Saturday, December 3, 2022

NIELSENIQ MENGEMUKAKAN LAPORAN BAHARU YANG MEMFOKUSKAN PADA KESAN KEMAMPANAN TERHADAP INDUSTRI BARANG PENGGUNA LARIS

Perubahan iklim akan memaksa syarikat untuk memikirkan semula model perniagaan dan berubah dalam tempoh lima tahun akan datang

CHICAGO, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ mengemukakan laporan baharu yang bertajuk “Kemampanan yang Berubah” pada hari ini. Laporan ini memfokuskan pada kesan perubahan iklim ke atas industri barang pengguna laris. Dalam tempoh lima tahun akan datang, adalah dijangka bahawa tadbir urus dan kos, akan memaksa pengeluar, jenama dan peruncit untuk melaksanakan transformasi dan komited kepada model perniagaan yang sebenar dan mampan untuk mengurangkan risiko jangka pendek dan panjang.

"Kemampanan telah menjadi agenda korporat sejak sekian lama. Ia dianggap sebagai keutamaan yang menjadi semakin penting, di mana sesetengah perniagaan telah membuat keputusan proaktif untuk mendahului pesaing industri dan yang lain telah mengambil pendekatan lebih pasif," kata Regan Leggett, Peneraju Foresight, NielsenIQ. "Kos tenaga yang meningkat secara mendadak, penghasilan tanaman yang menurun dan gangguan rantaian bekalan semuanya memaksa syarikat untuk mengubah model perniagaan sedia ada supaya dapat menangani cabaran yang bakal berlaku atau menanggung ketidakpastian dan peningkatan implikasi kos."

Memandangkan cabaran rantaian bekalan, tekanan inflasi dan niat perbelanjaan pengguna yang berhati-hati, laporan itu menunjukkan bahawa pengguna kini lebih sedar akan kemampanan dan menuntut tindakan dan kebertanggungjawaban korporat. Laporan baharu itu membincangkan beberapa bidang utama, termasuk:

1. Bagaimana kos yang meningkat secara mendadak mengubah model perniagaan sedia ada akibat kesan perubahan iklim.
2. Bagaimana tadbir urus dan peraturan yang menjadi lebih ketat mendorong momentum kemampanan.
3. Bagaimana sentimen pengguna berubah daripada “pemilikan mengikut keinginan”, kepada garis dasar asas baharu dalam proses membuat keputusan mereka.
4. Apakah peranan yang dimainkan oleh pihak berkepentingan yang berbeza dalam memajukan agenda kemampanan? Siapakah yang dipercayai pengguna? Dan apakah cara syarikat boleh membantu pengguna membuat pilihan yang lebih mampan?
5. Apakah masa depan kemampanan bagi peruncit, jenama, pengguna dan kerajaan?
6. Apakah tindakan yang mesti diambil oleh syarikat sekarang untuk memenuhi sasaran dan ikrar masa depan yang dibuat oleh kerajaan?

"Pengguna kini ingin menyumbang kepada kemampanan dalam kehidupan harĂ­an dan tingkah laku pengguna mereka; namun, tidak semua syarikat mempunyai amalan yang mampan," kata Nicole Corbett, Naib Presiden Kepimpinan Pemikiran, NielsenIQ. "Sejak sedekad yang lalu, pengguna telah menyeru untuk revolusi hijau yang belum menjadi kenyataan. Tambahan pula, pencucian hijau serta ketidakgiatan daripada jenama dan peruncit telah menyebabkan pengguna mempunyai tahap kepercayaan yang berbeza-beza terhadap penunaian janji pihak-pihak tersebut."
 
Perubahan iklim kemampanan telah mencapai saat kritikal, perubahan dramatik akan berlaku kepada syarikat dalam lima tahun yang akan datang apabila syarikat berubah untuk memenuhi permintaan, garis panduan dan realiti baru dalam menjalankan perniagaan. Tindakan tulen daripada syarikat yang proaktif dan tulus ikhlas akan mempunyai kelebihan strategik apabila industri berebut untuk memenuhi keperluan dan mewajibkan usaha yang mampan.

Untuk memperoleh cerapan laporan terkini, sila kunjungi https://nielseniq.com/global/en/insights/analysis/2022/the-changing-climate-of-sustainability-has-reached-a-critical-moment/.

