Thursday, September 8, 2022

"TEMBOK BESAR PUISI" MELUASKAN BAKAT KANAK-KANAK MELANGKAUI PERGUNUNGAN

 

Kapsyen: Pada 3 September, di padang rumput alp yang subur dan beralun, satu rentetan puisi bergerak yang dikarang oleh penyajak kecil yang tinggal di kawasan pergunungan telah menjadikan "Tembok Besar bagi Puisi" yang mengagumkan. 

SHANGHAI, 6 Sept., 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Selama beribu-ribu tahun, Tembok Besar telah mempertahankan wilayah China dan tanah air bagi rakyat China. Pada 3 September, di padang rumput alp yang subur dan beralun, satu rentetan puisi bergerak yang dikarang oleh penyajak kecil yang tinggal di kawasan pergunungan telah menjadikan "Tembok Besar Puisi" yang mengagumkan, yang membantu melindungi tanah air kerohanian bagi kanak-kanak ini serta dunia kerohanian bersama bagi semua orang.

Ini adalah satu program kebajikan awam khas yang dipanggil "Tembok Besar Puisi -- Biarkan Bakat Sastera Kanak-Kanak yang Belum Ditemui di kawasan Pergunungan Terserlah" yang dilancarkan oleh kempen POS Puisi tahun ini yang dilancarkan oleh China UnionPay, organisasi kad bank terkemuka negara itu. Melalui penstriman langsung, program itu berusaha untuk memaparkan bakat kanak-kanak di kawasan pergunungan itu kepada seluruh dunia.

Dua orang wakil bagi penyajak kecil itu datang ke tapak acara tersebut dan membacakan puisi mereka di sebuah padang rumput yang dikelilingi oleh pergunungan di Daerah Zherong, Bandar raya Ningde di Wilayah Fujian di tenggara China. Suara mereka bergema di pergunungan, dengan meninggalkan aliran rasa puitis di sepanjang "Tembok Besar Puisi" itu. Terdapat juga beberapa persembahan warisan tidak ketara tempatan, yang menjadikan penstriman langsung kebajikan awam ini sebagai sebuah pesta kebudayaan. Dalam platform penstriman langsung dalam talian itu di aplikasi bahasa Inggeris Agensi Berita Xinhua, lebih daripada 10 juta penonton berkongsi tontonan puitis ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16278

Monday, September 5, 2022

MIDEA MENGUMUMKAN KEPUTUSAN SETENGAH TAHUN 2022: PERTUMBUHAN YANG STABIL DI DALAM HASIL DAN KEUNTUNGAN, PECUTAN DI DALAM TRANSFORMASI YANG DIPACU OLEH TEKNOLOGI

 




FOSHAN, China, 2 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Midea telah mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk setengah tahun pertama 2022, yang menunjukkan pertumbuhan hasil separuh tahunan daripada 5.0% kepada RMB183.7 bilion. Pertumbuhan keuntungan bersih adalah lebih pantas daripada hasil, dengan mencapai RMB 16 bilion dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 6.6%.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220830006040/en/

Seimbang di dalam kedua-dua perniagaan ToB dan ToC, hasil Rumah Pintar Midea pada separuh pertama tahun 2022 ialah RMB126.9 bilion. Menurut AVC, produk perkakas rumah Midea menduduki tempat pertama pada separuh pertama tahun 2022 di dalam bahagian pasaran dalam talian dan luar talian domestik dalam kalangan 7 kategori perkakas rumah, termasuk penyaman udara dan ketuhar gelombang mikro.

Teknologi Perindustrian mencapai hasil sebanyak RMB12.1 bilion dengan pertumbuhan 13.3% tahun ke tahun, dan pasaran global pemampat AC kediaman Midea meningkat kepada 44%, mewakili yang pertama di seluruh dunia. Penjualan unit motor untuk AC kediaman dan peralatan dobi menyumbang 42% bagi angka global.

Teknologi Pembinaan merealisasikan pertumbuhan yang ketara sebanyak 33.1% bagi hasil sebanyak RMB12.2 bilion. AC komersial menduduki tempat No.1 di kalangan bahagian pasaran domestik manakala nilai eksport bagi pam haba Midea meningkat lebih 200% tahun ke tahun, dengan volum eksportnya menduduki tempat pertama di dalam industri pam haba China.

Pendapatan luar negara Midea sepanjang separuh pertama 2022 ialah RMB77.8 bilion dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 5.2%. Dengan "Bekalan Berasaskan China untuk Dunia + Bekalan Tempatan", Midea telah memajukan pembinaan bagi pangkalan pembuatan di Mesir dan Brazil untuk meliputi pasaran tempatan, memulakan pangkalan pembuatan pemampat A/C India, dan menyepadukan sebuah syarikat pemampat Thailand. Dengan lebih 20,000 rangkaian jualan baharu, dan setelah memulakan kedai jualan langsung Midea di Brazil dan Filipina, Midea terus menambah baik saluran pengedaran mereka di luar negara.

