Wednesday, March 18, 2020

PROXIMUS MELANJUTKAN KERJASAMA AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS

Pembaharuan kontrak tiga tahun itu membolehkan pelanggan Proximus terus menyandarkan kandungan digital bernilai dengan selamat kepada perkhidmatan awan yang selamat dan mudah


BRIDGEWATER, N.J., 18 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharu kontraknya untuk menyediakan Proximus dengan platform Awan Peribadi Synchronoss.

Sebagai operator telekomunikasi terbesar Belgium, Proximus telah menawarkan platform Synchronoss kepada pelanggan jalur lebarnya sejak 2015 menerusi penawaran awan label putih. Pelanggan boleh menyandarkan, menyimpan dan menyegerakkan kandungan daripada komputer riba, tablet, komputer peribadi dan telefon pintar kepada akaun mereka pada awan.

Pemanjangan kontrak tiga tahun itu bermaksud Proximus akan terus menyampaikan Awan Peribadi Synchronoss menerusi model percuma premium sedia ada. Pelanggan jalur lebar diberikan 10 gigabait dalam bentuk storan percuma dan juga pilihan untuk membayar €2.95 sebulan untuk 100 gigabait storan atau €9.95 untuk satu terabait. Pelanggan menentukan sama ada sandaran berlaku secara automatik atau manual dan mereka memilih jenis fail, contohnya gambar, video, dokumen, atau ketiga-tiganya, untuk disertakan dalam sandaran mereka.

“Awan Peribadi Synchronoss telah menjadi aset hebat untuk pelanggan kami,” kata Sébastien Leblanc, Ketua Pengurusan Produk Pengguna untuk Proximus. “Kita hidup dalam dunia yang pelanggan meletakkan nilai yang tinggi untuk kandungan digital mereka dapat disimpan dengan selamat dan mudah diakses. Di Proximus, kami mengenal pasti keperluan ini dan teruja untuk melanjutkan perkongsian dengan Synchronoss agar kami boleh terus memberikan perkhidmatan sandaran awan yang mudah untuk pelanggan kami.”

Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss digunakan oleh beberapa operator terkemuka dunia, termasuklah Verizon, AT&T, BT dan SFR di samping Proximus.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata pembekal rangkaian mudah alih dan syarikat telekomunikasi seperti Proximus secara jelas memahami pelbagai manfaat dalam menawarkan pelanggan peluang untuk menyandarkan dan menyimpan data peribadi secara langsung ke awan.

“Menyediakan perkhidmatan sandaran berjenama pembawa yang selamat dan mudah digunakan merentasi sebarang platform bukan hanya menyampaikan nilai tambah penting kepada pelanggan daripada jenama yang mereka sudah percaya, tetapi juga mencipta aliran hasil baharu untuk pembekal telekomunikasi. Kami berbesar hati kerana Proximus telah melanjutkan hubungan yang sudah lama wujud ini dan kami gembira untuk terus menyampaikan kebolehan untuk memberikan peluang kepada pelanggan untuk melindungi data penting dan memori bernilai mereka, memperkaya pengalaman pengguna dan mengukuhkan kesetiaan pelanggan dan melakukan semua itu sambil membangunkan hasil keseluruhan syarikat,” kata Lurie.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan Synchronoss di https://synchronoss.com/solutions/cloud/.

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

Maklumat Hubungan

Pelabur:
Joseph Crivelli
Synchronoss
908-566-3131
investor@synchronoss.com

Media
Anais Merlin, CCgroup (Antarabangsa)
T: +44 20 3824 9200
E: synchronoss@ccgrouppr.com

Diane Rose, CCgroup (Amerika Utara)
T: +1 727.238.7567
E: diane@ccgrouppr.com 

SUMBER : Synchronoss Technologies, Inc.

CTC GLOBAL UMUMKAN SISTEM ACCC INFOCORE™ DAN PENGERAHAN KOMERSIAL PERTAMA

CTC GLOBAL UMUMKAN SISTEM ACCC INFOCORE™ DAN PENGERAHAN KOMERSIAL PERTAMA

Friday, March 13, 2020

SYMPHONY HEALTH BEKERJASAMA DENGAN DATAVANT UNTUK PANDANGAN PALING MENDALAM INDUSTRI BAGI PERJALANAN PESAKIT

RALEIGH, N.C., 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) — PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan kerjasama antara Symphony Health dengan Datavant yang mengembangkan keluasan data yang tersedia untuk penyepaduan dan membolehkan syarikat sains hayat mendapatkan pandangan yang paling mendalam dan paling holistik bagi perjalanan pesakit dalam pasaran komersial.
Enjin nyahpengenalan Synoma® proprietari Symphony Health membolehkan penyepaduan set data pelengkap merentasi ekosistem kesihatan menggunakan token unik. Melalui kerjasama secara rapat dengan Datavant, Symphony Health memberi pelanggannya kefleksibelan untuk menyambungkan data yang disepadukan melalui Synoma kepada ratusan set data unik yang tersedia melalui Datavant.
Dengan memanfaatkan nyahpengenalan terbaik dalam kelasnya dan penyepaduan dengan enjin Synoma proprietari Symphony Health, pelanggan akan dapat menyambung, mengembang dan menganalisis semua jenis data berkaitan – rekod kesihatan elektronik, tuntutan perubatan dan farmasi, set data makmal diagnosis, demografi dan maklumat daripada peranti dipakai dan penderia pesakit yang dikumpul semasa percubaan klinikal. Memanfaatkan set data disepadukan ini, pelanggan kemudiannya boleh membina aset data khusus dan sesuai untuk penggunaan, strategi data tersuai dan membangunkan wawasan unik untuk perniagaan mereka dengan sokongan daripada pakar data PRA dan Symphony.

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGALU-ALUKAN SALAH SEBUAH INSTITUSI PERNIAGAAN DAN EKONOMI UTAMA PORTUGAL

Ahli Terbaharu Mencerminkan Kepentingan Globalisasi dan Pempelbagaian dalam Pendidikan Pengurusan Siswazah

RESTON, Va., 12 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- The Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), sebuah pertubuhan global untuk sekolah perniagaan terkemuka, hari ini mengumumkan tambahan salah satu syarikat perniagaan utama Portugal dalam keahliannya. Tambahan Nova School of Business & Economics (Nova SBE), meningkatkan jumlah keahlian GMAC kepada 229 institusi.

Ahli sekolah GMAC melalui proses jemputan sahaja yang ditadbir oleh lembaga pengarah organisasi. Calon kemudiannya akan menyertai proses permohonan komprehensif yang menyatakan komitmen berterusan untuk menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang sewajarnya untuk sekolah dan bakat untuk meneroka dan menilai sesama sendiri.

“Nova SBE komited kepada peningkatan berterusan bagi pendidikan pengurusan yang cekap dan bertanggungjawab,” kata Profesor Rita Campos Cunha, Timbalan Dekan, Pre-Experience Studies. “Sebagai sebuah sekolah, kami direka bentuk sebagai sebuah platform terbuka, sentiasa berhubung dan pertukaran idea dan amalan terbaik dengan rakan sekerja kita. Kami percaya GMAC merupakan penganjur hebat bagi sekolah perniagaan di seluruh dunia yang kita boleh berikan sumbangan melalui pengalaman dan cara kita sendiri, pada masa yang sama menerima manfaat daripada pengalaman kongsi sekolah ahli yang lain.”

“Sementara pendidikan perniagaan berkembang dengan rentak pasaran global yang berubah-ubah, institusi seperti Nova School of Business & Economics faham bahawa kepentingan inovasi cara dan perkara yang mereka ajar kepada pencetus perubahan esok,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC.

