Wednesday, April 4, 2018

​PELANCARAN 1.1.1.1 UNTUK MENJADIKAN INTERNET LEBIH CEPAT DAN LEBIH PERIBADI UNTUK SEMUA

​PELANCARAN 1.1.1.1 UNTUK MENJADIKAN INTERNET LEBIH CEPAT DAN LEBIH PERIBADI UNTUK SEMUA

MQA ADAKAN DIALOG DENGAN INDUSTRI UNTUK TINGKATKAN KUALITI PROGRAM AKADEMIK

PETALING JAYA, 4 April (Bernama) – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hari ini mengadakan sesi dialog bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak industri dalam usaha meningkatkan kualiti program akademik membabitkan tiga bidang pengajian yang ditawarkan oleh Institut  Pengajian Tinggi (IPT)  di negara ini.
MQA dalam satu kenyataan di sini berkata sesi dialog itu yang diadakan di pejabat MQA di sini membabitkan program akademik bidang hospitalilti dan pelancongan; muamalat dan kewangan islam; serts bioteknologi,
“Objektif sesi dialog ini adalah untuk mendapatkan input daripada pihak industri berkenaan kompetensi graduan, reka bentuk dan penyampaian kurikulum serta keperluan industri seiring Revolusi Industri 4.0,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, maklum balas daripada pihak industri itu dapat membantu usaha penambahbaikan dalam kajian semula pembangunan Standard Program (SP) untuk rujukan kepada IPT bagi memastikan program akademik ketiga-tiga bidang itu menepati tahap pengajian berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia dari peringkat sijil hingga ijazah kedoktoran.
Sehingga kini MQA telah membangunkan 21 SP yang menjadi rujukan IPT untuk mencapai kriteria minimum dalam memastikan keberkesanan bidang pengajian berkenaan.
Menurut kenyataan itu, antara isu yang diketengahkan pada sesi dialog berkenaan membabitkan tempoh minimum latihan industri,  keperluan tenaga pengajar yang memiliki pengalaman industri, bayaran elaun kepada pelajar ketika menjalani  latihan industri serta kekurangan kemahiran komunikasi  dalam kalangan graduan sekarang.
SP yang dibentuk hasil kerjasama  panel terdiri daripada konsultasi IPT awam dan swasta, kementerian dan badan berkanun berkaitan, badan profesional, industri berkaitan dan pelajar, dikaji semula setiap lima tahun bagi memastikan kandungannya relevan dan terkini dengan keperluan semasa.

-- BERNAMA

Tuesday, April 3, 2018

TINJAUAN GLOBAL PULSE YPO: APAKAH TEKNOLOGI INOVATIF YANG KINI MENDAPAT PERHATIAN DAN DILABURKAN OLEH CEO SELURUH DUNIA?

Tinjauan tentang 10 teknologi inovatif menyerlahkan teknologi yang mampu memberi impak terhadap perniagaan dan pelaburan dalam 12 bulan seterusnya


DALLAS, 3 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- YPO, organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung dunia hari ini mengumumkan hasil Tinjauan Global Pulse YPO Mac 2018 yang menunjukkan bahawa ketua eksekutif seluruh dunia memfokuskan pada teknologi perniagaan teras, seperti pengkomputeran awan, kecerdasan perniagaan (BI) dan keselamatan siber, manakala penerimaan dan pelaburan teknologi seperti rantaian blok, kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto berkemungkinan didorong oleh sektor.

Teknologi Inovatif Yang Mendapat Perhatian CEO dan Mungkin Dilaburkan di Seluruh Dunia:
  • Pengkomputeran awan ialah perkara paling utama bagi ketua eksekutif global – lebih daripada dua pertiga (68%) ketua eksekutif melaporkan bahawa pengkomputeran awan berkemungkinan mempengaruhi syarikat mereka dalam 12 bulan seterusnya dan 62% menyatakan bahawa mereka mungkin akan melabur dalam teknologi berdasarkan awan.
     
