Wednesday, June 10, 2020

HUAYU 101, SUMBER DALAM TALIAN ANDA YANG TERBAIK UNTUK BELAJAR BAHASA CINA MANDARIN

Huayu 101, Sumber Dalam Talian Anda yang Terbaik untuk Belajar Bahasa Cina Mandarin (Foto: Business Wire)

TAIPEI, Taiwan, 10 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Huayu 101, sebuah platform pembelajaran bahasa Cina Mandarin dalam talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Taiwan (MOE) bagi orang asing untuk penginapan jangka pendek di Taiwan, telah melancarkan enam senario pembelajaran baharu pada tahun ini untuk pelajar bahasa Cina.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200609005358/en/

Ditauliahkan oleh MOE pada tahun 2017, University Taipei telah membangunkan enam bab bagi senario pembelajaran yang mengumpulkan dialog untuk bahasa harian orang Cina, yang meliputi “Ucap Selamat,” “Penginapan,” “Membeli-belah,” “Pesanan,” “Pengangkutan,” dan “Meminta pertolongan.”

HUAYU 101, SUMBER DALAM TALIAN ANDA YANG TERBAIK UNTUK BELAJAR BAHASA CINA MANDARIN

Tuesday, June 9, 2020

KERJASAMA IKIM-UZBEKISTAN PERLUAS HUBUNGAN STRATEGIK DI PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan tiga institusi Islam yang penting di Uzbekistan iaitu Center of Islamic Civilization, Imam Bukhari International Research Centre dan International Islamic Academy of Uzbekistan pada 4 Jun 2020.
 
Memorandum Persefahaman ini melibatkan kerjasama antara kedua-dua pihak dari Malaysia dan Uzbekistan dalam beberapa aspek penting seperti pertukaran pakar akademik dan hasil penyelidikan, penganjuran bersama aktiviti ilmu seperti persidangan dan simposium, kerjasama projek penyelidikan dan penerbitan serta pertukaran hasil penerbitan.
 
Memorandum Persefahaman ini ditandatangani oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji bagi pihak IKIM, sementara di pihak Uzbekistan, ia ditandatangani oleh wakil ketiga-tiga institusi yang terlibat iaitu:
 
1. Mr. Shoazim Minovarov, Pengarah, Center of Islamic Civilization of Uzbekistan; 
2. Mr. Shovosil Ziyodov, Pengarah, Imam Bukhari International Scientific Research Center; dan
3. Mr. Bakhrom Mamadiev, Timbalan Rektor, International Cooperation of International Islamic Academy of Uzbekistan.
 
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara kedua-dua belah pihak yang diadakan secara atas talian ini turut disaksikan oleh Penasihat Presiden Uzbekistan H.E. Mr. Rustam Kasimov yang juga merupakan Rektor International Islamic Academy of Uzbekistan dan juga Duta Uzbekistan di Malaysia H.E. Mr. Ravshan Usmanov.
 
Turut hadir di pihak IKIM ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Prof. Azizan Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail dan Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, IKIM, Dr. Mohd Farid Mohd Shahran. 
 
Memorandum kerjasama yang meterai untuk tempoh selama lima tahun ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan khususnya antara Institiut Kefahaman Islam Malaysia dan tiga institusi Islam Uzbekistan yang terlibat. 
 
Unit Perhubungan Korporat
9 Jun 2020


SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Thursday, June 4, 2020

PVH CORP. MENGUMUMKAN KEMAS KINI KEPIMPINAN DI TOMMY HILFIGER DAN PVH EROPAH

NEW YORK, 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PVH Corp. (NYSE: PVH), pemilik bagi sebuah portfolio jenama ikonik termasuk TOMMY HILFIGER dan CALVIN KLEIN, hari ini mengumumkan bahawa Daniel Grieder akan melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global & PVH Eropah setelah 23 tahun berada dalam pelbagai peranan pengurusan di dalam organisasi itu, dan akan meninggalkan syarikat itu untuk mengejar minat lain. Martijn Hagman akan menggantikan Grieder dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, Tommy Hilfiger Global & PVH Eropah, berkuat kuasa 2 Jun, 2020.

Hagman pada masa ini merupakan Ketua Pegawai Operasi, Tommy Hilfiger Global & PVH Eropah dan Ketua Pegawai Kewangan, Tommy Hilfiger Global, yang mengawasi operasi, kewangan, transformasi perniagaan digital, teknologi, pembangunan perniagaan dan program kelestarian global Tommy Hilfiger. Beliau adalah seorang veteran yang sudah 12 tahun berada di dalam pasukan kepemimpinan Tommy Hilfiger dan memainkan peranan penting di dalam pengembangan global Tommy Hilfiger yang mengagumkan dan strategi yang telah membawa kepada pertumbuhan tahun ke tahun PVH Eropah yang konsisten.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13469

OKEX MENJANGKAKAN PENINGKATAN 100% DALAM KAKITANGAN DALAM TEMPOH DUA TAHUN

MALTA, 4 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Selepas epidemik COVID-19, di tengah-tengah kemerosotan ekonomi dan kadar pengangguran yang semakin meningkat, industri kripto semakin mendapat perhatian yang banyak – jumlah bilangan transaksi yang disahkan setiap hari, menurut Blockchain.com, telah meningkat secara stabil sejak penurunan dramatik BTC pada bulan Mac kepada kira-kira 250K transaksi setiap hari; sementara jumlah dagangan pada bursa Bitcoin utama telah mencecah USD 684.4M pada bulan Mac. Pandemik COVID-19 sememangnya telah mempercepat penggunaan kripto, menggalakkan lebih ramai orang mengembangkan kepercayaan dalam Bitcoin berbanding dengan bentuk yang lebih tradisional seperti emas, pasaran saham dan hartanah.

OKEx sedang mengembangkan kehadirannya di pelbagai rantau dunia menjangkaui 180 negara dan kawasan sedia ada memandangkan peluang perniagaan yang semakin berkembang dan perdagangan kripto yang semakin meningkat. “Ini ialah masa yang menarik untuk OKEx, kami merancang untuk membuka pejabat baharu di lebih banyak rantau untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna kami dengan lebih baik, dan kami telah mula merekrut pakar blok rantai yang bersemangat untuk berkembang dan berjaya bersama-sama. Kami menjangkakan peningkatan 100% dalam jumlah bilangan kakitangan dalam 2 tahun memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dari seluruh dunia,” kata Jay Hao, CEO OKEx.

Jay juga berkongsi bahawa OKEx melancarkan Beacon Program di rantau Eropah untuk menyokong mereka yang berminat dalam dunia blok rantai dan kripto yang berkembang maju pada masa sekatan pergerakan yang juga berfungsi sebagai peluang untuk memupuk bakat yang berpotensi untuk OKEx.

OKEx Beacon Program akan merekrut sejumlah 6 menti untuk program mentor eksklusif selama satu bulan dengan CEO Jay Hao dan Pengarah Pasaran Kewangan Lennix Lai. Sekali seminggu, menti akan menyertai sesi bersama mentor selama 30 minit pada Telegram. Selain itu, mereka juga akan menyertai kelas pakar yang dibimbing profesional industri pada topik khusus dalam rantai blok dan kripto, dikongsikan ringkasan berita harian, penyelidikan industri, dan pengetahuan produk setiap hari, diberikan bimbingan oleh pasukan OKEx dan peserta yang cemerlang akan berpeluang menyertai pasukan OKEx di masa hadapan.

Perihal OKEx

Pasaran kriptowang paling besar dan paling pelbagai, OKEx merupakan tempat pedagang kripto, pelombong, dan pelabur berinstitusi kripto global berkumpul untuk mengurus aset kripto, meningkatkan peluang pelaburan, dan melindung daripada risiko. Kami menyediakan dagangan lani dan terbitan, termasuklah dagangan hadapan, pertukaran berterusan, dan pilihan bagi kriptowang utama, menawarkan pelabur kefleksibelan hebat pelabur dalam merumuskan strategi untuk memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko.


Orang Hubungan Media
Vivien Choi
media@okex.com 

SUMBER : OKEx

Wednesday, June 3, 2020

Penyelidikan Baharu Western Union Menyediakan Wawasan Ke Dalam Masa Depan Bagi Pendidikan Antarabangsa



DENVER, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) —  
The Western Union Company (NYSE: WU), sebuah pemimpin di dalam pergerakan wang dan pembayaran rentas sempadan, rentas mata wang, hari ini berkongsi satu laporan baharu mengenai “Masa Depan bagi Pendidikan Antarabangsa,” dengan kerjasama The Future Laboratory. Kertas putih itu mengetengahkan lima profil pelajar baharu yang akan berkembang daripada perubahan sikap dan tingkah laku bagi remaja masa kini. Daripada Pemikir Hibrid kepada Siswazahyang Lebih Hijau, laporan baharu ini meramalkan bagaimana institusi akademik harus menyesuaikan diri untuk memenuhi jangkaan ini.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200601005162/en/
Penemuan itu diperolehi ketika universiti dan kolej di seluruh dunia sedang berkembang untuk mengharungi COVID-19, daripada bergerak secara dalam talian, kepada melewatkan penggal pengajian. Institusi-institusi boleh menggunakan laporan tersebut untuk memastikan dasar-dasar baharu yang mereka perkenalkan adalah sejajar dengan keperluan dan keutamaan bagi pelajar antarabangsa.
“Kita sedang melihat satu respons yang luar biasa daripada institusi akademik berhubung COVID-19. Banyak daripada perubahan yang mereka perkenalkan disebabkan oleh wabak tersebut mempunyai trend yang mempercepatkan yang akan memberi manfaat kepada institusi itu dan pelajar mereka dalam tempoh jangka masa panjang. Dengan berpindah ke bilik darjah maya, misalnya, kita melihat satu peningkatan di dalam Pembelajaran Transnasional, yang meningkatkan akses dan kelenturan bagi kursus-kursus yang ditawarkan,” kata Andrew Summerill, ketua bagi pembayaran global di Western Union.
“Perubahan seperti itu akan membantu institusi-institusi untuk menarik pelajar antarabangsa pada masa akan datang,” kata Summerill. “Seperti yang kita ketahui, mereka semakin mahukan universiti dan kolej untuk melabur di dalam teknologi baharu bagi memodenkan pengalaman pelajar. Sebagai sebuah rakan yang dipercayai yang membimbing universiti ketika mereka berkembang untuk memenuhi jangkaan bagi pelajar masa depan, kami telah menjalankan penyelidikan ini untuk membantu mereka mengharungi cabaran ini.”
“Universiti-universiti yang terlibat secara aktif dengan profil pelajar antarabangsa masa depan ini akan memberikan inspirasi kepada inovasi yang mengujakan di dalam sektor itu dan menyampaikan pertumbuhan yang mapan kepada lanskap pendidikan tinggi yang kental,” kata Summerill.
Trend yang baru muncul ini menyediakan sebuah kit perkakasan untuk bagaimana universiti-universiti dapat menarik pelajar antarabangsa masa depan dan benar-benar berkembang dalam dekad yang akan datang. Ketika pendidikan menjalani satu  kelahiran semula yang radikal untuk menjadikannya sesuai bagi pelajar antarabangsa yang akan datang, merangkum dan menggabungkan elemen-elemen terbaik, paling memberi inspirasi dan paling berguna bagi revolusi digital seterusnya akan menjadi penting untuk mengekalkan satu budaya kampus dan pendidikan sosial-emosi yang menarik.
Western Union Business Solutions adalah sebuah penyedia pembayaran yang dipercayai yang telah memindahkan lebih $14B bagi pihak penyedia pendidikan. Lapan daripada universiti yang menduduki 10 tempat teratas di duniai menjimatkan masa dan wang dengan menggunakan penyelesaian kami dengan meminta pelajar antarabangsa mereka membayar tuisyen mereka di 200 buah negara dan 130 mata wang. Muat turun laporan itu di sini.
The Future Laboratory adalah satu daripada perunding niaga hadapan yang terkenal di dunia. Ia menyediakan satu paduan yang unik bagi meramalkan trend, wawasan pengguna, pandangan jauh, strategi jenama dan inovasi, untuk memberi inspirasi dan menjadikan organisasi tidak ketinggalan zaman.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13460

LeddarTech Mempercepat Pengerahan LiDAR Untuk Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan, Pemanduan Berautonomi Dan Aplikasi Industri Dengan Kerjasama STMicroelectronics

QUEBEC CITY, 2 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala, sedang bekerjasama dengan STMicroelectronics, peneraju semikonduktor global untuk menghasilkan Kit Penilaian LiDAR. ST memberikan perkhidmatan kepada pelanggan merentasi spektrum aplikasi elektronik dan merupakan pembekal utama penyelesaian untuk aplikasi automotif dan industri. Kit penilaian ini akan mendemonstrasikan konsep teknikal dan menawarkan keupayaan dalam LiDAR yang berfungsi untuk automotif Peringkat 1-2 dan penyepadu sistem industri bagi membangunkan penyelesaian LiDAR berdasarkan LeddarEngine™teknologi.

Kit LeddarTech akan merangkumi penyelesaian pengimbasan pancaran laser berasaskan cermin MEMS oleh ST serta teknologi, produk dan perkhidmatan daripada rakan kongsi ekosistem LeddarTech yang lain. Kit penilaian sedang dibangunkan untuk menyasarkan aplikasi automotif hadapan LiDAR bagi pemanduan lebuh raya berkelajuan tinggi seperti jurupandu lebuh raya dan pembantu kesesakan trafik serta aplikasi LiDAR industri dan robotik. Untuk memudahkan kerjasama ini, LeddarTech telah mengalu-alukan ST dalam Leddar™ Ecosystem pasukan peneraju teknologinya.

Secara keseluruhannya, kerjasama ini meluaskan faktor kejayaan pelanggan rakan kongsi ekosistem kami dengan memberikan laluan paling selamat dan berdaya maju untuk pelaksanaan volum bagi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan, Pemanduan Autonomi dan Aplikasi Industri.

“Bekerjasama dengan ST yang terkenal dengan teknologi Pemanduan Pintar, Industri Pintar serta penyelesaian pengimbasan pancaran laser berasaskan cermin MEMS, membolehkan LeddarTech menawarkan penyelesaian automotif LiDAR dan industri yang inovatif kepada pasaran. Kerjasama ini mengecilkan masa kepada pasaran untuk pelanggan dan mengurangkan kos pembangunan dan risiko sambil menyampaikan manfaat model platform terbuka dengan kefleksibelan tinggi dan peluang untuk penyesuaian, pembezaan dan nilai tambahan,” kata Michael Poulin, Naib Presiden, Kerjasama Strategik dan Pembangunan Korporat di LeddarTech. “Menggabungkan teknologi ST dengan kepakaran ahli terpilih lain, bekerja secara sinergistik sebagai sebahagian daripada Leddar™ Ecosystem, kami secara kolektif menyediakan semua bahan utama untuk melaksanakan LiDAR pada skala.”

“Direka bentuk dengan kesedaran aplikasi automotif dan industri yang mencabar, penyelesaian pengimbasan pancaran laser berasaskan cermin MEMS ST ideal untuk pelbagai aplikasi berprestasi tinggi, berketepatan tinggi dan berkebolehpercayaan tinggi,” kata Anton Hofmeister, Naib Presiden Kumpulan, Pengurus Besar, Bahagian Mikroaktuator MEMS di STMicroelectronics. “ST berasa sukacita untuk bekerjasama dengan LeddarTech dan rakan kongsinya dan menyumbang dengan kemahiran dan teknologi, untuk manfaat pelanggan yang membangunkan aplikasi LiDAR lanjutan, yang meningkatkan keselamatan dan kemudahan merentasi semua pasaran sasaran.”




http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13464

Tuesday, June 2, 2020

TOSHIBA MENAMBAHKAN IC PENGHUBUNG ANTARA MUKA PAPARAN AUTOMOTIF UNTUK SISTEM INFOTAINMEN DALAM KENDERAAN


Table

Toshiba: sebuah IC penghubung antara muka baharu “TC9594XBG” untuk sistem Infotainment Dalam Kenderaan (IVI) automotif. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah menambahkan “TC9594XBG” dan “TC9595XBG,” IC penghubung antara muka baharu untuk sistem Infotainment Dalam Kenderaan (IVI) automotif, kepada barisan mereka untuk IC penghubung antara muka paparan. Penghantaran sampel bermula bulan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200601005322/en/ 

Sistem IVI automotif kini menjadi semakin canggih, dan seiring dengan bertambahnya jumlah paparan yang dirangkumkan, begitu juga pilihan panel, bergerak melampaui paparan LVDS yang begitu meluas digunakan. Walau bagaimanapun, ini boleh menimbulkan satu masalah bagi sistem semasa yang tidak menyokong antara muka bagi panel paparan baharu, termasuk DSISM dan eDP. Penyelesaian itu terdapat di dalam IC penghubung antara muka.

Toshiba membawa begitu banyak pengalaman kepada segmen pasaran ini, yang diperolehi daripada membangunkan IC yang menyokong antara muka MIPI® bagi aplikasi pengguna. Ia kini telah menambahkan fungsi berikut kepada barisan mereka untuk aplikasi automotif, satu langkah yang menyelesaikan masalah perbezaan antara muka di dalam sistem automotif dan menyokong pelanggan yang bekerja pada mereka bentuk sistem.

TC9594XBG: Selari dengan MIPI DSI
TC9595XBG: MIPI DSI /DPISM ke DisplayPort™

Ciri-ciri Utama
 TC9594XBGTC9595XBG
InputInput selari
24-bit @ 166MHz
- MIPI DSI 4 Lorong x 1 saluran
- MIPI DPI 24bit@154MHz
Output- MIPI
DSI-TX 4 Lorong x 1 saluran
- VESA® DisplayPortTM 1.1a
ResolusiWUXGA 1920 x1200 @ 24-bitWUXGA 1920 x1200 @ 24-bit
Ta-40 hingga 105℃-40 hingga 85℃
PakejVFBGA80
7mm x 7mm, 0.65mm pic
VFBGA80
7mm x 7mm, 0.65mm pic


Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
TC9594XBG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC9594XBG

TC9595XBG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC9595XBG

* MIPI® adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi MIPI Alliance, Inc. DPI dan DSI adalah merupakan tanda perkhidmatan bagi MIPI Alliance, Inc.
* DisplayPort™ dan logo DisplayPort™ adalah tanda perniagaan yang dimiliki oleh Video Electronics Standards Association (VESA®) di Amerika Syarikat dan di negara lain.
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Penjualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200601005322/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation