Friday, July 8, 2022

UNIPLAT OLEH UNIFY PLATFORM AG MENGUMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK DENGAN EUTECH UNTUK MENDORONG KEJAYAAN BAGI SDG PBB

 YOKOHAMA, Jepun, 8 Julai, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


- UNIPLAT Menjadi Satu daripada Hanya Enam Rakan Strategik Pakatan SDG EUTECH –
 
UNIPLAT, platform dalam talian (*) yang pertama di dunia yang khusus bagi penyelidik dan usahawan yang mempamerkan projek penyelidikan mereka yang tertumpu kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, secara rasminya mengumumkan satu perkongsian strategik pada 7 Julai dengan European Technology Chamber (EUTECH), sebuah NGO berdaftar yang merapatkan teknologi, manusia, ekonomi, masyarakat, negara, dan politik untuk membawa kemakmuran kepada manusia sejagat.
(*) Berdasarkan kepada hasil pencarian Google.
 
Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106816/202207013304/_prw_PI3fl_4ugteuB9.jpg
 
Kedua-dua pertubuhan itu berkongsi misi yang sama untuk berusaha ke arah merealisasikan SDG itu. Oleh itu, perkongsian dan kerjasama itu tertumpu kepada tetapi tidak terhad kepada program, projek, pertukaran akademik dan acara oleh Pakatan SDG itu.

Pakatan SDG itu ialah satu daripada Pakatan EUTECH yang membolehkan syarikat-syarikat Eropah dan antarabangsa untuk menjadi lebih berdaya saing dengan memperkasakan mereka dengan akses kepada kewangan dan sumber yang membolehkan mereka untuk mencapai objektif pertumbuhan mereka. Dengan menjadi satu daripada hanya enam rakan strategik Pakatan SDG, UNIPLAT akan menerima akses eksklusif kepada acara, aktiviti dan publisiti media yang diadakan oleh Pakatan SDG itu, sekali gus mewujudkan lebih banyak pendedahan dan membuka lebih banyak peluang untuk semua ahli UNIPLAT.

“Adalah dengan penuh gembira untuk menyaksikan perkongsian strategik yang terjalin di antara UNIPLAT dan Pakatan SDG EU Tech Chamber. Seperti yang selalu kami percaya, kerjasama adalah kunci kepada menangani cabaran mendesak dan membuka peluang-peluang baharu. Saya amat percaya bahawa dengan usaha bersama kami, kami boleh memudahkan kemajuan yang signifikan di dalam merealisasikan SDG PBB. Saya tidak sabar menantikan perjalanan bersama kita,” kata Florian von Tucher, pengerusi EUTECH.

“Adalah menjadi satu penghormatan besar bagi UNIPLAT untuk menjadi sebuah rakan strategik bagi EUTECH, platform penyelidikan dan teknologi terkemuka EU yang dibiayai bersama oleh EU. Bagi ahli UNIPLAT di seluruh dunia, EUTECH ialah asas pembinaan bagi sebuah rangkaian perniagaan yang kukuh di Eropah. Tambahan pula, kami berharap UNIPLAT akan digunakan sebagai sebuah tempat untuk pembentangan mengenai pengembangan global bagi banyak syarikat dan institusi yang disokong oleh EUTECH. Kami amat yakin bahawa perkongsian yang memberi impak dan sangat penting di peringkat antarabangsa ini akan menyokong dengan teguh resolusi SDG yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” kata Takahisa Karita, pengasas bersama, Ketua Pegawai Kewangan, dan Ketua Pegawai Operasi bagi Unify Platform AG, syarikat pengurusan bagi UNIPLAT.

Maklumat mengenai UNIPLAT
 
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106816/202207013304/
_prw_PI2fl_0bd6j091.jpg

 
UNIPLAT ialah platform dalam talian (*) yang pertama di dunia yang khusus bagi penyelidik dan usahawan dari seluruh dunia untuk berkongsi idea dan projek penyelidikan mereka serta mendapat sokongan daripada individu atau institusi. Dibangun dan diuruskan oleh Unify Platform AG (https://unify21.com/) yang berpangkalan di Switzerland, misi UNIPLAT adalah untuk mempercepatkan kejayaan SDG.
(*) Berdasarkan kepada hasil pencarian Google.
Halaman depan UNIPLAT: https://www.uniplat.social/
 
Maklumat mengenai EUTECH
 
Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106816/202207013304/
_prw_PI1fl_LJi0rR7I.jpg