  • Kecerdasan perniagaan (BI) mendapat perhatian CEO – 65% ketua eksekutif yang ditinjau menjangkakan BI akan mempengaruhi organisasi mereka dan lebih daripada separuh (56%) mungkin akan melabur dalam kecerdasan perniagaan dalam masa 12 bulan akan datang.
     
  • Keselamatan siber diutamakan oleh ketua eksekutif – memandangkan skala dan keparahan pembocoran data pengguna berprofil tinggi baru-baru ini, 53% ketua eksekutif menjangkakan keselamatan siber akan mempengaruhi perniagaan mereka dan 47% menyatakan bahawa mereka mungkin akan melabur dalam teknologi keselamatan siber dalam tahun seterusnya.
"Saya dengar daripada tokoh perniagaan dunia YPO sekarang bahawa transformasi digital kekal sebagai keutamaan tertinggi mereka pada tahun 2018. Beberapa teknologi inovatif dijangkakan akan menarik perhatian dan pelaburan dengan meluas pada tahun ini, seperti pengkomputeran awan, keselamatan siber, kecerdasan perniagaan dan aplikasi pembayaran mudah alih” kata Scott Mordell, CEO YPO. “Ahli YPO sedang menerima teknologi untuk mematuhi keperluan peraturan, mengumpul data perniagaan untuk meningkatkan keberkesanan dan prestasi kewangan serta untuk memenuhi permintaan pengguna yang mahukan cara baharu dan inovatif untuk berinteraksi dengan perniagaan mereka."

Walaupun Dijangkakan Berpengaruh, CEO Kurang Berminat untuk Melabur dalam Teknologi Berikut pada Tahun Seterusnya:
  • Walaupun Realiti Maya (VR)/Realiti Terimbuh (AR) diakui ramai sebagai teknologi yang berkemungkinan mempengaruhi banyak industri, kebanyakan CEO yang ditinjau belum lagi melabur secara aktif dalam teknologi tersebut. Namun begitu, dalam sektor seni bina dan kejuruteraan, 83% tokoh perniagaan menjangkakan VR akan mempengaruhi perniagaan mereka dan 64% bercadang untuk melabur dalam VR dalam 12 bulan seterusnya berbanding hanya 23% daripada kesemua ketua eksekutif ditinjau yang berminat untuk melabur dalam teknologi tersebut sekarang.
     
  • Demikian juga, kecerdasan buatan (AI) dijangka akan mempengaruhi perniagaan, tetapi CEO kurang berminat untuk melabur dalam AI pada tahun ini tidak seperti pengkomputeran awan, kecerdasan perniagaan, keselamatan siber dan aplikasi pembayaran digital/mudah alih yang lebih mendapat perhatian pada masa terdekat dan lebih utama dilaburkan dalam 12 bulan seterusnya.
     
  • CEO paling kurang biasa dengan teknologi chatbot, diikuti rantaian blok dan mata wang kripto daripada 10 teknologi inovatif dalam tinjauan. Hasilnya, mereka cenderung untuk tidak mengambil kira impak teknologi baharu ini terhadap perniagaan mereka dan kurang berminat untuk melabur dalam teknologi tersebut tahun ini.
Pelaburan Teknologi Inovatif yang Didorong oleh Sektor Industri Khusus

Tahap pengenalan dan minat dalam banyak teknologi inovatif bergantung pada industri. Contohnya, walaupun terdapat banyak liputan media dan perbincangan tentang rantaian blok dan mata wang kripto, kebanyakan CEO tidak menganggap kedua-dua teknologi itu berkemungkinan mempengaruhi perniagaan mereka, maka mereka kurang berminat untuk melabur dalam teknologi tersebut. Namun begitu, rantaian blok telah memperoleh perhatian dan pelaburan CEO dalam sektor perkhidmatan kewangan.
  • Lebih daripada separuh (58%) ketua eksekutif dalam perkhidmatan kewangan menjangkakan teknologi rantaian blok akan mempengaruhi organisasi mereka dalam masa 12 bulan akan datang dan sebanyak 40% menjangka akan melabur dalam rantaian blok.
     