Dengan Kepimpinan Teknologi kukuh di dalam pandangan mereka sebagai strategi jangka panjang, Midea terus membina keupayaan teknikal kecerdasan buatan dengan pelaburan R&D pada separuh pertama 2022 berjumlah RMB5.9 bilion, dengan pertumbuhan 10.5% tahun ke tahun. Midea memiliki 35 pusat R&D di seluruh dunia dan mempunyai lebih 77,000 paten yang dibenarkan sehingga kini.

Dengan didorong oleh kecerdasan, loT Midea mempunyai hampir 13 juta unit peranti dan perkhidmatan yang baharu disambungkan untuk lebih 70 juta keluarga.

Maklumat mengenai Kumpulan Midea

Kumpulan Midea terdiri daripada lima tonggak perniagaan strategik: Rumah Pintar, Teknologi Perindustrian, Teknologi Bangunan, Robotik & Automasi, dan Inovasi Digital. Kumpulan Midea mempunyai lebih 160,000 orang pekerja di lebih 200 buah negara dan wilayah, dan berada pada kedudukan #245 dalam senarai Global Fortune 500 tahun 2022.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220830006040/en/

Hubungi

Lori Luo, luory17@midea.com

Sumber: Kumpulan Midea

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16258

KESAKSAMAAN JANTINA TIDAK BOLEH TUNGGU 132 TAHUN

Julia Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Rangkuman, (Kredit Foto: Mary Kay Inc.)

Kenyataan oleh Julia A. Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Rangkuman di Mary Kay

DALLAS, 5 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berikut di bawah adalah satu kenyataan oleh Julia A. Simon, Ketua Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian & Rangkuman, Mary Kay Inc., sempena pengeluaran Laporan Jurang Jantina Global pada Forum Ekonomi Dunia 2022.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220831005218/en/

Menurut satu penemuan serius daripada Laporan Jurang Jantina Global Forum Ekonomi Dunia 2022, kesamaan jantina tidak dapat dicapai dalam jangka hayat kita. Malah, menurut laporan itu, ia akan mengambil masa 132 tahun bagi kesaksamaan jantina untuk menjadi satu kenyataan dan 151 tahun untuk merapatkan jurang penyertaan ekonomi dan peluang jantina. Tidak ada satu negara pun daripada 146 yang dikaji telah mencapai kesamaan.

Itu berita buruknya.

Berita baiknya pula? Masih ada masa untuk mengubah segala perkara itu. Penemuan 2022 itu telah membuat saya tersentak, tetapi ia tidak menghalang saya. Mereka juga tidak boleh menghalang anda.

Kesaksamaan jantina adalah satu prasyarat bukan sahaja untuk pembangunan manusia—tetapi pertumbuhan ekonomi yang lestari. Satu kumpulan data yang kaya menunjukkan bahawa tanpa kesamaan jantina ia adalah mustahil untuk mengurangkan kemiskinan, mencapai keselamatan makanan, menangani kesan iklim atau memastikan sebuah masyarakat yang lebih aman dan inklusif. Kesamaan jantina bukanlah sesuatu yang “seronok untuk memilikinya”. Ia juga bukan sekadar satu faedah istimewa bagi negara-negara maju. Ia adalah satu keperluan penting bagi semua negara untuk membangun dan mencapai kemakmuran.

Untuk mengurangkan kemunduran selanjutnya, halangan berstruktur yang mengehadkan penyertaan wanita di dalam pasaran buruh, termasuk kemasukan semula dan pengekalan mereka dalam tenaga kerja berikutan COVID-19, harus ditangani. Dasar-dasar yang disasarkan yang menyokong pembangunan bakat wanita di dalam industri masa depan, dan yang mempercepatkan kemajuan mereka ke jawatan kepimpinan dan pengurusan, juga diperlukan.

Sektor swasta mempunyai satu peranan yang kritikal untuk dimainkan di dalam menangani jurang jantina di tempat kerja dan dalam membangunkan saluran wanita bagi jawatan-jawatan kepimpinan. Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang ahli perniagaan wanita yang memecahkan halangan hampir 60 tahun yang lalu, ini adalah bersifat peribadi buat Mary Kay.

Pada tahun 2019, Mary Kay menandatangani Prinsip-prinsip Pemerkasaan Wanita  (WEP) dan pada tahun 2021 syarikat itu menjadi sebuah Pembuat Komitmen kepada Gabungan Tindakan Forum Kesaksamaan Generasi untuk mempercepatkan kemajuan di dalam kesaksamaan jantina bagi memajukan Matlamat Pembangunan Lestari.

