Thursday, August 1, 2019

PAMERAN MAKANAN TAIWAN SATU BANDAR SATU PRODUK AKAN DIMULAKAN DI MALAYSIA




Pameran makanan Taiwan Satu Bandar Satu Produk (OTOP) akan berlangsung dari 6 hingga 12 Ogos di Sunway Velocity Mall, Cheras di Kuala Lumpur. (Foto: Business Wire)


TAIPEI, Taiwan, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran makanan Taiwan Satu Bandar Satu Produk (OTOP), yang menampilkan produk-produk yang unik di kesemua 368 perbandaran dan bandar raya di seluruh Taiwan, akan diadakan sekali lagi di Kuala Lumpur, Malaysia dan acara tahun ini akan berlangsung dari 6 hingga 12 Ogos di Sunway Velocity Mall di Cheras.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190731006136/en/

Acara itu, yang berbetulan dengan Festival Qixi, yang juga dikenali sebagai Hari Valentine China, akan menampilkan barangan makanan dan produk isi rumah terkini yang dibawa oleh beberapa pengeluar Taiwan.

Program itu, yang dirancang untuk mempromosikan sejarah, budaya dan pencapaian industri Taiwan, bertujuan untuk meningkatkan ketampakan dan daya saing produk di seluruh dunia. OTOP telah berjaya membantu produk-produk buatan Taiwan menembusi pasaran di Hong Kong, Singapura dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 2018, syarikat makanan yang berpangkalan di Malaysia, Jimrosa Sdn Bhd telah memperkenalkan OTOP ke Malaysia dengan membuka kedai OTOP yang pertama di Sunway Velocity.

Pameran makanan OTOP pada tahun ini yang bertemakan “Takdir Saya dengan Taiwan” akan mengadakan satu siri aktiviti yang menarik seperti pembuatan agar-agar osmanthus dan akan mempamerkan produk-produk buatan Taiwan seperti penutup muka tanah liat, tuala kecantikan mikron, penggoda kucing, pembesar suara mudah alih untuk telefon bimbit, cermin mata terkutub bersama-sama dengan kraftangan buatan tangan yang berbentuk burung hantu.

Pengunjung akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama tiket perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Taipei semasa acara tujuh hari itu.

Sementara itu, tujuh pempamer dari Taiwan akan memperkenalkan produk terkemuka mereka seperti sirap osmanthus dan penutup muka tanah liat dari Taiwan Hand Gift, mi goreng segera Q dari Little Couples, biskut manis Hwa Jen, snek diperbuat daripada  cendawan dari San Yan Food, keropok dan bubur berperisa cendawan dari Luyao Ecology Mushrooms, tuala kecantikan mikron dari 3Q MAGI, keropok berperisa telur asin dari Mincher, halwa ikan dari Wei-i dan Mom’s Kitchen, telur asin dari Fu Ji serta keropok rumpai laut dari Jia Tien.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/OTOPMY/ atau hubungi penganjur Jimrosa di talian: 03-8940 8330.

Maklumat mengenai Taiwan OTOP

OTOP (Satu Bandar Satu Produk) itu, satu inisiatif di seluruh dunia telah dilancarkan pada tahun 1989 oleh Pentadbiran Perusahaan Kecil dan Sederhana di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan sebagai satu platform untuk mempromosikan produk-produk yang unik di kesemua 368 perbandaran, bandar raya, dan daerah perbandaran di seluruh Taiwan dengan memperkenalkan kepakaran, sejarah dan budaya mereka.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190731006136/en/

Hubungi

Cik Tio Sze Yuen +603-8023 7798
E-mel: yuen@bizfinmag.com

Sumber : Taiwan OTOP

POD GELUNGHIPER YANG INOVATIF AKAN DIBAWA DALAM JERAYAWARA MERENTASI AMERIKA

Jerayawara Kebangsaan Akan Singgah di Columbus, Arlington, Kansas City, dan Bandar Lain Sepanjang Beberapa Bulan
 
LOS ANGELES, 1 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Virgin Hyperloop One (VHO), hari ini telah mengumumkan jerayawara A.S. yang pertama seumpamanya untuk membawakan pod gelunghiper XP-1 kepada komuniti merentasi Amerika Syarikat dan memulakan dialog tentang pengaruh bentuk pengangkutan baharu ini.
 
“Apabila delegasi kerajaan dan pelabur mengunjungi tapak ujian kami, melihat teknologi dengan sendiri menjadikannya realiti untuk mereka.Bukan semua orang boleh datang ke padang pasir Nevada, jadi kami akan membawakan teknologi kami kepada rakyat – rakyat Amerika yang akan menaiki bentuk pengangkutan baharu ini dalam tempoh sedekad,” kata Jay Walder, CEO Virgin Hyperloop One.
 
Pada 11 Mei, 2017, XP-1 telah melengkapkan ujian gelunghiper sistem penuh pertama di dunia – yang digelar detik “Kitty Hawk” oleh VHO.Ini ialah kali pertama mana-mana syarikat telah menyepadukan semua komponen gelunghiper termasuklah motor kecekapan tinggi, elektronik kuasa, pengapungan magnet, sistem pengepam vakum dan kenderaan aerodinamik sebagai sistem disatukan tunggal.Semasa pengujian, XP-1 menetapkan rekod kelajuan gelunghiper skala penuh 240 batu sejam pada landasan yang hanya 550 ela.
 
Jerayawara kebangsaan bermula sementara negeri dan bandar di seluruh dunia yang menyedari manfaat sosioekonomi yang penting bagi penggunaan awal bersaing untuk menjadi lokasi pertama untuk melaksanakan teknologi gelunghiper.Sembilan negeri sedang menerokai teknologi dan kerajaan persekutuan telah mewujudkan Non-Traditional and Emerging Transportation Technology (NETT) untuk memajukan keselamatan dan pensijilan kawal selia.
 
Jerayawara akan memberikan peluang kepada komuniti tempatan untuk melihat sendiri pod ujian bersejarah tersebut dan mengetahui lebih lanjut tentang kemajuan negeri mereka dalam menjadikan gelunghiper kenyataan dalam masa beberapa tahun.Berikut ialah hentian yang dijadualkan berserta laluan jerayawara kebangsaan:
 
COLUMBUS, OHIO: 4 Ogos, 2019

Hentian pertama ialah di Columbus, Ohio pada Ahad, 4hb Ogos.VHO telah bekerjasama dengan Center of Science and Industry (COSI) dan Mid-Ohio Regional Planning Commission (MORPC) untuk menganjurkan hari khidmat masyarakat STEM – menampilkan kenderaan XP-1 dan berkaitan gelunghiper, aktiviti amali untuk semua peringkat umur. Acara ini adalah percuma dan dibuka kepada orang awam dari 10:00 AM – 5:00 PM di COSI (333 West Broad St. Columbus, OH 43215).
 
Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pengangkutan Kelajuan Pantas, Mid-Ohio Regional Planning Commission sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi teknologi gelunghiper di sepanjang koridor Chicago-Columbus-Pittsburgh, diikuti dengan komponen bagi pernyataan impak persekitaran di laluan yang sama.

“Kami teruja untuk mengalu-alukan CEO Virgin Hyperloop One Jay Walder dan pasukan beliau ke Columbus. Sejak dinamakan pemenang Cabaran Global Hyperloop One pada tahun 2017, kami bangga untuk bekerja dengan VHO dalam memajukan koridor ‘Midwest Connect’ kami,” kata William Murdock, pengarah eksekutif Mid-Ohio Regional Planning Commission.“Mempamerkan VHO dan pod XP-1 di Columbus sebagai hentian pertama di jerayawara A.S. menawarkan peluang untuk perniagaan kami, pemimpin komuniti dan penduduk untuk mengetahui impak teknologi yang semakin mendapat perhatian ini terhadap kejayaan masa hadapan Ohio Tengah, dan keseluruhan Bahagian Tengah Barat.”
 
ARLINGTON, TEXAS: 8 -10 Ogos, 2019

Dari Columbus, VHO akan menghala ke Arlington, Texas, di situ mereka bekerjasama dengan Dallas Cowboys dan North Central Texas Council of Governments (NCTCOG) untuk memperkenalkan XP-1 di Stadium AT&T, ke-4 paling besar dalam NFL.Kenderaan tersebut boleh dilihat semasa lawatan stadium yang dijadualkan di Stadium AT&T (1 AT&T Way, Arlington, TX 76011). Pastikan anda mendapatkan tiket anda di sini.
 
Daerah Dallas-Fort Worth telah memfokuskan programnya pada pelajar dari semua peringkat umur yang berminat terhadap kerjaya dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).Stadium akan dibuka pada 9hb Ogos dari 2:30 hingga 4:00 PM untuk acara jemputan sahaja yang menampilkan pelajar dari kawasan daerah sekolah dan kampus lain untuk demonstrasi teknologi yang berkaitan projek gelunghiper.
 
Majlis Pengangkutan Daerah Dallas-Fort Worth mengumumkan niat mereka untuk menilai teknologi gelunghiper dalam Texas.Agensi ini telah memulakan kajian kebolehlaksanaan gelunghiper bagi laluan Fort Worth ke Laredo dan kajian impak persekitaran di sepanjang koridor Dallas ke Fort Worth, yang akan merangkumi stesen Arlington dengan akses ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas Fort Worth.
 
“Daerah kita akan memperoleh 3 juta penduduk baharu dalam tempoh 25 tahun.Untuk menangani kemasukan orang ramai ini, kita perlu meneroka projek yang akan memodenkan infrastruktur pengangkutan kita.” kata Michael Morris, P.E., Pengarah Pengangkutan North Central Texas Council of Governments.“Kami sedang meneroka gelunghiper sebagai projek yang berpotensi untuk menghubungkan jutaan rakyat Texas lebih cepat, lebih pantas dan lebih cekap.”
 
KANSAS CITY,  KANSAS:14 September, 2019

Selepas hiatus pendek, jerayawara untuk XP-1 akan diteruskan.Atas usaha KC Tech Council dan firma Am Law 100 Polsinelli, XP-1 akan berada di Kansas Speedway semasa American Royal World Series of Barbecue yang terkemuka – barbeku terbesar di dunia dan parti terbesar di Kansas City!Pada 14hb September, yang lebih dikenali sebagai  “Smokin’ Saturday,” XP-1 akan dipamerkan berserta program mesra keluarga seperti muzik langsung, demo BBQ, trak makanan, pertunjukan kereta klasik, dan Cowtown Family Fun Fest.Kenderaan boleh dilihat mulai 11:00 AM di Kansas Speedway (400 Speedway Blvd, Kansas City, KS 66111).Tiket boleh ditemui di sini.
 
Susulan penyelesaian kajian kebolehlaksanaan gelunghiper pertama di A.S., Speaker Dewan Elijah Haahr mengumumkan pembentukan Panel Reben Biru yang diketuai Leftenan Gabenor Mike Kehoe, yang akan menerokai langkah seterusnya dan mekanisme pembiayaan untuk projek Gelunghiper Missouri.Panel akan melapor kembali dengan pengesyoran selewat-lewatnya September 2019.
 
“Bagi pihak Greg Kratofil, Jr. dari Polsinelli dan KC Tech Council, kami teruja untuk mengalu-alukan kenderaan gelunghiper XP-1 Virgin Hyperloop One ke bandar Kansas City kami yang hebat,” kata Ryan Weber, Presiden KC Tech Council.“Terdapat banyak keterujaan dan minat dalam teknologi ini, dan kami tahu komuniti teknologi Kansas City dan warga awam akan bersifat reseptif kepada demonstrasi dan mengetahui butiran lanjut.Kami menggalakkan kehadiran komuniti di American Royal World Series of Barbecue untuk melihat kenderaan maju ini dengan sendiri, kerana kami yakin kenderaan ini akan memainkan peranan yang penting dalam masa hadapan pengangkutan kita.”
 
Menjangkaui bandar ini, XP-1 juga akan singgah di sepanjang nusa teras - di kedai makan, hotel, muzium, taman, dewan negeri dan stadium - untuk berkongsi kemajuan dan janji teknologi gelunghiper.
 
Laluan 4,000 batu merentasi Amerika Syarikat hari ini akan mengambil masa pemanduan selama 70 jam.Dengan gelunghiper, perjalanan hanya akan mengambil masa kira-kira enam jam.
 
Tentang Virgin Hyperloop One
Virgin Hyperloop One ialah syarikat peneraju gelunghiper yang melancarkan kaedah pengangkutan awam baharu yang pertama dalam tempoh lebih 100 tahun.Syarikat ini berjaya mengendalikan kenderaan gelunghiper pada skala penuh menggunakan pendorongan elektrik dan pengapungan elektromagnet di bawah keadaan hampir vakum, merealisasikan bentuk pengangkutan baharu yang asas yang lebih pantas, lebih selamat, lebih murah dan lebih mampan berbanding bentuk sedia ada.Syarikat kini bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi dan pelabur di seluruh dunia untuk menjadikan gelunghiper realiti dalam beberapa tahun, bukan dekad.Syarikat ini mempunyai beberapa projek yang sedang berlangsung di Missouri, Texas, Colorado, North Carolina, Barat Tengah Amerika, India, KSA, dan UAE.Ketahui lebih lanjut tentang teknologi, visi dan projek yang sedang berlangsung Virgin Hyperloop One di sini.
 
Aset Media
Untuk memuat turun peta laluan dan visual resolusi tinggi bagi teknologi VHO, sila klik di sini.
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f65ae916-191c-47a1-9bae-174a5171d944/ms 
 
Orang Hubungan Media
Nicole Kolinsky
BerlinRosen
hyperloop@berlinrosen.com
+1-646-263-1527
 
Sumber: Virgin Hyperloop One
 
--BERNAMA

ZYNGA UMUM KEPUTUSAN KEWANGAN BAGI SUKU KEDUA 2019

SAN FRANCISCO, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan mereka untuk tempoh suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2019 dengan menyiarkan Surat Perolehan Suku Tahunan Q2 2019 kepada laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila lihat Surat Pendapatan Suku Tahunan yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results untuk mengakses surat itu.

Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik (5:00 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan keputusan syarikat itu. Soalan boleh ditanya semasa panggilan itu dan Zynga akan memberi respons kepada seberapa banyak soalan yang mungkin.

Panggilan persidangan itu boleh diakses di http://investor.zynga.com – satu rakaman ulangan yang akan tersedia melalui laman web itu selepas berakhirnya panggilan itu – atau melalui nombor dial masuk bagi persidangan di bawah:
  • Nombor Dail Masuk Bebas Tol: (800) 537-0745
  • Nombor Dail Masuk Antarabangsa: (253) 237-1142
  • ID Persidangan: 4977897
 
Maklumat mengenai Zynga Inc.
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Setakat ini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan di seluruh platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter dan Facebook.
 
Nota Editor
 
Untuk memuat turun bahagian filem gulung B Zynga dan seni utama bagi permainan mereka, sila layari: https://bit.ly/2IOcaej
 
Galeri Foto/Multimedia Tersedia: https://www.businesswire.com/news/home/52019898/en
 
Hubungi

Perhubungan Pelabur: 
Rebecca Lau 
Investors@zynga.com

Media: 
Sarah Ross 
Sarah@zynga.com
 
Sumber : Zynga Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

​MARY KAY INC. DINAMAKAN ANTARA MAJIKAN GLOBAL YANG PALING BEREPUTASI BAIK DALAM KAJIAN TEMPAT KERJA 2019 OLEH REPUTATION INSTITUTE

Mary Kay menduduki tempat ke-42 dalam senarai majikan kerana dedikasi mereka untuk membina satu budaya tempat kerja yang memupuk penyertaan dan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka

DALLAS, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. sangat berbangga kerana diiktiraf di dalam Kajian 100 Tempat Kerja Global 2019 oleh Reputation Institute (Ri) sebagai satu daripada majikan yang paling bereputasi baik di dunia. Mary Kay menduduki tempat ke-42 di kalangan 100 syarikat global utama dalam senarai itu.

“Reputasi kami di kalangan pekerja dan pelanggan adalah didasarkan pada asas yang diwujudkan oleh Mary Kay Ash ketika beliau memulakan syarikat impian beliau pada tahun 1963,” kata Melinda Foster Sellers, Ketua Pegawai Awam di Mary Kay Inc. “Beliau telah membayangkan sebuah syarikat yang diasaskan kepada Peraturan Keemasan yang menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik melalui tanggungjawab korporat, inovasi, amalan perniagaan beretika dan pengurusan bahawa semua orang penting — semua faktor yang menyumbang kepada kejayaan kami di dalam kajian Reputation Institute pada tahun ini. Kami berbesar hati kerana dinamakan di antara majikan yang paling bereputasi baik dari seluruh dunia pada tahun 2019.”

