Friday, March 22, 2019

Shahariah Shaharudin dilantik presiden baharu Saturna

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Saturna Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Saturna Capital Corporation yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) melantik Shahariah Shaharudin sebagai presiden baharunya, menggantikan Monem Salam yang kembali semula berkhidmat di pejabat Saturna di AS. 
“Kami teruja Shaha (Shahariah) akan menerajui organisasi kami di Malaysia,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Dana Saturna Capital, Monem Salam.

“Pengalaman luas beliau dalam pasaran ini akan memastikan Saturna terus berinovasi dan menjadi pemangkin bagi pelaburan Islam dan juga pelaburan mampan, yang mana dalam tempoh jangka panjang kombinasi kedua-dua pelaburan ini telah terbukti merupakan situasi sama-sama menang bagi pelabur. 

Shahariah mengulas: “Saya amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada organisasi dinamik ini dan akan meneraju Saturna Malaysia ke tahap pertumbuhan seterusnya di samping memastikan kami berada di kedudukan yang baik untuk berdepan cabaran masa depan dalam industri pengurusan aset global.” Shahariah memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam perbankan komersial, pengurusan dana dan pembrokeran saham dan pernah berkhidmat sebelum ini sebagai ketua pegawai eksekutif/pengarah eksekutif Kenanga Islamic Investors Berhad.

Di bawah penerajuannya, Kenanga Group memenangi anugerah Ekuiti Terbaik - Dana Islam Malaysia bagi Anugerah The Edge/Thompson Reuters Lipper Malaysia 2017 dan 2018.
Saturna Sdn Bhd mengkhususkan dalam perkhidmatan nasihat pelaburan patuh Syariah bagi individu dan institusi. Ia merupakan pengurus dana Islam berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bagi maklumat lanjut sila layari laman web https://www.saturna.com.my
-- BERNAMA

Thursday, March 21, 2019

ULAB SYSTEMS MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN DENTAL ASSIST UNTUK MEMPERLUASKAN PENGKOMERSIALAN BAGI PERISIAN PERANCANGAN RAWATAN DI JEPUN

REDWOOD CITY, Calif., 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- uLab Systems, pencipta bagi perisian perancangan rawatan ortodontik dalam pejabat yang berinovatif, telah mengumumkan satu perkongsian dengan Dental Assist untuk pengkomersialan di Jepun. Dental Assist adalah sebuah pengeluar terkemuka bagi pendakap gigi untuk pengilang utama bagi pakar ortodontik dan klinik pergigian di Jepun.

Charlie Wen, Presiden bagi uLab Systems menyatakan, “Dental Assist menawarkan kepada kami dengan satu peluang yang baik untuk membantu mengembangkan pasaran pendakap gigi di Jepun. Pada peringkat permulaan, Dental Assist telah menghubungi kami untuk mencari satu penyelesaian yang lebih baik untuk menskalakan output pengeluaran makmal digital mereka. Dalam hanya masa beberapa bulan, kami telah dapat meningkatkan pengeluaran mereka dengan perisian uLab. Hasil kami menguatkan nilai dan kuasa perisian uLab Systems boleh bawa kepada proses pengeluaran pendakap gigi.”

Dental Assist memberi tumpuan terutamanya kepada pembuatan pendakap gigi dan mempunyai banyak pengalaman dengan perisian perancangan pendakap gigi. Apabila Dental Assist beralih kepada uLab Systems, mereka teruja untuk mendapati sebuah perisian pendakap gigi yang berkuasa dan berintuitif. Dr. Naozumi Matsumoto, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dental Assist berkata, “Perkongsian kami dengan uLab telah membantu untuk mengubah proses pembangunan pendakap gigi kami. Perisian uLab Systems itu telah melebihi jangkaan kami dan kami berharap untuk melihat inovasi tambahan pada masa akan datang yang akan memaju dan menambahkan kecekapan kepada perkhidmatan kami.”

uLab sedang secara aktif menyiapkan diri untuk memperluaskan pelancaran mereka dengan menawarkan lesen baharu kepada pakar-pakar ortodontik pada mesyuarat tahunan Persatuan Pakar Ortodontik Amerika pada Mei. Sekiranya anda ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai uLab Systems atau berminat untuk berinteraksi dengan uLab di luar Amerika Utara, sila layari laman web www.ulabsystems.com atau hubungi kami melalui maklumat di bawah.