Nova SBE menganggap institusinya sebagai komuniti warga dunia. Berkongsi visi kepelbagaian GMAC, institusi berusaha untuk berada di barisan hadapan inovasi sambil menyediakan eksekutif dan usahawan masa hadapan untuk menyumbang kepada dunia yang lebih terbuka, mampan dan terangkum. Financial Times telah memberikan kedudukan ke-22 untuk Sarjana Antarabangsa dalam Pengurusan di seluruh dunia; ke-21 untuk Sarjana Antarabangsa dalam Kewangan di seluruh dunia kepada sekolah ini; dan antara 30 Sekolah Perniagaan teratas di Eropah. Baru sahaja berpindah ke kampus baharu di kejiranan Carcavelos Lisbon, Nova SBE teruja untuk menawarkan pelajar pengalaman pembelajaran yang moden, interaktif dan kolaboratif.

Untuk dipertimbangkan bagi keahlian dalam GMAC, sekolah harus melengkapkan proses permohonan dan mengekalkan proses penerimaan terpilih, menawarkan program siswazah dalam pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara, dan menyokong misi GMAC secara aktif dan menggunakan peperiksaan GMAT atau penilaian GMAC lain sebagai sebahagian daripada proses penerimaan dan pendaftaran mereka. Mereka juga menyertai tadbir urus GMAC, termasuklah mengundi dalam pengundian lembaga dan perkara lain yang diperlukan oleh Majlis.

Perihal GMAC
Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan peneraju sekolah perniagaan siswazah di dunia. Diasaskan pada 1953, kami komited untuk mewujudkan penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calon untuk menerokai, menilai dan berhubungan antara satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon yang ingin menyambung pengajian ke pendidikan tinggi untuk memastikan semua bakat dapat dicungkil.

Thursday, March 12, 2020

CENTILI LANTIK ZORAN VASILJEV SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN YANG BAHARU



Eksekutif telco dan teknologi terkemuka akan memimpin syarikat itu ketika ia memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan di dalam pengewangan dan penglibatan digital

LONDON, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pengewangan digital dan pengebilan pembawa global Centili telah melantik Zoran Vasiljev, seorang eksekutif telco dan teknologi terkemuka, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20200310005644/en/

Pelantikan beliau akan menjadi kunci kepada pengukuhan kepimpinan syarikat ketika Centili bergerak untuk memanfaatkan peluang-peluang yang semakin meningkat di dalam industri pengewangan digital dengan produk baharu dan menegak pasaran, dengan memanfaatkan platform mereka yang telah memenangi anugerah.

Vasiljev membawa ilmu pengetahuan dan legasi yang tiada tolok bandingannya di dalam membina dan menjalankan usaha niaga digital yang berjaya.

– Saya amat teruja dengan peluang untuk memimpin pasukan Centili yang bertaraf dunia itu. Dengan asas teknologi yang mantap dan sebuah pasukan yang berpengalaman, Centili berada pada kedudukan yang unik untuk memaksimumkan peluang-peluang pertumbuhan baharu, ketika semakin banyak jenama digital utama dunia bergantung kepada Centili untuk mempercepatkan jangkauan dan pertumbuhan mereka. Saya tidak sabar-sabar untuk membawa pengalaman saya dalam menaikkan perniagaan ke Centili ketika kedua-duanya berkembang pesat dengan perniagaan mereka yang teguh dan ketika kami melaksanakan pelan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi, kata Zoran Vasiljev.

Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman antarabangsa di dalam media digital, telekom, dan perundingan pengurusan. Beliau menghabiskan tiga tahun terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Apigate. Terdahulu di dalam kerjaya beliau, beliau telah mengetuai projek-projek di dalam EU, MENA dan APAC, dengan memegang peranan eksekutif utama dan kepimpinan dengan Axiata Digital, StarHub, Arthur D. Little, Value Partners dan Kumpulan Peppers & Rogers.

– Zoran mempunyai pencapaian yang mengagumkan di dalam perniagaan antarabangsa dan pengurusan strategik. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami telah menyaksikan beliau berjaya memperjuangkan isu-isu yang paling mendesak di dalam pendigitan dan pengewangan. Kami menanti-nantikan perkara-perkara yang hebat di masa hadapan buat Centili di bawah bimbingan, tenaga dan keghairahan beliau, ketika syarikat itu bergerak untuk memanfaatkan peluang-peluang di dalam pembayaran dan penglibatan mudah alih, kata Roberto Kutic bagi pihak pemilik syarikat.

Maklumat

Centili bergandingan dengan lebih 280 MNO dan pedagang global dan kebangsaan terkemuka bagi membolehkan pembayaran mikro, pengenalan pengguna dan penglibatan mudah alih. Syarikat itu menganggap Badoo, Wargaming, iTaxi dan Busuu di kalangan pelanggan mereka. Ia telah diiktiraf sebagai vendor pengebilan pembawa langsung Tingkat 1 pada tahun 2018 dan 2019.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13172

AT&T AKAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN AWAN PERIBADI SYNCHRONOSS

Penyelesaian menyeluruh akan membolehkan pelanggan AT&T untuk menyandarkan kandungan peribadi yang bernilai secara selamat daripada sebarang telefon pintar Android menerusi perkhidmatan awan nilai tambah

BRIDGEWATER, N.J., 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang menguasakan Awan Peribadi AT&T, sebuah perkhidmatan baharu untuk pelanggan wayarles AT&T Mobility. Penyelesaian Synchronoss ini akan disepadukan dalam rangkaian perkhidmatan AT&T yang terpilih, menggunakan awan untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan. Penyelesaian ini juga akan membolehkan AT&T untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah baharu kepada pelanggan wayarles mereka.

AT&T akan menawarkan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss versi mereka sebagai perkhidmatan nilai tambah kendiri yang akan bersepadu dengan perkhidmatan berasaskan awan AT&T berikut:

• Pemindahan Mudah Alih AT&T – Penyepaduan Synchronoss akan memberi pengguna aplikasi Pemindahan Mudah Alih AT&T, sebuah perkhidmatan yang membolehkan pemindahan kandungan yang mudah daripada satu peranti kepada peranti yang lain, pilihan untuk mendaftar dalam perkhidmatan Awan Peribadi AT&T. Ini akan meluaskan keupayaan AT&T untuk menyokong dan melindungi kandungan pelanggan dengan memastikan bahawa kandungan dipindahkan dan disandarkan dengan selamat.

• Penyediaan & Pemindahan AT&T (Pengalaman Terus dari Kotak) – Kefungsian yang disediakan oleh Synchronoss, yang sebelum ini diumumkan pada pertengahan 2019, memberi pelanggan yang menggunakan pengalaman permulaan AT&T, keupayaan untuk memilih sendiri produk dan perkhidmatan nilai tambah secara mudah semasa proses penyediaan peranti.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata, “Operator hari ini mestilah menyediakan kepada pelanggan mereka produk dan perkhidmatan yang dipertingkat yang akan terus meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka. Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss mencapai ini dengan mengautomatikkan penyandaran peranti dan meringkaskan cara pelanggan mengurus dan berinteraksi dengan kandungan mereka.  Ini membolehkan AT&T keupayaan untuk membawa perkhidmatan baharu kepada pelanggan.”

“Keupayaan untuk menawarkan kebolehan awan peribadi yang selamat sudah menjadi semakin penting kepada operator global,” kata Lurie. “Dengan melaksanakan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, AT&T kini sedang meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara. Membenamkan awan ke dalam pengalaman penyediaan peranti terus dari kotak, meningkatkan perkhidmatan pemindahan kandungan dan menyediakan akses mudah kepada sandaran data berasaskan awan yang sangat diperlukan menjadikan AT&T peneraju dalam memenuhi keperluan pelanggan, meningkatkan penglibatan pengguna dan memacu pendapatan baharu.”

“Awan Peribadi AT&T adalah penting untuk menyediakan kepada pelanggan kami cara untuk menyimpan, memindah dan akses kandungan peribadi mereka menerusi peranti mudah alih,” kata Kevin Petersen, SVP Pemasaran Produk Wayarles. “Penyelesaian Synchronoss memberi kita keupayaan untuk menyepadukan manfaat ini ke dalam perkhidmatan kita sendiri – satu manfaat besar untuk kedua-dua pelanggan, yang lebih gemar mengurus perkhidmatan mereka secara digital dan untuk AT&T dengan manfaat daripada kepuasan pelanggan yang meningkat.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan laman web Synchronoss pada https://synchronoss.com/solutions/cloud/

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.
Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di www.synchronoss.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13174

Wednesday, March 11, 2020

GCP APPLIED TECHNOLOGIES MENANDATANGANI URUS JANJI VERIFI® DENGAN INOVATOR TEKNOLOGI KONKRIT SINGAPURA PAN-UNITED CONCRETE PTE. LTD.

Meluaskan kedudukan global VERIFI® dalam sistem pengurusan konkrit dalam transit menerusi kerjasama dengan pembekal konkrit dan simen terbesar Singapura

CAMBRIDGE, Mass., 11 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 GCP Applied Technologies Inc. (NYSE: GCP), pembekal terkemuka dunia dalam teknologi produk pembinaan, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai perjanjian dengan Pan-United Concrete Pte. Ltd., sebuah anak syarikat milik penuh Pan-United Corporation Ltd yang tersenarai di Singapura., pembekal konkrit dan simen terbesar di negara itu. Perjanjian itu melaksanakan sistem pengurusan konkrit dalam transit GCP iaitu VERIFI® untuk digunakan dalam lebih 300 armada trak pencampur konkrit milik Pan United dalam pasaran Singapura.

“Perjanjian kami dengan Pan-United merupakan langkah penting dalam meluaskan capaian global VERIFI® kami dalam sistem pengurusan konkrit dalam transit dan mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran Asia Pasifik,” kata Dr. Boudewijn Van Lent, EVP GCP bagi Specialty Construction Chemicals. "Pan-United merupakan pemimpin global dan inovator teknologi konkrit yang terbukti dan kami berbesar hati untuk bekerjasama dan terus meningkatkan kualiti, kekonsistenan dan kecekapan cara konkrit dihantar."

Sistem pengurusan konkrit dalam transit VERIFI® menyediakan penyeliaan dan kawalan proses berautomasi yang canggih semasa transit dari loji konkrit sedia bancuh ke tapak kerja menggunakan penderia yang dipasang pada trak pencampur konkrit untuk menyelia, mengukur dan mengurus sifat konkrit yang dalam transit. Sistem VERIFI® menawarkan kawalan kualiti konkrit tahap baharu dan membantu untuk meningkatkan kekonsistenan produk dari satu trak ke seterusnya untuk mengurangkan bebanan yang ditolak, meningkatkan kecekapan tapak kerja dan meminimumkan kelewatan projek yang memakan kos. Di samping itu, teknologi itu menawarkan beberapa manfaat alam sekitar termasuk potensi untuk penggunaan simen yang kurang dan sisa yang berkurangan dan juga kecekapan bahan api yang meningkat.

"Sistem VERIFI® merupakan inovasi baharu dalam industri pembinaan. Sistem ini menetapkan standard yang lebih tinggi untuk kualiti, pengurusan kebolehkerjaan dan kekonsistenan untuk kualiti konkrit. Ini juga meningkatkan produktiviti operasi kami dan menunjukkan komitmen kami kepada kemampanan,” kata En. Ken Loh, Ketua Pegawai Operasi Pan-United Corporation Ltd. "Pan-United teruja untuk meluaskan penggunaan sistem VERIFI® dalam armada kami. Ini merupakan langkah penting untuk menerajui cara untuk memacu inovasi lebih mendalam ke dalam industri konkrit, sementara meningkatkan kecekapan dan menyediakan penyelesaian mampan kepada pelanggan kami,” tambah En. Loh.

Perihal GCP Applied Technologies
GCP merupakan pembekal terkemuka dunia untuk teknologi produk pembinaan termasuklah bahan campur tambah dan bahan tambahan untuk konkrit dan simen, sistem pengurusan konkrit dalam transit VERIFI® , produk pengalisan air berprestasi tinggi dan produk pembinaan istimewa. Produk GCP telah digunakan untuk membina beberapa struktur terkenal di dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.gcpat.com.

Hubungan Pelabur
Joseph DeCristofaro
T +1 617.498.2616
investors@gcpat.com

Pengumuman ini mengandungi “pernyataan prospektif,” dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934 dan Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan prospektif boleh dikenal pasti dengan konteks pernyataan tersebut dan secara umumnya timbul apabila GCP atau pengurusannya membincangkan kepercayaan, anggaran atau jangkaannya. Pernyataan seperti itu secara umumnya mengandungi perkataan “percaya,” “merancang,” “bercadang,” “menyasarkan,” “akan,” “menjangkakan,” “menganggarkan,” “mencadangkan,” “mengagak,” “pandangan,” “meneruskan,” atau ungkapan yang serupa. Pernyataan ini bukan fakta sejarah atau jaminan prestasi masa depan tetapi hanyalah mewakili kepercayaan GCP dan pengurusannya pada masa pernyataan itu dibuat berkenaan perkara masa depan yang tertakluk pada risiko, ketidaktentuan dan faktor lain tertentu, yang kebanyakannya di luar kawalan GCP. Hasil dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau diramalkan dalam pernyataan prospektif berikut. Pernyataan prospektif termasuklah, tanpa had, pernyataan tentang kedudukan kewangan yang dijangka; hasil operasi; aliran tunai; rancangan pembiayaan; strategi perniagaan; rancangan operasi; alternatif strategik; modal dan perbelanjaan lain; kedudukan daya saing; peluang pertumbuhan untuk produk sedia ada; manfaat daripada teknologi baharu dan inisiatif pengurangan kos, rancangan dan objektif; dan pasaran untuk sekuriti. Seperti perniagaan lain, kami tertakluk pada risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding unjuran kami atau yang boleh menyebabkan pernyataan prospektif lain terbukti adalah salah. Faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif atau yang boleh menyebabkan pernyataan prospektif terbukti salah, termasuklah, tanpa had, risiko berkaitan: sifat kitaran dan bermusim industri yang GCP berikan khidmat; operasi luar, terutamanya di rantau yang memuncul; perubahan dalam kadar pertukaran mata wang; kos dan ketersediaan bahan mentah dan tenaga; keberkesanan penyelidikan dan pembangunan GCP, pengenalan produk baharu dan pelaburan pertumbuhan; pemerolehan dan divestitur aset dan keuntungan dan kerugian daripada disposisi; pembangunan yang menjejaskan kecairan dan keberhutangan tertunggak GCP, termasuk perjanjian hutang dan pendedahan kadar faedah; pembangunan menjejaskan kewajipan pencen GCP yang dibiaya dan tidak dibiaya, jaminan dan tuntutan liabiliti produk; prosiding perundangan; ketidakmampuan untuk mewujudkan atau mengekalkan hubungan perniagaan tertentu dan hubungan dengan pelanggan dan pembekal atau ketidakmampuan untuk mengekalkan pegawai penting; pengurusan bahan berbahaya dan kos pematuhan kepada peraturan alam sekitar; kejadian cuaca melampau dan bencana alam. Faktor di atas dan faktor lain dikenal pasti dan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam Laporan Tahunan GCP pada Borang 10-K, yang telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran A.S. dan boleh didapati dalam talian pada www.sec.gov dan laporan suku tahunan yang terkemudian. Pembaca diperingat untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar pada unjuran dan pernyataan prospektif GCP yang lain, yang hanya merupakan gambaran mulai tarikh ini. GCP tidak mempunyai kewajipan untuk menyiarkan kepada awam sebarang semakan semula terhadap unjuran dan pernyataan prospektif lain yang terkandung dalam pengumuman ini atau untuk memaklumkan mereka melihat semula acara atau keadaan yang berlaku selepas tarikh pengumuman ini.

Sumber: GCP Applied Technologies Inc.