Dalam kajian itu, penyelidik di Reputation Institute — sebuah pembekal terkemuka bagi pengukuran reputasi dan perkhidmatan pengurusan — meninjau kepada lebih daripada 230,000 individu di 15 buah negara. Reputation Institute mengukur syarikat-syarikat berdasarkan kepada perkembangan profesional, jumlah ganjaran, persekitaran kerja, kepimpinan pasaran, produk dan tanggungjawab.

Menurut penyelidikan itu, sepanjang tahun lepas, kesediaan bekerja untuk Mary Kay telah meningkat sebanyak 6.2 peratus, peningkatan paling besar di kalangan semua syarikat yang diukur di dalam kajian Global RepTrak® 100. Mary Kay mengatasi jenama kuasa global yang lain di dalam pelbagai industri merentasi seluruh dunia.

“Mary Kay adalah sebuah bintang yang semakin meningkat naik dalam kajian reputasi —menunjukkan peningkatan terbesar dalam ‘ketersediaan untuk bekerja bagi’ kategori semua syarikat yang diukur,” kata Stephen Hahn-Griffiths, Ketua Pegawai Reputasi di Ri. “Syarikat-syarikat seperti Mary Kay sedang meraih faedah dalam membina budaya tempat kerja yang memupuk penyertaan dan pada masa yang sama menunjukkan keprihatinan terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja mereka.”

Ini adalah yang terbaharu dalam siri anugerah yang diterima oleh Mary Kay yang menonjolkan kedudukan mereka sebagai sebuah majikan pilihan di peringkat global. Anugerah lain yang diterima baru-baru ini termasuk:

• 10 Ketua Pegawai Eksekutif Global Utama: Reputation Institute menamakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif David Holl di antara 10 ketua eksekutif paling terkemuka di dunia berdasarkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif RepTrak® 2019 mereka.
• Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik 2019: Diiktiraf oleh Forbes sebagai satu daripada Majikan Bersaiz Sederhana Terbaik Amerika Syarikat 2019. Mary Kay menduduki tempat ke-97 daripada 500 syarikat di dalam senarai itu.
• Majikan Terbaik untuk Kepelbagaian 2019: Diiktiraf oleh Forbes sebagai satu daripada Majikan Terbaik untuk Kepelbagaian di Amerika Syarikat 2019. Mary Kay menduduki tempat ke-150 daripada 500 syarikat di dalam senarai itu.
• Kecemerlangan Global di Tempat Kerja: Mary Kay Sepanyol dan Mary Kay Poland memperoleh Anugerah Majikan Terbaik AON 2018, yang mengiktiraf organisasi yang menunjukkan kecemerlangan di tempat kerja. Mary Kay China dan Mary Kay Mexico mendapat penghormatan pada tahun 2017.
• Majikan Mesra Keluarga 2018: Mary Kay Hong Kong diiktiraf oleh Biro Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai sebuah majikan mesra keluarga yang utama.
• 10 Majikan Utama Pengurusan Kesihatan Perusahaan China 2018: China International Intellectech Corporation memberi pengiktirafan kepada Mary Kay China.

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 55 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit yang canggih, kosmetik warna, kewangian dan pemakanan tambahan. Melalui Mary Kay FoundationSM, syarikat itu telah menyalurkan lebih daripada $78 juta untuk penyelidikan kanser dan tempat perlindungan keganasan rumah tangga. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—  selangkah demi selangkah.

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc. 
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12391

S BLOCK DI PERSIDANGAN BLOK RANTAI APAC 2019, SYDNEY, AUSTRALIA

S BLOCK DI PERSIDANGAN BLOK RANTAI APAC 2019, SYDNEY, AUSTRALIA

MARATON PERMAINAN HUNGER HEROES GTARCADE SUDAH BERADA DI SINI

MARATON PERMAINAN HUNGER HEROES GTARCADE SUDAH BERADA DI SINI

CHENGDU MENERUSKAN USAHA MEREKA UNTUK MENJADI SEBUAH BANDAR RAYA DUNIA BAGI ACARA-ACARA SUKAN

CHENGDU MENERUSKAN USAHA MEREKA UNTUK MENJADI SEBUAH BANDAR RAYA DUNIA BAGI ACARA-ACARA SUKAN