  • Internet untuk Segala-galanya (IoT) dianggap sebagai bidang teknologi penting oleh tokoh perniagaan dalam sektor telekom, seni bina, kejuruteraan dan teknologi. Lebih daripada tiga perempat (78%) ketua eksekutif dalam telekom menjangkakan IoT akan memberi kesan terhadap perniagaan mereka dan hampir kesemuanya (96%) mahu melabur dalam IoT dalam 12 bulan seterusnya.
“Dapatan Tinjauan Global Pulse YPO mendedahkan bahawa kesan perniagaan jangka pendek dan strategi pelaburan berkaitan dengan teknologi tertentu sangat bergantung pada industri khusus anda,” kata Scott Mordell, CEO YPO. “Tentu menarik untuk melihat fokus berubah menjelang tahun depan apabila teknologi inovatif seperti AI dan realiti maya memasuki arus perdana.”

Tinjauan Global Pulse® YPO

Tinjauan Global Pulse YPO memberikan pemahaman tentang perspektif ketua eksekutif di seluruh dunia tentang topik yang mempengaruhi perniagaan, kepimpinan dan impak. Hasil tinjauan Global Pulse Mac 2018 menunjukkan pemahaman, sikap dan pelan pelaburan ketua eksekutif di seluruh dunia tentang 10 teknologi inovatif yang sedang mendapat perhatian pada masa ini. Tinjauan Global Pulse YPO Mac 2018 memberikan perspektif daripada 842 orang ahli YPO daripada 28 sektor industri dan 15 rantau berbeza di seluruh dunia. Lawati www.ypo.org/globalpulse untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang metodologi dan hasil tinjauan.

Perihal YPO

Organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung di dunia.

YPO ialah platform global untuk ketua eksekutif berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada kesan perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Hari ini, YPO mendayakan lebih daripada 25,000 orang ahli di lebih daripada 130 buah negara dalam pelbagai industri dan jenis perniagaan. Keseluruhannya, syarikat yang dikendalikan oleh ahli YPO mempunyai lebih daripada 16 juta pekerja dan menjana USD6 trilion hasil tahunan.

Kepimpinan. Pembelajaran. Sepanjang Hayat. Untuk mendapatkan meklumat lanjut, lawati YPO.org.

Hubungan:
YPO
Linda Fisk
Pejabat: +1 972 629 7305 (Amerika Syarikat)
Telefon bimbit: +1 972 207 4298
press@ypo.org

SUMBER : Young Presidents’ Organization, Inc.

EKSPO IE CHINA 2018 AKAN DIBUKA DI TENGAH-TENGAH PERMINTAAN TINGGI BAGI TEKNOLOGI ALAM SEKITAR

SHANGHAI, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --  Ekspo IE China 2018, sebuah anggota keluarga berjenama IFAT dan pameran teknologi alam sekitar terbesar di Asia dengan mempunyai sejarah yang menjangkau 18 tahun, akan bermula pada 3 hingga 5 Mei, 2018 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Ia dijangka dapat menarik 1,800 pempamer dalam bidang air, sisa, pengurusan air dan tanah.

Ekspo IE China 2018, yang mempunyai impak yang luar biasa terhadap industri alam sekitar China, merupakan satu platform yang ideal bagi pempamer dan pembeli global untuk menerokai dan memperluaskan pasaran di China. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, tiga lagi dewan akan ditambah pada tahun ini untuk memperluaskan ruang pameran kepada 120,000m2 untuk air, udara, rawatan sisa, pemulihan tanah, dan lain-lain. Selain itu, segmen baharu seperti "pembaikan pertanian" akan dipaparkan.

Pempamer akan termasuk syarikat-syarikat terkemuka seperti SUEZ, Veolia, CAMBI, Fluence, Xylem, Huber, WILO, KSB, E+H, Hach, SSI, ANDRITZ, TOMRA, Metso, ERIEZ, BHS, SID, ENSA, di samping syarikat dan organisasi tempatan China yang terkemuka. Terdapat juga 13 pavilion luar negara. Negara-negara Nordik dan Rusia akan turut serta sebagai pavilion buat kali pertama.

