Thursday, February 6, 2020

ZYNGA MENGUMUMKAN KEPUTUSAN KEWANGAN SUKU KEEMPAT DAN TAHUN SEPENUHNYA 2019

Melaporkan Perolehan Suku Tahun dan Tahunan dan Tempahan Paling Tinggi dalam Sejarah Zynga

Aliran Tunai Pengendalian Tahunan Terbaik sejak tahun 2011 sebanyak $263 Juta, meningkat 56% tahun ke tahun

Pelaksanaan Kukuh pada tahun 2019 Menyediakan Momentum untuk Pertumbuhan Berterusan pada tahun 2020


SAN FRANCISCO, 6 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan bagi suku keempat dan tahun sepenuhnya mereka yang berakhir pada 31 Disember, 2019 dengan menyiarkan Surat Perolehan Suku Tahunan Q4 2019 pengurusan kepada laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Perolehan Suku Tahunan yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results untuk mengakses surat tersebut.

“Prestasi Q4 kami yang kukuh telah mengakhiri tahun yang cemerlang untuk Zynga. Perkhidmatan langsung merupakan asas bagi strategi pertumbuhan pelbagai tahun kami dan merupakan pemacu utama bagi pendapatan dan tempahan tahunan kami yang paling tinggi pernah dicapai,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Momentum kami pada tahun 2019 telah menempatkan kami bagi pertumbuhan yang berterusan pada tahun 2020. Kami menjangka untuk meningkatkan portfolio perkhidmatan langsung kami dari lima kepada enam francais kekal dan mempunyai potensi untuk melancarkan tajuk-tajuk baharu pada separuh kedua tahun ini. Untuk mempercepatkan pertumbuhan, kami melihat lebih banyak peluang untuk memperoleh pasukan-pasukan dan francais berbakat di seluruh dunia.”

Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 1:30 tengah hari Waktu Pasifik (4:30 petang Waktu Timur) pada hari ini untuk membincangkan keputusan syarikat itu. Soalan-soalan boleh dikemukakan pada panggilan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak soalan yang mungkin.

Panggilan persidangan itu boleh diakses di http://investor.zynga.com  – satu ulangan rakaman akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan berkenaan – atau melalui nombor mendail persidangan di bawah:
  • Nombor Mendail Bebas Tol: (800) 537-0745
  • Nombor Mendail Antarabangsa: (253) 237-1142
  • ID Persidangan: 7576703
Maklumat mengenai Zynga Inc.

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan, yang berkaitan dengan, antara lain, pertumbuhan syarikat dan pelancaran tajuk-tajuk baharu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali merangkumi perkataan seperti “pandangan,” “unjuran,” “dirancang,” “bercadang,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan-kenyataan dalam bentuk kala kelak yang umumnya berpandangan ke hadapan. Pencapaian atau kejayaan perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu melibatkan risiko, ketidakpastian, dan tanggapan yang signifikan. Kebergantungan berlebihan tidak seharusnya diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada kami pada tarikh tersebut. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut tentang risiko, ketidakpastian, dan tanggapan ini adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (“SEC”), dan salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di  http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Nota Editor

Untuk memuat turun rakaman bahagian filem B-roll Zynga dan visual penting bagi permainan itu, sila layari: http://bit.ly/ZyngaQ42019

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52167957/en

Hubungi

Perhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Media:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com

Sumber : Zynga Inc.

WELL MENCATAT PENCAPAIAN PENTING GLOBAL YANG UTAMA DENGAN MENYOKONG RAKYAT YANG LEBIH SIHAT DAN BANGUNAN YANG LEBIH BAIK

Lebih daripada setengah bilion kaki persegi bagi projek menggunakan WELL di hampir 60 buah negara


NEW YORK, 6 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- International WELL Building Institute  (IWBI) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melepasi petanda 500 juta kaki persegi bagi bangunan yang didaftar dan disahkan di bawah Standard WELL Building (WELL). Pencapaian penting itu dengan pantas mengikuti  pengumuman awal bulan ini bahawa bilangan Profesional Bertauliah (AP) dan pendaftar WELL telah melebihi 10,000, bukti selanjutnya mengenai pertumbuhan pesat bagi pergerakan global untuk membantu orang ramai berkembang melalui bangunan dan komuniti yang lebih baik dan organisasi yang lebih mantap.

