Tuesday, July 6, 2021

SEKOLAH HARROW MEMBUKA KAMPUS DI PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN UNTUK MENEROKA PEMUPUKAN BAKAT BAGI ERA BAHARU

 


Table

Sekolah Harrow Haikou
 

HAIKOU, China, 6 Julai, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

“Rumah Terbaik bagi Minggu Antarabangsa adalah Rumah Rudolf!”
 
Baru-baru ini, dengan dikelilingi oleh rakan sekelas yang bersorak, Emma, ​​ketua bagi Rumah Rudolf di Harrow Haikou, telah menyampaikan ucapan penghargaannya secara bersahaja dan anggun dengan ukiran senyuman di wajahnya.

Sekolah Harrow adalah tempat kelahiran bagi “Sistem rumah” yang juga mencetuskan inspirasi bagi sistem Rumah dalam dunia fantasi terkenal Harry Potter. Harrow Haikou telah mewarisi tradisi lama ini. Terletak di Bandar raya Haikou, yang berada di bahagian utara Hainan -- pelabuhan perdagangan bebas terbesar di China, Harrow Haikou adalah jenama pendidikan antarabangsa pertama yang terkenal di bandar raya itu. Sekolah itu meliputi  sebuah kawasan pembinaan seluas 75,000 meter persegi dan termasuk Akademi Kepimpinan Inovasi Harrow Haikou, Sekolah Antarabangsa Harrow, dan Harrow-Little Lions Childhood Development. Harrow Haikou boleh menampung sehingga 1,800 orang pelajar, termasuk 220 pelajar sekolah berasrama. Keseluruhan sistem Harrow Haikou terdiri daripada sekolah sepenuh masa dan sekolah berasrama dari tadika sehingga sekolah tinggi.

Hanya setahun yang lalu, Emma belajar di sebuah sekolah awam di Guangxi, China. Di bawah model pendidikan sekolah awam, dia merasa tidak mempunyai peluang untuk cemerlang. Ketika tekanan dalam pelajarannya terus meningkat, Emma menjadi semakin cemas. Ibu bapa Emma mengambil keputusan untuk menukar persekitaran agar dia dapat mengembangkan personaliti dan hobinya dengan lebih baik.

Sejak Emma memulakan pengajian di Harrow Haikou, dia telah menemui banyak kursus yang menarik untuk dipilih. Tanpa ujian yang berlebihan dan banyak kerja rumah, dia sekarang boleh memperuntukkan lebih banyak masa untuk hobinya dan mengembangkan keseluruhan keupayaannya dengan lebih baik. Dia telah dapat menyesuaikan diri dengan mod baharu ini yang menumpukan kepada disiplin diri dalam pembelajaran dan pengembangan yang komprehensif. Atas sebab ini, dia kini lebih yakin dan gembira.

Emma hanya merupakan satu daripada pelajar di Harrow Haikou yang dijangka untuk membuat perubahan. Sejak Harrow Haikou membuka pintunya secara rasmi pada September 2020, ia telah menarik lebih 300 orang pelajar seperti Emma dari seluruh dunia untuk belajar dan tinggal di sini.

Sebagai sebuah sekolah swasta yang terkenal di United Kingdom, Harrow Haikou cemerlang dengan pengalaman dan kelebihannya yang unik dalam melatih pelajar untuk menjadi bakat kelas atasan. Tujuh Perdana Menteri Britain adalah merupakan alumni Sekolah Harrow. Sebagai Sekolah Antarabangsa Harrow kelima di Asia, Harrow Haikou disemai dengan semangat yang sama dengan Sekolah Harrow di United Kingdom dan adalah komited untuk memupuk pelajar menjadi bakat yang luar biasa dengan kekuatan yang pelbagai dan kemahiran kepimpinan yang mantap.

Harrow Haikou pada masa ini terdiri daripada Sekolah Antarabangsa Harrow dan Akademi Kepimpinan Inovasi Harrow yang menyediakan pendidikan komprehensif untuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan sekolah tinggi. Sekolah Antarabangsa Harrow menyediakan kursus-kursus antarabangsa kepada pelajar dengan pasport asing (sila ambil perhatian bahawa sekurang-kurangnya seorang ibu bapa bagi setiap pelajar dikehendaki memiliki pasport asing atau Kad Pengenalan Penduduk Tetap Asing). Akademi Kepimpinan Inovasi Harrow tidak menetapkan batasan berhubung kewarganegaraan pelajar dan ibu bapa atau pendaftaran isi rumah dan akan menyediakan kursus dengan ciri-ciri Harrow di bawah undang-undang dan peraturan China dan standard kurikulum kebangsaan.
 