Persidangan Teknologi Alam Sekitar China akan diadakan serentak untuk memberi tumpuan kepada rawatan air dan kumbahan, pengurusan sisa, pemulihan tapak, kawalan pencemaran udara dan pembersihan udara. Ia akan merangkumi kira-kira 30 forum kecil yang menawarkan penyelesaian bagi sistem rawatan kumbahan luar bandar, loji rawatan kumbahan yang tak terpusat, penggunaan membran, pembakaran nitrogen rendah, sisa pepejal dan pemulihan sumber, Kompaun Organik Mudah Meruap (VOC), Pengujian dan Kawalan dan Pemulihan Tapak Tercemar dan lain-lain.

Pada tahun 2018, penganjur akan menyampaikan Jerayawara dan Padanan Teknologi Alam Sekitar Berinovatif 2018 untuk mengenal pasti dan mempercepatkan teknologi generasi akan datang di dalam rawatan air & kumbahan, pengurusan sisa, pemulihan tapak, kawalan pencemaran udara dan pembersihan udara serta bagi menggabungkan inovator, pelabur, rakan kongsi dan pengguna akhir.

Selain acara itu, satu dozen aktiviti seperti salun dan bengkel telah diadakan secara bersama oleh penganjur dan organisasi industri di China Selatan dan Timur sejak tiga tahun yang lalu. Pada tahun 2018, ia telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan persatuan-persatuan yang berkaitan di Asia Tenggara bagi menjemput lebih banyak pembeli dan delegasi perdagangan untuk melawat dua pameran mereka di Shanghai dan Guangzhou. Persatuan-persatuan dan badan-badan kerajaan dialu-alukan untuk menghubungi penganjur bagi mendapatkan kerjasama.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51781695&lang=en

Hubungi
Messe Muenchen Zhongmao Co., Ltd.
Ketty ZHANG, +86-21-23521128 / 20205539
ketty.zhang@mm-sh.com
Faks: +86-21-23521088

Sumber : Messe Muenchen Zhongmao Co., Ltd.

Monday, April 2, 2018

FESTIVAL KEBUDAYAAN NANYANG KE-7 2018 MENARIK KEHADIRAN 200 WARGA CHINA DI LUAR NEGARA KE WENCHANG, HAINAN

WENCHANG, China, 2 April, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 1 April, Festival Kebudayaan Nanyang ke-7 2018 bermula di Wenchang, Wilayah Hainan, China. Kira-kira 200 orang warga China di luar negara dari 18 buah negara dan wilayah berkumpul di Wenchang untuk menyatakan kecintaan mereka yang mendalam terhadap kampung halaman dan mencari pembangunan bersama, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa CPC Wenchang.

Acara itu bertujuan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelebihan Wenchang dalam sumber-sumber di luar negara dan ciri-ciri tempatan, dan membina di atas ikatan budaya kepada menubuhkan sebuah platform untuk pertukaran dan kerjasama dengan rakan-rakan di bandar di dalam negeri dan di luar negara. Dengan berlatar-belakangkan Inisiatif "Belt & Road" itu, platform ini akan mempromosikan budaya Nanyang, mempamerkan budaya tempatan, mencipta satu sinergi untuk pembangunan, dan meningkatkan lagi kerjasama pragmatik sesama penduduk bandar bagi pencapaian yang menguntungkan semua pihak di dalam ekonomi, perdagangan, pelancongan, kebudayaan dan persahabatan.

Acara itu terdiri daripada lapan bahagian, termasuk majlis perasmian Festival Kebudayaan Nanyang di Wenchang, Mesyuarat Pertukaran Bertema bagi Rakan Penduduk Bandar dari Dalam Negeri dan Luar Negara, Promosi Tarikan Perniagaan Wenchang, Dialog Pembangunan Wenchang bagi Usahawan Muda Cina dan Luar Negara, Mesyuarat bagi Lembaga Persekutuan Antarabangsa bagi Persatuan Hainan, persembahan artistik, lawatan pemeriksaan, dan Karnival China Wenchang 2018.

Pada Dialog Pembangunan Wenchang bagi Usahawan Muda Cina dan Luar Negara, golongan elit muda dari keturunan Hainan berkongsi pengalaman mereka dan cadangan dalam pelaburan dan permulaan syarikat. Mereka memperkenalkan projek dan dasar pelaburan bagi Wenchang, dan menggesa lebih ramai orang muda dari dalam negeri dan di luar negara untuk belajar tentang Wenchang dan membuat sumbangan yang sewajarnya kepada pembangunan sosioekonomi mereka.

Di samping itu, pada persembahan artistik, kumpulan seni dari Singapura, Malaysia, Thailand dan Hong Kong menyampaikan persembahan mereka ala Nanyang, dan memperoleh tepukan gemuruh dan sambutan hangat di kalangan penonton.

Bersesuaian dengan Festival Kebudayaan Nanyang, Wenchang melancarkan sebuah video pendek yang memaparkan aktiviti pengumpanan yang dinamakan "Warga China dari Keturunan Hainnan memberikan tanda Kepuasan untuk Pembangunan 30 tahun Wenchang", dengan harapan untuk meningkatkan pembangunan Wenchang melalui penyebaran secara meluas oleh warga China di luar negara.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa CPC Wenchang

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=309437

ALIBABA AKAN MEMPEROLEHI PEMILIKAN SEPENUHNYA KE ATAS PLATFORM PENGHANTARAN DALAM TALIAN CHINA ELE.ME

Pemerolehan akan memanfaatkan daya penghantaran Ele.me untuk meningkatkan inisiatif Peruncitan Baharu Alibaba di dalam perkhidmatan tempatan


HANGZHOU, China, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA, "Alibaba") hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperolehi kesemua saham tertunggak yang ia belum miliki di dalam Ele.me, sebuah platform penghantaran dalam talian dan perkhidmatan tempatan yang utama di China, di dalam satu urus niaga yang membayangkan nilai perusahaan bagi Ele.me pada AS$9.5 bilion. Alibaba dan sekutunya Ant Small dan Micro Financial Services Group Co., Ltd. pada masa ini memiliki kira-kira 43% daripada saham pengundian tertunggak dalam Ele.me.

Pengambilalihan ini akan memperkukuhkan integrasi Ele.me ke dalam ekosistem Alibaba dan memajukan strategi Peruncitan Baharu Alibaba untuk menyediakan satu pengalaman pengguna dalam talian dan luar talian yang lancar di dalam sektor perkhidmatan tempatan.

Daniel Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Alibaba, berkata, "Kami sangat teruja bagi Ele.me untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem Alibaba. Di bawah kepimpinan pengasasnya dan pasukan pengurusannya, Ele.me telah mencapai penguasaan pasaran yang utama dalam penghantaran makanan dalam talian dan sektor perkhidmatan tempatan China. Kepercayaan bersama kami bahawa Peruncitan Baharu akan mewujudkan lebih banyak nilai bagi pelanggan dan peniaga telah menghimpunkan kita bersama. Melihat ke hadapan, Ele.me boleh memanfaatkan infrastruktur Alibaba di dalam perdagangan dan mencari sinergi baharu dengan perniagaan Alibaba yang pelbagai untuk menambahkan lagi momentum ke dalam inisiatif Peruncitan Baharu itu."

Perkhidmatan penghantaran tempatan Ele.me yang pantas akan dibina di atas kepakaran teras mereka dalam penyediaan makanan untuk menyediakan kepada pengguna dengan rangkaian produk dan perkhidmatan atas permintaan yang lebih luas. Peluasan dalam penawaran ini akan membolehkan Ele.me untuk menggunakan dengan cekap tenaga penghantaran mereka yang besar yang pada masa ini memenuhi pesanan di bandar raya-bandar raya merentasi China.

Ele.me juga melengkapi Koubei, platform perkhidmatan tempatan gabungan Alibaba dan menyediakan sinergi yang dilanjutkan. Dengan menggabungkan perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam talian Ele.me dengan pemerolehan dan keupayaan keterlibatan pengguna Koubei bagi pelbagai penubuhan restoran dan perkhidmatan, Alibaba akan dapat menawarkan suatu pengalaman yang bersepadu kepada pengguna dalam talian dan luar talian.

