Tuesday, January 12, 2021

ITOCHU MENGUMUMKAN SATU PESANAN KEPADA DUNIA DALAM 21 BAHASA UNTUK MENDOAKAN KEBAHAGIAAN KEPADA ORANG RAMAI DI SELURUH DUNIA



TOKYO, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ITOCHU Corporation (ibu pejabat di Minato-ku, Tokyo; Yoshihisa Suzuki, Presiden & Ketua Pegawai Operasi; kemudian dari ini “ITOCHU”) sedang memaparkan unjuran imej-imej yang dipetakan di dinding Ibu Pejabat mereka di Tokyo selama tiga hari dari Sabtu, 9 Januari hingga Isnin, 11 Januari, 2021. (Paparan itu juga distrimkan secara langsung di YouTube.)


Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20210109005017/en/
 
Pandemik COVID-19 itu yang terus mencetuskan kebimbangan sejak tahun lalu belum lagi reda. Berikutan keadaan ini, ITOCHU, sebuah syarikat yang menyokong kehidupan harian orang ramai, telah menyampaikan satu pesanan kepada dunia dalam 21 bahasa, untuk menggambarkan tahun 2021, dengan harapan dapat melahirkan hasrat yang dikongsi bersama bagi sebuah tahun baharu yang lebih cerah dan lebih menggalakkan dengan sebanyak mungkin orang di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14167

Monday, January 11, 2021

VF CORPORATION MENGUMUMKAN PELAN TRANSFORMASI WILAYAH BAGI MEMBOLEHKAN PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG DI ASIA

DENVER & SHANGHAI, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VF Corporation (NYSE: VFC), sebuah pemimpin dunia di dalam pakaian, kasut dan aksesori gaya hidup berjenama, hari ini mengumumkan satu pelan transformasi bagi operasi mereka di Asia Pasifik yang memberi tumpuan kepada pengembangan reka bentuk dan tapak kehadiran organisasi di rantau itu, dan membangunkan kemampuan baharu bagi mempercepatkan pertumbuhan untuk jenama mereka.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi mereka, VF akan memindahkan pusat bagi operasi jenama mereka dari Hong Kong ke Shanghai di mana syarikat itu pada masa ini menggajikan kira-kira 900 rakan pejabat dan runcit. Hab Pembekalan Produk Asia bagi VF, yang berfungsi sebagai pangkalan bagi operasi untuk rantaian bekalan global mereka di rantau itu, akan juga berpindah dari Hong Kong dan ditempatkan semula ke Singapura. Satu pusat perkhidmatan bersama tambahan bagi wilayah itu akan diwujudkan di Kuala Lumpur, Malaysia. VF akan mengaktifkan satu pelan peralihan berperingkat untuk membimbing penempatan semula ini sepanjang 12 hingga 18 bulan akan datang dengan pemindahan pertama dijangkakan pada April 2021.

“Pengumuman hari ini memperkukuhkan komitmen kami untuk melabur di dalam perniagaan kami merentasi rantau Asia Pasifik, dan pada masa yang sama menyokong pelan transformasi keseluruhan VF untuk menjadi sebuah perusahaan yang lebih berpusatkan pengguna, berpusatkan runcit dan hiper digital,” kata Steve Rendle, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif VF. “Kami telah mewujudkan kehadiran kami di Asia 25 tahun yang lalu dan telah secara berterusan membentuk perniagaan kami di banyak peluang yang berkembang di rantau itu. Sekarang, kami terus mengubahkan seterusnya operasi kami di Asia sehingga kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran yang bergerak pantas dan dipacukan oleh teknologi ini dengan peningkatan kelajuan dan kemampuan.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14169

Thursday, January 7, 2021

CSG MEMULAKAN ERA BAHARU BAGI PERTUMBUHAN DI BAWAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BRIAN SHEPHERD YANG BAHARU DILANTIK

DENVER, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CSG secara rasmi mengalu-alukan Brian Shepherd ke jawatan baharu beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa pada 1 Januari, dengan membawa satu era baharu bagi pertumbuhan, inovasi, keterangkuman, dan kepelbagaian di sebalik kejayaan tahun 2020 bagi syarikat itu.


