Thursday, May 6, 2021

JOSIP HEIT, GSTELECOM, G999 DAN GSMEDIA, ATAU SOALAN TENTANG KEMUNGKINAN BLOK RANTAI UNTUK PENGGUNA PERSENDIRIAN

GSmedia, inovasi seterusnya bagi GSB Gold Standard Group

HAMBURG, Jerman, 5 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teknologi G999 Blockchain, perkhidmatan e-mel bebas penggodam spam, sistem suara & sembang yang mematuhi peraturan persekitaran dan keperluan semasa untuk mengurus data peribadi dalam ruang yang amat selamat dan bebas risiko, menjauhi rangkaian web utama melalui pusat data terpencar dan untuk melindungi privasi, inovasi ini telah dibangunkan oleh GSB Blockchain Power Haus di Hamburg.

Pada latar belakang ini, Josip Heit, merupakan pengurus perniagaan yang telah terbukti dan perintis blok rantai serta Pengerusi Lembaga GSB Gold Standard Corporate, telah ditemu bual tentang topik blok rantai oleh Deutsche Tageszeitung - Ressort Technik.

Pratonton temu bual:

S. En. Heit, adakah blok rantai atau teknologi G999 Blockchain https://g999main.net hanya sesuatu untuk sektor perniagaan atau bolehkah pengguna persendirian juga boleh memanfaatkan blok rantai?

J. Josip Heit: "Buat masa ini, menurut kajian Deloitte yang ada dengan saya sekarang (Deloitte ialah syarikat antarabangsa dalam sektor perniagaan dan memberikan perkhidmatan dalam bidang pengauditan / catatan editor), kebanyakan syarikat besar sedang mengambil peranan peneraju dalam pelaksanaan teknologi blok rantai, tetapi saya berpendapat bahawa syarikat bersaiz sederhana besar juga akan dapat mengambil bahagian dalam kejayaan teknologi dan di sini, terutamanya, pengguna persendirian akan dapat memanfaatkan blok rantai. "

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14515

KENYATAAN MEDIA MANFAATKAN 10 TERAKHIR RAMADAN, RAIH PAHALA BERGANDA

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Memasuki 10 terakhir Ramadan, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru semua umat Islam untuk menyegerakan kewajipan menunaikan zakat bagi meraih ganjaran pahala berganda.

Kita kini masih berada dalam situasi berjuang melawan pandemik Covid-19. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan telah menyebabkan banyak sektor pekerjaan lumpuh sehingga ada syarikat yang terpaksa memberhentikan pekerja dan menutup perniagaan. Situasi ini agar sukar untuk dilalui oleh mereka yang terkesan untuk meneruskan kehidupan dan secara tidak langsung melahirkan ramai asnaf baharu.

KENYATAAN MEDIA MANFAATKAN 10 TERAKHIR RAMADAN, RAIH PAHALA BERGANDA

AEON RAI PEMENANG PERADUAN SPEND & WIN

Pemenang Sesi Pertama Membawa Pulang Perodua Axia dan Motosikal Modenas


JOHOR BAHRU, 5 Mei (Bernama) -- Dua pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah utama peraduan Spend & Win berbentuk sebuah kereta Perodua Axia dan motosikal Modenas anjuran AEON CO. (M) BHD.

Menurut Pengurus Kanan AEON Wilayah Selatan, Meszakini Maserom, peraduan Spend & Win ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada AEON.

Ujar beliau lagi, penyertaan adalah terbuka kepada para pelanggan AEON yang membeli-belah di semua cawangan AEON Retail, AEON Mall, AEON BiG dan penyewa-penyewa ruang niaga AEON.

Pelanggan layak menyertai program ini dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit. Ia juga boleh disertai melalui pembelian atas talian dengan jumlah pembelian RM150 ke atas dalam satu resit. Program Spend & Win menawarkan pelbagai hadiah seperti kereta, motosikal, barang kemas, barangan elektronik dan banyak lagi hadiah-hadiah menarik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM500,000”, tambah Meszakini.

Majlis penyerahan hadiah program Spend & Win @Johor yang diadakan di AEON Mall, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru pada 1 Mei lalu merupakan sesi yang pertama. Dua hadiah utama dimenangi oleh Haziq Abd Ghaffar dan Lew Hui Ching yang masing-masing membawa pulang Perodua Axia 1.0 AV dan motosikal Modenas CT1155. Sementara itu, seramai enam orang pemenang saguhati turut membawa pulang hadiah berupa barangan kemas Tomei, Gintell dan telefon mudah alih jenama Oppo A93.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Johor Darul Ta’zim dan Puan Zeti Zanariah Masiran, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Zon Setia Austin dan Mount Austin. Turut hadir di majlis tersebut ialah Tuan Hj. Miswan Yunus, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru.

AEON akan mengumumkan lima lagi pemenang hadiah utama di lima lokasi yang berlainan di mana peserta yang menyertai program Spend & Win masih berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kenderaan, sebuah motosikal dan hadiah-hadiah menarik yang lain.

Program Spend & Win yang bermula pada 23 Disember 2020 ini akan berakhir pada 19 September 2021. 

Mengenai AEON

AEON CO. (M) BHD. adalah Kedai Barangan Serbaneka dan Rangkaian Pasar Raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 Outlet AEON, 9 Pasaraya MaxValu Prime, 66 AEON Wellness dan 44 Daiso di seluruh negara. Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. Rangkaian pasar raya AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang sentiasa berubah.

AEON BIG (M) SDN BHD kini mengendalikan 22 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BIG" di Malaysia. Ia menawarkan PILIHAN BESAR, dengan NILAI HEBAT. Pengambilalihan AEON BIG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi Asean.

Berpandukan kepada falsafah "Pelanggan Didahulukan", pemahaman syarikat yang mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran yang dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON melangkau jangkaan pelanggannya dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali berbelanja. Semangat yang terpahat ke atas nama AEON yang bermaksud keabadian dalam bahasa Latin, AEON terus berusaha untuk berkolaborasi dengan pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan masyarakat setempat untuk mewujudkan peluang masa hadapan tanpa batasan.

AEON turut memperjuangkan enam Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) yang memfokuskan kepada Manusia (SDG 3, SDG 4 dan SDG 8), Alam Sekitar (SDG 12, SDG 15) dan Keamanan (SDG 16). Sejajar dengan matlamat-matlamat ini, falsafah transformasi AEON yang menjadi panduan kami merangkumi tiga bidang utama iaitu MANUSIA, PLANET dan KEAMANAN.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=14521


BANK MUAMALAT LANCAR KEMPEN "GADAI EMAS MENANG EMAS"

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah melancarkan kempen Pajak Gadai-i baharu iaitu “Gadai Emas Menang Emas” yang berlangsung dari 1 Mac 2021 sehingga 31 Disember 2021.
 
Kempen ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000.00 kepada pelanggan sedia ada dan juga pelanggan baharu Pajak Gadai-i. Hadiah Utama  yang ditawarkan adalah barangan kemas emas pelbagai jenis 916 (22k) bernilai RM100,000.00 sementara hadiah tempat kedua berupa barangan kemas emas pelbagai jenis 916 (22k) bernilai RM 75,000.00 manakala hadiah tempat ketiga adalah  barangan kemas emas pelbagai jenis 916 (22k) bernilai RM25,000.00. 
 
Sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan Pajak Gadai-i, Bank Muamalat juga menawarkan 1 gram kepingan emas 999 (24k) eksklusif berlogo Bank Muamalat untuk 100 pemenang bulanan yang terpilih sepanjang tempoh kempen berlangsung.
 
Kini, pelanggan boleh mencagarkan barang kemas atau akaun emas mereka bagi memenuhi keperluan tunai segera atau untuk tujuan pelaburan. Mereka sekaligus layak secara automatik menyertai kempen “Gadai Emas Menang Emas” ini.
 
Pajak Gadai Islam Bank Muamalat bukan sahaja memenuhi keperluan tunai segera melalui gadaian. Ia juga boleh digunakan bagi tujuan simpanan emas kerana kadar keuntungan yang dikenakan adalah di atas nilai pembiayaan, dan bukan di atas nilai emas yang dicagarkan oleh pelanggan yang lazimnya diamalkan industri Pajak Gadai Islam sekarang. Oleh itu, pelanggan akan menikmati kadar bayaran keuntungan yang lebih rendah.
 