Mary Kay mengambil bahagian di dalam program pemecut Kesaksamaan Jantina Sasaran Kompak Global PBB 2022-2023 untuk meneruskan pelaksanaan sasaran korporat yang bercita-cita tinggi bagi perwakilan dan kepimpinan wanita di dalam syarikat dan di dalam rantaian bekalan kami. Dengan memimpin melalui teladan dan mencerminkan kepercayaan kami terhadap peningkatan penyertaan wanita, Mary Kay meletakkan nilai dan komitmen kami dalam bentuk tindakan:

Perwakilan dan Kepimpinan Wanita di Mary Kay (Data dari Ogos 2022):

· 62% daripada Tenaga Kerja Global kami adalah Wanita
· 50% daripada Pasukan Eksekutif kami adalah Wanita
· 53% daripada Naib Presiden kami dan ke atas adalah Wanita
· 57% daripada Pengarah kami dan ke atas adalah Wanita
· 59% daripada Pengurus kami dan ke atas adalah Wanita
· 70% daripada Pemimpin Pasaran kami adalah Wanita
· 60% daripada Pemimpin kami dalam 10 Pasaran Teratas kami adalah Wanita
 
Perolehan & Kepelbagaian Pembekal Responsif Jantina di Mary Kay (Data rantaian bekalan Amerika Syarikat sahaja dari Februari 2021):

· 66% daripada Pasukan Perolehan kami adalah Wanita
· 12% daripada Pembekal Tidak Langsung kami adalah Wanita, Minoriti atau Dimiliki Veteran
· 5% daripada Pembekal Langsung kami adalah Wanita, Minoriti atau Dimiliki Veteran

Strategi Kelestarian 10 tahun kami, yang bertajuk Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk sebuah Hari Esok yang Lestari, meneruskan satu pendekatan holistik untuk memajukan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dengan komitmen utama berikut untuk dicapai menjelang tahun 2030:

· Memperkasakan 5 juta wanita di seluruh dunia dari segi ekonomi
· Memastikan akses kepada pendidikan untuk 250,000 wanita dan gadis di seluruh dunia
· Menyediakan lebih 10 juta wanita di seluruh dunia dengan perkhidmatan sokongan keganasan berasaskan jantina, dan
· Membangunkan satu agenda dasar 10 tahun untuk menangani hak-hak wanita

Diilhamkan oleh misi kami sebagai sebuah syarikat pembangunan keusahawanan yang diasaskan oleh wanita untuk wanita, kami komited untuk memajukan keusahawanan wanita dan merungkai halangan kepada pemerkasaan ekonomi wanita. Kami membawa wawasan ini kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2019 dan, bersama-sama dengan 6 agensi PBB, kami menubuhkan Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan usahawan wanita.

Masa untuk bertindak adalah sekarang. Duduk di garis tepi dan menunggu 132 tahun bukanlah satu pilihan. Mesyuarat Kesan Pembangunan Lestari mengenai “Memajukan Kesaksamaan Jantina”, yang berlangsung di New York bulan ini, merupakan satu peluang untuk pemimpin daripada sektor awam dan swasta untuk mengenal pasti peranti dan strategi untuk merapatkan jurang jantina itu. Kami mempunyai tanggungjawab kepada generasi akan datang bagi menggerakkan usaha kami untuk membuat perubahan transformatif yang sangat diperlukan bagi wanita dan gadis.

KESAKSAMAAN JANTINA TIDAK BOLEH TUNGGU 132 TAHUN

Sunday, September 4, 2022

MARY KAY INC. MENYERLAHKAN STRATEGI LESTARI GLOBAL MEREKA DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA MASA DEPAN LESTARI DI PRAGUE, REPUBLIK CZECH

 

“Disebabkan oleh jejak global kami, kami tahu keharusan moral kami adalah untuk meneruskan legasi Mary Kay untuk melakukan perkara yang betul – pada hari ini, esok, dan selamanya. Kami memberi tumpuan kepada operasi pembuatan yang cekap dengan mengurangkan kesan alam sekitar kami dan mengenal pasti peluang bagi penambahbaikan sumber. Kami mencabar diri kami untuk mengukuhkan lagi amalan mapan di dalam perniagaan kami melalui pembangunan produk, reka bentuk, penyumberan bertanggungjawab, dan pengurangan pencemaran plastik,” kata Edita Szaboova, Pengurus Besar bagi Mary Kay Republik Czech dan Slovakia. (Kredit Foto: Mary Kay Inc.) 

DALLAS, 1 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan dunia di sekeliling kita. Kelestarian harus menjadi satu usaha bersepadu dan satu komitmen global. Pada akhir Jun, Persidangan Antarabangsa Masa Depan Lestari, yang ditaja oleh Mary Kay Inc., berlangsung di Istana Martinic yang bersejarah, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO. Pemimpin pemikir, pakar, perniagaan dan eksekutif yang tidak mencari keuntungan daripada beberapa industri berhimpun di tapak bersejarah itu untuk berkongsi, menjalin rangkaian dan mendidik khalayak tentang piawaian yang berinovatif dan mapan untuk melaksanakan dengan jayanya dalam usaha untuk memelihara sumber berharga dunia untuk generasi semasa dan akan datang.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220830005153/en/ 

Mary Kay Inc., penyokong sekian lama untuk kelestarian, mendahului acara itu dengan mengumumkan strategi kelestarian baharu mereka pada 2021: Memperkayakan Kehidupan Hari ini bagi sebuah Hari Esok yang Lestari. Memperkayakan Kehidupan Hari ini bagi sebuah Hari Esok yang Lestari telah dibangunkan bersama dengan pihak berkepentingan utama syarikat itu dan diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, menjadikan Mary Kay satu bahagian penting dalam sebuah gabungan global untuk melaksanakan perubahan demi sebuah masa depan yang lebih baik.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16254