“Dengan lebih daripada 4,000 projek di hampir 60 buah negara dan merangkumi semua jenis ruang - pejabat, sekolah, hotel, kediaman dan lebih banyak lagi – ia adalah jelas bahawa gelombang kedua ini bagi kemampanan telah mengumpulkan momentum yang mantap,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif IWBI, Rick Fedrizzi. “Untuk mencapai setengah bilion kaki persegi ruang dengan menggunakan WELL adalah untuk memberi kesan yang positif kepada kesihatan dan kesejahteraan lebih ramai orang di lebih banyak tempat dan untuk benar-benar mengubah naratif tentang bagaimana kita merancang dan mengendalikan ruang di mana kita menghabiskan masa kita.

“Begitu banyak kejayaan WELL adalah disebabkan oleh WELL AP dan Fakulti WELL kami, sebuah komuniti yang aktif dan berkembang yang membawa pendidikan tentang WELL kepada rakan sekerja dan pelanggan di seluruh dunia,” kata beliau. “Bersama dengan jangkauan pasaran dari lebih 130 ahli organisasi kami, gabungan kepimpinan ini telah memainkan satu peranan penting di dalam perjalanan IWBI ke arah transformasi pasaran, sesuatu yang meletakkan orang ramai yang kita peduli berada di tengah-tengah bagi setiap keputusan yang kita buat.”

Sepanjang tahun 2019, hampir empat kali ganda lebih banyak projek baharu didaftarkan untuk mengejar WELL seperti mana pada sepanjang tahun 2018.

“Separuh jalan kepada satu bilion adalah satu perkara, tetapi apa yang benar-benar luar biasa adalah kadar penerimaan,” kata Rachel Gutter, Presiden bagi IWBI. “WELL memasuki pasaran itu pada tahun 2014, dan ia mengambil masa kira-kira empat tahun untuk mencapai 250 juta kaki persegi, tetapi ia hanya mengambil masa satu tahun untuk menggandakannya kepada setengah bilion. Walaupun ia merupakan satu petanda pasaran yang kuat, ia benar-benar mencerminkan kebangkitan yang tidak dapat dipercayai bagi sebuah komuniti yang berdedikasi di seluruh dunia yang komited untuk melabur di dalam kesihatan.”

Untuk membina di atas pertumbuhan dan momentum ini, IWBI juga telah memanfaatkan peluang-peluang perkongsian baharu bagi mencapai keutamaan pasaran dan memberi manfaat kepada menyampaikan bangunan yang lebih baik.

“Kami sedang memupuk satu pergerakan global untuk mengubah secara radikal bagaimana kami menyampaikan janji berhubung bangunan yang lebih baik yang membantu semua orang berkembang,” kata Gutter. “Kami tahu kami tidak boleh melakukannya secara bersendirian. Itulah sebabnya pada tahun lepas kami telah mengumumkan satu perkongsian dengan Enterprise Community Partners  untuk merentangi kemampanan dan kesihatan dengan mengintegrasikan WELL dengan Enterprise 2020 Green Communities Criteria, yang merupakan standard bangunan terkemuka bagi pembinaan rumah hijau mampu milik di seluruh negara.” Pada masa ini 27 negeri dan Washington D.C. memerlukan atau memberi insentif kepada pensijilan Enterprise Green Communities untuk pembangunan perumahan mampu milik yang menerima dana awam. Bermula pada Oktober projek-projek yang memenuhi keperluan ini akan juga disahkan kepada WELL.

