Tuesday, April 10, 2018

NOMURA MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DALAM TINJAUAN TAHUNAN PASUKAN KAJIAN SELURUH JEPUN INSTITUTIONAL INVESTOR KE-25

NEW YORK, 10 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ketika pertumbuhan ekonomi di Jepun berterusan untuk suku kelapan berturut-turut, persaingan antara pengkaji bahagian jualan Jepun untuk meraih gelaran yang terbaik juga meningkat seperti yang ditunjukkan oleh tokoh-tokoh dalam tinjauan Pasukan Kajian Jepun. 
 
Nomura meraih tempat pertama untuk kedudukan tahunan penganalisis bahagian jualan terbaik Jepun Institutional Investor eksklusif yang berdasarkan pasukan dan berdasarkan penganalisis. 
 
Selepas terikat di tempat pertama dengan Mizuho Securities pada tahun 2017, Nomura mendahului sebagai firma kedudukan tertinggi dengan 32 posisi berdasarkan pasukan dan 31 posisi berdasarkan penganalisis, kedua-duanya meningkat 2 posisi berbanding tahun lepas.  Mizuho Securities mendapat tempat No. 2 untuk setiap kedudukan dengan 27 posisi. Ia diikuti oleh Daiwa Securities Group, SMBC Nikko Securities, dan Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Co. yang melengkapkan lingkungan pemenang. 
 
Citi mendapat tempat ke-6 untuk kedua-dua kedudukan dan meraih gelaran firma bukan domestik dengan kedudukan tertinggi, sama dengan firma bukan domestik tertinggi tahun lepas, J.P. Morgan, dengan 9 posisi untuk kedudukan berdasarkan pasukan dan mendapat 11 posisi untuk kedudukan berdasarkan penganalisis untuk memperoleh tempat ke-6.
 
Enam belas firma muncul dalam keputusan tahun ini, termasuk dua firma yang tidak muncul pada tahun lepas: Macquarie yang mendapat tempat No.13 dan terikat dengan empat lagi firma yang mendahului kedudukan berdasarkan penganalisis dan Ichiyoshi Securities yang terikat dengan empat lagi firma untuk kedudukan berdasarkan pasukan dan berdasarkan penganalisis, masing-masing mendapat tempat ke-12 dan ke-13.  
 
“Jepun terus memainkan peranan utama dalam ekonomi global dan keadaan ini dapat dilihat melalui minat meluas daripada pelabur - domestik dan antarabangsa - untuk melabur dengan syarikat yang memacu perkembangan tersebut,” kata Cara Eio, Ketua Asia, II Research. “Adalah memberangsangkan apabila firma baharu naik dan muncul dalam kedudukan tahun ini, seperti Macquarie dan Ichiyoshi Securities yang menunjukkan bahawa kajian kualiti dan pengetahuan pasaran yang baik akan mendapat penghargaan tidak kira daripada mana. Hal ini menandakan masa depan yang baik untuk MIFID II.”
 
Tinjauan Pasukan Kajian Jepun 2018 mencerminkan pendapat 1,204 pengurus portfolio dan penganalisis di 482 institusi yang secara keseluruhannya menguruskan $1.1 trilion dalam ekuiti Jepun dan $9 bilion dalam pendapatan tetap Jepun. 
 
Sejumlah 161 orang ketua pasukan muncul dalam senarai tahun ini, yang terhad kepada tiga skuad teratas untuk setiap sektor dan naib johan yang terlibat. Laporan penuh menamakan 696 pengkaji mewakili 28 entiti, yang memenuhi undian minimum dan kriteria kelayakan lain.
 
Keputusan penuh boleh didapati di www.institutionalinvestor.com/research
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi Cara Eio, Ketua Asia, II Research, di +852 2912 8051 atau cara.eio@institutionalinvestor.com.
 
