Tuesday, October 6, 2020

Tapak Bersejarah Korea 'Jeolla Gamyoung' Yang Dipulihkan Kepada Kemegahan Asal Akan Dibuka Pada 7 Okt.



JEONJU, Korea Selatan, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) — Jeolla Gamyoung telah dipulihkan kepada kemegahan asalnya dan akan dibuka pada 7 Oktober. Sebuah kompleks kerajaan wilayah telah dipanggil ‘Gamyoung’ pada masa Dinasti Joseon yang bertahan selama kira-kira 500 tahun (1392-1910). Jeolla merujuk kepada wilayah di barat daya negara itu.

Bandar raya Jeonju, Kerajaan Wilayah Jeolla Utara dan Jawatankuasa Pemulihan Jeolla Gamyoung akan membuka tirai Jeolla Gamyoung yang dipulihkan itu pada pukul 2 petang pada 7 Oktober. Berjudul “Jeolla Gamyoung: Sekuntum Bunga Berseri, Buah Seribu Tahun,” upacara memotong riben itu akan dihadiri oleh sebilangan kecil peserta untuk mencegah penyebaran Covid-19 dan distrimkan secara langsung di YouTube.

Sambutan bagi pemulihan tapak bersejarah itu akan dimulakan dengan ‘Seungjeonmu’ (Tarian Kemenangan), yang telah diadakan untuk menyambut George Clayton Foulk, kuasa usaha Amerika Syarikat ke Joseon pada masa itu, pada tahun 1884 ketika beliau melawat Jeolla Gamyoung. Satu upacara untuk pertukaran tugas bagi gabenor Jeolla akan dilakonkan berdasarkan kepada catatan yang ditulis oleh Gabenor Jeolla Lee Seok-pyo dalam ‘Diari Honam’ beliau. Honam adalah nama lain untuk Jeolla.

Kemudian, papan tanda bagi ‘Seonhwadang,’ bangunan utama di Jeolla Gamyoung, akan dilancarkan. Gabenor-gabenor Jeolla pada masa Dinasti Joseon telah melaksanakan tugas rasmi mereka di ‘Seonhwadang.’ Warga Jeonju dan penduduk di Wilayah Jeolla Utara akan menyampaikan sebuah buku ucap selamat mereka bagi masa depan Jeolla Gamyoung kepada datuk bandar Jeonju dan gabenor Jeollabuk-do. Selepas acara-acara rasmi, peserta akan melawat tapak yang dipulihkan itu.

Gabenor-gabenor Jeolla pada masa Dinasti Joseon mempunyai bidang kuasa ke atas wilayah Jeolla Utara dan Selatan yang ada sekarang, Bandar raya Metropolitan Gwangju dan Pulau Jeju. Jeolla Gamyoung terletak di tapak bangunan kerajaan Jeollabuk-do lama.

Perbincangan mengenai sebuah projek untuk memulihkan kompleks kerajaan purba itu bermula pada tahun 2005. Tanah untuk projek tersebut telah dikorek pada November 2017 setelah bangunan kerajaan Jeollabuk-do yang lama dirobohkan. Peringkat pertama bagi projek itu telah disiapkan pada 27 Ogos.

Tumpuan bagi peringkat pertama adalah untuk mencari rekod mengenai bentuk asal Jeolla Gamyoung. Tujuh bangunan utama telah dipulihkan dalam fasa pertama: Seonhwadang, Naeah, Naeah Hangrang, Gwanpoonggak, Yeonsindang, Naesammun dan Oehangrang.

Jeonju akan memulakan peringkat kedua bagi projek itu sejurus setelah memutuskan mengenai pelan untuk membangunkan zon barat bagi Jeolla Gamyoung. Sehingga itu, zon berkenaan akan kekal dibuka kepada orang awam.

“Bandar raya itu merancang sambutan pemulihan itu pada skala yang paling kecil mungkin untuk mencegah penyebaran Covid-19,” kata Choi Lak-ki, pengarah bagi budaya, pelancongan dan sukan di Dewan Bandaraya Jeonju, “Memandangkan Jeolla Gamyoung sekarang telah dipulihkan, kami akan berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke tapak itu untuk menghebahkan sejarah dan statusnya. Jeolla Gamyoung yang telah dipulihkan akan mengangkat harga diri warga Jeonju dan Jeollabuk-do.”


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13819

FWD TAKAFUL MEMPERKENALKAN PELAN MIKRO-TAKAFUL, FWD KASIH

Memperkenalkan FWD Kasih, pelan Takaful dalam talian khas buat yang amat memerlukan.

Pelan Takaful mampu milik yang menyediakan akses perlindungan kepada komuniti berpendapatan rendah

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) baru-baru ini telah melancarkan FWD Kasih, sebuah pelan mikro-Takaful dalam talian yang direka khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah di Malaysia, dengan sumbangan bulanan serendah RM2.03¹ sebulan bagi wanita dan RM2.54² bagi lelaki.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “FWD Kasih bertujuan untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah dengan menjadikan Takaful mudah disertai, mampu milik dan mudah untuk diperolehi. Kami amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam masyarakat dan membantu melindungi keluarga-keluarga ini serta mengurangkan bebanan kewangan mereka disebabkan situasi-situasi yang tidak diduga. Dengan FWD Kasih, kami terus menghidupkan visi kami iaitu mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful.”


FWD TAKAFUL MEMPERKENALKAN PELAN MIKRO-TAKAFUL, FWD KASIH



Monday, October 5, 2020

UMK CADANG PERGIATKAN PAKEJ PELANCONGAN DOMESTIK

PENGKALAN CHEPA, 28 Sept (Bernama) -- Kelantan perlu mempergiatkan pakej pelancongan domestik seperti konsep pelancongan berasaskan komuniti (community based tourism)  dalam usaha memartabatkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK),  Prof. Dr. Khairil Wahidin Awang berkata, usaha itu perlu diambil memandangkan negeri ini kaya dengan khazanah alam sekitar dan budaya warisan yang memberi keunikan kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Kebimbangan isu penularan Covid-19, yang belum ditanggani sepenuhnya menyebabkan sektor pelancongan mengalami penyusutan jumlah kedatangan pelancongan antarabangsa yang amat ketara.

“Industri pelancongan antara sektor ekonomi yang amat terkesan  berikutan pandemik Covid-19 namun dengan langkah peralihan kepada sektor pelancongan domestik serta suntikan ekonomi fisikal kerajaan dan kelonggaran kepada rakyat untuk melakukan aktiviti di luar rumah melalui PKPP pada Jun 2020 lepas telah serba sedikit sebanyak membuahkan hasil.

“Sehubungan itu pakej pelancongan domestik perlu diperbanyakkan dan dipergiatkan lagi,” katanya pada Program #BERSAMATOLONGKELANTAN dalam Memperkasa Pelancongan dan Ekonomi Negeri Kelantan anjuran Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dengan Kerjasama FHPK,di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 26 September 2020.

Program julung kali diadakan itu telah disempurnakan oleh Tengku Laksamana Kelantan, YBM Tengku Abdul Halim Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim.Turut berangkat, Tengku Puan Laksamana Kelantan, YAM Dato’ Seri Diraja Sharifah Azwan Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Turut berlangsung ialah sesi dialog #BERSAMATOLONGKELANTAN antara YBM Tengku Laksamana Kelantan dengan 155 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta masyarakat bagi mendapat kesepakatan dalam meningkatkan lagi ekonomi negeri khususnya melalui sektor pelancongan.

Menurut Prof. Dr. Khairil Wahidin, pihak FHPK telah berbesar hati untuk bekerjasama dalam memartabatkan industri pelancongan di negeri ini dan melalui platform ini ianya membantu merapatkan hubungan diantara universiti, agensi kerajaan, pemain industri dan NGO untuk memajukan ekonomi setempat.

Katanya, dalam era pasca Covid-19 yang amat mencabar ini seharusnya kita bergembeleng usaha, berganding bahu, untuk bersama mencari idea, melaksanakan inisiatif bagi merancakkan semula sektor pelancongan negeri dan ekonomi negeri Kelantan.

Program itu turut mendapat sokongan artis tempatan, Zarul Umbrella serta kehadiran selebriti media sosial atau dikenali sebagai Instafamous dan Youtuber seperti Rhys William (Mat Salleh Cari Makan), Poyie Gasi, Piya, Que Yahya dan ramai lagi.

Sumber:  Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13800​

Saturday, October 3, 2020

VISTAJET MENGUMUMKAN KERJASAMA BIOBAHAN API MAMPAN PENERAJU PASARAN YANG BAHARU, KEMAS KINI TENTANG KEJAYAAN IKRAR MAMPANNYA DAN SERUAN UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA DARIPADA INDUSTRI PENERBANGAN PERSENDIRIAN

•  Memperkenalkan kerjasama baharu dengan SkyNRG, pelopor dan peneraju dunia bagi bahan api penerbangan yang mampan

•  Kejayaan rancangan kemampanan semasa VistaJet telah menyaksikan 80% Ahli menyertai rancangan untuk mengurangkan jejak karbon
•  Pengoptimuman yang diterajui teknologi, mengurangkan penggunaan bahan api secara purata sebanyak 8% setiap penerbangan sejak bulan Januari 2020

LONDON, 2 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan perniagaan global, hari ini telah mengumumkan perkembangan yang dibuat tentang ikrarnya untuk Kemampanan dalam Penerbangan. yang dilancarkan pada bulan Januari 2020 untuk mengurangkan jejak karbonnya dengan cepat dan bermakna, serta untuk meneroka semua cara untuk mencapai tahap kemampanan yang lebih tinggi. Syarikat ini juga mengumumkan kerjasama peneraju pasaran dengan SkyNRG, iaitu pelopor dan peneraju untuk bahan api penerbangan mampan (SAF).

Industri SAF telah membuat kemajuan sejak penubuhannya, namun ketersediaan bahan api mampan untuk kapal terbang jet masih terhad disebabkan faktor kewangan, teknikal dan kawal selia. Dengan perjalanan udara yang bertumpukan di sekitar hab dan 20 buah lapangan terbang paling sibuk di dunia, mengendalikan hampir satu perlima semua lalu lintas penumpang di udara, maka ini sepatutnya memudahkan penggunaan sumber tenaga baharu sepenuhnya oleh para pengendali*. Walau bagaimanapun, selepas sedekad pengenalan dibuat, hanya beberapa hab di seluruh dunia yang mempunyai biobahan api jet dan ini hanya membentuk kurang daripada 0.1% jumlah penggunaan bahan api penerbangan.

Sebagai langkah penting untuk meningkatkan lagi kemampanan, VistaJet telah menandatangani kerjasama baharu dengan SkyNRG, lantas menawarkan akses bahan api penerbangan mampan kepada semua pelanggan VistaJet di seluruh dunia. Langkah ini akan menggalakkan pengurangan yang banyak dari segi pengeluaran karbon penerbangan dan meningkatkan permintaan dan ketersediaan yang stabil di seluruh dunia. Perkongsian dengan SkyNRG akan menawarkan pelanggan VistaJet penyelesaian yang paling mampan, menjimatkan kos dan boleh skala untuk menyahkarbon penerbangan mereka dan pada masa yang sama, mengembangkan penggunaan ini di seluruh industri.

Sebagai komponen teras program Kemampanan dalam Penerbangan, VistaJet menjalani audit pengeluaran gas rumah hijau (GHG) dengan South Pole, sebuah pembangun projek dan pembekal global penyelesaian tindakan iklim yang memenangi anugerah. Bertepatan dengan Climate Week NYC, VistaJet memberikan kemas kini kemajuan pertamanya tentang lapan tiang kemampanan dan dapatan utama adalah seperti berikut:
  1. Program Pengimbangan Karbon VistaJet — Sejak VistaJet memperkenalkan ikrar Kemampanan dalam Penerbangan80% daripada Ahli VistaJet telah turut serta untuk mengimbangi pengeluaran berkaitan penggunaan bahan api mereka dengan melabur dalam kredit karbon yang diperakui di seluruh dunia. Langkah bermakna ini telah membolehkan VistaJet, dengan bantuan South Pole untuk mengimbangi hampir 100,000 tan CO2 (tCO2)** bagi pihak pelanggannya, iaitu lebih daripada 21,600 buah kenderaan penumpang yang dipandu selama 1 tahun atau lebih daripada 12.7 bilion telefon pintar yang dicas***. Selain itu, pengeluaran semua penerbangan antara negara Eropah akan diimbangi sebelum bulan April 2021 melalui EU ETS, iaitu antara bulan Januari hingga Ogos 2020, berjumlah 21,500 tCO2.
     
  2. Bahan Api Penerbangan Mampan — Sumber pengeluaran utama jenama VistaJet ialah bahan api penerbangan, yang mewakili 89% daripada jumlah pengeluaran GHG serta membentuk pengeluaran daripada pengilangan, pemprosesan, penghantaran dan pembakaran bahan api penerbangan. Walaupun pengimbangan mengurangkan jejak karbon secara tidak langsung, penggunaan bahan api dengan keamatan karbon yang lebih rendah akan mengurangkan pengeluaran industri secara signifikan dan secara langsung — dalam bentuk mudahnya, penggunaan SAF, boleh mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 85% berbanding bahan api jet yang konvensional. Rancangan baharu inovatif VistaJet akan memastikan ketersediaan SAF untuk pelanggannya di seluruh dunia. SAF disumber dan dihantar oleh SkyNRG daripada kilang penapisan Tenaga Dunia, lantas menyokong penggunaan pantas penyelesaian tenaga yang sangat penting ini.
     
  3. Pesawat dengan Teknologi Paling Canggih — Model armada kongsi VistaJet bermakna kurang pesawat yang dihasilkan dan membolehkan penggunaan lebih tinggi bagi setiap jet yang sedia ada. Infrastruktur global VistaJet juga membolehkan pengurangan terhadap penerbangan yang diubah kedudukan. Selain itu, armada yang masih baharu syarikat mendapat manfaat teknologi terkini untuk penerbangan yang paling cekap dan menjamin pembakaran bahan api yang lebih baik berbanding pesawat lama. Armada baharu Global 7500 VistaJet merupakan pesawat dengan teknologi paling canggih yang tersedia kini. Pesawat ini dihasilkan dengan menumpukan pada reka bentuk untuk persekitaran, termasuklah enjin GE Passport baharunya yang kurang berbunyi hingar dan penggunaan bahan api rendah sebanyak kira-kira 2.5 liter setiap unit fungsian - dan lebih rendah lagi untuk beberapa misi jarak lebih jauh. Sayap transonik berkelajuan tingginya mengurangkan seretan lantas menurunkan lagi pembakaran bahan api dan pengeluaran.
     
  4. Teknologi Pengurangan Penggunaan Bahan Api — VistaJet Ltd melancarkan program komprehensif untuk mengautomasikan pengoptimuman penerbangan dan pengurusan armada global. Melalui pelaburan dalam teknologi AI dan pembelajaran mesin, syarikat ini mengusahakan algoritma laluan jangkaan untuk mengurangkan penerbangan feri dan mengurangkan penggunaan bahan api. Sehingga kini, syarikat ini dapat mengoptimumkan laluan, tahap dan kelajuan untuk mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 8% bagi setiap penerbangan menggunakan sistem pengurusan penerbangan FLIGHTKEYS 5D. Pengautomatan sistem yang dipertingkatkan membolehkan penghantar VistaJet meningkatkan keberkesanan dalam perancangan semula penerbangan, sementara pengoptimuman 3D dalam ruang udara yang sesak pula mengurangkan kemungkinan masalah slot dan kelewatan.
     
  5. Sistem Tempahan Jimat Bahan Api — Tempahan dengan sekurang-kurangnya notis seminggu lebih awal membantu meningkatkan lagi pengurusan armada dan mengurangkan pembakaran bahan api yang tidak perlu. Bagi Ahli VistaJet, program tempahan awal boleh bermakna diskaun pada kadar mereka dan tersedia sebagai pilihan untuk kontrak baharu. Pelanggan yang lebih fleksibel dengan pemilihan lapangan terbang bandar pelepasan sudah pun membantu pengurangan pergerakan di sekitar lapangan terbang London sebanyak 20% pada tahun 2019, lantas mengurangkan pembebasan beberapa tan CO2.
     
  6. Perkongsian dengan Peneraju dalam Kemampanan — VistaJet bekerjasama dengan syarikat neutral karbon seboleh yang mungkin dan telah melaksanakan syarat baharu untuk semua rakan kongsi pembelian, termasuk pentauliahan kemampanan untuk pihak ketiga di seluruh jabatan dalam perniagaan. Selain itu, lebih daripada 100 vendor stok yang turut serta telah dihubungi untuk memperkenalkan lebih banyak produk mampan.
     
  7. Produk dalam Penerbangan yang Mampan — VistaJet telah mengeluarkan lebih daripada 90% barang sekali guna di seluruh armadanya dan menggantikan barang di dalam kapal terbang dengan alternatif mampan. Contoh ini termasuklah membungkus produk menggunakan kanji yang terbiodegradasikan sepenuhnya dalam setahun, menggantikan berus gigi plastik yang diperbuat dengan buluh, menyumber bahan cuci impak rendah dan produk pembersihan serta menukar kepada produk kecantikan yang dibungkus dalam gelas. Selain itu, penghidangan makanan dilakukan dengan barang porselain dan kristal, tersedia dalam penerbangan untuk tempoh yang lama.
     
  8. Beralih ke Tenaga Elektrik yang Boleh Diperbaharu Semasa di Darat — Audit syarikat yang menyeluruh membolehkan VistaJet mengenal pasti jejak karbon operasi dan pejabatnya di seluruh dunia untuk menentukan lagi peluang pengurangan GHG dan keutamaan VistaJet. Penggunaan tenaga elektrik membentuk 24% jumlah pengeluaran untuk pejabat VistaJet secara khusus. Untuk mengurangkan tahap ini, VistaJet telah mengguna pakai tenaga elektrik daripada sumber boleh diperbaharu bagi dua pejabat terbesarnya dan sedang menilai penyelesaian untuk pejabat yang lain. Skim selanjutnya seperti berbasikal ke tempat kerja dan lokasi tempat kerja yang fleksibel dilaksanakan untuk mengurangkan pengeluaran oleh pekerja.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13818

Friday, October 2, 2020

PTR ROBOTS MEMPERKENALKAN ROBOT PENGANGKAT BERGERAK PERTAMA DI DUNIA YANG MEMINDAH DAN JUGA MEMULIHKAN PESAKIT

PTR Robots telah dibangunkan dan diuji dengan kerjasama erat dengan Hospital Universiti Zealand, dan Vonsildhave Nursing Home, yang dikendalikan oleh kumpulan kejururawatan Attendo. “Pengujian PTR Robots benar-benar mengagumkan kami. Kami dapat melihat perspektif yang menarik dalam cara kami dapat membantu penduduk dan pesakit dengan penjagaan dan pemulihan, tetapi ada juga perspektif yang menarik dari segi peningkatan persekitaran kerja,” kata Søren Andersen, Pengarah Urusan, Attendo. (Foto: Business Wire)

Robot pemindahan dan pemulihan pesakit bergerak dan pintar

ODENSE, Denmark, 2 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PTR Robots, sebuah syarikat robot perkhidmatan dari Denmark, telah mengumumkan pertunjukan perdana di dunia bagi robot mereka yang boleh menggerak dan memindahkan pesakit. Dibangunkan secara bersama dengan profesional penjagaan kesihatan, PTR Robot adalah penyelesaian robot pintar, bergerak yang pertama yang boleh bergerak secara fleksibel di dalam sektor penjagaan kesihatan dan kejururawatan. Walaupun ia membantu individu yang mengalami gangguan fungsi untuk dipindah dan dipulihkan, ia juga melegakan tekanan kepada kakitangan, mengubah hala mereka dari tugas-tugas yang berintensifkan tenaga. Sebuah Robot PTR juga mengurangkan risiko jangkitan, kerana hanya seorang pengasuh yang perlu hadir untuk melakukan pemindahan seorang pesakit.


PTR ROBOTS MEMPERKENALKAN ROBOT PENGANGKAT BERGERAK PERTAMA DI DUNIA YANG MEMINDAH DAN JUGA MEMULIHKAN PESAKIT

Cube Highways Memperoleh Jalan Bertol KNR Walayar

 SINGAPURA, 30 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cube Highways III, sebuah syarikat portfolio bagi I Squared Capital melalui ISQ Global Infrastructure Fund II, telah memperoleh 100 peratus ekuiti bagi KNR Walayar Tollways Private Limited (KWTPL), sebuah jalan bertol yang beroperasi di negeri Kerala, India, daripada KNR Constructions Limited. Termasuk urus niaga ini, dan aset di bawah pelbagai peringkat penutupan, kumpulan Cube Highways mempunyai sebuah portfolio yang terdiri daripada 27 lebuh raya dengan hampir 8,400 kilometer lorong merentasi India.

KWTPL mengendalikan sebuah jalan bertol empat lorong sepanjang 53.5 kilometer yang menghubungkan Walayar, di sempadan negeri-negeri selatan India di Tamil Nadu dan Kerala, dan Vadakkancherry di Kerala. Diberikan sebagai satu konsesi 20 tahun pada tahun 2012 untuk memperkukuh dan memperluaskan sebuah lebuh raya dua lorong kepada satu konfigurasi empat lorong, projek itu telah beroperasi sejak Mei 2015. Membentuk satu bahagian kritikal bagi Lebuh raya Nasional-47, KWTPL terletak pada laluan masuk utama ke Kerala, dengan menghubungkan bandar-bandar utama Salem, Erode dan Coimbatore di Tamil Nadu dengan Thrissur dan Kochi di Kerala.

Urus niaga ini mengikuti pemerolehan Lebuhraya Farakka-Raiganj pada minggu lalu dan merupakan pemerolehan aset keempat bagi sebuah lebuh raya daripada kumpulan KNR.

“Walaupun menghadapi cabaran pandemik Covid-19, kedua-dua belah pihak telah berusaha secara konstruktif untuk menyusun semula urus niaga itu bagi mencapai satu keputusan yang menguntungkan kedua-dua pihak,” kata Gautam Bhandari, Pengarah bagi Cube Highways dan Rakan Pengurusan I Squared Capital. “Sebagai satu urus niaga yang berulang dengan Kumpulan KNR, Cube Highways telah sekali lagi menunjukkan bahawa ia adalah rakan pilihan bagi syarikat-syarikat pembinaan jalan raya terkemuka dan telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemilik-pengendali utama unggul bagi Lebuh raya India.”

KWTPL memperluaskan kehadiran geografi Cube Highways ke India Selatan dan mempelbagaikan aliran lalu lintas untuk portfolio itu. Jalan raya itu telah menyaksikan satu pemulihan yang sihat dalam lalu lintas komersial di antara Tamil Nadu dan Kerala berikutan sekatan pergerakan.



http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13810

Thursday, October 1, 2020

LEDDARTECH MELANTIK DINO RAMBIDIS SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN

QUEBEC CITY, 29 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam penyelesaian penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan dari Tahap 1 hingga Tahap 5 berbangga dalam mengumumkan pelantikan En. Dino Rambidis sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang berkuat kuasa 2 September 2020.

En. Rambidis mempunyai kira-kira 30 tahun pengalaman menyandang jawatan pengurusan kewangan kanan dengan syarikat awam dan swasta di seluruh pelbagai industri, terutamanya dalam sektor kewangan. Sebelum menyertai LeddarTech, En. Rambidis berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Stornoway Diamond Corporation, sebagai Naib Presiden Kanan, Kewangan Korporat di Fiera Capital dan Naib Presiden, Kewangan dan Operasi di PSP Investments.

Di LeddarTech, En. Rambidis akan bertanggungjawab memantau aspek kewangan, perakaunan korporat, cukai dan audit bagi operasi syarikat serta mengambil bahagian sebagai ahli strategi kewangan secara aktif dalam orientasi dan perancangan strategik LeddarTech serta projeknya. En. Rambidis menggantikan jawatan CFO yang sebelum ini dijawat En. Claude Doré, yang akan bersara.

“Saya sangat berbesar hati Dino telah menyertai pasukan eksekutif LeddarTech sebagai Ketua Pegawai Kewangan,” ujar En. Charles Boulanger, CEO di LeddarTech. “Dino memiliki kepakaran fungsian dan pengetahuan teknikal yang mendalam dalam semua aspek kewangan korporat, perancangan kewangan dan perakaunan yang beliau kumpul sepanjang lebih daripada 30 tahun pengalamannya dalam sektor swasta dan awam. Pengalaman ini menunjukkan bahawa Dino memiliki keupayaan kepimpinan yang diperlukan untuk mengurus portfolio kewangan LeddarTech secara strategik sementara kami terus mengoptimumkan LeddarTech untuk kejayaan dan pertumbuhan yang mampan,” simpul En. Boulanger.

En. Rambidis berkata: “Saya amat menantikan untuk menyertai pasukan kepimpinan LeddarTech dan mengetuai organisasi kewangannya.” Beliau meneruskan, “LeddarTech telah berada pada kedudukan sebagai peneraju global dalam teknologi penderia yang membolehkan penggunaan pemanduan berautonomi dan bantuan. LeddarTech ialah syarikat yang perlu diperhatikan berikutan pengembangan portfolio penyelesaiannya yang termasuk LeddarVision™, pergabungan penderia dan persepsi untuk Tahap 1 hingga Tahap 5, selepas pemerolehan VayaVision," simpul En. Rambidis.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13809