Shepherd, yang sejak tahun 2016 telah menjadi orang penting kepada pertumbuhan strategik syarikat itu sebagai naib presiden eksekutif dan presiden kumpulan, telah dipilih untuk menggantikan Bret Griess pada Ogos tahun lalu.

Dikenali kerana keghairahan beliau di dalam mewujud dan memupuk satu budaya yang dipacukan oleh hasil dan didasarkan kepada nilai, Shepherd terkenal kerana kebolehan beliau untuk memimpin dan mengembangkan perniagaan yang menguntungkan yang terlibat di dalam SaaS perusahaan dan penyelesaian yang berasaskan awan. Beliau membawa penjualan, perkhidmatan dan penyampaian global yang meluas, strategi, pengembangan korporat, dan kepakaran pemasaran kepada peranan Ketua Pegawai Eksekutif untuk CSG.

“Saya merasa terhormat untuk memimpin syarikat ini ke fasa mereka yang seterusnya di dalam pertumbuhan dan evolusi kami,” kata Shepherd. “Keupayaan CSG yang terbukti dan rekod prestasi yang mantap di dalam membantu menyelesaikan cabaran perniagaan terbesar pelanggan kami mewujudkan satu asas yang kukuh ketika kami memberi tumpuan kepada membina sebuah syarikat yang lebih besar, lebih baik, dan lebih bersedia untuk masa hadapan.”

“Saya sama-sama bersemangat untuk memperluaskan apa yang paling disukai oleh pekerja kami semasa bekerja di CSG, yang merupakan budaya berasaskan nilai kami. Pekerja kami merupakan pusat bagi kejayaan dan pertumbuhan kami. Ketika kami terus memastikan bahawa semua suara didengar dan diwakili, kami akan juga membangunkan komitmen kami kepada satu pendekatan yang berasaskan tindakan terhadap kepelbagaian, keadilan, dan penyertaan,” kata Shepherd.

Hari ini juga menandakan pelantikan Shepherd ke Lembaga Pengarah CSG:

“Seiring dengan pelbagai bidang industri berkembang pada satu kecepatan yang sangat tinggi, pengalaman Brian yang mendalam digabungkan dengan tenaga, semangat keusahawanan dan kepintaran eksekutif beliau secara unik menempatkan beliau untuk membawa CSG ke tahap seterusnya,” kata Don Reed, pengerusi lembaga CSG.

“Kami yakin bahawa visi dan perhubungan beliau yang teguh di seluruh landskap penyedia perkhidmatan, perusahaan dan rakan perniagaan akan memperkukuhkan trajektori pertumbuhan CSG dan menguasai bahagian pasaran di dalam segmen pasaran tanpa wayar, pengalaman pelanggan, pembayaran dan perusahaan yang dinamik,” kata Reed.

Seorang veteran yang berpengalaman di dalam teknologi, Shepherd telah memegang jawatan kepimpinan di TeleTech, Amdocs, DST Innovis dan McKinsey & Company, antara lain. Dalam peranan ini, beliau juga berjaya memperoleh dan mengintegrasikan lebih dari dua dozen syarikat perisian, pembayaran, analitik dan perundingan. Beliau mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Harvard Business School.

Beliau berpusat di dan bekerja di ibu pejabat global syarikat itu di Denver.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14157

Wednesday, January 6, 2021

MEMPERKASA TEKNOLOGI KEPINTARAN BUATAN ATAU ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

KOTA BHARU, 5 Jan (Bernama) -- Dunia menyaksikan teknologi kepintaran buatan atau Artificial Intelligence (AI) sedang pesat membangun pada masa sekarang dan dijangka tahun 2021 lebih banyak sektor industri akan terus bersaing untuk meningkatkan lagi keupayaan teknologi bagi memacu aktiviti sosial dan ekonomi.

Malah, penularan pandemik global COVID-19 juga antara faktor yang mempercepatkan lagi pertumbuhan teknologi kepintaran buatan atau Artificial Intelligence (AI) di seluruh dunia dengan menyaksikan pelbagai sektor bidang pekerjaan dan ekonomi akan menerima manfaat dari kemajuan teknologi AI.

