Friday, July 13, 2018

KUMPULAN DASHANG LANCAR APP BELI-BELAH DIGITAL TIANGOU NET, BAGI MENJADIKANNYA LEBIH MUDAH UNTUK MEMBELI-BELAH

SHENYANG, China, 13 Julai, 2018 /Xinhua-AsiaNet/ -- 
 
Pada akhir Jun tahun ini, Dewan Perniagaan Am China telah mengeluarkan senarai 100 peruncit terkemuka China pada tahun 2017. Kumpulan Dashang berada pada kedudukan tiga teratas, di belakang Tmall dan JD. Sebagai kumpulan gedung serbaneka terbesar di Timur Laut China, Kumpulan Dashang telah melancarkan Tiangou Net, sebuah APP beli-belah digital yang berusaha menjadikan urusan membeli-belah lebih mudah.
 
Apabila anda pergi membeli-belah di utara China, anda boleh dengan mudah mencari tempat meletak kereta melalui APP di kebanyakan bandar raya. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan harga pakaian yang dipilih, anda boleh memuat naik gambar yang sesuai kepada APP berkenaan untuk menerima mesej pengurangan harga sesekali pada masa akan datang. Pembantu kedai akan mengambil gambar atau video bagi pelbagai adegan dan produk yang menarik di kedai itu, agar anda tidak terlepas pandang mengenai produk kegemaran anda. Dengan kecerdasan buatan, anda juga boleh bercakap kepada sebuah robot panduan beli-belah di pusat beli-belah itu untuk mendapatkan kesemua maklumat yang anda ingin tahu.
 
Kumpulan Dashang mempunyai lebih 400 gedung serbaneka dan kedai di lebih 80 bandar raya bersaiz besar dan sederhana di 15 buah wilayah. Tiangou Net mereka mengubah gedung-gedung serbaneka tradisional untuk menjadi gedung-gedung serbaneka di masa hadapan. Dari tahun 2014 hingga 2017, Tiangou Net telah mencapai 30 bilion yuan dalam urus niaga dengan lebih 10 juta pengguna, sekali gus menjadikan Tiangou Net satu daripada perusahaan e-dagang yang utama di China.
 
Pada separuh pertama tahun 2018, Tiangou Net terus menikmati pertumbuhan yang pesat, dengan menyaksikan urus niaga elektronik ahli sebanyak 20 bilion yuan. Di antara urus niaga itu, 2.5 bilion yuan telah dibayar melalui Tiangou Net.
 
Tidak seperti Tmall dan JD, Tiangou Net komited dalam menggalakkan penyatuan yang mendalam di dalam industri runcit tradisional dan Internet. Misi Tiangou Net adalah untuk membantu puluhan ribu gedung serbaneka di China menjadi gedung serbaneka di masa hadapan, yang telah diiktiraf dan dipuji oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China (MOFCOM).
 
Liu Sijun, presiden bagi Kumpulan Dashang, berkata bahawa Kumpulan Dashang dan Tiangou Net akan mengubah perniagaan tradisional dan mempercepatkan revolusi perniagaan entiti melalui pembinaan platform e-dagang digital dan pintar secara menyeluruh serta menggalakkan inovasi teknologi bagi ekosistem aliran data besar.
 
Diasaskan pada tahun 1995, Kumpulan Dashang sentiasa percaya di dalam "produk kami mestilah yang terbaik". Keyakinan itu juga mendorong Kumpulan Dashang untuk mencari produk berkualiti terbaik di seluruh pelusuk dunia dan cuba membawa mereka ke pasaran yang amat besar di China dan menyediakan mereka kepada ratusan juta pengguna China. Kumpulan Dashang telah membawa Wagyu, Black Augus dari Australia, serta ceri dan epal dari Tasmania.
 
Niu Gang, Pengerusi bagi Lembaga itu, mengatakan bahawa Kumpulan Dashang berharap untuk membawa lebih banyak barangan berkualiti tinggi pada masa akan datang dan memberikan perkhidmatan yang lebih bertimbang rasa, selesa dan mudah kepada pengguna China.
 
