ehwal Sosial telah merangka banyak program supaya golongan kurang upaya dapat keluar daripada kemiskinan tegar. “Presiden telah mengisytiharkan bahawa tidak akan ada lagi kemiskinan tegar pada tahun 2024. “Itu adalah sasaran kita bersama,” kata Nunung. Sementara itu, Pengerusi bagi Persatuan Orang Kurang Upaya Indonesia, Norman Yulian, pada majlis yang sama, menghargai kesungguhan kerajaan, khususnya Kementerian Hal Ehwal Sosial di dalam merealisasikan sebuah Indonesia yang inklusif dan mesra orang kurang upaya. Kerajaan juga telah mencuba pelbagai cara untuk mewujudkan sebuah Indonesia yang inklusif, termasuk bagi golongan orang kurang upaya, baik di dalam sektor pendidikan mahupun pekerjaan. "Kami berharap melalui AHLF kami dapat merangka satu pelan induk untuk mengendalikan ketidakupayaan bagi rantau ASEAN," kata Norman. Berhubung acara di Makassar itu, Menteri Hal Ehwal Sosial berkata bahawa kehadiran peserta dari pelbagai negara turut digunakan untuk mempromosikan pelancongan Indonesia yang unik dan sangat pelbagai. Destinasi pelancongan di Sulawesi Selatan sangat unik kerana ia berkaitan dengan tamadun manusia. “Potensi pelancongan ini sangat jarang dan luar biasa jadi ia harus dipromosikan ke seluruh dunia,” kata Menteri Risma. Bukan mudah untuk mengoptimumkan destinasi pelancongan bagi orang kurang upaya kerana kerajaan harus menyediakan infrastruktur itu. Namun, ini boleh dilakukan oleh Indonesia. Destinasi pelancongan yang akan dilawati oleh delegasi AHLF adalah sangat mesra kepada orang kurang upaya. “Daripada reka bentuk sehingga kepada pembinaan, segala-galanya dilakukan oleh orang kurang upaya supaya ia sesuai dengan keperluan mereka. “Langkah ini juga untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mampu dan berupaya jika diberikan peluang,” kata beliau. SUMBER: Kementerian Sosial http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17547 |
Thursday, October 12, 2023
SOREN BJORN DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DRISCOLL'S
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Driscoll's pada Masa Ini, J. Miles Reiter akan Bersara pada Bulan Januari 2024 dan Menjadi Pengerusi Eksekutif
WATSONVILLE, Calif., 12 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lembaga Pengarah Driscoll’s telah memilih Soren Bjorn, yang pada masa ini memegang jawatan presiden Driscoll's Amerika, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat tersebut. Beliau akan mengambil alih peranan tersebut pada bulan Januari 2024 dan menyelia operasi harian global syarikat itu. J. Miles Reiter, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Driscoll's pada masa ini, telah mengumumkan rancangannya untuk bersara pada akhir tahun dan menjadi Pengerusi Eksekutif syarikat milik keluarga itu.
Bjorn menyertai Driscoll's, syarikat beri dunia, pada tahun 2006 dan telah terlibat dalam hampir setiap aspek perniagaan sepanjang 17 tahun yang lalu. Sebagai bekas naib presiden kanan perniagaan antarabangsa dan teknologi global, beliau mengetuai pembangunan perniagaan di Eropah, Amerika Selatan dan Australia, serta R&D dan pembakaan global. Beliau menjadi ketua unit perniagaan Driscoll’s di Amerika Utara pada tahun 2013 dan dinaikkan pangkat kepada jawatan pada masa ini sebagai presiden Driscoll's Amerika pada tahun 2017.
Keluaran beri Driscoll’s digemari oleh pengguna di seluruh dunia, menjadikan buah tersebut sebagai satu daripada jenama barangan runcit yang terbaik. Sebagai bakal Ketua Pegawai Eksekutif, keutamaan Bjorn ialah mengekalkan budaya berkembang maju syarikat dan terus mempercepat pertumbuhan global syarikat. Melalui pengalamannya mengetuai R&D dan inovasi, beliau juga akan membimbing usaha syarikat untuk melaksanakan teknologi baharu yang menambah baik kecekapan operasi dan memastikan perniagaan kekal berdaya tahan terhadap cabaran di seluruh industri seperti perubahan iklim.
“Saya berasa rendah hati kerana Miles, pihak Lembaga Pengarah dan ribuan ahli pasukan Driscoll’s di seluruh dunia telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk membimbing syarikat menempuhi masa depan,” kata Bjorn. “Legasi Miles ialah kuasa dan kejelasan misi, visi dan nilai Driscoll’s. Beliau telah menggunakan kesemua itu dalam membimbing setiap keputusan dan tindakan untuk syarikat. Sebagai bakal ketua pegawai eksekutif Driscoll’s yang baharu, saya komited sepenuhnya kepada semua pekerja, rakan kongsi dan pelanggan kami bahawa saya akan membina legasi beliau dan menghormati prinsip yang sama ini.”
Legasi yang Berkekalan
Miles Reiter telah terlibat dalam perniagaan beri, memegang beberapa jawatan untuk sebahagian besar daripada 70 tahun yang lalu. Selepas kolej, beliau menjadi penanam beri di Lembah Pajaro California sekitar 1970-an dan telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada tahun 1988. Reiter telah berkhidmat dua kali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat - sekali dari tahun 2000-2015 dan sekali lagi dari tahun 2018-sekarang.
“Generasi keluarga saya sebelum saya dan, saya rasakan, generasi selepas itu, telah atau akan, terlibat secara mendalam untuk mengendalikan perniagaan yang sentiasa menarik ini,” kata Reiter. “Pengalaman khusus yang menyeronokkan ialah mengenali warga kerja yang membentuk pasukan pekerja global, penanam bebas, rakan kongsi industri dan pelanggan runcit kami, sama ada di lapangan, di tapak kerja, di pasaran, menikmati hidangan, atau yang terbaik, ialah semua perkara di atas.
Beliau menambah, “Kini tiba masanya untuk saya berundur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Dengan kerjasama Lembaga Pengarah kami, saya telah berjaya menemui pemimpin baharu yang amat komited terhadap nilai, misi kami dan masa depan yang menjadikan Driscoll's sebagai syarikat beri terkemuka dunia, memperkaya kehidupan setiap individu yang kami sentuh. Bersama ini, dengan penuh semangat dan keyakinan, kami melantik Soren sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu. Pengetahuan globalnya yang mendalam tentang perniagaan buah beri, memiliki kepintaran yang kuat, pertimbangan yang bijak dan sikap lucu yang menular menjadikannya layak serta unik untuk peranan ini.”
Maklumat Tentang Driscoll’s
Driscoll's ialah peneraju pasaran global strawberi, beri biru, raspberi dan beri hitam segar. Dengan pengalaman lebih daripada 100 tahun warisan perladangan, Driscoll's ialah perintis inovasi perisa beri dan jenama pengguna yang dipercayai Only the Finest Berries™. Bersama lebih daripada 900 penanam bebas di seluruh dunia, Driscoll's membangunkan pelbagai pilihan beri yang dipatenkan secara eksklusif hanya menggunakan kaedah pembakaan tradisional yang menumpukan kepada penanaman buah beri yang cukup lazat. Pasukan ahli agronomi, pembaka, penganalisis deria, ahli patologi dan ahli entomologi tumbuhan yang khusus membantu menanam anak benih yang kemudiannya ditanam di ladang keluarga setempat. Beri Driscoll’s ditanam di lebih daripada 20 negara dan tersedia untuk pengguna di lebih daripada 40 negara di seluruh Amerika Utara, Australia, Eropah dan China.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53584740/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Individu untuk Dihubungi
Frances Dillard
press@driscolls.com
Sumber: Driscoll’s
Tuesday, October 10, 2023
B-EX INC. SYARIKAT PERTAMA JEPUN DI SIDANG KEMUNCAK BIODIVERSITI DUNIA, KOMITED TERHADAP INISIATIF MAMPAN DALAM INDUSTRI KECANTIKAN
TOKYO, 10 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- b-ex Inc. (beribu pejabat di Setagaya-ku, Tokyo, di bawah Ketua Pegawai Eksekutif Toshihiro Fukui), dengan perniagaan utamanya ialah pembangunan dan penjualan produk profesional untuk salun kecantikan dan saluran pengguna, menyertai Sidang Kemuncak Biodiversiti Dunia (WBS) di New York, pada 21 September 2023.Acara ini yang diadakan bersempena dengan sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA78), merupakan persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Yayasan Iklim Dunia (WCF) yang menumpukan kepada pemuliharaan biodiversiti dan menggalakkan dialog awam-swasta. Edisi pertama persidangan ini berlangsung di Glasgow, Scotland pada tahun 2021. Edisi ketiga pada tahun ini telah mengumpulkan lebih kurang 200 pihak berkepentingan daripada syarikat dan organisasi di seluruh dunia di New York, Amerika Syarikat.