Tentang NielsenIQ

NielsenIQ, sebuah syarikat perkhidmatan maklumat global yang menyampaikan piawaian emas dalam pengukuran pengguna dan runcit melalui pemahaman yang paling berkaitan, lengkap dan boleh diambil tindakan tentang pengguna global yang sedang berkembang, omnichannel. NielsenIQ ialah sumber keyakinan untuk industri yang kami layani dan perintis yang menentukan dasar seterusnya bagi pengukuran pengguna dan runcit. Data kami, cerapan berkaitan dan analitik ramalan mengoptimumkan prestasi barang pengguna laris (CPG) dan syarikat runcit, serta mendekatkan mereka dengan komuniti yang mereka melayani dan membantu mendorong pertumbuhan mereka.

NielsenIQ yang merupakan syarikat milik Advent International sedang beroperasi di 90+ pasaran, meliputi lebih daripada 90% penduduk dunia. Untuk memperoleh maklumat lanjut, sila kunjungi NielsenIQ.com. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16591

Friday, December 2, 2022

MPC SOKONG CADANGAN KEPERLUAN PASUKAN PETUGAS KHAS BAGI MENANGANI KERENAH BIROKRASI

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menyokong cadangan mantan Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali mengenai penubuhan pasukan tindakan untuk menyelesaikan isu berkaitan kerenah birokrasi yang boleh merencatkan pemulihan ekonomi negara.
 
MyMudah telah diperkenalkan melalui Mesyuarat EAC dengan objektif yang sejajar dengan cadangan Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali untuk menyelesaikan isu berkaitan kerenah birokrasi. Mesyuarat EAC yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 November 2021 telah bersetuju dengan penubuhan Unit MyMudah di semua Kementerian, agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta persatuan peniagaan bagi membantu semakan peraturan secara terancang dan mengurangkan beban peraturan yang tidak wajar terhadap perniagaan.
 
Ketua Pengarah Perbadanan MPC, YBhg. Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman berkata MyMudah menangani kerenah birokrasi melalui pendekatan keseluruhan kerajaan serta disokong oleh input daripada pihak industri, membolehkan penyelesaian dirangka berasaskan bukti yang jelas serta memudahkan pelaksanaan. 
 
“Hingga kini, lebih 100 Unit MyMudah telah ditubuhkan di pelbagai peringkat bagi menyelesaikan isu berkaitan kerenah birokrasi. Kerjasama erat antara sektor awam di pelbagai peringkat bersama sektor swasta amat diperlukan bagi memastikan keberkesanan usaha ini.
 
"MPC bertindak sebagai penggerak dan memberikan khidmat nasihat kepada Unit-Unit MyMudah di dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan inisiatif ini. Pelaksanaan MyMudah dipantau secara langsung oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dan melibatkan penyertaan pemegang taruh dan pihak berkepentingan dari sektor awam dan swasta,” katanya.
 
Menurut beliau, penambahbaikan ini akan meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dalam penyampaian peraturan, mengurangkan kos menjalankan perniagaan, dan membawa kepada ekosistem peraturan negara yang lebih cekap dan berkesan.
 
Antara kejayaan MyMudah ialah Projek E10: Permit Pembinaan Ekspres yang mempercepatkan pengeluaran permit pembinaan dari 24 bulan kepada hanya 10 bulan dan projek meningkatkan kecekapan pergerakan dokumen di kilang berstatus Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) dari tiga hari kepada hanya satu minit.

Orang ramai dan komuniti perniagaan dialu-alukan untuk memberi maklumbalas isu dan cabaran berkaitan peraturan perniagaan yang tidak wajar melalui Portal MyMudah (https://mymudah.gov.my/).
 
Mengenai  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menggalakkan produktiviti, kualiti dan daya saing kepada industri dan organisasi di Malaysia. Visi MPC adalah menjadi organisasi terkemuka dalam peningkatan produktiviti untuk daya saing global dan inovasi.
 
Sumber: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16587

TINJAUAN PELANCONGAN GMO RESEARCH 2022: INDUSTRI PELANCONGAN MENGALAMI PERTUMBUHAN PESAT




TOKYO, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) 
-- Dalam tinjauan pelancongan yang baru dijalankan oleh GMO Research (TOKYO: 3695), keputusan menunjukkan bahawa dengan pembukaan semula sempadan, Asia mula melihat corak pelancongan yang sihat. Walaupun rantau ini belum pulih kepada tahap sebelum pandemik dan pengembara masih berwaspada, minat terhadap pelancongan luar negara telah meningkat dengan ketara.