Untuk berkongsi kedudukan pemenang anda dalam kedudukan Pasukan Kajian Jepun 2018 dalam kandungan laman web anda, iklan, komunikasi, media pemasaran dan banyak lagi, sila hubungi PARS International Corp. di www.ii-licensing.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11019

Monday, April 9, 2018

FOOMA JEPUN 2018, PAMERAN PERDAGANGAN TERBESAR BAGI "JENTERA MAKANAN" DAN "TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN" DI ASIA, YANG DITETAPKAN PADA 12-15 JUN, 2018 DI TOKYO, JEPUN

TOKYO, 9 April, 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Lebih 100,000 orang Pelawat; Pameran Perdagangan Terbesar di Asia untuk Teknologi Makanan –
 
FOOMA JEPUN (Pameran Jentera dan Teknologi Makanan Antarabangsa), akan menganjurkan pameran perdagangan terbesar di Asia bagi teknologi makanan -- FOOMA JEPUN 2018 -- di Tokyo Big Sight di Tokyo dari Selasa, 12 Jun, hingga Jumaat, 15 Jun, 2018.
 
Pameran itu akan menghimpunkan syarikat-syarikat dari semua bidang proses pengeluaran makanan -- dari peringkat pemprosesan bahan mentah kepada pembungkusan dan logistik dengan tumpuan kepada pengeluaran makanan dan jentera pemprosesan -- untuk membentuk satu pameran perdagangan yang menyeluruh mengenai jentera makanan dan teknologi pemprosesan makanan.
 
Pameran tahunan ini, yang mempunyai satu sejarah dan tradisi yang panjang, merupakan edisi ke-41 bagi pameran tahun ini. Lebih daripada 700 buah syarikat akan mengadakan pameran pada pameran perdagangan yang berskala besar ini, satu daripada pameran yang terbesar di Asia. Lebih daripada 100,000 orang dari Jepun dan dari luar negara akan hadir pada pameran itu, yang mencari jentera pengilangan makanan dan pemprosesan yang terbaik dari Jepun.
 
(Foto: https://kyodonewsprwire.jp/img/201803292477-O1-dwC8XVZ6)
 
- Dari Jepun kepada dunia. Merangkumi semua teknologi yang berkaitan dengan makanan FOOMA JEPUN 2018 menyatukan produk, teknologi, perkhidmatan dan maklumat yang canggih yang berkaitan dengan makanan di bawah tema "Teknologi Makanan Tanpa Had."  Ia merangkumi semua teknologi yang berkaitan makanan seperti teknologi pemprosesan makanan, teknologi keselamatan dan kebersihan, teknologi penjimatan tenaga dan alam sekitar untuk peningkatan produktiviti, kecekapan yang lebih tinggi, dan kualiti yang lebih baik.
 
Anda boleh menjangkakan penambahbaikan di dalam isu-isu pembuatan dan pemprosesan makanan dengan menonton demonstrasi, menyentuh dan merasa, sama seperti anda berada di dalam sebuah kilang makanan. Banyak bidang ditunjukkan pada pameran itu, termasuk mesin yang mengeluarkan makanan Jepun seperti sushi dan mi yang popular di seluruh dunia dan sistem robot untuk pengeluaran makanan yang menggunakan IoT dan AI, dan sebagainya, kepada mengautomasikan proses pengeluaran.
 
- Sokongan di tapak untuk pengunjung luar negara disediakan
FOOMA JEPUN mempunyai perkhidmatan yang besar untuk pengunjung dari luar negara. Di dalam dewan pameran itu, mereka yang boleh bertutur bahasa Inggeris, Cina, Korea dan bahasa asing yang lain memakai "lencana dwibahasa" pada dada mereka dan menawarkan sokongan bahasa. Meja Maklumat itu dikendalikan oleh pegawai yang bertindak balas terhadap pertanyaan dalam Bahasa Inggeris, Cina dan Korea. Anda juga boleh berehat di Bilik Istirehat Antarabangsa, yang menyajikan minuman percuma.
 
Gambaran mengenai FOOMA JEPUN 2017, serta nama syarikat pempamer dan produk yang dipamerkan disiarkan di laman web rasmi, di mana anda boleh dapat merasakan skala yang mengagumkan bagi satu daripada pameran terbesar di Asia itu.
 
Prapendaftaran untuk pelawat bagi FOOMA JEPUN 2018 telah bermula di laman web rasmi dari 2 April, 2018. Tempahan hotel juga boleh dibuat di laman web berkenaan.
 