Zhang Xuhao, pengasas bagi Ele.me, berkata, "Pengambilalihan ini menunjukkan bahawa kami telah membina Ele.me menjadi satu daripada perniagaan Internet yang paling berharga di China. Pelanggan, peniaga dan rakan kongsi kami akan mendapat manfaat daripada integrasi kami selanjutnya ke dalam keluarga Alibaba. Kami berkongsi wawasan strategik yang sama bahawa Peruncitan Baharu mempunyai suatu masa depan yang cerah dan sebagai sebahagian daripada ekosistem Alibaba akan membawa pertumbuhan Ele.me ke satu tahap yang baharu."

Ele.me akan terus beroperasi di dalam jenamanya sendiri dan bekerjasama rapat dengan rakan dan peniaga mereka yang sedia ada. Alibaba akan memberi sokongan penuh kepada Ele.me termasuk akses kepada infrastruktur Peruncitan Baharu, penawaran produk dan kepakaran teknologi mereka.

Selepas penyelesaian pengambilalihan itu, Zhang Xuhao akan menjadi Pengerusi Ele.me dan penasihat khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba mengenai strategi Peruncitan Baharu. Wang Lei, Naib Presiden bagi Kumpulan Alibaba, akan menjadi ketua eksekutif bagi Ele.me. Wang menyertai Alibaba pada tahun 2003 dan telah memegang beberapa jawatan kanan di dalam perniagaan e-dagang pengguna Alibaba, B2B, perkhidmatan O2O dan perniagaan penjagaan kesihatan.

Maklumat mengenai Kumpulan Alibaba 

Misi Kumpulan Alibaba adalah untuk memudahkan menjalankan perniagaan di mana sahaja. Syarikat itu berhasrat untuk membina infrastruktur perniagaan masa hadapan. Ia membayangkan bahawa pelanggan mereka akan bertemu, bekerja dan tinggal di Alibaba, dan bahawa ia akan menjadi sebuah syarikat yang akan bertahan sekurang-kurangnya 102 tahun.

Kenyataan Safe Harbor 

Pengumuman ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan-kenyataan ini dibuat di bawah peruntukan "safe harbor" daripada Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat tahun 1995. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini dapat dikenal pasti dengan peristilahan seperti "akan," "mengharapkan," "bertujuan," "menjangka," "masa depan," "bermaksud," "merancang," "percaya," "boleh," "menganggarkan," "potensi," "meneruskan," "berterusan," "matlamat", "sasaran," "panduan", “melibatkan diri” dan kenyataan yang serupa. Antara lain, kenyataan yang tidak berbentuk sejarah, termasuk kenyataan mengenai rancangan pelaburan Alibaba, penyelesaian urus niaga dan matlamat strategik bagi pelaburan, adalah atau mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang wujud. Beberapa faktor boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang terkandung dalam mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kemungkinan bahawa pelbagai syarat penutupan bagi urus niaga itu mungkin tidak dipenuhi atau dikecualikan atau bahawa matlamat strategik yang dimaksudkan tidak boleh dicapai. Semua maklumat yang terkandung di dalam pengumuman ini adalah tepat pada tarikh pengumuman ini dibuat dan didasarkan kepada andaian yang dipercayai oleh Alibaba  adalah munasabah pada tarikh itu. Anda tidak harus bergantung pada kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini sebagai ramalan untuk peristiwa masa hadapan. Alibaba tidak melaksanakan sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan, kecuali seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180401005041/en/

Hubungi
Alibaba Group Holding Limited
Asia
Katie Lee, +852 9728 0979
k.lee@alibaba-inc.com
atau
Amerika Syarikat
Robert H. Christie, +1 917-860-9410
bob.christie@alibaba-inc.com

Sumber : Alibaba Group Holding Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

​TELEDYNE DALSA AKAN MEMPRATONTONKAN KAMERA CMOS BERBILANG TALIAN TERBARUNYA DI THE VISION SHOW

​TELEDYNE DALSA AKAN MEMPRATONTONKAN KAMERA CMOS BERBILANG TALIAN TERBARUNYA DI THE VISION SHOW