“Ketika kita terus merentasi setiap dimensi, ia menjadi lebih penting dari sebelumnya agar  kita mencari satu tempat dan masa bagi komuniti kita untuk mengalami kuasa bagi pergerakan ini,” kata Fedrizzi. “Itulah sebabnya dalam masa dua bulan yang singkat ini, kita akan mengadakan pertemuan di Scottsdale, Arizona, untuk pelancaran Persidangan WELL, satu perhimpunan yang direka untuk memberi inspirasi, memberi tenaga dan meraikan orang ramai dan organisasi yang membantu kita mengubah dunia.”

Dengan kerjasama Persatuan Pereka Dalaman Amerika (ASID) dan Emerald Expositions (Emerald), Persidangan WELL itu akan menyatukan komuniti seni bina, reka bentuk dan kejuruteraan, bersama dengan pemaju hartanah, pegawai korporat, pengamal kesihatan awam dan syarikat-syarikat teknologi. Berpusat kepada idea bahawa bangunan dan komuniti kita adalah asas kepada kesihatan dan kesejahteraan kita, acara ini akan menyatukan pelbagai perwakilan bagi industri dan sektor di sekitar satu misi bersama.

“Memandangkan kejayaan yang hebat ini dicapai hanya dalam tempoh lima tahun sejak WELL dilancarkan buat pertama kali, kami sangat teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada dekad baharu ini,” kata Fedrizzi. “Setiap projek baharu, WELL AP, Fakulti WELL  dan anggota IWBI membantu kami mengambil lebih banyak langkah ke hadapan dalam perjalanan ini. Dan apabila misi itu adalah untuk meningkatkan kesihatan orang ramai, setiap peristiwa penting itu patut diraikan.”

Maklumat mengenai International WELL Building Institute

International WELL Building Institute (IWBI) sedang mengetuai pergerakan global untuk mengubah bangunan, komuniti dan organisasi kita dalam cara yang membantu orang ramai untuk berkembang. WELL v2 adalah versi terbaharu bagi Standard WELL Building mereka yang popular, dan perintis Standard Komuniti WELL adalah sebuah sistem penarafan skala daerah yang menetapkan satu penanda aras global yang baharu untuk komuniti yang sihat. WELL ditumpukan secara eksklusif kepada cara-cara bangunan dan komuniti, dan segala-gala di dalamnya, boleh meningkatkan keselesaan kita, mendorong membuat pilihan yang lebih baik, dan secara amnya meningkatkan, tidak menjejaskan, kesihatan dan kesejahteraan kita. IWBI menggerakkan kesejahteraan komuniti melalui pengurusan tauliah WELL AP, mengejar penyelidikan yang sesuai, pembangunan bagi sumber pendidikan, dan memberi sokongan terhadap dasar yang menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan di mana sahaja. IWBI adalah peserta bagi Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, inisiatif kewarganegaraan korporat terbesar di dunia, dan membantu syarikat-syarikat memajukan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB melalui penggunaan WELL. Maklumat lanjut mengenai WELL boleh diperolehi di sini.

International WELL Building Institute, IWBI, Standard WELL Building, WELL v2, WELL Certified, WELL AP, WELL, WELL Portfolio, Persidangan WELL, Standard Komuniti WELL dan lain-lain, dan logo-logo mereka yang berkaitan adalah tanda dagangan atau tanda pengesahan bagi International WELL Building Institute pbc di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200205005927/en/

Hubungi

Yan Tai
646.827.2955
media@wellcertified.com

Sumber : International WELL Building Institute

Wednesday, February 5, 2020

BLACK HAT ASIA 2020 AKAN MENDEDAHKAN KERENTANAN YANG MENJEJASKAN PENGAWAL INDUSTRI, TEKNOLOGI WI-FI, PERISIAN ANDROID & BANYAK LAGI

Acara keselamatan maklumat terkenal kembali ke Marina Bay Sands di Singapura pada 31 Mac – 3 April, 2020

SAN FRANCISCO, 4 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Black Hat, peneraju utama dalam penganjuran acara keselamatan maklumat, hari ini mengumumkan sorotan Taklimat untuk acara Black Hat Asia akan datang, yang berlangsung pada 31 Mac - 3 April di Marina Bay Sands di Singapura. Black Hat Asia menawarkan program yang menarik dengan Taklimat berdasarkan penyelidikan, Latihan praktikal, Dewan Perniagaan yang menampilkan penyelesaian utama, dan koleksi program khas yang merentasi semua tahap keselamatan maklumat.

Sorotan program Black Hat Asia 2020 merangkumi:
 
• Pengawal industri penggodaman, dengan ucapan dan demonstrasi langsung cara penyerang boleh mengambil alih keseluruhan kilang dengan memancarkan paket tunggal yang akan mengeksploitasi kerentanan URGENT/11.
 
• Kerentanan ditemui dalam teknologi Wi-Fi, merangkumi penyelidik yang mengenal pasti kelemahan sekuriti dalam set cip Wi-Fi yang ditemui dalam peranti popular daripada Apple, Samsung, Amazon, dan banyak lagi. Taklimat lain akan berfokus pada kerentanan pemacu Wi-Fi sebelum pengesahan kata laluan dan akan mempamerkan alat ujian kekaburan untuk menemukan kerentanan ini secara automatik.
 
• Penggodaman Android, termasuklah kerentanan dalam rangka kerja aplikasi dalam segera Android yang boleh menyebabkan pembocoran maklumat sensitif, kecurian identiti, dan pengambilalihan akaun; dan kerentanan dalam telefon pintar berdasarkan Android yang membenarkan penyerang menangkap gambar dan merakam video tanpa dikesan oleh mangsa.
 
• Mengetahui dengan lebih lanjut tentang ZombieLoad, serangan jenis Kehancuran yang membocorkan data merentasi berbilang sempadan kelayakan seperti proses, kernel, SGX, bebenanghiper, malah merentasi mesin maya. Serangan ini boleh dilekapkan tanpa sebarang interaksi pengguna daripada aplikasi yang tiada kelayakan.
 
• Selami dengan lebih lanjut tentang privasi, yang meneroka pelbagai jenis data biometrik, penggunaan data ini oleh kerajaan dan organisasi persendirian, dan sama ada pengumpulan data dilindungi oleh undang-undang privasi dalam rantau APAC.
 
Untuk melihat barisan program 2020 semasa dan abstrak pembentangan, lawati blackhat.com/asia-20/briefings/schedule/index.html

Persidangan Eksekutif Black Hat Asia 2020 
Disebabkan permintaan yang tinggi, Black Hat membawa semula Persidangan Eksekutif kembali ke Asia. Pada Rabu, 1 April, eksekutif keselamatan yang terkenal di Asia akan menghadiri acara yang disasarkan pada pemimpin keselamatan dan pemikir masa hadapan. Peserta akan mendengar ucapan daripada pakar industri yang membantu dalam membentuk generasi seterusnya bagi strategi keselamatan maklumat. Persidangan Eksekutif mengikuti Chatham House Rule dalam usaha untuk memupuk persekitaran terbuka dan bekerjasama. Untuk maklumat lanjut, lawati: https://www.blackhat.com/asia-20/executive-summit.html

Kursus Gaya Kelas - Latihan Black Hat
Sebelum Taklimat, Black Hat Asia akan menawarkan kursus Latihan yang amat teknikal dan praktikal selama empat hari yang dibimbing oleh minda tercerdik dalam industri. Latihan tahun ini akan meliputi topik yang merangkumi analisis perisian hasad, ujian penembusan, dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut tentang barisan program, lawati: blackhat.com/asia-20/training/schedule/

Demonstrasi Langsung – Black Hat Arsenal
Black Hat Arsenal akan kembali ke Singapura dengan alat yang amat popularnya dan kawasan demo, mempamerkan pembangunan popular daripada komuniti sumber terbuka. Untuk maklumat tentang Arsenal dan untuk mengetahui alat yang telah dipilih tahun ini, lawati: blackhat.com/asia-20/arsenal/schedule/index.html

Penaja Black Hat Asia
Penaja utama Black Hat Asia 2020 merangkumi Penaja Berlian: Infoblox, Qualys; Penaja Platinum: KnowBe4; dan Penaja Emas: Facebook, Jacobs, Mimecast, Recorded Future

Tarikh dan Acara Black Hat Akan Datang
 
• Black Hat USA 2020, Las Vegas, NV, 1-6 Ogos
• Black Hat Europe 2020, London, England, 9-12 November
 
Perihal Black Hat
Untuk lebih daripada 20 tahun, Black Hat telah menyediakan peserta dengan maklumat yang paling terkini dalam penyelidikan, pembangunan, dan trend keselamatan maklumat. Acara dan latihan global berprofil tinggi ini dipacu oleh keperluan untuk komuniti keselamatan, usaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri. Black Hat menginspirasikan profesional di semua tahap kerjaya, menggalakkan pertumbuhan dan kerjasama antara persekitaran akademik, penyelidik kelas dunia, dan pemimpin dalam sektor awam dan persendirian. Taklimat dan Latihan Black Hat dianjurkan setiap tahun di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di: blackhat.com. Black Hat dibawakan kepada anda oleh Informa Tech.

Perihal Informa Tech
Informa Tech merupakan penyedia peneraju pasaran bagi penyelidik, media, latihan dan acara bersepadu kepada komuniti Teknologi global. Kami merupakan perniagaan antarabangsa bagi lebih daripada 600 rakan sekerja, beroperasi di lebih daripada 20 pasaran. Matlamat kami adalah untuk menginspirasikan komuniti Teknologi untuk mereka bentuk, membina dan menjalankan dunia digital yang lebih baik melalui jenama penyelidikan, media, latihan dan acara yang memaklumkan, mendidik dan menghubungkan. Lebih 7,000 profesional melanggan penyelidikan kami, dengan 225,000 perwakilan yang menghadiri acara kami dan lebih 18,000 pelajar yang menyertai program latihan kami setiap tahun dan lebih 4 juta orang yang melawat komuniti digital kami setiap bulan. Ketahui lebih lanjut tentang Informa Tech.

Orang Hubungan Media:
Heather Donner
PR Black Hat
Heather.Donner@informa.com

SUMBER: Black Hat Asia
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13036

Tuesday, February 4, 2020

"HAFH" - PERKHIDMATAN JEPUN SECARA RASMI BEKERJASAMA DENGAN DUA JENAMA MALAYSIA

NAGASAKI, Jepun, 3 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- KabuK Style Co., Ltd. (Jepun) mengumumkan kerjasama dengan dua jenama yang berpusat di Malaysia, syarikat pelancongan kumpulan Apple Vacation  dan Hotel Le Apple Boutique, untuk mewujudkan ruang bekerja bersama dan hidup bersama sejak 1 Januari, 2020. Syarikat-syarikat ini berharap untuk meningkatkan aktiviti tempatan ini dan membawa manfaat di dalam dan di luar negara-negara ini.

Tujuan kerjasama

Baru-baru ini, HafH yang mengendalikan ruang hidup bersama dan bekerja bersama di Jepun telah dikembangkan ke Eropah dan Amerika. Dengan bekerjasama ke atas kemudahan di Hotel Le Apple Boutique dan sistem HafH, syarikat-syarikat ini berharap dapat mewujudkan cawangan baharu di Malaysia. Selain itu, HafH telah membangunkan kemudahan berangkai di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana HafH secara langsung menguruskan kemudahan itu, dengan bandar raya lain termasuk Melaka, Ipoh, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Melalui kerjasama ini, KabuK berharap dapat meningkatkan pengembangan itu ke arah Asia dan dunia.

Kumpulan Apple Vacation

Pada tahun 1996, Kumpulan Apple Vacation telah diasaskan oleh Lee Ee Hoe dan Koh Yock. Pada tahun 2013, ia menjadi cemerlang bagi menjadi syarikat pelancongan Malaysia yang pertama untuk mendapat hadiah dari Pentadbiran Kebangsaan Pelancongan Jepun. Tambahan pula, Maharaja Jepun telah mendapat pingat Asahi Nishi pada Jun, 2014 di atas usaha beliau menyebarkan budaya Jepun kepada rakyat Malaysia.

Penubuhan Cawangan di Masa Hadapan

Ia mengambil masa tiga minit untuk berjalan kaki dari pusat beli-belah di Kuala Lumpur ke cawangan ini. Syarikat itu sedang berusaha mencari premis, termasuk di bumbung, ruang bekerja bersama pada Mac 2020.

Pada masa akan datang, ia akan meluaskan cawangan-cawangan secara menyeluruh di Malaysia dengan menggunakan kemudahan yang tersedia di Hotel Le Apple Boutique dan kemudahan rakan HafH di 15 buah negara lain.

Masa dibuka dijangka: Mac, 2020

• Apple Vacations Sdn Bhd

Nama perniagaan: Apple Vacations Sdn Bhd
Wakil: Datuk Seri Lee Ee Hoe
Ibu pejabat: Wisma Apple Tingkat 2, 3 & 4, No.42-2 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
TEL:03-2145 7878
URL:https://www.applevacations.my/web/

• HaFH

Nama perniagaan: KabuK Style Inc.
Wakil: Kenji Sunada, Ose Yoshiaki
Ibu pejabat:(Ibu Pejabat) 5-21, Furukawa-machi, Bandar raya Nagasaki, Nagasaki, Jepun
TEL:+81-95-818-8181
Tarikh penubuhan: 9 Mac, 2017
Ciri-ciri perniagaan: Ruang bekerja bersama, hidup bersama untuk disewa, perkhidmatan sehenti kafe.

Hubungi

Yuki Yokoyama
pr_asean@kabuk.com
https://hafh.com/

Sumber : KabuK Style Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13033

TACONIC BIOSCIENCES MELANCARKAN MODEL MENCIT IMUNO-ONKOLOGI YANG BAHARU

Mengembangkan dan Memperluas Penggunaan Portfolio Imuno-onkologi Taconic Biosciences

RENSSELAER, N.Y., 3 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian model haiwan penemuan ubat, mengembangkan portfolio imuno-onkologi yang utamanya dengan melancarkan model mencit B2m-NOG yang baharu.

Imuno-onkologi memanfaatkan sistem imun dalam badan untuk melawan kanser, meningkatkan keupayaan untuk menyasarkan penyakit tersebut.  Model haiwan yang digunakan dalam pembangunan teraputik termasuklah mencit khas yang memodelkan fungsi sistem imun manusia.  Portfolio imuno-onkologi Taconic dibentuk berdasarkan CIEA NOG mouse®, iaitu mencit dengan keimunokurangan yang serius melalui pelbagai penggunaan berdasarkan keupayaannya yang dipertingkat untuk bersepadu dengan sel dan tisu manusia.  B2m-NOG merupakan tambahan yang penting bagi portfolio ini kerana model ini jelasnya melanjutkan tempoh kajian selepas penyepaduan sel mononuklear darah periferi (PBMC) manusia, memberikan lebih banyak masa untuk menilai tindak balas terhadap ubat sasaran.  Tempoh kajian yang dilanjutkan sememangnya mengembangkan jenis kajian imuno-onkologi yang boleh dilakukan menggunakan model B2m-NOG berbanding dengan pilihan yang lebih mahal dan lebih memakan masa seperti model penyepaduan sel stem hematopoetik. Taconic juga menawarkan mencit B2m-NOG yang disepadukan terlebih dahulu dengan PBMC manusia.

“Taconic berada pada kedudukan yang unik untuk memberikan impak dalam penyelidikan imuno-onkologi,” ulas Dr. Michael Seiler, naib presiden produk komersial di Taconic. “Gabungan tempoh kajian dilanjutkan yang dapat dilakukan menggunakan B2m-NOG dengan rundingan pakar Taconic daripada ahli sains penggunaan lapangan tahap PhD membolehkan pelanggan kami menyepadukan alatan baharu ini ke dalam aliran kerja eksperimen mereka dengan pantas.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang portfolio model pemanusiaan daripada Taconic Biosciences, sila hubungi Taconic di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah atau e-mel info@taconic.com.

Tentang Taconic Biosciences, Inc.

Taconic Biosciences ialah peneraju utama berlesen penuh dalam model dan perkhidmatan mencit yang direka bentuk secara genetik. Ditubuhkan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik agar pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, menetapkan prasyarat, menguji dan mengagihkan model penyelidikan yang bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus yang direka bentuk secara genetik, mikrobiom, model mencit imuno-onkologi dan reka bentuk model bersepadu serta perkhidmatan pembiakan, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan mempunyai keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke banyak tempat di dunia.

Orang Hubungan Media:

Kelly Owen Grover

Pengarah Komunikasi Pemasaran

(518) 697-3824

kelly.grover@taconic.com

Sumber: Taconic Biosciences

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13031

Monday, February 3, 2020

PERMOHONAN PENDAFTARAN DENGAN MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA MENGGUNAKAN SISTEM ATAS TALIAN MEDICAL REGISTER INFORMATION AND TECHNICAL SYSTEM (MERITS)

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Adalah dimaklumkan bahawa pengamal perubatan yang ingin membuat urusan pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) adalah dinasihatkan untuk menggunapakai sistem atas talian yang baharu iaitu Medical Register Information and Technical System (MeRITS) berkuatkuasa serta-merta. Pengamal - pengamal perubatan hendaklah mendaftar dan mengaktifkan akaun masing-masing di meritsmmc.moh.gov.my bagi membolehkan mereka untuk mengakses ke dalam sistem tersebut. 

Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia (MPM) kali ke-395 yang bersidang pada 21 Januari 2020 telah memutuskan bahawa semua permohonan pendaftaran yang berkaitan dengan MPM harus dilakukan sepenuhnya melalui sistem MeRITS SAHAJA berkuatkuasa 1 MAC 2020. Permohonan secara manual yang diterima selepas tarikh tersebut tidak lagi akan diterima oleh pihak MPM.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengamal perubatan boleh menghubungi pihak sekretariat MPM melalui emel di admin.mmc@moh.gov.my atau di talian 03-26912171.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
PRESIDEN MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA

31 JANUARI 2020

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

Saturday, February 1, 2020

LHDNM TERIMA KEHADIRAN 7,352 PENGUNJUNG DI HARI BERTEMU PELANGGAN LHDNM

CYBERJAYA, 31 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke program Hari Bertemu Pelanggan LHDNM yang diadakan pada hari Rabu setiap minggu semenjak 08 Januari 2020. Sehingga kini, seramai 7,352 pelanggan telah hadir mendapatkan khidmat nasihat semasa Hari Bertemu Pelanggan LHDNM tersebut.

Hari Bertemu Pelanggan yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) ini bertujuan memudahkan urusan percukaian orang awam dan menjadi platform tambahan kepada MoF dan LHDNM untuk mendengar serta mencari penyelesaian sebarang permasalahan dan aduan berkaitan dengan cukai pendapatan sama ada daripada pembayar cukai, ejen cukai, badan-badan profesional atau para akauntan. Sebanyak 16 kaunter beroperasi pada setiap hari Rabu di Kaunter Setempat Tingkat 1, Blok 8A, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah Kaunter Pembayar Cukai Individu (sumber pendapatan penggajian dan perniagaan), Kaunter Pembayar Cukai Syarikat, Kaunter Pembayar Cukai Tidak Bermastautin (Non-Resident), Kaunter Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Kaunter Duti Setem, Kaunter Khidmat Nasihat Guaman Cukai, Kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur (PBKL),  Kaunter Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan Kaunter Khas Kementerian Kewangan (MoF).

Dengan kehadiran pegawai kanan dari Pejabat Menteri Kewangan dan LHDNM di Hari Bertemu Pelanggan ini, adalah diharap segala permasalahan pembayar cukai dan orang ramai berhubung isu-isu percukaian langsung dapat diselesaikan dengan lebih mudah, cepat dan mengikut saluran yang tepat serta dalam masa yang sama mengeratkan lagi hubungan pembayar cukai dan LHDNM demi kemakmuran negara.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13029