b-ex, sebagai syarikat Jepun pertama yang menyertai WBS, telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Toshihiro Fukui. Kami memperkenalkan usaha kami ke arah masyarakat bebas karbon, seperti peralihan mod dalam pengangkutan produk dan pengurangan penggunaan plastik untuk pembungkusan. Selain itu, kami menyatakan komitmen kami untuk bekerjasama dengan salun rambut bagi mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan berusaha ke arah menjadi "Kumpulan Syarikat Kecantikan Profesional & Bersih No.1 Asia."
Mesej daripada Ketua Pegawai Eksekutif b-ex, Toshihiro Fukui
Ia merupakan satu penghormatan untuk mengambil bahagian dalam WBS sebagai sebuah syarikat Jepun buat kali pertama dan mempunyai peluang untuk berucap. Semasa pembentangan saya, saya membangkitkan isu bahawa apabila mengira jumlah air yang digunakan di salun rambut di seluruh Jepun, ia berjumlah kira-kira 137 juta liter sehari. Ramai peserta meluahkan pendapat bahawa walaupun mereka pergi ke salun rambut beberapa kali setahun, mereka tidak menyedari isu berkaitan biodiversiti yang timbul daripada penubuhan salun tersebut. Inisiatif kemampanan semakin tidak dapat dipisahkan daripada pengurusan salun kecantikan. b-ex bermatlamat bukan sahaja untuk menyediakan produk tetapi juga untuk menyokong pengurusan salun rambut yang mampan pada masa hadapan, sekali gus menerajui pengurangan pelepasan karbon dalam industri kecantikan. Kami berazam untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mengatasi semua cabaran dan bercita-cita agar tindakan kami berfungsi sebagai pemangkin bukan sahaja untuk industri kecantikan tetapi juga untuk perubahan masyarakat yang lebih luas di Jepun.
Untuk menonton video sila klik di sini:
https://www.b-ex.inc/en/news/index_news20230922.html
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53576760/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
b-ex Inc.
Yuko Fujishima
press@b-experience.com
+81-3-6757-4080
Sumber: b-ex Inc.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17537
VIDEO KENANG-KENANGAN UNTUK TAHUN KE-50 PERSAHABATAN DAN KERJASAMA ASEAN-JEPUN "MEMBUKA MASA DEPAN GEMILANG (OPEN THE GOLDEN FUTURE)" TELAH DIKELUARKAN
Sebelum pelancaran video kenang-kenangan itu, majlis anugerah dalam talian untuk Kempen Video Pendek Jambatan Gemilang (Golden Bridge Short Video Campaign) diadakan pada 5 Oktober. Pemenang kempen itu dijemput, disertai oleh panel hakim bagi kempen tersebut, Tuan Yang Terutama Masahiko Kiya, Duta Jepun ke ASEAN, Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin Haji Musa, Duta Brunei Darussalam ke Jepun (Pengerusi Jawatankuasa ASEAN Tokyo, Jan-Jun 2023), Duta Kempen dari semua AMS yang berpangkalan di Jepun dan agensi kreatif amana inc. yang merancang dan menghasilkan kempen ini bersama AJC.
Semasa majlis itu, pemenang hadiah utama Cik Francine Besorio berkongsi kisah peribadinya di sebalik videonya “ASEAN-Jepun: jawapan saya kepada Senbazuru (ASEAN-Japan: my answer to Senbazuru)”. Besorio berkongsi sejauh mana Jepun menjadi “penawar hati” dan “sumber kebahagiaan” semasa zaman remaja beliau terutamanya dengan animasi Jepun dan makanan, dan bahawa video itu diilhamkan oleh kisah Sadako dan Seribu Burung Jenjang Kertas (Senbazuru), yang beliau pelajari di Muzium Peringatan Keamanan Hiroshima. “Kalaulah saya tahu lebih awal, saya sepatutnya mula membuat burung jenjang kertas pada tahun 2016, pada masa inilah kampung halaman saya, Marawi menghadapi peperangan yang dahsyat. Harapan di hati saya hanyalah untuk mencapai keamanan, serta orang ramai dan keluarga saya selamat. Tanpa disedari, Jepun, negara kegemaran saya, menjadi jawapan untuk itu - Senbazuru untuk semua bantuan kewangan yang diberikan kepada Marawi bagi tujuan pemulihan dan pembinaan semula bandar tersebut,” kata Besorio. Dalam perutusan tahniah, Tuan Yang Terutama Kiya meraikan kejayaan menyempurnakan kempen tersebut dengan mengatakan bahawa ini merupakan “pertukaran kerjasama antara negara anggota ASEAN” dan berkata bahawa beliau berharap dapat bekerjasama dengan para peserta untuk 50 tahun yang akan datang dan seterusnya. Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berkata, “Apabila kita melihat kembali pada 20 tahun yang akan datang ini, saya rasa anda semua boleh berbangga kerana anda sudah menjadi sebahagian daripada sambutan pada tahun ini.”
Kini, video itu boleh didapati di saluran Youtube Pusat ASEAN-Jepun di pautan berikut: https://youtu.be/NLw4DYtLaXU.
Video tersebut juga boleh didapati di laman web khas Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun (aseanjapan50.jp) dan akaun media sosial AJC yang lain.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53579882/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17533
Friday, October 6, 2023
DUCK CREEK TECHNOLOGIES MENDAPAT STATUS PENYEDIA PENYELESAIAN 50 TERATAS DAN FAST TRACK FINTECH 100 TERATAS DALAM KEDUDUKAN FINTECH 2023 IDC
Pengiktirafan diiringi dengan rakan ekosistem dan peneraju teknologi global yang menyokong perniagaan insurans global
BOSTON, 6 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan harta benda dan kasualti (P&C) dan insurans am, hari ini mengumumkan pengiktirafannya sebagai penyedia penyelesaian 50 Terbaik Kedudukan FinTech IDC 2023 dan Fast Track FinTech 100 Teratas. Ini adalah tahun kedua berturut-turut Duck Creek telah tersenarai dalam senarai berprestij dengan peneraju teknologi global yang lain, menunjukkan pertumbuhan yang ketara, berterusan dan daya tarikan pasarannya yang kukuh.
Kedudukan FinTech IDC memilih peneraju teknologi global berdasarkan hasil pendapatan tahun kalendar sebelumnya. Mereka yang termasuk dalam kedudukan tahun ini adalah penting untuk pemodenan dan transformasi digital industri perkhidmatan kewangan, dan Duck Creek berbangga untuk dinamakan bersama rakan kongsi ekosistem, seperti Accenture, Capgemini, Cognizant, CoreLogic, DocuSign, Eviden, Experian, EY , Hexaware, HCLTech, IBM, LTIMindtree, Microsoft, DATA NTT, Smart Communication, TransUnion dan Wipro. Duck Creek mencapai pertumbuhan tahun ke tahun dengan memfokuskan pada kejayaan pelanggan dan pendekatan ekosistem rakan kongsinya, mengesahkan bahawa mereka "memerlukan sebuah desa" untuk menyokong syarikat insurans paling canggih di seluruh dunia dengan penyelesaian teknologi yang terkemuka di pasaran.
“Kepercayaan mendalam daripada pelanggan dan rakan kongsi global kami yang digandingkan dengan teknologi bertaraf dunia dan budaya kami yang memenangi anugerah telah membolehkan Duck Creek mencapai pertumbuhan sejarah sambil menyesuaikan diri dengan iklim makro yang dinamik dan trend industri insurans yang berkembang,” ujar Rohit Bedi, Ketua Pegawai Hasil, Duck Creek Technologies. “Kemasukan kami pada Kedudukan FinTech IDC 2023 mengukuhkan semangat kami untuk membolehkan pelanggan kami berjaya dan nilai berbeza yang kami bawa kepada industri insurans sebagai jenama SaaS P&C moden yang dipercayai pada peringkat global.”
“IDC telah menghasilkan Kedudukan FinTech IDC selama dua puluh tahun dan telah memperluaskan program ini untuk memasukkan 150 penyedia penyelesaian terbaik untuk memastikan kami mendapat perwakilan paling tepat bagi FinTech terbesar di dunia,” kata Marc DeCastro, pengarah penyelidikan di IDC . “Syarikat teknologi dalam senarai ini menyediakan inovasi yang diperlukan untuk mengekalkan perkhidmatan kewangan di barisan hadapan dalam menyediakan pengalaman digital moden merentas semua aspek perjalanan kewangan pelanggan.”
Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies ialah penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan hartanah dan mangsa (P&C) dan industri insurans am. Kami merupakan platform yang membina sistem insurans moden, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Ketulenan, tujuan dan ketelusan adalah teras kepada Duck Creek dan kami percaya insurans harus ada untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana dan bagaimana mereka memerlukannya. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara tersendiri atau sebagai suite penuh, dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan Twitter.
Maklumat Hubungan Media:
Carley Bunch
carley.bunch@duckcreek.com
SUMBER : Duck Creek Technologies
BOSTON, 6 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan harta benda dan kasualti (P&C) dan insurans am, hari ini mengumumkan pengiktirafannya sebagai penyedia penyelesaian 50 Terbaik Kedudukan FinTech IDC 2023 dan Fast Track FinTech 100 Teratas. Ini adalah tahun kedua berturut-turut Duck Creek telah tersenarai dalam senarai berprestij dengan peneraju teknologi global yang lain, menunjukkan pertumbuhan yang ketara, berterusan dan daya tarikan pasarannya yang kukuh.
Kedudukan FinTech IDC memilih peneraju teknologi global berdasarkan hasil pendapatan tahun kalendar sebelumnya. Mereka yang termasuk dalam kedudukan tahun ini adalah penting untuk pemodenan dan transformasi digital industri perkhidmatan kewangan, dan Duck Creek berbangga untuk dinamakan bersama rakan kongsi ekosistem, seperti Accenture, Capgemini, Cognizant, CoreLogic, DocuSign, Eviden, Experian, EY , Hexaware, HCLTech, IBM, LTIMindtree, Microsoft, DATA NTT, Smart Communication, TransUnion dan Wipro. Duck Creek mencapai pertumbuhan tahun ke tahun dengan memfokuskan pada kejayaan pelanggan dan pendekatan ekosistem rakan kongsinya, mengesahkan bahawa mereka "memerlukan sebuah desa" untuk menyokong syarikat insurans paling canggih di seluruh dunia dengan penyelesaian teknologi yang terkemuka di pasaran.
“Kepercayaan mendalam daripada pelanggan dan rakan kongsi global kami yang digandingkan dengan teknologi bertaraf dunia dan budaya kami yang memenangi anugerah telah membolehkan Duck Creek mencapai pertumbuhan sejarah sambil menyesuaikan diri dengan iklim makro yang dinamik dan trend industri insurans yang berkembang,” ujar Rohit Bedi, Ketua Pegawai Hasil, Duck Creek Technologies. “Kemasukan kami pada Kedudukan FinTech IDC 2023 mengukuhkan semangat kami untuk membolehkan pelanggan kami berjaya dan nilai berbeza yang kami bawa kepada industri insurans sebagai jenama SaaS P&C moden yang dipercayai pada peringkat global.”
“IDC telah menghasilkan Kedudukan FinTech IDC selama dua puluh tahun dan telah memperluaskan program ini untuk memasukkan 150 penyedia penyelesaian terbaik untuk memastikan kami mendapat perwakilan paling tepat bagi FinTech terbesar di dunia,” kata Marc DeCastro, pengarah penyelidikan di IDC . “Syarikat teknologi dalam senarai ini menyediakan inovasi yang diperlukan untuk mengekalkan perkhidmatan kewangan di barisan hadapan dalam menyediakan pengalaman digital moden merentas semua aspek perjalanan kewangan pelanggan.”
Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies ialah penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan hartanah dan mangsa (P&C) dan industri insurans am. Kami merupakan platform yang membina sistem insurans moden, yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan malar hijau. Ketulenan, tujuan dan ketelusan adalah teras kepada Duck Creek dan kami percaya insurans harus ada untuk individu dan perniagaan pada bila-bila masa, di mana dan bagaimana mereka memerlukannya. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara tersendiri atau sebagai suite penuh, dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan Twitter.
Maklumat Hubungan Media:
Carley Bunch
carley.bunch@duckcreek.com
SUMBER : Duck Creek Technologies
Tuesday, October 3, 2023
AUTEL ENERGY MENCAPAI LABEL EGAT NO. 5 DENGAN PENILAIAN 3 BINTANG UNTUK MAXICHARGER DC COMPACT 47KW
Pengiktirafan tersebut diberi dan disampaikan oleh Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik Thailand (Electricity Generating Authority of Thailand - EGAT) berdasarkan kriteria kecekapan tenaga yang ketat, seperti yang tertera dalam Kriteria Kecekapan Tenaga untuk Pengecas EV 2024. Menurut kriteria ini, pengecas DC di bawah 60KW mesti mencapai penilaian kecekapan melebihi 93.738% untuk mendapat penilaian 3 bintang yang menjadi rebutan itu. Autel MaxiCharger DC Compact 47KW telah berjaya melepasi syarat ini, serta mencapai kecekapan maksimum yang mengagumkan iaitu sebanyak 95.293% pada beban penuh.
MaxiCharger DC Compact 47KW direka bentuk dengan tumpuan kepada kecekapan, kelajuan dan kemudahan, menjadikan pengecas tersebut sebagai pilihan yang terbaik untuk penyelesaian pengecasan EV:
Pantas dan Berkesan: Dilengkapi dengan dwiport yang berupaya membekalkan kuasa sehingga 47KW, MaxiCharger DC Compact boleh mengecas dua kenderaan serentak. Pengecas ini dapat memberikan jarak perjalanan sebanyak 130 kilometer kepada EV dengan hanya 30 minit mengecas, menjadikan pengecas berkenaan sebagai penyelesaian yang cekap untuk pemilik EV.
Reka Bentuk Kompak: Direka bentuk untuk serbaguna, MaxiCharger DC Compact merupakan produk ultra kompak, tetapi berupaya menjana kuasa DC yang besar. Pilihan pemasangan yang fleksibel boleh memenuhi kedua-dua keadaan iaitu kedudukan tetap dan mudah alih, dengan kos pemasangan yang rendah memastikan pulangan pelaburan yang cepat untuk pengendali tapak.
Platform Pengiklanan dan Komunikasi Pintar: MaxiCharger DC Compact menampilkan skrin sentuh LCD mesra pengguna bersaiz 21.5 inci yang dikuasakan oleh Android 10, memberikan pengalaman pengecasan yang baik kepada pelanggan dan peletakan pengiklanan yang disasarkan. Pengendali tapak boleh berkomunikasi, mempromosikan, atau menarik pelanggan dengan berkesan, sekali gus menjana aliran pendapatan baharu.
“Mendapat Label EGAT No. 5 dengan penilaian 3 bintang untuk MaxiCharger DC Compact 47KW kami merupakan pencapaian yang besar untuk Autel,” kata Henry He, Pengarah Urusan Jualan Autel Energy APAC. “Kami berbangga menjadi sebahagian daripada program Label No. 5 EGAT yang dikhususkan kepada penjimatan tenaga dan komited untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian cekap tenaga untuk pasaran Thailand. Dengan memilih MaxiCharger DC Compact 47KW Autel, pengguna dan perniagaan boleh menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan mampan sambil menikmati manfaat penyelesaian pengecasan EV berprestasi tinggi.”
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17521
Subscribe to:
Posts (Atom)