 
EUTECH telah diasaskan sebagai sebuah NGO atau Pertubuhan Bukan Kerajaan dan organisasi yang tidak mencari keuntungan untuk berfungsi sebagai satu jambatan di antara teknologi, manusia, ekonomi, masyarakat, negara dan politik. EUTECH sangat percaya bahawa cabaran zaman hanya boleh dikuasai dengan bantuan teknologi. Kerjasama global ialah satu-satunya instrumen yang boleh membantu menyelesaikan masalah antarabangsa di semua peringkat: ekonomi, sosial, kebudayaan dan kemanusiaan. Penghormatan terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asasi manusia tanpa perbezaan berdasarkan kepada kaum, jantina atau agama harus dipupuk dan diperkukuhkan.
Laman web rasmi EUTECH: https://www.eutech.org/
 
Sumber: Unify Platform AG 

Thursday, July 7, 2022

DATA BAYI JANGKA PANJANG MEMBERI JAMINAN TENTANG KAPASITASI BAHARU - KAEDAH PENYUBURAN PEMATANGAN IN VITRO (CAPA-IVM)

WILMINGTON, Delaware, 7 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kajian susulan baharu ke atas bayi yang berusia 2 tahun melaporkan tiada perbezaan dalam hasil perkembangan kanak-kanak yang dilahirkan selepas kapasitasi-pematangan in vitro (CAPA-IVM) berbanding mereka yang dilahirkan melalui persenyawaan in vitro (IVF) konvensional selepas berlakunya rangsangan ovari. Kajian ini direka untuk mengesan kelewatan perkembangan kanak-kanak dari segi komunikasi, motor kasar, motor halus, penyelesaian masalah dan tingkah laku peribadi-sosial. Ia merangkumi sejumlah 231 orang kanak-kanak yang dinilai pada usia 6 bulan, 12 bulan dan 24 bulan selepas kelahiran.


Hasil kajian ini dibentangkan oleh Prof. Dr. Tuong M Ho di Mesyuarat Tahunan kali ke-38 European Society of Human Reproduction and Embryology (ESHRE) pada 6 Julai 2022 di Milan (Itali) dan telah diterbitkan dalam Human Reproduction1, sebuah jurnal perubatan reproduktif yang terkemuka.

Prof. Dr. Lan Vuong dari hospital MyDuc, HCMC, Vietnam yang mengetuai kajian ini berkata: “Salah satu mesej utama daripada kajian ini ialah tidak terdapat sebarang kebimbangan yang ketara dari segi keselamatan CAPA-IVM terhadap perkembangan kanak-kanak.” Hasil keputusan semasa melengkapkan penemuan baru-baru ini yang mencadangkan bahawa CAPA-IVM tidak menunjukkan sebarang perubahan epigenetik atau kecacatan peneraan utama dalam oosit matang in-vitro2. Dr. Vuong percaya bahawa bukti yang terus dibangunkan tentang CAPA-IVM adalah penting agar para pakar perubatan dapat mempertimbangkan pendekatan alternatif untuk rawatan kesuburan yang ada pada masa ini.

Tentang CAPA-IVM

CAPA-IVM ialah suatu pendekatan baharu terhadap pematangan in-vitro oosit yang dipulihkan selepas ketiadaan atau kewujudan rangsangan ovari yang minimum, yang menggabungkan langkah kapasitasi dalam pematangan oosit in vitro serta meningkatkan kompetensi perkembangan oosit. CAPA-IVM ialah kaedah teknologi reproduktif bantuan yang mesra pesakit dan mungkin menjadi pilihan alternatif untuk rangsangan ovari konvensional dan IVF, dengan beban rawatan yang berkurangan pada pesakit. Hak seluruh dunia ke atas teknologi CAPA-IVM dimiliki oleh Lavima Fertility, Inc.

Rujukan

1. Vuong LN, Nguyen MHN, Nguyen NA, Ly TT, Tran VTT, Nguyen NT, Hoang HLT, Le XTH, Pham TD, Smitz JEJ, Mol BW, Norman RJ, Ho TM. Perkembangan kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah IVM berbanding IVF: susulan 2 tahun selepas kajian rawak terkawal. Human Reproduction 2022, ms. 1–9, deac115,

2. Saenz-de-Juano MD, Ivanova E, Romero S, Lolicato F, Sánchez F, Van Ranst H, Krueger F, Segonds-Pichon A, De Vos M, Andrews S, Smitz J, Kelsey G, Anckaert E. Metilasi DNA dan ekspresi mRNA peneraan gen dalam blastosista yang diperoleh daripada kaedah pematangan in vitro yang dipertingkat untuk oosit daripada folikel antral kecil pada pesakit sindrom ovari polisistik. Human Reproduction 2019 29 Sep;34(9):1640-1649.