Sumber: Kumpulan Dashang  
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11261

TOSHIBA MULAKAN PENGHANTARAN GEGANTI FOTO UL508 YANG DIPERAKUI UNTUK PERALATAN KAWALAN PERINDUSTRIAN

TOSHIBA MULAKAN PENGHANTARAN GEGANTI FOTO UL508 YANG DIPERAKUI UNTUK PERALATAN KAWALAN PERINDUSTRIAN

Thursday, July 12, 2018

Keupayaan mencari dan menyelamat Indonesia diiktiraf

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Indonesia diiktiraf dalam keupayaannya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).

Ketua Basarnas, Marsekal Udara M. Syaugi berkata kejayaan operasi SAR ditentukan oleh faktor seperti kepantasan, ketepatan dan kecekapan atau sumber manusia.

Faktor-faktor ini mandatori bagi semua anggota untuk dapat bertindak balas terhadap cabaran dalam operasi mencari dan menyelamat dengan cepat, tepat dan selamat, menurut agensi itu satu kenyataan.

Basarnas berperanan penting dalam semua situasi bencana, menjalankan operasi SAR yang berkesan dengan selamat, bila-bila masa dan di mana saja memandangkan agensi itu akan menjadi barisan depan semasa bencana alam yang sedang berlaku dalam menyelamatkan nyawa dan mencegah lebih banyak kerugian.

Agensi itu juga berpengalaman dalam penyiasatan serta langkah-langkah keselamatan dalam mengendalikan kemalangan pesawat seperti kejadian melibatkan Boeing 737- 800 Lion Air yang terhempas di laut Bali pada April 2013 dan Sukhoi Superjet di Bogor, Jawa Barat pada Mei 2012.

Basarnas turut melaksanakan program latihan berterusan untuk menangani risiko kemalangan dan meningkatkan ketersediaan peralatan SAR.

-- BERNAMA

Wednesday, July 11, 2018

TOSHIBA MEMBANGUNKAN DIOD SCHOTTKY ARUS BALIKAN RENDAH DENGAN PRESTASI HABA YANG LEBIH BAIK

TOKYO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") mengumumkan pelancaran sebuah produk diod rintangan Schottky yang baharu "CUHS10F60." Peranti itu disasarkan pada aplikasi seperti pembaikan dan pencegahan aliran balik di dalam litar bekalan kuasa. Pengeluaran besar-besaran dan penghantaran bermula hari ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11253

Monday, July 9, 2018

H3 DYNAMICS LANCAR H3 ZOOM.AI UNTUK BANDAR RAYA PINTAR, MENJADI PERINTIS KEPADA BANGUNAN TINGGI DENGAN MENGGUNAKAN A.I. & DRON

SINGAPURA, 9 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- H3 Dynamics Holdingsmengumumkan pelancaran H3 Zoom.AI, sebuah platform perkhidmatan yang dibolehkan kecerdasan buatan dan berasaskan awan yang baharu yang menghubungkan dengan dron kamera untuk menawarkan satu alternatif yang lebih selamat, lebih cepat, dan lebih tepat kepada aktiviti pemeriksaan penyelenggaraan yang berbahaya, sukar untuk dicapai, atau berskala besar-besaran di seluruh dunia, meningkatkan keselamatan pekerja, mengurangkan masa henti dan meningkatkan daya pengeluaran.
 
Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180708005041/en/
 
Dengan tumpuan pertama pada Bandar Raya Pintar, H3 Zoom melancarkan Inspektor Façade (video), sebuah alat pemeriksaan visual yang memanfaatkan pembelajaran mesin dan dron untuk mengubah cara muka bangunan bertingkat tinggi diperiksa dan diselenggara. Inspektor Façade oleh H3 Zoom akan diperkenalkan buat kali pertama di Sidang Kemuncak Bandar Raya Dunia 2018 – Pavilion Singapura (Petak S30) pada 9 hingga 11 Julai.
 
Memandangkan peraturan baharu menggesa untuk satu peningkatan di dalam kekerapan  pemeriksaan dan pada masa yang sama bilangan bangunan terus berkembang, Inspektor Facade keluaran H3 Zoom menangani cabaran berskala dengan memperkenalkan satu proses terdigit sepenuhnya yang boleh mengimbas sebuah bangunan bertingkat tinggi dalam masa beberapa minit sahaja berbanding berminggu-minggu lamanya sebelum ini, dan pada masa yang sama mengelakkan gondola dan meningkatkan keselamatan pekerja. Enjin AI H3 Zoom boleh mengasing-asingkan beribu-ribu imej HD dan berbilion piksel untuk mengenal pasti, menjelaskan, dan menyetempatkan pelbagai jenis kecacatan secara tepat, yang kemudiannya dibentuk melalui laporan-laporan pemeriksaan interaktif.
 
Kalangan profesional industri kini boleh log masuk ke dalam H3 Zoom.AI, mencari peta-peta ketinggian bangunan yang mereka biasa, melihat satu ringkasan dan kecacatan yang ditemui mengikut keterukan dan mengikut jenis (keretakan permukaan, cat terkopek atau tanda-tanda pengakisan dan kecacatan lain), kesemuanya boleh digambarkan sebagai satu lapisan pada peta elevasi. Ciri-ciri interaktif bagi penyelesaian itu menawarkan kepada pengguna dengan keupayaan untuk "zum" ke mana-mana imej HD yang merakamkan masalah yang dikenal pasti. Setiap deskripsi kecacatan juga datang dengan satu penggredan keterukan yang mana enjin AI itu telah belajar dari masa ke masa daripada input pakar.
 
Inspektor Facade H3 Zoom telah diuji dengan jayanya di Singapura sebagai sebahagian daripada satu inisiatif Inovasi yang diketuai oleh JTC, pemaju infrastruktur hartanah komersial yang utama di negara itu, di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri. Penyelesaian itu mencelah masuk ke dalam aliran kerja kejuruteraan yang sangat tepat dan sedia ada, sekali gus memudahkan kontraktor, pemilik bangunan dan pengurus kemudahan untuk mendapat manfaat segera daripada teknologi AI.
 
Encik Mark Koh, Pengarah Kumpulan, Kemudahan dan Pengurusan Harta, JTC berkata, "Kami berbangga untuk bekerjasama dengan H3 Zoom.AI untuk menyediakan penyelidikan, pembangunan dan sokongan tapak ujian yang diperlukan untuk merintis penyelesaian inovatif ini. Kami berharap agar penyelesaian teknologi baharu seperti ini dapat membolehkan sektor Pengurusan Kemudahan mencapai operasi yang lebih cekap dan sebuah persekitaran kerja yang lebih selamat."
 
H3 Zoom telah diuji ke atas beberapa hartanah JTC, termasuk bangunan mercu tanda di daerah one-north seperti FusionopolisBiopolis, Ayer Rajah Crescent, serta pelbagai koleksi struktur bangunan yang berbeza-beza jenis.
 
Rakan pelancaran tambahan H3 Zoom (video) termasuk Pihak Berkuasa Tanah Singapura serta IBM, yang mana H3 Zoom telah berusaha terhadap beberapa perkembangan baharu - yang akan diumumkan tidak lama lagi. "Kami memahami bahawa perkhidmatan AI yang berjaya akan menjadi tugas khusus, penggunaan kes khusus, dan menegak khusus. H3 Zoom.AI akan mengubah setiap proses khusus ini menjadi setara digital untuk penerimaan yang lebih mudah," kata Shaun Koo, pengasas bersama dan ketua pegawai teknologi dari H3 Zoom Pte. Ltd.
 
Ditawarkan sebagai satu perkhidmatan langganan berasaskan awan, Inspektor Façade juga boleh diperolehi sebagai sebuah API agar penyatuan selanjutnya di antara pihak berkepentingan bandar raya pintar mendapat sokongan. Ini juga membuka kemungkinan kepada peluang-peluang perkhidmatan baharu yang sepenuhnya bagi beribu-ribu syarikat perkhidmatan pemeriksaan, kontraktor, pemaju hartanah, pemilik dan pengendali.
 
H3 Zoom Pte. Ltd. http://www.h3zoom.ai/
 
H3 Zoom adalah sebuah platform perkhidmatan digital yang dikuasakan oleh Al dan berasaskan awan yang menangani kes-kes penggunaan penyenggaraan infrastruktur yang khusus merentasi beberapa industri menegak. Platform itu akan menampilkan pelbagai perkhidmatan langganan digital yang menampilkan sistem pelaporan anomali automatik yang berdasarkan kepada input sensor visual, haba atau kimia yang dikumpulkan oleh dron dan pelbagai robot sensor yang dikendalikan dari jauh.
 
H3 Dynamics Holdings Pte. Ltd. http://www.h3dynamics.com/
 
H3 Dynamics, syarikat induk bagi H3 Zoom.AI, adalah sebuah syarikat pemegangan dengan perniagaan yang menggabungkan perkhidmatan data kecerdasan buatan berasaskan awan / mesin pembelajaran dengan robot dan dron pemeriksaan dan pemantauan automatik yang disambung kepada internet agar pengumpulan data di lapangan, pemindahan data dan pemprosesan data boleh diautomasikan sepenuhnya akhir-ke-hujung. H3 Dynamics adalah sebuah syarikat Singapura dengan sebuah anak syarikat Eropah di Paris, Perancis, sebuah anak syarikat Amerika Syarikat di Austin, Texas, serta perwakilan di Jepun dan Brazil.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180708005041/en/
 
Hubungi
Bagi pihak H3 Dynamics Holdings Pte. Ltd.
Riki Lie
riki@h3zoom.ai
 
Sumber : H3 Dynamics Holdings Pte. Ltd.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

​MIKIMOTO MENGUMUMKAN PELANCARAN KOLEKSI BARANG KEMAS BERKUALITI TINGGI YANG BAHARU,

​MIKIMOTO MENGUMUMKAN PELANCARAN KOLEKSI BARANG KEMAS BERKUALITI TINGGI YANG BAHARU,

Saturday, July 7, 2018

IKIMfm diikuti 2 juta pendengar

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) menganggar siarannya dapat didengari oleh hampir dua juta pendengar, merangkumi pendengar tempatan dan negara jiran.

Anggaran rasmi oleh pihak GfK (Malaysia), syarikat pengkaji antarabangsa terhadap rangkaian di Malaysia yang terkini telah mencatatkan terdapat seramai 1.157 juta pendengar IKIMfm di Semenanjung Malaysia mengikuti stesen radio berkonsepkan pendekatan Islam ini.

"Jika mengambil kira keseluruhan pendengar, termasuk di Sabah dan Sarawak, malah siaran ini turut meliputi sebahagian selatan Thailand, Singapura dan Batam, Indonesia, dijangkakan IKIMfm dapat didengari oleh hampir dua juta pendengar, " menurut satu kenyataan yang dikeluarkan stesen itu bersempena ulang tahun ke-17 penubuhannya.

IKIMfm telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai 2001 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islam yang beroperasi selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara.

IKIMfm menggabungkan program yang bersifat mendidik jiwa dan juga program berbentuk hiburan yang mendidik, di samping turut menyajikan pelbagai maklumat yang bermanfaat.

Kira-kira 95 peratus programnya dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris.

"Bermula sebagai satu-satunya radio tanah air beroperasi menggunakan sistem digital sepenuhnya, IKIMfm mengorak langkah membina nama sebagai radio Islam tunggal negara bersiaran 24 jam menyebarkan kefahaman Islam bukan sekadar di bumi Malaysia, malah lebih membanggakan IKIMfm hari ini telah didengari di seluruh dunia dengan wujudnya aplikasi radio secara online, " menurut kenyataan IKIMfm itu.

Katanya, kejayaan program terbitan IKIMfm dapat dilihat berdasarkan penganjuran Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang pertama kalinya dianjurkan pada 2004.

Program AN17 yang dianjurkan menerusi penerbitan slot Carta Nasyid IKIMfm, ke udara pada setiap Sabtu, turut memberi pengiktirafan kepada penyanyi, penulis dan komposer lagu-lagu nasyid tempatan.

"Sempena ulang tahun ke-17 IKIMfm terus mengikat pendengar untuk terus bersama, dengan memantapkan program-program sedia ada dan ditambah dengan kemunculan program-program baharu, yang menjadikan IKIMfm terus unggul menjadi pilihan utama pendengar setianya.

"Dengan kematangan usia 17 tahun, IKIMfm juga mengorak langkah mendekati pendengar melalui pelbagai cara, bukan hanya penerbitan program di radio, malah penganjuran acara luar seperti Karnival Mahabbah IKIMfm, Imarah Ramadan dan misi kemanusiaan," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA