Tuesday, May 19, 2020

RANTAIAN NILAI GLOBAL VIET NAM: MEWUJUDKAN LEBIH BANYAK NILAI TAMBAH KEPADA EKONOMI TEMPATAN DARIPADA PENINGKATAN EKSPORT MERUPAKAN SATU PERSOALAN YANG TINGGAL UNTUK DITANGANI OLEH KERAJAAN, KATA PUSAT ASEAN-JEPUN



TOKYO, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walaupun Viet Nam — satu daripada negara termiskin di dunia pada tahun 1980-an — telah hari ini menjadi sebuah ekonomi berasaskan pasaran dan pertumbuhan yang luar biasa, hakikatnya adalah bahawa negara itu menghasilkan sangat sedikit nilai tambah daripada eksport (AS$69 bilion pada tahun 2019) yang setara kepada hanya satu perempat daripada nilai nominal bagi eksport barangan dan perkhidmatan (AS$260 bilion), menimbulkan banyak cabaran strategik kepada pembangunan Viet Nam, kata kajian oleh Pusat ASEAN-Jepun mengenai Rantaian Nilai Global di ASEAN: Viet Nam [https://www.asean.or.jp/en/centre-wide-info/gvc_database_paper11/], yang dikeluarkan hari ini.

Pelaburan langsung asing (FDI) yang banyak, khususnya FDI dalam pemprosesan eksport di Viet Nam bermaksud bahawa negara tersebut telah menjadi sebuah destinasi pilihan untuk pengeluaran pemprosesan eksport. Walaupun eksport kasar bagi Viet Nam sedang meningkat, sumbangan bagi eksport nilai tambah domestik (iaitu nilai tambah yang diwujudkan di dalam negara dalam eksport Viet Nam) kepada ekonomi negara itu adalah kecil, yang mencakupi hanya 12 peratus daripada KDNK, berbanding dengan purata ASEAN sebanyak 33 peratus.

Kesan daripada FDI terhadap ekonomi serta eksport bergantung kepada struktur nilai tambah bagi ekonomi Vietnam, di mana sektor sekunder (pembuatan), terutamanya industri bagi makanan dan minuman, menunjukkan kesan pengganda yang besar. Semakin tinggi kesan pengganda itu, semakin banyak impak daripada FDI terhadap ekonomi dijangkakan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13412

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN JUADAH BERBUKA PUASA DAN BARANGAN GARDENIA KEPADA RIDER GRAB FOOD

Simbolik serahan sumbangan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Pengurus Pengurusan Sistem & Perhubungan Institusi merangkap Ketua Jawatankuasa Halal Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Encik Azmy Roslin, Ketua Hal Ehwal Awam & Kerajaan Grab Malaysia, Encik Ebi Azly Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Encik Soffan Affendi Aminudin.

KERJASAMA ANTARA KHAIRA PPZ, GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD & GRAB MALAYSIA 


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Khaira PPZ dengan kerjasama Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd semalam mengadakan sumbangan juadah berbuka puasa serta barangan jenama Gardenia kepada 100 rider Grab Food di dua lokasi berbeza iaitu di Grab e-Kitchen Bazar dan Salad Atelier Café.
 
Ianya bertujuan untuk berkongsi rezeki dan menghayati erti syukur di bulan Ramadan bersama mereka yang memerlukan sesuai dengan tagline Khaira PPZ sempena Ramadan ini, iaitu #syukurinikmatramadan. Sempena dengan itu, PPZ-MAIWP melalui Khaira PPZ berkolaborasi dengan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Grab Malaysia menyantuni  pemandu/rider Grab Food yang sentiasa berkhidmat menghantar makanan kepada orang ramai lebih-lebih lagi di dalam situasi pandemik COVID-19 dan di bulan Ramadan ini. 
 
Sebanyak 100 bungkus juadah berbuka bernilai RM5,000 dan 100 bungkus barangan makanan jenama Gardenia disumbangkan kepada pemandu/rider Grab Food sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa berkhidmat untuk orang ramai di sekitar Kuala Lumpur.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, PPZ-MAIWP mengucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) atas kesudian berkolaborasi bersama Khaira PPZ dalam menyebarkan kebaikan dan menjayakan #syukurinikmatramadan.
 
“Kami amat mengalu-alukan kolaborasi seperti ini untuk bersama-sama menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak” katanya.
 