Sumber: Sekolah Harrow Haikou
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=395418
 
   Kapsyen: Sekolah Harrow Haikou

IKIM BERMUNAJAT DAN FORUM BICARA AD-DIN SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 RADIO IKIM

 


Table

Forum Bicara Ad-Din sempena sambutan Ulang Tahun Radio IKIM


KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada 6 Julai 2021. Bagi menghargai semua pihak yang menyokong Radio IKIM sepanjang 20 tahun penubuhannya, IKIM akan menganjurkan ‘IKIM Bermunajat’ dan juga Forum Bicara Ad-Din khas.

Penganjuran program khas IKIM Bermunajat akan ke udara pada 6 Julai 2021, jam 9.00 malam. Program yang bakal ke udara selama satu setengah jam ini akan menampilkan DJ Suffian Amrin selaku moderator bersama pentausiyah, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang yang akan diselang-selikan dengan bacaan surah Yasin dan ratib al-Attas oleh kumpulan Inteam. IKIM Bermunajat mengajak pendengar dan penonton untuk bersama-sama memohon kesejahteraan negara dan perlindungan daripada penularan wabak COVID-19 yang kini agak meruncing bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.

Forum Bicara Ad-Din merupakan platform perbincangan berkaitan ‘Cabaran Penyiaran Radio Islami Di Era Kemajuan Digital’ kendalian DJ Syafiq Salleh. Gabungan dua panelis hebat, Ustaz Syamsul Debat dan Prof. Dato’Dr. Zulkiple Abd. Ghani ini akan bersiaran pada 9 Julai 2021, jam 9.00 malam.

Kedua-dua program istimewa ini dapat diikuti menerusi Radio IKIM serta  platform digital media IKIM di https://www.linktr.ee/ikim

Bermula sebagai satu-satunya radio Islami tanah air yang beroperasi menggunakan sistem digital sepenuhnya, Radio IKIM telah berkhidmat selama dua dekad kepada masyarakat Malaysia dan dunia amnya, dengan bersiaran 24 jam, dan sekarang dapat didengari di seluruh dunia dengan wujudnya aplikasi radio secara dalam talian.

Sepanjang 20 tahun ini, Radio IKIM telah berusaha meningkatkan kefahaman Islam menerusi rancangan-rancangan yang menyampaikan ilmu, fakta-fakta dan juga menerusi hiburan  berpandukan kepada nilai-nilai Islami. Untuk menjayakan rancangan-rancangannya, Radio IKIM telah mengundang para ilmuwan Islam, seperti Mufti, profesor-profesor, dan wakil-wakil daripada saudara-saudara baru.

Pada tahun 2021 ini juga, Radio IKIM telah berjaya meningkatkan jumlah pendengarnya  kepada 1.56 juta seminggu, berdasarkan kaji selidik radio GfK Siri 1, 2021.  Ini adalah merupakan kadar peningkatan sebanyak 20.4%, dan merupakan jumlah pendengar tertinggi yang pernah dicapai sejak penubuhan Radio IKIM. Antara kumpulan yang tertinggi di kalangan pendengar Radio IKIM adalah kumpulan umur 35 tahun ke atas serta kumpulan pekerjaan professional, pengurusan tinggi, eksekutif, dan usahawan-usahawan.

Antara program yang menjadi pilihan kumpulan umur ini ialah segmen Warna Pagi, yang ke udara pada pukul 6 hingga 10 pagi. Segmen ini memberi fokus kepada rancangan-rancangan yang  berbentuk inspirasi insan-insan yang berjaya dan membawa pengajaran kehidupan yang boleh dimanfaatkan oleh pendengar. Segmen ini dimanfaatkan dengan penyertaan oleh pakar-pakar dalam bidang-bidang yang tertentu, dan dengan membincangkan isu-isu semasa menerusi media sosial.  Rancangan yang paling digemari di dalam segmen Warna Pagi ini antaranya, ialah rancangan Tafsir Al-Quran, Motivasi Pagi, Hayya Bil Arabiah, Bicara Mufti, Minda Islam dan Kesihatan.

Radio IKIM juga akan menyiarkan program Anugerah Pencinta Nasyid (APNI) siri ke-dua, yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Penganjuran APNI ini sebagai usaha murni untuk menggalakkan penciptaan irama lagu dan lirik nasyid terbaharu, menerusi tiga tema terpilih, iaitu Ilmu, Amanah, dan Benar. 

Dengan sokongan para pendengar dan penyertaan para ilmuwan Islam, maka Radio IKIM akan terus menunaikan amanat penubuhan IKIM untuk memahami Islam dan pembentukan sahsiah Islamiah dan pembinaan tamadun ummah.  Terima kasih semua!
 
UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
6 Julai 2021


SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Friday, July 2, 2021

​PENGUMUMAN KOLEKSI LALUAN PELANCONGAN "JALAN SUTERA DALAM SIMFONI GANSU DALAM HARMONI"

Koleksi Laluan Pelancongan “Jalan Sutera dalam Simfoni Gansu dalam Harmoni”

LANZHOU, China, 2 Julai, 2021 /Xinhua-AsiaNet/ --

Koleksi Laluan Pelancongan “Jalan Sutera dalam Simfoni Gansu dalam Harmoni” yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Gansu akan diadakan dari 3 hingga 31 Julai, 2021. Sila kemukakan hasil karya melalui e-mel dengan satu keterangan reka bentuk dalam 500 perkataan kepada travelgansu@163.com.

I. Tempoh

Tarikh permulaan: 3 Julai, 2021
Tarikh akhir: 31 Julai, 2021

II. Syarat-syarat

1. Ciri-ciri: Reka bentuk laluan itu perlu memenuhi tuntutan pada masa kini, menyoroti kedalaman kebudayaan dan kepelbagaian sumber pelancongan Gansu, dan mempamerkan daya tarikan unik Gansu.

2. Kelengkapan: Cadangan reka bentuk laluan itu harus termasuk kaedah untuk masuk dan keluar, pengangkutan domestik dan kawasan utama.

3. Rasa pengalaman: Reka bentuk laluan itu harus membolehkan pelancong asing untuk mengalami adat resam tempatan dan gaya hidup masyarakat Gansu.

4. Pengantarabangsaan: Produk pelancongan antarabangsa yang menonjolkan ciri-ciri dan budaya tersendiri Gansu dengan melihat kepada ciri-ciri warisan kebudayaan dunia, persimpangan bagi ketamadunan dunia dan tali emas bagi Jalan Sutera.

5. Inovasi: Untuk memperluaskan skop bagi proses dan meningkatkan penyertaan dalam acara itu, tidak ada sekatan pada bahasa bagi cadangan reka bentuk laluan itu. Pembentangan dalam bentuk video pendek, H5 atau bentuk inovatif yang lain bagi produk laluan itu adalah digalakkan, dan dengan itu memudahkan publisiti dan promosi.

III. Nota untuk Peserta

1. Setiap peserta mesti merupakan penulis bagi hasil karya yang dikemukakan hak cipta bebas dan lengkap bagi karya itu. Peserta harus memastikan hasil karya mereka tidak melanggar hak yang sah dan kepentingan bagi mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, hak potret, hak reputasi, hak privasi, hak tanda dagangan, hak nama dagangan, atau mana-mana hak undang-undang yang lain. Mana-mana peserta yang melanggar syarat-syarat ini akan hilang kelayakan dan menanggung sebarang liabiliti undang-undang yang disebabkan olehnya.

2. Karya yang dihantar tidak akan dikembalikan semasa acara berlangsung. Peserta akan bersetuju bahawa penaja mempunyai hak untuk menggunakan hasil karya yang terpilih (termasuk penerbitan album, penerbitan video, pameran, penerbitan buku, paparan dalam talian, siaran media, dan sebagainya), dan tidak ada imbuhan tambahan akan dibayar. Penulis berhak mengekalkan hak cipta dan hak penulisan. Penaja boleh memetik nama penulis dan maklumat lain yang diperlukan dan mengubah dan mengedit karya itu sebagaimana yang difikirkan perlu. Sebarang pertikaian yang timbul daripada hak penulisan, hak cipta, hak potret dan hak reputasi bagi karya yang menang hendaklah ditanggung oleh pemenang itu sendiri.

3. Semua peserta harus dianggap telah mengakui semua peraturan dan undang-undang bagi proses ini dalam mencari cadangan reka bentuk laluan, dan penaja berhak membuat penafsiran muktamad mengenai acara ini.

PENGUMUMAN KOLEKSI LALUAN PELANCONGAN

Thursday, July 1, 2021

TEAMLAB PLANETS DI TOKYO MELANCARKAN DUA KARYA SENI TAMAN HIDUP BAHARU YANG MENGASYIKKAN PADA 2 JULAI




Sebuah muzium di mana pengunjung berjalan melalui air menjadi lebih mengasyikkan dengan penambahan sebuah taman interaktif yang mempunyai 13,000 orkid hidup yang mekar seperti terawang-awang di udara, dan sebuah taman lumut yang selalu berubah dengan ovoid bersinar yang bergema dengan cahaya dan bunyi.


TOKYO, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- teamLab Planets TOKYO  di Toyosu, Tokyo menyambut ulang tahun ketiga mereka dengan satu pengembangan: pada 2 Julai, muzium itu membuka sebuah Kawasan Taman baharu dengan dua karya seni taman interaktif.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210629005465/en/

Dua taman akan dibuka untuk orang ramai: sebuah taman di mana pengunjung dapat bergabung secara serentak dengan bunga untuk menjadi satu, mengasyikkan diri dengan lebih 13,000 orkid hidup yang mekar seperti terawang-awang di udara; dan sebuah taman lumut yang dipenuhi dengan ovoid yang bersinar dan bergema ketika ditolak oleh orang atau ditiup angin.