Sila semak laman web rasmi itu untuk maklumat terkini mengenai pelbagai perkhidmatan. https://www.foomajapan.jp/english/index.html
 
Maklumat penganjur
Persatuan Pengeluar Jentera Makanan Jepun (FOOMA) telah ditubuhkan pada tahun 1948 (mendapat pengiktirafan sebagai sebuah perbadanan pada Mac 1967 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, pada masa ini dikenali sebagai Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri) untuk membangunkan industri jentera makanan Jepun.

FOOMA dibentuk oleh pengeluar-pengeluar jentera makanan Jepun yang terkemuka dan sebuah persatuan tunggal bagi industri jentera makanan Jepun. FOOMA mempunyai lebih 400 ahli dan memberi tumpuan bukan sahaja kepada pembangunan industri jentera makanan Jepun tetapi juga bagi menyumbang ke arah kehidupan sihat di seluruh dunia melalui teknologi makanan Jepun.
 
Sumber: Persatuan Pengeluar Jentera Makanan Jepun
 

KEJOHANAN PERAHU NAGA MENSASARKAN PANDANGAN ANTARABANGSA KE ARAH UNIVERSITI TERKEMUKA CHINA

HANGZHOU, China, 9 April, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pelajar-pelajar dari institusi-institusi pengajian tinggi yang paling berprestij di dunia berkumpul di bandar raya Hangzhou di wilayah Zhejiang di tenggara China untuk Kejohanan Perahu Naga Universiti Elit Antarabangsa yang pertama kali diadakan. Pertandingan itu, yang dianjurkan oleh Universiti Zhejiang, menyaksikan 15 buah pasukan -- termasuk Oxford, Harvard, Stanford dan Massachusetts Institute of Technology -- berkumpul pada 27 Mac untuk perlumbaan mendayung perahu tradisional Cina di Tasik Jinsha di Hangzhou.
 
"Kejohanan Perahu Naga itu adalah sangat baik untuk kami dari segi kebolehlihatan," kata Li Min, pengarah bagi Pejabat Perhubungan Antarabangsa. "Dan dari segi perhubungan antarabangsa, kami boleh dapat mengenali di antara satu sama lain dengan lebih baik dan berkomunikasi lebih banyak melalui sukan."
 
Dengan 180 rakan di seluruh dunia, universiti itu menghantar lebih 3,000 orang mahasiswa dan mahasiswi untuk belajar di luar negara pada setiap tahun dan mempunyai satu kontinjen terdiri daripada lebih 6,000 orang pelajar antarabangsa. Melalui pelbagai inisiatif, universiti itu, yang secara konsisten berada di kalangan yang terbaik di China, berharap agar dapat mengembangkan lagi perakuan antarabangsa mereka.
 
Menurut bekas profesor Sekolah Perubatan Yale Anna Wang Roe, ia adalah satu semangat kerjasama yang telah meyakinkan beliau untuk menubuhkan Institut Neurosains dan Teknologi beliau di universiti itu, yang ditubuhkan pada tahun 1897.
 
"Saya melihat pada banyak universiti di China tetapi saya jatuh hati dengan Zhejiang kerana mereka mempunyai kekuatan di dalam kejuruteraan dan perubatan, bergabung dengan hospital-hospital yang mantap dan kualiti pelajar mereka sangat baik," kata Roe.
 
Universiti itu berharap agar penyelidikan yang berinovatif seperti ini, perkongsian antarabangsa yang terlalu banyak dan kemudahan yang serba canggih akan menarik warga asing ke Kampus Antarabangsa mereka yang baharu itu. Digelar sebagai satu "pergabungan falsafah pendidikan di antara Timur dan Barat," ia mula dibuka pada tahun 2016 untuk menambahkan potensi kapasiti seramai 4,000 orang pelajar kepada populasi pelajar yang ada sekarang,” kata HE Lianzhen, Dekan bagi Kampus Antarabangsa Haining.
 
Antara kursus yang ditawarkan ialah dua ijazah sarjana muda secara usahasama, satu di dalam bidang sains bioperubatan dengan Universiti of Edinburgh, Scotland, dan satu lagi dalam bidang kejuruteraan dengan UIUC di Amerika Syarikat. Selepas empat tahun belajar di bawah pengawasan guru-guru dari kedua-dua universiti yang menyumbang, pelajar-pelajar itu akan menerima sebuah ijazah berganda.
 
Kembali ke pantai Tasik Jinsha, seorang pelajar kimia MIT berusia 20 tahun Darnell Granberry berkata beliau sangat kagum dengan bandar raya itu dan universiti berkenaan. Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk belajar di Zhejiang jika beliau tidak berada di Boston, beliau menjawab, "Jika saya dapat mendaftar masuk, sudah pasti."
 
SUMBER: Universiti Zhejiang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=309833

BERKSHIRE HATHAWAY SPECIALTY INSURANCE MEMPERKENALKAN DASAR EKSEKUTIF SYARIKAT PERSENDIRIAN PERTAMA & PORTFOLIO TANPA UNTUNG DI ASIA

BOSTON, 9 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini memperkenalkan dasar Portfolio Eksekutif Syarikat Persendirian Pertama dan Portfolio Eksekutif Organisasi Tanpa Untung Pertama di Asia.
 
"Pembentukan portfolio Syarikat Persendirian dan Organisasi Tanpa Untung kami menyediakan liputan kontemporari yang mempunyai kesan yang luas, yang disokong oleh kekuatan kewangan BHSI," kata Nero Shiu, Pengurus Kanan, Eksekutif & Barisan Profesional, BHSI di Hong Kong. "Kedua-dua dasar mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang ringkas dan padat yang diperlukan oleh pelanggan untuk menghadapi risiko liabiliti pengurusan yang pelbagai di dalam dunia hari ini."
 
Portfolio Syarikat Persendirian itu meluaskan liputan kepada kedua-dua individu dan entiti dan termasuk Liabiliti Pengarah & Pegawai, Liabiliti Amalan Pekerjaan, dan Ketidakjujuran Pekerja.
 
Portfolio Organisasi Tanpa Untung itu menawarkan perlindungan yang serupa, dengan penambahan bagi perlindungan Ganti Rugi Profesional untuk menangani keperluan khusus bagi sebuah organisasi tanpa untung. Ciri-ciri utama termasuk liputan kos prasiasatan, liputan kehadiran mahkamah, dan kos kemajuan bagi pembelaan. Perlindungan Ganti Rugi profesional termasuk liputan untuk tindakan pembetulan bagi membantu organisasi tanpa untung mengurangkan kemungkinan kerugian dan mengelakkan tuntutan.
 
"Dasar-dasar baharu kami menangani pelbagai bidang keluasan bagi tuntutan syarikat persendirian, organisasi tanpa untung, dan pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai mereka yang mungkin hadapi pada hari ini -- dari tuntutan mahkamah yang timbul daripada pelanggaran bagi keperluan pematuhan dan pendedahan, kepada kecurian pekerja, kepada dakwaan yang dicetuskan oleh tindakan pekerja," kata Edwin Sim, Penolong Naib Presiden, Eksekutif & Barisan Profesional, BHSI di Singapura.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nero Shiu di Hong Kong di Nero.Shiu@bhspecialty.com/ +852 3729 1363 atau Edwin Sim di Edwin.Sim@bhspecialty.com/ +65 6675 1508 di Singapura.
 
Berkshire Hathaway Specialty Insurance (www.bhspecialty.com) menyediakan hartanah komersil, mangsa, liabiliti profesional penjagaan kesihatan, eksekutif dan talian profesional, jaminan, perjalanan, program, kehilangan terhenti perubatan, dan insurans pemilik rumah. Terma bagi perlindungan sebenar dan muktamad bagi kesemua talian produk mungkin berbeza-beza. Di rantau Asia Timur Tengah, ia menaja jamin dalam Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance, yang memiliki penarafan kekuatan kewangan A++ dari AM Best dan AA+ dari Standard & Poor's. Berpusat di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di Atlanta, Boston, Chicago, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Auckland, Brisbane, Dubai, Dublin, Düsseldorf, Hong Kong, Kuala Lumpur, London, Macau, Melbourne, Singapura, Sydney dan Toronto. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi info@bhspecialty.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180408005019/en/
 
Hubungi

Syarikat Berkshire Hathaway Specialty Insurance
JoAnn Lee, +1 617-936-2937
 
Sumber : Berkshire Hathaway Specialty Insurance
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11011

Saturday, April 7, 2018

AIBIM PROMOSI PEMBIAYAAN PERDAGANGAN ISLAM DI MIHAS 2018

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) sebagai penyelaras penyertaan institusi Perbankan Islam di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2018 optimis tentang penghebahan informasi berkenaan pembiayaan perdagangan Islam kepada para peserta dan pengunjung MIHAS 2018.

Pameran yang berlangsung selama empat hari bermula pada 4 April 2018 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur telah menyaksikan penyertaan lebih daripada seribu peserta pameran tempatan dan antarabangsa yang mempromosikan produk-produk halal dari pelbagai industri termasuklah kewangan Islam, kosmetik, makanan dan sebagainya.

Penyertaan AIBIM bersama 13 buah institusi Perbankan Islam yang lain merupakan satu usaha dalam mempromosi kesedaran terhadap pembiayaan perdagangan Islam di samping berperanan sebagai pemudahcara antara peserta dagangan tempatan dan antarabangsa yang ingin mendapatkan perkhidmatan perbankan Islam yang berkaitan.

Turut berlangsung di ruang pameran AIBIM adalah sesi pelancaran buku mini pembiayaan perdagangan Islam yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Buku mini Introduction to Islamic Trade Finance ini mengandungi informasi berkenaan pembiayaan perdagangan Islam dalam bentuk infografik serta prestasinya di Malaysia dan diberikan secara percuma kepada pengunjung ruang pameran AIBIM.

Sepanjang MIHAS 2018, AIBIM dengan kerjasama penganjur turut mengatur beberapa siri program berkaitan pembiayaan perdagangan Islam antaranya Halal Trade Finance Talk and Conference serta IMHalal Conference.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi AIBIM di 03-20268002/3.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11007

Thursday, April 5, 2018

FUSIONEX MELANCARKAN PLATFORM UTAMA BAGI RESORT MEGA KOREA

FUSIONEX MELANCARKAN PLATFORM UTAMA BAGI RESORT MEGA KOREA

PEPERIKSAAN GMAT YANG LEBIH PENDEK DILANCARKAN PADA 16 APRIL

Perubahan Mesra Calon Direka Bentuk untuk Mempertingkat Pengalaman dalam Mengambil Ujian


RESTON, Va., 5 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) telah memendekkan jangka masa peperiksaan GMAT sebanyak 30 minit sebagai sebahagian daripada fokus berterusan untuk mencipta pengalaman pengujian terbaik dan menawarkan ciri mesra pengguna. Peperiksaan baharu yang lebih pendek selama 3.5 jam dan bukannya 4 jam, akan tersedia untuk pengambil ujian di seluruh dunia bermula daripada 16 April.

Kualiti peperiksaan kekal tidak berubah dari segi kebolehpercayaan, kesahihan, keselamatan dan integriti. Markat GMAT sebelum dan selepas perubahan ini akan kekal sama dan setanding merentasi masa.

“Kami sentiasa mencari cara untuk membantu membina keyakinan calon dan memperkemas pengalaman ujian, semuanya dengan satu matlamat iaitu untuk membantu pengambil ujian GMAT membuat yang terbaik pada hari peperiksaan mereka,” kata Vineet Chhabra, pengarah kanan pengurusan produk untuk GMAC. “Kami percaya calon akan kurang resah dan rasa lebih bersedia, ini akan menyumbang kepada refleksi lebih baik pada prestasi sebenar mereka dalam peperiksaan.”

Penjimatan masa dicapai dengan memperkemas dua bahagian peperiksaan yang lebih panjang, bahagian Kuantitatif dan Taakulan Berbahasa, mengurangkan jumlah soalan penyelidikan yang tiada markat dalam bahagian ini. Beberapa tutorial dan arahan skrin yang pengambil ujian lihat di pusat ujian juga telah diringkaskan. Tiada perubahan pada bahagian Penulisan Beranalisis atau Taakulan Bersepadu peperiksaan. Cara peperiksaan GMAT dimarkatkan, kandungan peperiksaan, jenis soalan dan purata masa per soalan tidak berubah.

“Melalui maklum balas pasaran berterusan dan kajian semula operasi, kami dapat mengenal pasti peluang untuk memendekkan peperiksaan ini, tanpa mengubah kebolehpercayaannya,” kata Chhabra. “Perubahan ini tidak akan mempengaruhi pemarkatan peperiksaan GMAT oleh kerana jumlah markat soalan tidak akan berubah. Algoritma permarkatan akan kekal sama; Jumlah Markat dan markat bahagian Kuantitatif dan Taakulan Berbahasa individu akan setanding dengan peperiksaan yang diambil sebelum perubahan ini. Tiada tindakan atau perubahan diperlukan daripada bahagian sekolah perniagaan atau universiti. Kami memberikan pengalaman pengujian yang lebih baik kepada calon, dalam masa yang sama memberikan sekolah perniagaan permarkatan yang berkualiti tinggi, adil dan kebolehpercayaan yang sama.”

Berserta dengan perubahan ini, GMAC memberikan tutorial dalam talian baharu yang memimik skrin yang pengambil ujian lihat pada hari peperiksaan, meningkatkan dan memperkemas pengalaman pusat ujian dengan lebih lagi. Dengan mengalihkan maklumat tutorial dalam talian, ke www.mba.com/, pengambil ujian boleh mengaksesnya sebelum tiba di pusat ujian, mengikut keselesaan mereka dan sekerap yang mereka mahukan.

Peperiksaan GMAT direka bentuk untuk mempamerkan kemahiran yang paling relevan kepada peneraju program pengajian perniagaan dunia, 9 daripada 10 kemasukan MBA secara global dibuat menggunakan markat GMAT.

Untuk sejajar dengan perubahan, GMAC melancarkan alat persediaan Rasmi GMAT yang baharu untuk disesuaikan dengan struktur peperiksaan yang lebih pendek. Peperiksaan Latihan dan Soalan Latihan Rasmi GMAT akan tersedia pada platform dalam talian untuk mudah digunakan dengan lebih baik, juga beberapa peningkatan ciri seperti rakam masuk tunggal dan keupayaan untuk mengakses bahan persediaan merentasi berbilang peranti. Alat persediaan Rasmi GMAT merupakan satu-satunya sumber rasmi soalan GMAT terdahulu dan penyelidikan Majlis menunjukkan bahawa calon yang menggunakan produk rasmi memarkatkan purata 18 peratus lebih tinggi pada peperiksaan GMAT berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Alat latihan akan tersedia pada penghujung April.

Perubahan ini merupakan sebahagian daripada siri peningkatan mesra calon pada peperiksaan GMAT untuk tahun terkini, semuanya memfokus pada meningkatkan pengalaman pengujian, termasuk:
  • Pemilihan susunan bahagian peperiksaan pada pusat ujian (Pilih Susunan Bahagian)
  • Menjadikan markat tidak rasmi tersedia dengan serta-merta, sebelum meninggalkan pusat ujian selepas peperiksaan
  • Kemas kini pada pembatalan markat dan pilihan pengembalian semula
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perubahan ini, sila semak semula FAQ kami: http://www.mba.com/global/frequently-asked-questions/shorter-gmat-exam

Perihal GMAC: Graduate Management Admission Council (GMAC) adalah sebuah persatuan bukan untung global untuk 223 peneraju sekolah pengajian perniagaan. Ditubuhkan pada 1953, kami komited secara aktif untuk memajukan seni dan sains kemasukan dengan mengadakan dan mewakili industri serta menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik dalam kelas untuk sekolah dan pelajar. GMAC memiliki dan mentadbir peperiksaan Graduate Management Admission Test® (GMAT®), yang digunakan oleh lebih daripada 7,000 siswazah program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™, untuk kemasukan ke program pengajian pengurusan di India dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif, direka bentuk khusus untuk Program MBA Eksekutif di seluruh dunia. Majlis bertapak di Amerika Syarikat dengan pejabat di London, New Delhi (Gurugram) dan Hong Kong. Untuk maklumat tentang penilaian, alat pembelajaran atau perkhidmatan untuk calon, lawati www.mba.com. Untuk maklumat tentang Majlis dan perisikan pasaran kami, peluang dan perkhidmatan pembangunan profesional untuk pengajian pendidikan pengurusan, sila lawati www.gmac.com.

HUBUNGAN MEDIA: Tania Hernandez-Andersen, Pengarah Sr. Komunikasi Jenama Korporat GMAC, thernandez-andersen@gmac.com atau 703-668-9638 (pejabat), 571-294-4059 (mudah alih).

SUMBER : Graduate Management Admission Council