Maklumat mengenai uLab Systems

uLab diterajui oleh usahawan dan ahli teknologi yang komited untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti ortodontik dan pesakit mereka dengan memberi kawalan kembali kepada pakar-pakar ortodontik. uLab Systems terletak di Redwood City, CA dan ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Charlie Wen dan Amir Abolfathi.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190320005102/en/

Hubungi

Joe Breeland
Ketua Pegawai Komersial
joe@ulabsystems.com

Sumber : uLab Systems

PELANTIKAN DEBORAH KIRKHAM SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF POLE TO WIN

Dalam peranannya, Kirkham akan bertanggungjawab terhadap peningkatan berterusan syarikat, memberi tumpuan kepada bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta pemerolehan dan pengekalan pelanggan

SAN FRANCISCO, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pole To Win International, Inc. (PTW), peneraju industri permainan video dan penyumberan luar perkhidmatan teknologi hari ini mengumumkan pelantikan Cik Deborah Kirkham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat (CEO) berkuatkuasa Januari 2019. Sebelum ini, Kirkham adalah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO), jawatan yang dipegangnya selama lapan tahun. Dalam peranan barunya, Kirkham akan bertanggungjawab terhadap peningkatan syarikat yang berterusan, memberi tumpuan kepada bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), serta pemerolehan dan pengekalan pelanggan.

Pada mulanya, Kirkham menyertai e4e, kemudian dibeli oleh anak syarikat PTW, hampir 10 tahun lalu, PTW beroperasi di tiga negara dengan kurang daripada 500 pekerja di seluruh dunia. Di bawah kepimpinannya, PTW, yang mana beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, PTW telah berkembang kepada lebih 1,800 pekerja dalam 16 studio di 10 negara seluruh dunia. Dalam peranannya sebagai Presiden dan COO, syarikat ini meraikan peningkatan sebanyak dua digit tahun-ke-tahun dengan pengesanan 2019 pada kadar yang sama. Di samping itu, pada bulan Julai 2018, Kirkham menerajui penstrukturan semula korporat yang lengkap dan jenama syarikat direka semula untuk memupuk pertumbuhan positif, mengoptimumkan perhubungan pelanggan, pembela kesaksamaan jantina dan keragaman tempat kerja di PTW, serta memperkuatkan tapak serantau untuk lebih automotif dan beroperasi secara komersial.

Wednesday, March 20, 2019

Pengarah 'Power Rangers' bawa era baharu drama super hero Ninja

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Syarikat Jepun, Nihon Eiga Broadcasting Corporation bersama jawatankuasa penerbitannya, hari ini mengumumkan pelancaran drama Jepun terbaru dengan kesan khas, ‘BLACKFOX: Age of the Ninja’.

Drama terbitan pengarah ikonik, Koichi Sakamoto yang telah menerbitkan ‘Power Rangers’, ‘Ultraman’ dan ‘Kamen Rider’, akan menjadi projek cantuman drama Samurai dan animasi yang pertama di dunia dengan animasi aksi SF tulen ‘BLACKFOX’ yang diterbitkan pengarah Kazuya Nomura dari Studio 3Hz.

"Saya telah memasukkan dalam produksi semua yang saya tahu, terutamanya yang saya pelajari dari masa saya di Hollywood - tempo, komitmen terhadap aksi dan penghormatan kepada kerja kegemaran saya. Saya gembira dengan hasilnya dan bersedia memberi inspirasi kepada orang ramai dari Jepun dan seluruh dunia," kata Sakamoto.

Drama Jepun penuh aksi dengan kesan khas ini menampilkan ninja wanita menjadi teraju utama manakala versi animasi mengisahkan keturunan ninja. Drama aksi itu berlatarbelakang masa lalu, kembali ke era ninja dan samurai.

Treler video pertama versi ‘live-action’ akan dikeluarkan pada 23 Mac di laman web rasmi dan akaun SNS rasmi, booth BS Fuji dan Infinite di 'AnimeJapan 2019' pada hari yang sama.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi https://www.jidaigeki.com/BLACKFOX_Ninja

-- BERNAMA

P&G MENETAPKAN SASARAN BAHARU UNTUK MENYAMPAIKAN 25 BILLION LITER AIR MINUMAN BERSIH KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKANNYA DI SELURUH DUNIA

Setelah mencapai sasaran 2020 mereka untuk menyalurkan 15 bilion liter satu tahun lebih awal, Syarikat itu meningkatkan sasaran mereka kepada 25 bilion liter air bersih menjelang tahun 2025

CINCINNATI, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Hari Air Sedunia ini, Procter & Gamble (P&G) meraikan pencapaian matlamat mereka pada tahun 2020 bagi menyampaikan 15 bilion liter air minuman bersih melalui Program Air Minuman Selamat Kanak-kanak (CSDW) mereka yang tidak mencari keuntungan. P&G kini mempercepatkan usaha mereka untuk membantu menyediakan air minuman bersih kepada lebih ramai orang dengan menyalurkan 25 bilion liter -- lebih daripada 100 bilion gelas air -- di seluruh dunia menjelang tahun 2025.