Terdiri daripada sembilan karya seni, termasuk empat ruang seni raksasa dan dua taman, teamLab Planets membawa pengunjung ke suatu pengalaman yang mengasyikkan di sebuah muzium di mana mereka berjalan melalui air, dan sebuah taman di mana mereka bergabung secara serentak dan harmoni dengan bunga.

Sorotan Video teamLab Planetshttps://youtu.be/-uJTk_mRmUY

teamLab Planets

teamLab Planets adalah sebuah muzium di mana anda berjalan melalui air, dan sebuah taman di mana anda bergabung secara serentak dan harmoni dengan bunga. Terdapat sejumlah 10 karya seni, termasuk empat ruang pameran yang luas dan dua taman.

Dengan mengasyikkan keseluruhan jasad dengan orang lain di dalam karya seni badan yang mengasyikkan yang luas ini, batasan di antara jasad dan karya seni lesap, batasan di antara diri sendiri, lain-lain, dan dunia menjadi sesuatu yang berterusan, dan kita menerokai satu perhubungan baharu tanpa batasan di antara diri kita dan dunia.

Pelawat memasuki muzium itu dengan berkaki ayam, dan menjadi asyik sepenuhnya dengan pelawat lain di ruang-ruang kerja seni yang luas.

Butiran Pameran: planets.teamlab.art/

[Kawasan Taman (2 Karya Seni Taman)]

Taman Bunga Terapung; Bunga dan saya mempunyai Pangkal Akar yang Sama, Taman dan Saya menjadi Satu
teamLab, 2015, Pemasangan Kinetik Interaktif, Tak Berhujung, Bunyi: Hideaki Takahashi
Karya seni: https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/ffgarden_planets/
 
Taman bunga terapung ini terdiri daripada sebuah massa bunga tiga dimensi.
 
Bunga-bunga itu terapung mengatasi orang, dan ketika orang bergerak, bunga-bunga itu menurun lagi. Ruang karya seni itu dipenuhi sepenuhnya dengan bunga, tetapi ketika ia terapung, ruang dengan orang di bahagian tengah dicipta. Oleh kerana itu, orang ramai dapat dengan bebas berkeliaran di ruang massa bunga tiga dimensi itu. Sekiranya anda menemui orang lain di dalam karya seni itu, ruang anda akan berhubungan dengan mereka dan menjadi satu ruang tunggal.

Taman-taman Zen dikatakan telah diwujudkan sebagai sebuah tempat bagi kumpulan pendeta Zen untuk menjalankan latihan agar dapat menjadi satu dengan alam. Terdapat satu Zen kōan Cina (satu pertanyaan atau kisah yang merupakan sebahagian dari latihan teologi pendeta Zen) yang dipanggil, “Bunga Nansen.” Seorang lelaki bernama Rikukô Taifu, ketika bercakap dengan Nansen, berkata: “Jô Hoshi berkata, ‘Syurga dan saya mempunyai pangkal akar yang sama. Semua perkara dan saya adalah daripada bahan yang sama.’ Betapa indahnya ini! Nansen, menunjuk ke arah sebuah bunga di taman itu dan berkata, ‘Orang hari ini melihat bunga ini seolah-olah mereka sedang berada dalam sebuah mimpi.’”

Dalam karya ini, orang mengasyikkan diri dengan bunga, menjadi satu dengan taman itu. Apabila orang menjadi satu dengan bunga dan melihat ke arahnya, bunga itu menoleh ke belakang. Orang mungkin benar-benar melihat bunga untuk pertama kalinya.

Bunga-bunga itu yang mekar terawang-awang di udara adalah orkid epifit. Tumbuhan epifit adalah sangat lazim di dalam keluarga orkid, dan orkid epifit dapat tumbuh tanpa tanah dengan menyerap air dari udara. Bunga-bunga dalam karya seni itu hidup, tumbuh, dan mekar setiap hari.

Orkid dikatakan sebagai tanaman terakhir yang muncul di bumi. Bumi itu sudah diliputi dengan  tanaman lain, dan orkid berkembang untuk hidup di atas batu dan pokok di mana tanaman lain tidak dapat bertahan. Orkid menyesuaikan diri dan meresap dalam satu jangka waktu yang singkat, dan dikatakan bahawa terdapat 25,000 hingga 30,000 jenis spesies liar. Adalah dipercayai bahawa terdapat lebih banyak jenis orkid berbanding dengan tanaman lain. Walau bagaimanapun, banyak spesies terancam disebabkan oleh kehilangan habitat mereka atau eksploitasi berlebihan akibat daripada pembangunan.

Biji benih orkid adalah sehalus debu, dengan hanya embrio yang belum matang, tanpa endosperma, dan sedikit nutrien simpanan. Secara semula jadi, percambahan biji benih memerlukan simbiosis dengan kulat tertentu, dan kulat simbiotik membekalkan nutrien. Biji benih itu tidak memiliki rizab untuk percambahan dan tidak dapat tumbuh sendiri, yang sepertinya bercanggah dengan konsep biji benih. Biji benih juga harus menjadi sebuah gudang nutrien agar anak benih bercambah, namun spesies orkid terakhir yang muncul di bumi telah mengetepikan aspek ini. Ini menyebabkan kita tertanya-tanya mengapa evolusi mengambil jalan tertentu.

Orkid diketahui berkembang bersama serangga pembawa debunga tertentu, dan adaah dipercayai bahawa mereka terus berkembang dengan pantas pada hari ini. Masa di mana bunga di ruang karya seni itu mengukuhkan aroma berbeza-beza mengikut masa di mana serangga pasangan ini adalah aktif. Oleh kerana itu, bau pada ruang karya seni itu berubah pada setiap detik di antara pagi, siang, dan malam.

Taman Kulat bagi Mikrokosma Beresonan – Memejalkan Warna, Matahari Terbit dan Matahari Terbenam
teamLab, 2021, Pemasangan Digital Interaktif, Tidak Berhujung, Bunyi: Hideaki Takahashi
Karya seni: https://planets.teamlab.art/tokyo/ew/resonating_microcosms_mossgarden_planets/
 
Dengan matahari terbit, ovoid itu mula memantul balik dunia di sekitarnya. Apabila ditolak oleh seseorang atau ditiup angin, ovoid itu jatuh ke belakang dan kemudian bangkit, mengeluarkan satu nada yang bergema. Ovoid di sekelilingnya juga bertindak balas satu demi satu, berterusan untuk bergema dengan nada yang sama.

Ketika matahari terbenam, ovoid itu bersinar dengan sendirinya. Apabila sebuah ovoid ditolak  oleh seseorang atau ditiup angin, ia jatuh ke bawah dan kemudian bangkit, satu bunyi bergema keluar, dan ia memancarkan warna cahaya khusus kepada bunyi itu. Ovoid di sekelilingnya juga bertindak balas satu demi satu, mengeluarkan nada yang sama, dan memancarkan warna cahaya yang sama yang berterusan bergema.

Ovoid itu mula berkedipan secara perlahan ketika angin tenang dan orang tidak menolaknya. Oleh kerana warna ovoid dihasilkan oleh cahaya, ada kemungkinan bagi mereka untuk berubah menjadi 61 warna cahaya memejal yang berbeza. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14730

KONSORTIUM IMUGS MENUNJUKKAN KEUPAYAAN BERPASUKAN BERAWAK-TANPA PEMANDU, DIKETUAI OLEH MILREM ROBOTICS




TALLIN, Estonia, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Konsortium di sebalik iMUGS itu, sebuah projek 32,6 MEUR dengan matlamat untuk mengembangkan sistem bumi tanpa pemandu standard Eropah (UGS), menunjukkan hasil daripada fasa pertama projek itu  menyebarkan sistem tanpa pemandu ke medan perang dan bekerjasama dengan unit dan kenderaan berawak. Demonstrasi itu telah dipelopori oleh penyelaras konsortium itu, pemaju robotik dan sistem berautonomi terkemuka Eropah Milrem Robotics.

Semasa iMUGS (Sistem Bumi Tanpa Pemandu Modular Bersepadu), sebuah kerangka berskala dan selamat siber, modular bagi sistem berawak-tanpa pemandu hibrid akan dibangunkan untuk menyeragamkan sebuah ekosistem seluruh Eropah untuk platform udara dan darat, arahan, kawalan dan peralatan komunikasi, sensor, muatan, dan algoritma. Menangani cabaran operasi termasuk peningkatan saling kendali, peningkatan kesedaran situasi dan pengambilan keputusan yang lebih cepat.

Sistem itu akan menggunakan sebuah kenderaan darat tanpa pemandu yang sedia ada – THeMIS dari Milrem Robotics – dan satu senarai khusus muatan.

“Objektif utama bagi projek iMUGS itu adalah untuk mengintegrasikan sistem robotik dengan teknologi berawak yang sedia ada ke dalam pasukan pertahanan Eropah untuk menambahkan satu keupayaan baharu yang akan mengawasi keupayaan musuh kita,” kata Kuldar Väärsi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milrem Robotics. Beliau menyatakan bahawa iMUGS akan menyumbang kepada autonomi strategik bagi Kesatuan Eropah dan mengukuhkan kerjasama di antara negara-negara anggota. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14728

SMARTPOOLS® TERBUKTI SEBAGAI SEBUAH PENGUBAH KEADAAN SEMASA SEKATAN PERGERAKAN PANDEMIK.

 


Table
 
SmartPools® yang memenangi anugerah telah muncul sebagai sebuah jenama kolam renang dan gaya hidup antarabangsa yang terkemuka selama lebih satu dekad. Ia telah menambat hati pemilik rumah dan meningkatkan nilai bagi hartanah mereka. (Foto: Business Wire)


KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sejak tahun 2007, beribu-ribu pemilik kediaman SmartPools® di seluruh dunia telah menggunakan fungsinya yang mengagumkan bagi pelbagai faedah kesihatan. Kolam renang sememangnya telah menarik perhatian pemilik rumah ketika mereka terperap di rumah untuk menghindari daripada pandemik koronavirus. “Kami telah melihat satu lonjakan di dalam pesanan pelanggan semasa sekatan pergerakan kerana kolam renang memberikan kepada pemilik rumah dengan pelepasan kesihatan yang sempurna daripada dunia luar yang tidak menentu dan menakutkan,” kata Maria Cherk, Pengarah Strategi untuk SmartPools Sdn Bhd.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210623005995/en/

SmartPool® telah sememangnya menjadi sanjungan bagi selebriti global, peminat kecergasan dan pemilik rumah pada setiap hari disebabkan oleh alasan ini. SmartPool® yang pelbagai fungsi dan serba boleh itu melayani kanak-kanak, orang tua dan semua orang di antara mereka.

Sistem SmartPools LAPS® adalah sebuah sistem pendorongan air yang dipacu oleh volum berbanding dengan sistem yang didorong oleh tekanan (jakuzi konvensional). Air di dalam kolam bergerak seperti sebuah sungai, pada suhu yang lebih 30,000 liter seminit. Akibatnya, perenang melakukan kuak di satu tempat yang bergerak melawan arus yang seimbang dan melakukan senaman yang bersungguh-sungguh. Berenang, hidroterapi, dan aerobik air, memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang didokumentasikan termasuk meningkatkan imuniti, kawalan tekanan, tidur yang lebih baik, dan peredaran darah yang dipertingkatkan.

SmartPools® International, sebahagian daripada kumpulan Ascenteus Holdings yang beribu pejabat di Malaysia telah muncul sebagai sebuah kontraktor jurubina kolam renang yang terkemuka di Asia yang melayani pemilik rumah, hospital, pusat kesihatan serta pemaju hartanah terkemuka. Struktur Komposit Gred Marin Lanjutan (AMGC) mereka adalah sebuah teknologi revolusioner yang menggabungkan kelenturan kolam renang kaca gentian dengan kekuatan dan ketahanan seperti keluli tahan karat. Gabungan proprietari ini telah terbukti menjadi sebuah impian yang menjadi kenyataan bagi pemilik kolam kerana ia dapat bertahan selama beberapa dekad. Oleh kerana SmartPool® telah direka untuk kemudahan yang maksimum, pemasangan dan penyelenggaraan menjadi mudah. Harganya yang menarik dan berpatutan juga menjadi satu faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembelian.

SmartPool® telah memenangi banyak anugerah antarabangsa disebabkan oleh reka bentuknya yang teguh, ringan, kalis cuaca dan berkualiti tinggi. Sebagai contoh, Arena Debut yang berukuran 4.5 m x 2.4 m berupaya untuk menyokong berat cecair lebih dari 10,000 kg, sementara berat kering bagi struktur itu sendiri adalah kurang dari 500 kg (Kolam boleh kembung atau Intex adalah lebih ringan tetapi tidak bertahan lama). “SmartPool adalah hampir 20 kali lebih ringan berbanding dengan kolam konkrit sambil menampung jumlah air yang sama. Sebuah pengubah keadaan yang sebenarnya kerana ini memungkinkannya untuk berada di atas tanah, atau di permukaan tanah. Mungkin ini adalah sebabnya mengapa SmartPool telah dianugerahkan dengan Pensijilan Hijau yang berprestij, satu tanda penghargaan yang tidak diperoleh oleh produk kolam yang lain di mana pun di dunia,” kata Faizan Khan, Pengerusi Eksekutif bagi SmartPools Sdn Bhd.