Saturday, September 3, 2022

LANTRONIX MENGUMUMKAN PEMENANG ANUGERAH PROGRAM RAKAN KONGSI SALURAN SMARTEDGE 2022

Pemenang Rakan Kongsi Saluran SmartEdge Mewakili Ekosistem Rakan Kongsi Global dan Pelbagai Lantronix

IRVINE, Calif., 2 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Lantronix Inc. (NASDAQ: LTRX), sebuah penyedia global bagi penyelesaian siap guna yang selamat untuk Industri Internet Benda (IoT) dan pasaran IT Cerdas, hari ini mengumumkan pemenang bagi Anugerah Program Rakan Kongsi SmartEdge™, yang menonjolkan rakan kongsi saluran terbaiknya pada 2022. Pemenang telah dinamakan di tiga wilayah: Amerika Utara; Asia Pasifik; dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Anugerah telah diberikan untuk Rakan Kongsi Terbaik, Pendatang Baharu, Inovasi dan Perisian/Perkhidmatan.

Pemenang adalah:
Amerika Utara
Rakan Kongsi SmartEdge Tahun Ini: WWT
Pendatang Baharu Smartedge: Softchoice Canada
Inovasi SmartEdge: Charter Telecom
Perisian/Perkhidmatan SmartEdge: SHI

Asia Pasifik (APAC)
Rakan Kongsi SmartEdge Tahun Ini: ADT
Pendatang Baharu SmartEdge: PSI
Inovasi SmartEdge: Sapply
Perisian/Perkhidmatan SmartEdge: Bay Datacom

Eropah/Timur Tengah/Afrika (EMEA)
Rakan Kongsi SmartEdge Tahun Ini: Atlantik Elektronik
Pendatang Baharu SmartEdge: SOL
Inovasi SmartEdge: Linkwave
Perisian/Perkhidmatan SmartEdge: Data Equipment

“Kami berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada pemenang-pemenang Program Rakan Kongsi SmartEdge tahun ini, yang semuanya telah melangkaui syarat dan jangkaan program kami dalam memacu jualan dan membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan bersama kami,” kata Roger Holliday, VP Jualan Seluruh Dunia di Lantronix.

Perihal Program Rakan Kongsi SmartEdge

Program Rakan Kongsi SmartEdge Lantronix telah direka bentuk untuk membantu Penjual Semula Nilai Tambah (VAR) dan Penyepadu Sistem (SI) memacu pendapatan dengan membezakan tawaran mereka dengan Internet Benda (IoT) Industri, Pengurusan Persekitaran Jauh (REM), Pengurusan Luar Jalur (OOBM) dan penyelesaian Mobiliti/Ketersambungan Lantronix yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Rakan Kongsi SmartEdge Lantronix, lawati www.lantronix.com/partners.

Perihal Lantronix

Lantronix Inc. merupakan sebuah penyedia global bagi penyelesaian siap guna yang selamat untuk Internet Benda (IoT) dan Pengurusan Persekitaran Jauh (REM), menawarkan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), perkhidmatan ketersambungan, perkhidmatan kejuruteraan dan perkakasan cerdas.

Lantronix membolehkan pelanggannya mempercepatkan masa untuk memasarkan dan meningkatkan masa operasi dan kecekapan dengan menyediakan penyelesaian IoT Edge Cerdas dan Gerbang Pengurusan Jauh yang boleh dipercayai, selamat dan terhubung.

Produk dan perkhidmatan Lantronix secara mendadak memudahkan penciptaan, pembangunan, penggunaan dan pengurusan bagi projek IoT dan IT di seluruh aplikasi Robotik, Automotif, Boleh Pakai, Persidangan Video, Perindustrian, Perubatan, Logistik, Bandar Pintar, Keselamatan, Peruncitan, Pejabat Cawangan, Bilik Pelayan dan Pusat Data . Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Lantronix.

Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, yang memaparkan perbincangan dan kemas kini industri. Ikuti Lantronix di Twitter, tontoni pustaka video YouTube kami atau berhubung dengan kami di LinkedIn.

© 2022 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix adalah tanda dagangan berdaftar. Tanda dagangan dan nama dagangan lain adalah milik pemilik masing-masing. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16267

TRILLER MELENGKAPKAN RANCANGAN PEMBIAYAAN PRAPENYENARAIAN AWAM UNTUK S4, 2022 PENYENARAIAN NASDAQ:ILLR, TURUT MELENGKAPKAN PEROLEHAN BAGI BARE KNUCKLE FIGHT CHAMPIONSHIP

Pengumuman dibuat susulan acara BKFC paling berjaya setakat ini di Wembley Arena di London 

LOS ANGELES, 2 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- 
Triller, sebuah platform teknologi taman terbuka yang dikuasakan AI untuk pencipta, hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan prapembiayaan awam yang besar dalam bentuk hutang dan ekuiti. Pengumuman ini dibuat selepas memfailkan S-1 dengan SEC, dokumen yang difailkan oleh syarikat sebelum penyenaraian awam. Syarikat itu telah mengekalkan simbol saham "ILLR" dengan bursa saham Nasdaq.

