Thursday, September 16, 2021

PROGRAM CSR HASIL PRIHATIN: LHDNM DAN KWSP SEPAKAT JAYAKAN PROGRAM BAKUL MAKANAN DI KUALA SELANGOR

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tekad meneruskan usaha membantu mereka yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19, kali ini dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kuala Selangor.

 
Bertempat di Pusat Khidmat Hasil (PKH) Kuala Selangor, Tuan Haji Kamarudin B. Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor bersama-sama Encik Shahrul Nizam Bin Mat Saleh, Ketua Cawangan KWSP Kuala Selangor telah hadir bagi menyerahkan sendiri bakul makanan kepada wakil-wakil penerima bantuan. Antara penerima bakul makanan tersebut ialah Encik Mohd Shamsul Akma Bin Omar, yang mewakili penduduk Taman Malawati Utama, Kuala Selangor, Puan Tjoa Pinpin dari Pasir Penambang yang mewakili komuniti kaum Cina dan Encik Rajan A/L Ramasamy yang mewakili komuniti kaum India di Kuala Selangor.
 
Sebanyak 80 bakul makanan telah diserahkan untuk agihan, dengan 50 daripadanya adalah sumbangan LHDNM dan selebihnya daripada KWSP. Sehingga hari ini, LHDNM telah mengagihkan 13,990 bakul makanan kepada mereka yang terkesan di seluruh negara melalui Program CSR Hasil Prihatin.
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Encik Azrul Hisham Bin Shamsudin, Pengarah Cawangan LHDNM Klang, Encik Mathan Kaliappan, Pengarah Siasatan Cawangan Klang, Encik Mohd Shamsunizam Bin Mohd Romli, Ketua Penguatkuasaan KWSP Kuala Selangor dan Encik Khusairi Bin Ahmad Sapian, Penasihat Kewangan Persaraan KWSP Kuala Selangor.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14984

Wednesday, September 15, 2021

HAMPIR TIGA PEREMPAT PELANCONG AMERIKA SYARIKAT MENYOKONG PENGENALAN PASPORT VAKSIN ANTARABANGSA, MENURUT PENYELIDIKAN OAG

70% daripada semua pelancong menyokong pasport vaksin antarabangsa; 56% pelancong yang belum mendapat vaksin tidak mahu diberikan suntikan vaksin walaupun jika ia diperlukan untuk melakukan perjalanan

SINGAPURA, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Orang ramai sudah bersedia untuk kembali melancong, tetapi masa terdekat bagi perjalanan udara masih kekal bergolak, menurut tinjauan OAG terhadap lebih 1,800 pelancong Amerika Syarikat pada Julai dan Ogos. Kapasiti domestik di Amerika Syarikat meningkat 81% dari Jun – Ogos 2021, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan itu didorong oleh permintaan pengguna yang teguh; 70% daripada pengguna yang ditinjau oleh OAG telah menempah penerbangan untuk masa depan.

Walaupun kesediaan pelancong untuk terbang semakin meningkat, varian Delta, peningkatan kadar penularan COVID dan pilihan pemvaksinan sangat mempengaruhi prospek jangka pendek dan sederhana. Sebilangan besar pengguna yang ditinjau oleh OAG melaporkan telah menerima pemvaksinan lengkap. Walau bagaimanapun, OAG mendapati bahawa hanya 15% individu yang belum mendapat vaksin merancang untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum perjalanan mereka yang seterusnya.

Banyak syarikat penerbangan dan destinasi sedang menimbangkan mandat vaksin untuk mengukuhkan keyakinan dan memerangi penularan. Enam puluh lapan peratus daripada semua responden yang ditinjau berkata mereka berminat atau menginginkan pasport vaksin domestik, dan 70% percaya pasport vaksin semestinya diperlukan untuk perjalanan antarabangsa. Yang mengejutkan, bagi mereka yang berkata bahawa mereka belum mendapatkan suntikan vaksin, 56% berkata mereka tetap tidak akan mendapatkan suntikan vaksin walaupun jika syarikat penerbangan, lapangan terbang, atau destinasi memerlukannya untuk melakukan perjalanan.

“Mandat vaksin adalah satu isu polarisasi. Banyak syarikat penerbangan, kerajaan dan destinasi secara aktif mempertimbangkan untuk mewajibkan vaksin untuk terbang atau masuk, dan majoriti pelancong menyokong penggunaan pasport vaksin,” kata Mayur Patel, Ketua bagi APAC, OAG. “Walaupun ini mungkin mencetuskan lagi kemelut, kekuatan dan ketahanan yang berterusan bagi keseluruhan pasaran pelancongan secara langsung berkait rapat dengan tahap pemvaksinan yang lebih tinggi dan kadar penularan yang lebih rendah.” 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14981

MARY KAY INC. MENGELUARKAN LAPORAN RINGKASAN STRATEGIK KELESTARIAN & IMPAK SOSIAL 2020-21 YANG MENYOROTI MATLAMAT KELESTARIAN GLOBAL DAN IMPAK SOSIAL MENJELANG 2030

Logo Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan (Grafik: Mary Kay Inc.)

Bertajuk “Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan,” laporan ringkasan yang pertama kali itu menyoroti komitmen jenama itu terhadap tanggungjawab ekonomi, alam sekitar dan sosial

DALLAS, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., sebuah penyokong global bagi tanggungjawab sosial korporat, hari ini mengeluarkan strategi kelestarian mereka Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan dan Laporan Ringkasan Strategik Kelestarian & Impak Sosial 2021-21 mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210913005253/en/

“Ia adalah lebih daripada kita — ia selalunya begitu,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay Inc. “Industri kosmetik dan penjagaan diri sedang berada dalam proses peralihan ketika syarikat-syarikat berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi operasi yang peka terhadap alam sekitar, telus dan produk yang bersumberkan lebih bersih dan beretika. Mary Kay percaya di dalam perkara ini dan menyokong evolusi ini.”

Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan memperluaskan visi Mary Kay sehingga 2030 dan seterusnya. Ini membina sebuah gambaran tentang bagaimana “rupa bentuk” kebaikan bagi Mary Kay, Perunding Kecantikan Persendirian, pelanggan dan — yang paling penting — planet ini. Memperkayakan Kehidupan Hari Ini untuk Sebuah Hari Esok yang Mapan telah dibangunkan dengan pihak berkepentingan utama Mary Kay dan adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sekali gus menjadikan Mary Kay sebagai satu bahagian penting di dalam gabungan global untuk memastikan masa depan yang lebih baik.

“Walaupun terdapat inisiatif yang bermakna yang dilaksanakan di seluruh industri itu — dan di dalam Mary Kay itu sendiri — masih ada banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mencari penyelesaian jangka panjang terhadap cabaran persekitaran dan sosio-ekonomi,” kata Gibbins. “Selama hampir 60 tahun, Mary Kay telah berusaha untuk memperkayakan kehidupan wanita, memajukan bidang kesihatan kulit, dan mewujudkan impak positif masyarakat di seluruh dunia. Kami teruja kerana dapat mengambil langkah penting seterusnya di dalam perjalanan kami.”

MARY KAY INC. MENGELUARKAN LAPORAN RINGKASAN STRATEGIK KELESTARIAN & IMPAK SOSIAL 2020-21 YANG MENYOROTI MATLAMAT KELESTARIAN GLOBAL DAN IMPAK SOSIAL MENJELANG 2030

KIOXIA MEMPERKENALKAN SSD MEMORI KELAS PENYIMPANAN PCIE® 4.0



SSD Ingatan Kelas Penyimpanan (SCM) yang mematuhi PCIe(R) 4.0:  Siri KIOXIA FL6 (Foto: Business Wire)


Siri KIOXIA FL6 Baharu memanfaatkan XL-FLASH Kioxia untuk Merapatkan Jurang Di Antara DRAM dan SSD berasaskan TLC, Mempercepatkan Aplikasi Kependaman Sensitif

TOKYO, 14 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kependaman rendah, Ingatan Kelas Penyimpanan (SCM) daya ketahanan tinggi akan datang ke SSD NVMe™ KIOXIA. 
Kioxia Corporation, sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, kini memberikan sampel SSD SCM NVMe perusahaan Siri KIOXIA FL6 mereka. Menampilkan penyelesaian SCM Kioxia, XL-FLASH, SSD dwi port dan PCIe® 4.0 yang patuh Siri KIOXIA FL6 merapatkan jurang di antara DRAM dan pemacu berasaskan TLC, menjadikannya sangat sesuai untuk kes-kes penggunaan kependaman sensitif seperti lapisan pengagregatan, peningkatan dan menulis pengelogan.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210913005922/en/

Berdasarkan kepada teknologi ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D berinovatif Kioxia dengan SLC 1-bit-per-sel, XL-FLASH membawa kependaman rendah dan prestasi tinggi kepada pusat data dan penyimpanan perusahaan. Walaupun penyelesaian ingatan meruap seperti DRAM memberikan kelajuan akses yang diperlukan oleh aplikasi yang mendesak, ia datang dengan kos yang tinggi. SCM menangani perkara ini dengan menyediakan ingatan kilat berkepadatan tinggi, kos efektif dan tidak meruap.

Siri KIOXIA FL6 itu berfungsi baik pada beban kerja kedalaman giliran rendah tetapi kekuatannya yang sebenarnya didedahkan apabila beban kerja menjadi lebih mendesak dan bercampur-campur. Dalam persekitaran ini, pemacu KIOXIA FL6 menyampaikan kualiti perkhidmatan yang boleh dipercayai – satu sifat penting untuk pelbagai aplikasi yang berkependaman sensitif.

KIOXIA MEMPERKENALKAN SSD MEMORI KELAS PENYIMPANAN PCIE® 4.0

TRUECOMMERCE MEMPEROLEH DICENTRAL

Pemerolehan ini mewujudkan rangkaian rantaian bekalan berbilang perusahaan yang paling kaya ciri, global dan berasaskan awan

PITTSBURGH, 14 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TrueCommerce, pembekal awan global utama bagi penyelesaian ketersambungan, penyepaduan, omnisaluran rantaian bekalan dan rakan perdagangan, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh DiCentral, pembekal penyelesaian B2B dan API global utama. Pemerolehan ini membolehkan TrueCommerce meningkatkan pertumbuhan rangkaian global utamanya, mendalamkan portfolio penyelesaiannya, dan mengembangkan jejak geografi globalnya.

Pemerolehan ini memperkukuh lagi kedudukan TrueCommerce sebagai peneraju dalam ruang kerjasama dan ketersambungan rantaian bekalan. Dengan memanfaatkan kepakaran tergabung syarikat dalam automasi, pendigitalan dan penyepaduan, TrueCommerce berada dalam kedudukan unik untuk mentransformasikan cara pelanggannya menjalankan perniagaan, dengan penyelesaian nilai tambahan yang direka bentuk untuk menangani cabaran rantaian bekalan dan cabaran eDagang yang rumit, melancarkan operasi, dan meningkatkan kebolehuntungan.

Dikenali untuk meringkaskan cabaran perniagaan API dan EDI yang rumit, DiCentral menambahkan 30,000 sambungan kepada Rangkaian Perdagangan Global TrueCommerce, dengan hampir 5,000 pelanggan daripada pelbagai pangkalan. Rangkaian tergabung TrueCommerce kini berkembang kepada 160,000 sambungan dan hampir 18,000 pelanggan. Penggabungan kelebihan kedua-dua syarikat mewujudkan rangkaian yang tiada tandingan dan tawaran penyelesaian inovatif yang memperkasakan pelanggan untuk mendigitalkan, memperluas dan mengembangkan perniagaan mereka seperti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Bersama-sama, kami menawarkan penyelesaian dan ketersambungan bersepadu intuitif yang menyelesaikan cabaran yang dihadapi pelanggan kami dalam mengembangkan perniagaan mereka merentasi rantaian bekalan yang semakin didigitalkan, global dan rumit,” kata John Fay, CEO TrueCommerce. “Kami komited untuk meningkatkan dan menyokong platform DiCentral dan saya berasa sukacita untuk mengalu-alukan pelanggan dan pasukan DiCentral yang berbakat ke keluarga TrueCommerce.”

TRUECOMMERCE MEMPEROLEH DICENTRAL

Tuesday, September 14, 2021

TDCX MENGEMUKAKAN KENYATAAN PENDAFTARAN BAGI CADANGAN TAWARAN AWAM PERMULAAN

SINGAPURA, 13 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 8 September 2021 -- TDCX Inc. (“TDCX” atau “Syarikat” itu), sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi berinovatif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengemukakan satu Kenyataan Pendaftaran pada Borang F-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat berhubung dengan cadangan tawaran awam permulaan (“IPO”) bagi Saham American Depositary (“ADS”) yang mewakili saham biasa Kelas A mereka. Syarikat itu berhasrat untuk menyenaraikan ADS itu di Bursa Saham New York di bawah simbol “TDCX”.

Jumlah bagi saham biasa yang akan diwakili oleh setiap ADS, jumlah ADS yang akan ditawarkan dan julat harga bagi tawaran yang dicadangkan itu belum lagi ditetapkan.

Goldman Sachs & Co. LLC dan Credit Suisse Securities (AS) LLC akan bertindak sebagai penaja jamin utama bersama bagi tawaran yang dicadangkan itu.

Tawaran yang dicadangkan itu akan dibuat hanya melalui sebuah prospektus. Salinan bagi prospektus awal, jika ada, boleh diperolehi daripada:

Goldman Sachs & Co. L.L.C.

200 West Street

New York, NY 10282-2198

Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus (1-866-471-2526)

E-mel: prospectus-ny@gs.com

Credit Suisse Securities (AS) L.L.C.

6933 Louis Stephens Drive

Morrisville, NC 27560

Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus (1-800-221-1037)

E-mel: usa.prospectus@credit-suisse.com

Kenyataan Pendaftaran Borang F-1 itu dan semua pindaan berikutnya boleh diakses melalui laman web SEC di www.sec.gov.

Satu Kenyataan Pendaftaran pada Borang F-1 yang berkaitan dengan sekuriti ini telah diajukan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat tetapi belum lagi dikuatkuasakan.