Ketika sekatan pergerakan pandemik itu berlalu, kolam renang dan hidroterapi menjanjikan kepulangan yang sihat dan merangsangkan bagi pemilik kediaman. SmartPool® yang serba boleh itu menjadikan semuanya mungkin.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210623005995/en/

Hubungi

Nama: Adam Jamal
Telefon+6012 785 0019
E-mel: adam@smartpools.com.my
Laman Webhttps://www.smartpools.com.my

Sumber : SmartPools Sdn Bhd

P&G MEMPERCEPATKAN KOMITMEN UNTUK #PILIHPERSAMAAN PADA FORUM KESAKSAMAAN GENERASI PERSIDANGAN PBB




Table

#PilihPersamaan (Foto: Business Wire)
 
  • Procter & Gamble (P&G) akan melabur $10 bilion dalam perniagaan yang dimiliki oleh wanita dan diterajui oleh wanita menjelang tahun 2025 untuk memajukan pemerkasaan ekonomi wanita.
  • P&G berganding bahu dengan Promundo, Wanita PBB, WEConnect International, Forum Wanita untuk Ekonomi & Masyarakat dan banyak lagi bagi membolehkan kesaksamaan gender di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat.
  • P&G turut serta dalam Forum Kesaksamaan Generasi, menyertai pemimpin sektor swasta dan awam dan organisasi masyarakat sivil untuk mengumumkan pelaburan yang bercita-cita tinggi dan dasar-dasar baharu bagi mempercepatkan kemajuan menuju kesaksamaan gender.


CINCINNATI, 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Procter & Gamble (NYSE:PG) meneruskan untuk #PilihPersamaan dengan tindakan baharu bagi mempercepatkan kemajuan ke arah kesaksamaan gender di rumah, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Sebagai sebahagian daripada pengembangan bagi usaha mereka ini, P&G telah komited untuk membelanjakan $10 bilion dengan perniagaan yang dimiliki dan diterajui oleh wanita menjelang tahun 2025. P&G telah berusaha selama beberapa dekad untuk memajukan pemerkasaan ekonomi wanita di seluruh rantaian nilai global mereka, dan pengumuman hari ini adalah langkah seterusnya dalam perjalanan itu. Cita-cita syarikat itu dari semasa ke semasa adalah untuk mengembangkan pelaburan dengan perniagaan yang dimiliki dan diterajui oleh wanita kepada 10 peratus bagi dolar pembelian P&G – 10 kali ganda daripada purata industri1.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210630005839/en/

Untuk mendorong tindakan yang bermakna pada skala, P&G bekerjasama dengan beberapa organisasi bagi mempercepatkan kemajuan dan memacukan perubahan, termasuk Wanita PBBWEConnect InternationalMajlis Kebangsaan Perusahaan Perniagaan Wanita (WBENC), Forum Wanita untuk Ekonomi & Masyarakat  dan banyak lagi. Bersama-sama dengan rakan global, serantau, dan tempatan mereka, P&G menyokong pembangunan keupayaan bagi usahawan wanita; mengembangkan lagi peranti, takrifan dan infrastruktur yang diperlukan; dan memacukan kerjasama merentasi syarikat dan industri untuk turut serta dan memajukan usaha ini.

“Di P&G, tumpuan kami pada kesaksamaan gender adalah asas dan disepadukan ke dalam perniagaan kami,” kata Carolyn Tastad, Presiden Kumpulan Amerika Utara dan Penaja Eksekutif Kesaksamaan Gender. “Kita tidak boleh membiarkan cabaran pada tahun lalu menjadi satu kegagalan bagi kesaksamaan gender. Sebaliknya, kita perlu melangkah ke hadapan untuk melabur dan secara aktif memilih persamaan. Komitmen ini akan mewujudkan impak yang bermakna kepada memajukan kesaksamaan gender di seluruh dunia.”

Penganjakan Naratif kepada #SharetheCare dengan Promundo

Selama bertahun-tahun, P&G telah berusaha untuk membantu mengubah dengan mendalam sikap bias gender yang sering mengukuhkan banyak daripada halangan terbesar kepada kemajuan wanita – dan ia termasuk mengubah set minda mengenai peranan lelaki dewasa dan budak lelaki di rumah. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, P&G dan jenama mereka sedang menangani “jurang tugas”, jumlah penjagaan yang tidak dibayar dan tugas rumah tangga yang tidak seimbang yang dilakukan oleh wanita di kebanyakan rumah.

Hari ini, P&G juga mengumumkan satu perkongsian tiga tahun dengan Promundo, sebuah pemimpin global di dalam memajukan kesaksamaan gender dan mencegah keganasan dengan melibatkan lelaki dewasa dan budak lelaki dalam perkongsian dengan wanita, gadis dan individu dari semua identiti gender. P&G dan jenama mereka akan memanfaatkan kepakaran mereka dan suara yang signifikan dalam pengiklanan dan media untuk mengubah naratif di sebalik pengasuhan lelaki dan tugas rumah tangga.

Dalam perkongsian dengan Promundo dan dengan kerjasama bersama pihak lain, P&G akan juga menganjurkan dan menyokong keluarga yang bekerja melalui dasar dan program berasaskan kesaksamaan yang membolehkan semua gender untuk memainkan peranan yang sama rata di rumah dan pada masa yang sama masih dapat menikmati kerjaya yang lengkap dan memuaskan. Tahun lalu, P&G telah menetapkan satu standard minimum global untuk cuti berbayar ibu bapa supaya semua ibu bapa dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan untuk membawa seorang anak baharu ke rumah mereka di lebih 70 buah negara di mana P&G beroperasi. Ketahui lebih lanjut mengenai Laporan Bapa State of the World 2021.

Menggalakkan Akses Gadis kepada Sukan dengan Always dan Secret

Di samping itu, menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik tahun ini di Tokyo, P&G dan jenama-jenama mereka akan mengetengahkan kisah, pengalaman dan pencapaian yang penuh inspirasi daripada koleksi atlet wanita yang pelbagai dan bersilang melalui kempen syarikat dan jenama baharu termasuk filem “Your Goodness is your Greatness” dan siri “Good is Gold” dari P&G, kempen Always “#KeepHerPlaying” dan “Fuel Her Future” bersama dengan inisiatif yang akan datang bagi deodoran Secret “Just #WatchMe”.

P&G, Always/Whisper, dan Secret adalah komited kepada memberikan gambaran yang tepat mengenai wanita dan gadis dalam sukan dan akan menyokong organisasi seperti Sported UKWomen in Sports FoundationYMCA, dan lain-lain yang menyediakan akses kepada program sukan bagi gadis di seluruh dunia. P&G dan jenama mereka akan terus memperjuangkan gambaran yang tepat mengenai atlet wanita – dan pada masa yang sama menyuarakan pendapat mereka dan menyoroti sebab yang mereka perjuangkan – di dalam dan di luar padang.

Mempercepatkan kesaksamaan gender di Forum Kesaksamaan Generasi PBB

Minggu ini, P&G menyertai pemimpin sektor awam dan swasta di Forum Kesaksamaan Generasi, satu perhimpunan global bagi kesaksamaan gender yang dianjurkan oleh Wanita PBB dan dihoskan bersama oleh kerajaan Perancis dan Mexico. Berlangsung di Paris, Perancis tetapi diadakan secara maya, forum yang berlangsung beberapa hari itu akan menggerakkan satu siri tindakan konkrit, bercita-cita tinggi dan transformatif bagi kemajuan segera dan tidak boleh berpatah balik ke arah kesaksamaan gender. Pembuat perubahan dari semua peringkat umur dan jantina dari seluruh dunia akan berkumpul untuk menangani perniagaan yang belum selesai itu untuk memperkasakan wanita dan bergabung dalam usaha untuk menyumbang kepada detik yang bersejarah ini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Forum Kesaksamaan Generasi PBB di sini.

1SUMBER: https://www.unwomen.org/en/digital-library/publications/2017/3/the-power-of-procurement

Maklumat mengenai P&G

P&G bercita-cita untuk membina sebuah dunia yang bebas daripada bias gender dengan satu suara yang sama rata, peluang yang sama dan perwakilan yang sama bagi semua individu. Melalui suara mereka yang kuat dalam pengiklanan, kempen jenama P&G seperti Always #LikeAGirl, Olay #FaceAnything, dan Secret #AllStrengthNoSweat mencetuskan perbualan yang mendorong perubahan. P&G sedang membantu mengetepikan halangan kepada pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan peluang-peluang ekonomi bagi wanita di samping mewujudkan satu persekitaran yang inklusif dan kesaksamaan gender di dalam P&G — dan menganjurkan untuk mendapatkan tempat kerja yang setara dengan jantina di luar P&G — di mana setiap orang boleh menyumbang kepada potensi mereka yang sebenar. Sila layari http://www.pg.com  untuk berita dan maklumat terkini mengenai P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai 2,021 Tindakan Baik pada 2021 P&G

Di P&G, memupuk kesaksamaan dan rangkuman, menyokong komuniti kita dan melindungi planet ini adalah tertanam dalam cara kita menjalankan perniagaan. Kami percaya bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan dunia lebih baik — melalui produk yang kami hasilkan dan kesan positif yang dijanakan oleh jenama dan Syarikat kami. Di bawah kempen Lead with Love kami, P&G dan jenama mereka seperti Always and Secret komited kepada 2,021 tindakan baik pada tahun ini. Di Amerika Syarikat, pengguna boleh melakukan lebih banyak lagi melalui P&G Good Everyday, satu program ganjaran pengguna baharu yang membantu mengubah tindakan seharian menjadi tindakan yang baik. Setiap aktiviti di laman web itu memperoleh mata yang boleh ditebus untuk mendapatkan ganjaran; ketika pengguna melaporkan perbuatan baik mereka sendiri, P&G membuat sumbangan kepada tindakan baik yang dititik-beratkan oleh pengguna.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210630005839/en/

Hubungi

Ezgi Genc, P&G
genc.e@pg.com


Sumber : Procter & Gamble