Hubungan

andre.rosenthal@lavimafertility.com


SUMBER : Lavima Fertility Inc.

Tuesday, July 5, 2022

SINOVAC BERGANDING BAHU DENGAN PASUKAN PENYELIDIKAN HKU-CTC DAN HOSPITAL GLENEAGLES HONG KONG UNTUK MEMULAKAN SATU PERCUBAAN KLINIKAL BAGI SATU VAKSIN YANG TIDAK DIAKTIFKAN KHUSUS OMICRON UNTUK KEGUNAAN PENGGALAK DI HONG KONG, CHINA

[Dari kanan ke kiri] Profesor Ivan Hung Fan-ngai, Ru Chien & Helen Lieh Profesor dalam Pedagogi Sains Kesihatan, Profesor Klinikal dan Ketua bagi Penyakit Berjangkit, Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Perubatan Klinikal, Penolong Dekan (Kemasukan), LKS Fakulti Perubatan bagi Universiti Hong Kong; Dr Kenneth Tsang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Hospital Gleneagles Hong Kong; Cik Cheryl Law, Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Asia Pasifik bagi SINOVAC; Encik Henry Yau, Pengarah Urusan bagi Pusat Percubaan Klinikal Universiti Hong Kong. (Foto: Business Wire)


HONG KONG, 5 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu majlis pelancaran telah diadakan di Hospital Gleneagles Hong Kong (Gleneagles atau GHK) untuk memulakan satu percubaan klinikal bagi menilai keselamatan dan imunogenisiti bagi vaksin yang tidak diaktifkan COVID-19 khusus Omicron keluaran SINOVAC yang digunakan sebagai satu suntikan penggalak pada orang dewasa yang sihat, dengan menjangkakan untuk menyediakan bukti saintifik bagi strategi imunisasi masa hadapan. Kajian ini diketuai oleh satu pasukan penyelidikan perubatan dari Pusat Percubaan Klinikal Universiti Hong Kong (HKU-CTC) dengan kerjasama Gleneagles.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220704005146/en/

Dalam kajian ini, seramai 300 sukarelawan dewasa yang sihat berumur 18 tahun ke atas yang telah divaksin dengan dua atau tiga dos vaksin COVID-19 yang tidak diaktifkan atau mRNA akan diambil.

“Seperti yang kita ketahui, vaksinasi adalah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menangani penyakit berjangkit. Pada masa ini, Omicron terus melanda seluruh dunia. Saya berharap percubaan klinikal itu dapat mengukuhkan dan menggalakkan secara efektif penyelidikan vaksin dan pentadbiran vaksinasi secara berkesan,” Profesor Ivan Hung Fan-ngai, Ru Chien & Helen Lieh Profesor dalam Pedagogi Sains Kesihatan, Profesor Klinikal dan Ketua bagi Penyakit Berjangkit, dan Penolong Dekan di Jabatan Perubatan, Pusat Pengajian Perubatan Klinikal, Penolong Dekan (Kemasukan), LKS Fakulti Perubatan, Universiti Hong Kong (HKUMed), menyatakan dalam majlis itu.

“Sebagai satu daripada tapak penyelidikan bagi HKU, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada projek percubaan klinikal ini dan menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan berterusan bagi strategi vaksin dan imunisasi untuk membantu meningkatkan perlindungan kesihatan bagi orang ramai,” kata Dr Kenneth Tsang.

“Adalah sangat penting untuk bekerjasama dengan Profesor Hung, HKU-CTC dan Gleneagles untuk menjalankan percubaan klinikal bagi vaksin COVID-19 yang tidak diaktifkan sebagai satu suntikan penggalak terhadap jenis Omicron itu. Kami berharap dapat mencari satu penyelesaian bagi Hong Kong dan dunia untuk memerangi virus baharu itu dengan hasil keputusan daripada percubaan ini,” kata Cik Cheryl Law, Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa bagi SINOVAC.

SINOVAC memperoleh sampel bagi varian Omicron itu pada awal Disember 2021 dan kemudian secara aktif menggalakkan penyelidikan dan pembangunan bagi vaksin COVID-19 yang tidak diaktifkan (jenis khusus Omicron). Penyelidikan praklinikal menunjukkan bahawa vaksin itu adalah selamat dan berkesan pada haiwan. Percubaan klinikal imunisasi penggalak jenis Omicron itu telah diluluskan oleh Lembaga Kajian Institusi (IRB) HKU GHK pada 12 April 2022 dan oleh Lembaga Farmasi dan Racun Hong Kong pada 14 April 2022, yang membolehkan percubaan klinikal dijalankan untuk meningkatkan imuniti orang ramai terhadap jenis koronavirus baharu itu di Hong Kong.

Friday, July 1, 2022

NADI BAGI SUNGAI MIN -- MENCIPTA SATU MERCU TANDA BAHARU DI METROPOLIS ANTARABANGSA FUZHOU YANG SERBA MODEN

Perkara yang Anda Tidak Ketahui tentang Fuzhou – Nadi bagi Sungai Min 

FUZHOU, China, 1 Julai, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

Satu video promosi bagi Bandar raya Fuzhou di Wilayah Fujian yang bertajuk “Perkara yang Anda Tidak Ketahui tentang Fuzhou – Nadi bagi Sungai Min” telah ditayangkan pada 1 Julai (GMT+8) melalui akaun media sosial luar negara termasuk Oriental.Paris, Discover Fujian dan Discover Fuzhou, dsb. Video itu mempamerkan ciri-ciri baharu bagi bandar raya yang berusia ribuan tahun ini yang ditekankan oleh pembangunan hijau, legasi kebudayaan, inovasi dan semangat.

Dalam video itu, Sungai Min merentasi kesibukan bandar raya yang berkembang maju ini. Turut dipaparkan di dalam video ini ialah Jalan Pejalan Kaki Binjiang, sebuah jalan komersial yang mempunyai sejarah yang panjang; Dataran Belia, yang menawarkan halaman rumput terbesar di pusat bandar raya Fuzhou dan menawarkan pemandangan terbaik bagi Sungai Min; dan Jambatan Belia, yang menghubungkan kawasan kejiranan bersejarah itu dan Dataran berkenaan. Seni bina gaya klasik Min dipadankan dengan sempurna ke dalam sebuah pandangan bandar raya moden bertaraf antarabangsa, bersama-sama dengan tarikan mesra foto yang baharu dibina, sebuah landskap yang indah telah dicipta di sepanjang Sungai Induk Fujian -- Sungai Min, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.

NADI BAGI SUNGAI MIN -- MENCIPTA SATU MERCU TANDA BAHARU DI METROPOLIS ANTARABANGSA FUZHOU YANG SERBA MODEN

BOSAGORA MELANCARKAN BIZNET MEREKA UNTUK MEMBINA RANGKAIAN PERNIAGAAN




SEOUL, Korea Selatan, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Yayasan BOSAGORA (Presiden: Kim In-hwan) mengumumkan pada 29 Jun bahawa ia telah melancarkan BizNet mereka yang unik untuk membina dan mengembangkan ekosistem perniagaan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220629005377/en/

Pengumuman bagi pelancaran BizNet itu telah disiarkan secara langsung di YouTube untuk memastikan komunikasi percuma dengan pengguna mereka.

Rangkaian blok rantai itu bagi BOSAGORA, projek penawaran syiling permulaan (ICO) yang pertama di Korea Selatan, bertujuan untuk merealisasikan organisasi autonomi terpencar dengan melaksanakan belanjawan bersama yang terkumpul melalui penyertaan aktif di dalam projek itu oleh pengendali nod melalui aktiviti parlimen dan penjanaan blok.

Yayasan itu membangunkan BizNet untuk menyediakan satu rangkaian blok rantai yang menyokong pembangun untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan mudah dengan kontrak pintar, yang penting untuk menyampaikan token tidak sepiawai (NFT) dan DeFi.

Dan enjin konsensus bagi BizNet direka untuk menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk keserasian dengan rangkaian Ethereum, mengurangkan masa kependaman yang diperlukan untuk memuktamadkan blok, kitaran penjanaan blok yang sama dengan rangkaian Ethereum, dan mengelakkan inflasi.
 
Selain itu, keserasiannya dengan rangkaian Ethereum, yang mempunyai ekosistem perniagaan yang terbesar, dijangka akan menyumbang kepada pengembangan ekosistem perniagaan BOSAGORA kerana ia membolehkan kerjasama dan gabungan dengan pelbagai perkhidmatan global yang berasaskan Ethereum.

BizNet menerbitkan Biz-BOA, token natif proprietari mereka. Pengguna boleh menukar mata atau token yang terkumpul dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam BizNet kepada Biz-BOA melalui fungsi pertukaran BizNet. Fungsi pertukaran itu membolehkan pengguna untuk secara serasi menggunakan pelbagai perkhidmatan yang menyertai BizNet.

Dan, melalui fungsi penghubung yang akan disediakan secara berturut-turut oleh BizNet, token itu boleh ditukar dengan syiling BOA yang berasaskan ERC20 yang disenaraikan di bursa itu.

Berdasarkan kepada BizNet, Yayasan itu merancang untuk melancarkan perkhidmatan S2E (Perkhidmatan untuk Mendapatkan) secara berurutan termasuk DeFi, P2E (Bermain untuk Mendapatkan), dan M2E (Bergerak untuk Mendapatkan), serta NFT.

“Dengan pelancaran BizNet, nilai bagi syiling BOA dijangka meningkat kerana ia akan mewujudkan ekosistem rangkaian yang lebih cekap dan lebih kaya,” kata Kim In-hwan, Presiden bagi Yayasan BOSAGORA. “Melalui BizNet, kami akan berusaha untuk mendekati visi BOSAGORA iaitu ‘Menjadikan Dunia yang Lebih Baik’.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16045

QUORUM SOFTWARE MENGUMUMKAN PERANCANGAN GENERASI HADAPAN DAN PERKONGSIAN EKONOMI DENGAN SCHLUMBERGER

Ruang Perancangan Quorum Disepadukan dengan Penyelesaian FDPlan Schlumberger

HOUSTON, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Quorum Software  (Quorum), sebuah peneraju perisian global yang berdedikasi kepada industri tenaga, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian dengan Schlumberger untuk mengintegrasikan bersama Ruang Perancangan Quorum yang merupakan industri terkemuka, satu perancangan perniagaan dan penawaran ekonomi petroleum, dengan penyelesaian perancangan pembangunan medan FDPlan, yang didayakan oleh persekitaran E&P kognitif DELFI. Penyelesaian bersepadu itu akan ditawarkan secara terus oleh Schlumberger dengan Ruang Perancangan sebagai enjin ekonomi petroleum mereka.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Quorum akan juga memperoleh perisian perancangan, risiko dan rizab Merak daripada Schlumberger.

“Quorum dan Schlumberger telah menjalin perhubungan yang lama dengan pelanggan dan rakan kongsi kami selama beberapa dekad ketika memberikan perkhidmatan di dalam industri tenaga,” kata Gene Austin, Ketua Pegawai Eksekutif di Quorum. “Menyatukan penyelesaian perancangan dan ekonomi pasaran terkemuka kami memberikan pelanggan di seluruh dunia dengan akses kepada teknologi yang paling lengkap di dalam industri itu, dengan disokong oleh pasukan pakar-pakar tenaga kami.”

“Perkongsian di antara Quorum dan Schlumberger akan membolehkan pelanggan kami untuk menyepadukan data merentas domain dan aliran kerja dengan lancar, untuk mempercepatkan langkah membuat keputusan merentasi perancangan, operasi dan bilik lembaga,” kata Trygve Randen, Pengarah Penyelesaian Bawah Permukaan Digital di Schlumberger. “Dengan menyepadukan persekitaran DELFI dan aliran kerja domain dengan penyelesaian perancangan perniagaan Quorum, kami mendayakan sebuah industri terlebih dahulu—satu pengalaman yang benar-benar bersepadu yang menghubungkan kesemua fungsi di dalam organisasi itu.”

Dengan perjanjian itu berkuat kuasa serta-merta, Quorum dan Schlumberger telah pun terlibat secara aktif dengan beberapa syarikat tenaga utama untuk meningkatkan prestasi dan keuntungan mereka melalui perancangan perniagaan yang dipertingkatkan merentasi organisasi mereka.

Maklumat mengenai Quorum Software
Quorum Software adalah sebuah penyedia perisian industri tenaga terkemuka di seluruh dunia, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 1,800 pelanggan merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga di 55 buah negara. Penyelesaian Quorum menjanakan pertumbuhan dan keuntungan bagi perniagaan tenaga dengan menghubungkan orang, aliran kerja dan sistem dengan data tersedia untuk membuat keputusan. Dua puluh tahun yang lalu, kami menyampaikan perisian pertama industri itu bagi akauntan loji gas, dan pada hari ini penyelesaian kami menyelaraskan operasi perniagaan dengan standard dan penyepaduan data hadapan industri. Industri tenaga global menaruh kepercayaan terhadap pakar dan aplikasi Quorum untuk mengemudikan dengan jayanya peralihan tenaga dan pada masa yang sama menyampaikan nilai hari ini dan pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari quorumsoftware.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16047

PELUANG AKHIR MENANG RM1,000,000 KEMPEN SURIA BANK MUAMALAT

 Kempen berakhir pada 31 Julai 2022


 
PULAU PINANG, 1 Julai (Bernama) -- Pelabur Akaun Pelaburan Mudarabah Tidak Terhad (SURIA) Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) masih mempunyai peluang terakhir bergelar jutawan bagi meraih hadiah wang tunai bernilai RM1,000,000.00 menjelang 31 Julai, 2022. Kempen SURIA yang dilancarkan tahun lalu itu berlangsung untuk tempoh setahun bermula 1 Ogos 2021, dan akan berakhir pada 31 Julai 2022. Sejumlah lebih RM2.8 juta nilai hadiah ditawarkan sepanjang kempen SURIA berlangsung.
 
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin,  kempen SURIA selaras dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat melabur dalam kalangan masyarakat untuk mencipta sumber pendapatan pasif, selain melindungi diri mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan kewangan. Ia juga membolehkan pelabur menikmati ganjaran menarik bagi memenuhi keperluan mereka.
 
“Akaun SURIA menggalakkan pelanggan bank untuk melabur dan pada masa yang sama membolehkan mereka memenangi pelbagai hadiah menarik. Ini adalah cara kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan baharu dan setia kami sebagai penghargaan kepada mereka,” tambah Khairul.
 
Dalam tempoh 11 bulan lalu, seramai 1,092 pemenang telah diumumkan. Ini meragkumi kategori Emas, iaitu hadiah suku tahunan berupa tiga buah kereta premium popular (Honda CR-V, Honda Civic dan Proton X50); hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk Cabutan Bulanan peringkat kebangsaan (Kategori Klasik) dan cawangan (Kategori Ekstra) serta kategori Khas Pesara. Kategori akhir adalah e-Cabutan untuk mereka yang melabur dalam SURIA melalui Perbankan Internet i-Muamalat dan Platform Aplikasi Muamalat (MAP).
 
Untuk bulan terakhir Kempen SURIA, Bank Muamalat menawarkan 101 hadiah menarik khusus untuk bulan Julai. Antaranya Hadiah Utama kategori Platinum iaitu tunai RM1,000,000, hadiah suku tahunan sebuah kereta Audi Q2 2021 bagi kategori Emas, hadiah wang tunai RM10,000 & RM5,000 masing-masing seorang pemenang bagi kategori Klasik dan wang tunai RM1,000 kepada 67 pemenang peringkat cawangan bagi kategori Ekstra.
 
Dalam pada itu, seramai 25 orang pesara juga bakal diumumkan sebagai pemenang untuk hadiah wang tunai berjumlah RM500 bagi kategori Khas di peringkat wilayah. Akhir sekali adalah hadiah berupa sebuah iPad untuk seorang pemenang bagi setiap lima wilayah.
 
Akaun SURIA terbuka kepada semua pelanggan baharu SURIA berumur 18 tahun ke atas, dan pelanggan sedia ada yang menukar akaun simpanan mereka kepada akaun SURIA. Selain menikmati ciri yang sama seperti Akaun Simpanan, pemegang akaun pelaburan SURIA juga layak secara automatik untuk penyertaan cabutan berganda dengan mengekalkan pelaburan minimum RM100 dalam akaun SURIA sepanjang tempoh kempen. Pelanggan sedia ada dan baharu boleh membuat pelaburan akaun SURIA menerusi kaunter cawangan Bank Muamalat, mesin juruwang automatik (ATM) dan Perbankan Internet i-Muamalat.
 
Majlis penyerahan hadiah Kempen SURIA bagi kategori Emas diadakan di cawangan Bank Muamalat Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. Bank Muamalat turut meraikan pemenang Cabutan Suku Tahunan kedua (bulan Januari 2022), Puan Yogeshwari Vinayagam, seorang guru dari Pulau Pinang yang memenangi hadiah sebuah kereta Honda CR-V. Hadiah disampaikan oleh Ketua Deposit Runcit Bank Muamalat, Asri Musadad Zulkifli. Pada majlis yang sama, senarai pemenang Kempen SURIA bagi bulan April 2022, turut diumumkan.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai akaun SURIA, sila layari  www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500.  


SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)