Peserta dalam pusingan itu termasuk Total Formation Co, sebuah sekutu bagi Fubon Financial, salah satu institusi kewangan terbesar di Asia dengan pemilikan Taiwan Mobile, Taipei, Fubon Bank, Fubon Life dan banyak lagi. Ia adalah tahun ketiga berturut-turut dalam senarai Fortune Global 500 bagi “Jenama Global Paling Berharga 500 Teratas. Pelabur lain termasuk, Falcon Capital, Clearvue Partners dan lain-lain.

"Ini adalah langkah penting untuk Triller dibiayai dengan betul memasuki Pasaran Awam," kata Mahi de Silva, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Triller. "Kami amat berbesar hati mempunyai peneraju pasaran yang begitu kukuh sebagai pelabur dan berharap untuk membawa Triller kepada dunia melalui penyenaraian Nasdaq," sambung beliau. "Jika pasaran modal terus stabil, kami mensasarkan penyenaraian awam awal S4.”

Triller juga mengumumkan bahawa ia memuktamadkan pemerolehan Bare Knuckle Fight Championship (BKFC), transaksi yang diumumkan telah dikontrak olehnya awal tahun ini.

Bare Knuckle dengan pantas menjadi fenomena di seluruh dunia dengan tawaran yang disempurnakan atau dalam rundingan merentasi lebih daripada 20 buah negara dan pertumbuhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Amerika Syarikat. BKFC adalah sukan tempur yang paling pesat berkembang dengan jangkaan 200,000 pelanggan antara aplikasi BKFC dan Fite TV yang dimiliki sepenuhnya oleh Triller.

"Kejuaraan Bare Knuckle Fight telah menikmati pertumbuhan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, kerana ia menawarkan sesuatu yang semua penonton pertarungan boleh berhubung dengannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Triller, Mahi de Silva. "Pemerolehan ini adalah pengubah permainan untuk Triller, kerana ia memperoleh banyak sinergi di seluruh platform kami dan membolehkan kami meningkatkan BKFC dengan lebih jauh lagi," sambung Silva. “Dengan memanfaatkan platform pencipta kami, digabungkan dengan infrastruktur media sosial, keupayaan teknologi iklan dan teknologi pemasaran kami, rangkaian pempengaruh dan perkhidmatan penstriman FITE TV yang kini dinikmati oleh lima juta isi rumah yang membayar, menjadikan pemerolehan ini mudah bagi kedua-dua pihak.”

Pengumuman itu dibuat selepas acara BKFC yang paling berjaya dan terbesar setakat ini, yang diadakan pada 22 Ogos di Wembley Arena di London. Hujung minggu lalu BKFC mengadakan acara paling berjaya setakat ini di Stadium Wembley di London dan menjadi trend nombor 2 dunia di Twitter. Hasilnya, penstriman digital, bayar setiap tontonan dan perkhidmatan langganan FITE.TV oleh Triller, kini mempunyai lebih daripada 200,000 pelanggan.

"Saya memulakan BKFC dari awal dan ia telah menjadi cara hidup, ia akan selama-lamanya mengubah tinju dan MMA," kata Dave Feldman, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BKFC. “Kami menghabiskan lebih setahun bekerja dengan Triller sebelum pengambilalihan, mengenali pasukan mereka, rancangan mereka dan cara BKFC akan disepadukan ke dalam ekosistem mereka. Apa yang mulai jelas ialah Triller merupakan satu-satunya rumah untuk kami. Mereka tidak berusaha untuk menukar BKFC tetapi akan membantu meningkatkan pertumbuhan kami, memaksimumkan pemasaran dan pengewangan kami. Saya boleh katakan tanpa ragu bahawa tidak ada syarikat di luar sana yang mempunyai kedua-dua cita-cita dan alat seperti Triller untuk mengubah cara orang ramai melakukan sukan tempur,” kata Feldman.

Memandangkan dunia media sosial dan cara pasaran jenama berubah secara mendadak, Triller telah menerajui Web3 dan penyahpusatan dengan ekosistem "taman terbuka", membantu pencipta memperoleh pemilikan bagi khalayak mereka, mengawal pengewangan dan matlamat kewangan mereka. Triller menyaksikan lebih daripada 750 juta interaksi kandungan pada suku lepas dan melihat setiap interaksi sebagai peluang untuk pengewangan.

Walaupun terma kewangan tidak didedahkan, transaksi itu melibatkan gabungan tunai dan stok untuk pemilikan majoriti bagi BKFC.

Triller baru-baru ini memfailkan S1 sulit dengan SEC dan menjangka akan didagangkan secara terbuka di Nasdaq di bawah simbol "ILLR" pada suku ke-4 tahun ini.

"Triller kini merupakan satu-satunya syarikat yang wujud memiliki dan mengawal keseluruhan pelan dari awal hingga akhir," kata de Silva. “Bermula dengan pencipta kandungan yang termasuk pejuang, acara, pengeluaran sebenar dan penyiaran kepada pengguna sendiri melalui Fite Tv Triller bagi 5 juta serta isi rumah yang membayar dan kami percaya akan dengan pantas menjadi jenama paling berharga dalam sukan pertempuran.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi, pelabur dan penyokong kami yang setakat ini telah membantu meningkatkan Triller daripada permulaan pada 2019 kepada jenama yang menjadi sebutan ramai hari ini, setelah mengumpulkan lebih daripada $300 Juta Dolar, menyokong lebih daripada 750 juta interaksi bulanan dan lebih daripada 300 juta pengguna di seluruh platformnya. Kami baru sahaja bermula.”

Perihal Triller
Triller adalah sebuah platform teknologi taman terbuka yang dikuasakan AI untuk pencipta. Memasangkan budaya muzik dengan sukan, fesyen, hiburan dan pempengaruh melalui pandangan 360 darjah kandungan dan teknologi, Triller menggalakkan pempengaruhnya untuk menyiarkan kandungan yang yang dicipta pada aplikasi merentas platform media sosial yang berbeza dan menggunakan teknologi AI proprietari untuk menolak dan menjejaki kandungan mereka secara tular ke tapak dan rangkaian bersekutu dan tidak bersekutu, membolehkan mereka menjangkau jutaan pengguna tambahan. Triller juga memiliki VERZUZ, sebuah platform muzik strim langsung yang dilancarkan oleh Swizz Beatz dan Timbaland; Amplify.ai, sebuah platform penglibatan pelanggan terkemuka; FITE, sebuah tapak penstriman PPV, AVOD dan SVOD global terulung; dan Thuzio, sebuah peneraju dalam acara dan pengalaman pempengaruh premium B2B.

Perihal BKFC
Bare Knuckle Fighting Championship (BKFC) adalah promosi pertama yang dibenarkan untuk mengadakan acara buku jari terdedah yang sah, dibenarkan dan dikawal selia di Amerika Syarikat sejak 1889. Berpangkalan di Philadelphia dan diketuai oleh Presiden dan bekas peninju profesional, David Feldman, BKFC berdedikasi untuk memelihara warisan sejarah pertempuran buku jari terdedah sambil menggunakan set peraturan yang dibuat khusus yang menekankan keselamatan pejuang. BKFC akan membawa semua pertarungannya ke dalam gelanggang empat tali bulat revolusioner, direka untuk menggalakkan pertarungan pantas dan menarik. "Bulatan Persegi" BKFC yang dipatenkan mengandungi garisan calar, berdasarkan Peraturan Broughton, yang mengawal selia pertarungan buku jari terdedah pada abad ke-19 yang memerlukan pejuang untuk "Patuh": memulakan setiap pusingan secara bersemuka dan hanya berjarak beberapa inci.

Di BKFC, hanya peserta yang profesional dalam tinju, MMA, kickboxing atau Muay Thai akan dibenarkan untuk bertanding. Pengadil dan hakim juga dikehendaki mempunyai pengalaman luas dalam sukan tempur profesional. Semua perlawanan akan diadakan di bawah naungan dan kawalan Suruhanjaya Olahraga. Tidak seperti organisasi perlawanan dan sukan tempur lain di peringkat antarabangsa yang mendakwa sebagai "buku jari terdedah", tetapi memerlukan pembalut, pita dan kain kasa; BKFC berpegang kepada kata-katanya kerana pejuang tidak dibenarkan membalut tangan mereka dalam satu inci buku jari. Ini menjadikan BKFC tidak dapat dipertikaikan sebagai bentuk perlawanan terdedah yang paling benar. BKFC mengkhusus untuk bukan sahaja mencipta organisasi perlawanan buku jari terdedah yang paling selamat, paling menarik dan peringkat tertinggi di dunia; ia juga memimpin jalan untuk sukan tempur profesional baharu yang diiktiraf sepenuhnya. BKFC adalah sukan masa depan sebenar.

Tiada Tawaran atau Usaha
Siaran akhbar ini tidak boleh membentuk usaha proksi, persetujuan atau kebenaran berkenaan dengan mana-mana sekuriti atau berkenaan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan. Siaran akhbar ini bukan penawaran untuk menjual atau usaha penawaran untuk membeli sebarang sekuriti atau usaha mendapatkan sebarang undi atau kelulusan, atau jualan sekuriti tidak dilakukan di mana-mana bidang kuasa, kerana penawaran, jualan atau usaha sedemikian adalah menyalahi undang-undang, berikutan pendaftaran atau kelayakan bawah undang-undang sekuriti di mana-mana bidang kuasa tersebut. Tiada penawaran sekuriti boleh dibuat kecuali dengan prospektus yang memenuhi syarat Seksyen 10 bagi Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda. 