Sejak program itu dilancarkan pada tahun 2004, P&G telah bekerjasama rapat dengan satu rangkaian yang terdiri daripada lebih 150 rakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai krisis air global dan menyediakan air kepada keluarga di lebih 90 buah negara melalui satu proses penulenan yang mudah dicipta oleh seorang saintis mendobi P&G. Dengan hanya satu paket, sebuah baldi, sebatang kayu dan sehelai kain bersih, 10 liter air kotor, yang berpotensi membawa maut, boleh ditukar untuk menjadi air yang bersih dan boleh diminum dalam hanya 30 minit.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11966

CROCUS TECHNOLOGY MEMPERKENALKAN SENSOR LINEAR TMR GENERASI KE-2 DENGAN KESTABILAN SUHU YANG TIADA TANDINGAN.

CT100 merupakan sensor magnetik TMR unik dengan prestasi terbaik dalam industri
 
SANTA CLARA, California, 20 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology Inc., pembekal peneraju sensor Tunnel Magneto-Resistance (TMR) disruptif, hari ini mengumumkan peranti CT100, sensor magnetik linear (1D) berprestasi tinggi yang canggih, berdasarkan teknologi berasaskan TMR Crocus yang dipatenkan dan unik. CT100 mempunyai prestasi terbaik dalam kelasnya merentas julat suhu yang meluas, dilengkapkan dengan ralat kelinearan yang rendah, rendah histeresis dan rendah hingar yang membolehkannya digunakan oleh kebanyakan pengguna, aplikasi dan pasaran industri serta automotif. Prestasi CT100 melangkaui teknologi sensor magnetik linear berasaskan xMR atau Hall pesaing yang tersedia hari ini daripada segi prestasi, pelencongan mengatasi suhu, penggunaan semasa dan keteguhan keseluruhan. CT100 tidak memerlukan sebarang panduan atau penumpu fluks yang mahal, litar pemotong atau nadi set/reset dan beroperasi dalam julat medan magnetik yang luas.  
 
Teknologi TMR Magnetic Logic Unit™ (MLU™) milik Crocus dibenam ke dalam CT100 dengan rangkaian perintang magnetik titian penuh tunggal yang memberikan gandaan dan ketepatan yang tinggi. CT100 mengesan kehadiran medan magnetik (sama ada daripada magnet atau medan yang dijana oleh konduktor pembawa arus); dan mengeluarkan isyarat kebezaan dengan ralat kelinearan yang kurang daripada -20 mT hingga +20 mT dengan sedikit sahaja histeresis dan hingar yang sangat rendah. Peranti teguh tersebut beroperasi daripada -40°C hingga +150°C dan menghasilkan koefisien kepekaan suhu (TCS) boleh ramal kurang daripada 300 ppm/°C dan koefisien ofset suhu (TCO) yang tidak melebihi 3 µV/V/°C merentas julat bekalan voltan daripada 1.0 V hingga 5.5 V.
 
“CT100 memanfaatkan teknologi MLU-TMR tercanggih Crocus untuk menghasilkan sensor magnetik dengan kelinearan tinggi, kestabilan suhu tiada tandingan dan keteguhan magnetik untuk kegunaan meluas permintaan aplikasi daripada pengesanan arus tanpa sentuhan dengan pengasingan tinggi AC atau DC, dengan itu, menggantikan transformer semasa dan perintang pirau, kepada pengesanan kedudukan linear ketepatan tinggi. CT100 dengan tindak balas berfrekuensi tingginya, penggunaan tenaga yang rendah dan faktor bentuk kecil, mendayakan rekaan sistem yang ringkas dan kreatif dalam aplikasi seperti IoT, dron, kawalan motor elektrik, pemantauan tenaga, serta banyak lagi aplikasi pengguna, industri dan automotif lain,” ujar Zack Deiri, CEO Crocus Technology. “Banyak aplikasi hari ini memerlukan prestasi tetapi tidak mengorbankan pelencongan besar disebabkan oleh perubahan suhu yang memberi kesan kepada prestasi sistem dan keselamatan. CT100, sensor TMR berasingan dengan perlindungan ESD, menawarkan prestasi unggul berbanding penyelesaian bersepadu penuh dan terpampas tinggi pesaing kami daripada segi ketepatan dan keteguhan mengatasi medan dan suhu.”
 