Ini bersesuaian dengan keadaan semasa di mana harga emas yang rendah menggalakkan ramai pelanggan membeli emas di kedai emas yang kemudiannya boleh disimpan di Bank Muamalat dengan selamat di samping menikmati kadar bayaran keuntungan yang rendah.
 
Berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19, Bank Muamalat menyahut saranan kerajaan untuk mempercepatkan proses pendigitalan masyarakat dengan menawarkan Gadaian Semula secara dalam talian. Para pelanggan sedia ada tidak perlu hadir ke cawangan untuk membuat gadaian semula. Mereka hanya perlu menghubungi Bank Muamalat dan pegawai yang ditetapkan akan meneruskan proses gadaian semula seperti yang dipersetujui oleh pelanggan. Gadaian semula secara dalam talian ini juga merupakan yang pertama di Malaysia bagi perkhidmatan Pajak Gadai-i. 

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin berkata dengan pelancaran “Gadai Emas Menang Emas,” Bank Muamalat menyasarkan pertumbuhan nilai gadaian sebanyak RM100 juta sepanjang tempoh kempen berlangsung.
 
Kempen “Gadai Emas Menang Emas,” adalah siri kempen keempat selepas kejayaan kempen “Kembara 999 Pajak Gadai-i” yang telah dilancarkan pada 1 Mei 2020 dan berakhir pada 31 Januari 2021 yang turut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000.00.
 
Menerusi kempen “Kembara 999 Pajak Gadai-i,” Bank Muamalat telah mencatatkan peningkatan 248% nilai gadaian bagi perkhidmatan Pajak Gadai-i, bersamaan RM126 juta. Kempen ini telah menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan Pajak Gadai Islam, menerusi 67 cawangan Bank Muamalat di seluruh Malaysia,“ kata Khairul.
 
Hadiah utama kempen “Kembara 999 Pajak Gadai-i” yang merupakan  sebuah kereta Proton  X70 telah dimenangi oleh Puan Zalena binti Nyan, sementara Hadiah Kedua, sebuah Proton Iriz telah yang dimenangi oleh Puan Sabariah binti Ab Rahman dan hadiah ketiga berupa wang tunai RM10,000.00 pula telah dimenangi oleh Puan Sitti Aminah @ Sitti Halimah binti Sari. Hadiah keempat hingga kesembilan yang merupakan pakej umrah atau baucar percutian bernilai RM10,000 setiap satu  dimenangi oleh Puan Noor Shuhaila binti Mohamad, Encik Mohammad Khairul Aizat bin Alias, Encik Zulkifli bin Mohamad, Encik Mohd Fauzi bin Mohd Salleh, Puan Hasnah binti Ab Aris dan Puan Rogine a/p Balan.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Gadai Emas Menang Emas”, sila layari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau kunjungi cawangan Bank Muamalat terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03- 2600 5500.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14516

Wednesday, May 5, 2021

ZENAS BIOPHARMA MENGUMUMKAN PELANTIKAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF BAHARU

Hua Mu, MD, Ph.D. Presiden yang dilantik, CEO dan Pemangku CMO

Joe Farmer, CBO yang dilantik

HONG KONG dan BOSTON, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zenas BioPharma (“Zenas”), sebuah syarikat biofarmaseutikal merentas sempadan (berpangkalan di China-USA) komited dalam pembangunan dan pelaksanaan terapi berasaskan imun, hari ini mengumumkan pelantikan Hua Mu, MD, Ph.D. sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pemangku Ketua Pegawai Perubatan dan Joe Farmer sebagai Ketua Pegawai Perniagaan dan Pentadbiran.

“Kami berbesar hati dengan penyertaan Hua dalam pasukan kepimpinan eksekutif Zenas,” kata Lonnie Moulder, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif. “Pengalamannya yang luas, termasuk membangunkan dan menerajui organisasi R&D di China, dan rekod prestasinya bagi pembangunan yang berjaya dan kelulusan ubat baharu di AS dan China akan menjadi kritikal memandangkan Zenas ingin membina sebuah organisasi global dan melebarkan rancangan terapi berasaskan imun yang inovatif.”

Dr. Mu menyertai Zenas selepas menjadi pengasas bersama Overland Pharmaceuticals dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim dan Ketua Pegawai Perubatan, serta turut berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Bersekutu di Hillhouse Capital. Sebelum menyertai Overland, Dr. Mu berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Saintifik dan Presiden R&D, kemudian menjadi Ketua Pegawai Perubatan Kumpulan Simcere Pharmaceutical dan Presiden Simcere of America Inc. Sebelum menyertai Simcere, beliau ialah Naib Presiden Kanan dan Ketua Global Perkhidmatan dan Perkongsian Pembangunan Produk di WuXi AppTec. Sebelum menyertai WuXi, beliau ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Perubatan di Hutchison MediPharma di China. Sebelum ini beliau memegang jawatan eksekutif pembangunan klinikal di beberapa syarikat farmaseutikal global di AS, termasuk Biogen dan Genentech.

Dr. Mu menerima Ph.D. dari Universiti of California di Berkeley dan menamatkan latihan pascakedoktoran di Universiti of California di San Francisco School of Medicine dan University of Washington School of Medicine. Beliau menerima ijazah MD dari West China University of Medical Sciences.

“Zenas ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal inovatif yang unik terletak pada penghubung pembangunan ubat dan aliran produk antara China dengan Barat, dengan pasukan pengurusan yang luar biasa, pangkalan pelabur berkelas dunia dan rancangan program terbeza yang mengagumkan,” kata Dr. Mu. "Saya teruja ingin bekerja dengan seluruh pasukan Zenas dan rangkaian rakan kongsi untuk mencapai misi kami mengubah kehidupan pesakit yang keperluan perubatan belum dipenuhi dengan membawakan terapi berasaskan imun yang terbaik dalam kelasnya kepada dunia.”

Zenas juga mengumumkan pelantikan Joe Farmer sebagai Ketua Pegawai Perniagaan dan Pentadbiran. En. Farmer ialah seorang eksekutif biofarma handalan dengan pengalaman urus niaga dan operasi lebih kurang 25 tahun, berurusan dengan syarikat bioteknologi yang membangun pada semua peringkat pembangunan, daripada peringkat penemuan hingga peringkat pengkomersialan. Sebelum menyertai Zenas, En. Farmer berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi di Xilio Therapeutics.

Sebelum menyertai Xilio, En. Farmer ialah Penasihat Am dan Setiausaha Korporat di TESARO, beliau mengetuai majlis undang-undang global, pematuhan dan hal ehwal kerajaan serta merupakan ahli utama pasukan kepimpinan melalui pemerolehannya oleh GlaxoSmithKline pada tahun 2019. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Penasihat Korporat di Cubist Pharmaceutical melalui pemerolehannya oleh Merck pada tahun 2015 dan berkhidmat di syarikat dagangan awam lain sebagai Penasihat Am dan Ketua Pegawai Pentadbiran. En. Farmer memulakan kerjaya sebagai peguam korporat di Testa Hurwitz & Thibeault. Beliau menerima J.D. dari Boston College Law School.

“Dengan pelantikan Hua dan Joe, Zenas telah menguatkan lagi pasukan kepimpinan eksekutifnya,” kata Lonnie Moulder. “Kepakaran mereka dalam pembangunan organisasi global dan pelaksanaan strategi pembangunan korporat melalui semua fasa pembangunan dan pengkomersialan ubat akan menjadi sangat berharga dalam meneruskan usaha kami untuk memajukan program pembangunan global dan meluaskan rancangan baharu kami.”