Penyataan Prospektus
Kecuali maklumat sejarah yang terkandung di sini, beberapa perkara yang dibincangkan dalam komunikasi ini membentuk “penyataan prospektus" dalam pengertian Akta Sekuriti 1933 dan Akta Bursa Sekuriti 1934, kedua-duanya sebagaimana yang dipinda oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Perkataan seperti "menjangka," "percaya," "mengharapkan," "berniat," "akan," "sepatutnya," "mungkin," "boleh," "merancang" dan negatif bagi istilah sebegitu dan variasinya serta perkataan dan istilah bagi bahan serupa yang digunakan berkaitan dengan sebarang perbincangan tentang rancangan, tindakan atau peristiwa mengenal pasti kenyataan prospektus. Penyataan prospektus bukanlah penyataan fakta sejarah dan mencerminkan pandangan semasa Triller tentang peristiwa masa hadapan. Penyataan prospektus tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyataan mengenai cadangan gabungan perniagaan dan urus niaga lain yang difikirkan (termasuk penyataan yang berkaitan dengan memenuhi syarat dan penyempurnaan gabungan perniagaan yang dicadangkan, amaun, pemasaan, terma atau terbitan muktamad bagi nota boleh tukar Triller, jangkaan pemilikan bagi syarikat gabungan, jangkaan nilai dagangan saham bagi gabungan syer syarikat bagi saham biasa, jangkaan pemasaan dan kemungkinan pelengkapan bagi gabungan perniagaan, nilai jangkaan Triller dan syarikat gabungan serta peluang berkaitan atau terhasil daripada gabungan perniagaan), dan penyataan mengenai sifat dan kejayaan komersial Triller dan syarikat gabungan, keupayaan pengkomersilan dan pemasaran serta strategi Triller dan syarikat gabungan, perkembangan dan unjuran yang berkaitan dengan industri, keupayaan pihak untuk melindungi posisi harta intelek mereka, pelan, objektif, jangkaan dan niat Triller dan syarikat gabungan dan kesan daripada mempunyai saham modal yang didagangkan di Nasdaq. Tiada jaminan boleh diberikan bahawa penyataan prospektus yang terkandung dalam komunikasi ini akan berlaku seperti yang diunjurkan, dan keputusan sebenar mungkin jauh berbeza daripada yang diunjurkan. Penyataan prospektus adalah berdasarkan jangkaan, anggaran dan andaian semasa yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar jauh berbeza daripada yang diunjurkan. Risiko dan ketidakpastian ini termasuk, tanpa had: risiko yang berkaitan dengan pelengkapan gabungan perniagaan, termasuk keperluan untuk kelulusan pemegang saham, kepuasan syarat penutupan dan pemasaan untuk menyempurnakan gabungan perniagaan yang dicadangkan; pelengkapan tawaran nota boleh tukar Triller; potensi tindak balas buruk atau perubahan kepada perhubungan perniagaan hasil daripada pengumuman atau pelengkapan gabungan perniagaan yang dicadangkan; risiko bahawa perniagaan tidak akan berjaya disepadukan; risiko litigasi yang berkaitan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan; kejayaan dan pemasaan bagi penyerahan kawal selia; keperluan atau perkembangan kawal selia dan faktor lain yang dibincangkan dalam "Faktor Risiko" dalam pemfailan yang dibuat dengan SEC dari semasa ke semasa. Penyataan prospektus adalah berdasarkan anggaran dan pendapat pengurusan pada masa kenyataan dibuat. Triller tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara terbuka sebarang penyataan prospektif, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya. Anda diingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar pada penyataan prospektif ini yang hanya benar setakat tarikh siaran ini.   

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16262

Friday, September 2, 2022

KELAB BURUNG HELANG ARAB SAUDI: PAKAR-PAKAR MEMUJI IMPAK PAMERAN BURUNG HELANG DAN PERBURUAN ANTARABANGSA ARAB SAUDI KETIKA PARA PEMBIAK GLOBAL MENGHADIRI EDISI KEEMPAT PAMERAN TERSEBUT DI RIYADH

 RIYADH, Arab Saudi, 1 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Pakar-pakar burung helang daripada ladang pembiakan di seluruh dunia telah memberikan pujian yang tinggi kepada Pameran Burung Helang dan Perburuan Antarabangsa Arab Saudi pada tahun ini walaupun baru dua hari sahaja acara tersebut berlangsung.


Kini dalam tahun keempatnya, pameran tersebut menjadi lebih besar berbanding sebelum ini dengan kunjungan dijangka melebihi 500,000 orang sepanjang acara tersebut yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 3 September. Seramai lebih 350 pempamer telah menghadiri pameran tersebut dan ramai di antara mereka yang telah berkongsi kegembiraan mereka dengan impak pameran tersebut terhadap industri.

Diadakan di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, para hadirin disambut dengan auditorium luas yang penuh dengan gerai, memorabilia, teknologi, peralatan, gambar dan barangan falkonri yang memperincikan sejarah falkonri yang kaya di Arab Saudi, termasuk sebuah pentas besar yang menunjukkan hasil kerja penting yang dilakukan oleh Kelab Burung Helang Arab Saudi untuk mempromosikan seni falkonri dan juga pemuliharaan burung pemangsa. Khususnya projek Hadad yang membantu dalam pemuliharaan kedua-dua jenis burung helang penghijrah - iaitu burung helang Saker dan burung helang Peregrine, bersama dengan dua jenis burung pemastautin iaitu burung helang Barbary dan burung helang Lanner.

Para pembiak burung helang antarabangsa telah mempamerkan burung mereka yang menakjubkan, dengan kehadiran ladang pembiakan yang diwakili dari seluruh dunia. Terdapat ramai pembiak yang hadir dari Eropah termasuk Fox and Desert Falcons dari UK, SB Falcons dari Perancis dan Hura Falcons dari Belgium. Sullivan Mews dari Amerika Syarikat turut datang dari jauh untuk menyertai pameran tersebut sementara pembiak tempatan Gulf Falcons dari Bahrain turut hadir sama.

Pembiak Perancis, Philippe Hertel dari SB Falcons berkata: “Ini adalah penyertaan saya untuk kali kedua di pameran ini dan kami berasa sangat bangga dan gembira untuk mewakili ladang pembiakan kami di sini. Adalah sangat penting bagi kami untuk menjadi sebahagian daripada acara ini oleh kerana terdapat banyak perniagaan melibatkan pembiak burung helang di Arab Saudi, maka sudah tentulah kami perlu berada di sini untuk mempersembahkan burung kami. Kami mempunyai kepakaran dalam perlumbaan dan kami mempunyai burung helang yang sangat pantas, ada beberapa burung kami yang pernah menjadi juara sebelum ini, jadi adalah penting bagi orang ramai di sini untuk melihat apa yang kami tawarkan. Penganjuran majlis ini adalah sangat baik, dari segi penghantaran hinggalah tempat penginapan, dll. Ia merupakan yang terbaik di dunia berbanding acara-acara yang lain."

Pembiak Jerman, Ulf Voss dari Voss Falcons berkata: “Ini merupakan kali pertama kami berada di sini, kami berasa sangat gembira kerana dijemput ke acara ini! Kami mempunyai 38 ekor burung helang dengan sejarah perlumbaan dan perburuan yang hebat. Kami cuba untuk membawa burung helang perlumbaan yang terbaik sambil menjalinkan hubungan terhebat untuk masa hadapan kami. Kami berharap dapat mempergiatkan aktiviti perniagaan kami dengan Arab Saudi dan kedatangan kami ke sini untuk memperkenalkan nama jenama kami kepada mereka yang terlibat dalam industri ini, ia merupakan perkara yang paling penting bagi kami sekarang. Arab Saudi ialah tempat terbaik untuk aktiviti falkonri buat masa ini dan ia merupakan pasaran yang sangat menarik buat masa sekarang."

Pembiak Belgium, Giel Van Haecke dari Hura Falcons berkata: “Ia dianjurkan dengan sangat baik dan merupakan tempat yang bagus untuk orang ramai berkumpul, berhubung dan bertemu. Tidak ada tempat lain lagi yang lebih baik untuk pembiak, ia adalah tempat yang terbaik untuk menjual burung dan anda memerlukan acara seperti ini untuk mencipta nama anda. Semua orang sangat mesra serta terdapat banyak baka burung yang berbeza pada tahun ini dan apabila anda membiak untuk mendapat baka yang berkualiti, maka itu tidak menjadi masalah.”

Pameran ini mempunyai bahagian khas yang dikhususkan semata-mata untuk sejarah falkonri di Arab Saudi dan di seluruh dunia. Bahagian ini penuh dengan pameran interaktif yang disediakan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi pembiak burung helang seterusnya di Timur Tengah. Bahagian lain termasuk galeri seni, menampilkan artis Arab Saudi, Hila Alhmod yang mempamerkan hasil karya burung helang Peregrine menakjubkan yang telah dihasilkan melalui teknik pirografi. Terdapat juga dewan lelongan yang mengagumkan untuk aktiviti lelongan burung helang setiap hari. Pendidikan merupakan tema terbesar pada tahun ini dan pakar-pakar memberikan ceramah setiap hari tentang seni falkonri, dan terdapat penekanan yang kuat dalam menggalakkan generasi pembiak burung helang seterusnya melalui ceramah motivasi dan bidang pembelajaran kanak-kanak.

Kini dalam tahun keempatnya, Pameran Burung Helang dan Perburuan Antarabangsa Arab Saudi 2022 telah mengalu-alukan para pengunjung dan pempamer dari lebih 30 buah negara yang mengambil bahagian, menjadikannya edisi terbesar bagi acara tersebut setakat ini. Acara yang berlangsung di Riyadh itu berlangsung sehingga 3 September 2022.

Hubungan Media: Ahmad AlRefaie - +966 54 501 7470 - ahmad.alrefaie@xpotential-data.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di 
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/00436dda-cba2-45c1-a3ec-e199a1c87954

SUMBER: Saudi Falcons Club

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16256