“Saya juga ingin mengambil kesempatan menyeru kepada seluruh umat Islam untuk segera menunaikan zakat bagi membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan di luar sana lebih-lebih lagi di dalam keadaan yang sukar ini” tambahnya lagi.
 
Gardenia
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) telah memperuntukkan lebih daripada RM 1 juta kepada kelompok masyarakat yang terjejas sebelum dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan tersebut adalah dalam bentuk produk-produk keluaran Gardenia, telah diedarkan kepada kelompok keluarga B40, para petugas barisan hadapan dan para penuntut universiti di bawah Program Food Bank Siswa di seluruh Semenanjung Malaysia.
 
Program bantuan COVID-19 Gardenia diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) telah berganding bahu dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk terus menghulurkan bantuan kepada lebih banyak para petugas barisan hadapan.
 
“Terima kasih atas kerjasama PPZ-MAIWP, kami mampu memperluas jangkauan Program Bantuan COVID-19 Gardenia kepada lebih banyak isi rumah yang memerlukan dan membantu meringankan beban petugas barisan hadapan. Kami berharap pek hadiah Ramadhan Gardenia ini dapat membantu golongan miskin bandar dan para petugas perkhidmatan kritikal menikmati makanan yang cepat dan mudah disediakan ketika bersahur di permulaan hari atau semasa berbuka puasa di penghujung hari." Kata Hazlinah Harun, Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam) GBKL
 
Grab Malaysia
“Kami berterima kasih kepada pihak PPZ-MAIWP dan Gardenia atas sumbangan serta sokongan mereka terhadap pemandu serta rakan penghantar kami. Pemandu dan rakan penghantar kami sama seperti rakan peniaga kami. Mereka adalah para wira yang terus berusaha memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan keperluan harian pada masa yang sukar ini. Sokongan mereka sangat luar biasa dan kami akan terus membantu rakan pengantaran kami untuk melindungi mata pencarian dan memastikan mereka sentiasa selamat selagi kami menghadapi tempoh yang sukar ini bersama,”, kata Ebi Azly Abdullah, Ketua Hal Ehwal Awam & Kerajaan, Grab Malaysia.
 
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nor Mukshar Harun
Penolong Pengurus Besar
Hal Ehwal Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 019 – 386 1820

Nama: Norazlina Nordin
Pengurus
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 019 – 728 3839

--BERNAMA

Saturday, May 16, 2020

PERSIAPAN UNTUK SUKAN PANTAI ASIA 2020 DI SANYA BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANG, KATA PENGANJUR

SANYA, China, 14 Mei (Bernama) -- Persiapan untuk Sukan Pantai Asia Sanya 2020 sedang berjalan dengan pantas seperti yang dirancang dan kejohanan itu akan berlangsung seperti yang dijadualkan dari 28 November hingga 6 Disember.

Walaupun terdapat kesan pandemik COVID-19, pembinaan bagi perkampungan atlet sedang berjalan 24 jam sehari. Bangunan pertama akan disiapkan pada 16 Mei, dan tempat-tempat selebihnya akan disiapkan sebelum 30 September, kata Zhang Wei, naib pengarah bagi jabatan pembinaan tempat bagi jawatankuasa penganjur.

Zhou Jun, naib datuk bandar bagi Sanya, berkata bahawa persiapan untuk kejohanan itu telah membawa perubahan besar di bandar raya itu.

“Selain pembinaan bagi 17 tempat, ia akan memperbaiki lagi infrastruktur bagi keseluruhan bandar raya itu, termasuk komunikasi, rawatan perubatan, pengangkutan dan pembinaan semula bagi kawasan pemandangan di Teluk Sanya,” kata Zhou.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur Sukan Pantai Asia

--BERNAMA

KUMPULAN AJINOMOTO MEMPERKENALKAN SATU SISTEM PEMPROFILAN ZAT MAKANAN


Yang Pertama Di Antara Syarikat Makanan yang Berpusat di Jepun;
Sembilan Syarikat di Tujuh Buah Negara Mula Menilai Nilai-nilai Pemakanan bagi Produk Sasaran 

TOKYO, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ajinomoto Co., Inc. (“Ajinomoto Co.”) akan melancarkan aktiviti peningkatan pemakanan mereka secara global dengan pengenalan pada 1 April, 2020 Sistem Pemprofilan Zat Makanan Kumpulan Ajinomoto untuk Produk (“ANPS-P”), yang dibangunkan sebagai satu kaedah untuk menilai secara saintifik nilai pemakanan bagi produk seperti sup serbuk dan makanan sejuk beku. ANPS-P akan merangkumi kira-kira 500 produk di sembilan syarikat Kumpulan Ajinomoto di tujuh buah negara termasuk Jepun (Ajinomoto Co., Inc., Ajinomoto AGF, Inc., Ajinomoto Frozen Foods Co., Inc., AJINOMOTO CO. (THAILAND) LTD., AJINOMOTO VIETNAM CO., LTD., PT AJINOMOTO INDONESIA, AJINOMOTO PHILIPPINES CORPORATION, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan AJINOMOTO DO BRASIL INDÚSTRIA E COMÉRCIO DE ALIMENTOS LTDA.).
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200513005944/en/ 


Dunia sedang menghadapi dua isu pemakanan paradoksikal: lebih 2 bilion orang dianggap berisiko untuk penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup akibat kegemukan atau berat badan yang berlebihan disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang berlebihan,1 sementara diet mereka lebih cenderung tidak mencukupi dari segi protein, sayur-sayuran, serat makanan dan zat makanan lain. Walau bagaimanapun, adalah sukar bagi pengguna untuk mengamalkan makanan yang seimbang pada setiap hari berdasarkan kepada pengetahuan tentang zat makanan yang penting. Terdapat minat masyarakat yang semakin meningkat terhadap usaha kerajaan dan syarikat-syarikat untuk meningkatkan pemakanan.

Dengan berlatar-belakangkan ini, syarikat-syarikat makanan global telah mengembang dan memperkenalkan sistem pemprofilan zat makanan (“NPS”) sebagai kaedah untuk menilai jumlah nutrien di dalam sesuatu makanan secara saintifik bagi mengekspresikan kualiti pemakanan mereka dengan cara yang mudah untuk difahami. NPS menggunakan satu algoritma khusus untuk menilai kualiti pemakanan bagi makanan sebagai satu skor (nilai numerik) untuk membolehkan perbandingan bagi nilai pemakanan untuk pelbagai produk di dalam kategori yang sama, atau bagi satu produk sebelum dan selepas penyusunan semula, dengan menggunakan satu paksi yang sama untuk penilaian.

ANPS-P itu yang dibangunkan oleh Kumpulan Ajinomoto didasarkan kepada kaedah pemarkahan bagi Sistem Penarafan Bintang Kesihatan, satu NPS yang digunakan terutamanya di Australia dan New Zealand. Sistem ini menilai nilai pemakanan bagi produk berdasarkan kepada kuantiti bagi setiap nutrien yang tidak boleh digunakan secara berlebihan (kalori, gula tambahan,2 natrium dan lemak tepu3) dan kuantiti bagi setiap kumpulan nutrien dan makanan yang cenderung untuk kurang diwakili di dalam diet dan yang disyorkan pengambilannya (protein, sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, kekacang dan serat makanan).

Pengenalan bagi ANPS-P membolehkan pemahaman yang lebih baik mengenai isu-isu pemakanan dengan menggunakan satu standard umum untuk menilai nilai pemakanan bagi produk-produk Kumpulan Ajinomoto. Berdasarkan pemahaman ini, Kumpulan Ajinomoto akan terus mengkaji semula produk mereka dan menyediakan produk dengan nilai pemakanan yang tinggi yang memudahkan untuk mengurangkan garam dan pengambilan protein, di antara faedah lain, oleh itu membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Bergerak ke hadapan, Kumpulan Ajinomoto juga merancang untuk mengembang dan memperkenalkan satu NPS untuk makanan yang menggunakan produk Kumpulan Ajinomoto dengan tujuan menyediakan sokongan total bagi satu diet yang seimbang dari segi nutrisi.

Kumpulan Ajinomoto akan terus menyumbang kepada kehidupan yang selesa dan jangka hayat sihat yang lebih lama bagi pengguna ketika ia berubah menjadi sebuah “Syarikat yang Membantu Menyelesaikan Isu-isu Makanan dan Kesihatan.”

1.  New England Journal of Medicine 2017, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2016
2.  Merujuk kepada lima gula (sukrosa, glukosa, fruktosa, laktosa dan maltosa) yang ditambahkan pada produk makanan. Tidak termasuk gula yang berlaku secara semula jadi (laktosa daripada susu atau pecahan susu, monosakarida dan disakarida dari bahan buah semula jadi).
3.  Asid lemak terutamanya yang terdapat di dalam lemak haiwan.

Kumpulan Ajinomoto, yang berdasarkan kepada pesanan korporat “Eat Well, Live Well.”atau “Makan dengan Baik, Hidup dengan Baik”, telah secara ilmiah mengejar kemungkinan bagi asid amino dalam menyokong kehidupan yang sihat bagi manusia di seluruh dunia. Kami mensasarkan untuk pertumbuhan masa depan dan sumbangan yang berterusan untuk kesejahteraan yang lebih besar dengan mewujudkan nilai melalui penyelesaian lestari dan berinovatif untuk komuniti dan masyarakat. Kumpulan Ajinomoto mempunyai pejabat di 35 buah negara dan wilayah, dan menjual produk di lebih dari 130 buah negara dan wilayah. Pada fiskal 2018, penjualan adalah 1.1274 trilion yen (10.1 bilion dolar AS). Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari  www.ajinomoto.com.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200513005944/en/ 


Hubungi

Ajinomoto Co., Inc.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: DI SINI
Kana Ohyama
aji_globalwebsite@ajinomoto.com

Sumber : Ajinomoto Co., Inc. 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

Friday, May 15, 2020

Fusionex Membantu Pusat Jahitan Untuk Menghasilkan PPE Bagi Petugas Penjagaan Kesihatan Barisan Hadapan




KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin teknologi AI dan Data Besar yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex bergabung tenaga dengan perusahaan sosial tempatan Batik Boutique untuk menggunakan semula pemotong industri dan tukang jahit yang mahir di pusat jahitan itu untuk memulakan pengeluaran kelengkapan perlindungan diri (PPE) bagi doktor, jururawat dan pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal penat untuk memastikan negara kita selamat.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200513005615/en/

PPE itu dihasilkan sesuai dengan peraturan kesihatan dan keselamatan yang ketat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan agar ia efektif dalam melindungi pengguna daripada koronavirus.

“Setelah menyedari terdapat kekurangan PPE, kami mengambil keputusan untuk melibatkan diri dengan mewujudkan satu barisan pengeluaran di Batik Boutique. Fusionex telah menjadi penaja korporat yang hebat kerana mereka telah bergabung dengan kami untuk menyediakan mata pencarian bagi tukang jahit yang menyertai kami dan, yang lebih penting lagi, memberikan keselamatan kepada kakitangan perubatan yang sedang berjuang memerangi pandemik Covid-19,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Batik Boutique Amy Blair.

Perkongsian ini bertumpu kepada menghasilkan PPE (gaun pengasingan, kasut dan penutup kepala) bagi barisan hadapan, dan telah dihantar kepada organisasi impak sosial Me.Reka untuk kerja sanitasi. Sebagai peralatan perubatan yang digunakan untuk bertemu dan merawat pesakit, proses sanitasi itu akan memastikan PPE itu memenuhi standard kebersihan dan keselamatan paling tinggi.

“Sebagai sebuah perusahaan sosial, kami tidak boleh melakukan perkara ini secara bersendirian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fusionex di atas sokongan mereka kerana ini membolehkan kami bekerja bersama-sama dengan organisasi lain yang sehaluan seperti Batik Boutique untuk membuat sumbangan PPE kepada Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Selain itu, ini membantu mengekalkan pendapatan komuniti terpinggir, yang sebaliknya tidak akan mempunyai pendapatan sepanjang masa krisis ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Me.Reka, Gurpreet Singh Dhillon.

Oleh kerana belum ada vaksin yang dibangunkan lagi, pekerja penjagaan kesihatan terus menguji sejumlah besar pesakit setiap hari, yang mengakibatkan dalam bekalan PPE semakin berkurangan pada kadar yang cepat. Satu daripada penerima yang menerima sumbangan ini adalah Hospital Kuala Lumpur, yang memerlukan lebih daripada 500 unit PPE setiap hari, yang akan mereka gunakan segera di barisan hadapan.

“Kami ingin memastikan bahawa pekerja penjagaan kesihatan kami dilindungi kerana kebimbangan utama kami adalah pesakit tak bergejala. Dengan adanya PPE ini, kami dapat dilengkapi dengan lebih baik untuk menangani kes Covid-19 pada masa ini dan pada masa hadapan. Bagi pihak Hospital Kuala Lumpur, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penderma, terutamanya Fusionex, kerana menyediakan kepada kami PPE ini untuk membantu dalam memerangi Covid-19,” kata Doktor Bilik Kecemasan Hospital Kuala Lumpur Dr Raymond George Varughese.

“Tanpa peralatan pencegahan yang betul, pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan dan responden pertama kita berisiko lebih tinggi dijangkiti koronavirus dan ini boleh memberi tekanan kepada tenaga kerja penjagaan kesihatan kita. Kami berharap bahawa sumbangan kami dapat membantu melindungi wira-wira barisan hadapan kita, yang membahayakan kesihatan mereka setiap hari, demi negara. Fusionex juga akan terus memberikan sumbangan dengan apa jua cara yang mungkin untuk menyokong inisiatif seperti ini dan juga mereka yang berani yang memberikan segalanya untuk merawat dan membantu komuniti kita melalui masa-masa yang sangat sukar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13403

Thursday, May 14, 2020

BANK MUAMALAT PERLUASKAN KHIDMAT E-ZAKAT MELALUI QR CODE KE DUA LAGI NEGERI

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pada 29 April lalu, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah mengumumkan khidmat Kod Respon Pantas atau ‘Quick Response Code’ (QR Code) untuk kemudahan bayaran zakat fitrah semua umat Islam di empat negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Seiring dengan hasrat Bank Muamalat untuk meluaskan platform e-Zakat ke seluruh negara, dua lagi negeri telah memberikan kelulusan untuk pembayaran zakat melalui QR Code. Kelulusan daripada Majlis Ugama Negeri Sabah (MUIS) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah membolehkan umat Islam di Sabah dan Sarawak untuk menyusuli empat negeri terdahulu untuk membenarkan pembayaran zakat melalui QR Code. Inisiatif yang diketengahkan Bank Muamalat ini dapat memudahkan umat Islam untuk membayar zakat tanpa perlu bergerak ke mana-mana. Malah, ia bertepatan dengan situasi kebiasaan baharu hari ini di mana masyarakat tidak dapat membayar zakat melalui amil ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, tambahan dua lagi negeri bagi perkhidmatan ini menunjukkan bahawa inisiatif yang diwujudkan telah mendapat sokongan dari Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

“Menerusi pembayaran zakat fitrah melalui QR Code, pelanggan Bank Muamalat dan pelanggan bank lain yang berdaftar dengan Duitnow QR secara amnya dapat memenuhi tuntutan rukun Islam yang ke-4 melalui platform tanpa tunai dengan mudah dan cepat. Pelanggan hanya perlu mengimbas telefon bimbit mereka pada DuitNow QR Bank Muamalat di laman sesawang Zakat Negeri yang berkenaan untuk melengkapkan transaksi. Kod QR tersebut turut akan dihebahkan kepada pembayar zakat negeri masing-masing menerusi media sosial seperti WhatsApp dan Facebook”, ujar Khairul.

Beliau menambah, inisiatif ini juga merupakan usaha pihak Bank Muamalat menyokong visi Bank Negara Malaysia untuk merealisasikan persekitaran masyarakat tanpa tunai yang lebih selamat dan efisyen.


Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah insitusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi.

Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan insitusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urusniaga pasaran modal.

Bank Muamalat mempunyai 65 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CDT yang boleh didapati di hampir 141 lokasi seluruh negara.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara.

Bank Muamalat telah diterima secara rasmi sebagai ahli GABV pada 15 November 2017. Bank Muamalat ialah bank Islam pertama di dunia dan yang pertama di rantau Asia Tenggara menjadi ahli Global Alliance for Banking in Values (GABV).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13394

PETRONAS SANTUNI 900 BUAH KELUARGA DI KEDAH, PERAK, PERLIS DAN PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM SENTUHAN KASIH LEBARAN

ALOR SETAR, 14 Mei (Bernama) -- PETRONAS, menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat Yayasan PETRONAS dan anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas makanan seperti beras, susu, minyak, telur, makanan dalam tin, tepung gandum dan kad minyak Mesra PETRONAS kepada 900 buah keluarga yang kurang berkemampuan di Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

PETRONAS SANTUNI 900 BUAH KELUARGA DI KEDAH, PERAK, PERLIS DAN PULAU PINANG SEMPENA PROGRAM SENTUHAN KASIH LEBARAN