Untuk memahami corak dan kesanggupan melancong, GMO Research telah menjalankan tinjauan pada monitor di sepuluh buah negara dan rantau ASIA Cloud Panel,1 rangkaian panel syarikat itu sendiri.2

• Topik penyelidikan: Niat pengguna untuk melancong ke luar negara
• Senarai negara yang ditinjau: China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan , Singapura, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia, Malaysia
• Sampel: Lelaki/Wanita, Umur 20-69 3,328 orang
(China 330, Hong Kong 329, Jepun 332, Korea Selatan 346, Singapura 330, Vietnam 338, Thailand 329, Filipina 330, Indonesia 330, Malaysia 334)
• Tempoh tinjauan: 29 Oktober–30 Oktober 2022
• Kaedah tinjauan: Tinjauan dalam talian (Soalan tertutup)

1. Kesanggupan responden terhadap pelancongan masuk

Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa bilangan keseluruhan responden yang bercadang melancong ke luar negeri “sekurang-kurangnya sekali setahun” pada tahun depan kini 10 mata lebih tinggi berbanding sebelum COVID-19 (Carta 1-1). Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa kesanggupan melancong berbeza-beza mengikut negara.

Lebih daripada setengah responden di Jepun (88.6%) dan Indonesia (73.2%) telah menyatakan bahawa mereka “tidak bercadang melancong ke luar negara” pada tahun depan kerana mereka tetap berwaspada terhadap pelancongan luar negara dan lebih tertumpu pada pelancongan yang selamat dan seronok (Carta 1-2).

2. Belanjawan pelancongan responden (kecuali perbelanjaan pengangkutan dan penginapan)

Hampir setengah responden, 42.6%, telah menyatakan bahawa belanjawan selepas pandemik mereka akan meningkat, manakala 36.4% mengatakan bahawa belanjawan mereka akan kekal sama. Serupa dengan kesanggupan melancong, respons ini juga berbeza-beza mengikut negara, dengan responden dari Hong Kong (53%), Singapura (64%), Filipina (51.5%) dan Vietnam (62.3%) menyatakan niat untuk meningkatkan belanjawan pelancongan.

Sebaliknya, sebahagian besar responden dari Jepun (95%) dan Korea Selatan (72.7%) telah menyatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk meningkatkan perbelanjaan, malah mungkin mengurangkan perbelanjaan dengan sedikit atau banyak, yang nampaknya disebabkan oleh susut nilai mata wang mereka (Carta 2).

3. Negara yang responden bercadang lawati

Jepun merupakan destinasi pertama yang responden mahu lawati, diikuti Korea Selatan dalam tempat kedua (Carta 3). Makanan tradisional dan tempatan, pengalaman budaya dan tarikan pelancong yang unik merupakan faktor dorongan utama untuk pelancong lawati Jepun dan Korea Selatan.

Untuk Jepun, susut nilai Yen Jepun juga merupakan faktor dorongan untuk responden melancong ke negara tersebut yang dikenali dengan budaya anime.

Sebaliknya, industri hiburan Korea yang berkembang pesat di Korea Selatan merupakan faktor penyumbang, dengan responden menyatakan penyertaan “konsert oleh BTS dan bintang Korea” serta cinta terhadap drama Korea sebagai sebab yang kuat untuk melawati Korea Selatan. Serupa dengan Jepun, susut nilai Won Korea Selatan juga boleh dianggap sebagai satu lagi faktor dorongan untuk responden melawati destinasi, memandangkan mata wang itu semakin murah.

4. Sumber maklumat tentang pelancongan antarabangsa

Carian web merupakan sumber utama perancangan pelancongan antarabangsa, dengan responden dari tujuh dalam sepuluh negara ini menyatakan bahawa mereka bergantung pada Internet untuk mendapatkan maklumat. Blog pelancongan dan sebaran oleh rakan/kenalan/saudara juga antara pilihan sumber teratas. Ini menyerlahkan kepentingan maklumat sumber asal kepada responden sebelum memutuskan untuk melancong. Di negara seperti Indonesia dan Vietnam, terdapat pergantungan yang lebih tinggi terhadap perkhidmatan rangkaian sosial (SNS) dan program TV sebagai sumber untuk menerima maklumat berkaitan pelancongan (Carta 4).

Perihal GMO Research, Inc.

GMO Research Inc. menawarkan platform penglibatan audiens dalam talian yang menyediakan akses kepada rangkaian panel dalam talian berbilang negara, Cloud Panel. Cloud Panel kini merangkumi lebih daripada 52 juta3 ahli panel pengguna dalam talian merentas 16 buah negara APAC dan lebih daripada 45 buah negara rakan kongsi. Perkhidmatan kami termasuk perkhidmatan penuh, penyelidikan permainan, pengurusan projek, sampel sahaja, penyelidikan kualitatif dan penterjemahan, hingga DIY. Kami sentiasa berhasrat menyediakan perkhidmatan kelas pertama kepada klien kami, dengan memanfaatkan salah satu panel APAC proprietari berkualiti tinggi yang paling besar. Kepuasan klien kami ialah keutamaan pertama kami.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GMO Research, layari gmo-research.com.

1 ASIA Cloud Panel ialah panel pengguna yang dikhususkan untuk rantau Asia dalam perkhidmatan penyelidikan Internet Cloud Panel GMO Research.
2 Panel terdiri daripada himpunan monitor (individu yang telah bersetuju untuk bekerjasama dalam tinjauan).
3 Setakat hujung bulan Oktober, 2022. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16583

PROJEK KELESTARIAN MARY KAY DIKETENGAHKAN DALAM SIDANG KEMUNCAK LAUTAN SEDUNIA ECONOMIST IMPACT DI SINGAPURA




DALLAS, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Mary Kay Inc., penyokong global untuk kelestarian dan pengawasan korporat, serta penandatangan kepada Prinsip Lautan Mampan Kompak Global PBB, terus menyokong usaha global untuk meningkatkan kesedaran mengenai lautan dan menegaskan peranan penting yang dimainkan oleh lautan dalam usaha memerangi perubahan iklim.

Pada minggu ini di Sidang Kemuncak Lautan Sedunia Asia Pasifik Economist Impact di Singapura, projek yang disokong oleh Mary Kay menumpukan kepada wanita dan pemuliharaan telah diketengahkan dalam panel “Inovasi dan penyesuaian—penyelesaian pantai kepada perubahan iklim." Panel tersebut merangkumi kesan perubahan iklim terhadap ekosistem pantai Asia Pasifik serta lautan global dan mengetengahkan kajian kes mengenai cara rantau ini bersiap sedia dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim.

Hutan bakau adalah penting kepada ekosistem pantai namun ia masih menjadi satu daripada ekosistem yang paling terancam di planet ini. Dalam usaha mencipta penyelesaian jangka panjang untuk hutan bakau di Papua New Guinea, Mangoro Market Meri—inisiatif yang disokong oleh The Nature Conservancy dan Mary Kay—menghubungkan usaha setempat, ekopelancongan dan karbon biru (karbon yang ditangkap oleh lautan dan pantai dunia ekosistem) untuk mewujudkan insentif bagi perlindungan dan pemulihan hutan bakau.

Wanita Mangoro Market Meri memasarkan produk hutan bakau yang mampan, seperti kerang-kerangan dan keretah untuk menjana pendapatan dan peluang pekerjaan yang amat diperlukan di samping melindungi hutan bakau daripada dimusnahkan untuk hasil kayu. Bersama sokongan Mary Kay, wanita Mangoro Market Meri menerima latihan dalam kesaksamaan jantina, kepimpinan, kecelikan kewangan dan pengurusan perniagaan.

Ruth Konia, pengurus program Mangoro Market Meri untuk Program Melanesia The Nature Conservancy, menyertai ahli panel dari UNEP, WWF China dan Majlis Greener India, bagi berkongsi impak yang dialami The Nature Conservancy di rantau ini dengan sokongan sektor swasta daripada Mary Kay.

“Wanita mesti diperkasa dalam membuat keputusan berkaitan kesihatan, pendidikan, tadbir urus dan kewangan mereka. Mangoro Market Meri sedang mengubah penetapan minda dan memberikan peluang sama rata kepada wanita kami dengan memperkasa wanita melalui pemuliharaan hutan bakau,” kata Ruth Konia. “Apabila wanita diperkasa, tindakan mereka membawa impak positif kepada keluarga mereka dan menghasilkan kesan berterusan yang memberikan manfaat kepada seluruh komuniti.”

Mary Kay komited untuk menjadi pengelola sumber semula jadi yang baik sambil memupuk kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dalam pemuliharaan di seluruh dunia. Untuk membaca lebih lanjut tentang komitmen Mary Kay kepada kelestarian, sila kunjungi marykayglobal.com/sustainability dan muat turun strategi kelestarian global Mary Kay: Memperkaya Kehidupan Hari Ini untuk Hari Esok yang Mampan.

Maklumat Tentang The Nature Conservancy (TNC)

The Nature Conservancy ialah organisasi pemuliharaan global khusus untuk memulihara tanah dan perairan yang menjadi tempat bergantung kepada semua hidupan. Berpandukan sains, kita mencipta penyelesaian berinovatif di tempat kerja sebenar terhadap cabaran paling sukar di dunia kita supaya alam semula jadi dan orang ramai boleh berkembang maju bersama. Kita sedang mengatasi perubahan iklim, memulihara tanah, perairan dan lautan pada skala yang belum pernah dilakukan sebelum ini, menyediakan makanan dan air secara mampan dan membantu menjadikan bandar lebih mampan. Apabila bekerja di 79 negara dan wilayah, kita menggunakan pendekatan kerjasama yang melibatkan komuniti tempatan, kerajaan, sektor swasta dan rakan niaga lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.nature.org atau ikuti @nature_press dalam Twitter.

Maklumat Tentang Mary Kay

Seorang pengasas asal yang berjaya mengatasi penghalang kemajuan profesion, Mary Kay Ash mendirikan syarikat kecantikan impiannya pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi syarikat bernilai berbilion dolar dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di hampir 40 negara. Sebagai syarikat pembangunan keusahawanan, Mary Kay komited untuk memperkasa wanita mengharungi perjalanan mereka melalui pendidikan, pementoran, sokongan, rangkaian dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memperkaya kehidupan hari ini untuk hari esok yang mampan, bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia yang menumpukan kepada mempromosikan kecemerlangan perniagaan, menyokong penyelidikan kanser, memajukan kesaksamaan jantina, melindungi mangsa yang terselamat daripada keganasan rumah tangga, menghiasi komuniti kita dan menggalakkan kanak-kanak mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com, temui Mary Kay dalam Facebook, Instagram dan LinkedIn, atau ikutinya dalam Twitter. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16584

Thursday, December 1, 2022

ILLUMINATION DAN NINTENDO MENGUMUMKAN TRELER KEDUA DAN PELAKON SUARA JEPUN UNTUK FILEM THE SUPER MARIO BROS.

SANTA MONICA, Calif. & KYOTO, Jepun, 1 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Illumination (Ibu Pejabat: Santa Monica, CA, Amerika Syarikat; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif: Chris Meledandri) dan Nintendo Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Kyoto, Minami-ku, Jepun; Wakil Pengarah dan Presiden: Shuntaro Furukawa, “Nintendo” kemudian dari ini) mengumumkan hari ini bahawa treler kedua untuk Filem The Super Mario Bros., iaitu filem animasi baharu berdasarkan dunia Super Mario Bros. semasa penstriman Nintendo Direct pada hari ini.


Di samping itu, kedua-dua syarikat tersebut mengumumkan pelakon suara Jepun untuk watak Mario, Puteri Peach, Luigi, Bowser dan Toad.

Pelakon suara Jepun


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16586

TATE CORPORATION AKAN MENYAMPAIKAN PENGHORMATAN MALAM ISTIMEWA KEPADA LUCIANO PAVAROTTI OLEH PLACIDO DOMINGO & JOSE CARRERAS DI TOKYO PADA 26 JANUARI, 2023

TOKYO, 1 Dis., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ -

 
Satu penghormatan malam istimewa kepada Luciano Pavarotti oleh Placido Domingo dan Jose Carreras, yang disampaikan oleh Tate Corporation Co., Ltd., akan diadakan pada Khamis, 26 Januari, 2023, bermula pada pukul 6:30 petang (JST) di Teater Taman Tokyo.
 
Imej 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107443/202211220146/_prw_PI1fl_A1Br3a5K.jpg
 
 
Imej 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107443/202211220146/_prw_PI6fl_oENByrVW.png
 
 
Satu penghormatan malam istimewa kepada Luciano Pavarotti Placido Domingo & Jose Carreras:
Dua superstar legenda akan berada di atas pentas untuk satu persembahan impian yang menjadi kenyataan di Jepun. Pada malam sebelum acara bola sepak yang terkenal di dunia pada tahun 1990 di Baths of Caracalla di Rom, persembahan bersama pertama oleh tiga tenor terkenal dunia, Domingo, Carreras dan Pavarotti, telah berlangsung. Ketiga-tiga tenor itu kemudian mengadakan satu jelajah dunia, yang berakhir pada tahun 2003. Dan sekarang, 20 tahun kemudian di Tokyo, Jepun, Domingo dan Carreras akan sekali lagi mengadakan satu kerjasama yang sungguh menakjubkan di dalam sebuah konsert yang didedikasikan kepada Pavarotti.
 
Mesej daripada Placido Domingo
"Saya ingin memberitahu kepada penonton bahawa saya sedang menantikan bagi semua orang untuk menghabiskan satu malam yang dipenuhi muzik bersama-sama dengan Jose Carreras dan dengan soprano Armenia yang luar biasa Nina Minasyan, untuk mengingati dengan penuh kasih sayang dan kekaguman yang besar kepada Luciano yang amat kita kasihi."
 
Video mesej:
https://videos.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107443/202211220146/_prw_PM1fl_41rxc44z.mp4
 
Gambaran keseluruhan konsert
- Barisan Penyanyi:
Placido Domingo / Jose Carreras
Tetamu istimewa: Nina Minasyan (soprano)
Konduktor: Marco Boemi
Orkestra: Tokyo 21c Philharmonic
Kerjasama: Kedutaan Sepanyol di Jepun / Kedutaan Itali di Jepun
 
- Bila: Khamis, 26 Januari, 2023
Pintu dibuka pada pukul 5:00 petang (JST)
Persembahan bermula pada pukul 6:30 petang (JST)
 
- Maklumat tempat: Teater Taman Tokyo
https://www.shopping-sumitomo-rd.com/tokyo_garden_theater/
 
- Harga tiket: SS 68,000 JPY / S 58,000 JPY / AA 48,000 JPY / A 38,000 JPY /
BB 28,000 JPY
 
Foto 1: Placido Domingo
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107443/202211220146/_prw_PI3fl_Ri89Wb2n.jpg
 
 
Foto 2: Jose Carreras
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107443/202211220146/_prw_PI4fl_XjJsHDW3.jpg
 
 
Foto 3: Nina Minasyan
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107443/202211220146/_prw_PI5fl_l6Lam1bF.jpg
 
 
Laman web rasmi: http://www.tate.jp/concert2020/Domingoeng.html
 
 
Sumber: Tate Corporation Co., Ltd.

"UNIVERSITI CAMBRIDGE DI TIMUR" BERSINAR: UNIVERSITI ZHEJIANG YANG BERFIKIRAN GLOBAL MEMAINKAN SATU PERANAN YANG SEMAKIN MENINGKAT DI DALAM MENDORONG SDG

ZJU sedang mengusahakan 17 SDG


HANGZHOU, China, 30 Nov., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Agung Keenam Belas bagi Akademi Sains Dunia untuk kemajuan sains di negara-negara membangun (TWAS) telah diadakan di dalam satu format hibrid dari 21 hingga 24 November.

Beratus-ratus ahli sains -- termasuk felo TWAS, Gabungan Muda dan Alumni TWAS, menteri-menteri sains dan teknologi, dan orang kenamaan dari seluruh dunia -- berkumpul dalam satu mesyuarat dalam talian dan luar talian di Hangzhou, ibu kota bagi wilayah pantai timur China Zhejiang.

Dalam Tahun Antarabangsa bagi Sains Asas untuk Pembangunan Lestari yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mereka telah membincangkan cara bagaimana untuk memanfaatkan sains asas bagi menggalakkan pengambilan keputusan berasaskan bukti dan pembangunan lestari di negara-negara membangun.

Acara di luar talian itu telah diadakan di sebuah universiti yang paling berprestij di China, Universiti Zhejiang (ZJU), di mana saintis British yang terkenal Dr. Joseph Needham telah menyifatkannya sebagai "Universiti Cambridge di Timur".

Sebab mengapa institusi pengajian tinggi China ini berhak menjadi tuan rumah bagi satu persidangan antarabangsa yang berpengaruh itu bukan sahaja kerana sejarah selama 125 tahun dan warisan akademik mereka, tetapi juga kerana komitmen mereka yang telah lama wujud terhadap tanggungjawab sosial dan komitmen global sebagai satu titik permulaan yang penting dan matlamat bagi penanaman bakat, penyelidikan saintifik dan perkhidmatan sosial.

Sebagai sebuah universiti penyelidikan komprehensif yang terkemuka, pencapaian penyelidikan ZJU di dalam banyak bidang sains asas menyumbang kepada merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB 2030.