CT100 merupakan pilihan tepat untuk produk seperti sensor arus dan medan, pemantauan arus fius, peranti IoT pintar, motor elektrik, pembaca kad megnetik, sensor tingkap/pintu dan elektronik mudah alih yang memerlukan prestasi kelinearan dan kestabilan terma yang bagus.
 
CT100 tersedia dalam pakej SOT23 6 pendulu dan dalam profil ultra rendah dan faktor bentuk kecil pakej DFN dan wafer/KGD (Known-Good-Die) 6 pendulu. Sampel dan papan penilai tersedia pada masa ini dan penghasilan dijangka awal Q3 2019.
 
Perihal Crocus Technology

Crocus Technology membangunkan dan membekalkan sensor magnet dan penyelesaian memori terbenam berdasarkan teknologi sensor TMR yang telah dipatenkan miliknya, Magnetic Logic Unit™ (MLU™). Sensor magnet Crocus memberikan kelebihan yang ketara kepada aplikasi elektronik industri dan pengguna yang memerlukan kepekaan yang tinggi, prestasi suhu yang stabil, tenaga yang rendah dan berkos rendah. Crocus beribu pejabat di Santa Clara, California dan mempunyai pejabat di Grenoble, France serta di Beijing dan Shenzhen, China. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.crocus-technology.com.
 
© 2019 Crocus Technology International Corp.  Hak cipta terpelihara.  Crocus Technology, MLU dan gabungan daripadanya adalah tanda dagangan Crocus Technology Inc. dan Crocus Technology SA. Nama lain adalah untuk tujuan informasi sahaja dan mungkin tanda dagangan pemilik masing-masing
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:  
 
Wayne Seto
Crocus Technology
Tel: +1-408-380-8316
E-mel: wseto@crocus-technology.com
 
Sumber: Crocus Technology
 
--BERNAMA

Tuesday, March 19, 2019

KOHLER MERAIKAN BUTIRAN BAGI REKA BENTUK DI MINGGU REKA BENTUK MILAN 2019

KOHLER, Wis., 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kohler, sebuah jenama gaya hidup bertaraf global, kembali ke Minggu Reka Bentuk Milan untuk menjadi tuan rumah kepada suatu pengalaman deria yang menarik di dalam Palazzo Del Senato yang bersejarah (melalui Senato, 10, 20121 Milan, Itali). Pameran mendalam yang berskala besar itu menunjukkan pendekatan berani Kohler kepada reka bentuk dan produk jenama itu yang paling menakjubkan melalui satu gabungan air, teknologi, tekstur, dan warna. Pameran itu akan dibuka pada 9 April sehingga 13 April dari pukul 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190318005858/en/

“Minggu Reka Bentuk Milan adalah perayaan muktamad di dalam kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti reka bentuk global,” kata Jim Lewis, Naib Presiden bagi Kohler Kitchen dan Bath Global Marketing. “Tenaga dan semangat bagi acara itu menjadikannya tempat yang paling sesuai untuk menerokai idea-idea baharu dan meraikan ekspresi reka bentuk terkini kami dengan penonton yang terdiri daripada pereka-pereka yang penuh berinspirasi dari seluruh dunia.”

Alam memainkan satu peranan penting dengan kemasukan sebuah “taman digital” di pintu masuk pameran serta sebuah taman infiniti yang mengatur secara ganjil koleksi Rumah Pintar Kohler. Ruang Kohler juga mempunyai sebuah bar dan kawasan istirehat untuk tetamu berehat dan bagi cergas semula.

Selain itu, Kohler akan menggunakan Palazzo sebagai platform untuk pelancaran tema reka bentuk global kedua syarikat itu, Pengalaman Kemewahan, satu pemeriksaan bagi butiran dan lapisan yang mewujudkan persekitaran yang kaya dan dinamik.

Produk-produk yang ditampilkan pada pameran tahun ini termasuk yang terbaharu dari jenama Kohler Co. KOHLER, KALLISTA, ANN SACKS dan ROBERN. Media yang berminat dalam satu lawatan berpandu atau untuk disenaraikan ke dalam acara media pada pameran itu diminta menghubungi pasukan Perhubungan Awam Kohler.

Rumah Pintar

Tandas Pintar menawarkan gabungan sempurna bagi reka bentuk canggih dan teknologi yang tidak dapat ditandingi untuk memberikan yang terbaik dalam keselesaan dan pembersihan peribadi. Penyesuaian meluas -- daripada pencahayaan ambien dan muzik tanpa wayar kepada kawalan suhu, mencipta suatu pengalaman yang benar-benar bersifat peribadi.

Pancuran Digital mengubah rutin harian pengguna dengan membolehkan penyesuaian kepada butiran yang paling terperinci. Ia menjemput pengguna untuk menyusun pengalaman semburan, stim, muzik dan pencahayaan bagi mencipta suatu lepasan peribadi. Portfolio Kohler bagi produk Bilik Pintar membantu mewujudkan bilik mandi yang paling pintar di dunia.

Warna, Bahan, Kemasan

Dengan pelbagai warna, kemasan Kohler secara visual menetapkan nada untuk setiap kisah bagi ruang dan menyampaikan personaliti yang unik. Kemasan pemancur Etch -- melancarkan Koleksi Komponen -- menawarkan suatu gradien yang indah dan halus di antara dua kemasan dengan suatu corak grafik yang tepat. Pelbagai rangkaian warna dan grafik yang terperinci terus menarik perhatian untuk memberi impak hiasan yang indah.

Kaya dalam budaya Jepun, Kensho menyampaikan kisah mengenai jahitan hiasan yang dikenali sebagai sashiko dengan menggunakan corak yang terukir di batu. Ia juga memanfaatkan teknik goresan Itali yang dikenali sebagai acqueforti, yang menggabungkan logam dan marmar untuk mencipta satu tahap hiasan yang tersendiri. Bentuknya cukup cantik, batu sebenar menambahkan tekstur dan variasi, dan teknik dekoratifnya sungguh menakjubkan.

Dengan pemotongan yang tepat dan permukaannya yang sangat rata, Koleksi Parallel yang terdiri daripada pemancur dan aksesori membawa kecanggihan ke dalam bilik mandi moden melalui ekspresi terkawal. Dikotomi dalam bentuk bulat dan segiempat disatukan oleh ciri-ciri bersudut yang menyampaikan pantulan yang indah dan penjajaran yang tepat. Butiran yang lebih kecil menyampaikan keaslian watak dan meningkatkan koleksi ke tahap kecanggihan yang lebih tinggi.

Dengan perkongsian bersama syarikat induk, Kohler Co., ANN SACKS memperkenalkan Koleksi The Crackle oleh Kohler WasteLAB, satu siri jubin yang berinovatif yang menggunakan takai tembikar yang tak dibakar oleh Kohler sebagai mediumnya, mengubah sisa itu menjadi sebuah badan jubin yang responsif. Produk buatan tangan di WasteLAB yang terletak di kilang enamel Kohler, Wis., koleksi yang ditempah itu adalah satu daripada inisiatif yang dihasilkan dari Inovasi Kohler untuk Program Kebaikan. Milan berfungsi sebagai pelancaran global untuk koleksi ini serta pertunjukan perdana bagi sebuah cara warna baharu jenama.

Maklumat mengenai Kohler Co.

Ditubuhkan pada tahun 1873 dan beribu pejabat di Kohler, Wisconsin, Kohler Co. adalah satu daripada syarikat milik persendirian yang tertua dan terbesar di Amerika Syarikat yang terdiri daripada hampir 37,000 syarikat sekutu. Dengan lebih daripada 50 lokasi pembuatan di seluruh dunia, Kohler adalah sebuah pemimpin dunia di dalam reka bentuk, inovasi dan pembuatan bagi produk dapur dan mandi; enjin dan sistem kuasa; kabinet dan jubin mewah; dan pemilik/pengendali bagi dua destinasi hospitaliti dan golf resort lima bintang yang terbaik di dunia di Kohler, Wisconsin, dan St. Andrews, Scotland. Padang golf Whistling Straits milik Kohler akan menjadi tuan rumah kepada Piala Ryder 2020. Untuk butiran lanjut, sila layari kohlercompany.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190318005858/en/

Hubungi

Vicki Valdez Hafenstein
victoria.valdezhafenstein@kohler.com
+1-920-457-4441, sambungan 70519

Sumber : Kohler Co.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA