Friday, May 22, 2020

2Africa: Afrika Dan Rakan Kerjasama Global Mengumumkan Kabel Dasar Laut Transformatif Untuk Sambungan Internet Masa Hadapan Di Afrika



2Africa adalah salah satu projek dasar laut terbesar di dunia, yang menghubungkan 23 buah negara di Afrika, Timur Tengah dan Eropah dan diperluaskan ke Asia melalui kabel dasar laut utama Eropah-ke-Asia


HONG KONG, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- China Mobile International, Facebook, MTN GlobalConnect, Orange, stc, Telecom Mesir, Vodafone dan WIOCC hari ini mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk membina 2Africa, yang akan menjadikan kabel dasar laut paling komprehensif bagi menyalurkan perkhidmatan kepada benua Afrika dan rantau Timur Tengah, dan juga menghubungkan melalui Afrika timur dengan kabel dasar laut yang lain bagi memperluaskan sambungan di Asia. Pihak-pihak itu telah melantik Alcatel Submarine Networks (“ASN”) untuk membina kabel tersebut di dalam sebuah projek yang dibiayai sepenuhnya yang akan meningkatkan sambungan yang ketara merentasi Afrika dan Timur Tengah.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200514005389/en/

Dengan jarak panjang 37,000km, 2Africa akan menjadi salah satu projek kabel dasar laut terbesar di dunia dan akan menghubungkan Eropah (ke arah timur melalui Mesir), Timur Tengah (melalui Arab Saudi), dan 21 pendaratan di 16 buah negara di Afrika. Sistem itu dijangka beroperasi pada tahun 2023/4, dengan menyampaikan lebih daripada jumlah gabungan kapasiti bagi kesemua kabel dasar laut yang  menyalurkan perkhidmatan ke Afrika pada hari ini, dengan kapasiti yang direka sehingga 180Tbps pada bahagian-bahagian utama pada sistem itu. 2Africa akan menyampaikan kapasiti dan kebolehpercayaan internet yang sangat diperlukan merentasi sebahagian besar Afrika, dengan melengkapkan permintaan kapasiti yang pesat berkembang di Timur Tengah dan menyokong pertumbuhan seterusnya bagi akses jalur lebar 4G, 5G dan tetap untuk ratusan juta orang.

Di negara-negara di mana kabel 2Africa akan mendarat, penyedia perkhidmatan akan mendapatkan kapasiti di pusat-pusat data neutral pembawa atau stesen pendaratan kabel akses terbuka secara adil dan saksama. Ini akan menyokong pembangunan ekosistem internet yang sihat dengan memudahkan peningkatan kemudahan akses bagi perniagaan dan pengguna.

Kabel 2Africa telah direka untuk meningkatkan daya tahan dan memaksimumkan prestasi, termasuk pilihan bagi sebuah lintasan optik yang lancar di antara Afrika Timur dan Eropah. Pihak-pihak 2Africa dan Airtel telah menandatangani satu perjanjian dengan Telecom Mesir untuk menyediakan sebuah lintasan yang serba baharu bagi menghubungkan Laut Merah dan Mediterranean, yang pertama dalam lebih satu dekad. Ini termasuk stesen pendaratan kabel baharu dan penyebaran gentian generasi seterusnya pada dua laluan terestrial yang baharu dan berbeza selari dengan Terusan Suez dari Ras Ghareb ke Pelabuhan Said, dan satu sambungan dasar laut baharu yang akan menyediakan satu laluan ketiga di antara Ras Ghareb dan Suez.

Kabel 2Africa itu akan melaksanakan satu teknologi baharu, SDMdari ASN, yang membolehkan penggunaan sehingga 16 pasangan gentian dan bukan lapan pasangan gentian yang disokong oleh teknologi yang lebih lama, sekali gus membawakan kapasiti yang jauh lebih besar dan penjimatan kos yang lebih. Kabel itu akan menggabungkan teknologi pertukaran optik bagi membolehkan pengurusan jalur lebar yang fleksibel. Kedalaman penanaman kabel juga telah meningkat sebanyak 50% jika dibandingkan dengan sistem yang lebih lama, dan penghalaan kabel akan mengelakkan lokasi yang mengalami gangguan dasar laut yang diketahui, kesemuanya membantu untuk memastikan tahap ketersediaan yang paling tinggi.http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13432

RANCANGAN RAYA NORMAL BAHARU DI RADIO IKIM

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) --  Bagi meraikan kesyukuran dan kemeriahan Aidilfitri, Radio IKIM tidak ketinggalan menerbitkan rancangan-rancangan istimewa yang disusun sepanjang sambutan Aidilfitri, sekalipun dalam tema yang berbeza demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dengan tujuan menyampaikan kefahaman berkaitan sambutan Hari Raya dalam Islam dan kaitannya dengan PKPB kini, Radio IKIM akan menerbitkan rancangan Aidilfitri antaranya, rancangan “Satu Kemenangan”, “Pesona Syawal” dan “Istiqomah Syawal” yang akan bersiaran pada hari raya pertama hingga ketiga pada jam 10.00 pagi. Manakala pada jam 5.00 petang hari raya pertama hingga ketiga, pendengar dihidangkan dengan rancangan “Sesuci Lebaran”, “Fitrah Aidilfitri” dan “Indahnya Aidilfitri Bersama Saudara Baru”.

Selain itu, bermula jam 9.00 malam hari raya pertama hingga keenam, rancangan “Raya Normal Baharu (RNB)” akan memberi peluang kepada pendengar berinteraksi dengan penyampai bertugas dan berkongsi suasana hari raya mereka, diikuti sebuah rancangan hiburan Islami “Lebaran Bersama Artis” pada jam 10 malam. Menerusi rancangan  Lebaran Bersama Artis ini, pendengar akan dihiburkan dengan sesi temubual dan nyanyian dengan persembahan akustik daripada personaliti dan artis nasyid antaranya Hafiz Hamidun, Kumpulan Inteam, Saujana, Ikhwan Fatanna, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta Halim Ahmad. Dengarkan juga perkongsian mereka menyambut Aidilfitri dengan normal baharu ini.

Selain daripada dapat didengari, program-program ini juga dapat ditonton menerusi Facebook Live dengan melayari www.facebook.com/ikimfm. Semoga hari raya kita lebih bermakna dengan menghayati perkongsian ilmiah dan hiburan mendidik minda bersama Radio IKIM, Inspirasi Inforia Islami.

Unit Perhubungan Korporat
21 Mei 2020

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13434

NTHU MENGGUNAKAN DATA BESAR UNTUK MENANGANI KORONAVIRUS


HSINCHU, Taiwan, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) baru-baru ini telah mula bekerjasama dengan Facebook dan Universiti Harvard dalam menggunakan data besar untuk mengkaji potensi penyebaran koronavirus di Taiwan. Kerjasama antarabangsa ini diketuai oleh Penolong Profesor Hsiao-Han Chang dari Institut Bioinformatik dan Biologi Struktur di NTHU. Keputusan awal menunjukkan bahawa risiko jangkitan tempatan adalah lebih tinggi daripada jangkitan jarak jauh di antara daerah dan bandar raya. Nasihat Chang untuk percutian yang akan datang adalah duduk di rumah dan untuk mengelakkan tempat tumpuan orang ramai.

Berdasarkan kepada hasil bagi satu lagi kajian yang beliau jalankan baru-baru ini dengan menggunakan pemodelan matematik untuk menilai kesan daripada memakai pelitup muka, Chang sangat menyokong keputusan Pusat Kawalan Epidemik Pusat (CECC) untuk mewujudkan sebuah sistem bagi mengagihkan pelitup muka, kerana ia menghalang daripada menyorok satu item yang penting untuk mengehadkan penyebaran wabak itu.

Menggunakan data besar Facebook ke atas pergerakan orang ramai

Pada akhir Januari Facebook, platform media sosial terbesar di dunia — mula memberikan data pergerakan untuk satu kajian bersama oleh NTHU dan School of Public Health Universiti Harvard berhubung penyebaran koronavirus. Data itu merangkumi anggaran mengenai jumlah orang yang bergerak di antara bandar raya.

Kesesakan berisiko tinggi

Pasukan penyelidik Chang juga mendapati bahawa pergerakan tempatan memainkan satu peranan yang lebih penting di dalam potensi penyebaran koronavirus berbanding dengan pergerakan jarak jauh. Ini bertentangan dengan persepsi yang meluas bahawa perjalanan jarak jauh adalah faktor risiko yang paling penting; apa yang paling penting sebenarnya ialah bilangan orang yang berhubungan dan jangka masa seseorang berada dekat dengan mereka. Oleh itu, berkunjung ke tempat-tempat yang sesak dekat rumah seseorang mungkin tidak lebih selamat jika dibandingkan dengan melancong ke tempat-tempat pelancongan yang popular. Bagi Chang, satu penemuan kajian yang lebih menarik adalah bahawa, walaupun terdapat peringatan berulang kali yang dikeluarkan oleh CECC sejak awal wabak itu, perjalanan di Taiwan terus rancak tanpa ada pengurangan.

Pasukan itu juga telah menggunakan pemodelan matematik untuk mensimulasikan impak daripada memakai pelitup muka. Menurut Chang, terdapat satu hubung kait yang jelas di antara penggunaan pelitup muka yang meluas dan betul dengan bilangan jangkitan yang lebih rendah. Berjuta-juta pelitup muka sedang dihasil dan diedarkan setiap hari di Taiwan, dan ini adalah satu daripada sebab negara ini dapat menangani wabak tersebut dengan selamat secara relatif.

Keutamaan bagi pengagihan pelitup muka

Satu kajian oleh Chang dan Colin Worby, seorang ahli biologi pengiraan di Broad Institute of MIT dan Harvard, menunjukkan bahawa penggunaan pelitup muka secara betul oleh majoriti orang ramai mengurangkan dengan ketara jumlah jangkitan dan kematian.

Mereka juga mendapati bahawa apabila pelitup muka dihadkan, dengan memberi keutamaan kepada kumpulan berisiko tinggi dapat membantu untuk mengurangkan keseluruhan jangkitan dan kematian. Chang berkata bahawa di peringkat awal wabak itu, CECC telah mengambil alih kilang-kilang membuat pelitup muka di Taiwan dan mewujudkan sebuah sistem pengagihan pelitup muka untuk mencegah pembelian secara panik dan penyorokan — dua langkah utama yang telah membantu negara itu untuk terus berada di hadapan lengkung tersebut.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13427

Wednesday, May 20, 2020

MENTERI SOSIAL GESA POS INDONESIA UNTUK MENAMBAHKAN KAUNTER DANA SOSIAL

JAKARTA, Indonesia, 19 Mei, 2020/Antara-AsiaNet/--

Menteri Hal Ehwal Sosial Republik Indonesia Juliari P. Batubara telah menggesa Ketua Pegawai Eksekutif PT Pos Indonesia Gilarsi Wahyu Setijono untuk membuka lebih banyak kaunter di pejabat-pejabat pos dan memanjangkan tempoh pengagihan bagi Bantuan Sosial Tunai (CSA) berikutan arahan Presiden Joko Widodo untuk mempercepatkan penghantaran.

“Selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo, saya telah mengambil beberapa langkah dengan PT Pos dan unit kerja yang berkaitan di Kementerian Hal Ehwal Sosial,” kata Juliari pada Ahad (17/05).

PT Pos telah menjangkau menerusi komuniti, tetapi menteri itu menganggap bahawa mereka masih memerlukan lebih banyak kaunter.

Juliari telah mengarahkan PT Pos untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka kepada orang awam dengan menambahkan lebih banyak titik pengedaran, sebagai contoh, di dewan mesyuarat desa, sekolah, perkampungan desa, atau mana-mana lokasi yang dapat diakses oleh Keluarga Penerima (BM).

“Saya mahu membuka lebih banyak titik (pengagihan) secepat yang mungkin. Saya juga ingin memastikan bahawa pengagihan bagi CSA dilakukan lebih cepat dengan penambahan itu. Ini bertujuan untuk memperluaskan ruang lingkup perkhidmatan dan kawasan liputan,” kata Juliari.

Menteri itu juga menuntut agar Pos Indonesia melanjutkan masa pengagihan CSA agar mereka dapat melayan lebih banyak BM dalam satu hari. “Ia mungkin dapat dimulakan dari pukul 7 pagi sehingga akhir atau malam setiap hari. Oleh itu, lebih banyak BM dapat dilayani,” kata beliau.

Di samping itu, Juliari telah mengarahkan Direktorat Jeneral bagi Pengendalian Kemiskinan untuk terus memantau dan melaporkan setiap kemajuan pengagihan CSA.

“Melalui langkah-langkah ini, adalah diharapkan agar pengagihan CSA itu dapat berjalan dengan pantas dan lancar, dan masih mematuhi protokol kesihatan semasa pengagihan itu. Dengan ini, menjelang Eid Al Fitr, kumpulan pertama bagi pengagihan CSA akan dapat diselesaikan,” kata menteri itu.


SUMBER: Biro Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Sosial, Republik Indonesia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13424

PERTANDINGAN KRAF KREATIF E-KRAF BAZAR

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengadakan beberapa pertandingan kraf kreatif melibatkan video sambutan perayaan menggunakan produk kraf dari 18 hingga 20 Mei 2020. Pertandingan ini diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tadau Kaamatan dan Gawai Dayak.

“Pertandingan ini hanya terbuka kepada ahli Facebook group E-Kraf Bazar yang melibatkan 3 pertandingan iaitu Aidilfitri Deco Challenge, Ratu Kaamatan Video Challenge dan Ngajat Gawai Dayak Video Challenge. Pertandingan ini juga merupakan aktiviti galakan kepada ahli yang menyokong kejayaan platform E-Kraf Bazar”.

“Kepada usahawan-usahawan kraf dan orang ramai yang berminat untuk menyertai ketiga-tiga pertandingan ini tetapi belum berdaftar dengan E-Kraf Bazar, anda dijemput untuk berdaftar sekarang dan ia adalah percuma”. Cik Fazlin Mohamad Zaki, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia.

E-Kraf Bazar merupakan inisiatif pemasaran online di media sosial Facebook yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia bertujuan untuk memasarkan produk kraf usahawan kraf tempatan secara online sejak 8 April 2020. Sehingga ke hari ini, E-Kraf Bazar telah disertai lebih 9000 orang ahli.

Syarat-syarat penyertaan dan maklumat lanjut berkaitan Pertandingan Video Perayaan E-Kraf Bazar ini boleh didapati di www.kraftangan.gov.my / laman sosial Facebook @Kraftangan Malaysia / hubungi Urus Setia Pertandingan, Cik Farina Darus (012-3045354) / Encik Shafiq Khairi (0175263659).

SUMBER: Kraftangan Malaysia

Interactive Brokers Lancar Tempat Pasaran Dana Bersama Tanpa Beban Terbesar*

GREENWICH, Conn., 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) — Interactive Brokers Group, Inc. (Nasdaq: IBKR) hari ini mengumumkan pelancaran Tempat Pasaran Dana Bersama mereka yang baharu, yang menawarkan ketersediaan kepada lebih daripada 25,000 dana bersama, termasuk lebih 21,000 dana tanpa beban dan 8,300 tanpa yuran urus niaga, daripada lebih dari 290 keluarga dana. Tempat pasaran itu, yang boleh dilayari di ibkr.com/funds, tersedia kepada penduduk di lebih dari 200 buah negara dan wilayah.

“Tempat Pasaran Dana Bersama Interactive Brokers kini menjadi dana bersama tanpa beban sumber tunggal yang terbesar,” kata Steve Sanders, Naib Presiden Eksekutif bagi pemasaran dan pembangunan produk. “Tempat Pasaran kami juga mempunyai kos yang lebih rendah, jika bukan yang paling rendah, untuk inventori dana bersama kami yang besar.”

Pelanggan boleh memilih daripada beribu-ribu dana bersama percuma atau bayar hanya €4.95 (atau yang setara) bagi setiap perdagangan.** Sanders juga menyatakan bahawa, tidak seperti banyak pesaing, Interactive Brokers tidak mengenakan sebarang yuran jagaan. Selain itu, Tempat Pasaran Dana Bersama Interactive Brokers merangkumi produk yang eksklusif dari syarikat-syarikat luar.

“Daripada mendorong dana proprietari seperti Fidelity, Vanguard, Schwab dan lain-lain, Interactive Brokers adalah produk neutral,” kata Sanders. “Kami mempunyai pelbagai keluarga dana yang hebat yang terdapat di tempat pasaran agnostik kami.”

Untuk memudahkan pencarian di tempat pasaran yang besar itu, Interactive Brokers pada minggu ini juga memperkenalkan sebuah Peranti Pencarian Dana Bersama bagi membolehkan pelanggan dan bukan pelanggan mencari produk dan menyusunnya mengikut negara tempat tinggal mereka,  komisen yang dikenakan, jenis dana dan keluarga dana.

Sebagai tambahan kepada dana bersama, pelanggan Interactive Brokers boleh melabur di dalam saham, opsyen, niaga hadapan, tukaran mata wang asing, bon, dan dana dagangan bursa atau ETF di 135 pasaran di 31 buah negara dari satu akaun bersepadu yang tunggal.

“Interactive Brokers sentiasa memberikan tumpuan kepada menyediakan teknologi termaju, harga yang lebih tinggi dan kelebaran produk di seluruh dunia. Kami kini telah membina tempat pasaran dana bersama tanpa beban yang terbesar untuk membantu pelabur menikmati peningkatan akses kepada pasaran global dan kepelbagaian yang lebih besar,” kata Sanders.

Penduduk Australia, Hong Kong, Jepun, dan Singapura tidak akan mempunyai akses segera ke tempat pasaran itu tetapi harus menyemak semula ketersediaannya nanti. Akses tidak tersedia kepada penduduk bagi negara atau wilayah yang menghadapi sekatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13423

Tuesday, May 19, 2020

TA ASSOCIATES MENGUMUMKAN PELABURAN PERTUMBUHAN STRATEGIK DALAM KUMPULAN HONAN INSURANCE

BOSTON & HONG KONG, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TA Associates, sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk membuat satu pelaburan pertumbuhan strategik dalam Kumpulan Honan Insurance (“Honan”), sebuah broker insurans komersial terkemuka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/52221427/en

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Honan, Damien Honan, Ketua Pegawai Eksekutif, Andrew Fluitsma, dan Ketua Pegawai Operasi, Laurence Basell, akan terus menerajui perniagaan itu dan menjadi pemegang saham bersama-sama dengan TA. Syarat-syarat kewangan bagi urus niaga itu tidak didedahkan.

Honan merancang, menetapkan harga dan merundingkan polisi insurans bagi pihak pelanggan korporat. Vertikal utama Syarikat itu adalah di dalam pasaran korporat, strata, hartanah dan faedah pekerja, terutamanya di Australia, New Zealand dan Asia Tenggara. Honan mempunyai lebih daripada 200 orang pekerja di tujuh buah pejabat dan merupakan sebahagian daripada World Broker Network (“WBN”), sebuah rangkaian global bagi broker insurans dan penasihat risiko persendirian. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1964 dan beribu pejabat di Melbourne, Australia. Honan telah memperoleh pendapatan pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) iaitu kira-kira 17% sepanjang 19 tahun yang lalu.

“Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan TA Associates sebagai sebuah pelabur di Honan,” kata Damien Honan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif bagi Kumpulan Honan Insurance. “Dalam memilih untuk bekerjasama dengan TA, pasukan Honan sangat tertarik dengan kehadiran firma itu di peringkat global, sejarahnya yang panjang di dalam melabur di dalam sektor pembrokeran insurans dan pengalaman dalam bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang berkembang. Kami percaya bahawa TA akan menjadi sebuah rakan yang sangat bernilai ketika kami berusaha untuk terus mengembangkan Honan di pasaran domestik Australia dan di luar negara.”

“Dengan satu komitmen untuk memberikan cadangan yang disesuaikan dan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi, Honan telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun yang lampau,” kata Andrew Tay, seorang Naib Presiden Kanan di TA Associates. “Kami teruja kerana dapat melabur di Honan bersama-sama dengan sebuah pasukan pengurusan yang berbakat, dan kami berharap untuk terus membangun di atas rekod perkhidmatan pertumbuhan mereka.”

“Kami kagum dengan reputasi Honan yang mantap di dalam industri pembrokeran insurans komersial dan budaya korporat mereka yang bertenaga,” kata Edward Sippel, seorang Pengarah Urusan dan Ketua bersama untuk operasi Asia bagi TA Associates Asia Pacific Ltd. “Kami gembira dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan Honan ketika mereka memulakan fasa pertumbuhan Syarikat itu yang seterusnya.”

“Ini merupakan satu kejayaan penting bagi Honan ketika kami terus memberi tumpuan kepada menyediakan nasihat berkualiti paling tinggi kepada pangkalan pelanggan kami yang berdedikasi dan setia, terutama dalam persekitaran yang mencabar sekarang,” kata Andrew Fluitsma, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Honan Insurance. “Peluang untuk membawa sebuah pelabur global yang berorientasikan pertumbuhan jangka panjang dan disegani seperti TA, yang dijajarkan sepenuhnya dan menyokong model perniagaan kami, adalah sangat menarik. Kami yakin bahawa Honan akan mendapat manfaat daripada tatasusunan pelengkap bagi sumber dan kemahiran TA.”

Urus niaga itu dijangka diselesaikan pada separuh kedua 2020, sementara menunggu kelulusan kawal selia dan syarat-syarat penutupan.

Maklumat mengenai Kumpulan Honan Insurance

Ditubuhkan pada tahun 1964, Honan menyediakan pelbagai penyelesaian insurans, risiko dan kewangan komersial kepada perniagaan merentasi pelbagai industri, termasuk institusi kewangan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan profesional, teknologi, bioteknologi & sains hayat, logistik, pembinaan, makanan & minuman, dan perlombongan & tenaga. Sejak penubuhannya, Honan telah berkembang dari seluruh Australia ke New Zealand, Singapura dan Malaysia. Honan secara eksklusif mewakili Australia, New Zealand dan Singapura di dalam WBN. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://honan.com.au/.

Maklumat mengenai TA Associates

TA Associates adalah sebuah firma ekuiti persendirian pertumbuhan global yang terkemuka. Dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang disasarkan di dalam lima industri – teknologi, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, pengguna dan perkhidmatan perniagaan – TA melabur di dalam syarikat-syarikat yang berkembang dan menguntungkan dengan peluang untuk pertumbuhan yang mapan, dan telah melabur di lebih daripada 500 syarikat di seluruh dunia. Melabur sama ada sebagai pelabur majoriti atau minoriti, TA menggunakan satu pendekatan jangka panjang, dengan memaksimumkan sumber strategik mereka untuk membantu pasukan-pasukan pengurusan membina nilai yang berpanjangan di dalam syarikat-syarikat pertumbuhan berkualiti tinggi. TA telah mengumpulkan $33.5 bilion di dalam modal sejak penubuhannya pada tahun 1968 dan komited kepada pelaburan baharu pada kadar lebih dari $2 bilion setahun. Lebih daripada 85 profesional pelaburan firma itu berpusat di Boston, Menlo Park, London, Mumbai dan Hong Kong. Maklumat lanjut mengenai TA Associates boleh diperolehi di www.ta.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13415