ADS ini tidak boleh dijual atau tawaran untuk membeli diterima sebelum masa bagi kenyataan pendaftaran itu berkuatkuasa di bawah Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda. Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan untuk satu tawaran untuk membeli, dan juga tidak akan ada sebarang penjualan sekuriti itu di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana satu tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi negeri atau bidang kuasa tersebut. Sekuriti yang dirujuk di sini belum dan tidak akan didaftarkan di bawah undang-undang sekuriti yang berkenaan bagi mana-mana bidang kuasa di luar Amerika Syarikat.

Maklumat mengenai TDCX

TDCX adalah sebuah penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan digital dengan pertumbuhan tinggi bagi syarikat-syarikat perdana dan teknologi berinovatif yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian CX saluran pelbagai arah, perkhidmatan jualan dan pemasaran digital dan perkhidmatan pemantauan dan penyederhanaan kandungan. Syarikat itu mempunyai satu rekod perkhidmatan bagi kejayaan dengan pelanggan di dalam pelancongan dan perhotelan, iklan digital dan media, barang pengguna yang bergerak pantas, teknologi, perkhidmatan kewangan, fintech, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, permainan, e-dagang dan pendidikan. TDCX mempunyai sebuah kehadiran antarabangsa dengan pejabat di Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, China, Jepun, India, Romania, Sepanyol dan Colombia, dan melayani pelanggan mereka di peringkat global dalam lebih 20 bahasa. TDCX telah memenangi lebih 270 anugerah.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Pengumuman ini mungkin mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang menggambarkan jangkaan semasa TDCX berhubung peristiwa di masa depan. Satu senarai dan gambaran risiko, ketidakpastian dan risiko lain yang berkaitan dengan satu pelaburan di TDCX boleh didapati di dalam pemfailan TDCX dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, termasuk Kenyataan Pendaftaran Borang F-1. Pelabur diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini, yang hanya bercakap berhubung pada tarikh ini. TDCX tidak berkewajiban untuk mengemas kini atau menyemak maklumat yang terkandung di dalam pengumuman ini, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa atau keadaan di masa depan atau sebaliknya. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14965

300 LEBIH USAHAWAN JUTAWAN 'BERKAMPUNG' SECARA VIRTUAL BAGI PERSEDIAAN 2022

SHAH ALAM, 13 Sept (Bernama) -- Seramai 300 lebih usahawan jutawan sedang 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual hari ini bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
 
Menurut Datuk Wira Dr. Azizan Osman, program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium.
 
Katanya, usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.
 
"Usahawan jutawan di RichWorks ini merupakan 'market leaders' yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi".
 
"Mereka ini merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan dibimbing RichWorks yang berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM900 juta tahun sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
 
ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta kehadapan berbanding pesaing lain.
 
Tambah beliau, usahawan jutawan itu bukan saja dibimbing, malah mereka juga dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.
 
"Saya berkongsikan ilmu, strategi dan dapatan berdasarkan ilmu dan kajian terbaru serta pengalaman bagi meningkatkan sesebuah perniagaan bagi 2022".
 
"Mereka bukan hanya diajar soal teori tetapi praktikal bagaimana usahawan jutawan ini boleh 'menang' dan terus menyaksikan peningkatan bagi bisnes pada peringkat ‘growing’ dan ‘expansion’," jelasnya.
 
Jelas Azizan ketika membuka program ICM itu, mengingatkan agar semua usahawan jutawan tidak berada dalam keadaan selesa berikutan jualan dan peningkatan yang dicapai pada tahun lalu dan ketika ini.
 
“Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif".
 
“Jangan cepat selesa, dengan landskap perniagaan masa ini juga membuatkan persaingan lebih sengit dan anda kena bergerak dengan pantas supaya tidak ketinggalan berbanding pesaing lain,” ujarnya.
 
Dalam pada itu, beliau memberitahu, dikalangan 300 orang ini, 100 usahawan jutawan akan RichWorks tampilkan dalam program khas, Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya yang terbuka kepada orang ramai khususnya pengasas dan pemilik bisnes secara percuma pada 24 - 26 September ini.
 
“Bagaimana 100 usahawan jutawan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik dan mereka bakal berkongsikan jatuh bangun, strategi dan tindakan mereka".
 
"Titan Summit ini bagi pengasas dan pemilik perniagaan yang mungkin sudah bertahun berniaga nak berkembang ke tahap lebih seterusnya, yang mahu mengetahui apa perkara betul dilakukan usahawan jutawan ini di samping peluang perniagaan ditawarkan," ujarnya.
 
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web richworks.com/titansummit.

TENTANG RICHWORKS

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

HUBUNGI KAMI : Richworks International Sdn Bhd, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

www.richworks.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14969