Perihal Zenas BioPharma

Zenas BioPharma ialah syarikat biofarmaseutikal rentas sempadan (berpangkalan di China-AS) yang komited untuk menjadi peneraju global dalam pembangunan dan penghantaran terapi berdasarkan imun bagi pesakit di China dan di seluruh dunia. Zenas sedang berkembang pesat dalam rangkaian terapeutik inovatif mendalam yang terus berkembang melalui strategi pembangunan perniagaan kita yang berjaya. Pasukan kepimpinan kami yang berpengalaman dan rangkaian rakan kongsi perniagaan kami memacu kecemerlangan operasi untuk menyediakan terapi yang berpotensi transformatif untuk meningkatkan kehidupan mereka yang menghidap penyakit autoimun dan penyakit jarang jumpa. Untuk maklumat lanjut tentang Zenas BioPharma, sila lawati www.zenasbio.com dan ikuti kami di Twitter di @ZenasBioPharma dan LinkedIn.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14511

Monday, May 3, 2021

ANALYTICA MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN SISTEM INFUSI DIPERTINGKAT KE TIMUR TENGAH

 

  • Analytica menandatangani perjanjian dengan Marwa bagi pengedaran, pemasaran dan jualan bagi Sistem Infusi Dipertingkat (EIS) di Mesir, Bahrain, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
  • Sistem infusi tambahan IV yang berpaten mengurangkan risiko jangkitan dan embolisme serta menjimatkan masa kakitangan perubatan untuk jumlah kos keseluruhan yang lebih rendah daripada peralatan dan amalan sedia ada.

BRISBANE, Australia, 3 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Analytica Limited (ASX:ALT), pembangun dari Australia bagi Sistem Infusi Dipertingkat (EIS) dan PeriCoach® sistem senaman lantai pelvis untuk latihan inkontinens uninari tekanan, telah memasuki perjanjian dengan Pejabat bagi Eksport & Import Bekalan Perubatan (Marwa) milik Marwa untuk mengedar, memasar dan menjual EIS kepada sistem hospital di Mesir, Bahrain, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Teknologi EIS telah dibangunkan oleh Analytica di bawah nama projek AutoStart dan AutoFlush dan telah dijual di Australia dengan nama dagangan FirstFlow™,¹ di bawah lesen terhad. EIS menggabungkan teknologi berpaten AutoStart dan AutoFlush ke dalam penyelesaian yang mudah dan tidak mahal.

Sistem terapung berpaten memulakan semula aliran cecair IV secara automatik susulan penyampaian ubat, dan dengan itu menjimatkan masa pekerja jagaan kesihatan, mengurangkan kos hospital dan mencegah peristiwa buruk yang berkaitan dengan embolisme udara dan kegagalan Kateter Intravena Periferi (PIVC). EIS bertindak balas dengan serta-merta, secara senyap dan tanpa campur tangan atau pemprograman. EIS boleh dinaik taraf kepada mana-mana reka bentuk sistem infusi sedia ada dan boleh berfungsi secara berharmoni dan meningkatkan keupayaan mana-mana pam infusi atau sistem infusi ‘beg’, tanpa mengira kecanggihan.

Penggunaan EIS dengan unik membenarkan sistem infusi tertutup sepenuhnya, dengan integriti dicapai melalui pengurangan interaksi yang dipercayai menyebabkan komplikasi mekanikal dan vaskular serta amalan pembilasan dan/atau patensi yang baik.

EIS mempunyai pendaftaran ARTG TGA Australia dan kelulusan USFDA 510(k). EIS mematuhi sepenuhnya sistem infusi ISO 8536 dan standard lain yang relevan.

EIS boleh mengurangkan risiko undang-undang secara ketara dengan menangani pelbagai faktor yang boleh memberikan kesan kepada pesakit, klinisian dan hospital, termasuk:
  • Embolisme Udara – EIS mempunyai injap terapung yang besar dan berat untuk memastikan kedap jangka panjang yang lengkap. Pengapung yang unik ini mengekalkan kedapan walaupun pada sudut yang melampau (hingga 60 darjah dari mendatar), menjadikan peranti boleh digunakan di dalam ambulans, situasi pengambilan dan ketenteraan serta mengurangkan risiko kematian dan morbiditi yang dikaitkan dengan embolisme udara.
  • Sistem Penyampaian Terbuka/Tertutup – Port akses bebas jarum ialah satu-satunya titik masukan, dengan hanya satu picagari yang diperlukan bagi setiap peristiwa ubat. Menggunakan beg 1L IV sedia ada bermaksud penggantian adalah kurang kerap berbanding beg pra-campuran 100mL, menjimatkan masa dan wang dan mengurangkan risiko pencemaran dan jangkitan.
  • Picagari Bilasan – Ciri ini menghapuskan keperluan untuk memperkenalkan picagari dan bolus bilasan tambahan. Pembilasan mencegah interaksi antara cecair/ubat yang tidak serasi, dengan itu mengurangkan risiko pencemaran silang dan mengukuhkan kawalan jangkitan.
  • Kateter Bilasan – Ciri ini mengurangkan risiko kegagalan PIVC dengan pemulaan semula aliran IV selepas penyampaian ubat, yang membolehkan aliran penyelenggaraan berterusan kepada sesalur dan kateter simbahan. Ini juga mengekalkan patensi kateter dengan mencegah oklusi luminal dalaman.
  • Pencairan Ubat – Ciri Terapi Terganggu membolehkan pengenalan ubat melalui EIS untuk mengukur campuran cecair IV secara tepat dan bukannya injap dan beg 3 hala.
  • Risiko Jangkitan – Kajian pencerapan menunjukkan kejadian ketidakpatuhan yang tinggi terhadap protokol pencucian tangan dan protokol pembilasan. EIS mengehadkan akses dan peluang jangkitan.
  • Tekanan pembilasan – Bolus pembilasan kateter mungkin berbeza-beza berdasarkan saiz dan tekanan picagari. Reka bentuk terapung proprietari memastikan tekanan pembilasan yang tetap, mengurangkan risiko kegagalan PIVC.
Memandangkan ciri pengurangan risiko kesihatan dan undang-undang EIS, pasaran jagaan hospital berdasarkan rumah mewakili peluang pertumbuhan di seluruh dunia. EIS ini adalah padat, tahan lasak dan tidak memerlukan pam atau sumber tenaga yang menjadikannya sesuai untuk pengambilan semula, ketenteraan dan dunia ketiga perlu tanpa berkompromi dengan risiko.

Untuk melihat video tentang operasi dan ciri EIS, sila klik di sini.

Pengetua Marwa mempunyai pengalaman luas dalam sistem kesihatan Mesir, sebagai perunding dan setiausaha rendah bagi kesihatan untuk Klinik Organisasi Insurans Kesihatan Mesir (HIO) serta kedudukan kepimpinan dalam Kementerian Kesihatan Mesir.

“Marwa telah mengemukakan peluang menarik dengan pakar berpengalaman untuk membawa Sistem Infusi Dipertingkat (EIS) Analytica kepada pasaran besar dan semakin berkembang di Timur Tengah,” kata Dr. Michael Monsour, Pengerusi Analytica Ltd. “Kami tidak sabar menanti-nantikan untuk bekerja dengan Marwa untuk mengembangkan penggunaan teknologi EIS unik kami.”

Untuk maklumat lanjut tentang Analytica dan Sistem Infusi Dipertingkat, lawati www.AnalyticaMedical.com

Untuk pertanyaan pelabur atau pertanyaan, sila hubungi: investorrelations@analyticamedical.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Annie Starr, astarr@6degreespr.com

Perihal Analytica Limited

Analitis ialah syarikat pembangunan dan komersialisasi produk yang berpangkalan di Brisbane, Australia yang menumpukan kepada produk peranti perubatan Kelas I dan II.

Analytica ialah pembangun Sistem Infusi Dipertingkat (EIS), gabungan teknologi berpaten yang dibangunkan di bawah nama projek AutoStart dan AutoFlush. EIS ini ialah teknologi tambahan IV yang mudah dan murah untuk mengurangkan kos pemantauan kejurawatan, mengurangkan risiko embolisme, meningkatkan kawalan jangkitan, dan memulakan semula aliran secara automatik selepas penyampaian ubat semasa infusi cecair intravena.

Analytica juga merupakan pengeluar Sistem PeriCoach®, sebuah sistem rawatan e-kesihatan bagi wanita yang mengalami inkontinens urinari tekanan. Ini menjejaskan 1 dalam 3 wanita di seluruh dunia dan kebanyakannya disebabkan oleh trauma pada otot lantai pelvis disebabkan kehamilan, kelahiran anak dan menopaus.
____________________

¹ Tanda dagangan ICU Medical Australia.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d7af8a18-4b05-4cae-a8bb-71d578ab84fc 

SUMBER : Analytica Limited

MARY KAY MENERUSKAN KOMITMEN MEREKA SELAMA BEBERAPA DEKAD TERHADAP INOVASI PENJAGAAN KULIT DENGAN PENYELIDIKAN BAHARU MENGENAI TOLERANSI RETINOL

 

Syarikat Kosmetik Global Membentangkan Penyelidikan Sains Kulit Terkini di Reunión Anual de Dermatólogos  Latinoamericanos 2021


DALLAS, 30 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai satu daripada inovator terkemuka di dunia di dalam penyelidikan sains kulit selama hampir enam dekad, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka yang telah berterusan untuk jangka masa yang panjang bagi kemajuan penjagaan kulit canggih pada Reunión Anual de Dermatólogos Latinoamericanos (RADLA) 2021, sebuah persidangan saintifik Amerika Latin. Acara maya itu yang diadakan pada 15-18 April memberi satu peluang kepada pakar-pakar dermatologi di seluruh dunia untuk bertukar-tukar maklumat mengenai kemajuan teknologi dan pencapaian saintifik baharu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210429005370/en/
 
Melalui sesi secara langsung dan atas permintaan, acara tersebut menghimpunkan penyelidik, ahli akademik dan ahli sains daripada komuniti dermatologi global. Poster dan sesi saintifik melancarkan yang terkini di dalam penyelidikan dan analisis sains kulit. Mary Kay amat berbangga untuk berkongsi penyelidikan mengenai proses retinisasi secara beransur-ansur yang secara signifikan meningkatkan toleransi terhadap retinol tulen pekat yang lebih tinggi, dan pada  masa yang sama memberikan manfaat kulit utama retinol. Proses retinisasi secara beransur-ansur ini dibangunkan dengan menggunakan satu siri kajian keselamatan dan klinikal selama 12 minggu.

“Retinol adalah satu bahan standard emas apabila ia berkaitan dengan penjagaan kulit. Produk kecantikan yang mengandungi retinol dipasarkan secara global tetapi produk retinol dengan kepekatan yang lebih tinggi biasanya dikaitkan dengan potensi kerengsaan kulit, sensasi yang menyakitkan dan mengelupas ketika kulit menyesuaikan diri kepada penggunaan retinol. Melalui kajian keselamatan dan klinikal di Amerika Syarikat dan China, kami mendapati bahawa satu proses retinisasi secara beransur-ansur dapat meningkatkan toleransi dengan ketara dan masih memberikan manfaat kulit yang diketahui berkaitan dengan retinol,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Sains di Mary Kay Inc. “Kami berbesar hati untuk membentangkan penemuan kami di RADLA di kalangan pakar-pakar penjagaan kulit terkemuka di dunia pada acara berprestij ini.”

RADLA telah diwujudkan pada tahun 1972 disebabkan oleh kepentingan dan tanggungjawab sosial perubatan bagi dermatologi yang semakin meningkat di Amerika Latin. Semasa persidangan tahunan itu, pakar-pakar penjagaan kulit terkemuka dari seluruh dunia berkumpul untuk bertukar-tukar penemuan saintifik mengenai pelbagai topik dalam pelbagai bidang dermatologi.

“Penyertaan kami di RADLA adalah satu peluang yang luar biasa untuk bekerjasama ketika kami  meneruskan komitmen untuk terus berada di barisan hadapan di dalam kemajuan kesihatan kulit,” kata Dr. Lucy Gildea. “Ini adalah satu daripada satu siri perkongsian dengan komuniti saintifik dan akademik bagi mengembangkan lagi kepimpinan Mary Kay di dalam pengembangan produk berasaskan sains ketika kami terus menyediakan produk yang berkualiti tinggi kepada Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay dan pencinta jenama kami di seluruh dunia.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14502