Teknologi AI adalah salah satu cabang ilmu sains komputer yang membolehkan mesin seperti robot, komputer, telefon, aplikasi atau sistem melaksanakan tugasan tertentu secara serupa atau melangkaui kepintaran manusia.

Tugasan tersebut termasuklah membantu peramalan berkenaan sesuatu perkara, memudahkan proses penyelesaian masalah serta membantu proses membuat keputusan dengan tepat.

Dalam kehidupan seharian, tanpa kita sedari banyak elemen AI terutamanya yang tertanam dalam telefon pintar telah berjaya dihasilkan. Ini termasuklah keupayaan meramal umur seseorang pada fungsi kamera, cadangan ayat untuk ditulis dalam e-mel, cadangan barangan untuk dibeli di platform pembelian dalam talian dan pelbagai lagi.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14153

LEDDARTECH MENGUMUMKAN PENYERTAAN DI CES 2021 DENGAN DUA LOKASI MAYA

 QUEBEC CITY, 5 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa sukacita untuk mengumumkan penyertaan di CES 2021.LeddarTech mengukuhkan kepercayaannya pada kuasa ekosistem melalui kerjasama dengan beberapa rakan kongsi dan organisasi semasa acara itu.Pastikan anda berhubung dengan LeddarTech di CES 2021 dari 11-14 Januari 2021untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai penyelesaian penderia kami.

Berhubung dengan LeddarTech Di Lokasi Maya Ini di CES:

  • Kerajaan Kanada untukPerkhidmatan Pesuruhjaya Perdagangan(TCS) Kanada: Ini menandakan satu lagi peristiwa di CES apabila LeddarTech berbangga untuk menyertai Program Suai Padan Perniagaan kepada Perniagaan TCS.TCS membantu syarikat menjual produk dan perkhidmatan mereka di luar Kanada dengan menghubungkan mereka dengan program pendanaan dan sokongan, peluang antarabangsa dan rangkaian pesuruhjaya perdagangan di lebih daripada 160 bandar di seluruh dunia.LeddarTech akan tersedia semasa acara untuk bertemu dengan syarikat lain melalui Program Suai Padan dalam talian.

    Mesyuarat ini boleh dijadualkan secara terus dengan TCS.Untuk maklumat lanjut, lawati halaman acara CES 2021 rasmi TCS.
  • Investissement Québec: LeddarTech akan menyertai Investissement Québec sebagai perwakilan dalam misi maya mereka ke CES pada tahun 2021.Misi Investissement Québec adalah untuk memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan ekonomi Québec dengan mendorong inovasi perniagaan, keusahawanan dan pemerolehan perniagaan serta pertumbuhan dalam pelaburan dan eksport.Misi CES adalah sebahagian daripada proses untuk menyokong usaha yang dibuat oleh syarikat Québec untuk mengakses dan mengembangkan pasaran Amerika dalam sektor inovatif.Misi juga bertujuan untuk menawarkan syarikat Québec peluang untuk bertemu dengan pembeli yang hadir secara maya di CES.

    Tapak maya akan tersedia pada 11 Januari di bawah Exhibitor Directory
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14154

LEDDARTECH MENGUMUMKAN PELANTIKAN CARL-PETER FORSTER KEPADA LEMBAGA PENGARAHNYA

 QUEBEC CITY, 6 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderiaan AD, berasa sukacita untuk mengumumkan pelantikan Carl-Peter Forster kepada Lembaga Pengarah, yang meningkatkan lagi kepelbagaian dan pengalaman Lembaga.


Carl-Peter Forster memegang ijazah dalam ekonomi daripada Universiti Bonn dan ijazah dalam teknologi penerbangan dan angkasa daripada Universiti Teknikal di Munich, Jerman.

Carl-Peter mempunyai latar belakang pengurusan kanan yang meluas dalam industri automotif dengan jenama termasuk BMW AG, di Munich, tempat beliau memegang pelbagai jawatan dalam jabatan, antaranya sebagai Naib Presiden. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan BMW Afrika Selatan, dan ahli lembaga BMW AG yang bertanggungjawab untuk pengeluaran global, hingga tahun 2000. Antara tahun 2001 hingga 2009, Carl-Peter merupakan Pengarah Urusan Adam Opel AG, kemudian dari 2006 Presiden dan CEO General Motors Eropah dan ahli lembaga Strategi Automotif Global GM. Dari 2010 hingga 2011, beliau ialah CEO Kumpulan Tata Motors (yang merangkumi Jaguar Land Rover).

Sejak 2013, Carl-Peter merupakan penasihat khas kepada Pengerusi Kumpulan Geely, beliau juga memegang kedudukan lembaga di Volvo Cars Group di Gothenburg (Sweden), Geely Automobile Holdings Ltd. (Hong Kong), serta CEVT (pusat kejuruteraan Geely di Gothenburg), dan Pengerusi The London Electric Vehicle Company (dahulunya The London Taxi Company) hingga tahun 2019. Selain berkhidmat sebagai ahli lembaga untuk LeddarTech, Carl-Peter juga merupakan Pengerusi Chemring Plc, Pengerusi Jawatankuasa Pemegang Saham Hella KGaA dan ahli lembaga IMI Plc, Babcock Plc, The Mobility House AG, Gordon Murray Design Ltd., Kinexon GmbH, Clear Motion Ltd., dan Envisics Ltd.

“Lembaga Pengarah LeddarTech sangat gembira untuk mengalu-alukan Carl-Peter Forster ke dalam pasukan LeddarTech”, kata En. Michel Brûlé, pengerusi Lembaga LeddarTech. “Carl-Peter menawarkan pengalaman industri yang banyak sebagai peneraju dengan beberapa syarikat automotif terbesar di dunia.Pengalaman meluas Carl-Peter dalam industri automotif serta dalam syarikat ADAS dan teknologi AD akan menjadi aset yang hebat untuk LeddarTech,” simpul En. Brûlé.

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5.Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan melalui LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.
Tel.:+ 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER : LeddarTech inc.

Monday, January 4, 2021

GUANGXI MEMPERKUKUHKAN PEMBANGUNAN MANTAP BAGI EKONOMI DAN BUDAYA SUKAN MENERUSI PENGINTEGRASIAN YANG MENDALAM BAGI SUKAN DENGAN PELANCONGAN

 FANGCHENGGANG, China, 4 Jan., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--


Perjalanan Seratus Syarikat Kesihatan dan Sukan 2020 ke Guangxi dan Karnival Pelancongan Sukan China-ASEAN, yang dihoskan bersama oleh Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang dan Kerajaan Perbandaran Fangchenggang, telah dilancarkan di Fangchenggang dari 19 hingga 21 Disember. Acara itu telah menyaksikan satu siri projek dan pelan baharu yang telah memanfaatkan potensi bagi industri sukan Guangxi.
 
Pada majlis perasmian itu, penganjur telah memperkenalkan satu kumpulan laluan butik pelancongan sukan, kompleks sukan, pangkalan demonstrasi pelancongan sukan, kem sukan gunung, pangkalan sukan penerbangan dan projek demonstrasi industri sukan di rantau itu. Plak kehormat telah diberikan kepada lima buah bandar raya iaitu Nanning, Guilin, Liuzhou, Beihai dan Fangchenggang, yang dipilih sebagai kumpulan pertama bagi bandar raya demonstrasi pelancongan sukan di Guangxi, dan lapan wilayah demonstrasi (daerah), iaitu Wilayah Yangshuo dan Daerah Xiufeng di Guilin, Daerah Qingxiu, Daerah Xingning dan Wilayah Mashan di Nanning, Wilayah Lingyun di Baise, Wilayah Shangsi di Fangchenggang, dan Wilayah Wuxuan di Laibin, dengan memperkukuhkan pembangunan pelancongan sukan tempatan.

Memupuk titik pertumbuhan ekonomi baharu

Pada akhir tahun 2018, Guangxi telah diluluskan oleh Pentadbiran Umum bagi Sukan China untuk menyokong pembentukan sebuah zon demonstrasi pelancongan sukan kebangsaan. Pencapaian yang luar biasa telah dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada masa ini terdapat lapan laluan butik, 12 tarikan butik, dan dua destinasi yang dikhususkan untuk pelancongan sukan kebangsaan, serta satu pangkalan demonstrasi, tiga projek demonstrasi, dan satu organisasi demonstrasi yang menunjangkan pertumbuhan bagi industri sukan kebangsaan. Statistik menunjukkan bahawa semasa Cuti Minggu Emas Hari Kebangsaan pada tahun 2019, Guangxi telah memperoleh 2.4782 juta kunjungan dan satu pendapatan pelancongan sebanyak 670 juta yuan melalui projek butik pelancongan sukan peringkat kebangsaan dan serantau mereka.

Guangxi telah mengadakan Karnival Pelancongan Sukan China-ASEAN selama dua tahun berturut-turut dari 2019 hingga 2020 (“Karnival Pelancongan”) untuk memperdalamkan pengintegrasian di antara sukan dan pelancongan, meningkatkan kualiti pelancongan, memanfaatkan potensi bagi sektor sukan, dan mewujudkan titik pertumbuhan baharu bagi ekonomi serantau. Dari landskap yang tiada tandingannya di Guilin sehingga kepada pemandangan laut yang indah di Fangchenggang, Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang telah membayangkan satu prospek yang cerah bagi industri sukan mereka dengan meningkatkan permintaan dalam negeri secara meluas dan mengumpulkan momentum pembangunan industri.

Menerajui pembangunan bagi budaya sukan

Satu siri aktiviti menarik telah diadakan semasa karnival pelancongan itu untuk menarik lebih ramai pelancong dari rantau itu dan sekitarnya.

Di antaranya, Ekspo Pelancongan Sukan China-ASEAN telah diadakan di Taman Ekspo Taman Fangchenggang. Menampilkan reka bentuk bagi pemandangan pelancongan sukan yang berlainan, tujuh kawasan bertema telah dibentuk, iaitu kawasan pengalaman sukan laut, kawasan pameran barangan sukan, kawasan sukan pintar, kawasan sukan JD, kawasan rekreasi laut dan budaya makanan, dan kawasan bandar Fangchenggang. Lebih daripada seratus pempamer telah menyediakan program sukan “era digital” kepada rakyat tempatan dan pelancong termasuk peralatan sukan laut, sistem kecergasan pintar, pertandingan sukan VR, robot badminton, dan permainan kecergasan kreatif, yang memberi inspirasi kepada penonton untuk meneroka lebih banyak sukan baharu dan menarik, meningkatkan populariti bagi sukan fesyen baru muncul, dan mempromosikan budaya sukan di Guangxi.

Memperkukuhkan penggunaan sukan di Guangxi

Sebagai “sorotan” pertama bagi Karnival Pelancongan, “Minggu Penggunaan Produk Sukan Dalam Talian China-ASEAN 2020” telah dibuka pada 10 Disember. Semasa acara tersebut, penduduk di Guangxi telah diberikan subsidi ketika membayar untuk barangan sukan, yang telah menyegarkan pasaran pengguna sukan dan merangsangkan penggunaan sukan di Guangxi. Menurut statistik, JD.com telah mengeluarkan 2.65 juta kupon dalam sembilan kumpulan, yang berjumlah 9.87 juta yuan. Nilai urus niaga itu bagi penduduk tempatan di Guangxi yang membayar dengan kupon telah mencatatkan 104 juta yuan.

Semasa tempoh tersebut, Fangchenggang juga telah mengadakan satu siri acara seperti maraton mini, perlumbaan rentas desa gunung, cabaran belayar, perlumbaan amal memancing selebriti, dan festival muzik pantai. Aktiviti berikut seperti “Jelajah Musim Sejuk di Guangxi” dan “Sukan Ekologi Hijau di Guangxi”, lebih daripada 40 acara sukan utama di atas peringkat bandar raya telah diadakan di wilayah itu, dengan mencatatkan lebih dari 250,000 peserta langsung (orang-kali).
 
SUMBER: Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang